You are on page 1of 4

CERITA

LIPUR
LARAAhli Kumpulan:
Loo, Ying, Goh, Tasha, Suhaimie,
Haikal
Konsep
- Cerita-cerita yang mengandungi unsur pengembaraan (adventure) anak-anak raja.
- Mengisahkan cerita-cerita mengenai Raja-raja atau golongan istana dengan segala gambaran keindahan,
kemewahan, kesaktian serta kejadian-kejadian yang luar biasa (supernatural).
- Disampaikan oleh tukang-tukang cerita, menggunakan atau memainkan alat-alat bunyian sambil bercerita
- Tukang cerita penglipura berbeza peranan mengikut daerah atau negeri.
- Disampaikan pada majlis-majlis perkahwinan, memuja umur Sultan atau pada masa menyambut sesuatu
perayaan.
- Cerita Lipur Lara dikaitkan dengan “Tukang Cerita/Tok Selampit” yang cuba menghiburkan hati
pendengar melalui cerita dan karya lipur lara.
- Contoh: Hikayat Raja Donan, HIkayat Raja Muda, HIkayat Awang Sulong Merah Muda.
Sejarah Penglipur lara di Malaysia
❖ Wujud pada abad ke-20 di Tanah Melayu
❖ Perlis & Kedah: Selampit
-menggunakan gendang keling semasa persembahan dijalankan
❖ Perlis & Langkawi: Awang Batil
-berbentuk dikir, puisi lisan, pertuturan biasa
❖ Kelantan, Pattani & Perlis: Tarik Selampit
-menyampaikan nyanyian, dikir, pertuturan biasa
-persembahan menggunakan rebab
❖ Tukang cerita di negeri Pahang dan Terengganu lebih terarah kepada bentuk nyanyian dan
menggunakan alat rebana
❖ Penglipur Lara di Selangor serta Minangkabau dikenali sebagai Kaba menyampaikan dikir dalam
penceritaannya dan alat muzik yang digunakan ialah
Sejarah Penglipur lara di Malaysia
❖ Di daerah selatan dikenali sebagai penglipur lara sahaja dan cerita yang disampaikan ialah hikayat-
hikayat agung dari zaman Kesultanan Melayu, prosa tradisional dan sebagainya serta alat yang
digunakan ialah gendang
❖ Banyak menggunakan unsur-unsur penceritaan tersendiri mengikut kreativiti
❖ Terdapat dua golongan iaitu tukang cerita "profesional" dan "amatur"
❖ Cara penyampaian menggunakan "kepakaran" mereka tersendiri.
❖ Contohnya dengan gaya dan lagunya tersendiri serta diserikan lagi persembahan menggunakan alat-
alat Muzik yang serdahana seperti rebab dan biola

You might also like