You are on page 1of 14

Latar Belakang, Objektif dan

Prinsip Rukun Negara


1.1 Latar Belakang

 Rukun Negara ialah hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan


oleh Majlis Perundangan Negara (MPN). Bagi melicinkan pemerintahan negara di
bawah MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak, MAGERAN telah
menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara
dan Majlis Perundingan Negara.
Rukun Negara ialah amalan yang perlu dilakukan dan satu visi bagi
merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di
Malaysia
Rukun Negara juga ialah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi
keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia
1.2 Konsep Rukun Negara

Rukun Negara menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi


masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia
dan dimiliki bersama-sama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum
dan agama.
1.3 Prinsip Rukun Negara

• Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk


mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang
liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat satu masyarakat yang progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

• Kepercayaan kepada Tuhan


• Kesetian kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-Undang
• Kesopanan dan Kesusilaan
Objektif dan Matlamat Rukun Negara
Objektif Huraian
Untuk mencipta satu masyarakat yang adil Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya
kemakmuran negara dapat dinikmati bersama-sama
secara adil dan saksama. Semua anggota masyarakat
mempunyai peluang yang sama untuk menikmati
kekayaan negara
Untuk memelihara cara hidup demokratik Perlembagaan Negara menjamin kebebasan kegiatan
berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar
undang-undang negara. Kepentingan negara
hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan
sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak, kestabilan
dan keselamatan negara akan terancam.
Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakat. semua rakyat hendaklah
mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa
dan negara. Ahli-ahli masyarakat menganggap diri
mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira
keturunan dan kepercayaan masing-masing
Objektif dan Matlamat Rukun Negara
Objektif Huraian
Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap
tradisi kebudayaan. tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai
corak. Masyarakat negara ini bebas mengamalkan
agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing
sesuai dengan matlamat perpaduan negara.
Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan Masyyarakat progresif yang hendak diwujudkan
menggunakan sains dan teknologi moden. merupakan satu masyarakat yang bergerak maju
sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang
akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara
maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020
Penjelasan Prinsip Rukun
Negara
Kepercayaan Kepada Tuhan

 Kepercayaan kepada agama ini akan menjadikan bangsa dan negara


ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah
agam Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain
boleh diamalkan dengan aman.
 Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan
juga sesuatu bangsa dan negara.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara

 Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja


Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Negara.
 Sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua
Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda,
Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri merupakan lambang perpaduan
rakyat
Keluhuran pelembagaan

 Pelembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi.


Perlembagaan memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini
akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
 Perlembagaan Malaysia menjadi sumber rujukan bagisegala hal yang
berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan dan kehakiman
negara.
Kedaulatan Undang-Undang

 Kedaulatan undang-undang perlu diterima dan dipertahankan. Hidup


bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil jika undang-
undang tidak dipatuhi.
 Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan
mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur.
Kesopanan dan Kesusilaan

 Sikap yang bersopan santun dan bersusila amat penting dalam


konteks perhubungan antara satu sama lain terutamanya dalam
kalangan anggota masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
 Prinsip ini menjadi panduan supaya anggota masyarakat sentiasa
bertindak sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni
yang diamalkan di negara ini.
Terima Kasih

You might also like