You are on page 1of 11

ASPEK POLITIK TAMADUN JEPUN

Kang Yong Ze
Muhammad Safwan Bin Muhammad Azman
ASPEK POLITIK JEPUN
MAHARAJA DAN SYSTEM PEMERINTAHAN

Sistem pemerintahan Jepun diumumkan pada 3 November, 1946 dan berkuatkuasa


pada 3 Mei 1947. Melalui sistem tersebut, banyak pembaharuan dilakukan. Maharaja
tidak lagi mempunyai kuasa dalam kerajaan tetapi hanya menjadi simbol negara dan
lambang perpaduan rakyat. Tugas baginda hanya melantik secara rasmi Perdana
Menteri dan Ketua Hakim (Chief Justice of the Supreme Court). Sebenarnya, Perdana
Menteri telah terlebih dahulu dicadang oleh Diet sementara Ketua Hakim pula
dicadangkan oleh Kabinet. Maharaja Jepun juga bertanggungjawab mengumumkan
undang-undang dan perjanjian yang dibuat oleh kerajaan, memanggil ahli-ahli parlimen
untuk bersidang dar. menganugerahkan pingat dan darjah kebesaran kepada mereka
yang terpilih.
• Organisasi kerajaan Jepun seakan-akan sistem
Parlimen British. Kuasa politik dikongsi bersama oleh 3
bahagian kerajaan iaitu:

1. Kuasa menggubal undang-undang dipegang oleh Diet.


2. Kuasa pengurusan dipegang oleh kabinet.
3. Kuasa undang-undang dipegang oleh bahagian
kehakiman.
DIET
• Diet berada pada tempat paling tinggi. la terdiri daripada Dewan
Perwakilan (yang terdiri daripada 512 orang ahli yang berkhidmat untuk
jangka masa 4 tahun) dan Dewan 'Councillors' (yang terdiri daripada 252
orang ahli yang dipilih untuk tempoh 6 tahun). Dewan Perwakilan
mempunyai kuasa yang lebih tinggi daripada Dewan 'Councillors'. Dewan
Perwakilan berkuasa meluluskan perkara- perkara yang ditolak oleh Dewan
'Councillors' dan seterusnya mengumumkannya sebagai keputusan Diet.
Selain dari itu, Dewan Perwakilan juga berkuasa menanamkan rasa curiga
pada pergerakan kabinet. Jika perkara ini terjadi, ^hli-ahli kabinet terpaksa
meletak jawatan dan Dewan Perwakilan dibubarkan.
KABINET
• Perdana Menteri mengetuai kabinet. Beliau dipilih oleh ahli-ahli Diet.
Perdana Menteri merupakan ketua parti yang memperolehi undi paling
banyak. Beliau juga bertanggungjawab mewakili Jepun dalam persidangan
antarabangsa. Berbeza dengan Presiden Amerika Syarikat, Perdana
Menteri Jepun tidak dipilih secara langsung oleh rakyat, tetapi beliau
dipilih secara tidak langsung melalui kekuatan parti politik.
KEHAKIMAN
Selepas perang, sistem kehakiman Jepun diubahsuai. Sebelum ini iaitu semasa zaman
Pemulihan Meiji, mahkamah diletakkan di bawah kuasa kerajaan. Tetapi kini mahkamah
bebas dari pengawasan bahagian eksekutif dan perundangan kerajaan.
Untuk mengelak penyalahgunaan kuasa, semua hakim mahkamah rendah dipilih untuk
tempoh 10 tahun sahaja, namun tidak ada sekatan untuk mereka dipilih semula setelah
tamat tempoh perkhidmatan. Sementara itu, hakim Mahkamah Tinggi diminta berhenti
dari perkhidmatan pada masa yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Pemilihan
mereka disemak dalam referendum nasional. Jika hakim melakukan kesalahan, dia akan
didakwa oleh Court of Impeachment.
Mahkamah Tinggi terdiri daripada ketua hakim dan dibantu oleh hakim- hakim lain.
Ketua hakim dicadangkan oleh Kabinet dan dipilih oleh Maharaja, manakala hakim-
hakim lain dipilih oleh kabinet. Hakim Mahkamah Rendah pula dipilih oleh kabinet
daripada daripada mereka yang dicalonkan oleh Mahkamah Tinggi.
PARTI-PARTI POLITIK
DI JEPUN, TERDAPAT TIGA PARTI
POLITIK UTAMA:
Parti Demokratik Liberal (LDP) ialah parti konservatif. Tujuan penubuhannya ialah:

1. Membentuk sistem demokrasi di Jepun untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan membentuk semula institusi-institusi

yang telah ada selari dengan prinsip asas demokrasi.

2. Ingin bekerja keras bagi memulihkan hubungan antarabangsa mengenai dasar keadilan sejagat, ketenangan dan kebebasan

serta membma negara Jepun yang mampu berdikan.

3. Untuk menjamin kestabilan ekonomi dan sosial dan seterusnya menyumbang kepada kepentingan awam.
PARTI SOSIALIS PARTI DEMOKRATIK SOSIALIS
• Tujuan utama Parti Sosialis untuk • dibentuk pada Januari 1960 oleh
membentuk masyarakat Jepun yang kumpulan yang keluar dari Parti Sosialis
berbentuk sosialis. la dilakukan melalui pada tahun yang lalu. la berpegang
revolusi yang aman. Parti ini menentang kepada ideologi yang ekstrem dan
Perjanjian KerjasamaJepun-Amerika dan berusaha untuk membentuk masyarakat
mendesak supaya tentera darat Amerika sosialis melalui proses demokrasi.
keluar dari Jepun dan menutup Prinsipnya serupa dengan Parti
pangkalan tentera mereka di Jepun. Demokratik Sosialis di Eropah, dan
Mengenai dasar luar Jepun, Parti Sosialis polisinya termasuklah mendapatkan
menggalakkan polisi neutral, melalui kerjaya penuh (full employment), sistem
perjanjian damai dengan Amerika kebajikan sosial yang kukuh dan
Syarikat, Soviet Rusia dan Republik peningkatan taraf hidup golongan
China. miskin. Parti ini mempunyai polisinya
tersendiri dan tidak bergantung kepada
parti-parti lain.
KEWUJUDAN PUAK DALAM PARTI
• Keunikan politik Jepun ialah kemunculan puak-puak dalam parti. Parti
Demokratik Liberal mempunyai 5 kumpulan terbesar. Setiap kuumpulan
dibentuk berdasarkan persamaan kepentingan peribadi, bukannya
didorong oleh perbezaan pandangan. Ketua-ketua bagi setiap kumpulan
tersebut memberi wang kepada
• Pengikut-pengikutnya semasa pilihan raya dan membantu ahli-ahli yang
setia untuk mendapatkan kedudukan penting dalam parti dan kabinet.
Sistem politik Jepun yang bersifat tradisional tetapi telah berjaya mencipta
sebuah negara moden yang berjaya merupakan satu perkara yang menank.
SEKIAN,TERIMA
KASIH

You might also like