You are on page 1of 14

BAHASA MELAYU

TAHUN 3

Tatabahasa : Kata Pemeri

Buku teks muka surat 57


Buku aktiviti muka surat 67
Objektif pengajaran dan pembelajaran :

 Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


 Mengenal pasti dan memahami kata pemeri
 Menggunakan kata pemeri yang sesuai berdasarkan
ayat
KATA PEMERI

ialah adalah
 Hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi
 Hadir di hadapan frasa nama
nama
 Menunjukkan persamaan  Menunjukkan huraian atau keterangan
 Contoh :  Contoh:
Guru kelas saya ialah Puan Masni. Hadiah hari lahir itu adalah daripada
ayah.
KATA PEMERI

 Frasa nama ialah frasa yang mengandungi kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama(rujuk
buku teks BM muka surat 6 dan 11).
 Contoh : Cikgu Hassan, pemandu teksi, Sang Kancil, harimau bintang, pinggan mangkuk, saya, awak,
masa, waktu petang dan sebagainya.

 Frasa adjektif ialah frasa yang mengandungi kata adjektif (rujuk buku teks BM muka surat 25, 26
dan 31).
 Contoh : cantik, rajin, sungguh merdu, baik, amat tinggi, warna merah dan sebagainya.

 Frasa sendi nama ialah frasa yang mengandungi kata sendi nama (rujuk buku teks BM muka surat 36).
 Contoh : di, ke, dari, daripada, untuk dan lain-lain lagi
Kata Pemeri - ialah

Contoh ayat:
 Rumah yang besar itu ialah rumah Mariam.
 Puan Norehan ialah guru kelas 3 Cendekiawan.
 Agama rasmi Malaysia ialah agama Islam.
Kata Pemeri - adalah

 Contoh ayat:
 Hadiah yang dibeli itu adalah untuk ibu.

 Basikal Aidil adalah yang paling kecil.

 Peraturan ini adalah demi keselamatan kita semua.


Ingat!!!
Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja.
Contoh:
Ibu Amira adalah bertudung biru itu. (x)
Ibu Amira adalah yang bertudung biru itu. ( √ )
Hobi saya ialah membaca buku. (x )
Hobi saya membaca buku. ( √ )
Latihan:
1. Aiman ______________ seorang murid yang rajin.
2. Surat yang sampai tadi ______________ daripada Aiman.
3. Jalur Gemilang ______________ bendera kebanggaan kita.
4. Makanan percuma ini ______________ untuk semua murid.
5. Tuduhan yang dibuat oleh pemandu itu ______________ tidak
berasas.
6. Rumah besar di lereng bukit itu ______________ rumah Pak Yusof.
7. Suara pengadil itu ______________ tidak jelas.
8. Proton Saga ______________ kereta pertama keluaran Malaysia.
9. Ayahnya ______________ seorang usahawan terkenal.
10. Cabaran itu ______________ terlalu mudah untuk Khairul.
Tugasan

1.Buku Aktiviti Jilid 1 muka


surat 67

2.Lembaran Kerja Kata Pemeri


Selamat belajar.
Terima kasih.

You might also like