You are on page 1of 38

PENDEKATAN PDPR, KAEDAH PDPR DAN KAEDAH

PEMBELAJARAN

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


PENDEKATAN PDPR

ONLINE OFFLINE

- Masa sebenar (real time) - Tanpa capaian internet


- Komunikasi aktif ( dua hala ) - Modul Pembelajaran PDPR
- DELIMa, Google Meet, Zoom, - Buku Teks/Peranti/bahan
Youtube (live Streaming), pembelajaran
Telegram (Video/Voice Chat) - Bahan dimuat turun terlebih
dahulu

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


PENDEKATAN PDPR

GABUNGAN OFF-SITE

- Gabungan antara online dan


offline - Pembelajaran berlaku di
- Guru menggunakan kedua- pusat komuniti/ pusat
dua pendekatan. pemindahan sementara
akibat bencana
- Pembelajaran berlaku secara
kendiri atau bimbingan AST
( Academic Support Team)

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


KAEDAH PDPR
PDPR MENGGUNAKAN MODUL

PDPR MENGGUNAKAN PROJEK

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


PDPR MENGGUNAKAN MODUL
Modul ini ini di buat dan perlu di rancang secara berstruktur.
Antara perkara yang terkandung di dalam modul ini ialah:

•Modul ini mengandungi:

•Sasaran murid (prasekolah, rendah, menengah);

•Tajuk atau tema modul;

•Objektif pembelajaran berdasarkan Dokumen

•Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP);

•Tempoh pelaksanaan aktiviti;


Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ
PDPR MENGGUNAKAN MODUL
•Nota berkaitan tajuk modul;

•Aktiviti yang relevan dengan topik PdP atau aktiviti yang


mengalakkan murid belajar berdasarkan pengalaman sendiri

•Pentaksiran untuk mengukur penguasaan murid .

•Modul pembelajaran ini diedarkan kepada murid berdasarkan


Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang ditetapkan.

•Murid perlu menyerahkan hasil tugasan untuk disemak/ditaksir


sebelum menerima modul pembelajaran
Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ
PDPR MENGGUNAKAN PROJEK
Kaedah berasaskan projek adalah satu kaedah mengikut
mata pelajaran atau mengikut gabungan mata pelajaran.
Kaedah pelaksanaannya adalah seperti berikut:

•Memberi tajuk kepada murid;

•Membimbing murid untuk mengenal pasti kaedah;

•Menyiapkan projek yang diberikan;

•Membimbing murid untuk mengenal pasti bahan;

•Peralatan dan kos yang diperlukan;


Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ
PDPR MENGGUNAKAN PROJEK
•Menentukan jangka masa menyiapkan projek;

•Membimbing murid menyelesaikan projek;

•Membentangkan hasil projek;dan

•Membuat refleksi tentang proses penghasilan projek

•Guru boleh juga melaksanakan kaedah PdP yang lain


seperti flipped classroom, pembelajaran berasaskan inkuiri,
pembelajaran masteri, pembelajaran kontekstual dan
pembelajaran penyelesaian masalah.
Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ
KAEDAH PEMBELAJARAN
FLIPPED CLASSROOM

INKUIRI PENEMUAN

MASTERI

KONTEKSTUAL

PENYELESAIAN MASALAH

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


KAEDAH PEMBELAJARAN
FLIPPED CLASSROOM

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


KAEDAH PEMBELAJARAN FLIPPED CLASSROOM

Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang


mengalihkan masa kuliah di dalam kelas kepada kuliah melalui
video di luar kelas. Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk
aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu. 

Pelajar diberi video untuk ditonton sebelum menghadiri


kelas. Semasa kelas berlangsung, pelajar hanya
mengikuti sesi pembelajaran berdasarkan video yang
terlebih dahulu ditonton sebelum ini.

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


5 KELEBIHAN PEMBELAJARAN FLIPPED CLASSROOM

Menggalakkan murid untuk berinteraksi dan berkolaborasi


sesama rakan 1
Menggalakkan penglibatan murid yang lebih aktif
2
Pembelajaran lebih berpusat, tidak hanya mengajar
3
Menggalakkan 'independent learning'
4
Meningkatkan keupayaan murid untuk bekerja secara
individu 5
Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ
KAEDAH PEMBELAJARAN
INKUIRI PENEMUAN

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


KAEDAH PEMBELAJARAN INKUIRI PENEMUAN
PROSES INKUIRI
Sifat Ingin Tahu
Membuat
Pemerhatian/
Memahami Cuba Mencari
Penyelesaian
Membuat Ramalan
Hipotesis
Konsep Awal
Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ
5 FASA DALAM PROSES INKUIRI PENEMUAN
MENYOAL
1 Apakah permasalahan yang ingin dikaji

MENYELIDIK
2 Kumpul dan cari sumber maklumat, rancang dan reka bentuk eksperimen,
cerap ,temu bual dan sebagainya.

MEREKA CIPTA
3 Gabung dan bentuk perkaitan antara semua maklumat-maklumat yang
diperolehi.

MEMBINCANGKAN
4 Kongsi maklumat dengan individu/ahli kumpulan. Bertukar pandangan dan
berkongsi pengalaman.

MEMBUAT REFLEKSI
5 Lihat semula persoalan yang ditanyakan, langkah-langkah yang telah digunakan
dan kesimpulan yang diambil kira, fokus kepada perkara yang perlu dibaiki dan
diambil kira pada masa hadapan
Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ
JENIS PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN

1 2
PENDEKATAN INKUIRI PENDEKATAN INKUIRI
SECARA INDUKTIF SECARA DEDUKTIF

Proses pencarian maklumat Perolehan maklumat atau


atau kebenaran yang kebenaran yang memerlukan
memerlukan pelajar bermula pelajar bermula daripada
daripada contoh-contoh yang prinsip yang am kepada contoh-
spesifik kepada membuat contoh atau konsep yang
inferen kesimpulan spesifik

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


KELEBIHAN PENGGUNAAN INKUIRI PENEMUAN

Meningkatkan potensi Lebih berpusatkan


intelektual pelajar pelajar

Membentuk dan Mengelakkan pelajar


mengembangkan belajar secara
bakat kendiri pelajar menghafal fakta

Memberi pelajar masa untuk


mengasimilasi ilmu pengetahuan
yang diperolehi

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


KAEDAH PEMBELAJARAN
MASTERI

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


KONSEP PEMBELAJARAN MASTERI

Pembelajaran Masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang


dirancang guru secara sistematik bagi memastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang telah ditetapkan sebelum berpindah ke satu unit pembelajaran yang
seterusnya.

Elemen asas pembelajaran Masteri ialah murid, unit pembelajaran, masa yang
mencukupi dan kaedah pengajaran yang berkesan.

Pembelajaran Masteri wajar dilakukan sekiranya guru menyedari bahawa murid


mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza dan jika murid memerlukan kaedah
pembelajaran yang lebih sesuai dan berkesan.

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


5 PRINSIP PEMBELAJARAN MASTERI

1 Pembelajaran dipecahkan ke[ada unit-unit kecil supaya mudah


dikuasai oleh murid

2 Murid normal boleh mempelajari perkara yang diajar oleh guru

3
Murid perlu diberi masa yang mencukupi untuk penguasaan
sesuatu topik pembelajaran

4 Arahan daripada guru mestilah jelas dan benar-benar difahami


oleh murid

5 Kaedah pengajaran yang digunakan guru haruslah berkesan


kepada murid.

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


PROSEDUR PELAKSANAAN PEMBELAJARAN
MASTERI
Penentuan Hasil
Pembelajaran

Pengajaran dan
Pembelajaran

Penilaian
Ya Tidak
Tindakan Susulan Tindakan Susulan
Aktiviti Pengayaan Aktiviti Pemulihan

Ya
Unit Teruskan
Pembelajaran 2

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


KONSEP PEMBELAJARAN MASTERI

Hasil pembelajaran merupakan matlamat utama dalam proses pengajaran dan


pembelajaran.

Hasil pembelajaran perlu dikuasai oleh murid bertujuan untuk :-

1. Mengenal pasti perkara yang perlu dikuasai oleh murid.


2. Memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran.
3. Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu mengajar.
4. Membantu membina Ujian Formatif dan Ujian Sumatif

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


KAEDAH PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

- Pembelajaran mengikut konteks


( keadaan, situasi dan kejadian) yang
relevan dengan situasi sekeliling dan
bermakna.

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Konsep Pembelajaran Kontekstual

- Pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses


maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu
sehingga membawa kepada satu maksud atau bermakna kepada
diri pelajar itu sendiri

- Mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks


dengan cara semula jadi kerana pembelajaran itu berkait dengan
persekitaran semasa pelajar.

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Konsep Pembelajaran Kontekstual

- Membina persekitaran pembelajaran melalui proses pengalaman,


penemuan, pengukuhan dan menghubungkait.

- Pembelajaran ini melibatkan pelajar untuk berfikir dan hands on.

- Antara istilah lain untuk pembelajaran ini ialah experiental


learning, real-world educations, active learning dan learner-
centred instruction.

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
Ciri Pembelajaran Kontekstual

- MENGHUBUNGKAIT (Relating)- menghubungkaitkan pengajaran


dalam konteks pengalaman hidup dan menghubungkaitkan
pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar.

- MENGALAMI (Experiencing)- memberi pendedahan, penemuan


dan penciptaan kepada pelajar. Pelajar aktif membuat ujikaji dan
menemui sendiri idea dan fakta.

- MENGAPLIKASI (applicating)- pelajar menggunakan maklumat


yang ada untuk menyelesaikan masalah, aplikasi aktiviti dalam
kelas dengan aktiviti di luar sama ada dalam kehidupan atau
pekerjaaan pada masa akan datang.
Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ
KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
Ciri Pembelajaran Kontekstual

- BEKERJASAMA (cooperating)- pembelajaran dalam konteks


perkongsian dan berkomunikasi antara satu sama lain bagi
mewujudkan sikap kerjasama. Individu akan dapat mengenalpasti
minat dan keperluan pembelajaran yang unik, perbezaan individu
dan pelajar memahami aspirasi kumpulan.

- MEMINDAHKAN (transferring)- pelajar menemui pengetahuan


baru melalui penerokaan, pengujian dan mencari jawapan. Pelajar
lebih mudah membuka peluang sedia ada mereka melalui
pelbagai situasi pembelajaran.

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


7 PRINSIP KELAS PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
1. Berobjektif – Guru membantu pelajar
memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk,
bukan sahaja apa yang mereka harus belajar tetapi
mengapa tajuk itu harus dipelajari.

2. Membina – Pengetahuan baru dihubungkan


kepada pra pengetahuan pelajar supaya
pembelajaran baru dibina di atas pengalaman lama
pelajar.

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


7 PRINSIP KELAS PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

3. Aplikasi – Pengetahuan baru dihubungkan secara


spesifik kepada aplikasinya dalam peranan pelajar
sekarang dan masa depan sebagai
rakyat/pengguna/pekerja/ahli masyarakat yang
berguna.

4. Penyelesaian Masalah – Pelajar digalak


menjadikan pembelajaran aktif dengan
menggunakan pengetahuan baru untuk
menyelesaikan masalah.
Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ
7 PRINSIP KELAS PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
5. Berpasukan – Pelajar membina semangat
berpasukan dan kerjasama apabila bekerja
bersama untuk menyelesaikan masalah.

6. Penemuan – Pelajar digalakkan untuk mencuba.


Mereka dibimbing ke arah menemui pengetahuan
baru dan bukan menerimanya secara pasif. Guru
membantu pelajar meneroka, menguji dan mencari
jawapan.

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


7 PRINSIP KELAS PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
7.Hubungan - - Guru membantu pelajar melihat
hubungan antara isi kandungan pellajaran dan
konteks, pengetahuan dan aplikasi satu bidang
dengan bidang yang lain.

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


LANGKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Set Induksi

Mempelajari Kemahiran

Mempraktikkan kemahiran

Renungan Kembali

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


KAEDAH PEMBELAJARAN
PENYELESAIAN MASALAH

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


KONSEP PEMBELAJARAN
PENYELESAIAN MASALAH

Definisi: Penyelesaian masalah merupakan satu


proses, kaedah, langkah atau cara yang diambil
oleh seseorang untuk mengatasi masalah yang
dihadapi.

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ


MODEL PEMBELAJARAN
PENYELESAIAN MASALAH

Mengenalpasti masalah

Mencari maklumat

Membuat hipotesis

Menguji hipotesis

Menilai dan membuat rumusan


Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ
KELEBIHAN PEMBELAJARAN
PENYELESAIAN MASALAH

1.Meningkat kemahiran dalam menyelesaikan


proses-proses Sains.
2. Meningkatkan kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis.
3. Memberi pengalaman bermakna kepada
pelajar kerana proses penyelesaian masalah
memerlukan pelajar bersikap aktif.
4. Pelajar dididik untuk menerima dan berkongsi
pendapat.
Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ
SEKIAN, TERIMA KASIH

Disediakan oleh: Cikgu Nizam SKTZ

You might also like