You are on page 1of 26

RBT TINGKATAN 1

BAB 2
PENGURUSAN PROJEK
2.1.1 MENTAKRIFKAN PENGURUSAN PROJEK REKA BENTUK. (TP1)

Pengurusan projek reka bentuk merupakan aktiviti yang


melibatkan proses kerja, iaitu skop kerja, tempoh masa dan
kos projek.
PENGURUSAN PROJEK REKABENTUK
2.1.2 MENJANA IDEA REKA BENTUK UNTUK MENYELESAIKAN
MASALAH (TP2)

• Menjana idea reka bentuk boleh dibuat melalui perekaan sendiri


atau pengubahsuaian mengikut kehendak reka bentuk pelanggan
yang dikomersialkan.

A A

D
2.1.3 MENGENAL PASTI LANGKAH
PENGURUSAN PELAKSANAAN PROJEK.
• Pasukan projek berperanan menjalankan pengurusan projek mengikut langkah-langkah berikut:

Pasukan Projek –
•Terdiri daripada ahli kumpulan di dalam atau luar organisasi yang mempunyai kepakaran, pengetahuan dan
pengalaman yang berkaitan dengan sesuatu projek.

•Di peringkat sekolah – boleh dibentuk mengikut kesesuaian projek terdiri daripada

•Pengurus, Setiausaha, Bendahari, Pereka Bentuk dan Pembangunan mock-up atau model. Ahli
pasukan bekerjasama dan bergantung antara satu sama lain untuk menjayakan projek.
.
CARTA ORGANISASI PASUKAN PROJEK SEKOLAH
2.14: MERANGKA PERANCANGAN PROJEK. (TP3)

A) Perancangan Projek
•Perancangan projek yang baik dapat memastikan objektif tercapai, mengelakkan
pembaziran sumber, dan mencegah gangguan.
 
Tugas Pengurus projek
•Penentu Utama – apa produk, siapa pelanggan, tempoh masa, kos, kuantiti dan
kualiti
•Penentuan subutama-menentukan pembahagian tugas kepada ahli kumpulan
secara lebih terperinci.
•Pengelolaan aktiviti- subutama perlu menyusun sumber dan tenaga kerja dengan
teratur dan mengenal pasti keperluan.
•Matris Organisasi atau pasukan- pembentukan pasukan kerja.
2.14: MERANGKA PERANCANGAN PROJEK. (TP3)

B)Penjadualan
•Penjadualan disediakan untuk menunjukkan anggaran masa yang ditetapkan bagi
menyiapkan projek.

Penjadualan boleh dibuat dengan menggunakan blok hubungan aktiviti melalui rangkaian dan carta gantt atau
carta bar.
I. BLOK HUBUNGAN AKTIVITI MELALUI RANGKAIAN
II. CARTA GANTT ATAU CARTA BAR
C)PENGAWALAN

Pengawalan dilakukan sepanjang proses menyiapkan projek


merangkumi pengawalan sumber, kos, kualiti, dan belanjawan .

Tujuan peringkat pengawalan untuk memastikan:


•Semua aktiviti yang dikenal pasti dilakukan secara optimum
•Semua aktiviti dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
•Sumber-sumber yang diperlukan dikenal pasti
•Perubahan dalam penjadualan dibuat sekiranya berlaku sebarang
perubahan atau pembaharuan terhadap projek.
2.15: MENGANALISIS PERANCANGAN PROJEK DAN JADUAL KERJA.
(TP5)
• Mengenal pasti segala aktiviti yang terlibat dalam pembangunan projek.
• Dalam proses menganalisis perancangan projek, perkara utama yang perlu
dilakukan adalah dengan menyediakan jadual kerja.

Garis panduan penyediaan penjadualan projek


1 Menentukan aktiviti yang perlu ada dalam jadual.
2 Menyusun aktiviti mengikut keperluan.
3 Menganggarkan sumber yang diperlukan untuk aktiviti.
4 Menganggarkan tempoh masa untuk sesuatu aktiviti.
5 Membangunkan jadual.
6 Menganggarkan kos dan menyediakan bajet
MENGANALISIS PERANCANGAN PROJEK

· Skop kerja ditentukan struktur pecahan kerja.


1. Tentukan aktiviti jadual
· Contoh: Pengurus, tadbir urus, pereka bentuk dan sebagainya

· Aktivtiti disusun secara berturutan agar tidak menggangggu perjalanan


2. Susuna Aktiviti projek.
· Contoh: menyediakan lakaran sebelum menyediakan bahan.

· Penentuan anggaran sumber yang diperlukan untuk menyempurnakan


3 Anggaran sumber untuk aktiviti projek.
· Merangkumi keperluan sumber manusia, bahan dan peralatan.

4 Anggaran tempoh masa · Bergantung kepada tahap kesukaran penghasila produk.

· Aktiviti menyusun segala proses penghasilan produk dalam bentuk jadual.


· Disertakan Bersama tempoh masa dalam bentuk mingguan atau bulanan.
5 Pembangunan jadual
· Aktiviti jadual disusun mengikut keutamaan.
· Asas megawal /memantau perlaksanaan projek.

· Melibatkan pengiraan kos modal yang diperlukan.


· Merangkumi kos bahan, alatan, upah dan kos overhed.
6. Anggaran Kos dan Bajet
· Bajet akan disediakan mengikut bilangan produk selepas memperlohi jumla
kos modal.
2.16:MENYEDIAKAN ANGGARAN KOS
• Anggaran kos ialah anggaran perbelanjaan yang diperlukan sebelum
menghasilkan sesuatu projek
• Dua kaedah yang boleh digunakan dalam menyediakan anggaran awal kos, iaitu
kaedah unit/kuantiti dan konsep SMART.

A. Unit / kuantiti
• Anggaran mengikut aktiviti barangan atau perkhidmatan.
• Anggaran kos ini disediakan berdasarkan bilangan unit pengguna.
• Contohnya, bilangan pengguna di sekolah, bilangan jemaah di masjid, dan
bilangan kerusi penonton di stadium atau pawagam. Kaedah ini mudah untuk
difahami dan pantas namun kurang tepat kerana tidak mengambil kira kos
barangan yang terlibat.
B. KONSEP SMART

Konsep ini diguna pakai dalam penentuan anggaran keseluruhan projek bermula dari:
•S: (specific) spesifik - iaitu penetapan tujuan atau objektif objek
•M: (measurable) boleh diukur - iaitu pengukuran pengagihan kewangan dalam kos-kos yang terlibat
•A: (attainable) boleh dicapai - bermaksud projek itu boleh dilaksanakan dari sudut keupayaan
kewangan dan tenaga kerja.
•R: (realistic) realistik - mewakili kesesuaian dengan kehendak pengguna dan dianalsis sama ada
kehendak mereka mencapai tujuan projek.
•T: (time-bound) jangka masa ditetapkan - bermaksud masa dan sumber kewangan mencukupi untuk
menyiapkan projek itu
CONTOH APLIKASI SMART

Nama projek Rak Serbaguna

Tujuan Menyimpan alatan dan peragaan

Bilangan 100 unit

Sasaran Pelajar sekolah


CONTOH APLIKASI SMART

a) Kos bahan dan alat untuk 100 unit


Bil Bahan Kuantiti Kos seunit Jumlah
1 Kayu 5 keping RM 40.00 RM 200.00
2 Perspek 100 keping RM 0.50 RM 50.00
3 MDF 50 keping RM 1.00 RM 50.00
4 Paip PVC 10 batang RM 4.50 RM 45.00
5 Glu 1 botol RM 5.00 RM 5.00
6 Paku 1 kg RM 5.00/kg  RM 5.00
7 Tona Kayu 4 tin RM20.00 RM 80.00
8        
  Jumlah bahan untuk 100 unit RM 435.00
CONTOH APLIKASI SMART
b) Kos upah

Bil. Pekerja X Masa X Kadar upah sejam X Bil. hari


3 X 5 X 5 X 2
= RM 150.00

c) Kos overhed

Perkara Kos/hari (RM) Jumlah (RM)

Bil elektrik 5.00 10.00

Bil Air 2.50 5.00

Jumlah   RM 15.00
CONTOH APLIKASI SMART
Jumlah kos modal

Kos bahan + Kos upah + Kos overhed  


RM 435.00 + 150.00 + 15.00 = RM 600.00
RM 600.00
Kos pengeluaran untuk seunit
100
  RM 6.00
Kos jualan

Kos modal + Peratus keuntungan

RM 6.00 + RM 6.00 (100% untung)

Kos jualan = RM 12.00


CONTOH APLIKASI SMART

Kos jualan – kos modal = keuntungan


RM 12.00 - RM 6.00 = RM 6.00

Produk yang dihasilkan memenuhi kehendak pelanggan melalui perbandingan harga produk yang sedia ada
dipasaran

Produk dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sumber kewangan yang diperlukan tidak
melebihi kos yang dianggarkan.
 
2.1.7 MERANCANG PEMBENTUKAN KUMPULAN KERJA BERDASARKAN
TUGAS DAN PERANAN

• Kumpulan kerja ialah ahli pasukan dalam sesuatu unit organisasi,


iaitu setiap individu membantu dan berkerjasama, berkongsi
maklumat, mempunyai matlamat yang sama, dan berkomunikasi.
• Setiap ahli kumpulan perlu tahu peranan dan tanggungjawab
masing-masing bagi membina pasukan yang cemerlang
KELEBIHAN PEMBENTUKAN KUMPULAN KERJA
Individu Pasukan
❑ Kurang tekanan dalam aspek❑ Memperoleh hasil yang optimum.
tanggungjawab.
❑ Tanggungjawab akan dikongsi bersama-❑ Kejelekatan (rapat dan mesra) sesama ahli.
sama ahli kumpulan.
❑ Ahli memilih tanggungjawab yang lebih❑ Komunikasi berlaku secara terbuka. 
khusus/pakar.
❑ Penghargaan dan iktiraf dikongsi bersama-❑ Penglibatan yang menyeluruh.
sama.
❑ Ahli pasukan berkeupayaan mempengaruhi❑ Pengumpulan sumber dan memanfaatkannya
ahli lain. secara maksimum.

❑ Pengalaman dan pengetahuan ahli boleh❑ Peningkatan motivasi staf.


dikongsi bersama-sama.
MENENTUKAN PEMBENTUKAN INDIVIDU
Pemilihan
•Pemilihan inidividu yang mempunyai kemahiran interpersonal dan teknikal dalam menjalankan
tugasnya.
•Mereka yang dipilih harus berkemampuan memainkan peranan panting dalam pasukan.

Latihan
•Diberikan pada individu dalam pasukan.
•Dilakukan dengan terancang bagi meningkatkan kemahiran komunikasi, dan kemahiran lain yang
diperlukan.

Ganjaran
•Menggalakkan persaingan sihat, mempromosi individu dalam kenaikan gaji, pangkat atau
memberi ganjaran dalam bentuk pengiktirafan.
PEMBENTUKKAN PASUKAN YANG BERKESAN
1  Kepelbagaian ahli dalam pasukan.
2  Bilangan ahli pasukan tidak terlalu besar.
3  Pemilihan ahli dilakukan dengan teliti.
4  Memberi latihan yang berterusan.
5  Menerangkan matlamat pasukan dengan jelas.
6  Sistem ganjaran yang sistematik.
7  Menggunakan pengukur prestasi yang sesuai.
8  Menggalakkan pernyertaan ahli pasukan.
9 Melaksanakan aktiviti pembentukan pasukan.
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like