You are on page 1of 129

Karangan: Bekalan Air Bersih/Penyakit melalui air

Posted on August 17, 2011 by goaypastpm| Leave a comment

Mempertingkat mutu bekalan air bersih WALAUPUN negara ini mempunyai sumber air yang banyak sama ada air permukaan atau bawah tanah, pencemaran sungai memberi cabaran kepada usaha membekalkan air bersih. Pengumpulan dan pengagihan air bersih terutama untuk minuman menjadi penanda aras kemajuan ekonomi dan sosial masyarakat. Walaupun sebahagian besar penduduk negara sudah mempunyai bekalan air bersih, masih ada ruang untuk mempertingkat mutu bekalan air kepada pengguna domestik. Air paip yang kini perlu dimasak sebelum diminum boleh diproses ke satu tahap lebih tinggi, iaitu boleh terus diminum dari paip seperti bekalan air di negara maju termasuk Amerika Syarikat (AS). Selain isu pencemaran sungai, pemanasan global juga memberi kesan kepada bekalan air bersih kerana kajian menunjukkan suhu air yang lebih tinggi sedikit akan menggalakkan pembiakan bakteria yang membawa taun. Penyelidikan Prof Dr Rita R Colwell mendapati penyakit berjangkit berkait rapat dengan alam sekitar dan amat penting untuk pengguna memahami pertukaran musim, perubahan iklim serta punca kepada penyakit berjangkit. Profesor di University of Maryland dan Johns Hopkins University, AS itu, berkata ekologi alam sekitar memainkan peranan sangat signifikan dalam wabak penyakit dan pengulangan coraknya. Beliau berkata, organisme yang mengakibatkan taun tinggal dalam plankton atau zooplankton marin tetapi bakteria itu juga boleh hidup dalam air tawar yang mempunyai kaitan dengan plankton. Kajiannya menunjukkan wabak taun di Bangladesh meningkat ketika musim panas, iaitu ketika plankton membiak dengan banyak. Colwell baru-baru ini mengunjungi Malaysia sebagai Wakil Khas Presiden AS Mengenai Sains ke Asia Selatan dan Asia Tenggara dalam usaha negara itu mengukuhkan hubungan dengan negara Islam. Beliau melawat beberapa universiti dan institusi penyelidikan seperti Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM)

serta berbincang dengan Penasihat Sains Kerajaan Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid. Colwell berkata, beliau kagum dengan perkembangan sains dan teknologi di Malaysia sama ada dari segi jumlah tenaga pakar atau teknologi yang dimiliki. Negara ini mempunyai lulusan ijazah doktor falsafah (PhD) yang ramai. Faktor ini membantu Malaysia untuk muncul sebagai pemimpin kepada negara Islam lain. Beliau mencadangkan universiti di negara ini menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti di AS seperti Stanford University, Purdue University, University of Maryland dan Michigan State University yang masing-masing mempunyai pakar yang mengkhusus dalam bidang tertentu teknologi air. Katanya, kerjasama itu patut dilakukan secara antara makmal dengan makmal membabitkan pertukaran penyelidik untuk tempoh kurang daripada setahun. Naib Canselor UTM, Prof Dr Zaini Ujang yang turut mengadakan perbincangan dengan Colwell, berkata negara ini akan mendapat manfaat khususnya dalam peningkatan kualiti bekalan air bersih menerusi kerjasama dengan makmal penyelidikan di AS. Colwell yang juga Pengerusi Emeritus Canon US Life Sciences terkenal selepas penyelidikannya pada 1960-an berjaya membongkar bahawa bakteria taun boleh memasuki tahap tidak aktif dan kemudian aktif semula hingga mengakibatkan wabak. Kajiannya bermakna walaupun taun tidak merebak, sungai, tasik dan laut boleh menjadi kawasan simpanan kepada bakteria berkenaan. Penemuan itu menafikan pengetahuan sebelum itu bahawa taun hanya boleh merebak menerusi pelepasan air kumbahan. Hasil kajiannya membolehkan saintis melihat kaitan antara alam sekitar dengan wabak penyakit. Tahun lalu, beliau menerima Anugerah Air Stockholm atas sumbangannya dalam penyelidikan kesihatan air dan rangkaian antara negara maju dengan negara sedang membangun dalam menyediakan air bersih.
Leave a comment Posted in BAHAGIAN B: KARANGAN LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI, KERTAS 2 STPM

Karangan: Isu Hak Pengguna


Posted on July 26, 2011 by goaypastpm| Leave a comment

26-7-2011 Apakah hak pengguna? Hak untuk mendapatkan keselamatan

Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna. Hak untuk mendapatkan maklumat Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan. Hak untuk membuat pilihan Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan. Hak untuk bersuara Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan. Hak untuk mendapatkan ganti rugi Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan

sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan. BANGKITKAN KESEDARAN HAK PENGGUNA Dengan pelbagai helah dan taktik jualan dan pemasaran yang digunakan syarikat-syarikat kini, potensi seorang pengguna menjadi mangsa penipuan adalah tinggi. Jika anda mengunjungi laman sesawang ataupun blog pengguna seperti Persatuan Gabungan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM), pelbagai masalah pengguna diutarakan membabitkan penipuaan seperti kad kredit, jualan langsung, iklan yang mengelirukan, gores dan menang serta produk palsu. Ia menjadi medan terbaik untuk perkongsiaan maklumat dalam kalangan pengguna, namun itu hanya sebahagian yang disuarakan. Sedar atau tidak, masih ramai pengguna yang mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan tampil membuat aduan walaupun tahu mereka diperdaya dan ditipu dengan produk dan perkhidmatan yang tidak berkualiti. Di beberapa negara maju, pengguna sangat teliti tentang hak mereka dan peniaga pula lebih bertanggungjawab dan keadaan ini mewujudkan pasaran yang lebih telus dan berdisiplin. Inilah sasaran kerajaan dalam masa negara menuju status negara maju menjelang 2020. TIDAK SEDAR HAK SEBAGAI PENGGUNA Kajian Profil Pengguna oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tahun lepas mendapati hanya 58 peratus, pengguna Malaysia yang mempunyai tahap kesedaran kepenggunaan yang tinggi. Menurut Bahagian Gerakan Kepenggunaan KPDNKK, kadar itu masih rendah walaupun masyarakat pengguna semakin sedar tentang hak asasi seperti hak mendapatkan ganti rugi dan hak membuat pilihan. Masih ramai lagi pengguna yang tidak menukar pemahaman itu ke dalam bentuk tindakan. Ini kerana tahap kesedaran masyarakat berkait rapat dengan tahap pendidikan, pekerjaan selain informasi untuk mendapat maklumat

yang terbatas serta penumpuan bagi memenuhi keperluan asas seperti makan, minum dan tempat tinggal. Masih ramai dalam kalangan pengguna tidak mengetahui hak mereka terutama dalam skop yang lebih besar seperti mendapatkan alam sekitar yang sihat, hak untuk mendapat pendidikan pengguna, hak mendapatkan keselamatan serta hak mendapatkan maklumat. Sebagai contoh, mereka mengetahui tentang masalah alam sekitar tetapi mereka tidak menitik beratkan alam sekitar dalam kehidupan seharian sedangkan mereka mempunyai hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat. Hasil kajian menunjukkan hanya 40 peratus pengguna yang menyedari tentang perkara itu. Pengguna juga masih lagi kurang mengetahui hak mereka untuk mendapatkan keselamatan yang boleh melindungi pengguna daripada barang, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan mereka termasuk perlindungan daripada penipuan, fitnah dan lain-lain. Kajian itu juga mendapati pengguna berpendapatan rendah dan pendidikan rendah memerlukan lebih perlindungan berbanding golongan berpelajaran dan berpendapatan tinggi yang mana mereka dapat melindungi diri sendiri. Golongan berpendapatan rendah biasanya lebih tertumpu kepada kehidupan seharian, tumpuan untuk mendapatkan keperluan asas selain kurang berbelanja. Golongan ini hanya akan bertindak sekiranya keupayaan mereka untuk mendapatkan keperluan asas terjejas seperti peningkatan harga keperluan asas ataupun apabila punca pendapatan mereka terjejas. Pelbagai aduan diterima melalui e-aduan di KPDNKK. Dari Januari hingga Jun tahun ini sebanyak 6,070 aduan diterima dari seluruh Malaysia yang mencakupi pelbagai perkara antaranya penipuan harga, penyelewengan jualan langsung, bengkel kenderaan bermotor, barang tiruan, tanda harga, cetak rompak, penipuan perjanjian, jualan bahan petroleum dan perkhidmatan telekomunikasi. Setiap hari antara tujuh hingga 10 aduan diterima yang dibuat melalui laman web kementerian, talian bebas tol 1-800-886-800 ataupun datang sendiri ke pusat aduan di kementerian yang mula beroperasi sejak dua bulan lepas.

Pengguna yang ditipu dan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima juga boleh membuat tuntutan di tribunal tuntutan pengguna sebagai saluran untuk mencari keadilan bagi kedua-dua pihak, pengguna dan peniaga. Dulu pengguna tidak tahu mana mahu menyalurkan masalah yang dihadapi, dengn adanya tribunal tuntutan pengguna ini, pengguna tidak terkapai-kapai lagi dan ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya. USAHA LINDUNGI PENGGUNA Meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai hak sebagai pengguna menjadi sebahagian agenda utama KPDNKK antaranya melalui Persatuan Pengguna Daerah yang kini ditempatkan di 132 daerah seluruh Malaysia. Ia menjadi pemimpin pendapat atau penghubung utama yang mampu bertindak menggerakkan aktiviti kepenggunaan selain bertindak sebagai tempat rujukan pengguna selamat. Selain itu beberapa undang-undang atau akta yang melindungi pengguna turut dipinda antaranya Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang dipinda pada tahun lepas, bertujuan melindungi pengguna daripada amalam perniagaan yang tidak beretika berhubung urusan jual beli antara peniaga dan pengguna. Begitu juga, Akta Perihal Dagangan 1972 yang bertujuan melarang penggunaan perihal, penyataan dan petunjuk palsu atau yang menggelirukan berhubung dengan barang, perkhidmatan, tempat tinggal, kemudahan dan harga barang. Pindaan akta ini diluluskan dengan menambah gores dan menang, iklan yang mengelirukan dan penjualan produk palsu sebagai kesalahan dan boleh dikenakan tindakan. Akta lain yang melindungi pengguna ialah Akta Jualan Langsung 1993, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Sewa Beli 1967, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga 1946. Sekiranya tidak didedahkan masalah kepenggunaan yang berlaku, maka pengguna akan terus menghadapi masalah itu dari semasa ke semasa kerana wujudnya pelbagai taktik dan tipu helah dalam perniagaan, pemasaran produk dan perkhidmatan yang tidak bermutu dan berkualiti,

penipuan tanda halal, pemalsuan maklumat yang memberi kesan buruk terhadap keseimbangan hubungan ekonomi antara peniaga dan pengguna. Dengan adanya pengetahuan dan pendidikan kepenggunaan, pengguna akan menjadi lebih berhati-hati dalam urus niaga yang dijalankan serta pengguna juga boleh melindungi diri sendiri daripada terpedaya dan ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Kumpulan sasaran kini lebih ditumpukan kepada kumpulan pengguna baru yang terdiri daripada pelajar sekolah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi serta golongan belia dan wanita. Belia sebagai pelapis pemimpin masa hadapan dan wanita dianggap tonggak utama keluarga yang memastikan keselamatan dan kesihatan keluarga terjamin. SAMBUTAN BULAN PENGGUNA KEBANGSAAN Bulan Julai merupakan bulan pengguna yang disambut di seluruh negara dengan pelbagai aktiviti bagi membangkitkan kesedaran dalam kalangan pengguna. Memilih tema Hak Pengguna Tanggungjawab Anda, ia membawa maksud hak dan peraturan bagi melindungi pengguna daripada ditipu peniaga yang tidak beretika dan tanggungjawab serta peranan yang perlu dimainkan oleh individu yang merangkumi kesedaran kritikal, penglibatan dan tindakan, kepentingan sosial serta kesedaran persekitaran. Pengguna mesti mempunyai kesedaran untuk mengkritik sekiranya berlaku penyelewengan, sanggup bertindak sekiranya hak mereka tidak dilayan, pengguna mesti menjaga etika supaya perbuatan tidak menimbulkan kesulitan kepada orang lain atau alam sekitar. Mereka juga perlu bersatu padu menyuarakan pendapat agar kepentingan mereka tidak mudah digugat. Hakikatnya setiap pengguna perlu menyedari tanggungjawab mereka terlebih dahulu bagi memastikan hak pengguna dapat diamalkan. Diharapkan menjelang 2020, pengguna Malaysia akan mampu melaksanakan perlindungan kendiri dan peniaga akan menjalankan kawal selia kendiri dalam menjalankan tangungjawab dan hak mereka.

Leave a comment Posted in BAHAGIAN A: KARANGAN LARAS SOSIAL KEMASYARAKATAN, KERTAS 2 STPM

Karangan: Perubahan iklim dunia


Posted on July 20, 2011 by goaypastpm| Leave a comment

Pembangunan tidak mapan punca iklim dunia berubah PERUBAHAN iklim adalah fenomena sejagat yang berlaku akibat daripada proses pembangunan yang tidak mapan terutama di negara maju sejak zaman perindustrian mereka bermula. Menurut laporan Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perubahan iklim ialah sesuatu kejadian yang tidak dapat disangkal lagi dan ia berlaku akibat kegiatan manusia membebaskan gas rumah hijau ke atmosfera menyebabkan suhu udara meningkat. Peningkatan kepekatan gas rumah hijau terutama karbon dioksida, metana dan nitrus oksida di atmosfera terutama daripada pembakaran bahan api fosil seperti petrol, diesel, arang batu dan kegiatan guna tanah, memerangkap haba dan menyebabkan peningkatan suhu dan fenomena pemanasan global yang telah membawa pelbagai impak negatif kepada kehidupan manusia masa kini. Menurut laporan panel itu suhu dunia akan terus meningkat, fenomena kemarau, banjir, peningkatan aras laut akan semakin teruk menjelang dekad akan datang jika dunia tidak berusaha mengurangkan pembebasan gas rumah hijau ini. Di Malaysia, suhu udara yang meningkat menyebabkan berlaku perubahan pola kejadian fenomena cuaca ekstrem seperti banjir besar, peningkatan aras laut dan hakisan pantai yang serius adalah petanda impak perubahan iklim. Kejadian banjir terburuk di Johor penghujung 2006 dan awal 2007 serta banjir teruk yang berlaku awal tahun ini juga di Johor, berkemungkinan ada kaitannya dengan perubahan iklim. Kajian Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati 30 peratus pantai di Malaysia mengalami hakisan yang

teruk dan ini dijangka menjadi lebih teruk akibat perubahan iklim berterusan. Perubahan iklim membawa pelbagai impak kepada kesejahteraan penduduk, alam sekitar dan pelbagai ekosistem serta ekonomi. Dengan suhu yang meningkat, banjir dan kemarau yang semakin kerap, keupayaan negara mengeluarkan makanan mungkin akan terjejas. Menurut laporan IPCC lagi, jika kepekatan gas rumah hijau di atmosfera terus meningkat, dijangka purata suhu dunia akan meningkat melebihi enam darjah Celsius pada penghujung abad ke-21. Ini jauh lebih tinggi berbanding peningkatan kurang dari satu darjah Celsius sejak 100 tahun yang lalu. Dunia akan berada dalam keadaan kemusnahan sekiranya ini berlaku. Justeru, saintis mencadangkan peningkatan ini dihadkan kepada dua darjah Celsius dan menyeru semua negara mengurangkan pembebasan gas rumah hijau. Bagaimanapun, instrumen seperti Protokol Kyoto ternyata gagal. Data terkini menunjukkan kepekatan gas ini lebih tinggi daripada kepekatan bagi senario terburuk yang digunakan oleh IPCC. Perundingan antara negara anjuran PBB seperti Persidangan Parti (COP) mengenai konvensyen kepelbagaian biologi juga belum membuahkan sesuatu yang konkrit yang boleh dilaksanakan serta-merta. Negara maju yang menjadi penyumbang utama kepada perubahan iklim akibat proses pembangunan dan perindustrian mereka sejak 100 lalu, masih gagal menunjuk-kan komitmen yang tinggi untuk menurunkan pembebasan gas rumah hijau dan membantu negara sedang membangun untuk bergerak ke arah ekonomi karbon rendah. Keghairahan China dan India dalam pembangunannya menjadikan usaha menurunkan kepekatan gas rumah hijau semakin sukar. Peningkatan penduduk dunia yang boleh mencapai lebih 10 bilion pertengahan abad ini daripada lebih kurang enam bilion kini juga akan menyukarkan usaha ini. Sebilangan besar saintis tidak yakin kaedah perundingan akan menghasilkan satu perjanjian yang dipatuhi oleh semua negara untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau mereka.

Kaedah manipulasi iklim dipanggil sebagai geo-engineering berkemungkinan terpaksa dilakukan. Salah satu kaedah ialah menyembur partikel halus yang dipanggil aerosol ke stratosfera dan dengan jumlah kuantiti yang sesuai ia mampu mengurangkan kemasukan pancaran sinaran matahari dan mampu merendahkan suhu bumi. Bagaimanapun ia mempunyai kesan sampingan bersifat negatif. Satu kajian di Amerika Syarikat contohnya, menunjukkan kejadian kemarau pada dekad akan datang di Amerika boleh dikurangkan tetapi ia juga melemahkan sistem monsun di rantau Asia Tenggara dan akan menyebabkan musim kemarau yang berpanjangan. Ternyata impak positif kaedah seperti ini tidak menyeluruh dan pendekatan geo-engineering seperti ini sepatutnya hanya dilaksanakan dalam kerangka persetujuan semua negara. Persoalannya apa jaminan negara kuasa nuklear yang mempunyai keupayaan teknologi tinggi untuk tidak bertindak memanipulasi iklim secara unilateral.
Leave a comment Posted in BAHAGIAN B: KARANGAN LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI, KERTAS 2 STPM

Karangan: Kepentingan mengimbangi S&T dan Sosial


Posted on July 12, 2011 by goaypastpm| Leave a comment

PENUBUHAN satu universiti penyelidikan sains sosial seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika berucap pada majlis penutupan Kongres Profesor Negara di Kuala Lumpur baru-baru ini sememang merupakan satu langkah wajar dan amat dialualukan. Sama ada ia mungkin satu universiti baru atau sebuah universiti penyelidikan sedia ada yang dinaik taraf, langkah ini adalah satu pengiktirafan betapa ilmu sains sosial perlu dimanfaatkan semaksimum mungkin dalam proses dan agenda pembinaan negara.

Jika ilmu sains dan teknologi menunjangi agenda pembinaan negara ke arah Wawasan 2020, maka ilmu sains sosial seperti komunikasi, sains sosial, kemanusiaan, pengurusan, pendidikan, ekonomi, dan kesenian wajar diperkasakan sebagai pengisian jati diri bangsa. Bahkan, sejarah negara bangsa banyak memanfaatkan ilmu sains sosial sebagai pemangkin dan sekali gus penggenap sesuatu bangsa sambil ia memperkasakan ketamadunan bangsa dan mempertingkatkan kecemerlangan citra negara. Negara jiran Indonesia banyak mencemerlangkan ketamadunan bangsa mereka menerusi kegiatan kesenian, inovasi kebudayaan kreatif dan pemupukan budaya yang segar lagi kontemporari sesuai dengan tuntutan masa. Sifat dan corak kesenian dan kebudayaan yang segar lagi kontemporari memungkinkan ketamadunan bangsa menjadi relevan dan diminati ramai. Aspek penyemaian tradisi dan nilai kebudayaan dan kesusasteraan serta kesenian penting dalam konteks arus globalisasi yang mengganas. Usaha membumikan teori sosial sedang rancak di laksanakan. Yang penting, sains sosial mengasah dan mengasuh para mahasiswa pengertian dan perihal falsafah, pemikiran, nilai, pandangan hidup, jati diri, dan asas ketamadunan negara bangsa seiring dengan aspek sosial, politik dan ekonomi sesebuah tamadun dan negara bangsa. Bahkan perihal ilmu komunikasi dan kebudayaan perhubungan kaum, etnik, mahupun perpaduan, integrasi kaum, dan proses sosialisasi politik dan pemerintahan dalam konteks dunia kontemporari perlu dikaji dan didokumentasi dalam proses pembinaaan negara bangsa. Universiti ini mesti dan harus melebarkan korpus keilmuan sains sosial ke persada dunia dengan penyelidikan dan penerbitan bahan sumber yang terunggul. Ia mesti menjadi hab dan rujukan para sarjana antarabangsa bidang kepakaran kita seperti ketamadunan Melayu dan Islam dalam konteks nusantara bukan sebaliknya. Bidang ilmu baru seperti sains pemerintahan, sosiologi dan antropologi Melayu/Islam dan aspek pengurusan dan perekonomian Islam dan Komunikasi Melayu Islam dan Malaysia perlu diterokai. Tidak mungkinkah nanti satu rangka teori tulen dalam semua bidang sains sosial dapat diwujudkan sesuai dengan arus perdana merakyatkan dan

melenyapkan ilmu sains sosial jauh daripada pendekatan, paradigma dan penjajahan Barat? Kita mesti melestarikan nilai kebudayaan bangsa sambil merekayasakan falsafah dan aspek teori asli bukan sekadar adaptasi. Kita mesti merekayasakan dan mencipta teori dan paradigma baru demi melenyapkan keilmuan sosial yang berpijak di bumi nyata. Bahkan sehingga kini, kita masih tidak ada model dan teori ciptaan kita? Contohnya, teori komunikasi yang diajar masih berpaksikan falsafah dan pendekatan Barat? Bagaimana pula asas perihal pengurusan dan perekonomian Islam, sains pemerintahan dan politik Islam-Melayu dan teori sosial Islam ala Malaysia mahupun Nusantara. Pendeknya, universiti sains sosial nanti perlu menekankan perihal penyelidikan baru sains sosial bukan sekadar merekayasa pendekatan Barat yang kini sudah dikritik sebagai asas sekali gus punca perbalahan ilmu atas nama free inquiry dan bahan penyelidikan yang tidak membawa perpaduan atau penyelesaian bahkan mencetuskan konflik dan krisis demi krisis. Ini sekali gus, ia melestarikan proses kolonialisasi serta penjajahan minda ala baru. Sambil melengahkan pengisian dan penerimaan gagasan Wawasan 2020. Justeru, saya amat menyokong gagasan Universiti Sains Sosial agar proses dekolonilsasi pendekatan Barat dalam ilmu sains sosial dan inovasi ilmu sains sosial ala acuan Melayu-Islam dan Malaysia dapat direalisasikan segera sesuai dengan hasrat mencemerlangkan ketamadunan negara bangsa. Contoh karangan STPM Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, ini bukan bermakna seni dan nilai kemanusiaan mesti dikorbankan. Jelaskan penyataan ini. Kemajuan sains dan teknologi penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, ini bukan bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan.

1. S&T menghasilkan alatan canggih memajukan sesebuah negara. Sistem pengangkutan darat, laut dan udara membolehkan kita pergi ke sesuatu tempat dengan mudah. Sistem PLUS dan STAR memudahkan pergerakan manusia dan penyampaian. Alatan canggih memajukan sektor industri. Mesin dan jentera menjimatkan tenaga, masa dan wang. Ini akan meningkatkan taraf hidup manusia. Ini selanjutnya memajukan ekonomi negara. 2. S&T penting dalam bidang telekomunikasi. Sistem komunikasi memajukan perhubungan dan perniagaan. Misalnya internet, faks, dan telefon bimbit. Kita boleh menghubungi seseorang dengan mudah. Ini membolehkan peniaga menjalankan perniagaan di seluruh dunia. Perniagaan saham antarabangsa dapat dijalankan Satelit televisyen membolehkan kita mengetahui berita di seluruh dunia. 3. S&T memajukan R&D. Misalnya S&T membolehkan kita menghasilkan robot untuk membantu manusia. Produktiviti sektor perindustrian akan meningkat Melalui R&D, kita juga dapat mengkaji punca-punca penyakit. Ubat dan rawatan terkini dapat dihasilkan. Kini, teknologi pengklonan boleh membiak binatang ternakan secara besar-besaran. Pengklonan juga menghasilkan baka pertanian yang bermutu. Misalnya padi yang tahan penyakit, cepat membesar, dan hasilnya banyak dan berkualiti. Semua ini akan memajukan sesebuah negara. 4. S&T memajukan sistem pendidikan. Teknologi maklumat (IT) seperti multimedia akan digunakan dalam sekolah sedemikian. Sekolah dapat maklumat dunia melalui sidang video dan Internet. Pelajar mencapai keputusan akademik yang lebih baik. Cara ini akan melahirkan lebih banyak cendekiawan. Pertambahan golongan profesional akan memajukan negara. 5. Seni budaya juga penting kepada sesebuah negara. Budaya tradisional adalah warisan nenek moyang kita. Budaya merupakan identiti kita.

Jadi, kita perlu mengekalkannya agar dikenali dan dihormati. Selain itu, budaya tradisional juga bernilai komersial. Misalnya tarian, masakan, pakaian dan kraftangan dapat memajukan pelancongan. Pelancong akan terpikat dengan budaya kita yang unik. Pelancong akan mencurah-curah datang ke Malaysia. Ini akan menambah pendapatan negara. 6. Seni dapat menghiburkan hati. Hidup kita semakin sibuk. Ramai orang menghadapi tekanan jiwa. Seni seperti lukisan, tarian, filem dsn boleh dihayati. Seni ini boleh memberi ketenangan jiwa dan hiburan. Dengan ini mental rakyat akan menjadi sihat. Rakyat sihat negara maju. Filem dan karya sastera yang berjaya juga mengharumkan artis dan karyawan 7. Didikan agama juga penting. Agama akan melahirkan manusia yang sempurna. Insan yang mempunyai keimanan yang utuh dapat dilahirkan. Mereka tahu membezakan perkara haram dan halal. Rakyat beragama tidak akan melakukan kemungkaran tuhan. Mereka juga dapat mengawal nafsu buruk. Dengan ini, rakyat akan menjauhi masalah sosial. Misalannya menjauhi dadah, hubungan seks bebas, dan jenayah. Dengan ini, masyarakat kita menjadi aman sentosa. Pada kesimpulannya, sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, ini bukan bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan. Soalan Tambahan: 1 Seni merupakan suatu aspek penting di dalam kehidupan manusia. Ia tidak sahaja memenuhi keperluan material dan estetika manusia, tetapi juga merupakan asas pembangunan material dan moral . Peranan seni di dalam pembangunan negara tidak boleh diperkecilkan kerana negara tanpa seni akan menjadi negara tanpa jiwa. Berikan pendapat anda tentang peranan seni di dalam pembangunan negara.

1990 2. Dalam masyarakat moden hari ini, sukan bukan sahaja merupakan asas perpaduan masyarakat, sukan juga mempunyai potensi sebagai satu industri yang banyak menawarkan pelbagai peluang, khususnya kepada peniaga, usahawan, dan profesional. Sejauh manakah sukan dapat dimajukan sebagai suatu industri yang boleh memberi sumbangan yang besar di bidang sosioekonomi di Malaysia? 1991 2 Rasuah adalah satu amalan yang amat mudah merebak dalam sistem hidup masyarakat hingga boleh meruntuhkan struktur masyarakat itu sendiri. Cara rasuah merebak seumpama kanser yang membunuh setiap tisu anggota secara senyap dan akhirnya membunuh pesakit berkenaan. Bincangkan sebab-sebab berlakunya amalan rasuah dan kesannya terhadap masyarakat. 1992 1 Sebagai media komunikasi massa , akhbar sangat penting kepada masyarakat dan dianggap sebagai kuasa keempat (fourth estate). Akhbar mempunyai pengaruh dan dipercayai oleh golongan masyarakat pembaca. Kadang-kadang pembaca mempercayai sesebuah berita itu tidak kira sama ada berita itu benar ataupun sebaliknya. Begitulah kuatnya pengaruh akhbar dalam kehidupan masyarakat kini. Bincangkan peranan akhbar dalam kehidupan masyarakat kini. Go 1993 1 Kualiti, pengayaan, dan nilai keindahan karya sastera dan seni dalam sesebuah masyarakat hari ini hanya dapat dipupuk dan ditingkatkan melalui usaha-usaha mengadakan sayembara dan anugerah yang tertentu. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini? 1996 2. Muzium merupakan gedung menyimpan dan mempamerkan bahanbahan yang mempunyai nilai sejarah, seni, dan sains. Bincangkan peranan muzium dalam konteks pembangunan sesebuah negara dan masyarakat. 1989 Sungguhpun kemajuan industri perfileman sangat bergantung kepada penggunaan teknologi yang sofistikated namun terdapat juga berbagaibagai faktor yng mempengaruhi kemajuannya. Bincangkan kepentingan faktor-faktor bukan teknologi yang mempengaruhi kemajuan industri perfileman di negara ini.

1995 Kekurangan kemajuan teknologi canggih seperti teknologi multimedia merupakan antara penyebab utama filem negara kita kurang bermutu. 1998 3. Untuk mencapai status negara maju, sesebuah negara perlu mencapai tahap kemajuan sains dan teknologi yang tinggi. Jelaskan peranan sains dan teknologi dalam konteks penyataan di atas. 2003 Industri muzik tempatan menghadapi banyak masalah. Sehingga kini masalah tersebut belum ada penyelesaiannya. Oleh yang demikian langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi menangani masalah tersebut. Bincangkan. 20091 Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Begitulah pepatah orang tua kita yang memberikan gambaran bahawa belia ialah golongan yang penting dalam memajukan sesebuah negara. Jelaskan ciri yang perlu ada pada golongan belia untuk merealisasikan hasrat pepatah ini.
Leave a comment Posted in BAHAGIAN A: KARANGAN LARAS SOSIAL KEMASYARAKATAN, KERTAS 2 STPM

KARANGAN: LANGKAH MENANGANI PATI


Posted on June 23, 2011 by goaypastpm| Leave a comment

YAB TPM Muhyiddin Yassin berbincang dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kiri) selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pekerja Asing Tanpa Izin untuk program 6P 2011 di Bangunan

Parlimen, Kuala Lumpur semalam. Turut sama, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.

22 Jun 2011 Kerajaan buat pertama kalinya mengadakan proses pemutihan dan pengampunan besar-besaran untuk pekerja asing tanpa izin (PATI) bagi merekod serta mendaftarkan golongan itu di Malaysia melalui Program 6P bermula 11 Julai 2011. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pekerja Asing Tanpa Izin di bangunan Parlimen hari ini., program penyelesaian menyeluruh itu akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga akhir tahun ini bagi mengurangkan PATI di Malaysia. Program 6P yang meliputi aspek pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran itu bakal menyaksikan golongan itu direkodkan dengan kaedah biometrik. Proses itu dimulakan dengan pendaftaran PATI di Jabatan Imigresen sama ada secara persendirian atau oleh majikan masing-masing selama dua minggu dari tarikh tersebut sebelum diputuskan untuk dilanjutkan jika didapati perlu. Langkah tersebut akan menyelesaikan beberapa isu seperti masalah sosial, jenayah dan hal ehwal ekonomi membabitkan golongan itu serta rakyat tempatan. Selepas mereka (PATI) diminta untuk didaftarkan barulah kerajaan menjalankan eksesais pengampunan dengan merekodkan jumlah pekerja yang tidak berdaftar dalam sistem biometrik seperti yang digunakan ketika ini untuk pelawat. Apabila mereka dibawa keluar dan didaftarkan oleh majikan menerusi sistem biometrik, maka kerajaan akan mempunyai rekod di mana mereka berada, bilangannya, siapa majikan mereka dan berapa gaji yang mereka dapat. Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga sudah memaklumkan semua kedutaan asing di negara ini berhubung program itu dan mereka bersetuju untuk membantu bagi urusan visa dan dokumen penting lain. PATI yang telah berdaftar di bawah program pengampunan itu dibenarkan kembali bekerja dengan majikan masing-masing menggunakan pas kerja sementara bagi memastikan langkah tersebut tidak menganggu aktiviti ekonomi negara. kerajaan juga akan menggerakkan jawatankuasa keselamatan seluruh negara termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk membantu pihak berkuasa menjayakan program berkenaan.
Leave a comment Posted in BAHAGIAN A: KARANGAN LARAS SOSIAL KEMASYARAKATAN, Kenegaraan: Dasar Dalam Negara, KENEGARAAN: KERAJAAN PERSEKUTUAN, kERTAS 1 STPM, KERTAS 2 STPM

Karangan: A Laman Web Sosial


Posted on June 12, 2011 by goaypastpm| Leave a comment

Siapa di antara kita yang masih lagi tidak tahu apa itu laman web sosial? Laman web sosial kini menjadi pengantara antara seseorang individu dengan individu lain untuk tujuan tertentu. Laman web sosial dapat menghubungkan individu tersebut, baik dalam negara ataupun luar negara dengan individu lain.

Katagihan Laman Web Sosial

Dewasa kini, banyak laman web sosial yang wujud menjadi pengantara seluruh dunia. Antara laman web yang popular dan menjadi pilihan serta kegilaan pelbagai peringkat umur terutama para remaja ialah Facebook, Twitter, Friendster, Bebo,dan Myspace. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, para remaja boleh berhubung atau berkomunikasi dengan cepat berbanding dengan sebelum ini iaitu

sebelum terciptanya teknologi maklumat dan komunikasi. Perkhidmatan rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain. Laman sosial makin menjadi tapak bagi pengguna internet bagi memperluaskan lagi rangkaian kawan-kawannya. Boleh dikatakan semua pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Ianya menjadi fenomena sehinggakan menular di dalam pejabatpejabat sekaligus memberi kesan samada baik atau buruk. Di kebanyakan pejabat swasta dan awam, laman sosial telah di block dan hanya dibuka pada waktu rehat dan selepas waktu pejabat sahaja. Ini berlaku atas sebab kegilaan kakitangan menggunakan laman sosial sehingga mengabaikan kerja. Kewujudan laman web sosial dapat mengeratkan tali silatulrahim, mempertemukan sahabat lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan pengguna laman web rangkaian sosial ini. Tetapi tidak dinafikan terdapat penyalahgunaannya oleh segelintir masyarakat. Segelintir pihak menggunakannya sebagai medium meluahkan rasa tidak puas hati dan fitnah. Ini bukan cara terbaik kerana penyalahgunaan laman web sosial tidak dapat menyelesaikan masalah dihadapi. Untuk entri ini saya akan berkongsi kebaikan dan keburukan laman sosial kepada pengguna internet. Laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :1. Berkomunikasi: Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Mempertemukan sahabat lama terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan tali silatulrahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin seperti Twitter PM Dato Sri Najib, bertanya khabar dengan cara

paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua. 2. Boleh membantu mempromosi sesuatu. Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan restoran yang enak dan murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan. 3. Mudah menyebarkan maklumat. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah. 4. Perkongsian maklumat/ilmu. Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta. Imlu dalam bidang perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat disebarkan. Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu. Mengapa remaja taksub dengan laman web sosial seperti facebook. 1. Untuk perkongsian ilmu dan maklumat Pelajar merupakan individu yang menggunakan kemudahan laman web sosial ini bagi tujuan perkongsian maklumat dan

ilmu dengan rakan-rakan. Bagi mereka, dengan cara ini mereka boleh berbincang bersama rakan-rakan dengan pantas tentang sesuatu masalah atau isu yang dikemukakan. Ada juga yang memanfaatkannya dengan perkongsian maklumat tentang perniagaan. 2. Sekadar untuk mengisi masa lapang Ramai remaja menghabiskan masa mereka dengan facebook. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman web sosial seperti facebook dan twitter. 3. Untuk mencari pasangan hidup Tidak dinafikan juga ada antara remaja yang melayari laman web sosial semata-mata untuk mencari pasangan hidup. Dalam bahasa mudah, mencari teman lelaki ataupun teman wanita. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Kepada mereka yang kesunyian dan masih single tu, silalah aktifkan diri anda dengan laman web sosial. 4. Hendak menonjolkan imej diri/hendak pamer body yang mantap Sebab ini saya rasa adalah paling releven kenapa remaja terlalu taksub dengan laman web sosial terutama facebook dan myspace. Tidak kira perempuan ataupun lelaki, mereka berlumba-lumba mempamerkan wajah dan imej diri dengan gaya yang istimewa termasuk kemantapan body masing-masing. Bagi yang kacak dan cun memang menjadi kegilaan sesetengah individu. 5. Ingin mendapatkan berita terkini dengan cepat Ada juga remaja yang taksub dengan laman web sosial kerana ingin mendapatkan sesuatu info terkini dengan cepat dan pantas. Golongan ini mungkin juga terdiri daripada golongan pelajar dan mereka-mereka yang suka sesuatu yang baru. Perasaan ingin tahu dalam diri sangat tinggi. 6. Aplikasi menarik dan ketagih game Laman web sosial seperti facebook menyediakan pelbagai

aplikasi dan game menarik kepada penggunanya. Bagi mereka yang ketagih dengan game, facebook merupakan tempat atau medium terbaik untuk melepaskan gian tersebut kerana setakat ini tiada laman web sosial lain yang dapat menandingi facebook terutama aplikasi yang disediakan. Dengan adanya aplikasi seperti akan menyebabkan remaja sanggup melayari facebook 24 jam dan sanggup untuk tidak tidur pada waktu malam. Keburukan laman sosial 1. Melalaikan/melekakan. Terlalu lama berdepan dengan temanteman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog. Ianya mampu mengganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai games, group provokasi/gossip dan sebagainya. Ketagihan melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti melalaikan. Pelajar akan abaikan pelajaran mereka. 2. Obses/ketagihan. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman tersebut. Tidak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial. Ada yang mengurung diri dalam bilik berhadapan dengan komputer buat beberapa hari berterusan kerana melayari web. 3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan. Hubungan sesama ahli keluarga dan jiran semakin renggang. 4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer merupakan fenomena biasa

merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman web sosial. 5. Gangguan oleh individu yang tidak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi. Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. Penipuan wang, cinta dan sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap seseorang disebarkan. Ini memalukan mangsanya. 6. Boleh meruntuhkan rumah tangga/menjurus ke arah keghairahan maksiat. Termasuk mempengaruhi remaja berzina. Remaja perempuan terjebak dalam gejala zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina. Gambar-gambar lucah disebarkan. Seks maya dijalankan kerana identiti sebenar tidak diketahui. Facebook juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web sosial Pada kesimpulannya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenyataan sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media baru seperti laman web sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Pendek kata, apa yang penting ialah semua pihak perlu berhatihati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin disebarkan serta dikongsi agar ia tidak membawa padah kepada diri dan orang lain.

Karangan: Senarai Negara Bersenjata Nuklear


Posted on June 10, 2011 by goaypastpm| Leave a comment

Letupan Bom Atom di Nagasaki Jepun. PDII

Bom Nuklear adalah bom yang berupaya melakukan pemusnahan besarbesaran. Sepanjang sejarah penciptaan bom nuklear, hanya 2 kali pernah digunakan untuk tujuan peperangan. Kedua-duanya dilepaskan oleh Amerika ketika perang dunia ke-2 terhadap Jepun. Bom Nuklear atau yang biasa kita panggil sebagai bom atom pertama diletupkan pada waktu pagi 6hb Ogos 1945 di bandar Hiroshima dan bom kedua dilepaskan 3 hari kemudiannya juga di Jepun di bandar Nagasaki. Hasil kemusnahan bom tersebut telah meragut seramai 200,000 nyawa rakyat Jepun yang terdiri daripada rakyat awam. Sejak itu bom nuklear hanya diledakkan untuk tujuan percubaan yang dianggarkan lebih 2,000 kali cubaan telah dilakukan. Tidak semua negara memiliki senjata nuklear ini, hanya beberapa negara sahaja yang mengakui menimpannya dan ada juga beberapa negara disyaki memiliki bom nuklear. Berikut adalah senarai negara yang mempunyai senjata bom nuklear. 1. Rusia 28,240 unit 2. Amerika 12,070 unit 3. Perancis 510 unit 4. China 425 unit 5. UK 400 unit

6. Israel tiada data 7. India tiada data 8. Pakistan tiada data Dalam masa yang sama seluruh dunia bercakap tentang keamanan dan bencana alam yang perlu ditangani, masih ada lagi negara yang membina kekuatan senjata pemusnah besar-besaran ini. Dan ironisnya negaranegara tersebut jugalah yang amat kuta dan lantang memperjuangkan keamanan dan pemeliharaan alam sekitar. Kalau ada orang yang percaya bahawa majoriti manusia atas muka bumi ini buat apa yang mereka cakap, maknanya orang tersebut bermimpi di siang hari. Dalam keadaan begini, perkara yang terbaik yang kita boleh lakukan adalah menjaga diri sendiri serta kaum kerabat terdekat. Soalan STPM: 1997. 33. Nuklear biasanya dikaitkan dengan kemusnahan dan kecelakaan, namun hasil penyelidikan pakar-pakar dalam bidang ini telah mengubah persepsi terhadapnya. Bincangkan. Soalan Bahagian B STPM 1. Sumber tenaga tradisional seperti arang batu dan petroleum kini menjadi semakin pupus. Harapan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga terletak pada keupayaan manusia menjana dan menggunakan tenaga daripada sumber-sumber lain. Dengan memberi alasan, nyatakan pendirian anda tentang penggunaan tenaga daripada sumber-sumber lain sebagai gantian kepada sumber tenaga tradisional. 2. Sejak penemuan kaedah penjanaan tenaga atom oleh Otto Hahn dan Fritz Strassman pada tahun 1939, harapan untuk mengatasi krisis tenaga yang dihadapi sekarang adalah sangat cerah. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat ini? 3. Bagi sebahagian besar anggota masyarakat, perkataan nuklear biasanya dikaitkan dengan kesan negatif terutamanya dalam perlumbaan senjata moden yang mencerminkan peranan tenaga nuklear sebagai alat pemusnah alam yang boleh membawa kecelakaan kepada kehidupan manusia sejagat. Akan tetapi perkembangan positif yang telah dicapai oleh dunia sains hari ini menunjukkan bahawa tenaga nuklear amat berperanan

dalam pembangunan dalam sesebuah negara. Berdasarkan penyataaan di atas, jelaskan peranan tenaga nuklear dalam pembangunan sesebuah negara membangun. 4. Penemuan dan penghasilan sumber tenaga alternatif memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Namun begitu, penemuannya turut menimbulkan risiko kepada sesebuah negara. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini? Nota Tambahan: Loji Rawatan Termal, Beroga Selangor Sistem pengurusan sisa pepejal bersepadu: merangkumi proses kitar semula, penggunaan semula, pengkomposan dan pilihan loji rawatan termal serta tapak pelupusan. mengurangkan dioksin, volum gas ekzos, memproses baki sisa, menggunakan tenaga daripada sisa pepejal, membolehkan proses kitar semula bahan-bahan, baki sisa dijadikan blok penurapan jalan dan atap genting. (Scienists have long dreamt of the ultimate source of energy that will power the world forever. This ultimate source is hydrogen. Hydrogen can be produced by the electrolysis of water from the sea dan when burned together with oxygen, produces only energy and water. The use of hydrogen as a fuel and energy carrier will require an infrastructure for safe and cost-effective hydrogen transport and storage. Hydrogen has an excellent safety record, and is as safe for transport, storage and use as many other fuels.)
Leave a comment Posted in BAHAGIAN B: KARANGAN LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI, KERTAS 2 STPM

Karangan: Bahaya Rokok


Posted on May 27, 2011 by goaypastpm| Leave a comment

Tentang bahaya rokok pada umumnya saya rasa sudah banyak yang tahu, apalagi bagi orang yang tiap hari menghisap rokok, soalnya kan dalam setiap bungkus rokok terdapat tulisan tentang bahaya rokok, seperti ini.

MEROKOK DAPAT MENYEBABKAN KANSER, SERANGAN JANTUNG, IMPOTENSI DAN GANGGUAN KEHAMILAN DAN JANIN.

Tapi anehnya meski pada bungkus atau kemasan rokok sudah tercantum tulisan tentang bahaya rokok yang sangat menakutkan, tetap saja banyak yang merokok. Rokok mengandung lebih dari empat ribu kimia dan dua ribu daripadanya menjejaskan kesihatan kita, di antaranya adalah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di bilik gas maut bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, serta masih banyak lagi. Dan kimia pada rokok yang paling berbahaya adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Tar mengandung kurang lebih empat puluh tiga bahan yang menjadi penyebab kanser atau yang disebut dengan karsinogen. Nikotin mempunyai kimia dalam rokok yang dapat menyebabkan ketagihan, ini yang menyebabkan para pengguna rokok sulit sekali untuk berhenti merokok. Nikotin merupakan kimia pada rokok yang berisiko menyebabkan penyakit jantung, 25 peratus daripada para pengidap penyakit jantung disebabkan oleh kegiatan merokok

Bahaya kandungan rokok

Berikut ini adalah bahaya rokok terhadap kesihatan kita rokok dapat menyebabkan Kanser pundi kencing, Kanser perut, Kanser usus dan rahim , Kanser mulut , Kanser Esofagus, Kanser tekak, Kanser pankrias, Kanser payudara, Kanser paru-paru, Penyakit saluran pernafasan kronik Strok, pengkroposan tulang atau yang dikenal dengan osteoporosis Penyakit jantung, Kemandulan, Putus haid awal, Melahirkan bayi yang cacat Keguguran bayi, Bronkitis, Batuk, Penyakit ulser peptik, Emfisima, Otot lemah, Penyakit gusi, Kerosakan mata

Yang tersebut diatas adalah bahaya rokok bagi perokok aktif, apa pula perokok aktif ? perokok aktif adalah orang yang merokok secara langsung menghisapnya rokok, sedangkan perokok pasif adalah orang yang tidak secara langsung menghisap rokok, tetapi menghisap asap rokok yang dikeluarkan dari mulut orang yang sedang merokok. struktur kandungan bahaya rokok Di bawah ini merupakan bahaya asap rokok bagi perokok pasif. Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis Sakit atau pedih mata Bersin dan batuk-batuk Sakit kerongkong Sakit kepala zat Yang terkandung dalam asap rokok adalah : 2 kali lebih banyak nikotin 5 kali lebih banyak karbon monoksida 3 kali lebih banyak tar 50 kali lebih zat kimia yang berbahaya bagi kesihatan Bahaya asap rokok terhadap ibu hamil dan janin dalam kandungannya Keguguran janin/bayi Tumbesaran janin terencat 30% lebih tinggi Kematian janin dalam kandungan Pendarahan dari uri (abruption placenta) Berat badan berkurang 20 hingga 30% Bahaya asap rokok terhadap bayi Masalah dan penyakit pernafasan Mengganggu terhadap perkembangan kecerdasan Jangkitan telinga Leukeamia Kanser otak 22% Cepat lelah Sindrom kematian secara mendadak
Leave a comment Posted in BAHAGIAN B: KARANGAN LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI, KERTAS 2 STPM

Karangan: Isu bahan radioaktif/tenaga alternatif


Posted on May 27, 2011 by goaypastpm| 1 Comment

Isu loji Lynas di Pahang: ketakutan rakyat akibat kebocoran radiasi di loji nuklear Fukushima Jepun. 26 Mei 2011 Keputusan mengenai pembinaan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang, dijangka diketahui pada hujung bulan depan. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, panel antarabangsa yang terdiri daripada lima pegawai Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan empat pakar antarabangsa akan mendengar pandangan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai untuk dinilai. Dalam hal ini, kerajaan memberi jaminan bahawa panel ini akan menjalankan tugas sebaik mungkin serta terbuka dan telus kerana isu ini berkait dengan keselamatan awam. Isu pembinaan loji itu oleh Lynas Corporation Ltd. of Australia mendapat bantahan beberapa pihak kerana isu keselamatan dan kesihatan. Ia semakin berlarutan menjadi isu politik apabila disensasikan oleh pihak pembangkang. Panel pakar itu akan mula mendengar pandangan pelbagai pihak bermula 29 Mei sehingga 3 Jun ini di Kuantan, Pahang serta di ibu negara. Pertamanya, apa itu Nadir Bumi (Rare Earth) ? Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang ditemui di dalam bumi. Nadir Bumi ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan. Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses pembuatannya. Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum. Antara elemen atau jenis Nadir Bumi ini dan produk yang dihasilkan ialah :

Prometium Bateri Nuklear Scandium Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa Yttrium- Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro Lanthanum Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera Cerium Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic Praseodymium Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatan Thulium Pembuatan mesin X-Ray mudah alih Ytterbium Agen pengurangan kimia, laser inframerah Terbium Pembuatan lampu kalimantan, laser Gadolinium Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI Neodymium Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik Pemprosesan Nadir Bumi (Rare Earth) terbesar didunia bertapak di negara China. Hampir 95% pemprosesan Tanah Jarang adalah dilakukan di

negara China. Pemprosesan ini mendatangkan banyak kesan negatif kepada penduduk China, terutamanya kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pemprosesan ini. Air yang terdapat dikawasan sekitaran didapati tercemar dengan bahan radioaktif dan tidak sesuai untuk diminum ataupun digunakan untuk penanaman. Bahan kimia bertoksik tinggi seperti asid, sulfat dan ammonia banyak digunakan dalam aktiviti pemprosesan ini. Di wilayah Boutou, China, pihak pengkaji alam sekitar telah melarang air didaerah itu diguna untuk minum samada oleh manusia ataupun haiwan. Air di sana juga dilarang untuk tujuan penanaman. Kini China mula mengurangkan pengeluaran Tanah Jarang akibat dari simpanan Tanah Jarang negara mereka yang semakin berkurangan. Tetapi permintaan untuk Tanah Jarang semakin tinggi kerana kebanyakan pembuatan bahan berteknologi memerlukan mineral dari Tanah Jarang. Kalau kita mahu mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petroleum, kita perlu teknologi Hybrid. Teknologi Hybrid cuma boleh terhasil dengan penggunaan mineral dari Tanah Jarang. Di China, pencemaran radioaktif dan alam sekitar dalam pengeluaran Nadir Bumi ini sudah lama dikenal pasti, tetapi kerajaan negara itu tidak menghentikan pengeluaran Nadir Bumi ini kerana ingin menguasai permintaan dan pasaran dunia. Soalan STPM yang berkaitan: 1. Sumber tenaga tradisional seperti arang batu dan petroleum kini menjadi semakin pupus. Harapan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga terletak pada keupayaan manusia menjana dan menggunakan tenaga daripada sumber-sumber lain. Dengan memberi alasan, nyatakan pendirian anda tentang penggunaan tenaga daripada sumber-sumber lain sebagai gantian kepada sumber tenaga tradisional. 2. Sejak penemuan kaedah penjanaan tenaga atom oleh Otto Hahn dan Fritz Strassman pada tahun 1939, harapan untuk mengatasi krisis tenaga yang dihadapi sekarang adalah sangat cerah. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat ini?

3. Bagi sebahagian besar anggota masyarakat, perkataan nuklear biasanya dikaitkan dengan kesan negatif terutamanya dalam perlumbaan senjata moden yang mencerminkan peranan tenaga nuklear sebagai alat pemusnah alam yang boleh membawa kecelakaan kepada kehidupan manusia sejagat. Akan tetapi perkembangan positif yang telah dicapai oleh dunia sains hari ini menunjukkan bahawa tenaga nuklear amat berperanan dalam pembangunan dalam sesebuah negara. Berdasarkan penyataaan di atas, jelaskan peranan tenaga nuklear dalam pembangunan sesebuah negara membangun. 4. Penemuan dan penghasilan sumber tenaga alternatif memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Namun begitu, penemuannya turut menimbulkan risiko kepada sesebuah negara. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini? Loji Rawatan Termal, Beroga Selangor Sistem pengurusan sisa pepejal bersepadu: merangkumi proses kitar semula, penggunaan semula, pengkomposan dan pilihan loji rawatan termal serta tapak pelupusan. mengurangkan dioksin, volum gas ekzos, memproses baki sisa, menggunakan tenaga daripada sisa pepejal, membolehkan proses kitar semula bahan-bahan, baki sisa dijadikan blok penurapan jalan dan atap genting. (Scienists have long dreamt of the ultimate source of energy that will power the world forever. This ultimate source is hydrogen. Hydrogen can be produced by the electrolysis of water from the sea dan when burned together with oxygen, produces only energy and water. The use of hydrogen as a fuel and energy carrier will require an infrastructure for safe and cost-effective hydrogen transport and storage. Hydrogen has an excellent safety record, and is as safe for transport, storage and use as many other fuels.)
1 Comment Posted in BAHAGIAN B: KARANGAN LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI, KERTAS 2 STPM

Karangan: Umur pencen


Posted on May 25, 2011 by goaypastpm| Leave a comment

Usia bersara wajib penjawat awam dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun? Bacalah alasan pihak yang berpendapat tidak wajar umur bersara dinaikkan kepada 60 tahun. Pada asalnya usia bersara wajib penjawat awam ialah 55 tahun. Kemudian ditambah setahun lagi menjadi 56 tahun dan terakhir dipanjangkan pula menjadi 58 tahun mulai 2007. Kini mahu dilanjutkan pula sehingga usia 60 tahun? Faktor mentaliti, kualiti kerja dan komitmen terhadap tugas dalam kalangan penjawat awam di Malaysia mungkin masih jauh daripada menyamai tahap pemikiran dan keupayaan yang dimiliki oleh negaranegara maju. Bayangkan, kakitangan awam yang baru mencecah usia 45 tahun hingga 50 tahun sudah banyak yang menjadi pelupa, merasa diri telah amat tua dan menjadi perlahan dalam serba-serbi. Ini belum diambil kira golongan yang telah dihinggapi penyakit terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia seperti darah tinggi, kencing manis, sakit sendi, lemah tulang, sakit jantung dan sebagainya tatkala usia semakin menghampiri 50 tahun. Ada pihak mengatakan langkah ini dapat melapangkan sedikit sumber kewangan penjawat awam yang rata-rata banyak menanggung beban hutang. Misalnya hutang rumah, kenderaan, pendidikan anak-anak, insurans kesihatan, kemalangan dan lain-lain. Namun begitu, dengan memanjangkan lagi tempoh perkhidmatan mereka, mungkin sekali gus memanjangkan juga tempoh bayaran balik hutang berkenaan. Bagaimana dengan generasi anak-anak muda yang baharu hendak mencari penghidupan? Perlukah mereka menunggu sehingga orang lama yang sudah lelah bersara terlebih dahulu baharu peluang kerja akan terbuka untuk mereka? Isu pelarasan gaji kakitangan awam tanpa mengira gred lebih relevan membantu kakitangan awam mengatasi masalah kewangan mereka memandangkan kos sara hidup meningkat berkali-kali ganda hanya dalam tempoh setahun. Harga petrol dan diesel kerap kali naik. Apabila ini berlaku, harga barangan keperluan harian secara langsung akan ikut naik. Kakitangan awam gred bawahan terpaksa berdepan dengan keperitan

hidup apabila kos barangan dan perkhidmatan melonjak naik bebarapa kali setahun, sedangkan anjakan gaji tahunan mereka tidak sampai RM50.
Leave a comment Posted in BAHAGIAN A: KARANGAN LARAS SOSIAL KEMASYARAKATAN, KERTAS 2 STPM

Karangan:Malaysia Bertungkus Lumus Hapuskan Pemerdagangan Manusia


Posted on April 4, 2011 by goaypastpm| 1 Comment

Malaysia Bertungkus Lumus Hapuskan Pemerdagangan Manusia Mangsa dijanjikan pekerjaan dengan gaji yang lumayan di luar negara tetapi sebaik tiba di destinasi mereka dipaksa untuk melakukan aktiviti seks atau buruh paksa yang kini dianggap sebagai satu bentuk perhambaan moden. Mereka adalah mangsa satu jenayah terancang dikenali sebagai pemerdagangan manusia, yang kini adalah ketiga terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api. Pemerdagangan manusia adalah masalah global yang kian meningkat jumlah kesnya sejak seabad lepas. Mengikut laporan Amnesty International; pada tahun 2004 sahaja dianggarkan 700;000 orang diperdagang setiap tahun bagi tujuan seks. Bagaimanapun, amat malang sekali kerana Malaysia dilihat sebagai tempat menarik oleh sindiket pemerdagangan manusia untuk menjalankan aktMti mereka. REKOD MALAYSIA DALAM PEMERDAGANGAN MANUSIA Ini telah menjejaskan reputasi negara dan usaha telah dijalankan oleh pihak berkuasa untuk menjaga imej negara. Langkah serius kerajaan menangani isu pemerdagangan manusia telah menaikkan taraf Malaysia ke Tahap (Tier) 2 daripada Tahap 3 dalam Laporan Senarai Pemerhatian Pemerdagangan Malaysia (TIP) 2010. Laporan TIP adalah senarai kedudukan negara-negara dunia berdasarkan tahap pematuhan standard minimum dalam memerangi pemerdagangan manusia. Pada tahun 2009; kedudukan Malaysia merosot dari Tahap 2 pada 2008 ke Tahap 3 pada 2009.

Pencapaian TIP adalah berdasarkan kepatuhan negara menerusi Akta Perlindungan Pemerdagangan dan Keganasan (TVPA) Amerika Syarikat. Menurut klasifikasi antarabangsa, Tahap Satu merujuk kepada negara yang melakukan pematuhan sepenuhnya dan Tahap Dua bagi usaha signifikan untuk mematuhi TVPA. Manakala Tahap Tiga pula bermaksud sebagai negara yang tiada usaha untuk mematuhi standard minimum TVPA. MUDAH TERDEDAH Perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia menjadi tarikan utama kepada ramai warga asing dari seluruh dunia dan ini membuka peluang kepada kerancakkan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Kedatangan pelancong dan pekerja asing di Malaysia menambahkan lagi sindiket pelacuran yang membawa masuk secara sah ataupun haram gadis seperti dari China, Indonesia, Thailand, negaranegara Balkan dan India untuk memenuhi permintaan pelanggan. Tidak ketinggalan juga di bandar kecil yang terdapat ramai buruh asing di sektor perladangan, perindustrian dan pembinaan juga terdapat aktiviti kurang sihat ini yang melibatkan pemerdagangan manusia. Pada masa yang sama, lambakan sarang pelacuran, pusat hiburan dan rumah urut di seluruh negara memberi gambaran permintaan yang tinggi terhadap perniagaan tersebut hingga meningkatkan juga permintaan dan kemasukan wanita muda oleh sindiket pemerdagangan manusia yang sama. Selain itu, kedudukan Malaysia di tengah-tengah negara Asean, menjadikannya antara lokasi stategik sama ada sebagai negara destinasi atau transit bagi penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Menyedari masalah itu, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 telah diluluskan namun ia masih belum cukup kuat untuk menghalang kemasukan sindiket yang membawa wanita dan gadis muda bagi tujuan pelacuran dan buruh domestik. Lagipun, modus operandi sindiket membawa masuk mangsa adalah sukar dikesan pihak berkuasa disebabkan mereka ini memasukki negara secara sukar dikesan pihak berkuasa disebabkan mereka ini memasukki negara ini menggunakan pas lawatan sosial atau pun pas pelajar. LELAKI DAN KANAK-KANAK TIDAK TERKECUALI Bukan hanya wanita, lelaki dewasa turut diperdagangkan terutama untuk pengeksploitasian buruh atau dijadikan buruh paksa. Kebanyakan mereka

yang datang dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam menjadi mangsa selepas dijanjikan pekerjaan dengan bayaran lumayan sedangkan semuanya palsu. Malah lebih menyedihkan mereka turut dipaksa bekerja untuk tempoh panjang sehingga lebih 18 jam sehari tanpa dibayar upah. Kanak-kanak dan bayi juga mendapat permintaan yang tinggi untuk diperdagangkan terutama bagi aktiviti meminta sedekah atau dijadikan anak angkat kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat sendiri. Menurut statistik Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO), sejak 28 Feb 2008 hingga 21 Dis 2010, sebanyak 304 kes dilaporkan membabitkan pelbagai jenis eksploitasi dan 434 orang ditahan kerana terbabit dalam jenayah berkenaan. Daripada jumlah itu, 1,930 mangsa mendapat perintah perlindungan sementara (IPO) manakala 708 lagi perintah perlindungan yang mana kebanyakan mangsa terbabit terlibat dalam eksploitasi seks (189 mangsa), perkhidmatan paksa (58), penyeludupan manusia (24)dan penjualan bayi (11). MASIH KURANG KESEDARAN Kesedaran masyarakat Malaysia tentang isu pemerdagangan manusia masih lagi rendah malah masih ramai yang tidak memahami definisi sebenar yang dimaksudkan dengan pemerdagangan orang. Selain skopnya yang luas, aktiviti pemerdagangan orang adalah lanskap jenayah yang masih dianggap baru yang menyebabkan pemahamannya masih kurang. Kurang pemahaman itu bukan sahaja di kalangan orang ramai, malah ia berlaku di kalangan penguatkuasa sendiri. Istilah penyeludupan dan pemerdagangan manusia juga membawa dua maksud yang berbeza walaupun kedua-duanya kelihatan sama. Pemerdagangan orang membawa maksud merekrut, pengangkutan, pemindahan, perlindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi di mana modus operandinya termasuk penggunaan ancaman atau penggunaan bentuk tekanan lain, penculikan, penipuan, kecurangan, penyalahgunaan kuasa, kedudukan berisiko atau rawan dan memberi atau menerima pembayaran. Ia digunakan untuk tujuan mengeksploitasi pelacuran, eksploitasi seksual, buruh paksaan atau khidmat layanan paksa dan perhambaan. Manakala penyeludupan membawa maksud mengatur, memudahkan atau merancang secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana negara yang orang itu bukan warga negara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu tidak

sah. Ini juga membawa maksud mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perkara di atas. Namun begitu tidak dinafikan aktiviti penyeludupan orang menjadi punca kepada akiviti pemerdagangan manusia kerana kebiasaannya penyeludupan orang berpotensi menjadi sebahagian aktiviti pemerdagangan orang. Berikutan itu, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 telah dipinda bagi memasukkan kesalahan penyeludupan migran untuk dijadikan akta baru yang kini dikenali sebagai Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Pemerdagangan Migran 2007 yang dikuatkuasakan pada MAC 2011 lepas. Pindaan itu bagi menangani sindiket antarabangsa yang menjadikan negara ini sebagai negara transit pemerdagangan dan penyeludupan manusia untuk membawa mangsa ke negara ketiga terutama Australia.Kebanyakan mangsa adalah dari Afganistan, Pakistan dan Myanmar yag dibawa masuk ke Malaysia terlebih dahulu sebelum ke Indonesia dan seterusnya ke Australia. Pengarah Jabatan siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin memberi jaminan polis akan mengambil langkah berterusan memerangi pemerdagangan manusia dengan mengadakan lebih banyak operasi dalam usaha menyelamatkan mangsa sindiket. Lebih ramai anggota polis akan ditempatkan di kawasan panas sindiket itu seperti di perairan negara di Selat Melaka dan Laut China Selatan yang dikenal pasti sebagai laluan masuk utama sindiket itu sebelum mangsa diperdagangkan ke negara destinasi. Kerajaan juga turut mengambil tindakan yang lebih teratur melalui Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang yang menetapkan hala tuju dan fokus dalam usaha mencegah dan membanteras gejala pemerdagangan orang.Pelan yang dirangka bagi tempoh lima tahun (20102015) itu adalah antara usaha dan komitmen kerajaan dalam membanteras masalah pemerdagangan orang. Aktiviti jenayah ini yang mempunyai jaringan dan sindiket profesional harus dilihat secara menyeluruh dan jika tidak dibanteras secepat mungkin boleh menjejaskan imej; prestasi dan nama baik negara di mata dunia terutama imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.
1 Comment

Posted in BAHAGIAN A: KARANGAN LARAS SOSIAL KEMASYARAKATAN, KENEGARAAN: ISU SEMASA, KERTAS 2 STPM

Karangan:USAHA KERAJAAN MEMBANTERAS RASUAH


Posted on April 4, 2011 by goaypastpm| Leave a comment

RASUAH lebih bersifat abstrak dan kerana itu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menentang rasuah di bawah Jabatan Perdana Menteri lebih sukar untuk diberi penilaian berbanding lima cabang NKRA yang lain. Untuk itu, NKRA ini menumpukan perhatian dalam mengubah persepsi umum terhadap agensi penguat kuasa, pemerolehan kerajaan dan hukuman individu berprofil tinggi. Persepsi rendah didapati membelenggu empat agensi penyelaras dan penguat kuasa iaitu polis, kastam, imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dianggap paling banyak terlibat dengan rasuah. Empat agensi itu juga mempunyai jumlah kes rasuah tertinggi di bawah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan skor tanggapan integriti paling rendah di kalangan orang ramai dan komuniti perniagaan. Persepsi sama turut dilemparkan terhadap amalan pemerolehan kerajaan sementara individu berprofil tinggi dianggap terlepas hukuman yang banyak kepada ikan bilis dan bukannya jerung. Bagi mengatasi persepsi itu, NKRA ini mengambil inisiatif mengukuhkan langkah pencegahan rasuah serta penguatkuasaan lebih berkesan terhadap penjawat awam melalui penambahbaikan penyampaian sistem perundangan kes rasuah. Ia akan dibantu melalui penubuhan unit pematuhan di semua badan penyelaras dan agensi penguat kuasa termasuk juga SPRM. Untuk pemerolehan kerajaan, ketirisan dana awam akan dikurangkan melalui penekanan terhadap ketelusan dan kebertanggungjawapan lebih tinggi dalam pemberian dan pelaksaan kontrak, panduan menguruskan surat sokongan dan pendedahan maklumat kontrak kepada umum. Untuk meningkatkan kembali keyakinan rakyat terhadap agensi penguat kuasa, peluang menyalah guna kuasa di kalangan kakitangan agensi

terbabit dikurangkan sementara pendakwaan kes rasuah dipercepatkan supaya selesai dalam tempoh satu tahun. Inisiatif lain di bawah NKRA ini termasuk hukuman lebih berat untuk pemberi dan penerima rasuah, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, pangkalan data awam memaparkan maklumat pesalah yang disabitkan jenayah rasuah dan Pakatan Integriti (IP) supaya pemerolehan kerajaan bebas aktiviti rasuah. Usaha juga akan dijalankan untuk mengukuhkan keberkesanan institusi penting seperti Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), Pejabat Ketua Juruaudit dan SPRM melalui peningkatan kebebasan (autonomi). Antara kejayaan paling menyerlah NKRA ini adalah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang digazetkan pada 10 Jun 2010 berkuat kuasa sejak 15 Disember 2010 untuk melindungi identiti pemberi maklumat, imuniti daripada liabiliti sivil atau jenayah serta perlindungan daripada sebarang tindak balas. Nama 284 pesalah jenayah rasuah turut didedahkan dalam pangkalan data SPRM berbanding sasaran awal 84 pesalah selepas dilancarkan pada 4 Mac 2010, mendedahkan nama, gambar, nombor MyKad dan butiran kes individu yang disabitkan kesalahan bagi mewujudkan stigma terhadap amalan rasuah. Lebih 3,500 tender dan kontrak kerajaan juga disenarai melalui portal MyProcurement untuk mencerminkan komitmen kerajaan terhadap ketelusan. Kegagalan mencapai sasaran Indeks Persepsi Rasuah pada 2010 dikaitkan dengan tempoh tinjauan dibuat pada 2009 iaitu sebelum beberapa inisiatif NKRA ini dilaksanakan. Bagaimanapun, Barometer Rasuah Global menunjukkan persepsi rakyat menganggap tindakan kerajaan berkesan dalam menentang rasuah yang jatuh dari 53 peratus pada 2007 kepada 28 peratus pada 2009, kembali melonjak kepada 48 peratus pada tahun lalu. Selain itu, perbicaraan kes rasuah kini dipercepatkan melalui 14 sesi khas mahkamah dan empat Mahkamah Tinggi khas untuk Rasuah di samping menambah baik Kanun Acara Jenayah (CPC). Kamera litar tertutup (CCTV) juga digunakan di tempat pemeriksaan panas kastam serta imigresen, sementara kakitangan yang memegang

jawatan panas dipindahkan secara berkala seperti setiap tiga tahun untuk kakitangan kastam. Maklum balas Jawatankuasa Antarabangsa Penilaian Prestasi (IPR) untuk NKRA memperakui usaha kerajaan menentang gejala rasuah serta meningkatkan kebertanggungjawapan dan ketelusan dengan pujian atas penubuhan SPRM, inisiatif mendedahkan pemerolehan, melindungi pemberi maklumat serta penggunaan IP. Beberapa langkah tambahan turut dicadangkan seperti mengharamkan surat sokongan, ketua pemeriksa di semua agensi kerajaan melapor terus kepada SPRM dan ketua agensi, serta pendaftaran semua agen (orang tengah) untuk pembida kontrak. Presiden Transparency Malaysia, Datuk Paul Low turut menyatakan sokongan terhadap inisiatif yang dikemuka kerajaan bagi menentang rasuah dan percaya usaha ini membantu mengubah persepsi rakyat. Laporan Barometer Rasuah Global untuk Malaysia tahun lalu menunjukkan perubahan drastik pandangan umum terhadap usaha kerajaan menentang rasuah berbanding tahun sebelumnya. Berbanding 28 peratus pada 2009, 48 peratus rakyat Malaysia beranggapan usaha berkesan dalam menentang rasuah pada 2010 iaitu melangkaui sasaran awal 37 peratus, jelasnya. Laporan barometer 2010 itu turut menunjukkan penurunan mendadak golongan yang menganggap usaha kerajaan tidak berkesan bagi menentang rasuah dari 67 peratus pada 2009 kepada hanya 20 peratus tahun lalu. Untuk 2011, beberapa Sasaran Petunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI) baru telah ditetapkan sementara beberapa sasaran lama dimansuhkan berikutan maklumat yang diperoleh kurang memberi kesan kepada NKRA ini. Antara NKPI baru itu adalah merekodkan IP Kementerian Kewangan dengan ikrar integriti sektor swasta serta tinjauan persepsi tempatan yang mencerminkan Barometer Rasuah Global.
Leave a comment Posted in BAHAGIAN A: KARANGAN LARAS SOSIAL KEMASYARAKATAN, KERTAS 2 STPM

Karangan: Bencana alam: gempa bumi, tsunami


Posted on March 15, 2011 by goaypastpm| Leave a comment

Apakan kesan bencana alam? Lihat sendiri, bersyukurlah kita di Malaysia yang selamat. Mesralah dengan alam. Janganlah membazir sumber alam termasuk makanan.

Mac 2011 SEORANG wanita duduk di tepi jalan menangis melihat kediaman dan harta benda musnah akibat gempa, tsunami yang melanda bandar Natori, Miyagi.

Imej loji nuklear di Fukushima yang meletup akibat gempa bumi & tsunami

Babak letupan loji nuklear

Kesan landaan tsunami

Leave a comment Posted in BAHAGIAN A: KARANGAN LARAS SOSIAL KEMASYARAKATAN, BAHAGIAN B: KARANGAN LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI, KERTAS 2 STPM

KARANGAN: Projek Aliran Transit Massa(MRT)


Posted on February 23, 2011 by goaypastpm| 1 Comment

Projek Aliran Transit Massa (MRT) Projek Sistem Pengangkutan Pantas (MRT /Mass Rapid Transit) di Kuala Lumpur meliputi kepanjangan perjalanan 150 kilometer sementara kos pembinaan dianggarkan RM36.6 bilion. Ini merupakan projek terbesar setakat ini dalam sejarah pembinaan prasarana Malaysia. Pembinaan projek mega ini dijadual bermula Julai 2012 dengan rangkaian rel pertama dari Sungai Buloh ke Kajang, meliputi kira-kira 60 kilometer dengan 35 stesen yang akan melalui pusat bandar raya Kuala Lumpur. Cadangan projek MRT yang dijangka siap pada 2020 sebahagian besarnya bertujuan menangani kemelut pengangkutan awam yang membebankan kehidupan pengguna yang mendiami kawasan Greater Kuala Lumpur (Greater KL). Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan istilah Greater KL sewaktu mengumumkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada 21 Sept 2010 yang akan memacu Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. Greater KL meliputi kawasan seluas 279,327 hektar terdiri daripada Kuala Lumpur, Putrajaya, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Kajang, Klang, Sepang dan Selayang. Jumlah penduduk Greater KL dianggarkan sekitar enam juta dan dijangka meningkat 10 juta pada 2020. BAGAIMANA MRT DAPAT MELAKUKAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN Projek rel MRT yang berkelajuan tinggi dan besar-besaran ini dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015). Projek itu selaras dengan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk Greater KL bagi meningkatkan rangkaian pengangkutan awam bandar raya ini. Usaha memperbaiki pengangkutan awam merupakan salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA), yang diberi keutamaan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP). Apabila siap, projek ikon ini akan meliputi radius 20 kilometer dari pusat bandar raya Kuala Lumpur. MRT dijangka menawar khidmat sehingga dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding 480,000 oleh sistem rel bandar buat masa ini. Pembinaan terminal bas dan rel turut dijangka menambah pecahan mod pengangkutan awam di Greater KL dari 12 peratus pada 2009 kepada 30 peratus pada 2015. Diharapkan menjelang

2020, sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk KL akan menggunakan pengangkutan awam. Setakat ini, Malaysia mempunyai pemilikan kereta per kapita lebih tinggi dari Amerika Syarikat dan Jerman, dengan 20 juta kereta untuk jumlah penduduk 28 juta! PANDANGAN NEGATIF TERHADAP PROJEK MRT Di bawah Rancangan Malaysia keenam, peratus penggunaan pengangkutan awam disasarkan kepada 50 peratus untuk tahun 2000 dengan siapnya sistem transit aliran ringan (LRT) tetapi ia tidak menjadi kenyataan. Jadi, banyak pihak masih pesimistik dengan sasaran MRT yang diuar-uarkan berkemampuan melonjakkan peratus penggunaan pengangkutan awam yakni peratus komuter yang menggunakan pengangkutan awam. Hal ini kerana pada masa ini pun tidak ada usaha bersungguh-sungguh bagi memperbaiki sistem sokongan untuk pengangkutan awam, termasuk keutamaan pengangkutan awam serta langkah kekangan trafik di atas jalan raya yang ada. Usaha menjadikan pergerakan kenderaan pengangkutan awam seperti bas dan trem lebih pantas dan boleh diharap cekap masih tidak mencapai kejayaan. Usaha memastikan kenderaan transit seperti bas atau trem dapat menyusuri jalan yang sedia ada dengan lebih lancar, jalanraya kurang sesak dan lebih melancarkan perjalanan bas masih gagal. LANGKAH-LANGKAH MEMASTIK KEJAYAAN PROJEK MRT 1. Bentuk perjalanan di Lembah Klang sekarang ini diperbetul terlebih dahulu menerusi pembangunan yang berorientasikan pengangkutan awam (TOD) di sekeliling stesen rel yang ada sebelum kerajaan melaksanakan sebarang cadangan rel baru. Liputan perkhidmatan rel yang ada masih belum memenuhi potensi maksimum bukan kerana kekurangan bas perantara tetapi lebih kepada tahap kemudahcapaian dan kesinambungan ruang pejalan kaki yang rendah, reka bentuk rangkaian bas yang lemah dan kurang integrasi antara mod transit. 2. Kerajaan perlu memberi tumpuan mewujudkan lorong khas bas bagi mengatasi masalah jalan raya yang sesak untuk perjalanan dari kawasan kejiranan ke pusat aktiviti perbandaran setempat, dan dari pusat ini ke pusat bandaraya Kuala Lumpur. 3. Pembangunan yang mengarah kepada pembentukan bandar raya kompak yang mesra penduduk perlu berteraskan penyepaduan di antara perancangan guna tanah dengan perancangan pengangkutan awam. Ini

memerlukan anjakan paradigma yang mengutamakan pejalan kaki berbanding pengguna kenderaan peribadi, dan mendahulukan pergerakan secara berkumpulan berbanding pergerakan individu. Dengan merujuk kepada Hong Kong dan tempat-tempat lain yang mempunyai penggunaan tanah serta perancangan pengangkutan yang teratur, projek pembangunan kepadatan-tinggi seharusnya bertumpu di sekeliling stesen MRT. Apabila lokasi tumpuan aktiviti masyarakat berada berhampiran dengan perhentian transit, orang ramai lebih mudah dan pantas melangsaikan tugasan harian mereka. 4. Kerajaan harus ada perancangan mewujudkan laluan bas bagi mengatasi masalah kelancaran perjalanan bas yang memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai perantara di antara kawasan kejiranan dengan stesen rel sedia ada, tetapi sebagai medium perhubungan pusat aktiviti perbandaran di luar bandaraya Kuala Lumpur. Kita perlu memastikan masa yang diambil dengan menggunakan MRT dalam urusan mereka lebih pendek daripada masa menggunakan kenderaan sendiri. KEBAIKAN PROJEK MRT 1. MENGURANGKAN BAHAN API FOSIL MRT menyelamatkan alam sekitar memandangkan sektor pengangkutan di Malaysia menggunakan bahan api fosil yang tinggi. Perangkaan Imbangan Tenaga Kebangsaan 2008 (National Energy Balance) menunjukkan penggunaan bahan api fosil dalam sektor pengangkutan meningkat sebanyak 35.8 peratus antara 2000 dan 2008. Peningkatan seumpama ini boleh dielakkan sekiranya terdapat perkembangan yang memberangsangkan dalam sektor pengangkutan awam. Sebagai perbandingan, kita dapat melihat peratus penggunaan yang lebih cekap daripada jumlah penggunaan sumber tenaga bagi sektor pengangkutan di Amerika Syarikat sebanyak 28.5 peratus, Singapura 18 peratus dan Jepun 24 peratus. 2. MENGATASI PENCEMARAN Proses pembakaran bahan api akan melepaskan bahan pencemar seperti karbon monoksida, oksida nitrogen, oksida sulfur serta bahan pencemar yang lain. Di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Seremban dan Johor Bahru, paras bahan pencemar daripada kenderaan sangat tinggi. Ini memberikan impak langsung kepada indeks kualiti udara. Kualiti udara menjadi lebih teruk di lokasi yang mengalami kesesakan lalulintas. Lalulintas yang

tidak diurus dengan baik akhirnya bukan sahaja membazirkan sumber tenaga tetapi juga menjejaskan kesihatan kepada mereka yang menghirup bahan pencemar ini secara langsung. Sementara kebanyakan kes rawatan di hospital melibatkan warga berusia, pencemaran berkaitan trafik juga mempunyai kesan yang agak teruk ke atas kanak-kanak. Kanak-kanak mudah mengalami penyakit bronkitis akibat pencemaran udara yang berpunca daripada trafik. 3 JIMAT KOS PENCEMARAN Pengurangan pelepasan bahan pencemar daripada kenderaan dapat menyelamatkan nyawa dan menjimatkan peruntukan kebajikan kesihatan. Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) menjalankan kajian yang serupa di Austria, Perancis dan Switzerland. Kajian seumpama itu membuktikan usaha mengurangkan pencemaran menerusi pengangkutan awam yang efektif mempunyai impak positif kepada negara dengan menyelamatkan nyawa, alam sekitar dan memberikan manfaat ekonomi. Apakah kita dapat melakukan sedemikian melalui projek MRT ini.
1 Comment Posted in BAHAGIAN A: KARANGAN LARAS SOSIAL KEMASYARAKATAN, KERTAS 2 STPM

Karangan: Ramaja lari dari rumah


Posted on February 8, 2011 by goaypastpm| Leave a comment

KEHILANGAN remaja khususnya yang berusia bawah 18 tahun di negara ini merupakan suatu konflik masyarakat yang kini pada tahap merisaukan. Ia perlu dibimbangi semua pihak kerana boleh berlaku kepada mana-mana keluarga. Sejumlah 1,383 kanak-kanak dan remaja telah hilang sejak dua tahun lalu menunjukkan ia bukan angka yang sedikit malah boleh meningkat jika tiada tindakan sewajarnya diambil.

Setelah diperhalusi, pelbagai faktor boleh menyumbang kepada permasalahan ini termasuk keretakan institusi kekeluargaan dan kurangnya komunikasi antara keluarga yang menyebabkan remaja bersikap cuba mencari jalan keluar dengan lari dari rumah.Keretakan institusi kekeluargaan sebenarnya merupakan salah satu penyumbang mengapa remaja bawah umur melarikan diri dari rumah. Masalah seperti ibu atau bapa berkahwin lain di samping tertekan dengan hubungan yang semakin rapuh menyebabkan remaja kini mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah yang menimpa mereka. Kononnya mahu melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan ketua keluarga. Bagaimanapun, remaja itu sebenarnya tidak menyedari bahawa tindakan mereka melarikan diri dari rumah mengundang kepada permasalahan yang lebih besar. Antaranya, mereka mudah terpengaruh dengan rakan-rakan, kekasih atau keluarga angkat baru yang berpotensi untuk terjebak dalam kancah jenayah seperti dadah, sumbang mahram dan rogol. Bagi kanak-kanak atau remaja perempuan, kebanyakannya berakhir dengan terjerumus dalam aktiviti seks bebas sama ada dengan abang angkat, teman lelaki atau rakan-rakan yang ditemui selepas lari dari rumah. Remaja bawah umur yang berjaya diselamatkan itu akhirnya menyesali perbuatan mereka yang melarikan diri dari rumah tanpa berfikir panjang. Berikut pengakuan tiga remaja yang pernah terlibat dalam kes lari dari rumah, namun tindakan mereka itu kemudian berakhir dengan keterlanjuran atau menjadi mangsa jenayah. - KES 1: Lari sebab kecewa bapa berpoligami SEORANG kanak-kanak berusia 12 tahun mendakwa tertekan akibat bapanya berpoligami dan menjadi punca dia melarikan diri tiga kali dalam tempoh setahun. Menurut kanak-kanak dikenali sebagai Rania, rasa malu dan tertekan terhadap tindakan bapanya itu menyebabkan dia memilih jalan yang salah. Selepas ayahnya kahwin sekali lagi dengan seorang janda beranak tiga, Rania dan keluarga dicemuh, dihina orang kampung. Akibat tidak tahan cemuhan serta kecewa dengan tindakan ayahnya, dia mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Kali pertama dia lari ke rumah ibu saudara. Perasaan sedih semakin bertambah setelah keluarganya tidak berusaha mencarinya. - KES 2: Tidak boleh terima hakikat sebagai anak angkat SEORANG gadis berusia 16 tahun mendakwa dia melarikan diri dari

rumah keluarganya sejak berusia 14 tahun selepas mendapat tahu dirinya merupakan anak angkat. Dikenali sebagai Balkis, dia memberitahu, perkara itu diceritakan ibu angkatnya selepas ibu kandungnya disahkan menghidap penyakit HIV dan meninggal dunia. Ibunya disahkan menghidap HIV selepas dijangkiti daripada ayahnya yang merupakan seorang penagih dadah tegar. Akibat masalah kesempitan wang, ibu kandung menyerahkannya yang masih bayi kepada sebuah keluarga angkat. Akibat kecewa status sebenar dirahsiakan selama 14 tahun, dia menjadi semakin liar dan bergaul bebas.Kemudian dia lari ke rumah teman lelaki sebelum terlanjur dengannya sehingga disahkan hamil anak luar nikah. - KES 3: Terpengaruh dengan sikap terbuka ibu SEORANG remaja berusia 15 tahun mendedahkan sikap ibunya yang terlalu membiarkan dan terbuka terhadap hubungan cintanya telah menyebabkan dia bebas. Menurut gadis sunti yang ingin dikenali sebagai X, kebebasan itu menyebabkannya lari dari rumah selain terjebak dengan seks bebas, rokok, arak dan dadah. Ibunya terlalu mempercayai teman lelaki saya yang dilihat memiliki personaliti sopan dan latar belakang sekolah agama sejak sekolah rendah. Cik X mula bercinta sejak masuk sekolah menengah dan ibu sangat terbuka mengenai hubungan mereka sehingga Cik X hanya dibenarkan keluar jika bersama teman lelaki. Selepas setahun percintaan dan terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya, Cik X mula ponteng sekolah untuk lari ke Johor Bahru. Di sana, dia tinggal bersama di rumah sewa teman lelaki untuk hidup bebas, keluar ke kelab malam untuk minum arak dan dadah. Remaja, kanak-kanak lari satu tindakan survival Kewaja Tindakan remaja berusia bawah 18 tahun dan kanak-kanak yang lari dari rumah merupakan satu tindakan untuk kelangsungan kehidupan. Ia kesan perasaan memberontak, marah, kecewa, rasa tersisih dan terkongkong oleh keluarga mereka sendiri. Pengasas Pusat Kebajikan Wanita dan Keluarga (Kewaja), Yahaya Mohd. Yusof memberitahu, kesan perasaan itu menyebabkan mereka mewujudkan undang-undang sendiri sebagai satu cara untuk memuaskan diri. Undang-undang yang diwujudkan pada usia 12 hingga 18 tahun itu lebih untuk keseronokan, sebagai tempat mengadu dan mencuba perkara baru. Walaupun mereka menyedari ia di luar batas agama, perbuatan itu dianggap mampu mengalih perhatian terhadap rasa tidak puas hati dalam kehidupan keluarganya.Undang-undang itu wujud setelah tiada peraturan lain mengawal keseimbangan dan gaya hidupnya atau timbul rasa bantahan terhadap peraturan sedia ada.

Kebanyakan golongan yang lari dari rumah itu terdiri daripada golongan perempuan yang secara fitrahnya kurang matang. Mereka lemah dan mudah dipengaruhi melakukan perkara-perkara yang melampaui batas moral serta agama. Keadaan itu diburukkan lagi apabila kurangnya program media cetak dan elektronik yang mementingkan kemahiran sosial ibu bapa mendidik anak. Kurang kemahiran sosial di kalangan ibu bapa adalah seperti terlalu percaya pada anak, tiada pengawasan, pemantauan pergerakan mereka serta melepaskan tanggungjawab pada pihak lain. Keluarga punca lari dari rumah Ramai beranggapan kehilangan golongan remaja berusia bawah 18 tahun dan kanak-kanak yang sering dilaporkan menerusi media massa mempunyai kaitan dengan sindiket tertentu. Namun kajian yang dijalankan Institut Sosial Malaysia (ISM) mendedahkan sebaliknya. Mengejutkan apabila kajian itu mendapati punca golongan tersebut hilang adalah disebabkan faktor dalaman atau keluarga sendiri. Lebih malang, kira-kira 80 peratus keluarga tidak mengetahui kehilangan anak mereka itu atau menyedarinya tetapi tidak mengambil peduli. Hasil kajian dinamakan Kenapa Remaja Lari pada 2006 itu diperoleh dengan mengambil lebih daripada 300 sampel kanak-kanak dan remaja. Pengarah ISM, Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din berkata, remaja dan kanak-kanak terbabit dikategorikan dalam kelompok disebut laissez faire. Katanya, dalam kelompok itu, mereka mempunyai undang-undang sendiri manakala peraturan hidup ditentukan sendiri lantaran penjaga yang sibuk. Ini bermakna mereka (remaja dan kanak-kanak) memiliki dunia dan budaya sendiri. Mereka bebas pulang rumah malah duduk dan tidur di rumah rakan. Mereka juga bebas melakukan apa sahaja aktiviti seperti di laman sosial Facebook, kafe siber, boling dan karaoke. Lebih malang ada mereka yang terjerumus ke kancah pelacuran dan seks songsang, katanya ketika ditemui baru-baru ini. Beliau turut memberitahu, dalam kajian terbaru yang dijalankan pada 2009, ada di kalangan golongan itu melarikan diri dari rumah atas pelbagai faktor. Katanya, paling tinggi disebabkan didera secara seksual iaitu seramai 740 orang yang dipercayai ada kaitan dengan seks songsang penjaga diikuti fizikal (460 orang). Seks songsang itu bermakna bapa cenderung mengadakan seks dengan darah daging sendiri atau kanak-kanak, ujar beliau. Katanya, punca-punca dera pula disebabkan perbalahan keluarga iaitu sebanyak 522 orang diikuti terlalu percaya kekasih (484 orang) dan

kewangan (297 orang). Tambah beliau, kajian juga merekodkan remaja dan kanak-kanak keturunan Melayu mencatatkan angka tertinggi hilang iaitu 1,979 orang diikuti India (379 orang) dan Cina (350 orang). Mengenai kelompok masyarakat yang merekod kehilangan anak paling ramai hilang, Mohamed Fadzil berkata, golongan di pinggir bandar adalah tertinggi diikuti bandar dan kampung.
Leave a comment Posted in BAHAGIAN A: KARANGAN LARAS SOSIAL KEMASYARAKATAN, KERTAS 2 STPM

Karangan: Modal insan & Brain-gain


Posted on December 7, 2010 by goaypastpm| 1 Comment

Modal insan berkemahiran tinggi penting bagi laksana transformasi: PM 6-12-2010 Dalam majlis pelancaran Talent Corporation (Talent Corp) di JPM, PM YAB Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tiga inisiatif dasar baru bertujuan memenuhi keperluan bagi Malaysia mempunyai bakat bertaraf dunia sejajar dengan transformasi ekonomi negara. Tiga inisiatif berkenaan ialah memberi kelonggaran kepada pelajar terpilih yang menerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkhidmat dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau swasta sebagai membayar balik tempoh kontrak bagi menyokong keperluan modal insan berkemahiran tinggi di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Selain GLC, keutamaan juga akan diberikan kepada syarikat swasta yang terbabit dengan Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) yang mana mekanisme terperinci mengenainya akan dihasilkan tahun 2011. Kerajaan akan lebih fleksibel kepada mereka yang berupaya menyumbang kepada pembangunan negara, pertumbuhan ekonomi dan menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP). JPA akan mengemukakan garis panduan berkaitan kelonggaran pemegang biasiswanya untuk tidak bekerja dalam perkhidmatan awam. Pada masa sama, kerajaan juga menawarkan Pas Pemastautin kepada rakyat asing berkemahiran tinggi untuk tinggal dan bekerja di Malaysia bagi satu tempoh yang lama dan tidak terikat dengan majikan tertentu berbanding Pas Penggajian. Selain itu, Pas Pemastautin juga akan

ditawarkan kepada diaspora Malaysia, khususnya yang tidak lagi memegang taraf kewarganegaraan. Jabatan Imigresen dijangka bersedia menerima permohonan untuk Pas Pemastautin menjelang pertengahan 2011. Dianggarkan 700,000 rakyat Malaysia, yang sebahagian besarnya berkemahiran tinggi berada di luar negara khususnya di Singapura dan Hong Kong. Bagi mencapai hasrat Malaysia sebagai ekonomi bertaraf antarabangsa, kerajaan melaksanakan inisiatif untuk menarik, membangun dan mengekalkan modal insan berkemahiran tinggi yang diperlukan untuk ekonomi berpendapatan tinggi. Talent Corp akan diberi tanggungjawab sebagai perantara antara kumpulan sasaran berkenaan dengan agensi kerajaan termasuk membuat padanan pekerjaan. Pada masa sama, kerajaan juga melonggarkan syarat Pas Penggajian berkaitan tempoh maksimum bekerja di sini selama 10 tahun, keperluan menyediakan pelatih bagi eksekutif (understudy) dan mengiklankan jawatan eksekutif, yang akan berkuat kuasa tahun depan. Talent Corp akan berfungsi sebagai perantara dengan GLC dan sektor swasta untuk memadankan perkhidmatan di sini. Mengenai isu gaji, Malaysia perlu kompetitif pada peringkat global bagi menarik tenaga mahir termasuk rakyat Malaysia di luar negara pulang berkhidmat di sini. Kerajaan tidak boleh memaksa rakyat Malaysia yang berada di luar negara berdaftar dengan Talent Corp tetapi akan berusaha mengesan mereka sama ada secara fizikal atau dalam talian. Talent Corp akan beroperasi mulai 1 Januari 2011 dengan Lembaga Pemegang Amanahnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri manakala ahlinya ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Datuk Seri Idris Jala dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Kekeliruan pelajar dalam penulisan karangan


Posted on November 13, 2010 by goaypastpm| 4 Comments

PERTANYAAN UMUM PELAJAR DAN KEKELIRUAN PELAJAR YANG KETARA Kekeliruan1: Saya terdengar informasi terkini. karangan laras sastera langsung tidak boleh sentuh isi larasan sains. Begitu juga karangan larasan sains tidak boleh sentuh isi sastera dan tidak boleh simpan peribahasa. adakah ini benar? PENJELASAN: KARANGAN LARAS SASTERA BOLEH DIBERI HUJAH SAINS TETAPI TIDAK PERLU SAINTIFIK SANGAT. SECARA UMUM SUDAH BAIK. Contoh: STPM 2007.1. BELAKANGAN INI BANYAK TERDAPAT PROJEK PERUMAHAN YANG TERBENGKALAI DI SELURUH NEGARA YANG AKAN MENIMBULKAN KESAN NEGATIF KEPADA PELBAGAI PIHAK. LANGKAH-LANGKAH TERTENTU PERLU DILAKSANAKAN UNTUK MEMBENDUNG MASALAH TERSEBUT. BINCANGKAN. Satu kesan projek perumahan terbengkalai ialah pencemaran alam. Kesan ialah kawasan itu membiak nyamuk dan tikus, penyakit merebak.(tak perlulah saintifik sangat hujah anda) Satu lagi kesan ialah imej negara terjejas. STPM 2008. 2 KESEPADUAN SEKTOR PELANCONGAN DENGAN ALAM SEMULA JADI TELAH MENCETUSKAN AKTIVITI PELANCONGAN YANG DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA NEGARA. LANGKAH-LANGKAH YANG SEWAJARNYA PERLU DIAMBIL UNTUK MEMASTIKAN AKTIVITI INI BERTERUSAN. BINCANGKAN PENYATAAN INI. Satu langkah ialah Perancangan yang rapi penting. Lebih banyak hutan simpanan diwartakan. Contoh Taman Alam Kuala Selangor, Kuala Gula(Perak) dan Taman Negara Bako di Sarawak. (FRIM, PERHILITAN)Keunikan flora dan fauna hidup di di sesuatu kawasan

dengan pelbagai cara adaptasi dikaji. Maklumat sistem rantai makanan yang unik dan saling memerlukan di sesuatu habitat disediakan.Misalnya Spice Garden di Pulau Pinang dirancang dengan baik. Ilmu pengetahuan disebarkan melalui pemandu pelancong.Malah herbaherba itu dirasa oleh pelancong melalui masakan. (Komen Cikgu: lihat, pasti ada sikit hujah sains) STPM 2003.3 OBESITI MERUPAKAN SATU MASALAH KESIHATAN YANG BERLAKU DALAM KALANGAN ANGGOTA MASYARAKAT TANPA MENGIRA PERINGKAT UMUR. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA MASALAH TERSEBUT DAN KESANNYA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA. Salah satu kesan ialah kesan jiwa. Wajah terjejas, kawan semakin kurang, hidup menyendiri.(Ini bukan hujah sains tetapi boleh diterima. STPM 2008.1 Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan pekhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya. Isi bukan sains tetapi hujuh mesti ada unsur sains sebab tajuk ini melibatkan telekomunikasi. Contoh isi dengan hujah sainsnya. Pentadbiran kerajaan menjadi cekap. Urusan one-stop dapat disediakan.Ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian pelbagai perkhidmatan media elektronik.Kios urusan dan bentuk kaunter fizikal dan maya disediakan.Misalnya kios komputer disediakan di pusat membeli belah.Orang ramai boleh membaharui lesen memandu, bayar cukai pendapatan, mendaftar diri sebagai pengundi sekali gus di situ. Ini bermakna tiada sekatan masa dan lokasi untuk berurusan. Kekeliruan 2. Jika isi saya tidak kena skema jawapan, jadi perenggan isi tersebut langsung tiada markah?

Penjelasan cikgu: Anda sendiri keliru sahaja. Jika dalam skema punca jenayah ialah faktor keluarga. Anda tulis ibu bapa abaikan asuhan anak-anak, betul juga. Jika anda tulis krisis keluarga, betul juga. Jika anda tulis kawalan ketat ibu bapa sehingga anak-anak memberontak, betul juga. Jika anda tulis keluarga miskin dan ibu bapa sibuk bekerja di luar, betul juga. Jadi, yang penting maksud isi mesti sama atau hampir sama. Bukan perkataan yang digunakan dalam skema. Satu lagi contoh: Tajuk: Kepentingan internet.(Ini soalan bahagian B, tetapi isi bukan semua sains, yang perlu ialah hujahnya ada banyak unsur sains) Skema Isi 1: MEMAJUKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN. Anda tulis internet memajukan pentadbiran negara, betul juga. Anda tulis internet membantu jabatan kerajaan menguruskan permohonan dan lesen, betul juga. Anda tulis internet mempercepatkan pemprosesan dan penyimpanan data, betul juga. Anda tulis internet mewujukan kerajaan elektronik, betul juga.(semua idea adalah sama sahaja)

Karangan: Nano teknologi


Posted on November 9, 2010 by goaypastpm| Leave a comment

Nanoteknologi ialah bidang sains yang menerokai aplikasi bahan bersaiz kecil pada skala nanometer (ran) iaitu 1- 100 nm. Nanoteknologi mula berkembang pesat pada alaf baharu ini. Bincangkan manfaat aplikasi nanoteknologi dalam pelbagai lapangan kehidupan manusia.

1. Perubatan Gen rosak diganti dengan gen normal. Gen normal dimasukkan ke dalam nukleus sel rosak dengan partikel nano. Proses regeneratif mula ambil tempat. Gen rosak dibaiki dan gen normal dijana. Banyak penyakit disebabkan faktor genetik dapat dielakkan. Misalnya sakit jiwa, kanser dan jantung. 2. Farmasi Partikel nano seperti tiub karbon nano (CNT) dalam rawatan onkologi kemoterapi CNT bawa ubat anti kanser dalam saiz yang halus. Ubat halus itu terus disampaikan ke bahagian sel-sel kanser sahaja. Ubat bunuh sel kanser tanpa jejaskan sel normal lain. Ini dapat merawat penyakit dangan berkesan. Kesan sampingan juga dapat dikurangkan. 3. Penting dalam teknologi maklumat. Nanoteknologi diguna untuk mencipta cip kamputer dan peranti elektronik lain bersaiz nano. Cip dan peranti papan litar ini mengawal proses dan operasi komputer atau alat elektronik. PC atau alat elektronik bersaiz kecil dan berkuasa tinggi terhasil. Komputer dapat beroperasi pada frekuensi yang lebih tinggi, dengan dimensi yang linear, kebolehharapan yang tinggi dan perlepasan haba yang rendah. Memorinya juga ditingkatkan. Maka proses pemprosesan data lebih cepat dan lancar. 4 Penyelidikan saintifik Nanoteknologi diguna untuk hasilkan mikroskop generasi 4 iaitu Mikroskop Prob Imbasan (SPM) Alat ini mempunyai resolusi tinggi untuk lihat spesimen kajian bersaiz nano. Ini meningkatkan pemahaman saintis terhadap subjek eksperimental. Dengan bekerja pada saiz yang paling terkecil, teknologi nano akan membenarkan pengecilan dan prestasi yang tertinggi. Dengan bermula dengan molekul, dan pemprosesan dengan mesin yang berfrekuensi tinggi dan produktif, ia akan menjadikan produk lebih murah.

5 Pertanian Partikel nano bersaiz 5 nm lebih kecil daripada virus tanaman Meresap masuk ke dalam bahagian asid amino virus Proses peresapan dibantu oleh sejenis virus pathogen Partikel nano memberi info setiap reaksi kimia dan fizik sel dalam virus Nanoteknologi ialah bidang S&T yang menerokai aplikasi partikel bersaiz atom atau molekul halus utk tujuan pelbagai tujuan. Nano ialah saiz yg teramat kecil daripada 100 nanometer atau 1 bilion lebih kecil daripada saiz 1 meter. Nanoteknologi telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang. Aplikasi nanoteknologi dalam bidang perubatan telah mendatangkan pelbagai faedah kepada pesakit. 1. Pengimejan perubatan MRI Teknologi pengimejan perubatan MRI dihasilkan menggunakan teknologi nanoteknologi. MRI merujuk kepada kaedah penghasilan imej organ dalaman organisma hidup seperti manusia melalui penggunaan partikel nano dan daya magnet yang kuat mengelilingi badan. Imej yang dihasilkan dapat memberi gambaran 1000 kali lebih jelas berbanding dengan bahan kontras (pewarna). Selain itu, imej tersebut dapat diambil daripada pelbagai dimensi/sudut. MRI tidak mendedahkan pesakit kpd radiasi. MRI membantu doktor melakukan kerja-kerja diagnostik penyakil dengan lebih mudah, cepat, jelas dan tepat. Penyakit dapat dikesan, dikenalpasti dan kaedah rawatan yang bersesuaian dapat diberikan 2. Pembaikian dan regeneratif gen penyakit genetik Nancteknologi digunakan dalam rawatan penyakit genetik. Gen yang rosak diganti dengan gen yang normal. Gen normal disampaikan melalui partikel nano. Gen normal dimasukkan ke dalam nukleus sel rosak tanpa rosakkan nukleus tersebut Proses regeneratif dan baik pulih gen mengambil tempat. Gen rosak dibaiki dan gen normal yang sihat dijana. Pesakit akan sembuh daripada penyakit genetik yang berpunca daripada pewarisan genetik gen yang rosak. 3. Rawatan anti-inflamasi Khinzir diguna sebagai spesimen klinikal. Kesan inflamasi akibat infeksi bakteria pada lapisan kulit haiwan tersebut

dapat dikurangkan. Partikel nano kristal perak yang mempunyai aktiviti anti-inflamasi diguna. Aktiviti anti-inflamasi partikel nano kristal perak mampu membunuh bakteria dan membantu proses pemulihan masalah kulit. Partikel nano perak, zink oksida dan emas pula diguna untuk membunuh bakteria streptococcus mutans yang dikaitkan dengan masalah inflamasi oral manusia Aplikasi nanoteknologi penting dalam rawatan dermatologi untuk memulihkan penyakit kulit. 4. Penyampaian ubat dalam rawatan onkologi kemoterapi Partikel halus nanoteknologi telah dimanfaatkan untuk proses penyampaian ubat dalam bidang farmaseutikal. Partikel nano seperti tiub karbon nano(CNT) membawa ubat terus kepada sel kanser dan membunuhnya tanpa memudaratkan sel-sel norma lain . Selain CNT, ubat dimasukkan ke dalam partikel nano lain yang dikenali sebagai oleoyl-chitosan (OCH) utk membunuh sel-sel kanser paru-paru. Dalam rawatan onkologi kemoterapi, partikel nano telah menjadi ejen membawa ubat pembunuh sel kanser untuk membunuh sel-sel kanser. Aplikasi nanoteknologi dalam proses penyampaian ubat telah meningkatkan keberkesanan rawatan onkologi kemoterapi terhadap pesakit kanser. Tenaga Nano teknologi diaplikasikan untuk pemyimpanan, penjanaan, penjimatan tenaga melalui Insulasi termal. Bulb seperti light-emitting diodes (LEDs) or quantum caged atoms (QCAs) mengurangkan tenaga. Sel solar lebih berkesan menerap cahaya matahari dengan struktur nano bandgaps. Optics:Nano teknologi menghasilkan polimer ultranipis dan pelindung kaca mata. Kompositnano Kaca tidak mudah dikalis. Ketepatan pembedahan pupil mata. Tekstil fibernano kalis air dan kesan kotaran, tidak berkeluk. Tak perlu selalu dibersihkan. Technologi nano mengintegrasikan zarah membran zarah karbon kecil yang elakkan caj elektrostatistik Kosmetik :Kimia pelindung UV tidak kekal sepanjang hari. Krim mineral zarahnano seperti titanium dioxide lebih baik. zarahnano Titanium oxide melindungi kulit daripada cahaya UV tanpa kesan pemutihan kulit kerana zarahnya yang begitu kecil. REPLIKASI SENDIRI Keperluan untuk mengurangkan kos mencipta minat dalam sistem pembuatan yang boleh mengreplikasi sendiri seperti yang telah dikaji oleh Von Neumann dalam 1940-an. Sistem ini boleh mereplikasi diri sendiri

dan membentuk produk yang berguna. Konsep ini telah diinspirasikan dari pemerhatian bagaimana tumbuhan dapat mereplikasi diri sendiri pada paras sel. Sebagai contoh, ubi kentang adalah mudah untuk replikasi semula. Tanamkan dan ianya menghasilkan lebih banyak ubi kentang. Walau bagaimanapun, tujuan yang ingin dicapai adalah dari segi robotik. Bayangkan di mana robot-robot bersaiz nano iaitu amat kecil, yang dapat mereplikasi semula dan berfungsi seperti kilang. Senario yang baik ialah dalam pembangunan robotik. Replikasi semula merupakan jalan yang efektif bagi pembuatan berkos rendah. Walaupun ianya diinspirasi oleh tumbuhan dan organisma di sekeliling, adalah ditekankan bahawa agen replikasi semula ini adalah hampir serupa seperti robot. Sama ada dengan kawalan kepintaran buatan mahupun dengan kawalan manusia, replikasi semula masih dalam peringkat teori. (Terminator?????? Nanotechnology, shortened to nanotech, is the study of the controlling of matter on an atomic and molecular scale. Generally nanotechnology deals with structures sized between 1 to 100 nanometer in at least one dimension, and involves developing materials or devices within that size. Nanotechnology is very diverse, ranging from extensions of conventional device physics to completely new approaches based upon molecular selfassembly, from developing new materials with dimensions on the nanoscale to investigating whether we can directly control matter on the atomic scale. There has been much debate on the future implications of nanotechnology. Nanotechnology may be able to create many new materials and devices with a vast range of applications, such as in medicine, electronics, biomaterials and energy production. On the other hand, nanotechnology raises many of the same issues as with any introduction of new technology, including concerns about the toxicity and environmental impact of nanomaterials, and their potential effects on global economics, as well as speculation about various doomsday scenarios. These concerns have led to a debate among advocacy groups and governments on whether special regulation of nanotechnology is warranted.

Bahagian D: Panduan membentuk graf


Posted on September 30, 2010 by goaypastpm| 4 Comments

SOALAN: BINA BAR YANG SESUAI/ bina graf yang sesuai(5% graph bar) Langkah I Fikirkan bar kompaun / komponen / berpasangan. Langkah II Rujuk kepada jadual Jika ada jumlah, nilai unit sama, boleh dijumlahkan: Bar Komponen/ kompaun Jika tiada jumlah, nilai unit beza, tidak logik dijumlahkan(% kadar perubahan, indeks, nisbah, harga): Bar kompaun Langkah III Komponen Soalan: Bina graf bar untuk menunjukkan jumlah: bar komponen=15%, bar kompaun=06% Soalan: tiada menyatakan menunjukkan jumlah/ membandingkan setiap sektor(%, indeks, nisbah, harga): mesti bar kompaun (bar komponen=7% / 0%) Langkah IV Piramid/pasangan/cermin Jadual ada peringkat umur, data umur di tengah graf piramid Jika jadual kompleks, perlukan dua jadual, terdapat 4 pemboleh ubah yang kompleks. ( satu pemboleh ubah libat 2 perkara: bandar & L bandar, Lelaki&Perempuan, 2 tahun) Bar berpasangan.
4 Comments Posted in BAHAGIAN D: PEMBINAAN GRAF

Bahagian B/C Karangan/Fahaman: Teknologi Nano


Posted on September 26, 2010 by goaypastpm| 1 Comment

APA ITU TEKNOLOGI NANO TEKNOLOGI NANO diiktiraf sebagai suatu penemuan paling maju pada abad ini. Penggunaan teknologi nano terbukti memberikan manfaat kepada manusia, khususnya dalam bidang perubatan, elektronik, kawalan alam sekitar dan bioteknologi. Teknologi nano juga membantu bagi

pengenalpastian bahan pencemar melalui penggunaannya sebagai sensor elektronik dan sekali gus membangunkan teknologi pemulihan terhadap segmen alam sekitar. Partikel nano boleh ditakrifkan sebagai partikel atau zarah pada skala nano, iaitu 10-9 m atau lebih dikenali sebagai nanometer (nm). Kebanyakan partikel nano adalah dalam lingkungan partikel yang bersaiz 1 hingga 100 nm. Perbandingan fizikal bahan bersaiz nano adalah seperti diameter rambut manusia, iaitu 70 000 nm, sel darah merah, iaitu pada lebar 5000 nm dan molekul organik ringkas pada julat 0.5 hingga 5 nm. Saiznya yang teramat kecil dan mempunyai jumlah luas permukaan yang besar adalah suatu ciri yang unik. Ini menjadikan partikel nano mempunyai ciri-ciri yang khas untuk digunakan dalam bidang tertentu. Partikel nano boleh terhasil melalui tiga cara; pertama penghasilan khusus bagi tujuan penghasilan teknologi nano. Misalnya, penghasilan bahan seperti titanium dioksida, silikon, fuleren dan tiub karbon nano. Kedua, penghasilan secara tidak disengajakan melalui proses industri dan ekzos kenderaan. Sebagai contoh pelepasan partikel nano melalui kerja kimpalan, sisa partikel penyaduran logam, penyembur plasma, industri penghasilan serbuk detergen, serpihan zarah daripada juzukan senjata kimia dan juga pelepasan partikel enjin kenderaan diesel. Manakala cara yang ketiga, melalui pelepasan secara semula jadi menerusi letusan gunung berapi dan kebakaran hutan yang menghasilkan partikel di dalam udara bebas. Saiz jisim partikel nano yang teramat kecil menyebabkan ia mudah diangkut di dalam udara dan boleh disebarkan pada jarak yang jauh. Ciri khas lain bagi partikel nano ialah sifat ketoksikan yang sangat berkait rapat dengan permukaannya. la merupakan perbezaan utama berbanding dengan unsur utamanya pada saiz yang besar, iaitu lebih banyak bergantung pada jisimnya. Partikel nano amat kecil (dihuraikan dalam bentuk jisim), tetapi mempunyai impak toksik yang besar, ini disebabkan luas permukaan yang besar. Kajian mendapati kesan toksik yang lebih tinggi bagi partikel nano dibandingkan bagi bahan yang sama pada saiz yang lebih besar. Pengenalpastian partikel nano agak rumit dan kompleks dan memerlukan alat yang khusus untuk mengukur kehadiran bahan partikel nano pada persekitaran. Sistem yang dikenali sebagai Scanning Mobility Particle Size bagi mengukur aerosol, misalnya boleh digunakan bagi mengukur partikel nano dalam fasa gas. Terdapat juga teknik bagi mengukur partikel nano dalam fasa cecair, seperti chromophore counting, resonant light scattering,

Raman scattering techniques dan juga High Resolution Transmission Electron Microscopy (HRTEM). Memandangkan partikel nano mempunyai potensi yang boleh memudaratkan manusia, kajian penilaian risiko terhadap bahan partikel nano perlu diadakan sebelum boleh digunakan secara meluas. Kajian penilaian risiko boleh dibangunkan dengan mengenal pasti bahaya yang dihadirkan daripada bahan berskala nano. Kajian toksikologi dalam penilaian risiko, misalnya dapat membantu sedikit sebanyak mengenai impak ketoksikan bahan berskala nano kepada manusia. Hasil kajian yang didapati boleh dikumpulkan bagi membentuk pangkalan data mengenai sifat ketoksikan bahan partikel nano. Maklumat yang ada, boleh membantu saintis untuk merancang langkah berjaga-jaga dan menyusun prosedur keselamatan bagi menggunakan bahan partikel nano. Dalam konteks kejuruteraan pula, maklumat ini dapat membantu bagi para jurutera untuk mereka bentuk sistem dan peralatan yang boleh mengawal penghasilan partikel nano dan kaedah pengenalpastiannya dalam persekitaran. Kebaikan Penggunaan teknologi nano dalam bidang semikonduktor, tenaga, kesihatan dan instrumentasi telah mewujudkan pasaran sebanyak $499 juta dolar pada tahun 2003. la juga dijangka berkembang sehingga mencecah pasaran berjumlah satu trilion dolar menjelang tahun 2015. Walau bagaimanapun sejak akhir ini tercetus kebimbangan baharu di sebalik penggunaan meluas partikel berskala nano. SEL SURIA DAN NANOTECK MATAHARI merupakan sumber tenaga yang paling utama dalam kehidupan. Dunia kini berhadapan dengan krisis tenaga. Sains dan teknologi menawarkan penyelesaian untuk menghadapi krisis yang semakin genting ini. Saintis telah pun mengemukakan pelbagai jawapan dan kaedah untuk menghadapi krisis tenaga bahan api. Antara yang paling terkenal ialah tenaga boleh baharu menggantikan sumber tenaga tradisional seperti sumber tenaga fosil yang menghasilkan bahan api yang tidak boleh diperbaharui. Selain itu, sumber bahan api fosil mempunyai kelemahan seperti kehabisan sumber, pencemaran, hujan asid dan pemanasan global.

Salah satu tenaga boleh baharu yang paling popular dewasa ini ialah sel suria atau juga dikenali dengan nama sel solar. Sel suria sebenarnya diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti Silikon dan Galium Arsenik (GaAs). Apabila ia terdedah kepada cahaya matahari, elektron di dalam bahan semikonduktor tersebut akan teruja dan bergerak melalui bahan tersebut menghasilkan arus elektrik. Menurut sejarah, sel suria telah lama dibangunkan semenjak tahun 1883 oleh Charles Fritts. Sel suria moden pula telah dibangunkan oleh saintis di Bell Laboratories pada tahun 1954. Kemudian pada tahun 1970, tenaga ini pertama kali digunakan secara komersil dalam kalkulator dan jam tangan digital. Perkembangan penggunaannya sangat perlahan sehinggalah ia dapat menembusi pasaran pada awal tahun 1990-an. Ini disebabkan harga yang relatifnya agak mahal di samping kecekapannya yang rendah pada waktu itu. Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi sel suria semakin rancak sejak akhir-akhir ini, terutamanya pada penghujung abad ke-20. Pengeluarannya secara besar-besaran telah dilakukan oleh syarikat teknologi terkenal dunia. Kemajuan teknologi nano pada masa ini telah meningkatkan lagi penggunaan dan keupayaan teknologi sel suria dalam proses pengumpulan tenaga solar daripada matahari untuk ditukarkan kepada tenaga elektrik yang boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi dan perindustrian. Di Imperial College of London misalnya, nanoteknologi digunakan oleh Keith Barnham, seorang penyelidik di institusi tersebut dalam usaha meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos pengeluaran sel solar. Sebuah syarikat ditubuhkan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan di Imperial College of London yang dikenali sebagai Quantasol. Penyelidikan ini diketuai oleh Barnham sendiri yang telah menghasilkan sel suria menggunakan lapisan bahan GaAs sebagai filem nipis berbanding dengan silikon yang digunakan sebelum ini. Setiap lapisan akan menghasilkan warna atau gelombang cahaya yang berbeza apabila terdedah pada cahaya matahari. Syarikat tersebut mendakwa keseluruhan tenaga yang dihasilkan di dalam sel yang menggunakan bahan GaAs melebihi sekali ganda daripada kecekapan sel suria yang dihasilkan menggunakan bahan silikon sebelum ini. Sebuah lagi syarikat yang mengasaskan sel suria menggunakan nanoteknologi ialah G241 di United Kingdom. Syarikat ini telah mengeluarkan bahan untuk sel fotovolta yang berupaya menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik walaupun mempunyai kadar serapan cahaya yang rendah. Sel suria atau sel fotovolta dihasilkan berdasarkan formulasi Graetzel yang dicipta oleh Michael Graetzel pada tahun 1991, yang mendapat inspirasi daripada proses fotosintesis tumbuhan. Menurut pengarah urusan Syarikat G241 yang menghasilkan

bahan nanoteknologi sel suria ini, kelebihan menggunakan kaedah sel Graetzel kerana lebih mudah untuk difabrikasi, mengurangkan kos dan menjimatkan masa serta tenaga untuk menghasilkannya. G241 telah pun menjalankan pengeluaran besar-besaran produk sel solar ini di kilang pengeluaran mereka dan menyasarkan jualannya untuk negara-negara membangun. Dalam bidang penyelidikan pula, satu penemuan baharu bahan saduran antipantulan yang boleh digunakan dalam penghasilan sel suria berasaskan silikon yang bertujuan untuk meningkatkan penghantaran cahaya matahari ke dalam sel. Dalam jurnal optik terkenal, Optics Letters, penyelidikan yang diketuai oleh Shawn-Yu Lin melaporkan penemuan bahan saduran antipantulan yang dapat meningkatkan kadar serapan cahaya matahari oleh panel sel solar dan seterusnya membenarkannya menyerap keseluruhan spektrum cahaya dari segenap sudut. Penemuan ini berjaya meningkatkan lagi keupayaan dan kecekapan sel solar dalam usaha untuk memaksimumkan kadar serapan cahaya ke atas panel sel solar. Beberapa contoh di atas merupakan hasil kajian dan potensi besar gabungan teknologi nano dan sel solar yang semakin mendapat perhatian dunia dalam menangani krisis tenaga yang semakin membimbangkan. Sains dan teknologi tidak putus-putus menawarkan penyelesaian terbaik dalam menangani krisis yang berlarutan akibat kerakusan manusia dan juga perubahan alam selari dengan usianya yang semakin meningkat. Oleh hal yang demikian, ilmu pengetahuan sains dan teknologi perlu digunakan secara berkesan dalam menghadapi situasi mencabar pada masa ini dan masa akan datang. Kesan negatif Yang menjadi kebimbangan besar dalam kalangan para penyelidik ialah potensi partikel nano yang boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar. Meskipun begitu pengetahuan mengenai impak, kesemua bahan partikel nano terhadap manusia dan alam sekitar masih terhad. Pada tahun 2004, Inisiatif Nanoteknologi Kebangsaan Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 20 ribu pekerja di seluruh dunia bekerja dalam sektor teknologi nano dan dijangka akan meningkat sehingga dua juta orang pada tahun 2015. Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2008 telah mengeluarkan laporan yang dinamakan sebagaiRisiko Global 2008. Laporan tersebut menyatakan impak pendedahan partikel nano (cat, kosmetik dan produk kesihatan) yang boleh menyebabkan gangguan terhadap kesihatan manusia.

Antara karya penyelidikan lain yang membicarakan impak kesihatan daripada bahan partikel nano ialah sebuah laporan mengenai Kesankesan Partikel Nano yang dikeluarkan oleh Institut de Recherche RobertSauveen Santeet en Securite du Travail (IRSST), organisasi penyelidikan saintifik berpusat di Montreal, Kanada. Laporan ini memuatkan beberapa jenis bahan partikel nano yang boleh memberikan kesan mudarat kepada manusia. Antara bahan partikel nano tersebut ialah fuleren, tiub karbon nano, partikel nano tak organik, partikel nano organik dan dot kuantum. Laluan partikel nano ke badan manusia boleh berlaku semasa pernafasan dan juga pengambilan makanan yang telah terdedah kepada partikel nano. Partikel nano yang disedut boleh termendap di dalam salur darah selepas menembusi kesemua mekanisme perlindungan pernafasan. la kemudian diagihkan ke dalam pelbagai organ dan berkumpul di tapak yang khusus. la boleh bergerak sepanjang saraf penghiduan dan menembusi secara langsung ke saraf otak. Sifat ini, dikaji secara meluas dalam bidang farmakologi, membolehkan partikel nano organik digunakan sebagai vektor bagi membawa ubatan kepada sasaran di dalam fungsi badan. Kajian sedia ada menunjukkan beberapa kesan terhadap haiwan, bergantung pada jenis partikel nano. Kesan kenefrotoksikan, dalam reproduksi dan kesan genotoksik telah dikenal pasti. Sesetengah partikel menyebabkan tindak balas granulomas, fibrosis dan tumor pada paru-paru. Kesan bahan seperti titanium dioksida. bahan yang diiktiraf sebagai kurang bertoksik, menunjukkan sifat toksik yang tinggi di dalam saluran pernafasan pada skala nano. Dalam konteks negara ini, industri minyak dan gas, pembuatan detergen dan aktiviti penyaduran logam adalah antara aktiviti yang mungkin berpotensi bagi pelepasan bahan partikel berskala nano. Yang menjadi persoalan utama adakah perundangan sedia ada memadai untuk mengawal penghasilan bahan partikel nano. Oleh itu, kawalan dalam bentuk dasar dan perundangan perlu dikaji bagi memastikan penggunaan bahan partikel nano yang mempunyai risiko tinggi terhadap manusia dapat dikawal dan dipantau. Kajian yang mendalam perlu diteruskan bagi memastikan pembangunan teknologi nano dapat memberikan manfaat yang banyak di samping impaknya

tKarangan:Menangani

Isu Pengubahan Wang Haram And Pembiayaan Keganasanarangan:


Posted on July 12, 2010 by goaypastpm| Leave a comment

Menangani Isu Pengubahan Wang Haram And Pembiayaan Keganasan 9 Julai 2010 Institut Bank-bank Malaysia (IBBM) dan Kumpulan Jaringan Pegawai Pematuhan Malaysia (CONG) akan menganjurkan persidangan antarabangsa dua hari mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2010 dari 19-20 Julai 2010. IFCTF 2010, dengan tema Memperkukuh Tadbiran Untuk Memperoleh Nilai, dianjurkan bersama oleh Institut Kewangan Asia (AIF), Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) dan Institut Insurans Malaysia (MII), dengan sokongan Bank Negara Malaysia. Pihak penganjur menjemput barisan penceramah tempatan dan antarabangsa serta pakar dalam bidang yang berkaitan daripada Pasukan Tindakan Kewangan (FATF), Bank Dunia, Perbendaharaan Amerika, Polis Persekutuan Australia, AUSTRAC, Kumpulan Asia Pasifik bagi Pengubahan Wang Haram (APG), bank antarabangsa serta firma rundingan, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM)dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Beberapa daripada isu utama yang akan dibahaskan termasuk langkah berasaskan kepada risiko dalam berurusan dengan pelanggan dan negara berisiko tinggi, pengubahan wang haram dan risiko pembiayaan keganasaan dalam pemindahan wang merentasi sempadan, pembiayaan perdagangan dan kewangan Islam. Topik-topik lain termasuk rasuah, pemerdagangan manusia dan skim piramid. SISTEM PEMATUHAN MANTAP PERLU Institusi kewangan berfungsi dalam persekitaran dinamik yang dipengaruhi globalisasi pasaran, penggabungan industri, penyatuan

khidmat kewangan, teknologi sedang muncul termasuk ancaman keselamatan yang mengiringinya. Kuasa ini apabila bersatu, mewujudkan risiko, dan satu daripada risiko utama yang dihadapi institusi kewangan ialah risiko pematuhan. Untuk menangani risiko dan kekal kompetitif serta beruntung dalam persekitaran seperti ini, bank-bank perlu menilai secara berterusan dan mengubah suai produk, khidmat serta langkah keselamatan operasi masing-masing selaras dengan perkembangan baru ini. Para pengawal selia menjangkakan bank-bank akan mewujudkan proses pengurusan risiko yang lasak untuk menguruskan kesemua risiko yang lazim dalam perniagaan perbankan termasuk risiko pematuhan. Bank mesti membangun dan mengekalkan satu sistem pematuhan yang canggih yang disepadukan dalam strategi pengurusan risiko pertubuhan itu. Sistem pengurusan pematuhan bank harus memastikan pematuhan yang cukup bagi keperluan kawal selia dan dalaman. Untuk mencapai ini, institusi kewangan mesti melakukan pelaburan bijak dalam meningkatkan kapasiti dan tenaga kerja yang cukup terlatih untuk membantu dalam menangani risiko yang dihadapi oleh pertubuhanpertubuhan ini. CONG, jawatankuasa penasihat bagi IBBM, telah mengusahakan pelbagai inisiatif untuk menyuntik profesionalisme dan meningkatkan penjanaan kapasiti pegawai-pegawai pematuhan di Malaysia. Dalam mengejar objektif ini, CONG berusaha dengan aktif bersama para pengawal selia serta institusi pembelajaran di Malaysia untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam fungsi pematuhan dan memperkenal program peningkatan kapasiti dalam industri perbankan. IFCTF 2010 merupakan satu daripada program seumpamanya untuk meningkatkan tahap kesedaran di Malaysia mengenai amalan terbaik antarabangsa dalam langkah Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan. IFCTF 2010 merupakan saluran bagi institusi kewangan tempatan untuk belajar daripada pakar-pakar akan keperluan semasa dan di masa depan. Perbahasan semasa persidangan itu akan membenarkan pegawai

pematuhan untuk menjajar dan menambah baik program pematuhan AML/CFT. CABARAN YANG DIHADAPI INSTITUSI PERBANKAN Keperluan kawal selia dan pentadbiran global membawa cabaran besar bagi institusi kewangan. Dengan pembaharuan kawal selia dan perlindungan konsumer menjadi agenda utama, bank-bank menghadapi tekanan berterusan dari beberapa sudut. Kegagalan untuk mematuhi undang-undang, peraturan, atau kod tatalaku, atau standard lain boleh membawa kepada tindakan kawal selia atau perundangan yang akhirnya pasti membawa impak buruk terhadap pendapatan, modal atau reputasi. Cabaran bagi institusi kewangan ialah dalam mengejar perkembangan di luar. Mereka perlu melabur dana teknologi dan sumber manusia, memajukam program pembangunan, dan mencari penyelesaian teknologi yang akan membantu melindungi mereka daripada ancaman yang dibawa oleh penjenayah yang meliputi penipu, pengubah wang haram dan pembiaya pengganas. Penjenayah ini menjalankan operasi mereka di sebalik perniagaan yang kelihatan sah serta tidak menimbulkan sebarang keraguan sehingga terlewat. TANDA AMARAN FATF merupakan penetap standard antarabangsa dalam memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Syor 40+9 FATF buat masa ini menetapkan standard antarabangsa bagi memerangi pengubahan wang haram (ML) dan pembiayaan pengganas (TF), yang mesti dipatuhi oleh institusi kewangan di seluruh dunia. Institusi kewangan mesti membangunkan program bertulis yang mengenal pasti dan mengesan tanda-tanda awal jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan. Kajian semula berterusan dan perkongsian tanda-tanda amaran akan membantu petugas barisan hadapan untuk mengesan jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan. Industri perbankan Malaysia banyak mencatatkan kemajuan dalam mengesan pengubahan wang haram dan pencegahan menerusi Akta Anti

Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 dan Dasar Ketahuilah Pelanggan Anda (KYC). Seterusnya, Akta AMLA 2001 dikemas kini pada 2003 dan kini dikenali sebagai Akta Anti-Pengubahan Wang Haram dan Anti-Pembiayaan Keganasan (AMLA-ATFA) 2001 untuk turut meliputi masalah pembiayaan keganasan. Tetapi bersama perkembangan ekonomi dan politik yang tidak menentu, ditambah dengan krisis kewangan yang berulang di beberapa bahagian dunia, bank-bank terus terdedah kepada masalah pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Pertubuhan serta individu yang diragui menggunakan sistem perdagangan antarabangsa dan perbankan untuk memindahkan sumber kewangan haram bagi tujuan salah. Perang terhadap pembiayaan keganasan bergantung pada kerjasama antarabangsa dan undang-undang, objektif serta motif yang diterima bersama. Perkakas dan kaedah baru mungkin perlu. MEMATUHI PERATURAN Pada 5 April, 2010, Malaysia memperkenal Rang Undang-undang Perdagangan Strategik yang diwujudkan khusus untuk memberi kawalan terhadap perdagangan material seperti elektronik, avionik dan perisian, yang boleh dikaitkan dengan WMD (senjata kemusnahan sejagat). Rang Undang-undang Perdagangan Strategik menghalang individu atau perbadanan daripada menggunakan Malaysia sebagai pangkalan bagi urus niaga haram senjata. Lebih penting, rang undang-undang ini membolehkan perkongsian yang lebih erat antara Malaysia dan seluruh dunia dalam perang global terhadap keganasan dan penyebaran senjata nuklear, kimia dan biologi. Maslamani mencadangkan bahawa Program Pematuhan institusi kewangan diberi mandat dan diuruskan oleh lembaga pengarah atau pengurusan kanan, dan paling minimum, harus melibatkan latihan

petugas yang sesuai sebagai sebahagian daripada pengurusan pematuhan risiko. Dalam menggorak langkah ke hadapan, sementara keperluan pematuhan secara ideal sepatutnya menjadi sebahagian daripada rutin harian pihak pengurusan dan petugas institusi kewangan, tanggungjawab akhir masih terletak pada lembaga pengarah. Mereka boleh mewakilkan kuasa tetapi tidak boleh lepas tangan dan pihak pengurusan perlu bertanggungjawab dalam memastikan lembaga pengarah juga turut berperanan terhadap kesihatan manusia dapat dikawal dengan baik.

Karangan/Kenegaraan: Pengurangan Subsidi oleh Kerajaan Malaysia: Kewajarannya dan Kesan tindakan ini.
Posted on May 30, 2010 by goaypastpm| Leave a comment

Pengurangan Subsidi oleh Kerajaan Malaysia: Kewajarannya dan Kesan tindakan ini. 30 MEI 2010 Perbahasan isu subsidi di mana-mana pun panas dan emosional. Tidak kira di negara kaya seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah atau negara miskin seperti Mesir. Di Mesir berlaku rusuhan apabila subsidi roti dikurangkan menyebabkan harga roti melambung tinggi. Di Eropah petani merusuh dengan membinasakan hasil keluaran seperti tomato, susu lembu dan sebagainya. Kerajaan Malaysia telah mengadakan mekanisme khas dipanggil Makmal Rasionalisasi Subsidi untuk tujuan perbahasan dan mengadakan hari terbuka makmal pada 27 Mei 2010 di Ibu Negara untuk menjelaskan tindakan kerajaan ini. Rasional Penghapusan Subsidi: 1. Malaysia akan bankrup jika subsidi terlalu besar jumlahnya. Menteri di Jabatabn Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), mengumukan bahawa kerajaan tidak mampu lagi menampung kadar subsidi seperti yang ada sekarang. Malah negara akan muflis/bankrup dalam masa lima tahun kalau kadar perbelanjaan negara tidak dikurangkan. Beliau juga membandingkan negara kita dengan Greece yang kini mengalami krisis kewangan yang teruk dan hampir muflis. Salah satu cara menjimatkan perbelanjaan adalah dengan mengurangkan atau menghapuskan langsung subsidi. Subsidi, tak kira subsidi tol, bahan

api, elektrik, gula, tepung atau minyak masak dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini. Matlamatnya adalah untuk kurangkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun. Sebenarnya Malaysia adalah negara yang paling tinggi subsidi di dunia, subsidi berjumlah RM74 bilion tahun lalu memanglah besar. Daripada jumlah itu, subsidi sosial sebanyak RM42.4 bilion, bahan api dan elektrik (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion). Purata subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah. 2. Golongan kaya juga menikmati subsidi dan menyebabkan pembaziran. Subsidi menyebabkan kemudaratan apabila harga yang murah menyebabkan penggunaan berlebihan, misalnya gula dan minyak masak yang memudaratkan kesihatan. Di Malaysia pengilang dan pelabur mendapat subsidi berbilion-bilion ringgit. Antaranya subsidi diesel (untuk pengangkutan) dan subsidi gas asli cecair (untuk penjanaan elektrik oleh IPP dan kilang pembuatan). Golongan kaya yang pakai kereta mewah seperti Mercedes Benz dan BMW dapat subsidi minyak petrol yang berkalikali ganda lebih banyak daripada orang biasa yang guna Kancil atau Proton. Mereka akan membazir petrol kerana mereka kaya dan harga petrol rendah. Misalnya mereka membiarkan enjin kereta berjalan sungguhpun sedang menunggu atau memakai kereta untuk membeli sebungkus rokok di kedai. Kilang yang dapat subsidi sepatutnya menjual barang dengan harga yang lebih murah kepada pengguna. Mungkin ini tidak benar. Harga lebih tinggi dikenakan terhadap pengguna jika penguatkuasaan lemah menyebakan pengawasan harga dan bekalan sangat lemah. Bukan semua subsidi dalam bentuk cross (lintang) di mana pengguna membayar harga yang tinggi sedikit untuk membantu pengeluar, macam subsidi harga padi. Kebaikan Subsidi 1. Subsidi memajukan ekonomi negara. Orang yang beli beras bayar harga yang tinggi sedikit dan harga tambahan itu dipindahkan kepada penanam padi sebagai subsidi. Ambil contoh subsidi baja. Petani dapat baja dan pengilang dapat hasil membekalkan baja. Kalau tidak kerana skim subsidi baja, industri baja kita tidaklah sebesar sekarang. Subsidi menjana ekonomi. Seorang pengguna yang terima RM1 ringgit subsidi akan belanja duit itu. Pekedai dapat hasil. Pekedai pasti buat keuntungan kerana barang yang dijual dengar harga RM1 itu diperolehnya dengar harga lebih rendah daripada pembekal. Pembekal beli lebih rendah dari pengilang. Setiap kali duit RM1 itu bertukar tangan, ia menambah kepada nilai ekonomi.

Tegasnya subsidi adalah sebahagian daripada ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi. Kesan Negatif Penarikan Balik Subsidi: Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tentu sedar kesan rasionalisasi subsidi ini. Ia mungkin membantu mengurangkan beban hutang negara yang mencecah RM362 bilion (54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi kesannya kepada ekonomi dan rakyat jelata juga besar. 1. Golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah kemiskinan. Jika subsidi baja dan subsidi harga padi ditarik balik, ratusan ribu petani kita akan hidup dalam kemiskinan tegar dan hasil padi/beras negara merudum. Subsidi adalah sebahagian daripada ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi. Sebaliknya jika subsidi ditarik balik, kos makanan akan meningkat kerana harga gula dan petrol meningkat. Golongan berpendapatan rendah akan menghadapi masalah kewangan. Potongan subsidi akan jejaskan rakyat Pengurangan subsidi pasti akan menjejaskan taraf hidup rakyat. Kuasa membeli mereka akan jatuh dan akan diburukkan lagi oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan.Pengilang, penyedia perkhidmatan, pengedar dan pekedai akan menaikkan harga bagi menampung pengurangan atau penghapusan subsidi. Setiap peringkat rangkaian pembekalan (supply chain) akan menaikkan harga. Lebih teruk daripada itu mereka akan mengambil kesempatan membuat keuntungan berlebihan (profiteering). Api infalsi akan menyemarak. Jika di luar kawalan, ekonomi Negara juga akan lumpuh. Subsidi juga merupakan duit rakyat yang perlu dinikmati rakyat Sebahagian besar subsidi adalah daripada sumber kewangan yang diamanahkan kepada kerajaan, sama ada hasil cukai atau keuntungan pelaburan. Duit yang digunakan untuk subsidi itu bukan duit kerajaan, tetapi duit pembayar cukai individu dan korporat. Kerajaan sekadar menguruskannya. Apakah hutang negara yang besar ini kerana subsidi sahaja atau kerana pemborosan, ketirisan dan rasuah? Jika para pemimpin besar terus hidup dengan mewah, boros dan menunjuk-nunjuk, pengiring polis berkereta dan bermotosikal, pengawal peribadi, permaidani merah, kerusi tinggi, perbarisan pegawai dan makanan berlambak, ekonomi Negara juga akan lumpuh.

Kesimpulan: Langkah mengurangkan subsidi pasti mendapat sokongan dan pujian hebat para free marketeer, Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Tetapi sokongan mutakhir yang menentukan jatuh atau bangun pemerintah adalah rakyat jelata, khasnya golongan majoriti yang masih miskin, terpinggir dan memerlukan bantuan.
Leave a comment Posted in BAHAGIAN A: KARANGAN LARAS SOSIAL KEMASYARAKATAN, Kenegaraan: Dasar Dalam Negara, kERTAS 1 STPM, KERTAS 2 STPM

Cara-cara selamatkan ekologi alam sekitar


Posted on May 25, 2010 by goaypastpm| Leave a comment

Apa itu pemanasan global? Apa itu gas rumah hijau? Apa itu langkah mesra alam yang dapat memelihara ekologi alam sekitar

Kenegaraan: ASEAN & Dasar Luar Negara


Posted on May 25, 2010 by goaypastpm| Leave a comment

YAB Dato Sri NAJIB disambut Lee sebelum mengadakan perbincangan di Singapura

24-5-2010 Singapura Malaysia, Singapura sepakat tubuh syarikat usaha sama; KL setuju pindah Stesen Tanjong Pagar ke Woodlands

ISU tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di republik ini yang tertangguh hampir 20 tahun hingga menjadi duri dalam daging dalam hubungan Malaysia-Singapura, berakhir semalam apabila kedua-dua negara mencapai persetujuan bersejarah menubuhkan syarikat usaha sama dikenali M-S Pte Ltd bagi memajukan kawasan berkenaan. Berdasarkan persetujuan yang dicapai dalam pertemuan sejam antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong, di sebuah hotel di sini, Stesen KTMB di Tanjong Pagar akan dipindahkan ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011. Tanah KTMB seluas 217 hektar di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands serta tiga lot di Bukit Timah, pula akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan. Penyerahan tanah itu akan berkuat kuasa apabila KTMB mengosongkan stesen Tanjong Pagar. Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pertemuan keduadua pemimpin itu, M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember ini, membabitkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang memegang 60 peratus kepentingan, manakala Temasek Holdings Limited cabang pelaburan Kerajaan Singapura, memegang 40 peratus ekuiti. Kenyataan berkenaan juga menjelaskan tanah dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di sini. Bagaimanapun, perincian mengenai kaedah pembangunan dan nilai tanah terbabit serta struktur penubuhan dan pengurusan M-S Ptd Ltd akan dikemukakan oleh Lee dalam pertemuan dengan Najib dalam lawatannya ke Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan lagi. Pertemuan kelak juga akan menyentuh soal pembangunan sistem transit laju (RTS) menghubungkan Tanjung Puteri, Johor dengan stesen di Woodlands yang dijadual beroperasi pada 2018. Ini sekali gus menyaksikan stesen KTMB di Woodlands dipindahkan ke Johor menjelang tempoh berkenaan. Persetujuan lain ialah: Malaysia juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Singapura setuju membantu urusan pemindahan ke Woodlands dan memastikan perkhidmatan bas menghubungkan stesen KTMB di situ ke Stesen MRT untuk kemudahan penumpang. Menubuhkan pasukan pelaksana bersama yang akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura; dan Memulihara bangunan terminal penumpang stesen kereta api Tanjong Pagar kerana ia mempunyai nilai sejarah dan akan menjadi daya tarikan kepada projek pembangunan yang dicadangkan di tapak itu. Bangunan stesen kereta api Bukit Timah di Blackmore Drive juga mungkin dipulihara. Dalam sidang media bersama, Najib berkata, keputusan yang dicapai dalam perbincangan itu melakar sejarah baru dalam hubungan dua hala kedua-dua negara. Kita tidak mahu isu bersama yang tertunggak menghalang usaha mempertingkat dan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara. Hari ini (semalam) agak bersejarah sebab kita sekarang nampak penyelesaian kepada isu tertunggak yang berlarutan hampir 20 tahun, katanya. Lee pula berkata, beliau dan Najib melalui perbincangan yang sangat berhasil membabitkan skop yang luas dan memberi fokus mengenai usaha mempertingkatkan lagi hubungan dua hala sejajar perkembangan di Asia mahupun global yang memerlukan kedua-dua negara bekerjasama. Ini memerlukan kita menyelesaikan isu yang tergantung sekian lama dan ini membolehkan kita terus mara serta menikmati manfaat bersama, katanya. Terdahulu, Najib dan Lee turut mengetuai perbincangan delegasi keduadua negara sebelum menyertai jamuan tengah hari. Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Kiat; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop;

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Karangan: PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PKRS)


Posted on May 12, 2010 by goaypastpm| 1 Comment

PENTINGNYA PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PKRS) Berbanding kebanyakan negara terutamanya di Barat, sebahagian besar masyarakat di negara ini masih menganggap ungkapan pendidikan seks semata-mata sebagai hubungan seksual lelaki dan wanita. Lantaran andaian negatif ini, ura-ura memperkenal pendidikan seks di sekolahsekolah mendapat tentangan hebat terutama daripada ibu bapa. Rata-rata mereka khuatir anak mereka akan terdorong untuk melakukan hubungan seks jika didedahkan dengan pendidikan itu! STATISTIK SALAH LAKU SEKSUAL DI MALAYSIA Namun apa yang berlaku hari ini, tanpa pendidikan seks pun, semakin ramai pelajar baik di sekolah atau institusi pengajian tinggi sudah terjebak dengan zina sehingga melahirkan anak tak sah taraf. Kajian 1999/2000 Majlis Aids Malaysia mendapati umur melakukan hubungan seks pertama paling muda di negara ini ialah sembilan tahun! Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang menjalankan kajian media pada 2004 mendapati sekitar 130,000 remaja dipercayai telah melakukan hubungan seks luar nikah. LPPKN dalam satu lagi kajian pada 2008 mendapati seramai 20.3 peratus responden mengaku pernah melakukan hubungan seks. Menurut kajian itu, umur paling muda melakukan hubungan seks pertama ialah pada usia 16 tahun. Perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melaporkan 1,456 kes rogol setahun. Perangkaan itu bagaimanapun dianggarkan hanya 10 peratus daripada kejadian yang sebenarnya berlaku. Lebih daripada separuh mangsa rogol ialah di bawah 18 tahun dan 84 peratus pemangsa adalah orang yang dikenali oleh mangsa. Dua puluh peratus daripada pemangsa mempunyai pertalian saudara dengan mangsa terdiri daripada bapa, bapa tiri, datuk, abang termasuk teman lelaki yang baru dikenali. Tambahnya, 67 peratus lokasi rogol ialah di rumah dan bangunan iaitu tempat yang dianggap selamat oleh mangsa. Selain itu satu kes

pembuangan bayi berlaku dalam tempoh lima hari. Ada juga yang terdesak sehingga tergamak membunuh bayi tak sah taraf ini seperti yang dipaparkan media semata-mata mahu menutup aib sendiri dan keluarga MATLAMAT PKRS 1. PKRS merangkumi aspek biologi, sosio-budaya, psikologikal (emosi dan mental) dan kerohanian. 2. PKRS akan digunakan untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dan mempunyai sikap positif dalam bidang kesihatan reproduktif dan sosial. PKRS dilihat sebagai satu daripada jalan penyelesaian untuk membendung gejala sosial termasuk salah laku seksual yang semakin memporak-perandakan kehidupan anak remaja di negara ini. PKRS dilihat sebagai asas kukuh kepada perkembangan serta pembangunan insan yang sihat, berakhlak mulia dan saling hormat menghormati. 3. PKRS juga diharap dapat mengurangkan sensitiviti dan salah tanggapan mengenai pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial. Ini akan dibuat melalui penyediaan program sokongan khusus kepada ibu bapa, ahli keluarga, penjaga, guru, anggota kesihatan, pengasuh dan masyarakat. 4. Di bawah pelan tindakan PKRS, di samping LPPKN, banyak lagi pihak yang terbabit untuk melaksanakan program termasuk Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan di samping pertubuhan bukan kerajaan. ISI KANDUNGAN PKRS PKRS menekankan 1.tentang perlakuan hubungan antara lelaki dan perempuan. PKRS menekankan tiada unsur keganasan atau paksaan sama ada daripada pihak lelaki atau perempuan sekiranya mereka tidak mahu. 2. batas-batas pergaulan yang diterima masyarakat di negara ini sebagai masyarakat timur. 3. hak remaja merangkumi hak untuk mendapat pendidikan kesihatan reproduksi, maklumat dan penjagaan termasuk mekanisme sokongan untuk pendidikan dan kaunseling dalam bidang hubungan gender dan kesaksamaan, keganasan terhadap remaja, tingkah laku seksual yang bertanggungjawab. 4. bimbingan diberi sebelum seseorang kanak-kanak itu mencapai usia baligh dan bukan hanya untuk kumpulan berisiko tinggi supaya mereka

sedar apa dia organ sulit dan tidak boleh disentuh sebarang orang untuk mengelakkan berlakunya sumbang mahram dan pelbagai lagi gejala penderaan seksual ke atas kanak-kanak. KENALI REMAJA Definisi remaja mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah mereka yang dalam lingkungan usia antara 10-19 tahun. Remaja adalah tempoh peralihan dari zaman kanak-kanak kepada zaman dewasa dan membabitkan perubahan fizikal, intelektual, emosi dan sosial.Statistik populasi remaja di negara ini pada 2008 ialah 19 peratus atau 5.3 juta daripada keseluruhan penduduk negara. Menjelang 2020, populasi remaja Malaysia dianggarkan berjumlah 6.3 juta atau 18.2 peratus daripada jumlah penduduk. Remaja masa kini juga mencapai usia baligh yang awal iaitu antara 9 hingga 10 tahun bagi perempuan dan 12 tahun bagi lelaki berbanding 12 tahun bagi perempuan dan 14 tahun bagi lelaki sebelumnya. Secara biologinya, lelaki dan perempuan mengeluarkan hormon, dan ia semakin hebat ketika meningkat usia remaja. Apabila sudah ada hormon dalam tubuh badan, remaja akan mula tertarik kepada gender yang berlainan dan ada yang beranggapan jika mereka menyukai seseorang, mereka boleh melakukan apa sahaja, boleh menyerahkan diri mereka, melakukan hubungan seks. Itu sebabnya di peringkat universiti ramai yang sudah melakukan hubungan seks. Mereka mungkin pandai dari segi akademik tetapi kurang dari segi pengawalan emosi dan perasaan. Ledakan teknologi baru turut mendedahkan remaja kepada lambakan bahan lucah yang mempengaruhi mereka untuk melakukan hubungan seksual. Sehubungan dengan itu, remaja perlu diberi bimbingan dan kemahiran untuk mengendalikan perubahan yang berlaku dalam diri mereka supaya boleh membuat keputusan yang betul. Ini termasuk tidak melakukan hubungan seks luar nikah. Kekurangan kematangan dalam diri remaja menyebabkan keputusan yang dibuat kurang tepat. Dari segi perkembangan, memang mereka menuju kedewasaan dan cuba berdikari termasuk dalam membuat keputusan tetapi sebenarnya mereka masih belum matang. Itu sebabnya kita sebagai orang dewasa, komuniti, ibu bapa perlu memberi bimbingan yang betul. PKRS juga menekankan aspek kerohanian dengan penerapan nilai-nilai agama demi menimbulkan kesedaran dalam diri remaja itu sendiri.

SOKONGAN IBU BAPA Natijahnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan diri anak mereka. Ibu bapa jangan berpendirian terbuka sehingga tindakan mereka seolaholah memberi restu untuk anak-anak melakukan hubungan yang terlarang. Remaja adalah modal insan negara dan perlu dijaga supaya tidak terjebak dengan gejala sosial. Mereka sebenarnya memerlukan bimbingan dan bersedia dibimbing. Kita berharap pelaksanaan PKRS jika pun tidak dapat mencapai sifar gejala sosial, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan gejala itu.

Karangan: Teknologi Hijau


Posted on May 11, 2010 by goaypastpm| 3 Comments

Dasar Teknologi Hijau Nasional DTHN merupakan dasar penting untuk meneruskan kepesatan pembangunan negara pada masa depan, di samping menjadi salah satu usaha untukmenggunakan teknologi yang lebih baik dan kurang berbahaya kepada persekitaran. Galakan fiskal peruntukan kewangan untuk pembangunan dan penggunaan teknologi hijau yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak semasa Belanjawan 2010 amat bertepatan pada masanya. Usaha ini secara langsung memanifestasikan keyakinan dan kesungguhan kerajaan untuk menjadikan teknologi hijau sebagai penjana nilai tambah kepada kemajuan dan kemakmuran negara. Ketika ini, teknologi hijau memainkan peranan penting dalam merangka hala tuju pembangunan negara. Oleh sebab itu, nama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, dirombak menjadi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Secara konsep, teknologi hijau ditakrifkan sebagai pengaplikasian ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk tujuan

praktikal dalam pelbagai bidang kehidupan tanpa mengakibatkan kepupusan sumber dan mencemarkan alam sekitar. Lima kriteria utama mengenai teknologi hijau adalah seperti yang berikut; 1. Memenuhi kehendak masyarakat secara berterusan tanpa mengakibatkan kepupusan, kerosakan, atau kemusnahan sumber semula jadi. 2. Pengeluaran mesra alam yang membolehkan produk yang dikeluarkan ditebus guna sepenuhnya. 3. Penjimatan sumber, mengurangkan sisa buangan, dan pencemaran dengan mengubah kaedah pengeluaran serta penggunaannya. 4. Inovasi, meneroka, membangunkan alternatif mesra alam dan mesra pengguna serta berdaya maju. 5. Menjadi pusat aktiviti ekonomi berkaitan dengan teknologi dan produk yang mampu memberikan faedah kepada masyarakat dan alam sekitar serta mewujudkan peluang pekerjaan. Langkah-langkah memajukan teknologi hijau. Selaras dengan lima kriteria yang dinyatakan, tonggak utama DTHN meliputi tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, kesungguhan kerajaan menggerakkan pembangunan dan penggunaan teknologi hijau tidak akan menghasilkan impak yang diharapkan tanpa bantuan dan kesedaran rakyat. 1. Ekoran itu, dana sebanyak RM20 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk memperhebat aktiviti kesedaran rakyat mengenai perlunya menghijaukan persekitaran dan mengamalkan budaya hidup yang mesra alam. Langkah ini selaras dengan strategi pelaksanaan DTHN iaitu mempertingkat promosi dan kesedaran awam mengenai teknologi hijau dan kepenggunaannya. 2. Usaha ini juga selari dengan keputusan untuk mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion dalam memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau. Melalui dana ini, syarikat pengeluar dan pengguna

teknologi hijau dapat membuat pinjaman untuk membiayai aktiviti yang menyokong pertumbuhan industri teknologi hijau. Pinjaman maksimum untuk syarikat pengeluar sehingga RM50 juta dan syarikat pengguna sehingga RM10 juta membuktikan bahawa kerajaan benar-benar komited untuk memajukan industri ini. Kerajaan turut menanggung dua peratus daripada jumlah kadar faedah pinjaman tersebut dengan nisbah jaminan 60 peratus dan institusi perbankan 40 peratus. Permohonan pinjaman pula boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2010 memberikan faedah kepada lebih daripada 140 buah syarikat. 3. Beberapa langkah diambil untuk memperkukuh struktur pelaksanaan dan pembangunan teknologi hijau serta mengantarabangsakan potensi penggunaannya. Misalnya, dalam Belanjawan 2010 kerajaan menstrukturkan semula Pusat Tenaga Malaysia menjadi Pusat Teknologi Hijau Negara. Pusat ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan pelan tindakan pembangunan teknologi hijau dan berperanan sebagai agensi yang menetapkan piawaian dan mempromosi teknologi hijau. 4. Strategi mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan teknologi hijau juga penting. Strategi ini pastinya tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa instrumen ekonomi yang inovatif. Strategi ini juga sukar dilaksanakan tanpa sebarang dana untuk menggalakkan usaha merancakkan promosi terutamanya untuk menarik pelaburan langsung asing dalam industri teknologi hijau dan merangsang pelaburan langsung domestik industri tempatan. Strategi mewujudkan persekitaran yang kondusif ini penting dalam usaha menjadikan Malaysia pangkalan teknologi hijau serantau khususnya bagi tenaga yang boleh diperbaharui seperti teknologi solar fotovoltanik. 5. Begitu juga galakan fiskal dan peruntukan belanjawan diperlukan untuk melaksanakan program latihan dan pendidikan bagi merangsang pembangunan modal insan dalam industri teknologi hijau. Selain itu, dana belanjawan juga diperlukan bagi menyediakan bantuan kewangan dan insentif untuk menggalakkan pelajar di institusi pengajian tinggi memilih bidang pengajian yang berkaitan dengan teknologi hijau. 6. Kejayaan DTHN turut dipengaruhi oleh ketelusan dan kecekapan pentadbiran dan pengurusan pelaksanaan. Sehubungan itu, strategi yang melibatkan langkah memperkukuh rangka kerja di peringkat institusi seperti kementerian, agensi, sektor swasta, dan pihak yang berkepentingan

perlu dilakukan. Untuk menjayakan strategi ini, kerajaan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau (Green Technology Council) yang bertujuan memastikan bahawa penyelarasan di peringkat tertinggi bagi mengimplementasikan dasar yang cekap. Majlis ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri secara bergilir-gilir. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pula memainkan peranan utama untuk menyelaras dan mempermudah peranan semua pihak yang berkepentingan demi kejayaan pelaksanaan teknologi hijau mengikut hala tuju yang ditetapkan. Bidang teknologi hijau yang dimajukan Dua bidang pelaksanaan teknologi hijau yang ditekankan ketika ini ialah sumber tenaga dan pembinaan bangunan hijau. 1. SUMBER TENAGA Penekanan kepada sumber tenaga memang tepat pada masanya kerana menjelang 2030, penggunaan tenaga utama dunia dijangka meningkat sebanyak 1.6 peratus setahun atau 45 peratus keseluruhannya dalam tempoh 21 tahun yang akan datang. Di Malaysia, keperluan tenaga elektrik dijangka mencecah sehingga 18 947 megawatt (MW) pada 2020 dan 23 092 MW pada 2030. Sehubungan itu, komitmen semua pihak perlu digembleng untuk mengenal pasti dan membangunkan sumber tenaga alternatif, khususnya sumber tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin, mini hidro, biojisim, dan geotermal untuk menggantikan penggunaan minyak dan arang batu. Terdapat beberapa dasar yang diluluskan untuk mengurus kemungkinan yang timbul akibat pengurangan sumber bahan api seperti Dasar Penyusutan Nasional untuk mengawal pengeksploitasian simpanan minyak mentah; Dasar Kepelbagaian Empat Bahan Api untuk memberikan fokus kepada sumber empat tenaga utama, iaitu minyak, gas, kuasa hidro, dan arang batu, serta Dasar Bahan Api Kelima untuk mempelbagaikan sumber tenaga penjanaan kuasa. 2. PEMBINAAN BANGUNAN HIJAU. Bagi menggalakkan pembinaan dan pemerolehan bangunanhijau, dua galakan fiskal diperuntukkan dalam Belanjawan 2010, iaitu pemilik bangunan yang memperoleh Sijil Green Building Index (GBI) bermula 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014 diberikan pengecualian cukai pendapatan yang nilainya bersamaan dengan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan.

Selain itu, pembelian bangunan dan rumah kediaman yang memperoleh Sijil GBI diberikan pengecualian duti setem surat cara pindah milik. Amaun pengecualian adalah bersamaan dengan kos tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan. Pengecualian layak bagi pembeli yang menyempurnakan perjanjian jual beli bermula 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014. GBI yang dimaksudkan dilancarkan pada 21 Mei 2009. GBI merupakan indeks penarafah hijau ke atas bangunan mesra alam. Sesebuah bangunan bakal diberikan Sijil GBI setelah pihak penilai mendapati bangunan berkenaan memenuhi enam kriteria utama seperti kecekapan tenaga, kualiti persekitaran dalaman, perancangan dan pengurusan tapak yang lestari, bahan-bahan dan sumber, serta kecekapan penggunaan air dan inovasi. Berdasarkan kriteria tersebut, jelaslah bahawa untuk mewujudkan sebuah bangunan hijau bukan sahaja memerlukan pelbagai teknik dan bahan teknologi hijau, tetapi perlu diaplikasikan secara optimum. Bayangkanlah, cerahnya masa hadapan teknologi hijau negara apabila teknologi ini diaplikasikan secara meluas dalam semua bidang kehidupan.
3 Comments

Karangan:23 April Hari Buku (Kelangsungan Dunia Buku Di Celah-Celah Kepesatan ICT)
Posted on April 26, 2010 by goaypastpm| 1 Comment

Dalam dunia perbukuan, tanggal 23 April amat bermakna buat penerbit, penulis dan juga pencinta buku. Ketika komputer dan Internet merevolusi kaedah pencarian maklumat dan ilmu, buku kekal di sanubari ramai sebagai penyampai khazanah ilmu dan penghibur. Setiap tahun pada tarikh ini, Hari Buku disambut dengan pelbagai aturcara di seluruh dunia, dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) juga tidak ketinggalan meraikannya esok.

Selain Program Mari Membaca 1Malaysia dan Jualan Buku dari 23 April hingga 25 April di perkarangan PNM, Forum Hak Cipta turut dianjurkan untuk mengingatkan orang ramai akan pentingnya menghormati hak milik karya-karya. Ketua Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar berkata PNM akan sentiasa menyokong usaha meningkatkan dunia perbukuan negara dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai gedung ilmu kepada masyarakat. Sungguhpun jumlah keahlian keseluruhan daripada 2,429 buah perpustakaan yang ada di negara ini mencecah hampir lapan juta orang sehingga hujung tahun lepas, beliau berpendapat kadar membaca buku dalam kalangan rakyat negara ini masih rendah. Kempen galakan membaca masih harus diteruskan agar ilmu pengetahuan rakyat tidak ketinggalan zaman dan dunia perbukuan terus berkembang, kata beliau kepada Bernama. BUKU TIDAK AKAN PUPUS Tetapi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) banyak mengubah cara menimba ilmu dan buku semakin dipinggirkan. Mengakui komputer dan Internet banyak mengubah kaedah pencarian maklumat dan ilmu, Raslin berpendapat ilmu yang mantap masih diakui dalam bentuk buku. Dunia buku dalam bentuk cetakan atas kertas juga masih bertahan meskipun pernah diramalkan akan pupus. Budaya membaca buku perlulah diseimbangkan dengan penggunaan ICT. Lonjakan penggunaan ICT pada hari ini membawa saingan kepada buku. Maka, kempen-kempen membaca buku perlu dilaksanakan berterusan untuk menarik minat umum terhadap budaya membaca, ulas beliau. Menurut Raslin, Malaysia masih memerlukan penerbitan buku memandangkan jumlah penerbitan buku masih kecil dibandingkan jumlah penduduk negara ini. Maka usaha memperbanyak penerbitan buku masih diperlukan.

Beliau mengulas mengenai teknik penerbitan melalui teknologi komputer yang sentiasa berkembang pesat tetapi cepat pula ketinggalan zaman, serta mahal. Kerana itulah buku dalam cetakan pada kertas masih bertahan meskipun di negara-negara maju seperti Amerika, Eropah dan Jepun. Ia lebih murah, senang dibawa dan senang dibaca berbanding mengakses bahan bacaan di Internet yang memerlukan pelbagai peralatan seperti komputer/komputer riba, sambungan jalur lebar dan lokasi yang bersesuaian. Malah, tidak semua mampu memiliki kemudahan ini, jelasnya. PENGGALAKAN PENERBIT Usaha penerbitan buku harus diperbanyak agar perpustakaan di seluruh negara dapat memenuhi rak-rak dengan buku-buku yang memberikan ilmu kepada para pembaca. Dalam usaha memperbanyak penerbitan buku yang berkualiti dari segi kandungan dan bentuknya, beliau berharap persatuan-persatuan penulis dapat menghasilkan buku-buku berkenaan yang berbentuk ilmiah. Beliau turut menyarankan para penulis bekerjasama dengan penerbitpenerbit mapan yang menguasai teknologi penerbitan dan teknik pemasaran yang mantap. Bagi menyemarakkan dunia penerbitan, paling utama kita menggalakkan penerbitan buku Bahasa Melayu yang kini menampakkan kehadirannya di rangkaian kedai-kedai buku di seluruh Malaysia. Malah permintaan terhadap buku-buku dalam Bahasa Melayu di negara ini juga bertambah, iaitu buku-buku umum keperluan di luar sekolah. Untuk menjadi negara maju, rakyatnya harus berilmu dan sentiasa mencari bahan bacaan yang boleh meningkatkan pengetahuan. Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada 23 April ini, kita berharap kegiatan penerbitan buku akan

berterusan. Kita memerlukan buku-buku yang memberi ilmu, yang luas pemasarannya dan mampu dibeli oleh orang ramai, sambung beliau. Selain itu, beliau mengharapkan masyarakat umum terutamanya generasi muda terus digalakkan membaca. Ia sebagai usaha mendapatkan ilmu melalui pendidikan sepanjang hayat yang menjadi satu daripada lapan nilai dalam Gagasan 1Malaysia. ROYALTI UNTUK PENULIS BAHASA MELAYU Profesor Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar yang mewakili Gabungan Penulis Nasional (Gapena) turut berpendapat, umumnya ramai rakyat Malaysia yang masih tidak sedar tentang kewujudan Hari Buku. Menurut beliau, ia tidak disedari berikutan minat membaca yang kurang dan bilangan yang berkunjung ke perpustakaan untuk membaca buku ilmiah juga tidak ramai. Selain pembaca yang kurang, apa yang saya perhatikan, jualan buku ilmiah memang agak perlahan. Kalau dapat terjual 2,000 naskhah itu sudah hebat. Contoh lain ialah jualan majalah-majalah ilmiah seperti majalah terbitan DBP, jika dulu, jualannya tinggi dan mendapat sambutan. Sekarang kita lihat walaupun golongan cerdik pandai makin bertambah, tetapi jualan buku dan majalah sebegini kian menurun, ulasnya sambil mengakui kewujudan kemudahan ICT juga ialah sntara faktornya. Bagi Prof Abdul Latif, jumlah pengunjung ataupun keahlian perpustakaan yang ramai masih tidak dapat meningkatkan budaya membaca dalam kalangan rakyat negara ini. Jika pun ada, ramai yang lebih gemar memilih karya-karya berbentuk pop dan novel remaja. Sebagai pensyarah di Institut Pengajian Tinggi, beliau turut melihat kurangnya minat membaca dan membeli buku dalam kalangan penuntut. Beliau turut mencadangkan kerajaan menyediakan insentif kepada penulis buku ilmiah berbahasa Melayu dengan cara pemberian subsidi royalti yang tinggi agar boleh bersaing dengan penerbitan buku ilmiah berbahasa Inggeris.

Dalam kalangan penuntut IPT pula, Dr Abdul Latif menggalakkan kempen kesedaran mengenai Hak Cipta harta intelek secara berterusan dipertingkat agar golongan ini memahami dan menghormati karya penulis tanah air. SAMBUTAN PERPUSTAKAAN LAIN Pada hari yang sama, beberapa perpustakaan awam lain turut menganjurkan sambutan serupa. Di Kangar misalnya, sambutan Hari Buku dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dari 21-27 April. Ia turut diadakan bersempena dengan 10 tahun pemerintahan Raja Perlis dan majlis pelancaran disempurnakan baginda. Menurut Pengarahnya, Norma Mohd Darus tahun ini ialah tahun ketiga sambutan itu diadakan. Paling mendapat sambutan ialah pendaftaran ahli percuma serta hari bebas denda. Pada hari itu, para peminjam yang terlewat memulangkan buku tidak akan dikenakan bayaran denda. Perpustakaan Negeri juga mengadakan Program Mari Membaca Bersama untuk kanak-kanak tadika dan sekolah rendah. Selain itu, beberapa perpustakaan pekan dan desa turut mengadakan sambutan yang sama, jelas Norma. Menurutnya sambutan Hari Buku sejak tiga tahun lalu meningkatkan jumlah pengunjung manakala ahli perpustakaan meningkat hingga 82,000 orang di seluruh Perlis. Selain Perbadanan Perpustakaan Negeri Perlis, Jabatan Pengurusan Maklumat, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam (PTAR) juga mengadakan sambutan yang sama dengan objektif membudayakan minat membaca dalam kalangan penuntutnya. Dalam menangani isu Hak Cipta, PTAR mengadakan taklimat dan sesi perkongsian maklumat berkaitan isu hak cipta dan gejala plagiat kepada pelajar semasa Taklimat Orientasi Pelajar baru dan Kelas Kemahiran Maklumat.

Ia dilaksanakan secara berterusan bagi memberi kesedaran kepada pengguna PTAR untuk menghargai buku dan karya penulis. Sambutan Hari Buku penting kerana ia merupakan sebahagian daripada aktiviti keilmuan yang sangat berguna dalam membentuk generasi berilmu.
1 Comment Posted in BAHAGIAN A: KARANGAN LARAS SOSIAL KEMASYARAKATAN, KERTAS 2 STPM

Karangan:Kegiatan seni budaya tradisional


Posted on April 13, 2010 by goaypastpm| 2 Comments

Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut. Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Banyak faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut. 1. Proses globalisasi menyebabkan kegiatan seni budaya tradisional semakin lesu. Akibat globalisasi, kita terdedah kepada perkembangan budaya asing secara meluas. Semua orang dapat mengikuti perkembangan seni budaya dunia terkini melalui internet/facebook, blog dsn. Seni atau budaya asing yang baru biasanya lebih menarik minat orang ramai. Misalnya generasi muda mahukan breakdance, hip-hop, popping, tempo muzik yang lebih rancak dsn. Masakan tradisional diganti dengan makanan segera dari barat Akibatnya tarian seni budaya tradisional seperti Wayang kulit, makyung, ghazal, tarian kipas, tarian kepang dsn semakin dilupakan. 2. Kemajuan teknologi maklumat juga merupakan puncanya. Kini permainan teknologi maklumat lebih memikat. Misalnya PSP, Wii dan sebagainya. Misalnya permainan badminton dapat dijalankan melalui Wii dengan seorang diri sebagai pemain.

Pelbagai program permainan dapat didownload daripada internet. Pelbagai permainan dalam I-phone.Wi-Fi, 3G memberi kesan audio visual lebih memikat. Sebaliknya congkak dikatakan membosankan dan tidak mencabar. Begitu juga dengan wau dan gasing yang memakan masa menyediakannya dan memerlukan kemahiran dan kumpulan rakan. Misalnya kanak-kanak bandar tidak tahu meligat gasing. 3.Sikap masyarakat yang dingin juga menjejaskan budaya tradisional kita. Kehidupan kita semakin sibuk. Selepas bekerja, rakyat tiada masa terluang untuk aktiviti seni tradisional yang perlukan kemahiran. Usaha menghasilkan tenunan kain songket, lukisan batik dan kraftangan yang lain memakan masa. Aktiviti permainan gasing dan wau mengambil masa panjang, dari mencari bahan mentah dan menghasilkannya. Tegasnya, hiburan tradisional tidak serasi dengan hidup sibuk kini. Yang lebih banyak ialah pusat yoga, pusat tarian moden, jimnasium bina badan dan persolekan muka serta melansingkan badan. 4. Kekurangan pusat latihan turut menyebabkan masalah ini. Tanpa latihan khusus, bakat yang berpotensi tidak dapat diasah. Mereka yang berminat juga sukar mendapat peluang. Dengan itu, kita sukar melahirkan pengarah dan pelakon yang baik. Pusat perkembangan seni budaya tradisional amat terhad. Pusat sedemikian tidak menguntungkan jika tanpa tajaan kerajaan. Akibatnya ramai rakyat yang berminat tidak dapat latihan. Para pengamal seni tidak dapat menyampaikan ilmu ini kepada generasi muda. Seni tradisional juga kurang diperkenalkan di media massa. Maka pendedahan kegiatan seni budaya tradisional sangat kurang. Langkah-langkah majukan seni budaya tradisional Festival Kuala Lumpur: Hasrat kita membentuk bangsa yang bukan sahaja maju secara fizikal, tetapi pada masa yang sama tinggi nilai budaya dan keseniannya, maka sudah tentu pembangunan ekonomi negara perlu dilengkapi dengan keupayaan warganya menjulang kecemerlangan melalui pupukan seni budaya. Kepelbagaian seni budaya dan warisan negara, dan manifestasi usaha tersebut dalam satu acara besar berbentuk Festival ini amat sesuai sekali. Menjadi landasan penting untuk mengenengahkan keindahan dan unsur-

unsur kebudayaan, kesenian dan warisan pelbagai kaum di Malaysia, sama ada untuk tatapan masyarakat tempatan mahupun masyarakat antarabangsa. Untuk mempamerkan kecemerlangan kreativiti dan warisan bangsa. ketengahkan sebagai bandaraya moden dan progresif, namun tetap kaya dengan nilai-nilai kebudayaan, kesenian dan ketamadunan. Kuala Lumpur is a city with a soul. Malaysia ini sudahpun terkenal dengan keistimewaannya dari segi kekayaan budaya dan warisan serta kesenian, hasil dari kewujudan masyarakat berbilang kaum yang hidup bersama dalam keadaan harmoni. Let it be known that Kuala Lumpur is so much more than just a shopping destination or a place where business is done. Let it be known that Kuala Lumpur is also the place where you can find the finer things in life; a center of arts and culture that stimulates the mind and invigorates the spirit. Kuala Lumpur Sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa Dasar menjadikan Kuala Lumpur Sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa bertujuan untuk memartabatkan identiti dan imej Kuala Lumpur sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa melalui program kebudayaan dan kesenian antarabangsa seperti persembahan tarian, muzik, lukisan, kraftangan, lakonan, teater, puisi, perfileman, pameran, persidangan, forum, simposium dan festival. Skim Bantuan Kebudayaan Skim Bantuan Kebudayaan khusus bagi membantu kepada Badan Bukan Kerajaan untuk melaksanakan aktiviti seni budaya. Bantuan yang diperolehi akan dapat meningkatkan lagi kemahiran, kemampuan dan kecekapan badan bukan kerajaan di dalam bidang masing-masing. Kemajuan Pementasan Seni Istana Budaya telah berjaya mementaskan 16 produksi tempatan dan 6 produksi antarabangsa dengan jumlah penonton seramai 64,722 orang. Muzikal Puteri Hang Li Po telah berjaya menarik khalayak pelbagai kaum. Merakyatkan Seni Laman Seni Kuala Lumpur Program ini telah diadakan diperkarangan BSLN dan Istana Budaya setiap hari Sabtu pertama setiap bulan. Beberapa aktiviti sokongan seperti persembahan kebudayaan tradisional dan moden, senam seni, pertandingan nyanyian, demonstrasi seni tampak,

permainan tradisional dan sebagainya diadakan bagi menggalakkan orang ramai mengunjungi program ini. Pembangunan Kraf i. Penyelidikan dan Pembangunan Rekaan produk kraf baru telah dihasilkan yang meliputi bidang batik, tenunan, tekatan, seramik, hasil rimba dan logam. Kajian teknologi dan kajian bahan telah dihasilkan. Pusat Inovasi Seramik telah diwujudkan untuk dimanfaatkan oleh pengusaha seramik. ii. Pembangunan Usahawan Kraf Satu Daerah Satu Industri telah dibangunkan dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk. Kraftangan Malaysia juga melaksanakan projek pentahapan usahawan kraf, projek pentahapan usahawan muda dan projek perantisan kraf warisan. iii. Galakan Dagangan Promosi diadakan di peringkat domestik dan peringkat antarabangsa. Nilai jualan bagi promosi domestik adalah sebanyak RM4.4 juta manakala promosi antarabangsa dapat menjana sebanyak RM8.3 juta. Hari Kraf Kebangsaan diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. iv. Latihan Kemahiran Kraf Pembangunan tenaga mahir melalui Institut Kraf Negara telah melatih pelajar di peringkat sijil dan di peringkat diploma. Bidang kraf yang ditawarkan ialah batik, tenunan,kayu, rotan, seramik dan logam. v. Pemuliharaan Kraf Bagi mengekalkan seni kraf warisan negara, aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan dilaksanakan. Kraftangan Malaysia mengadakan pameran bertema di Muzium Kraf dan aktiviti pendidikan kraf serta menerbitkan buku kraf iaitu Buku Seramik Tradisional Malaysia dan Buku Seni Gerus. Dasar Perfileman Negara i. Kemudahan Dana Perfileman dan Skim Kemudahan Produksi Sebanyak RM1.135 juta berbentuk pinjaman telah diluluskan kepada 5 filem cereka. 3 buah filem pula telah mendapat bantuan daripada kemudahan dana perfileman, iaitu sebanyak RM12 juta.

ii. Pembangunan modal insan Sebanyak 17 buah bengkel telah diadakan dengan 268 orang peserta. Anugerah Seni Negara Anugerah Seni Negara ialah pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni, karyawan dan seniman yang telah menyumbang dan memperlihatkan ketokohan yang cemerlang dalam pembangunan seni tanah air. Anugerah Seniman Negara, Anugerah Karyawan Seni dan Anugerah Pendukung Seni. Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni (SLPPS) Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni (SLPPS) diwujudkan khusus bagi penggiat seni, budayawan dan karyawan bagi mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kepakaran dalam bidang seni, budaya dan warisan di dalam dan di luar negara. memberi penajaan kepada penggiat seni individu, syarikat swasta dan persatuan. STPM 1993 1 Kualiti, pengayaan, dan nilai keindahan karya sastera dan seni dalam sesebuah masyarakat hari ini hanya dapat dipupuk dan ditingkatkan melalui usaha-usaha mengadakan sayembara dan anugerah yang tertentu. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini? STPM 1996 2. Muzium merupakan gedung menyimpan dan mempamerkan bahanbahan yang mempunyai nilai sejarah, seni, dan sains. Bincangkan peranan muzium dalam konteks pembangunan sesebuah negara dan masyarakat. 1997 3. Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, ini bukan bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan. Jelaskan penyataan ini. STPM BM 1 Kesenian tradisional seperti permainan wau, makyung, dan ghazal semakin dilupakan oleh genarasi muda. Usaha untuk memelihara kesenian tersebut perlu dilakukan agar kesenian itu tidak pupus ditelan zaman. Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menarik minat generasi muda terhadap kesenian tersebut.

2. Kini, kita dapati sambutan masyarakat terhadap kegiatan seni teater masih belum memuaskan. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi wujudnya keadaan yang sedemikian.
2 Comments Posted in BAHAGIAN A: KARANGAN LARAS SOSIAL KEMASYARAKATAN

Karangan: Teknologi Hijau


Posted on March 11, 2010 by goaypastpm| Leave a comment

Malaysia Ambil Langkah Tepat Dalam Teknologi Hijau, Kata Pegawai Jerman MUNICH, 9 Mac 2010 Malaysia telah mengambil langkah yang betul dengan menggalakkan pembangunan industri hijau bagi memastikan pembangunan yang mampan, memulihara persekitaran untuk generasi akan datang dan membina industri masa depan, kata Volker U. Friedrich, anggota Lembaga Pemegang Amanah Forum Malaysia-Eropah (MEF). Pengarah pengasas C3IT Software Solutions GmbH itu berkata Malaysia amat unik di kalangan negara-negara Asia. Ia sentiasa berada di hadapan. Ia telah mengenal pasti yang daya saingnya di dunia boleh diperolehi menerusi penggunaan teknologi hijau. Negara ini mempunyai sumber yang kaya untuk mencapai ke arah itu tanah yang luas, kepelbagaian bio, hutan hujan, kuasa air, gas asli dan biomas dan komitmen kepimpinannya, tambah beliau. Friedrich berkata beliau bersetuju dengan Datuk Seri Peter Chin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang apa diperlukan Malaysia pada masa ini ialah rakan niaga dan kepakaran hijau untuk membawa Agenda Hijaunya ke hadapan. Chin telah mengetuai delegasi untuk berucap di Spring Dialogue Forum Malaysia-Eropah di sini minggu lepas.

Kami di Munich amat teruja mendengar desakan kerajaan ke arah kemampanan dan mengenal pasti teknologi hijau sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi masa depan di Malaysia, kata Friedrich. Monika Balga, profesional pemasaran yang berpangkalan di Munich pula berkata beliau gembira dapat mengetahui yang Malaysia menyediakan pinjaman mudah kepada syarikat-syarikat yang membekalkan dan menggunakan teknologi hijau kerana ia akan menjadi pemangkin untuk penyertaan yang lebih aktif di kalangan sektor swasta dalam mengguna pakai teknologi hijau. Jerman ialah rakan dagang terbesar Malaysia di kalangan 27 negara Kesatuan Eropah (EU), destinasi eksport kedua terbesar dan sumber import terbesarnya. Warga Jerman juga merupakan pelabur ketiga terbesar di Malaysia dan lebih 300 syarikat Jerman mempunyai pejabat di Malaysia. Dalam tahun 2009, jumlah dagangan Malaysia dengan Jerman bernilai AS$9.45 bilion. Di peringkat global pula, Jerman merupakan rakan dagang sembilan terbesar Malaysia. Acara Spring Dialogue itu turut mengetengahkan syarikat-syarikat Malaysia seperti Top Glove, pengeluar sarung tangan getah terkemuka dunia yang mengeksport lebih daripada 35 epratus produknya ke Eropah. Syarikat yang mengeksport 33 bilion sarung tangan setahun itu memanfaatkan teknologi hijau dalam pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan sistemnya. Danny Ong, Naib Presiden Top Glove berkata syarikat bukan sahaja menghasilkan produk-produk lestari tetapi turut memulihara persekitaran semulajadi untuk mengurangkan kesan negatif pengeluarannya ke atas aktiviti-aktiviti manusia. Secara ringkasnya, sarung-sarung tangan getah ialah produk terbiodegradasikan (bio-degradable) dan mesra persekitaran, menggunakan bahan mentah atau sumber semulajadi yang mampan dan sentiasa boleh ditambahkan.

Hijau itu bersih, kata Dieter Klein, CEO of P21, yang memberi tumpuan kepada kuasa untuk abad ke-21. Beliau maklum yang pelaburan Jerman ke Malaysia tertumpu terutamanya dalam industri elektrik dan elektronik, kimia dan produk kimia dan mesin dan sektor kelengkapan. Beliau berharap dapat memudahkan lagi peluang kerjasama dalam sektor hijau dengan Malaysia setelah memahami dengan lebih baik berkenaan dasar hijau kerajaan. Chin berkata beliau kagum dengan Jerman sebagai peneraju dunia dalam teknologi hijau memandangkan warga Jerman telah memperlihatkan tahap keprihatinan hijau yang tinggi dalam budaya, produk dan perkhidmatan mereka. Beliau turut bercakap mengenai industri photovoltaic sebagai contoh industri teknologi hijau yang telah berkembang di Malaysia. Setakat ini, Malaysia telah berjaya memperolehi kira-kira tiga bilion euro dalam pelaburan asing langsung dari syarikat-syarikat seperti First Solar, Sun Power, Tokuyama and Q-Cells AG. Kejayaan industri photovoltaic memperlihatkan kemungkinan melabur di Malaysia. Saya menyarankan para industri Jerman mengambil masa sedikit untuk belajar mengenai dasar hijau kita dan tunggu pelancaran Rancangan Malaysia kesepuluh untuk mendapatkan feel yang lebih baik akan komitmen negara kita kepada masa depan yang lebih menghijau masa depan yang mana kita semua boleh kongsikan bersama, kata Chin. Speaker lain yang turut hadir di majlis Spring Dialogue itu ialah Tun Musa Hitam, pengerusi Sime Darby Group, Tan Sri Jamilus Hussein, pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dan Datuk Jalilah Baba, Ketua Pengarah MIDA.

Karangan: Pelancongan Perubatan


Posted on January 14, 2010 by goaypastpm| 2 Comments

Malaysia Perlu Imej Destinasi Pelancongan Perubatan 13 Jan 2010 Meskipun terdapat usaha untuk memaparkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan namun pihak perancang pelancongan masih belum dapat merumuskan satu pendekatan strategik ke arah mencapai matlamat itu. Bidang pelancongan perubatan diketahui sememangnya mempunyai potensi perniagaan kepada institusi perubatan Malaysia seperti hospital, pusat penyelidikan perubatan, perkhidmatan perubatan pakar dan pengendali nutrisi makanan. Semua ini adalah sebagai tambahan kepada peluang perniagaan untuk eksport peralatan perubatan dan seumpama. Atas sifat komersial dan pelancongan perubatan itu, ramai pakar percaya bahawa satu usaha yang disertakan dengan penyelarasan yang baik dalam promosi perdagangan atau agensi promosi pelancongan Matrade dan Pelancongan Malaysia- boleh menarik banyak peluang yang seumpama. Malaysia boleh mencontohi negara lain di Asia dalam mempromosi diri sebagai destinasi pelancongan perubatan. Malahan, Asia dilihat sebagai pusat pertumbuhan bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan, setelah dibayangi oleh ketidakmampuan untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan di negara maju terutama Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, apabila ditawarkan oleh beberapa negara di Asia yang memperkenalkan diri sebagai destinasi perkhidmatan bayar kurang dapat lebih. DESTINASI UTAMA Sejak sedekad lepas, Thailand dilihat sebagai destinasi utama di Asia Tenggara di mana orang luar tertarik untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan kos rendah. Thailand menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan, daripada pembedahan jantung hinggalah kosmetik, pergigian dan malahan rawatan perubatan yang dianggap bukan ortodoks seperti perubatan Cina atau penyembuhan secara sumber semulajadi Ayurvedic.

Sememangnya dengan bertambahnya perjalanan antarabangsa dan kemudahan memperoleh maklumat sedia ada di internet sedikit sebanyak ia menyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung yang ingin mendapatkan rawatan perubatan di luar negara. Menurut statistik oleh sumber di Thailand, kira-kira 1.4 juta pelawat ke Thailand mendapatkan rawatan perubatan pada 2007. Thailand memperoleh pendapatan $1 billion pada tahun itu. Menurut Kementerian Kesihatan Thailand, angka itu dijangka naik tiga kali ganda pada 2012. Kajian oleh Deloitte Center for Health Solutions pada 2008 menunjukkan bahawa kira-kira enam juta rakyat Amerika dijangka mendapatkan rawatan kesihatan menjelang 2010. Jumlah yang sama besar dijangka oleh pengunjung dari Eropah dan negara maju lain seperti Jepun dan Australia. KESATUAN EROPAH Kesatuan Eropah menyumbang jumlah pengunjung terbanyak ke Thailand disusuli negara-negara Asia Barat dan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, Thailand mensasarkan China dan India, yang mempunyai penduduk kelas pertengahan yang lebih mencabar dan gemar membelibelah di luar negara di samping mendapatkan rawatan kesihatan di destinasi yang dilawati. Singapura, meskipun adalah destinasi yang mahal dan bersaiz kecil, telah dapat menarik lebih ramai pelancong India yang dalam kelas berbelanja besar berbanding negara lain Asia Tenggara. Singapura membuat keputusan bijak dari segi komersial apabila menyediakan kemudahan pemberian visa semasa ketibaan pelawat dari India, kata Archie Lee, seorang pakar jantung di sebuah hospital di Singapura, yang sedang melawat New York dengan menyebut ia satu kempen promosi. Bagaimanapun, Malaysia juga mempunyai potensi yang lebih untuk diketengahkan sebagai destinasi pelancongan perubatan.

Menurut Persatuan Pelancongan Perubatan, Malaysia menerima kira-kira 370,000 pesakit sebagai pelancong perubatan, yang majoritinya dari Indonesia, Timur Tengah dan Australia. PESAKIT LUAR Dari 2001 hingga 2008, jumlah pesakit dari luar yang mendapatkan rawatan di Malaysia meningkat sebanyak tiga kali ganda dengan menjana pendapatan kira-kira RM$59 juta pada 2006. Menurut Persatuan Hospital-hospital Swasta di Malaysia, jumlah pelancong perubatan akan meningkat kira-kira 30 peratus untuk sepanjang 2010. Walaupun Malaysia mengamalkan pelancongan perubatan sejak beberapa tahun lepas, pelancongan perubatan negara itu tidak diiklan atau dipromosi secara meluas dan strategik. Kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan tidak begitu diketahui di luar Asia Tenggara. Malaysia perlu dipasarkan sebagai destinasi pelancongan perubatan yang menarik. Ia mempunyai infrastruktur yang bagus serta tenaga profesional yang tidak kurang hebatnya untuk memberikan rawatan kelas pertama, kata seorang doktor dari Amerika yang enggan namanya disebut. Doktor tersebut yang bertugas di sebuah hospital di New Jersey, telah melawat Malaysia dan mengetahui bahawa negara itu berpotensi untuk menjadi destinasi pelancongan perubatan. KEMENTERIAN KESIHATAN Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan kerjasama hospital swasta, juga menggalakkan promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan. Kementerian berkenaan telah memilih lebih 30 hospital swasta untuk menjadi pakar dalam penjagaan kesihatan antarabangsa di peringkat rantau dan antarabangsa.

Penekanan juga diberikan terhadap faktor jimatkan kos. Satu pembedahan jantung akan menelan belanja kira-kira AS$6,000 hingga AS$7,000 di Malaysia. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada kos sebenar jika pembedahan dilakukan di Amerika Syarikat. Kerajaan Malaysia juga menubuhkan satu unit pelancongan perubatan khas untuk memenuhi kehendak pesakit antarabangsa. Walaupun inisiatif lain seperti pemberian visa perubatan untuk tempoh lama dari 30 hari kepada enam bulan kepada pesakit luar negara adalah satu cara yang baik untuk meningkatkan jumlah pengunjung, Malaysia masih perlu memperbanyakkan pejabat pelancongan dan perdagangan di luar negara. Ini bagi memudahkan penyelarasan bukan sahaja di kalangan mereka malahan agensi luar di luar negara seperti syarikat insurans kesihatan dan kumpulan yang berkaitan untuk kepentingan pesakit. Kunci kepada pertumbuhan pada masa hadapan ialah pemasaran yang strategik.

Karangan: Inflasi
Posted on November 20, 2009 by goaypastpm| Leave a comment

Kenaikan harga petroleum di pasaran antarabangsa mencetuskan pelbagai spekulasi malap dan pesimistik terhadap masa depan ekonomi dunia. Harga petroleum yang melambung tinggi menyebabkan subsidi petrol di Malaysia terpaksa ditarik balik. Bincangkan rasional kerajaan menarik balik subsidi petrol serta cadangkan langkah-langkah menghadapi kesan kenaikan harga petrol yang tinggi. 1. Kenaikan harga petrol dunia yang tinggi memaksa kerajaan menarik balik pemberian subsidi petrol. Harga minyak meningkat kepada US$ 140 setong berbanding US$50 setong pada tahun 2006. RM1.10 seliter tahun 2006 naik menjadi RM2.70 seliter. Jadi, jumlah subsidi berlipat ganda mencecah RM65 bilion setahun. Kerajaan tidak mampu terus memberi subsidi.

Hal ini kerana kerajaan akan bankrup. ( setakat 2007, untung Petronas RM868 bilion, RM532 bilion bayar sebagai cukai. Thn 2008 untung RM101 bilion. Serah kpd kerajaan RM67.6bilion=50% pendapatan kerajaan ) Langkah ini tidak bijak kerana orang kaya turut menikmati harga murah petrol. Ini menggalakkan mereka boros menggunakan kenderaan. Warga asing seperti rakyat Singapura juga menikmati subsidi. (salah guna subsidi) Nelayan pula jual petrol kepada rakyat Thailand untuk dapat keuntungan cepat sahaja. (Kita tidak mampu menyesuaikan diri suatu hari nanti, tidak berdaya saing, ekonomi lumpuh) 2. Subsidi yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih praktikal. Jelas kelihatan dan terbukti kini, ramai orang sudah jimat ekoran kenaikan harga petrol. Kenderaan berkurangan di jalan raya. Kesesakan lalu lintas diatasi. Pencemaran alam berkurangan. Ini bererti subsidi petrol sebelum ini mencetuskan pembaziran. Wang RM 13.7 bilion yang dijimat itu lebih baik digunakan untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih baik. Wang itu digunakan untuk pembangunan yang lebih bermakna seperti R&D dalam tenaga alternatif. Usaha mengatasi masalah kekurangan makanan dapat digiatkan. 3. Untuk membendung kesan inflasi akibat kenaikan harga petrol, bantuan kewangan diberi kapada golongan miskin. Rebat kenderaan seperti motosikal dan kenderaan kecil diberi. RM625 dan RM 150. Tol lebuh raya dikurangkan Golongan bawahan dibantu dengan subsidi yang pelbagai. Nelayan RM200/bulan Pengecualian cukai juga boleh dipertimbangkan. Majlis Ekonomi Negara memastikan daya beli golongan miskin tidak banyak terjejas. Pemantauan harga barang pasaran diketatkan. Kawalan harga barang keperluan. Jangan membenarkan peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga sewenang-wenangnya. Untuk mengurangkan beban rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang paling teruk terjejas dengan kenaikan harga bahan bakar dan peningkatan harga barang keperluan harian serta

perkhidmatan yang menyusul, kerajaan memperkenalkan pelbagai pakej bantuan di samping memulangkan semula sebahagian besar daripada penjimatan yang diperoleh daripada kenaikan harga itu kepada rakyat dalam bentuk subsidi lain, khususnya subsidi makanan. Inflasi: projek raksasa batal, potong gaji, lesen niaga penjaja kepada golongan miskin. 4. Cara alternatif untuk mengurangkan permintaan petrol perlu dilaksana. Selain itu, kerajaan juga melancarkan kempen berjimat cermat dalam sektor awam. Batal/tangguh projek menteri kurang bercuti di luar negara Untuk perjalanan dekat, jalan kaki dapat menyihatkan badan serta tidak membazirkan petrol. Kongsi kereta juga dapat jimatkan petrol. NGV, basikal Sistem pengangkutan awam moden seperti LRT/MRT, Bas Rapid di perluaskan. Usaha mencari tenaga alternatif seperti biojisim/biodiesel, tenaga nuklear dan hidroelektik lebih mendesak. Mengapa harga runcit minyak di Malaysia perlu diselaraskan dengan harga di pasaran antarabangsa sedangkan negara ini pengeluar minyak? Kenapa Malaysia perlu mengeksport minyak yang dikeluarkannya dan pada masa sama mengimport bahan itu pula dari negara lain? Mengapa tidak minyak keluaran negara ini ditapis dalam negeri untuk keluaran tempatan dan selebihnya dieksport? Oleh kerana kenaikan harga minyak mentah dunia juga menguntungkan Petronas, tidak bolehkah syarikat itu menyumbang lebih kepada kerajaan untuk membolehkannya terus menanggung subsidi atau Petronas memberikan subsidi secara terus kepada pengguna? Sesetengah daripada soalan itu memerlukan huraian panjang lebar dan berbentuk teknikal. Ia ada hubung kaitnya dengan pengurusan kewangan kerajaan, keperluan tenaga untuk generasi akan datang, pemeliharaan aset negara untuk menjana pertumbuhan ekonomi mampan dan sebagainya. Sebaliknya negara dan rakyat akan menanggung kerugian dalam tempoh jangka panjang apabila keadaan politik dan sosial menjadi tidak stabil, keyakinan pelabur terhakis dan ekonomi menjadi kucar kacir. OIC, OPEC Petronas :RM 20 bilion bina Putrajaya, RM8.1 bilion bina Petronas Twin

Tower. Cari gali dan pemprosesan di Afrika, Vietnam & Kemboja Punca: bekalan jatuh, China & India maju, peperangan, spekulasi Kesan: ekon gawat, sosial unrest, peperangan, bankrup
Leave a comment Posted in BAHAGIAN A: KARANGAN LARAS SOSIAL KEMASYARAKATAN, KERTAS 2 STPM

Karangan: Masalah kenaikan harga petrol & Inflasi


Posted on November 20, 2009 by goaypastpm| Leave a comment

Kenaikan harga petroleum di pasaran antarabangsa mencetuskan pelbagai spekulasi malap dan pesimistik terhadap masa depan ekonomi dunia. Harga petroleum yang melambung tinggi menyebabkan subsidi petrol di Malaysia terpaksa ditarik balik. Bincangkan rasional kerajaan menarik balik subsidi petrol serta cadangkan langkah-langkah menghadapi kesan kenaikan harga petrol yang tinggi. 1. Kenaikan harga petrol dunia yang tinggi memaksa kerajaan menarik balik pemberian subsidi petrol. Harga minyak meningkat kepada US$ 140 setong berbanding US$50 setong pada tahun 2006. RM1.10 seliter tahun 2006 naik menjadi RM2.70 seliter. Jadi, jumlah subsidi berlipat ganda mencecah RM65 bilion setahun. Kerajaan tidak mampu terus memberi subsidi. Hal ini kerana kerajaan akan bankrup. ( setakat 2007, untung Petronas RM868 bilion, RM532 bilion bayar sebagai cukai. Thn 2008 untung RM101 bilion. Serah kpd kerajaan RM67.6bilion=50% pendapatan kerajaan ) Langkah ini tidak bijak kerana orang kaya turut menikmati harga murah petrol. Ini menggalakkan mereka boros menggunakan kenderaan. Warga asing seperti rakyat Singapura juga menikmati subsidi. (salah guna subsidi) Nelayan pula jual petrol kepada rakyat Thailand untuk dapat keuntungan cepat sahaja. (Kita tidak mampu menyesuaikan diri suatu hari nanti, tidak berdaya saing, ekonomi lumpuh)

2. Subsidi yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih praktikal. Jelas kelihatan dan terbukti kini, ramai orang sudah jimat ekoran kenaikan harga petrol. Kenderaan berkurangan di jalan raya. Kesesakan lalu lintas diatasi. Pencemaran alam berkurangan. Ini bererti subsidi petrol sebelum ini mencetuskan pembaziran. Wang RM 13.7 bilion yang dijimat itu lebih baik digunakan untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih baik. Wang itu digunakan untuk pembangunan yang lebih bermakna seperti R&D dalam tenaga alternatif. Usaha mengatasi masalah kekurangan makanan dapat digiatkan. 3. Untuk membendung kesan inflasi akibat kenaikan harga petrol, bantuan kewangan diberi kapada golongan miskin. Rebat kenderaan seperti motosikal dan kenderaan kecil diberi. RM625 dan RM 150. Tol lebuh raya dikurangkan Golongan bawahan dibantu dengan subsidi yang pelbagai. Nelayan RM200/bulan Pengecualian cukai juga boleh dipertimbangkan. Majlis Ekonomi Negara memastikan daya beli golongan miskin tidak banyak terjejas. Pemantauan harga barang pasaran diketatkan. Kawalan harga barang keperluan. Jangan membenarkan peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga sewenang-wenangnya. Untuk mengurangkan beban rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang paling teruk terjejas dengan kenaikan harga bahan bakar dan peningkatan harga barang keperluan harian serta perkhidmatan yang menyusul, kerajaan memperkenalkan pelbagai pakej bantuan di samping memulangkan semula sebahagian besar daripada penjimatan yang diperoleh daripada kenaikan harga itu kepada rakyat dalam bentuk subsidi lain, khususnya subsidi makanan. Inflasi: projek raksasa batal, potong gaji, lesen niaga penjaja kepada golongan miskin. 4. Cara alternatif untuk mengurangkan permintaan petrol perlu dilaksana. Selain itu, kerajaan juga melancarkan kempen berjimat cermat dalam sektor awam. Batal/tangguh projek menteri kurang bercuti di luar negara Untuk perjalanan dekat, jalan kaki dapat menyihatkan badan serta tidak membazirkan petrol. Kongsi kereta juga dapat jimatkan petrol. NGV, basikal Sistem pengangkutan awam moden seperti LRT/MRT, Bas Rapid di

perluaskan. Usaha mencari tenaga alternatif seperti biojisim/biodiesel, tenaga nuklear dan hidroelektik lebih mendesak. Mengapa harga runcit minyak di Malaysia perlu diselaraskan dengan harga di pasaran antarabangsa sedangkan negara ini pengeluar minyak? Kenapa Malaysia perlu mengeksport minyak yang dikeluarkannya dan pada masa sama mengimport bahan itu pula dari negara lain? Mengapa tidak minyak keluaran negara ini ditapis dalam negeri untuk keluaran tempatan dan selebihnya dieksport? Oleh kerana kenaikan harga minyak mentah dunia juga menguntungkan Petronas, tidak bolehkah syarikat itu menyumbang lebih kepada kerajaan untuk membolehkannya terus menanggung subsidi atau Petronas memberikan subsidi secara terus kepada pengguna? Sesetengah daripada soalan itu memerlukan huraian panjang lebar dan berbentuk teknikal. Ia ada hubung kaitnya dengan pengurusan kewangan kerajaan, keperluan tenaga untuk generasi akan datang, pemeliharaan aset negara untuk menjana pertumbuhan ekonomi mampan dan sebagainya. Sebaliknya negara dan rakyat akan menanggung kerugian dalam tempoh jangka panjang apabila keadaan politik dan sosial menjadi tidak stabil, keyakinan pelabur terhakis dan ekonomi menjadi kucar kacir. OIC, OPEC Petronas :RM 20 bilion bina Putrajaya, RM8.1 bilion bina Petronas Twin Tower. Cari gali dan pemprosesan di Afrika, Vietnam & Kemboja Punca: bekalan jatuh, China & India maju, peperangan, spekulasi Kesan: ekon gawat, sosial unrest, peperangan, bankrup

Karangan penting: Jenayah Komersial/kolar putih


Posted on October 31, 2009 by goaypastpm| Leave a comment

Jenayah kolar putih semakin berleluasa kini. Jenayah ini dilakukan oleh golongan profesional secara halus dan sukar dikesan. Bincangkan langkah-langkah yang dapat membendung jenayah kolar putih ini. Jenayah kolar putih dilakukan oleh golongan profesional. Jenayah ini dilakukan secara halus tanpa kekerasan. Misalannya pelesapan wang, penyelewengan kuasa dan rasuah. Jenayah ini akan menjejaskan imej negara dan keselamatan sosial. Jadi, langkah-langkah segera perlu diambil. 1. Penguatkuasaan undang-undang amat penting dalam hal ini. Hukuman yang berat berkesan dalam hal ini.. Penjenayah harus dikenakan hukuman penjara yang lama. Hukuman sebat juga perlu dikenakan.(pencegahan) Harta yang dilesapkan juga hendaklah dirampas balik oleh kerajaan. Dengan ini, golongan bakal penjenayah akan berasa takut. Mereka akan memikirkan kesan buruk kegiatan mereka. Sekiranya mereka tertangkap dan sabit kesalahan, mereka akan hilang segala-galanya. (Penjara min 14 hari hingga 20 tahun. Denda min RM 10,000 atau 5 kali ganda yang mana lebih tinggi) 2. Didikan agama untuk melahirkan insan yang beriman juga penting. Agama akan mengajar kita berkelakuan baik. Agama membantu kita mengawal nafsu. Agama menjauhkan nafsu ghairah mementingkan keseronokan dan kekayaan. Sebaliknya mengajar kita hidup penuh kejujuran dan kesederhanaan. Kita juga akan takut kepada balasan di akhirat nanti. Jadi, kita tidak mudah digoda kebendaan mahupun wanita. Dengan ini, pegawai polis, imigresan dan sebagainya tidak tergamak melakukan rasuah dan sebagainya.(Pegawai-pegawai bank tidak akan melakukan jenayah melesapkan wang bank.) 3. Kawalan prosedur kerja yang ketat juga boleh membendung masalah ini. Prosedur kerja awam yang ketat dapat mengelakkan menyalahgunakan kuasa. Kuasa kelulusan tender atau lesen harus melalui pelbagai peringkat. (Isu AP import kereta) Dengan ini, tiada pegawai tinggi yang berkuasa penuh dalam sesuatu

kelulusan. Ketelusan kelulusan juga harus ada. Dengan ini, gejala rasuah dan pilih kasih dapat dihindari. Banyak kes lesapan wang bank berlaku kerana kawalan kerja yang longgar. Jadi, institusi kewangan harus mengawal ketat kakitangan bawahannya. Dengan ini pegawai bank yang mengendalikan wang yang banyak tiada peluang mencurinya 4.Kakitangan yang menjalankan siasatan dan dakwaan jenayah kolar putih juga perlu ditambah. Kita memerlukan lebih banyak pegawai Polis atau Badan Pencegah Rasuah yang profesional. Hal ini kerana jenayah ini dilakukan oleh golongan profesional. Jenayah ini sukar dikesan dan penjenayah susah disabitkan kesalahan.Goay Teck Chong Misalnya dalam jenayah perdagangan, kita memerlukan pegawai penyiasat yang tahu selok-belok perakaunan dan undang-undang perdagangan. Bilangan pegawai Polis dan BPR yang ramai juga dapat mempercepatkan siasatan kes dan dakwaan. Akta Pencegahan Rasuah 2005 yang memberi kuasa lebih kepada BPR juga penting. Tindakan BPR yang lebih bebas membolehkan tindakan segera diambil. 5.Kempen kesedaran juga penting dalam hal ini. Kempen ini boleh dijalankan di peringkat sekolah mahupun kebangsaan. Misalnya seruan PM kita tentang kesan buruk politik wang penting. Melaluinya orang ramai didedahkan tentang betapa bahayanya jenayah ini. Dengan ini, orang ramai sedar bahawa akhirnya kita sendiri akan menjadi mangsa. Orang ramai juga akan lebih prihatin terhadapnya. Dengan ini orang ramai lebih bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membendung gejala ini. Pemimpin India yang terkenal, Mahatma Ghandi pernah berkata: Dunia ini cukup untuk semua orang kecuali mereka yang tamak haloba. Tempat yang terbaik untuk golongan ini ialah di penjara. Jadi sama-samalah kita menjauhi gejala buruk ini.

Punca-punca: 1 Kelonggaran undang-undang. 2. Kekurangan keimanan 3. Kelonggaran prosedur kerja. 4. Penghasut dan penyogok. 5. Budaya tradisi kaum tertentu 6. Kuasa eksekutif tanpa sekatan. Contoh kes curi wang ATM lesap wang bank pegawai imigresen minta layanan seks polis menerima rasuah beri kontrak kepada syarikat sendiri 1991 2 Rasuah adalah satu amalan yang amat mudah merebak dalam sistem hidup masyarakat hingga boleh meruntuhkan struktur masyarakat itu sendiri. Cara rasuah merebak seumpama kanser yang membunuh setiap tisu anggota secara senyap dan akhirnya membunuh pesakit berkenaan. Bincangkan sebab-sebab berlakunya amalan rasuah dan kesannya terhadap masyarakat. 1999 2 Menurut sebuah majalah tempatan, jumlah jenayah komersil di Malaysia pada tahun 1997 telah meningkat kepada 7137 kes berbanding 4807 kes pada tahun 1996. Nilai yang terbabit dalam kes-kes pada tahun 1997 meningkat sebanyak 134 peratus kepada RM556 juta berbanding RM238 juta pada tahun sebelumnya. Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan sebab-sebab jenayah berkenaan semakin berleluasa dan implikasinya kepada negara. BM 2008 2. Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang telah berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah gejala rasuah perlu dibendung?
Leave a comment

Sidang Kemuncak ASEAN, Thailand 2009


Posted on October 25, 2009 by goaypastpm| Leave a comment

Komuniti Asean berorientasi rakyat menjelang 2015 cha-An, Thailand ASEAN perlu menjadi sebuah pertubuhan serantau yang berorientasikan rakyat dan pelaksanaan jika ia mahu cita-cita mewujudkan Komuniti Asean menjelang 2015 menjadi kenyataan. Perdana Menteri Thailand yang juga Pengerusi Asean, Abhisit Vejjajiva, ketika merasmikan Sidang Kemuncak Asean Ke-15 dan sidang kemuncak berkaitan di sini, semalam, berkata bagi melahirkan Komuniti Asean iaitu berlandaskan komuniti pelaksanaan, komuniti berhubung kait dan komuniti untuk rakyat, semua negara anggota secara bersama perlu menggariskan wawasan dan matlamat yang jelas ke arah 2015 dan selanjutnya. Dengan mengambil kira cabaran dan perubahan yang berlaku di rantau ini dan sekitar, kita (ketua negara dan kerajaan Asean) perlu berusaha keras dengan semangat kerjasama dan kesatuan menjadikan Komuniti Asean satu realiti. Sebagai komuniti pelaksanaan, Asean mesti bersepakat menghadapi dan menentang sebarang bentuk ancaman terhadap rantau kita atau rakyat kita sama ada dari dalam dan luar negara. Kita tidak ada banyak masa, jadi untuk menghadapinya kita mesti memperkukuhkan struktur institusi, supaya sesuatu keputusan membabitkan kepentingan bersama dapat dibuat cepat dan serentak, katanya. Sidang Kemuncak Asean Ke-15 dan semua sidang kemuncak berkaitan termasuk Asean+1, Asean+3, Sidang Asia Timur dirasmikan serentak di Hotel Dusit Thani di sini, tanpa sebarang gangguan keselamatan selepas kumpulan baju merah yang pro bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, malam kelmarin memutuskan tidak akan mengadakan tunjuk perasaan atau menghalang perjalanan persidangan itu. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, tiba malam tadi. Abhisit berkata, beliau mengimpikan, sebagai komuniti yang berhubung kait, Asean akan menjadi rantau di mana barang dan manusia, termasuk

pelaburan boleh bergerak melepasi sempadan negara tanpa banyak halangan, selain hubungan darat, udara dan laut. Sebagai komuniti untuk rakyat, Asean akan menggalakkan capaian secara saksama bagi peluang pembangunan sumber manusia, selain kebebasan dan hak asasi manusia. Asean ditubuhkan untuk meningkatkan kehidupan rakyat, jadi marilah kita sama-sama bekerja ke arah itu. Sama ada Asean relevan atau tidak pada masa depan akan ditentukan berdasarkan keupayaan kita menyelesaikan semua masalah rakyat, dengan mempersiapkan mereka menghadapi dunia yang semakin mencabar. Asean mestilah menjadi simbol harapan dan nilai rakyat kita, katanya. Isu-isu libatkan Malaysia: HUA HIN (Thailand): Sepuluh negara anggota Asean menyambung kembali rundingan tahunan dengan empat rakan dialog utamanya di sini hari ini, dengan memberi tumpuan kepada pelbagai mekanisma untuk meningkatkan hubungan, meningkatkan perdagangan serantau dan kerjasama kewangan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyertai rakan sejawatannya dari lain-lain negara Asean untuk Retreat Pemimpin Asean di Hotel Dusit Thani. Najib juga dijangka mengadakan perbincangan dua hala dengan Perdana Menteri Jepun yang baru Yukio Hatoyama dan Presiden Bank Pembangunan Asia Haruhiko Kuroda. Perdana Menteri Thailand yang juga tuan rumah Sidang Kemuncak Asean ke-15 Abhisit Vejjajiva mengetuai lain-lain pemimpin Asean pada Sidang Kemuncak ke-12 Asean China, untuk berbincang dengan Perdana Menteri China Wen Jiabao. Menurut para pegawai yang berkaitan, fokus mesyuarat dengan negara yang memiliki pembangunan ekonomi terpantas dunia dan rakan dagang yang penting itu, bertumpu kepada penubuhan Dana Asean-China Untuk Kerjasama Pelaburan, dan Kredit Komersial; di mana China bersetuju untuk memberi sumbangan US$10 bilion (US$1 = RM3.38) dan US$15 bilion masing-masing kepada inisiatif itu.

Pemimpin itu juga akan menandatangani tiga Memorandum Persefahaman mengenai penubuhan Pusat Asean-China, MoU mengenai Pengukuhan Kerjasama dalam bidang Standard, Peraturan Teknikal dan Penilaian Penyesuaian, serta MoU mengenai Kerjasama Bidang Harta Intelek. Pemimpin-pemimpin Asean itu kemudiannya akan berpeluang menemui Yukio yang menghadiri Sidang Kemuncak Asean-Jepun buat pertama kali, di mana beliau dijangka memberi penerangan lebih lanjut mengenai rancangannya kepada negara-negara di Asia Timur untuk menubuhkan Komuniti Asia Timur. Mesyuarat dengan Korea Selatan dijangka akan menyentuh mengenai kerjasama sserantau, antara lain berhubung inisiatif Low Carbon Green Growth. Sidang Kemuncak ke-tujuh Asia-India pula berlangsung dua bulan selepas kedua-dua pihak menandatangani Perjanjian Barang-barang Dagangan, yang membawa kepada semakan semula sasaran perdagangan dua hala kepada US$70 bilion pada tahun 2011.
Leave a comment Posted in KENEGARAAN: PERTUBUHAN ANTARABANGSA, kERTAS 1 STPM

Keputusan Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan, 3-11-2009


Posted on October 25, 2009 by goaypastpm| Leave a comment

Tna Sri Mohd Isa: ADUN baru Bagan Pinang, Negeri Sembilan 2009

Keputusan Penuh: Majoriti: 5,435 undi Pemenang: Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad, 60 (BN) 2 calon bertanding: Nama Parti Bil Undi Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad, 60 BN 8,013 Zulkefly Mohamad Omar, 45 Pas 2,578 Shahruddin Abd Hamid, 52 Calon Bebas tidak bertanding; gagal kemuka kertas pencalonan INFO KAWASAN Terletak di dalam Parlimen Telok Kemang. Jumlah Pengundi: 13,664 (Pemilih biasa 9,060 dan 4,604 pemilih pos) Pemilih Melayu: 8,577 (62.77 peratus), India (2,834/20.74 peratus), Cina, (755/5.54 peratus). Keputusan Pilhanraya Umum Ke-12 (2008) N31 BAGAN PINANG (14,192) Melayu: 64% Cina: 10.8% India: 20.4% Lain: 4.9% 1. Azman Mohd Nor (BN): 6,430 2. Ramli Ismail (Pas): 4,097 Majoriti: 2,333 Undi Rosak: 384 Jumlah undi: 10,143 Peratus Mengundi: 81.59 2004 - Mohd Faizal Ramli (BN) 5,967 undi - Hassan Alias (Pas) 1,556 undi - Majoriti 4,411 undi
Leave a comment Posted in KENEGARAAN: DEWAN UNDANGAN NEGERI, kERTAS 1 STPM

Ketua Audit Negara/Juruaudit Negara


Posted on October 24, 2009 by goaypastpm| Leave a comment

-Ketua Audit Negara dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan MRR. -Ketua Audit Negara seperti para Hakim, Pengerusi Suruhanjaya dan Peguam Negara boleh dipecat oleh YDPA melalui satu Tribunal Diraja. -Tugas utama adalah mengaudit perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. - Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan di Parlimen. - Sebarang kelemahan atau penyelewengan didedahkan dan tindakan selanjutnya akan diambil oleh badan eksekutif Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(MACC). PUTRAJAYA, 22 Okt 2009 Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau kecewa dengan perbelanjaan melampau dan penyelewengan seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan berjanji akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bersalah. Apa yang penting daripada laporan itu ialah sama ada kita akan bertindak atau tidak. Mereka yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan, kata Perdana Menteri ketika menjawab soalan pada taklimat media mengenai bajet di Kementerian Kewangan. Najib berkata sebagai sebahagian daripada amalan kerajaan yang baik, kerajaan perlu memberi penghargaan kepada mereka yang menunjukkan prestasi baik tetapi bertindak terhadap mereka yang melakukan kesalahan. Katanya beliau yakin keadaan akan menjadi lebih baik dengan adanya Petunjuk Prestasi Utama dan Bidang Keberhasilan Utama yang diumumkan awal tahun ini untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan. Baru-baru ini, Najib melantik bekas pengarah urusan Penerbangan Malaysia Datuk Seri Idris Jala sebagai menteri yang mengetuai sebuah unit memantau Petunjuk Prestasi Utama.

Leave a comment Posted in KENEGARAAN: ISU SEMASA, KENEGARAAN: KERAJAAN PERSEKUTUAN, KENEGARAAN: PARLIMEN, kERTAS 1 STPM

Pembentangan Bajet 2010 oleh YAB PM di Parlimen


Posted on October 24, 2009 by goaypastpm| Leave a comment

Bajet 2010 Batu Loncatan Ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi Najib KUALA LUMPUR, 23 Okt 2009 Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat membentangkan Bajet 2010 berjumlah RM191.5 bilion yang mengandungi tiga strategi utama iaitu untuk memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan, dan mengutamakan kesejahteraan rakyat. Najib dalam bajet sulungnya sebagai Perdana Menteri yang bertemakan 1Malaysia, Kemakmuran Bersama memperuntukkan RM138.3 bilion atau 72.2 peratus untuk perbelanjaan mengurus dan RM53.2 bilion atau 27.8 peratus untuk perbelanjaan pembangunan. Peruntukan belanjawan 2010 ini merupakan pengurangan sebanyak 11.2 peratus berbanding dengan jumlah peruntukan belanjawan 2009 sebanyak RM215.7 bilion, katanya ketika membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat. Najib berkata dalam strategi bagi memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, kerajaan akan menggalakkan pelaburan swasta, mempergiat penyelidikan pembangunan dan pengkomersilan, memanfaatkan sepenuhnya bidang khusus, memajukan sektor pertanian, menggalakkan industri pembinaan, memperkasa industri kecil dan sederhana, membangunkan teknologi hijau dan menggalakkan industri kreatif. Bagi strategi kedua iaitu memastikan pembangunan holistik dan mapan, kerajaan akan meningkatkan modal insan berkemahiran tinggi, memantapkan sistem perbankan dan kewangan, memerangi rasuah, pembangunan wilayah koridor, dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan kerajaan.

Katanya dalam strategi ketiga pula, kerajaan akan berusaha mencegah jenayah, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat, memperkasa prasarana luar bandar serta pedalaman, dan menambahbaik pengangkutan awam. Menurutnya dalam langkah pertama ke arah meningkatkan pelaburan swasta, kerajaan akan menyediakan persekitaran mesra pelanggan, meningkatkan pelaburan swasta, pelaksanaan inisiatif penswastaan, meningkatkan inisiatif projek awam-swasta dan mempergiatkan kemasukan pelaburan asing. Bagi memanfaatkan sepenuhnya pembangunan bidang khusus pula, kerajaan akan merancakkan industri pelancongan, memantapkan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan mempergiatkan industri halal, tambahnya. Juga di bawah strategi memacu ekonomi berpendapatan tinggi, Najib berkata kerajaan akan memajukan sektor pertanian, menggalakkan industri pembinaan, memperkasa perusahaan kecil dan sederhana, pembangunan industri hijau yakni menggalakkan pembangunan bangunan hijau, dan menggalakkan industri kreatif. Perdana Menteri berkata bagi mencapai strategi kedua iaitu pembangunan holistik dan mapan, langkah pertama membabitkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi yang akan ditingkatkan manakala akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan akan diperluaskan. Seterusnya, kata Najib, kerajaan akan menjaga kebajikan golongan pelajar, menggilap kemahiran tenaga kerja, mempergiatkan program Permata, dan memperkasa institusi pengajian tinggi awam. Bagi langkah kedua strategi itu , kerajaan juga akan memantapkan sistem perbankan dan kewangan dengan cara mencergaskan pasaran saham, memajukan lagi sistem kewangan Islam, memperluaskan program mikro kredit Ar Rahnu. Najib berkata di bawah peruntukan mengurus, sejumlah RM42.2 bilion adalah bagi emolumen dan RM20.8 bilion bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Sebanyak RM73.9 bilion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap manakala sejumlah RM524 juta disediakan bagi pembelian aset dan baki RM800 juta untuk perbelanjaan lain.

Bagi peruntukan pembangunan pula, sebanyak RM25.4 bilion disediakan bagi menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar. Perdana Menteri berkata sejumlah RM20.3 bilion diperuntukkan untuk sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. Sebanyak RM3.7 bilion diperuntukkan untuk pembangunan sektor keselamatan, RM1.8 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka. (133) Najib berkata kutipan hasil kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010 dijangka berkurangan 8.4 peratus kepada RM148.4 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2009. Bagaimanapun, katanya defisit kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010 dijangka lebih baik pada paras 5.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 7.4 peratus pada tahun 2009. Perdana Menteri berkata walaupun bajet 2010 merupakan bajet terakhir bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), ia amat penting sebagai asas pembentukan model ekonomi baru dan pembuka tirai kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Najib berkata sejak menerajui kerajaan kira-kira enam bulan lepas, beliau telah mengambil langkah-langkah bagi merangsangkan ekonomi negara demi menjamin kesejahteraan rakyat. Merujuk kepada Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, beliau berkata ia adalah berteraskan nilai-nilai murni berpaksikan keadilan sosial, prinsip penerimaan dan meraikan kemajmukan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Maksudnya, dalam apa jua yang dilakukan, kita perlu sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan negara. Oleh itu setiap langkah diambil memerlukan pengorbanan dan kerjasama padu daripada semua lapisan masyarakat, katanya. Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengambil pendekatan baru berpaksikan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi bagi melonjakkan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Langkah ini akan meningkatkan pendapatan per kapita rakyat lebih dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang, katanya. Pada penghujung ucapannya yang mengambil masa lebih dua jam, Najib menggesa seluruh rakyat supaya bersama-sama dalam usaha membentuk satu cita untuk Malaysia tercinta. Bersama api semangat Bagan Pinang yang masih bergejolak dan membakar sukma, bersama harapan yang marak lagi menyala, marilah kita membuat satu transformasi besar-besaran seraya menjulang Malaysia tercinta ini ke persadanya, katanya merujuk kepada kemenangan besar Barisan Nasional pada pilihan raya kecil kerusi negeri Bagan Pinang 11 Okt lepas. Sesungguhnya, inilah bajet yang menelusuri keperluan dan meresapi denyut nadi rakyat. Sesungguhnya inilah satu persembahan yang tulus dan ikhlas daripada kerajaan yang menjiwai rakyat. Bulatkanlah tekad, tetapkanlah hasrat, menjunjung gagasan 1Malaysia, segala yang mustahil kan pasti menjadi nyata. 1Malaysia, Kemakmuran Bersama, kata beliau mengakhiri ucapan disambut gemuruh tepukan meja oleh penyokong-penyokong kerajaan di dalam dewan. Penerangan: - Parlimen yang berkuasa meluluskan bajet yang dibentang oleh Menteri Kewangan. - Kelulusan bajet 2010 mesti melalui Bacaan Pertama, Kelulusan Bacaan Kedua dan Kelulusan Bacaan Ketiga Dewan Rakyat. - Dewan Negara tidak ada kuasa menyekat rang undang-undang kewangan. Jadi, Dewan Negara hanya boleh menangguh kelulusan bajet 2010 selama tidak lebih daripada 30 hari. - Bajet itu dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan Persekutuan. - Juruaudit Negara akan mengaudit perbelanjaan bajet itu.
Leave a comment Posted in KENEGARAAN: KERAJAAN PERSEKUTUAN, KENEGARAAN: PARLIMEN, kERTAS 1 STPM

Karangan Penting: Modal Insan


Posted on October 16, 2009 by goaypastpm| Leave a comment

Usaha membangunkan modal insan berkualiti akan digiatkan. Pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan, dan juga pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Bincangkan persediaan awal yang perlu dilaksanakan untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama. Pendahuluan: Pendek. 1 atau 2 ayat cukup. 1. Rakyat perlu meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan. Jadi, peluang pendidikan dan latihan berkualiti di semua peringkat mestilah meluas. Peluang pendidikan di peringkat tertiari seperti IPTA & IPTS mesti mencukupi. Kemudahan latihan kemahiran ditawarkan dengan meluas. dengan membina beberapa Kolej Komuniti, Pusat Giat MARA dan Pusat Teknologi Lanjutan.ILBN, JMTI Pendidikan dan latihan guru yang baik perlu untuk melahirkan guru-guru berkualiti, mahir, bertanggungjawab dan bangga menjadi pendidik. Maka kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan. Dengan ini, barulah modal insan dapat dilahirkan. 2. . Institusi pengajian tinggi kita juga mesti bertaraf antarabangsa Institusi pengajian tinggi tempatan harus mencapai piawaian antarabangsa. Kualiti ahli akademik mesti merangkumi ketokohan, kepakaran dan komitmen Sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jumlah tenaga akademik perlu memiliki ijazah Doktor Falsafah menjelang tahun 2010. Bagi memperkukuh keupayaan penyelidikan di universiti tempatan, jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka antarabangsa dan juga swasta penting. Kursus-kursus yang ditawarkan juga perlu sejajar dengan keperluan

semasa sumber manusia. Maka, modal insan berminda kelas pertama dapat dilahirkan. 3. Keupayaan R&D, Sains dan Inovasi perlu dimajukan Perbelanjaan cukup untuk aktiviti R&D diperuntukkan. Tabung Sains dan Tabung Tekno penting bagi mempermudahkan akses kepada sumber kewangan. Penyelidikan asas bagi maksud memperkembang dan mendalami ilmu akan digalakkan. Pengkomersialan penemuan R&D juga penting. Universiti juga harus mengeluarkan lebih ramai penyelidik, saintis dan jurutera (RSE). Program Brain Gain, program untuk melibatkan atau menarik ke Malaysia para penyelidik, saintis dan jurutera yang cemerlang, termasuk warganegara Malaysia di luar negara dilancarkan. 4. Masyarakat Berbudaya dan Memiliki Kekuatan Moral mesti wujud. Masyarakat berminda kelas pertama adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Rakyat harus menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya. Industri budaya dan kesenian negara harus dikembangkan. Identiti nasionalnya perlu kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan negara senantiasa dijunjung. Semangat Islam Hadhari yang menekankan kepada pegangan prinsipprinsip berasaskan nilai-nilai universal yang luhur mesti diterapkan. Kesimpulan: pendek. 1 atau 2 ayat cukup. Soalan Past Year yang ada kaitan.

1997 1. Maruah dan martabat sesuatu bangsa itu tidak hanya terletak pada kemantapan bahasanya semata-mata. Masih terdapat faktor-faktor lain yang juga boleh menentukan maruah dan martabat sesuatu bangsa itu. Berikan pendapat anda tentang penyataan di atas. 1999.1 Penubuhan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta(IPTS) bertujuan untuk menambahkan dan melengkapkan peranan Institusi Pendidikan Tinggi Awam(IPTA). Bincangkan peranan IPTS dalam konteks yang tersebut dan masalahmasalah yang mungkin timbul daripadanya.

Karangan ramalan P. Am STPM: seni budaya & kraftangan


Posted on September 15, 2009 by goaypastpm| Leave a comment

Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut.

Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Banyak faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut.

1. Proses globalisasi menyebabkan kegiatan seni budaya tradisional semakin lesu.


Akibat globalisasi, kita terdedah kepada perkembangan budaya asing secara meluas. Semua orang dapat mengikuti perkembangan seni budaya dunia terkini melalui internet/facebook, blog dsn. Seni atau budaya asing yang baru biasanya lebih menarik minat orang ramai. Misalnya generasi muda mahukan breakdance, hip-hop, popping, tempo muzik yang lebih rancak dsn. Masakan tradisional diganti dengan makanan segera dari barat

Akibatnya tarian seni budaya tradisional seperti Wayang kulit, makyung, ghazal, tarian kipas, tarian kepang dsn semakin dilupakan.

2. Kemajuan teknologi maklumat juga merupakan puncanya.


Kini permainan teknologi maklumat lebih memikat. Misalnya PSP, Wii dan sebagainya. Misalnya permainan badminton dapat dijalankan melalui Wii dengan seorang diri sebagai pemain. Pelbagai program permainan dapat didownload daripada internet. Pelbagai permainan dalam I-phone.Wi-Fi, 3G memberi kesan audio visual lebih memikat. Sebaliknya congkak dikatakan membosankan dan tidak mencabar. Begitu juga dengan wau dan gasing yang memakan masa menyediakannya dan memerlukan kemahiran dan kumpulan rakan. Misalnya kanak-kanak bandar tidak tahu meligat gasing.

3.Sikap masyarakat yang dingin juga menjejaskan budaya tradisional kita.


Kehidupan kita semakin sibuk. Selepas bekerja, rakyat tiada masa terluang untuk aktiviti seni tradisional yang perlukan kemahiran. Usaha menghasilkan tenunan kain songket, lukisan batik dan kraftangan yang lain memakan masa. Aktiviti permainan gasing dan wau mengambil masa panjang, dari mencari bahan mentah dan menghasilkannya. Tegasnya, hiburan tradisional tidak serasi dengan hidup sibuk kini. Yang lebih banyak ialah pusat yoga, pusat tarian moden, jimnasium bina badan dan persolekan muka serta melansingkan badan.

4. Kekurangan pusat latihan turut menyebabkan masalah ini.

Tanpa latihan khusus, bakat yang berpotensi tidak dapat diasah. Mereka yang berminat juga sukar mendapat peluang. Dengan itu, kita sukar melahirkan pengarah dan pelakon yang baik. Pusat perkembangan seni budaya tradisional amat terhad. Pusat sedemikian tidak menguntungkan jika tanpa tajaan kerajaan. Akibatnya ramai rakyat yang berminat tidak dapat latihan. Para pengamal seni tidak dapat menyampaikan ilmu ini kepada generasi muda. Seni tradisional juga kurang diperkenalkan di media massa. Maka pendedahan kegiatan seni budaya tradisional sangat kurang.

Kesimpulan:

Pelbagai langkah perlu untuk mengembangkan budaya bangsa kita.

Maklumat tambahan: Langkah-langkah majukan seni budaya tradisional Festival Kuala Lumpur:

Hasrat kita membentuk bangsa yang bukan sahaja maju secara fizikal, tetapi pada masa yang sama tinggi nilai budaya dan keseniannya, maka sudah tentu pembangunan ekonomi negara perlu dilengkapi dengan keupayaan warganya menjulang kecemerlangan melalui pupukan seni budaya. Kepelbagaian seni budaya dan warisan negara, dan manifestasi usaha tersebut dalam satu acara besar berbentuk Festival ini amat sesuai sekali. Menjadi landasan penting untuk mengenengahkan keindahan dan unsur-unsur kebudayaan, kesenian dan warisan pelbagai kaum di Malaysia, sama ada untuk tatapan masyarakat tempatan mahupun masyarakat antarabangsa. Untuk mempamerkan kecemerlangan kreativiti dan warisan bangsa. ketengahkan sebagai bandaraya moden dan progresif, namun tetap kaya dengan nilai-nilai kebudayaan, kesenian dan ketamadunan. Kuala Lumpur is a city with a soul. Malaysia ini sudahpun terkenal dengan keistimewaannya dari segi kekayaan budaya dan warisan serta kesenian, hasil dari kewujudan

masyarakat berbilang kaum yang hidup bersama dalam keadaan harmoni. Let it be known that Kuala Lumpur is so much more than just a shopping destination or a place where business is done. Let it be known that Kuala Lumpur is also the place where you can find the finer things in life; a center of arts and culture that stimulates the mind and invigorates the spirit.

Kuala Lumpur Sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa

Dasar menjadikan Kuala Lumpur Sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa bertujuan untuk memartabatkan identiti dan imej Kuala Lumpur sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa melalui program kebudayaan dan kesenian antarabangsa seperti persembahan tarian, muzik, lukisan, kraftangan, lakonan, teater, puisi, perfileman, pameran, persidangan, forum, simposium dan festival.

Skim Bantuan Kebudayaan

Skim Bantuan Kebudayaan khusus bagi membantu kepada Badan Bukan Kerajaan untuk melaksanakan aktiviti seni budaya. Bantuan yang diperolehi akan dapat meningkatkan lagi kemahiran, kemampuan dan kecekapan badan bukan kerajaan di dalam bidang masing-masing.

Kemajuan Pementasan Seni

Istana Budaya telah berjaya mementaskan 16 produksi tempatan dan 6 produksi antarabangsa dengan jumlah penonton seramai 64,722 orang. Muzikal Puteri Hang Li Po telah berjaya menarik khalayak pelbagai kaum.

Merakyatkan Seni Laman Seni Kuala Lumpur


Program ini telah diadakan diperkarangan BSLN dan Istana Budaya setiap hari Sabtu pertama setiap bulan. Beberapa aktiviti sokongan seperti persembahan kebudayaan tradisional dan moden, senam seni, pertandingan nyanyian, demonstrasi seni tampak, permainan tradisional dan sebagainya diadakan bagi menggalakkan orang ramai mengunjungi program ini.

Pembangunan Kraf i. Penyelidikan dan Pembangunan


Rekaan produk kraf baru telah dihasilkan yang meliputi bidang batik, tenunan, tekatan, seramik, hasil rimba dan logam. Kajian teknologi dan kajian bahan telah dihasilkan. Pusat Inovasi Seramik telah diwujudkan untuk dimanfaatkan oleh pengusaha seramik.

ii. Pembangunan Usahawan Kraf

Satu Daerah Satu Industri telah dibangunkan dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk. Kraftangan Malaysia juga melaksanakan projek pentahapan usahawan kraf, projek pentahapan usahawan muda dan projek perantisan kraf warisan.

iii. Galakan Dagangan


Promosi diadakan di peringkat domestik dan peringkat antarabangsa. Nilai jualan bagi promosi domestik adalah sebanyak RM4.4 juta manakala promosi antarabangsa dapat menjana sebanyak RM8.3 juta. Hari Kraf Kebangsaan diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

iv. Latihan Kemahiran Kraf

Pembangunan tenaga mahir melalui Institut Kraf Negara telah melatih pelajar di peringkat sijil dan di peringkat diploma. Bidang kraf yang ditawarkan ialah batik, tenunan,kayu, rotan, seramik dan logam.

v. Pemuliharaan Kraf

Bagi mengekalkan seni kraf warisan negara, aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan dilaksanakan. Kraftangan Malaysia mengadakan pameran bertema di Muzium Kraf dan aktiviti pendidikan kraf serta menerbitkan buku kraf iaitu Buku Seramik Tradisional Malaysia dan Buku Seni Gerus.

Dasar Perfileman Negara i. Kemudahan Dana Perfileman dan Skim Kemudahan Produksi

Sebanyak RM1.135 juta berbentuk pinjaman telah diluluskan kepada 5 filem cereka. 3 buah filem pula telah mendapat bantuan daripada kemudahan dana perfileman, iaitu sebanyak RM12 juta.

ii. Pembangunan modal insan

Sebanyak 17 buah bengkel telah diadakan dengan 268 orang peserta.

Anugerah Seni Negara

Anugerah Seni Negara ialah pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni, karyawan dan seniman yang telah menyumbang dan memperlihatkan ketokohan yang cemerlang dalam pembangunan seni tanah air. Anugerah Seniman Negara, Anugerah Karyawan Seni dan Anugerah Pendukung Seni.

Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni (SLPPS)

Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni (SLPPS) diwujudkan khusus bagi penggiat seni, budayawan dan karyawan bagi mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kepakaran dalam bidang seni, budaya dan warisan di dalam dan di luar negara. memberi penajaan kepada penggiat seni individu, syarikat swasta dan persatuan.

STPM 1993 1 Kualiti, pengayaan, dan nilai keindahan karya sastera dan seni dalam sesebuah masyarakat hari ini hanya dapat dipupuk dan ditingkatkan melalui usaha-usaha mengadakan sayembara dan anugerah yang tertentu. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?

STPM 1996 2. Muzium merupakan gedung menyimpan dan mempamerkan bahanbahan yang mempunyai nilai sejarah, seni, dan sains. Bincangkan peranan muzium dalam konteks pembangunan sesebuah negara dan masyarakat.

1997 3. Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, ini bukan bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan. Jelaskan penyataan ini. STPM BM 1 Kesenian tradisional seperti permainan wau, makyung, dan ghazal semakin dilupakan oleh genarasi muda. Usaha untuk memelihara kesenian tersebut perlu dilakukan agar kesenian itu tidak pupus ditelan zaman. Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menarik minat generasi muda terhadap kesenian tersebut. 2. Kini, kita dapati sambutan masyarakat terhadap kegiatan seni teater masih belum memuaskan. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi wujudnya keadaan yang sedemikian.

DASAR 1MURID 1SUKAN


Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk: 1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. 2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut: 1. Meningkatkan kecergasan jasmani. 2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni. 3. Memupuk perpaduan di antara kaum. 4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid. 5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. 6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. 7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Konsep Dasar 1 M 1S diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat: 1. Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. 2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. 3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut: 1. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. 2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;. 3. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S. 4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan. 5. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid. 6. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah. 7. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan

hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut: 1. Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. 2. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. 3. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S. Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan: 1. Kehadiran; 2. Jawatan Serta Sumbangan; 3. Penglibatan; dan 4. Pencapaian. Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa untuk murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA Sumber: Kementerian Pelajaran

You might also like