You are on page 1of 14

1.

0 STATISTIK

Statistik ialah satu kaedah saintifik untuk mengumpul, menyusun, meringkas, mempersembah dan menganalisis serta membuat kesimpulan, rumusan dan keputusan berdasarkan hasil penganalisian data tersebut. Dengan itu, statistic merupakan suatu kaedah matematik yang boleh membantu meyelesaikan masalah-masalah harian dan membuat keputusan sama ada dalam pentadbiran, pemasaran, perubatan,

kejuruteraan, sains sosial atau bidang-bidang yang lain.

JENIS-JENIS STATISTIK

Teknik-teknik statistik boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu statistik perihalan (atau huraian) dan statistic invensi (atau induksi): a. Statistik Perihalan Bagi statistik perihalan, data-data dikumpul, disusun, diringkas, dan

dibentangkan dalam bentuk yang mudah difahami dan sesuai digunakan. Pelbagai carta, graf dan jadual digunakan untuk mempesembahkan maklumat yang telah diperolehi itu.

b. Statistik Inferensi Statistik infensi adalah kaedah yang melibatkan membuat rumusan atau kenyataan ke atas populasi berasaskan maklumat yang telah didapati daripada sampel. Statistik inferensi juga menentukan sejauh mana keputusan itu boleh diterima. Ini bermakna statistic inferensi bergantung kepada teori

kebarangkalian.

KECENDERUNGAN MEMUSAT Ukuran Kecenderungan Memusat Satu jenis pengukuran yang digunakan untuk memerihalkan set data adalah ukuran kecenderungan memusat. Pengukuran kecenderungan memusat menghasilkan maklumat berkaitan dengan titik tengah pada satu kumpulan nombor.

Sukatan kecenderungan memusat adalah suatu nilai pusat yang dapat mewakil keseluruhan nilai-nilai dan data. Dengan mengetahui nilai-nilai pusat sesuatu data, kita akan dapat gambaran yang lebih baik tentang ciri-ciri populasi yang dimaksudkan. Terdapat tiga jenis sukatan kecenderungan memusat yang selalu digunakan iaitu min, mod dan media.

1. MIN Min adalah purata suatu kumpulan data. Jika kita dapat mengumpul data daripada keseluruhan populasi , kita dapat mengira min populasi, .

Walaubagaimanapun, dalam banyak keadaan kita tidak mungkin dapat mengumpul data daripada seluruh populasi disebabkan oleh faktor masa, kos dan tenaga kerja. Jadi, sebagai alternative kita hanya mengumpul data menggunakan sampel. Dengan menggunakan min sampel, kia dapat menggangar min populasi. Jika dinamakan data-data yang dikumpul sebagai i, ii, ..n , maka data

tersebut ialah :

contoh 1: kira min untuk data-data berikut: 4, 5, 8, 10, 13 penyelesaian:

Min aritmatik adalah susunan sinonim dengan purata kumpulan nombor dan ia dikira dengan menjumlahkan semua nombor dan membahagikannya dengan bilangan nombor tersebut. Disebabkan min aritmatik digunakan dengan meluas, kebanyakan ahli statistik hanya menggunakan istilah min sahaja. Min populasi ditandakan dengan huruf Greek mu (). Min sampel pula

ditandakan dengan huruf Roman ( X ). Formula bagi mengira min bagi populasi dan min sampel adalah sebagaimana berikut:

Min populasi:

X X1 X 2 X 3 .......... . X N
N N

Min sampel:

X X1 X 2 X 3 .......... . X n
n n

Huruf Greek sigma () biasanya digunakan oleh ahli matematik untuk menunjukkan jumlah semua nombor-nombor didalam kumpulan data. Disamping itu, N adalah bilangan nombor didalam populasi dan n adalah bilangan nombor didalam sampel. Algorithma untuk mengira min adalah dengan menjumlahkan nombor-nombor didalam populasi atau sampel dan kemudiannya membahagikannya dengan bilangan populasi atau sampel. Secara amnya, definasi min adalah:

Xi
i 1

Walau bagaimanapun, untuk tujuan kursus ini

X Menandakan

Xi
i 1

Min adalah sesuai digunakan untuk menganalisis data sekurang-kurangnya data bertaraf interval didalam pengukuran.

Contoh 1.1: Katakan syarikat mempunyai lima jabatan dengan bilangan pekerja 24, 13, 19, 26 dan 11 masing-masingnya. Min populasi adalah:

X = 24 + 13 + 19 +26 + 11
= 93

X 93 18.6
N 5

2. MEDIAN Median ialah titik tengah sesuatu kumpulan nombor yang disusun secara menaik. Dengan kata lain, median ialah suatu nilai dengan separuh daripada data yang mempunyai nilai kurang daripadanya manakala separuh yang lain mempunyai nilai yang melebihnya. Jika bilangan data tersebut adalah ganjil, median ialah nombor yang ditengah. Jika bilangan data adalah genap, median ialah purata dua nombor yang terletak ditengah-tengah. median. Langkah berikut adalah digunakan untuk menentukan

LANGKAH 1: Susun data didalam susunan menaik. LANGKAH 2: Jika bilangan data adalah ganjil, carikan sebutan ditengah-tengah didalam susunan tersebut. Ia adalah median. LANGKAH 3:Jika bilangan data adalah genap, kirakan purata dua angka ditengahtengah susunan tersebut. Purata ini adalah median.

Katakan ahli statistik hendak mencari median bagi kumpulan data berikut: 15 11 14 3 21 17 22 16 19 16 5 7 19 8 9 20 4

Susun nombor didalam sebutan menaik: 3 4 5 7 8 9 11 14 15 16 16 17 19 19 20 21 22

Terdapat 17 sebutan (bilangan ganjil), oleh itu median terletak ditengah-tengah susunan tersebut, iaitu 15. Jika nombor 22 dikeluarkan daripada senarai, terdapat hanya 16 sebutan (bilangan genap): 3 4 5 7 8 9 11 14 15 16 16 17 19 19 20 21

Sekarang kita mempunyai bilangan sebutan genap, median ditentukan dengan mengira purata dua nombor yang terletak ditengah-tengah susunan tersebut, 14 dan

15. Ini menghasilkan nilai median iaitu 14.5. Satu cara lain untuk menentukan median ialah mencari sebutan
n 1 2

didalam susunan yang menaik. Sebagai contoh, jika set data

mempunyai 77 sebutan, median adalah terletak pada sebutan yang ke 39, iaitu:
n 1 77 1 39 2 2

Formula ini amat berguna apabila melibatkan bilangan data yang besar. Median tidak dipengaruhi oleh magnitud nilai ekstrim. Ciri-ciri ini merupakan kelebihan disebabkan nilai terbesar atau terkecil tidak mempengaruhi median.

3. MOD

Mod atau rangkap ialah nilai yang paling kerap berlaku dalam sesuatu kumpulan data. Jika suatu kumpulan data tidak mempunyai nilai yang paling kerap berlaku, maka kita nyatakan data tersebut tidak mempunyai mod. Jika satu kumpulan data itu mempunyai lebih daripada satu nilai yang kerap berlaku, oleh itu, kita nyatakan yang data itu mempunyai lebih daripada satu mod. Didalam dunia perniagaan, konsep mod biasanya digunakan didalam

menentukan saiz. Sebagai contoh, pengilang baju mengeluarkan baju didalam empat saiz, S, M, L, dan XL. Setiap saiz adalah berpadanan dengan model badan manusia. Dengan pengurangan bilangan kepada beberapa model saiz, syarikat boleh mengurangkan jumlah kos pengeluaran dengan menghadkan kos penyediaan mesin dan bahan. Mod adalah ukuran kecenderungan memusat sesuai bagi data nominal. Mod boleh digunakan untuk menentukan manakah kategori yang kerap terjadi.

HUBUNGAN ANTARA MIN, MEDIAN DAN MOD

Bagi suatu kumpulan data, min adala nilai puratanya, media ialah nilai penengah manakala mod ialah nilai kekerapanya. Jika ketiga-tiga nilai min median dan mod mempunyai nilai yang sama, maka taburan data tersebut dikatakan berbentuk simetri.

Jika nilai mod adalah lebih kecl daripada nilai median dan min, maka kita nyatakan bahawa taburab data tersebut berbentuk pencong ke kanan.

Jika nilai mod tersebut lebih besar berbanding dengan nilai median dan min, maka kita nyatakan bahawa taburan data tersebut mempnyai bentuk pencong ke kiri. Sememangnya bentuk taburan sesuatu data member makluma yang penting tentang populasi.

2.0 PETA KONSEP

STATISTIK

Statistik ialah satu kaedah saintifik untuk mengumpul, menyusun, meringkas, mempersembah dan menganalisis serta membuat kesimpulan, rumusan dan keputusan berdasarkan hasil penganalisian data tersebut. Dengan itu, statistik merupakan suatu kaedah matematik yang boleh membantu meyelesaikan masalah-masalah harian dan membuat keputusan sama ada dalam

pentadbiran, pemasaran, perubatan, kejuruteraan, sains sosial atau bidangbidang yang lain.

Statistik Perihalan Bagi statistik perihalan, data-data dikumpul, disusun, diringkas, dan dibentangkan dalam bentuk yang mudah difahami dan sesuai

Statistik Inferensi Statistik infensi adalah kaedah yang melibatkan membuat rumusan atau kenyataan ke atas populasi

berasaskan maklumat yang telah didapati daripada sampel. Statistik inferensi juga menentukan sejauh mana keputusan itu boleh diterima. Ini bermakna statistic kepada inferensi teori

digunakan. Pelbagai carta, graf dan jadual digunakan untuk

mempesembahkan maklumat yang telah diperolehi itu.

bergantung kebarangkalian.

KECENDERUNGAN MEMUSAT

Sukatan kecenderungan memusat adalah suatu nilai pusat yang dapat mewakil keseluruhan nilai-nilai dan data. Dengan mengetahui nilai-nilai pusat sesuatu data, kita akan dapat gambaran yang lebih baik tentang ciri-ciri populasi yang dimaksudkan. Terdapat tiga jenis sukatan kecenderungan memusat yang selalu digunakan iaitu min, mod dan media.

1. MIN

Min adalah purata suatu kumpulan data. Jika kita dapat mengumpul data daripada keseluruhan

populasi , kita dapat mengira min populasi, . Walaubagaimanapun, dalam banyak keadaan kita tidak mungkin dapat mengumpul data daripada seluruh populasi disebabkan oleh faktor masa, kos dan tenaga kerja.

Min aritmatik

Min populasi

Min aritmatik adalah susunan sinonim dengan purata kumpulan nombor dan ia dikira dengan menjumlahkan semua nombor dan membahagikannya dengan bilangan nombor tersebut. Min populasi ditandakan dengan huruf Greek mu (). Min sampel pula

ditandakan dengan huruf Roman ( X ). Formula bagi mengira min bagi populasi dan min sampel adalah sebagaimana berikut: CONTOH: Min populasi:

X X1 X 2 X 3 .......... . X N
N N

Min sampel:
X

X X1 X 2 X 3 .......... . X n
n n

Median ialah titik tengah sesuatu kumpulan nombor yang disusun secara menaik. Dengan kata lain, median ialah suatu nilai dengan separuh daripada data yang mempunyai nilai kurang daripadanya manakala separuh yang lain mempunyai nilai yang melebihnya

2. MEDIAN

LANGKAH 1: Susun data didalam susunan menaik.

LANGKAH 2: Jika bilangan data adalah ganjil, carikan sebutan ditengah-tengah susunan tersebut. Ia adalah median. didalam

LANGKAH 3:Jika bilangan data adalah genap, kirakan purata dua angka ditengah-tengah

susunan tersebut. Purata ini adalah median.

CONTOH:

mencari median bagi kumpulan data berikut: 15 11 14 3 21 17 22 16 19 16 5 7 19 8 9 20 4

Susun nombor di atas dalam sebutan menaik: 3 4 5 7 8 9 11 14 15 16 16 17 19 19 20 21 22

Terdapat 17 sebutan (bilangan ganjil), oleh itu median terletak ditengah-tengah susunan tersebut, iaitu 15. Jika nombor 22 dikeluarkan daripada senarai, terdapat hanya 16 sebutan (bilangan genap): 3 4 5 7 8 9 11 14 15 16 16 17 19 19 20 21

Sekarang kita mempunyai bilangan sebutan genap, median ditentukan dengan mengira purata dua nombor yang terletak ditengah-tengah susunan tersebut, 14 dan 15. Ini menghasilkan nilai median iaitu 14.5. Satu cara lain untuk menentukan median ialah mencari sebutan
n 1 2

didalam susunan yang menaik. Sebagai contoh, jika set

data mempunyai 77 sebutan, median adalah terletak pada sebutan yang ke 39, iaitu:
n 1 77 1 39 2 2

3. MOD

Mod atau rangkap ialah nilai yang paling kerap berlaku dalam sesuatu kumpulan data. Jika suatu kumpulan data tidak mempunyai nilai yang paling kerap berlaku, maka kita nyatakan data tersebut tidak mempunyai mod. Jika satu kumpulan data itu mempunyai lebih daripada satu nilai yang kerap berlaku, oleh itu, kita nyatakan yang data itu mempunyai lebih daripada satu mod.

Mod adalah ukuran kecenderungan memusat sesuai bagi data nominal. Mod boleh digunakan untuk menentukan manakah kategori yang kerap terjadi.

You might also like