You are on page 1of 18

http://cikgusokrisejarah.blogspot.com/2012/03/kesan-kemasukan-imigran-darisei-sosio.

html Kesan Kemasukan imigran dari sei sosio-ekonomi Kesan sosio-ekonomi kemasukan imigran Sebelum tahun 1800, penduduk di negara kita hanya terdiri daripada penduduk tempatan. Walau bagaimanapun, pada akhir abad ke-19 berlaku kemasukan orang Cina dan India secara beramai-ramai ke negara kita. Kemasukan orang Cina dan India disebabkan oleh banyaknya peluang ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu. Mereka mencari kehidupan yang lebih selesa di Tanah Melayu kerana keperitan hidup di negara asal mereka. Malahan British telah membawa masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu sebagai tenaga kerja di sektor perlombongan dan perladangan. Kehidupan yang selesa di Tanah Melayu menyebabkan golongan ini telah menetap secara terus. Situasi ini memberikan kesan terhadap kehidupan sosioekonomi di Tanah Melayu. Kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah pertambahan bilangan penduduk Tanah Melayu yang begitu pesat. Pada tahun 1870, bilangan penduduk Tanah Melayu kira-kira 500 000 orang. Setelah kedatangan orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu, jumlah penduduk bertambah menjadi 3 300 000 orang pada tahun 1921. Pada tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu lebih ramai berbanding dengan masyarakat tempatan di Tanah Melayu. Situasi tersebut telah melahirkan situasi masyarakat majmuk di negara kita. Kehidupan mereka bercorak berasingan dan mengamalkan kebudayaan masing-masing. Orang Cina yang datang ke Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai kelompok. Mereka berbeza dari segi dialek, adat dan pengkhususan ekonomi. Malahan terdapat permusuhan antara mereka. Orang India pula tinggal di kawasan ladang-ladang getah. Sedangkan penduduk tempatan, iaitu orang Melayu tinggal di kawasan kampung luar bandar dan pesisir pantai. Di samping itu, kesan kemasukan orang Cina dan orang India ialah kewujudan sistem persekolahan yang tidak seragam dan menyulitkan pemerintahan British menguruskan persekolahan di Tanah Melayu. Sistem pendidikan vernakular telah berkembang dengan pesat. Orang Cina dan orang India membuka sekolah masingmasing. Mereka menggunakan sistem pendidikan yang dibawa dari negara asal mereka. Situasi ini mewujudkan jurang antara kaum kerana semangat perpaduan melalui pendidikan tidak wujud sama sekali. Selain itu, kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India ialah masalah jenayah yang berleluasa, khasnya di negeri-negeri kawasan lombong bijih timah seperti di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Kumpulan orang Cina yang berbeza telah mewujudkan kongsi gelap untuk menjaga kepentingan masing-masing. Kumpulan kongsi gelap Cina sering bermusuhan untuk mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan kawasan lombong bijih timah mereka. Antara kumpulan kongsi gelap

ialah Hai San dan Ghee Hin.

Selain itu, kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India ialah aktiviti pelacuran yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Terdapat aktiviti membawa wanita-wanita Cina dari negara China untuk dijadikan pelacur. Walaupun aktiviti tersebut hanya melibatkan orang Cina, tetapi sering menimbulkan keadaan tidak tenteram kerana berlaku pergaduhan. Hal ini telah menyebabkan kemantapan politik terganggu. British telah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah pelacuran dan pergaduhan tersebut. Kesan ekonomi kemasukan orang Cina dan India ialah perekonomian semakin meningkat, khususnya dalam bidang perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Orang Cina dibawa ke Tanah Melayu sebagai buruh di lombong bijih timah kerana kemahiran dalam aktiviti tersebut. Manakala orang India merupakan buruh yang mahir dalam perladangan getah. Selain itu, aktiviti perniagaan turut berkembang dengan pesat. Contohnya, orang Teochew dan Hakka merupakan peniaga yang telah membuka banyak kedai di kawasan bandar dan lombong bijih timah. Hal ini telah meningkatkan ekonomi di Tanah Melayu. Kesan seterusnya ialah pembentukan bandar-bandar baru. Orang Cina dan orang India membuat petempatan berkelompok di kawasan lombong dan ladang getah seperti di Ipoh, Kinta, Taiping, Kuala Lumpur, Seremban dan Johor Bahru. Seiring dengan kewujudan bandar-bandar baru tersebut, kerajaan British telah membina jaringan jalan perhubungan dan pengangkutan seperti jalan kereta api dan jalan raya. Sistem jalan pengangkutan tersebut menghubungkan antara ladang getah dan lombong bijih timah dengan kilang mahupun pelabuhan. Di samping itu, kesan ekonomi kemasukan orang Cina dan India ialah meningkatkan kemajuan Tanah Melayu secara keseluruhannya. Orang Cina dan orang India banyak menetap di kawasan pantai barat Tanah Melayu. Malahan orang Cina dan India lebih banyak menetap di Pulau Pinang dan Singapura. Hal ini telah menyebabkan kedua-dua buah negeri tersebut berkembang dengan pesat. Contohnya, Singapura telah berkembang sebagai sebuah pelabuhan entrepot. Kesimpulannya, kemasukan orang Cina dan orang India telah memberikan kesan terhadap kehidupan sosioekonomi di Tanah Melayu. Orang Cina dan India yang datang untuk memperbaik kehidupan mereka telah tinggal secara tetap di Tanah Melayu. Tidak dapat dinafi kan bahawa orang Cina dan orang India telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat majmuk. Mereka terlibat secara langsung dalam kehidupan sosial dan ekonomi di Tanah Melayu. Kehidupan secara bersama antara kaum di Tanah Melayu telah mewujudkan keharmonian kaum. Posted by mohdsokri sa'ad at 18:32 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Monday, October 25, 2010

http://yangalim.blogspot.com/2010/10/kesan-kolonialisme.html

Kesan Kolonialisme 1.0 Pengenalan

Kolonialisme bermaksud penguasaan sesebuah bangsa ke atas bangsa lain sama ada melalui politik, ekonomi mahupun sosial. Kolonial juga biasa disamaerti maksud dengan imperialisme. Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi sumber ekonomi di Asia Tenggara lebih-lebih lagi pada abad ke-19. Revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah telah menyebabkan kuasa-kuasa Barat berusaha untuk mencari tempat yang boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka. Kekayaan hasil bumi antara faktor yang menyebabkan British menguasai Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak untuk memenuhi keperluan industri mereka. Pertapakan British di negeri-negeri Melayu telah membawa kepada pengenalan sistem ekonomi kapitalis. Kolonialisme ini telah memberi kesan negatif dan kesan positif kepada struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan iaitu terkandung dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

2.0 Kesan-kesan Negatif

2.1 Raja Kehilangan Kuasa

Semasa pemerintahan kolonial, raja-raja Melayu telah dipaksa mengikut nasihat para pegawai British dalam semua urusan pentadbiran, kecuali perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Tindakan ini tanpa disedari telah menghakis hak dan kedudukan istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu secara sedikit demi sedikit. Situasi ini terjadi selepas Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 antara Raja Abdullah dan Sir Andrew Clarke. Melalui perjanjian ini menandakan bermulanya penguasaan pihak British terhadap negeri-negeri di Tanah Melayu. Hal ini diteruskan dengan pengenalan Perlembagaan Malayan Union yang dikuatkuasakan

pada tahun 1946, bukan sahaja hak keistimewaan orang Melayu tidak disebut tetapi keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu telah dikurangkan sehingga kepada keperluan rasmi dan perkara-perkara kecil sahaja. Segala hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran seperti hal ehwal pentadbiran negeri, hal ehwal pertahanan dan hubungan luar negeri terletak di bawah pengaruh Inggeris. Selain itu, segala urusan pungutan cukai dan kawalan hasil negeri dilakukan mengikut nasihat residen Inggeris. Kehilangan kuasa raja merupakan kesan besar kolonial British daripada aspek politik masyarakat Melayu. Apabila British berjaya mengawal kuasa raja, maka senanglah pihak British untuk mengeksploitasi sumber ekonomi.

2.2 Pembesar Hilang Pengaruh

Sebelum kedatangan kuasa Barat, pembesar-pembesar Melayu mempunyai kuasa penuh untuk memungut cukai, tetapi keadaan ini berubah apabila segala pungutan cukai dan kawalan hasil negeri diambil alih oleh pihak Inggeris. Hal ini menyebabkan pembesar-pembesar Melayu telah kehilangan kewibawaan sebagai seorang pembesar selain kehilangan punca pendapatan serta pengaruh mereka. Misalnya, pengenalan pelbagai dasar pentadbiran kolonial British di Pahang telah mencabar dan menggugat kekuasaan tradisional yang selama ini dipegang oleh sultan dan pembesar. Kehadiran J. P. Rodger sebagai residen British telah mengambil alih segala tugas pembesar. Kerajaan British telah memperkenalkan Undang-undang Tanah yang boleh menyekat kebebasan pembesar-pembesar Melayu dalam sumber ekonomi mereka. Akibat penguasaan British, Dato Bahaman yang merupakan seorang pembesar di Pahang telah kehilangan kuasa, selain gelaran juga telah dilucutkan serta elaun beliau turut dipotong. Daerah Semantan yang sebelum ini berada di bawah kawalan Dato Bahaman telah dikuasai sepenuhnya oleh pihak British.

2.3 Masyarakat Tempatan Dipinggirkan dalam Ekonomi

Sebelum kehadiran pihak Inggeris di Tanah Melayu, pembesar-pembesar Melayu merupakan pemilik dan pengusaha lombong-lombong bijih di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Disebabkan kaedah melombong yang diamalkan dianggap tidak menghasilkan pengeluaran yang banyak, maka tenaga buruh dan teknologi melombong dari luar telah dibawa masuk. Dasar memberikan keutamaan kepada golongan asing seolah-olah merupakan satu prejudis pihak British bahawa orang Melayu merupakan

tenaga kerja yang tidak sesuai bagi industri perlombongan. Pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu sememangnya mengekalkan hubungan yang rapat dengan orang Cina terutamanya golongan elit peniaga dan pemodal Cina kerana kegiatan perdagangan perusahaan dan perlombongan orang Cina menjadi sumber pendapatan yang besar bagi pihak British. Kesan yang ketara daripada dasar Inggeris yang memberikan keutamaan ke atas masyarakat imigran selepas menguasai negeri-negeri Melayu ialah pembesar-pembesar Melayu kehilangan kuasa pemilikan lombong dan pekerja lombong Melayu semakin berkurang ke atas perusahaan melombong bijih kerana orang Cina memonopoli kepentingan perusahaan ini di samping pemodal Eropah. Kesan ini boleh diibaratkan orang Melayu seolah-olah merempak di negeri sendiri apabila begitu sukar untuk menempatkan diri dalam ekonomi perdagangan ini.

2.4 Masalah Sosial

Kolonial British juga telah membawa budaya yang bertentangan dengan masyarakat tradisional tempatan. British yang berbudaya barat mengamalkan corak pergaulan bebas di antara jantina, sedangkan masyarakat tempatan khususnya masyarakat tradisional Melayu yang beragama Islam, hal pergaulan amat sensitif. Keadaan ini kerana ada jurang atau tembok pemisah pergaulan antara lelaki atau perempuan yang bukan muhrim yang ditetapkan oleh Islam. Situasi ini telah berubah dan diketepikan setelah Tanah Melayu dijajah oleh British. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, pengaruh pakaian barat yang keterlaluan, tarian barat dan lain-lain telah menjatuhkan moral masyarakat Melayu. Kawasan bandar telah dianggap sebagai pusat maksiat dan perkembangan budaya barat yang membawa kemusnahan terhadap orang Melayu.

2.5 Pendidikan Berunsur Penjajah

Pada zaman penjajahan British, terdapat empat aliran persekolahan di Tanah Melayu iaitu sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Wujud pelbagai aliran persekolahan ini berpunca daripada sikap dan dasar Inggeris yang cuba memecahkan perpaduan kaum. Sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu telah dikembangkan oleh mubaligh-mubaligh Kristian. Mereka memilih pendidikan sebagai satu saluran untuk mengembangkan agama mereka. Antara sekolah yang terkenal ialah Penang Free School (1816), Convent, Methodist dan sebagainya. Walaupun sekolah-sekolah

Inggeris telah dibuka kepada semua kaum, tetapi pada masa itu orang Melayu tidak ramai yang berpeluang untuk belajar di sekolah tersebut akibat tidak mampu membayar yuran persekolahan yang begitu mahal.

British telah menubuhkan sekolah-sekolah yang mengembangkan pendidikan sekular manakala Islam dihadkan kepada perkara-perkara ritual sahaja seperti sembahyang, mengerjakan haji, menyambut hari raya dan lain-lain. Dalam bidang politik, ekonomi dan sosial, Islam telah dipinggirkan dan diganti dengan sistem ciptaan British. Terdapat tiga matlamat utama pendidikan pada zaman kolonial iaitu sekolah sebagai memasyarakatkan kanak-kanak dengan nilai-nilai asing ataupun nilai-nilai bukan peribumi, sekolah sebagai melantik segolongan kecil masyarakat Melayu bagi memenuhi tujuan-tujuan tertentu dan terakhir, bagi memenuhi keperluan tenaga manusia yang paling minimum dan diperingkat yang paling rendah. Jadi, nampak bahawa British memperkenalkan sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah untuk kepentingan British sendiri iaitu untuk kepentingan ekonomi serta politik mereka dan bukannya untuk kepentingan kaum Melayu. Matlamat utama pendidikan ialah sematamata untuk memberi ilmu kepada segolongan rakyat bagi membolehkan rakyat ini memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi demi kepentingan pihak British.

3.0 Kesan-kesan Positif

3.1 Perkembangan Kegiatan Ekonomi

Perkembangan ekonomi begitu pesat berlaku di Tanah Melayu berikutan revolusi perindustrian yang berkembang di Eropah. Britain berusaha sedaya mungkin menyaingi negara jiran di Eropah untuk menghasilkan barangan industri. Situasi ini menyebabkan berlaku pengeluaran sumber yang pesat di tanah jajahan seperti Tanah Melayu. Kegiatan perlombongan bijih timah dan pengeluaran susu getah telah dipertingkatkan. Impak pembangunan ekonomi negara banyak disumbangkan hasil daripada penggunaan sistem ekonomi kapitalis yang dibawa bersama oleh pihak penjajah. Di Tanah Melayu, hasil komoditi seperti bijih timah, getah, emas dan arang batu banyak dikeluarkan. Pengeluaran emas di Bau, Sarawak misalnya dianggarkan berjumlah 7000 aun setahun pada tahun 1840-an dengan 700 orang tenaga buruh. Pada tahun 1885, lebih kurang 1000 aun emas yang dikeluarkan di Sarawak telah dieksport ke Eropah. Kegiatan perlombongan emas dan bijih timah serta industri getah dan penanaman padi

telah merancakkan kegiatan ekonomi Tanah Melayu walaupun tidak seratus peratus memberikan keuntungan kepada masyarakat tempatan.

3.2 Undang-undang Tanah

Undang-undang tanah yang diperkenalkan turut memberikan keuntungan kepada orang Melayu. Akta Tanah Simpanan Melayu (TSM) telah diperkenalkan oleh British bagi mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah milik kepada orang asing. Residen berhak mengisytiharkan mana-mana tanah orang Melayu sebagai TSM untuk mengelak daripada dijual, dipajak gadai, atau ditukar hak milik. Enakmen Rizab Melayu yang diluluskan oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1913 memberikan kuasa kepada residen mengkhaskan kawasan tanah untuk orang Melayu, dianggap sedikit menyebelahi orang Melayu. Land Order diperkenalkan di Sarawak bagi melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi oleh pengusaha Cina. Turut diperkenalkan ialah Land Settlement Order bagi melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi. Di Sarawak, pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui perwarisan untuk mengelakkan daripada pemajakan, pemecahan dan penjualan tanah kepada orang luar. Land Order Sarawak seterusnya membahagikan tanah kepada tiga kawasan iaitu tanah campuran, tanah simpanan dan tanah pedalaman. Imigran hanya dibenarkan memiliki tanah campuran sahaja, manakala tanah simpanan dan pedalaman dilindungi. Di Sabah pula, Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi yang melindungi kepentingan kaum peribumi telah diwartakan oleh British. Peraturan ini menetapkan hak milik kaum peribumi di bawah kuasa Pegawai Daerah. Segala urusan jual beli tanah di Sabah dengan orang Eropah pula perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi. Penduduk peribumi juga berhak menuntut ganti rugi ke atas tanah yang dijual kepada orang asing. Rumusan ringkas di sini, pengenalan undang-undang dan peraturan tanah telah menyelamatkan tanah milik penduduk peribumi daripada jatuh kepada orang asing.

3.3 Kemudahan Infrastruktur

Infrastruktur turut berkembang pesat semasa zaman British. Walaupun kemudahan ini banyak dibina demi kepentingan ekonomi mereka, namun turut memberikan kepentingan kepada masyarakat tempatan. Kemudahan yang dibina seperti jalan-jalan raya, jalan kereta api, pejabat pos dan banyak lagi. Kolonial British turut membawa pembangunan infrastruktur di Tanah Melayu walaupun tidak berlaku secara

menyeluruh. Kemasukan pengaruh Inggeris pada pertengahan abad ke-19 telah mengubah sistem pengangkutan awam menjadi lebih baik. Sesuai dengan sistem ekonomi kapitalis, usaha penting yang dijalankan ialah membina infrastruktur yang dapat mewujudkan satu sistem perhubungan bagi menghubungkan semua pusat perusahaan bijih timah dengan pelabuhan-pelabuhan yang menjadi pusat pengeksport hasil-hasil bijih timah. Selain dari itu, pihak kolonial juga membina infrastruktur bagi menghubungkan kawasan pengeluaran dengan pelabuhan-pelabuhan tertentu di Tanah Melayu. Mulai tahun 1885, sistem pengangkutan kereta api dibina yang menghubungkan hampir kesemua pusat perusahaan bijih timah di Semenanjung dengan pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Selat Melaka iaitu dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, Seremban ke Port Dickson, Ipoh ke Telok Anson dan Taiping ke Port Weld. Hal ini sekaligus telah meningkatkan sistem kemudahan awam secara keseluruhannya. Kemudahan pengangkutan telah membangunkan sektor ekonomi hingga membawa kepada bertambah bilangan bandar baru yang menjadi pusat pentadbiran, politik, perdagangan dan perusahaan seperti Kuala Lumpur, Melaka, Ipoh, Pulau Pinang, Seremban, dan Kuching. Pada tahun 1875, jalan di Larut sejauh 13 batu telah dibina. Beberapa tahun selepas itu, jalan yang menghubungkan Matang dan Taiping, Kemunting serta Seberang Prai dibina. Pembinaan jalan raya dipertingkatkan pada tahun 1911 iaitu jalan raya dari Seberang Perai ke Melaka telah siap dibina. Pada tahun 1928 pula, Jalan raya menghubungkan Perlis ke Singapura telah disiapkan yang sekaligus mempercepatkan perjalanan di pantai barat. Kemudahan sistem perhubungan yang diwujudkan oleh British telah memberikan keselesaan kepada masyarakat walaupun pada awalnya, kewujudan kemudahan infrastruktur ini adalah demi kepentingan ekonomi pihak British.

3.4 Pendidikan

Pendidikan Melayu juga dilaksanakan semasa zaman Inggeris. Pendidikan Melayu telah diberikan secara percuma di peringkat sekolah rendah. Bangunan sekolah, rumah guru, kakitangan sekolah, peralatan dan buku-buku dibiayai oleh kerajaan Inggeris. Walaupun gaji guru yang mengajar di sekolah Melayu agak rendah iaitu dari $15 hingga $50 sebulan berbanding $85 hingga $125 bagi guru sekolah Inggeris, bantuan ini telah memberikan perkembangan kepada sekolah Melayu. Di peringkat menengah pula, Maktab Melayu Kuala Kangsar telah ditubuhkan pada tahun 1905 mengikut model English Grammar School, tetapi khusus untuk anak-anak raja dan pembesar sahaja. Pada tahun 1938, terdapat 788 buah sekolah vernakular Melayu di Negeri-negeri Selat (NNS) dan 788 buah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kerajaan Inggeris di NNS menyediakan peruntukan kepada murid Melayu yang berjaya selepas empat tahun

mendapat pendidikan di sekolah Melayu bagi melanjutkan pelajaran percuma di bawah Special Malay Class di sekolah Inggeris. Peruntukan ini kemudian diikuti oleh negerinegeri lain.

3.5 Proses Perbandaran

Bandar baru seperti Seremban, Kajang, Kuala Kangsar , Labis dan Pontian pula muncul kesan dari perkembangan perusahaan getah, kelapa sawit dan nanas. Perkembangan kegiatan perlombongan turut menyaksikan kedatangan imigran Cina untuk bekerja di kawasan perlombongan. Hal ini menyebabkan bandar-bandar baru muncul seperti Taiping, Ipoh Kuala Lumpur dan Seremban akibat kesan perkembangan perlombongan bijih timah. Kuala Lumpur telah dibuka pada pertengahan tahun 1850-an dan berfungsi sebagai pusat pentadbiran kerajaan kolonial Inggeris. Pertumbuhan penduduk Kuala Lumpur meningkat dengan pesat iaitu seramai 2000 orang pada tahun 1878 kepada 32000 orang pada tahun 1901 dan meningkat lagi hampir 1000 peratus menjadi 316230 orang pada tahun 1997.

Bandar baru yang muncul ini telah menjadi tumpuan penduduk dan berfungsi sebagai pusat perniagaan dan pentadbiran. Bandar ini dilengkapi dengan kemudahan jalan raya, sekolah, air, elektrik, pusat kesihatan, dan institusi kewangan. Bandar bandar ini kebanyakanya didiami oleh orang Cina, sebaliknya orang Melayu hanya segelintir sahaja menetap di bandar dan selebihnya menetap di luar bandar. Bandar baru begitu pesat perkembangannya kerana wujud sistem pengangkutan iaitu mempunyai rangkaian jalan raya dan kereta api. Hasil getah dan bijih timah juga telah mengembangkan bandar pelabuhan kerana keperluan eksport seperti pelabuhan Klang, Pulau Pinang. Bandar Kuching pula muncul kerana kemajuan tanaman gambir dan lada hitam. Walau bagaimanapun, kemudahan infrastuktur di awal pemerintahan British tidak melibatkan kawasan luar Bandar, khususnya di kawasan pantai timur Tanah Melayu kerana ketiadaan kepentingan ekonomi kepada mereka.

4.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kedatangan British ke Tanah Melayu yang bermula sejak kurun ke-18 sehingga kurun ke-19 memang pada dasarnya adalah bertujuan untuk

memonopoli kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu. Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, banyak perubahan yang telah dilakukan oleh British dari segi politik dan ekonomi. Pembaharuan yang dilaksanakan oleh British terhadap dasar ekonomi di Tanah Melayu, melalui pengenalan sistem ekonomi kapitalis sememangnya telah mengubah sistem politik di Tanah Melayu. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga banyak perubahan positif yang turut dijelmakan melalui sistem ekonomi kapitalis oleh Inggeris di negeri-negeri di Malaysia terutama dari aspek sosioekonomi.

Bibliografi

Ahmad Nazri Abdullah, (1985), Melayu dan Tanah, Selangor: Media Intelek Sdn. Bhd. Azman Abdul Manaf, (2001), Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, (1983), Sejarah Malaysia (Edisi Baru), Kuala Lumpur: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd.

Hashim Awang Ar, Zahir Ahmad dan Zainal Abidin (1998), Pengajian Sastera dan Sosiobudaya Melayu Memasuki Alaf Baru, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Isu Ekonomi, Sosial dan Politik Malaysia (1983) (Kumpulan Esei Dewan Masyarakat 1975 1979), Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jackson J. C., (1976), Sarawak: Satu Kajian Ilmu Alam Tentang Sebuah Negeri yang Sedang Membangun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khoo Kay Kim, (1984), Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia untuk Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Mohammad Redzuan Othman, (2006), Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, Universiti Malaya: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Isa Othman, (2002), Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Mohd. Razali Agus, (1990), Pola-pola Petempatan Masyarakat Melayu di Kuala Lumpur, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Mudji Sutrisno dan Hendar Patranto, (2004), Hermenentika Pascakolonial: Soal Identitas, Yogyakarta: Penerbit Kanisius.

Rahmat bin Saripan, (1991), Masyarakat Melayu Abad ke-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahril Marzuki, (2005), Mengurus dan Membiayai Pendidikan di Malaysia, Pahang: PTS Publications & Distributors Snd. Bhd.

Rujuk laman web ini :http://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-SosioekonomiSemasa-Penjajahan-British-Di-Tanah-Melayu


Perubahan Perkembangan Sosioekonomi Semasa Penjajahan British di TanahMelayu,Sabah dan Sarawak

BINCANGKAN KESAN SOSIAL DAN EKONOMI AKIBAT PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU DARI TAHUN 1942 HINGGA 1945
Tentera Jepun telah menyerang Tanah Melayu melalui Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun telah ber jaya menawan seluruh Tanah Melayu dan Singapura dalam jangka masa kurang daripada dua bulan setcngah. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah bcrmula pada 15 Februari 1942. Sepanjang pendudukan .Iepun sclama tiga tahun setengah di Tanah Melayu, pelbagai dasar telah dilaksanakan untuk mengukuhkan kedudukan mcreka. Segala dasar telah mendatangkan kesan terhadap kehidupan sosial dan ckonomi Tanah Melayu. Penduduk Tanah Melayu sentiasa berada dalam kesengsaraan dan tertekan akibat dasar pemerintahan tentera Jepun. Kesan sosial pendudukan Jepun di Tanah Melayu ialah renggangnya hubungan antara kaum. Tentera Jepun memberikan layanan yang berbeza mengikut kaum. Orang Melayu dan orang India dilayan dengan baik oleh tentera Jepun, manakala orang Cina dilayan dengan buruk. Orang Melayu telah dilantik menjadi kempeitai Jepun yang ditugaskan untuk menangkap orang Cina. Hal ini telah menambahkan kebencian dalam kalangan orang Cina terhadap orang Melayu. Permusuhan antara kaum semakin menebal antara kaum Melayu dengan Cina. Selain itu, kaum Cina telah berpindah ke kawasan pinggir hutan akibat ancaman tentera Jepun. Jepun telah melaksanakan dasar penjepunan untuk menerapkan nilai budaya Jepun dalam masyarakat tempatan, terutamanya orang Melayu. Sehubun-an itu, penggunaan bahasa Jepun telah diperluas di Tanah Melayu. Bahasa pengantar di sekolah teiah ditukar daripada hahasa Inggeris kepada bahasa Jepun. Dalarn bidang pentadbiran, penunaan bahasa Jepun diutamakan, contohnya peluang kenaikan pangkat dan gaji berdasarkan kemahirnn herbahasa Jepun. Kerajaan telah mengadakan kursus-kursus pendek bahasa Jepun. Selain itu, penerapan budaya Jepun telah dilaksanakan terhadap seluruh masyarakat, contohnya mengisytiharkan cuti-cuti umum sempena hari perayaan di negara .Iepun. Kerajaan Jepun tclah mengharamkan penggunaan bahasa Cina dan pelaksanaan sekolah Cina di Tanah Melavu. Di samping itu, berlaku perubahan terhadap sistem persekolahan di Tanah Melayu. Dasar Pelajaran Jepun telah dilaksanakan sepenuhnya. Murid-murid diwajibkan untuk menyanyikan lagu kebangsaan Jepun, iaitu Kamigayo pada setiap pagi dan menghormati bcndera Jepun. Tujuan Jepun berbuat demikian supaya penduduk Tanah Melayu akan menghormati maharaya Jepun. Antara mata pelajaran wajib di sckolah ialah nyanyian dan muzik dari Jepun.

Selain itu, pendudukan Jepun turut memberikan kesan yang buruk terhadap taraf kesiharm penduduk Tanah Melayu. Penyakit seperti malaria. beri-bcri dan taun merebak dcngan meluasnya. Sumber makanan yang terhad dan tidak berzat seperti ubi kayu dan keledek telah memburukkan lagi keadaan kesihatan penduduk. Kadar kernatian akihat daripada kekurangan zat makanan telah meningkatdengan mendadakdalam kalangan rakyat Tanah Melayu. Tentera Jepun telah merampas bekalan makanan dan ubat-ubatau untuk kegunaan tenteranya. Bekalan ubatubatan tidak dibekalkan ke klinik-klinik, manakala doktor dan jururawat telah dihantar ke kem tawanan. Pendudukan Jepun telah memberikan kesan negatif terhadap ckonomi Tanah Melayu. Kemusnahan terhadap sumber ekonomi, terutama ladang getah dan lombong bijih timah telah berlaku dengan teruknya. Tentera British tclah memusnahkan ladang getah dan lombong bijih timah sebelum meninggalkan Tanah Melayu. Semua kelengkapan melombong, seperti kapal korek telah dimusnahkan di bawah dasar 'bumi hangus'. Para pekerja turut meninggalkan kawasan ladang dan lombong untuk menyelamatkan diri. Tanah Melayu yang bergantung sepenuhnya pada bahan eksport tersebut telah terjejas teruk. Misalnya pada tahun 1941, hasil bijih timah ialah 79 000 tan telah merosot menjadi 3000 tan pada tahun 1945. Malahan sistem pengangkutan dan perhubungan turut musnah. Tentera Jepun tidak memulihkan kemusnahan infrastruktur di Tanah Melayu. Keadaan ini memburukkan lagi ekonomi Tanah Melayu. Selain itu, masalah inflasi telah berlaku di Tanah Melayu. Kekurangan barangan keperluan di pasaran, terutamanya barangan makanan. Tambahan pula, pihak Jepun telah mengeluarkan wang kertas Pokok Pisang tanpa kawalan. Hal ini telah menyebabkan nilai mata wang tersebut jatuh. Harga barangan keperluan telah meningkat beberapa kali ganda. Misalnya, harga beras (500 gram) pada tahun 1941, telah melonjak naik kepada $120.00 pada bulan Ogos 1945. Beras juga sukar untuk diimport dari Burma dan Thailand kerana Jepun telah dikenakan sekatan perdagangan antarabangsa. Jepun yang telah melaksanakan ekonomi kawalan telah merugikan penduduk tempatan. Amalan

sosioekonomi kolonial di malaya


1. Pengenalan Episod sejarah sosio-ekonomi Malaysia sering dikaitkan dengan pengalamannya dalam era penjajahan khususnya semasa dalam cengkaman Inggeris. Senario yang mewarnai susur galur sejarahnya menunjukkan ada perubahan yang secara tidak langsung mencerminkan ekonomi negara yang ada pada masa kini. Perdebatan dalam kalangan sejarawan banyak membuktikan bahawa struktur ekonomi ketika itu banyak dipengaruhi oleh unsur dari barat yakni British. Bermula ketika Penjanjian Pangkor 1874, golongan kulit putih ini telah berusaha mengaut sebanyak mungkin hasil perut bumi Tanah Melayu. Aktiviti ini berterusan sehingga kepada Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957. Namun demikian fokus yang diutarakan dalam penulisan ini hanya merangkumi tempoh masa zaman kolonial sehingga bermulanya pendudukan Jepun. Hasil penulisan ini juga bertujuan melihat perubahan yang berlaku dalam sosio-ekonomi di Malaysia Barat dan Malaysia Timur berdasarkan kepada isu dan komoditi yang tertentu. Selain itu juga perbandingan juga turut disentuh bagi mentafsirkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi kedua-dua bahagian Malaysia iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 2. Latar belakang keadaan awal zaman kolonial Pada asalnya terdapat pelbagai reaksi yang menyebabkan masyarakat Tanah Melayu mengalami kejutan awal dalam sejarah ekonominya. Kebanyakkan pembaharuan yang dibawa hanya bertujuan kepada keuntungan semata-mata serta kos yang paling minima. Zaman kolonialisme adalah zaman berlakunya eksploitasi kekayaan, penindasan bagi golongan yang terjajah dan konsep kebebasannya adalah dalam konteks pada orang putih atau 'white man' sahaja. Pengeksploitasian yang berlaku hanya menguntungkan pihak kolonial manakala bagi masyarakat setempat pula, ia terus di takuk lama malah kekuasaan orang-orang tempatan makin kurang dan seterusnya akan terhapus. Pengenalan satu sistem ekonomi baru seperti sistem ekonomi kapitalis terus 'mencerut' masyarakat tempatan kerana mereka kekurangan dari pelbagai segi seperti kekurangan modal. Oleh itu, golongan seperti pelabur-pelabur Barat serta Cina berkuasa dalam mengaut hasil kekayaan bumi Melayu manakala orang-orang Melayu masih dengan ekonomi tradisionalnya seperti mengeluarkan tanaman makanan seperti padi dan ini secara tidak langsung telah memundurkan serta menjauhkan lagi orang Melayu dari arus pembangunan yang makin rancak berjalan pada masa itu. Orang Melayu terus terperangkap dalam 'kapsul masa' serta terpinggir manakala pihak kolonial serta kaum lain terus menikmati kekayaan yang diperolehinya. 3. Perkembangan awal Sosio-Ekonomi Zaman Kolonial Pengaturan semula struktur sosial oleh kerajaan ketika itu telah banyak merubah keadaan semasa. Matlamat kemajuan ekonomi dilihat meliputi skop yang lebih besar. Pengunaan istilah British Malaya menunjukkan bahawa Malaya telah menjadi British dalam menjelaskan matlamat sosial dan ekonominya. Merujuk kepada Malaysia Barat pihak British telah melakukan pelbagai pembangunan sosio-ekonomi seperti pembentukan infrastruktur, khasnya sistem perhubungan. Melihat kepada konteks ini pelbagai kemudahan termasuk jalan raya, telegraf, dermaga dan keretapi telah di bina bagi memudahkan aliran perdagangan. Pekara yang perlu dipastikan bahawa kesemua ini hanya dilakukan atas kepentingan ekonomi sahaja. Berbanding dengan Malaysia Timur kadar pembangunan ekonominya sedikit terlambat dalam tempoh masa yang sama. Di Borneo utara contohnya, pemerintah masih lagi merupakan sebuah syarikat. Syarikat

Berpiagam Borneo Utara yang dimaksudkan ini hanya berfungsi sebagai pengaut keuntungan. Walaupun terdapat juga perkembangan infrastruktur namun ianya masih memfokus kepada keuntungan. Antara tahun 1911 dan 1931 kemasukan buruh asing khususnya India dan Cina secara efektif sedikit sebanyak mempengaruhi struktur sosial Tanah Melayu ketika itu. Kemasukan ini telah digalakkan oleh pihak kolonial bagi tujuan mengerakkan intensif buruh dikawasan sumber ekonomi contohnya lombong dan estet yang akan dilihat kemudian. 4. Aktiviti Perlombongan Timah Jelasnya aktiviti ini menunjukkan suatu komoditi yang sangat penting malah merupakkan pengerak awal ekonomi khususnya di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada peringkat awal sememangnya hasil bumi ini kurang mendapat perhatian menyeluruh, namun demikian setelah wujudnya pasaran yang memberangsangkan ianya menjadi lebih agresif untuk di korek. Perkembangan bijih timah dilakukan secara besar-besaran ialah berlaku pada akhir abad ke-19. Petemuan tapak baru sering membuatkan ramai pihak mencebur diri dalam aktiviti ini khususnya orang Cina. Perusahaan ini dilakukan oleh usahawan Cina Selat dan ada juga antara mereka mendapat sokongan modal dari saudagar Eropah. Faktor kemasukan modal Eropah secara pukal berlaku hanya selepas pengenalan kapal korek pada tahun 1912. Penggunaan teknologi ini telah berjaya meluaskan operasi lombong kerana kemampuannya mengorek dengan lebih dalam lagi malah setiap output yang dikeluarka mampu menghasilkan keuntungan yang besar berdasarkan pasaran. Melihatkan kepada modal yang besar, pengurusan yang sistematik amat diperlukan bagi melicinkan operasi. Bagi tujuan tersebut secara tidak langsung mengakibatkan kesannya kepada struktur sosial yang mana terdapat kelas dalam birokrasi pengeluaran hasil. Permintaan yang tinggi daripada hasil bijih ini telah mendesak pihak kolonial untuk memenuhi kehendak pelabur dengan mengesyorkan kawasan yang lebih luas di Negeri Melayu Bersekutu seperti Perak, Selangor, dan Pahang. Proses penyediaan ini melibatkan hal mengukur tanah, mengumpul maklumat mengenai kawasan lombong serta menyelia setiap kawasan yang diteroka. Usaha ini dilakukan ini menjamin kawasan pemajakkan yang tepat serta menghasilkan untung yang lebih maksimum. Pada awal kurun ke-20 pemintaannya meningkat disebabkan oleh industri mengetin yang berlaku di Eropah. Menurut penjelasan Andaya, Amerika merupakan pasaran bijih timah yang utama, namun sejah 1920 pemintaannya hanya berkisar pada aras 2540 tan setahun disebabkan penjimatan dan pengunaan timah yang lebih efektif. Meskipun mencapai zaman gemilangnya industri timah juga mengalami kemerosotan sekitar tahun 1930an disebabkan masalah harganya yang tidak seimbang. 5. Industri Getah Penglibatan Tanah Melayu dengan tanaman ini bermula dengan hadirnya biji benih pokok yang mampu mengeluarkan cecair getah yang di pungut dari Brazil ( Hevea brasiliensis ). Penanaman awal getah dilihat tidak begitu teratur kerana kurang penyelidikan malah pasarannya yang belum diketahui keuntungannya. Senario yang sama berlaku di Borneo utara pada asalnya syarikat tidak begitu yakin namun melihatkan kepesatan yang berlaku d Tanah Melayu maka penanamannya telah diperbesarkan. Justeru getah merupakan komoditi yang berjaya ditanam di kedua-dua belah bahagian Malaysia ketika itu. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada perkembangan getah di Malaysia khususnya pada zaman penjajahan. Tenaga buruh yang banyak dan murah membantu dalam pengeluran komoditi ini. Buruh India Selatan telah dibawa masuk untuk bekerja di estet menggunakan

Sistem Kontrak. Seterusnya modal seperti tanah amat diperlukan dalam hal sedemikian kerana rantau Malaysia amat sesuai bagi tanaman getah jenis ini. Maka di sebabkan faktor modal tanah ianya telah berjaya membuka mata pelabur asing dalam memcebur diri dalam penanaman getah. Kemerosotan pengeluaran bijih telah digantikan dengan penanaman pohon getah. Secara amnya getah telah ditanam secara rasmi pada tahun 1896 berikutan perkembangan pembuatan tayar oleh Goodyear serta peningkatan pengeluaran kereta yang sangat memerlukan bahan ini bagi tujuan tersebut. Peningkatan dalam jumlah pengeluaran meningkat setiap tahun ( sila rujuk Lampiran 1). Selain kemerosotan bijih kemerosotan harga kopi turut menyumbang kepada peralihan terhadap tanaman getah. Pada tahun 1897 satu peraturan tanah khas telah di perkenalkan di NMB untuk menggalakkan tanaman getah. Berdasarkan galakan ini pelbagai langkah telah diambil bagi menarik minat penguasaha contohnya dengan mengenakan cukai yang rendah iaitu sebanyak 10 sen setiap ekar untuk sepuluh tahun pertama dan duti rendah hanya 2.5% bagi 15 tahun pertama. Perkembangan getah ini secara amnya telah di bawa oleh seorang Inggeris iaitu H.N. Ridley. Beliau sangat berminat dan bersungguh-sungguh mengalakkn penanaman getah secara komersil bagi mengaut keuntungan seterusnya meningkatkan ekonomi domestik. Harga getah dilihat semakin meningkat setiap tahun berdasarkan pasarannya (sila rujuk Lampiran 2). Hasil ketekunan Ridley dalam usaha ujikajinya yang berterusan maka telah berjaya mengembangkan tanaman getah ini. Seperti yang dikatakan tadi meledaknya harga getah belaku dalam tahun 1905 dengan berkembangnya industri kereta. Senario ini telah menyebabkan lebih banyak kawasan yang dibuka untuk penanaman getah dengan lebih menyeluruh. Menjelang 1908, getah telah ditanam hampir keseluruhan Tanah Melayu berjumlah kira-kira 190000 hektar. Jumlah ini merupakan lebih banyak daripada tanaman lain. Pengulangan peningkatan harga getah sekali lagi berlaku pada 1909 dan 1912 telah menyebabkan beberapa syarikat eropah seperti Guthries dan Harrisons & Crosfield menambah pelaburan dan membuka lebih banyak tanah bagi tujuan ini. Harga yang semakin meningkat menyebabkan penambahan kos dalam membuat selingan dengan tanaman lain supaya pengeluaran dapat dimaksimakan. Terdapat juga pekebun kecil Melayu dan Cina berusaha untuk menanam namun pihak kerajaan kurang mengambil perhatian kepada mereka. Hasilnya keluasan tanah yang ditanam dengan getah telah menunjukkan kadar yang positif iaitu kira-kira 219000 hektar dan terus meningkat kepada 322000 hektar pada tahun 1913. Getah begitu ketara di negeri pantai barat di sebabkan kesinambungan penggunaan infrastruktur yang telah wujud sejak zaman timah lagi. Landasan keretapi dan jalan raya berfungsi sebagai penghubung dalam mengangkut susu getah ke bahagian pesisir pantai bagi tujuan eksport. Tempoh masa Perang Dunia Pertama sedikit sebanyak telah menjejaskan peranan getah, lebih parah lagi dengan wujudnya getah tiruan yang menyaingi getah asli. Kemelesetan semakin meruncing pada awal tahun 1930 menyebabkan peraturan getah telah telah ditanda tangani bagi mengurangkan pengeluaran getah dunia. Merujuk kepada zaman pendudukan Jepun getah semakin kurang diusahakan kesan daripada keadaan semasa yang huru-hara, namum pada masa selepas itu industri getah mula menampakkan sinarnya. 6. Minyak Sawit Menjelang tahun 1917 kemunculan ladang kelapa sawit yang pertama telah menampakkan usaha untuk mengkomersilkanya. Penggunaanya melibatkan pembuatan sabun, lilin, fluks, menyadur timah, majerin, minyak sayur, gris dan minyak untuk enjin pembakaran. Namun demikian penggunaannya hanya bersifat sedikit sehingga merosotnya harga getah telah menyebabkan pihak syarikat yang terlibat mencari tanaman ganti. Bagaimanapun pembangunan secara besar-

besaran dilakasanakan menjelang tahun 1924 apabila tiga buah syarikat getah dalam Guthrie telah menubuhkan Kelapa Sawit Malaya Berhad. Kemudian terdapat firma lain mencuba nasib dalam tanaman ini dan berharap mendapat pulangan yang besar. Modal yang besar dalam pengoperasian memerlukan tenaga yang pakar sering merusingkan pihak kolonial dan secara tidak langsung mengekalkan tanaman ini berdekatan dengan kawasan getah agar mendapat manfaat daripada infrastruktur getah itu sendiri. Kebanyakkan ladang sawit terdapat di kawasan pantai barat dan bertambah besar sehingga tahun 1930-an. Komoditi ini mencatatkan pertumbuhan pengeluaran yang memberangsangkan contohnya pada tahun 1938 telah berjaya meningkat kepada 58300 tan iaitu 11% daripada pengeluaran minyak sawit dunia. Kemajuan ini telah dibantu dengan kemasukan teknologi baru serta kepakaran yang tinggi dalam teknik penanaman. Menjelang pendudukan Jepun banyak ladang telah musnah serta terbakar. Justeru pengeluarannya terhenti seketika dan bersambung semula selepas perang. 7. Komoditi Padi Padi pada asalnya berkisar dalam kalangan masyarakat tempatan namun menjelang kemasukan imigran luar ke Tanah Melayu menyebabkan bahan makanan ini amat diperlukan untuk menampung bekalan. Penanaman secara aktif telah di syorkan oleh kerajaan kolonial disebabkan pertambahan penduduk, hal ini disokong dengan wujudnya keadaan di mana kesemua manusia yang ada memerlukan beras sebagai makanan ruji. Pemintaan semakin pesat serentak dengan kemerosotan pekerjaan tradisional seperti pertukangan telah menyebabkan ramai masyarakat khususnya Melayu memperbesarkan kawasan padi mereka. Contohnya bermula sejak akhir kurun ke-19 golongan bangsawan di Kedah telah memperluaskan kawasan padi sehingga ke kawasan barat laut negeri. Sementara itu kerajaan negeri juga telah memperkenalkan sistem saliran secara besar-besaran bagi mengairi sawah padi dengan lebih sistematik lagi. Secara keseluruhannya 60 % dari kawasan padi di Tanah Melayu berada di kawasan seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak manakala 23 % lagi di negeri Kelantan dan Terengganu. Bagi Borneo Utara dan Sarawak padi telah ditanam berdasarkan kepada keperluan kecil sahaja kerana masih terdapat masyarakat yang hidup secara pindah. Secara keseluruhanya Padi juga mengalami perkembangan yang positif kesan daripada pertambahan penduduk Di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. 8. Pembangunan Ekonomi Malaysia Timur Pada tahun-tahun awal pembabitan Syarikat Berpiagam Borneo Utara pelbagai tanaman telah cuba diusahakan bagi meningkat kadar pertumbuhan ekonomi. Bagi di Sarawak pula pihak Rajah juga ada memperlakukan perkembangan ekonomi namun ianya tertakluk demi mempertahan kan hak pribumi. Hal ini merujuk kepada dasar kerajaan Brooke sendiri yang mahukan hak pribumi dipertahankan. Merujuk pada kegiatan di Borneo Utara tanaman asing bukan menjadi komoditi utama tetapi hasil asli yang banyak menyumbang, contohnya sarang burung layan-layang. Sarang burung ini merupakan bahan hidangan sup masyarakat Cina yang dipungut daripada kawasan gua dan terus di eksport ke Hong kong. Meskipun demikian industri pembalakkan dilihat lebih mendatangkan hasil yang lumayan dalam dekad terakhir kurun ke-19 yang didorong oleh pemintaan kayu bagi pembinaan landasan keretapi. British Borneo Trading and Planting Company merupakan syarikat yang terbesar menegendalikan aktiviti ini. Kemudian sebuah syarikat baru telah muncul iaitu British Borneo Timber Company yang telah mendapat hak penebangan balak selama lebih 25 tahun. Eksport kayu balak telah meningkat kepada 178000 tan dan perlabuhan Sandakan

dijadikan hub pemasaranya keluar negeri. Berbanding dengan Tanah Melayu demam getah juga melanda Sabah sekitar awal kurun ke-20. Kadar pertumbuhannya mungkin agak lambat tetapi setelah timbul kesedaran banyak kawasan baru di teroka bagi merealisasikan usaha ini disamping kemudahan seperti pengangkutan dan perhubungan. Kewujudan getah di Borneo Utara dan Sarawak adalah seiring dengan keadaan di Tanah Melayu yang mana beralih daripada tempoh kemuncaknya sehingga keadaan kemelesetannya sekitar tahun 1930-an. Kesemua ini dilihat serentak berlaku di seluruh dunia bukan sahaja di Tanah Melayu mahupun Borneo Utara dan Sarawak. Di Sarawak pula seperti yang telah diperkatakan tadi dasar awal pemerintah Brooke yang mahukan pengekalan ekonomi terhadap pribumi menjadi teras kepada perkembanganngannya. Namun masih terdapat kelonggaran kepada syarikat luar seperti Borneo Company yang menguasai ekonomi di Sarawak. Seperti mana di Borneo Utara Sarawak juga merupakan pembekal kayu balak yang unggul. Pengeluarannya mengatasi pengeluaran getah yang ada pada ketika itu malah mampu menjana pendapatan negeri secara jangka panjang. Pada tahun 1895 minyak telah dijumpai di Miri namun hal ini hanya tertakluk kepada pengeluaran yang kecil. Selain itu juga arang batu dan raksa telah dijumpai dan turut membantu pendapatan negeri. Syarikat Borneo Company pernah mengalami tempoh masa kemelesetan sekitar 1900-an namum telah berjaya meningkatkan keuntungan secara perlahan dan mampu bertahan sebelum kedatangan Jepun. Percubaan telah mula dibuat dalam mempersiapkan infrastruktur bagi kemudahan sosio-ekonomi di Malaysia Timur ketika itu. Hal ini di sebabkan kefahaman yang tidak sama dengan Pentadbiran Kolonial Tanah Melayu serta jaminan pasaran yang berbeza dalam tempoh yang sama. Maka, walaupun terdapat perbezaan dalam menentukan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi kedua-dua kawasan namun menjelang kemerdekaan dan penyatuan kesemua hal ini dapat diselaraskan. 9. Penutup Secara keseluruhannya perbincanagan yang telah dilakukan tadi merangkumi perbandingan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi Malaysia Barat dan juga Malaysia Timur. Terdapat pelabagai huraian yang telah dibuat berdasarkan beberapa aspek yang menyokong setiap hujahan. Jelasnya terdapat pelbagai perbezan dari sudut positif dan negatifnya dalam perbincangan ini. Secara amnya perkembangan ekonomi sepanjang zaman Kolonial telah banyak membantu negara khususnya dalam pembentukkan struktur ekonomi yang ada pada hari ini. Kesinambungan yang berterusan telah memberikan manfaat kepada penduduk Malaysia khususnya. Meskipun terdapat pelbagai cabaran dalam memajukan sektor ekonomi ini namun semua masalah berjaya di selesaikan dengan baik. Seharusnya kita sebagai generasi penyambung warisan sepatutnya mengekalkan tradisi ini bagi menjamin generasi yang akan datang. Kukuhnya ekonomi sesebuah negara maka akan stabil setiap perancangannya untuk masa hadapannya. Justeru rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

You might also like