You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tajuk Jurnal

: Ke- 1 : Pertama : Pengalaman di SK Ulu Yam Bharu

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 15-19 Julai 2013

Minggu ini merupakan minggu pertama saya berada di Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu Batang Kali. Setelah mendengar taklimat awal dari Guru Besar Sekolah iaitu En Hamzah Bin Salleh dan Guru Penolong Kanan iaitu Pn Noor Aine dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu En Adanan, saya dan 4 orang rakan praktikum yang lain iaitu 2 daripadanya dari major Pendidikan Seni Visual manakala 2 lagi dari Major Pemulihan bergerak melawat kawasan di sekitar sekolah.

Pada Minggu pertama ini, sekolah telah mengadakan Peperiksaan Percubaan UPSR/ Selaras Negeri (MGB)-Tahun 6 (2013). Saya dan rakan-rakan yang lain telah ditugaskan untuk menjadi pengawas bagi peperiksaan tersebut. Pelbagai

pengalaman telah kami peroleh dan pengalaman tersebut boleh kami jadikan bekalan dalam membiasakan diri dengan suasana dan aktiviti disekolah apabila menjadi guru kelak.

Pada minggu ini juga terdapat hari ganti persekolah bagi menggantikan cuti pada Hari Deepavali dan murid yang hadir pada hari tersebut sangat kurang dan kelas perlu digabungkan bagi mengisi kelas yang kosong supaya mudah dikawal oleh guru yang bertugas.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tajuk Jurnal 1. MASALAH

: Ke- 2 : Kedua : Kawalan Kelas

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 22 Julai 2013

Pada 22 Julai 2013 bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual telah diadakana di dalam kelas 2 Excellent. Masalah yang saya hadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran pada kali ini adalah berkaitan dengan kawalan kelas. Aktiviti yang telah saya jalankan adalah berkaitan dengan catan bagi bidang menggambar iaitu berkaitan alam semula jadi. Murid-murid tersebut kelihatan tidak terkawal semasa aktiviti catan bermula.

2. ANALISIS MASALAH

Masalah ini timbul mungkin kerana murid tidak pernah menjalankan aktiviti yang melibatkan penggunaan cat air dan mereka menjadi teruja apabila aktiviti yang dijalankan melibatkan penggunaan warna dan air.

Selain itu, masalah ini mungkin juga berpunca dari pengajaran dan pembelajaran yang saya rancangkan di dalam bilik darjah tidak bertepatan dengan penguasaan murid dan arahan yang diberikan terlalu panjang dan menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran saya di dalam kelas.

Selain itu faktor persekitaran kelas juga mungkin memainkan peranan dalam mempengaruhi murid-murid seperti keadaan murid yang terlalu ramai di dalam sesebuah bilik darjah menyebabkan murid bertambah bising kerana mereka tidak selesa dengan keadaan kelas yang menjadi sempit untuk melakukan aktiviti dan menggangu proses pembelajaran mereka.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu: (a) Strategi pengajaran dan pembelajaran akan saya rangka sejajar dengan minat dan kebolehan murid di dalam sesebuah bilik darjah iaitu aktiviti yang dijalankan lebih mudah. (b) Saya juga akan mempermudahkan arahan yang diberikan semoga murid mudah difahami. (c) Saya akan menyediakan baldi tempat air agar murid mudah membuang

lebihan air yang digunakan dan tidak tumpah didalam kelas. (d) Saya juga akan merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik agar dapat menarik minat murid-murid belajar dan terus seronok mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran sehingga ke akhir pembelajaran.

4. TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN

Saya akan cuba mengatasi masalah tersebut dalam masa seminggu bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran saya berjalan lancar. Segala masalah akan saya cuba atasi dengan bersungguh-sungguh. Di mana saya akan cuba mencari maklumat-maklumat untuk mendapatkan idea yang menarik dalam merancang aktiviti di dalam bilik darjah agar pengajaran saya akan jadi lebih menarik lagi dan diharap agar saya berjaya mengatasi masalah ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tajuk Jurnal

: Ke- 4 : Ketiga : Pengurusan Masa

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 1 Ogos 2013

1. MASALAH

Pada 1 Ogos 2013 bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, aktiviti telah dijalankan di kelas 4 Intelligent. Masalah yang dihadapi adalah berkaitan dengan pengurusan masa. Aktiviti yang telah saya jalankan adalah berkaitan dengan bidang membentuk dan membuat binaan iaitu membuat beg kertas. Masa yang diperuntukkan adalah 60 minit tetapi aktiviti penutup tidak dijalankan dengan sempurna kerana kekangan masa.

2. ANALISIS MASALAH

Masalah ini timbul mungkin disebaban set induksi yang telah saya jalankan terlalu lama dan proses aktiviti membuat beg kertas dari satu langkah ke satu langkah yang lain juga memakan masa yang lama. Saya juga telah membuat contoh corak bagi beg kertas yang rumit serta contoh yang diberikan juga tidak banyak dan hal ini menghalang tahap kreativiti murid dan hanya mengikut cntoh yang ada dan masa yang diambil bagi menghasilkan satu corak agak lama.

Selain daripada itu, murid juga telah mengambil masa yang lama dalam membuat corak pada beg kertas masing-masing. Kelas ini merupakan kelas yang akhir jadi dari segi penghasilan bahan maujud yang dihasilkan agak lambat dari pelajar yang lain tetapi mereka mempunyai kreativiti yang tinggi dari segi penghasilan corak yang menarik.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu: (a) Penggunaan set induksi yang lebih menarik minat murid dan tidak memakan masa yang lama supaya masa bagi aktiviti lain tidak terganggu. (b) Saya juga akan mempermudahkan arahan yang diberikan semoga murid mudah difahami tertamanya semasa proses pelaksanaan langkah-langkah membuat beg kertas. (c) Saya akan lebih memperbanyakkan contoh hasil karya dan contoh yang dihasilkan bersesuaian dengan tahap dan kebolehan mereka. (d) Saya juga akan merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik agar

dapat menarik minat murid-murid belajar dan terus seronok mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran sehingga ke akhir pembelajaran.

4. TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN

Saya akan cuba mengatasi masalah tersebut dalam masa seminggu bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran saya berjalan lancar. Pengurusan kelas yang baik dpat dilihat dari segi penggunaan masa semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan semoga masalah tersebut berjaya diatasi.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tajuk Jurnal

: Ke- 3 : Keempat : Aktiviti Sekolah

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 19 Ogos-23 Ogos 2013

1. MASALAH

Masalah pada minggu ini adalah berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan disekolah. Pada minggu ini proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran pendidikan seni visual tidak dapat dijalankan sepanjang minggu kerana terlibat dengan minggu Pendidikan Seni Visual dimana sepanjang minggu pertandingan mewarna telah dijalankan bagi tahap satu dan dua.

Masa bagi pertandingan mewarna tersebut dijalankan semasa kelas bagi mata pelajaran pendidikan Seni Visual dan semua guru Pendidikan Seni Visual dan guru praktikum Pendidikan Seni Visual turut terlibat.

2. ANALISIS MASALAH

Masalah ini timbul mungkin kerana kekangan masa yang sesuai dan menyebabkan aktiviti tersebut dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Selain daripada itu, masa yang diperuntukkan bagi panitia tersebut melakukan aktiviti bermula dari hari selasa hingga ke hari khamis sahaja dan menyebabkan kesuntukan masa bagi guru Pendidikan Seni membuat aktiviti mencakupi kesemua tahap dan kelas.

Manakala pada ada waktu petang pula murid-murid terlibat dengan kelas agama dan hal ini agak mustahil jika aktiviti tersebut dijalankan pada waktu petang dan mengganggu masa lain.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu: (a) Masa bagi melakukan aktiviti tersebut seharusnya diperuntukkan kurang daripada 60 minit supaya murid dapat juga melakukan proses pengajaran dan pembelajaran walaupun hanya 30 minit sahaja. (b) Selain daripada itu, aktiviti yang diancang juga haruslah dipelbagaikan dari segi bidang kegiatan supaya murid dapat belajar selain mengikuti pertandingan tersebut dan tidak mencakupi bidang menggambar sahaja.

4. TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN

Masalah tersebut merupakan aktiviti yang dijalankan sekolah dan sebagai guru yang sedang menjalani latihan hanya perlu mengikuti segala aktiviti yang dilaksanakan. Tetapi cadangan penambahbaikan tersebut bolehlah diusulkan kepada guru Panitia Pendidikan Seni ataupun guru pembimbing bagi meningkatkan lagi kreativiti pelajar.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tajuk Jurnal

: Ke- 5 : Kelima : Pengurusan Masa

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 29 Ogos 2013

1. MASALAH

Pada 29 Ogos 2013 proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual telah dijalankan di dalam kelas 4 Intelligent. Kelas ini diadakan pada hari khamis diawal waktu persekolahan iaitu pada pukul 7.40 pagi selepas perhimpunan pagi. Pada hari tersebut terdapat program yang dijalankan di tapak perhimpunan sehingga habis waktu pertama kelas iaitu lebih kurang pukul 8.10 pagi. Jadi pembelajaran pada hari tersbut tidak dapat saya habiskan dan pembelajaran tersebut terpaksa disambung pada minggu hadapan.

2. ANALISIS MASALAH

Masalah tersebut mungkin disebabkan program yang dilaksanakan membabitkan penglibatan orang luar dan program tersebut harus dilaksanakan sepenuhnya memenuhi kehendak sekolah.

Selain daripada itu, pelajar juga akan mengambil masa yang agak lama untuk bergerak masuk kedalam kelas selepas perhimpunan dan hal ini serba sedikit memberi kesan kepada kekurangan masa pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Seni pada hari tersebut.

Selain daripada itu, permasalahan tersebut mungkin disebabkan oleh saya sendiri yang tidak dapat mengurus masa dengan baik sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

(a) Saya perlu menyediakan plan A dan plan B supaya jika perkara tersebut masih berulang, saya telah membuat persediaan dengan lebih awal. (b) Saya perlu memilih strategi pengajaran yang terbaik dan sesuai dengan kebolehan agar masa yang singkat dapat digunakan dengan sebaik-baiknya kelak.

4. TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN

Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan mencari alternatif dan strategi lain kepada murid. Diharapkan segala masalah seperti gangguan yang timbul semasa sesi p & p berlangsung akan dapat saya atasi dengan sepenuhnya.

Walaupun hal ini berlaku disebabkan terdapatnya program pada waktu pagi di tapak perhimpunan, perkara ini bukanlah menjadi batu rintangan kepada saya dalam melaksanakan proses p&p di dalam kelas.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tajuk Jurnal

: Ke- 6 : Keenam : Kawalan Kelas

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 3 September 2013

1. MASALAH Pada minggu ini, daripada pemerhatian dan penilaian yang saya lakukan, saya dapati murid-murid kurang memahami isi pelajaran yang saya ajari. Ini adalah kerana saya mendapati respon yang agak lambat apabila saya memulakan set induksi sebelum saya beralih ke langkah satu. Pada pengamatan saya, hanya beberapa orang murid sahaja yang memahami pengajaran saya di awal sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain lambat memahami isi pengajaran, terdapat segelintir murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya sejak bermulanya proses pengajaran sehingga ia berakhir. Keadaan ini agak menyedihkan, namun saya atasinya dengan cara yang paling sesuai untuk saya menarik kembali murid-murid tersebut ke dalam pengajaran saya. 2. ANALISIS MASALAH Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya. Pelbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran saya iaitu :

Adakah murid-murid ini menganggap saya seorang guru yang lemah?. Apakah yang menyebabkan murid-murid ini tidak memberi perhatian semasa pengajaran saya?.

Bagaimanakah saya mengatasi masalah-masalah ini?.

Adakah saya perlu memperbaiki corak pengajaran saya untuk mengatasi

semua masalah ini?. Daripada tinjauan dan pemerhatian saya melalui segala persoalan yang berlegar di fikiran saya, beberapa dapatan telah saya senaraikan :

Murid-murid cepat memahami pelajaran, tetapi cepat bosan kerana mereka telah mengetahui pengajaran yang diajar dan cara yang digunakan sama jadi tumpuan mereka menjadi kurang.

Murid-murid di kelas ini terdapat pelbagai kecerdasan yang perlu dicungkil. Kelas ini mempunyai pelbagai aras kemahiran, latar belakang dan kemahiran murid serta pengetahuan sedia ada yang berbeza.

Guru menggunakan teknik pengajaran yang sama. Murid-murid tidak berminat dengan tajuk pembelajaran pada hari tersebut.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI Untuk membantu murid-murid yang kurang berminat untuk belajar : a) Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan semua murid. b) Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa dihargai. c) Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa mereka sedang diperhatI. d) Menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid. e) Mengenalpasti kecenderungan setiap murid sama ada cenderung ke arah muzik, ruang, linguistik dan sebagainya. f) Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya murid akan berasa gembira semasa sesi pengajaran itu berjalan. g) Tidak sesekali munurunkan motivasi murid untuk belajar seperti menyisihkan murid yang lemah dan menumpukan kepada murid yang pandai sahaja.

4. TEMPOH TINDAKAN SUSULAN Berdasarkan semua masalah yang telah saya timbulkan di atas jelas menunjukkan bahawa murid-murid tersebut memerlukan bimbingan yang khusus. Seorang guru yang asertif adalah seorang guru yang sangat diperlukan oleh murid untuk membantu mereka mengatasi masalah yang mereka alami. Mereka akan berasa lebih gembira dan motivasi untuk belajar akan terus meningkat dengan lebih mendadak. Guru juga harus mengadakan sesi pembelajaran yang menarik kerana hal ini secara tidak langsung dapat menyedarkan murid-murid yang tidak mahu memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan dapat menguji ingatan murid. Kepandaian murid sememangnya menjadi kebanggaan bagi seorang guru, namun perhatian daripada murid adalah satu kepuasan bagi seorang guru. Guru juga perlu membuat rekod khusus untuk mengetahui kecenderungan setiap murid yang diajar. Kebolehan dan kecenderungan setiap murid adalah berbeza. Impaknya, guru suka mengajar dan murid suka belajar.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

You might also like