You are on page 1of 19

Topik X Ensembel

7
1. 2.

Rekoder

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Mencipta bahagian rekoder soprano dan alat-alat perkusi; dan Mengaplikasikan not-not hiasan, frasa, kaden dan triad untuk ciptaan rekoder soprano dan alat-alat perkusi.

PENGENALAN

Topik ini berfokus kepada aspek penciptaan dan gubahan ensembel rekoder soprano dan alat perkusi. Kemahiran yang diperoleh daripada aspek permainan rekoder dan alat perkusi serta pengetahuan tentang aspek bahasa muzik seperti not-not hiasan, frasa, kaden dan triad dalam topik-topik yang lepas akan diaplikasikan secara kreatif dalam menghasilkan ciptaan dan gubahan untuk permainan rekoder soprano dan alat-alat perkusi. Kemahiran anda dalam aspek ciptaan dan gubahan akan membantu anda menjadi seorang guru muzik yang lebih berkesan di bilik darjah.

7.1

ENSEMBEL REKODER SOPRANO

Ensembel bermaksud satu kumpulan pemain muzik bergabung bagi memainkan satu karya muzik. Ensembel rekoder ialah satu kumpulan rekoder. Biasanya, ensembel rekoder terdiri daripada kumpulan rekoder pelbagai saiz dan jenis. Antaranya ialah rekoder sopranino, soprano, alto, tenor dan bass. Ensembel rekoder soprano ialah satu kumpulan rekoder yang sama jenis, iaitu soprano seperti yang biasa didapati di kebanyakan sekolah rendah pada hari ini (Rajah 7.1 dan 7.2).

104 X

TOPIK 7

ENSEMBEL REKODER

Dengan renj yang terhad, gubahan muzik untuk ensembel rekoder soprano juga agak terhad. Gubahan yang dibuat kebiasaannya dalam bentuk-bentuk berikut: (a) (b) (c) Unison Dua bahagian (2 parts) Tiga bahagian (3 parts)

Rajah 7.1: Kumpulan ensembel yang terdiri daripada pelbagai jenis rekoder

Rajah 7.2: Dari atas ke bawah - rekoder bass, rekoder tenor, rekoder alto, rekoder soprano dan akhir sekali rekoder sopranino

TOPIK 7

ENSEMBEL REKODER

W 105

7.1.1

Memainkan Rekoder Dua Bahagian

Permainan rekoder soprano dua bahagian bermaksud satu kumpulan rekoder soprano dibahagi kepada dua kumpulan kecil untuk memainkan dua bahagian yang berbeza secara serentak. Hasilnya ialah muzik secara harmoni. Bahagian rekoder soprano 1 akan memainkan melodi bahagian atas (soprano 1), manakala rekoder soprano 2 akan memainkan melodi kedua di bahagian bawah (soprano 2). Jika hanya terdapat dua orang pemain rekoder soprano yang memainkan dua bahagian melodi yang berlainan, ia juga boleh digelar sebagai duet.

Rajah 7.3: Rekoder soprano duet

Berikut adalah contoh petikan skor gubahan untuk permainan rekoder soprano dalam dua bahagian: Contoh 1

106 X

TOPIK 7

ENSEMBEL REKODER

Contoh 2

Petikan dari lagu Jingli Nona

Contoh 3

Petikan dari lagu Jingli Nona

TOPIK 7

ENSEMBEL REKODER

W 107

Contoh 4

Petikan dari lagu Enjit Enjit Semut

AKTIVITI 7.1
Untuk meningkatkan kemahiran anda dalam permainan secara ensembel, mainkan contoh-contoh petikan gubahan ensembel di atas bersama dengan rakan-rakan anda semasa sesi tutorial.

7.1.2

Rekoder Tiga Bahagian

Permainan rekoder soprano tiga bahagian bermaksud satu kumpulan rekoder soprano dibahagi kepada tiga kumpulan kecil untuk memainkan tiga bahagian yang berbeza secara serentak. Hasilnya ialah muzik secara harmoni. Rekoder soprano 1 akan memainkan bahagian soprano 1. Rekoder soprano 2 akan memainkan bahagian soprano 2 dan kumpulan rekoder soprano ketiga memainkan bahagian soprano 3. Jika terdapat tiga orang pemain rekoder soprano yang memainkan tiga bahagian yang berbeza secara serentak, ia juga boleh dipanggil trio. Berikut adalah contoh petikan skor gubahan untuk permainan rekoder soprano dalam tiga bahagian:

108 X

TOPIK 7

ENSEMBEL REKODER

Contoh 1

Contoh 2

Petikan dari lagu Jingli Nona

TOPIK 7

ENSEMBEL REKODER

W 109

Contoh 3

Petikan dari lagu Jingli nona

Contoh 4

Petikan dari lagu Enjit Enjit Semut

110 X

TOPIK 7

ENSEMBEL REKODER

AKTIVITI 7.2
Untuk meningkatkan kemahiran anda dalam permainan secara ensembel, mainkan contoh-contoh petikan gubahan ensembel di atas bersama dengan rakan-rakan anda semasa sesi tutorial.

7.1.3

Cara Mengendalikan Ensembel Rekoder Soprano di Bilik Darjah

Sebagai guru, anda perlu mempunyai perancangan dan persediaan yang rapi sebelum mengendalikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran ensembel rekoder soprano di dalam bilik darjah anda. Antara faktorfaktor yang perlu anda lakukan serta langkah-langkah yang lazimnya terdapat dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran ensembel adalah seperti berikut: (a) (b) Pastikan murid telah bersedia dan keadaan kelas terkawal. Pastikan murid duduk/berdiri di dalam kumpulan yang betul mengikut susunan bahagian masing-masing. Cadangan susunan alat adalah seperti berikut (Rajah 7.4): Rekoder Soprano 2 Rekoder Soprano 1 Rekoder Soprano 3

Rajah 7.4: Cadangan susunan ensembel rekoder soprano

(c) (d) (e) (f) (g) (h)

Pastikan dirian not (note-stand) tersedia. Pastikan skor muzik untuk setiap bahagian di letak pada dirian not. Jalankan aktiviti pemanasan. Jalankan latihan mengikut seksyen/kumpulan. Jalankan latihan gabungan kesemua bahagian rekoder soprano. Pastikan murid membasuh pemipit dan membersihkan rekoder setelah selesai sesi latihan.

TOPIK 7

ENSEMBEL REKODER

W 111

7.2

EMSEMBEL REKODER SOPRANO DAN ALAT PERKUSI

Gabungan ensembel rekoder soprano dan perkusi boleh menambahkan warna bunyi dalam sesebuah gubahan ensembel rekoder. Walau bagaimanapun, sesuatu gabungan haruslah digubah dengan bijak bagi mengelak berlakunya bahagian perkusi yang terlalu menonjol atau kuat hingga menyebabkan bunyi melodi dan ensembel rekoder tenggelam. Pada kebiasaannya, perkusi memainkan rentak dan bertindak sebagai penjaga tempo bagi sesebuah lagu. Iringan perkusi tidak seharusnya terlalu lebat. Cukup sekadar dua atau tiga jenis alat perkusi sahaja.

7.2.1

Ensembel Rekoder Soprano Dua Bahagian dan Alat Perkusi

Berikut adalah contoh beberapa petikan skor gubahan yang menggabungkan ensembel rekoder 2 bahagian dan alat perkusi: Contoh 1

112 X

TOPIK 7

ENSEMBEL REKODER

Contoh 2

Petikan dari lagu Jingli Nona

Contoh 3

Petikan dari lagu Enjit Enjit Semut

AKTIVITI 7.3
Untuk meningkatkan kemahiran anda dalam permainan secara ensembel, mainkan contoh-contoh petikan gubahan ensembel di atas bersama dengan rakan-rakan anda semasa sesi tutorial.

TOPIK 7

ENSEMBEL REKODER

W 113

7.2.2

Ensembel Rekoder Soprano Tiga Bahagian dan Alat Perkusi

Berikut adalah contoh beberapa petikan skor gubahan yang menggabungkan ensembel rekoder 3 bahagian dan beberapa alat perkusi: Contoh 1

Petikan dari lagu Itulah Sayang

114 X

TOPIK 7

ENSEMBEL REKODER

Contoh 2

Petikan dari lagu Ibu

AKTIVITI 7.4
Untuk meningkatkan kemahiran anda dalam permainan secara ensembel, mainkan contoh-contoh petikan gubahan ensembel di atas bersama dengan rakan-rakan anda semasa sesi tutorial.

7.2.3

Cara Mengendalikan Ensembel Rekoder dan Perkusi di Bilik Darjah

Seperti yang diterangkan dalam bahagian 7.1.3, anda sudah seharusnya merancang dan membuat persediaan rapi sebelum mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran ensembel rekoder soprano di bilik darjah. Dengan penambahan alat-alat perkusi, beberapa faktor tambahan perlu diambil kira dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah panduan umum beberapa aspek penting yang perlu diambil perhatian dalam sesi pengajaran ensembel rekoder dan alat perkusi:

TOPIK 7

ENSEMBEL REKODER

W 115

(a) (b)

Pastikan murid telah bersedia dan keadaan kelas terkawal. Pastikan murid duduk/berdiri di dalam kumpulan yang betul mengikut susunan bahagian dan alat muzik masing-masing. Cadangan susunan alat adalah seperti Rajah 7.15 di bawah:
Perkusi Rekoder Soprano 2 Rekoder Soprano 1 Rekoder Soprano 3

Rajah 7.5: Cadangan susunan ensembel rekoder dan perkusi

(c) (d) (e) (f) (g) (h) (i)

Pastikan murid mempunyai ruang yang selesa untuk bermain. Elakkan keadaan di mana pelajar terpaksa berhimpit antara satu sama lain. Pastikan dirian not (note-stand) tersedia. Pastikan skor muzik untuk setiap bahagian dan jenis alat di letak pada dirian not. Jalankan aktiviti pemanasan. Jalankan latihan mengikut seksyen/kumpulan untuk setiap alat rekoder dan perkusi. Jalankan latihan gabungan kesemua bahagian rekoder soprano dan alat perkusi. Pastikan murid membasuh pemipit dan membersihkan rekoder dan menyimpan alat-alat perkusi di tempat simpanan dalam keadaan baik setelah selesai sesi latihan.

7.3

ENSEMBEL REKODER SOPRANO, ALAT PERKUSI DAN NYANYIAN

Gubahan muzik yang menggabungkan rekoder soprano dengan alat perkusi dan nyanyian boleh menjadi sebuah ensembel yang menarik. Penglibatan dalam ensembel begini akan memberi pengalaman muzik yang menarik dan bermakna kepada murid. Persepsi estetik mereka dapat dikembangkan dengan melibatkan diri dengan muzik yang bertekstur lebih tebal dengan kepelbagaian dari segi warna ton. Kebiasaan bermain dalam ensembel yang melibatkan pelbagai alat dan nyanyian akan mengembangkan kemahiran murid bermain secara ensembel. Ketajaman

116 X

TOPIK 7

ENSEMBEL REKODER

mendengar pelbagai bunyi dalam satu-satu masa, kepekaan kepada irama dan tempo, dinamik dan ekspresi akan turut dapat dipertingkatkan.

7.3.1

Contoh Lagu untuk Ensembel Rekoder Soprano, Perkusi dan Nyanyian

Berikut adalah contoh petikan skor gubahan yang menggabungkan ensembel rekoder tiga bahagian, alat perkusi dan nyanyian: Contoh Lagu

Petikan dari lagu Ibu

7.3.2

Latihan Mengikut Bahagian

Berlatih mengikut bahagian merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang penting bagi mendapatkan permainan ensembel yang baik. Bagi sebuah ensembel yang menggabungkan pelbagai jenis alat dan bahagian yang banyak, aspek latihan mengikut bahagian menjadi satu proses yang sangat diperlukan. Sebagai contoh, gubahan ensembel lagu Ibu di atas mengandungi enam bahagian yang berlainan. Gubahan yang sebegini biasanya agak mencabar bagi murid sekolah rendah. Oleh itu, teknik yang terbaik untuk guru jalankan ialah latihan dalam kumpulan mengikut bahagian masing-masing.

TOPIK 7

ENSEMBEL REKODER

W 117

Untuk tujuan latihan mengikut bahagian, guru perlu menyediakan skor individu yang cukup untuk setiap bahagian. Sebagai contoh, untuk gubahan ensembel lagu Ibu, guru harus menyediakan skor individu untuk Vokal, Soprano 1, Soprano 2, Soprano 3, Sleigh Bells, Tamborin dan dram tenor. Berikut adalah skor individu setiap bahagian untuk gubahan lagu Ibu.

118 X

TOPIK 7

ENSEMBEL REKODER

TOPIK 7

ENSEMBEL REKODER

W 119

AKTIVITI 7.5
Untuk meningkatkan kemahiran anda dalam permainan secara ensembel, mainkan gubahan ensembel lagu Ibu di atas bersama dengan rakan-rakan anda semasa sesi tutorial.

120 X

TOPIK 7

ENSEMBEL REKODER

7.3.3

Cara Mengendalikan Ensembel Rekoder, Perkusi dan Nyanyian di Bilik Darjah

Dengan gabungan vokal dan alat-alat perkusi, proses pengajaran menjadi semakin mencabar. Selain daripada panduan yang diberikan di bahagian 7.1.3 dan 7.2.3., berikut adalah beberapa faktor tambahan yang perlu diambil kira dalam mengendalikan sesi pengajaran ensembel rekoder, alat perkusi dan nyanyian: (a) Pastikan murid duduk/berdiri di dalam kumpulan yang betul mengikut susunan bahagian dan alat muzik masing-masing. Cadangan susunan alat adalah seperti Rajah 7.6 di bawah: Perkusi Rekoder Soprano 2 Rekoder Soprano 1 Penyanyi
Rajah 7.6: Cadangan susunan ensembel rekoder, perkusi dan penyanyi

Rekoder Soprano 3

(b) (c)

Pastikan ruang yang cukup dan selesa untuk barisan penyanyi dan pemain rekoder dan perkusi. Nyanyian memerlukan aliran udara yang baik.

Ensembel rekoder ialah satu kumpulan rekoder yang bergabung bagi memainkan satu gubahan muzik. Ensembel rekoder soprano ialah satu kumpulan rekoder yang sama jenis iaitu soprano sahaja seperti yang biasa didapati dikebanyakan sekolah rendah pada hari ini. Permainan rekoder soprano dua bahagian bermaksud satu kumpulan rekoder soprano dibahagi kepada dua kumpulan kecil untuk memainkan dua bahagian yang berbeza secara serentak bagi menghasilkan muzik secara harmoni. Jika hanya terdapat dua orang pemain rekoder soprano yang memainkan dua bahagian melodi yang berlainan, ia juga boleh digelar sebagai duet.

TOPIK 7

ENSEMBEL REKODER

W 121

Permainan rekoder soprano tiga bahagian bermaksud satu kumpulan rekoder soprano dibahagi kepada tiga kumpulan kecil untuk memainkan tiga bahagian yang berbeza secara serentak untuk menghasilkan muzik secara harmoni. Jika terdapat tiga orang pemain rekoder soprano yang memainkan tiga bahagian yang berbeza secara serentak, ia juga boleh dipanggil trio. Berlatih mengikut bahagian merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang penting bagi mendapatkan permainan ensembel yang baik. Kebiasaan bermain dalam ensembel yang melibatkan pelbagai alat dan nyanyian akan mengembangkan kemahiran murid bermain secara ensembel.

Bahagian Dirian Not

Gubahan ensembel Latihan mengikut bahagian Skor individu

Duet
Ensembel rekoder

Trio

Baines, Anthony. (1991). Woodwind instruments and their history. New York: Dover Publication Inc. Kamien, R. (1996). Music: An appreciation (7th ed.). New York: McGraw-Hill Companies. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat perkembangan Kurikulum. Kementerian (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Pendidikan Malaysia.

Priestley, E., & Fowler, F. (1995). The school recorder book (Revised ed.). New York: Music Sales Limited.

You might also like