You are on page 1of 6

UNIVERSITI DARUL IMAN

kampus KUSZA

ASAS KEUSAHAWANAN – KKU 2011


FINAL EXAM

ARAHAN:
Kertas soalan ini terdiri dari Tiga Bahagian iaitu ;
o Bahagian A – Soalan berbentuk anika pilihan.
o Bahagian B – Soalan berbentuk betul atau salah.
o Bahagian C – Soalan berbentuk Subjektif. ● Jawab semua soalan
tersebut.
BAHAGIAN A.
1. Apa dia rancangan perniagaan ?
A. Dokumen bertulis mengenai kewangan perniagaan.
B. Satu pelan perniagaan yang menjelaskan bagaimana produk akan dijual
dan dan dipasarkan.
C. Dokumen bertulis mengenai hala tuju masa depan perniagaan.
D Dokumen hala tuju pentadbiran pemasaran perniagaan.

2. Berikut adalah tujuan rancangan perniagaan disediakan kecuali


A. Satu pelan halatuju perniagaan.
B. Sebagai alat mengurangkan risiko kegagalan perniagaan.
C. Sebagai sumber rujukan kepada pelabur untuk menilai perniagaan.
D Sebagai satu bentuk catitan sejarah perniagaan.

3. Kepentingan rancangan perniagaan kepada usahawan adalah


A. Untuk meningkatkan peluang bagi mencapai kejayaan.
B. Untuk meningkatkan motivasi usahawan.
C. Untuk meningkatkan pesaingan.
D Untuk meningkatkan bilangan pemegang saham syarikat.

4. Siapakah yang memerlukan rancangan perniagaan?


A. Kerajaan
B. Suruhanjaya Syarikat Malaysia
C. Pemberi pinjaman seperti institusi kewangan.
D Orang ramai

5. Rancangan perniagaan dikatakan sebagai alat pengukur kejayaan kerana


A. Rancangan perniagaan menyediakan asas sasaran pencapaian
Perniagaan untuk dijadikan alat perbandingan dengan apa yang
Dicapai sebenarnya.
B. Rancangan perniagaan yang menyatakan untung rugi perniagaan.
C. Rancangan perniagaan menyediakan penyata kewangan yang akan
Dijadikan alat mengukur keuntungan perniagaan.
D Rancangan perniagaan mempunyai pelan pemasaran yang mampu
Menjelaskan jualan produk.

6. Berikut adalah beberapa elemen penting yang terdapat pada sebuah


rancangan perniagaan yang baik kecuali ?

1…
A. Profil syarikat.
B. Strategi pemasaran.
C. Analisis pesaing
D Rekod perakaunan perniagaan.

7. Faktor berikut telah menyebabkan rancangan perniagaan tidak dapat


diterima oleh institusi kewangan/pembiayaan pinjaman ?
A. Anggaran @ analisis kewangan perniagaan yang tidak realistic.
B. Tidak menjelaskan siapa pesaing dan industri/sektor yang diceburi.
C. Tiada gambar dalam rancangan perniagaan.
D Anggaran kewangan perniagaan yang menggambarkan keuntungan
Perniagaan.

8. Rancangan perniagaan mampu menyediakan asas untuk usahawan/pelabur


melakukan ujian awal ke atas perniagaan. Ujian yang dimaksud adalah
seperti berikut kecuali
A. Ujian kebolehpercayaan.
B. Ujian kompetitif
C. Ujian nilai
D Ujian pemasaran.

9. Berikut elemen promosi yang sering digunakan kecuali


A. Pengiklanan.
B. Promosi jualan.
C. Publisiti & Perhubungan awam.
D Pemasaran.

10.AirAsia berjaya membina pasaran perniagaan dalam tempoh yang agak


singkat kerana
A. Pakej tambang murahnya.
B. Strategi promosi yang agresif.
C. Strategi warna syarikat.
D Strategi pengurusan organisasi yang terbaik.

11.KFC berjaya mendekati pelanggan dan menguasai pasaran makanan segera


Malaysia kerana kejayaan strategi
A. Promosi jualan.
B. Pengiklanan.
C. Jualan personal.
D Publisiti.

12.Apakah harga diskriminasi ?


A. Penetapan harga berbeza bagi produk yang sama berdasarkan
Perbezaan pengguna atau lokasi.
B. Penetapan harga sama tetapi diletak dilokasi yang berbeza.
C. Penetapan harga didalam angka bulat seperti RM10.00
D Penetapan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran semasa.

13.Harga psikologikal adalah


A. Penetapan harga dengan angka bulat.
B. Penetapan harga dengan angka ganjil.
C. Penetapan harga dengan angka genap.
D Penetapan harga yang mewujudkan diskaun.

2…
14. Apa dia pengurusan ?.
A. Satu proses perancangan, pengorganisasian, pimpinan dan
Pengawalan.
B. Satu proses pengorganisasian, perancangan, pimpinan dan
Pengawalan.
C. Satu proses perancangan, pengawalan, pengorganisasian dan
Pimpinan.
D Satu proses pengawalan, perancangan, pimpinan dan
pengorganisasian

15.Campuran pemasaran melibat kombinasi berikut kecuali ;


A. Harga
B. Produk
C. Promosi
D Pengiklanan

16.Apa dia perancangan ?


A. Setiap tindakan untuk memastikan keuntungan perniagaan.
B. Setiap tindakan awal dalam menyediakan rancangan masa depan
Organisasi.
C. Setiap tindakan untuk menyediakan hala tuju masa depan organisasi
dan menentukan masalah-masalah yang akan dihadapi.
D Merupakan rancangan perniagaan.

17. Berikut adalah aspek kepentingan perancangan kecuali ?


A. Memudahkan pencapaian matlamat.
B. Menjadi kayu pengukur prestasi.
C. Sumber asas rujukan untuk membuat keputusan.
D Memudahkan urusan organisasi apabila ingin membuat pinjaman.

18. Mengapa sesuatu perniagaan yang baru perlu mempunyai rancangan


perniagaan ?
A. Untuk memastikan keuntungan perniagaan.
B. Untuk memudahkan pengurusan pemasaran perniagaan.
C. Sebagai sumber dan rujukan utama hala tujuan perniagaan.
D Sebagai persediaan bagi memudahkan urusan pinjaman perniagaan.

19.Apa dia pengorganisasian ?


A. Pembahagian kerja yang perlu dilakukan dan pembentukan struktur untuk
Memastikan segala kerja disiapkan dengan cara teratur, cekap dan tetap.
B. Pembahagian jawatan dalam organisasi.
C. Pembahagian kerja dalam memastikan keuntungan perniagaan.
D Pembahagian tugasan dan jawatan dalam organisasi

20. Aspek pengawalan adalah merujuk kepada


A. Tatacara untuk menentukan keuntungan perniagaan.
B. Tatacara menilai dan menbandingkan pencapaian dengan objektif
yang telah dirancangkan dan seterusnya memperbaiki keadaan.
C. Tatacara memperbetulkan keadaan.
D Tatacara menilai keputusan dan merancangkan program baru.

3…
21.Harga adalah
A. Nilai pertukaran sesuatu barangan/perkhidmatan.
B. Nilai kualiti barangan.
C. Satu tanda nilai jualan produk/perkhidmatan.
D. Nilai faedah produk

22.Fungsi kepimpinan (pengarahan) dalam pengurusan adalah


A. Proses merealisasi objektif organisasi melalui dorongan, panduan dan
Tunjuk ajar kepada kakitangan bawahan.
B. Proses arahan kerja.
C. Proses yang melibatkan kakitangan memahami objektif organisasi.
D. Adalah satu bentuk peraturan dan produser tugasan/kerja
yang perlu dipatuhi.

23. Aspek pengurusan amat penting dalam perniagaan. Kegagalan membentuk


sistem pengurusan yang cekap boleh mengakibatkan perniagaan
A. Mendapat keuntungan.
B. Mengakibatkan syarikat semakin dikenali.
C Mengakibatkan usaha promosi perlu digiatkan.
D. Mengakibatkan syarikat berhadap dengan risiko perniagaan.

24.Strategi campuran pemasaran juga dikenali sebagai


A. Strategi 4P
B. Strategi 2P
C. Strategi 5P
D. Strategi 6P

25.Berikut beberapa strategi peletakan pasaran yang boleh digunakan kecuali


A. Berasaskan cirri keluaran.
B Berasaskan faedah yang boleh diperolehi.
C Berasaskan strategi menentang pesaing
D Berasas piskologi pengguna.

26.Berikut adalah cirri peringkat produk sebenar kecuali


A. Pembungkusan
B. Jenama
C Kualiti
D Waranti

27.Berikut adalah cirri peringkat produk tambahan


A. Rupabentuk.
B. Rekabentuk.
C. Pembungkusan.
D. Khidmat selepas jualan.

28.Fungsi pemasaran meliputi aspek berikut kecuali


A. Pembelian dan penjualan.
B. Penstoran
C. Pengangkutan
D. Pasaran

29.Objektif iklan adalah seperti berikut kecuali


A. Untuk mewujudkan kesedaran dan menarik minat pengguna.

4…
B. Untuk sentiasa mengingatkan pengguna dan bakal pengguna tentang
Kewujudan sesuatu keluaran.
C. Untuk memasarkan sesuatu keluaran atau idea terlebih dahulu sebelum
Sampai dipasaran.
D. Untuk membantu pengguna menjadi agen pemasaran.

30.MeCD adalah singkat daripada.


A. Kementerian Pembangunan Usahawan.
B. Kementerian Pembangunan Keusahawanan & Koperasi.
C. Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi.
D. Kementerian Usahawan Koperasi

Bahagian B – Soalan berbentuk betul atau salah.

31. Promosi jualan menawarkan insentif jangka pendek untuk menggalakkan


pembelian atau jualan sesuatu produk/perkhidmatan.
A. Betul
B. Salah

32.Kelebihan promosi jualan adalah kerana ia memberi lebih insentif untuk


pengguna bertindak.
A. Betul
B. Salah

33.Identiti korporat seperti logo, kad perniagaan dan slogan merupakan


elemen promosi menerusi kaedah perhubungan awam
A. Betul
B. Salah

34. Iklan McDonalds yang memaparkan produk serta hubungan kekeluargaan


yang inginkan produk yang ringkas dan segera memberi mesej iklan gaya
hidup.
A. Betul
B. Salah

35.Diskaun merupakan peningkatan harga ke atas pembelian dalam masa


yang ditetapkan.
A. Betul
B. Salah

36. Jenama adalah nama, tanda, symbol atau rekacipta atau gabungan
kesemua yang boleh dikenalpasti oleh pembuat @ oleh penjual bagi
diperkenalkan kepada pengguna.
A. Betul
B. Salah

37. Pengorganisasian merupakan proses merancang dan mengawal pengurusan


organisasi.
A. Betul
B. Salah

38. Perletakan pasaran adalah satu cara dimana keluaran dikenali oleh
pengguna kerana cirri-ciri pentingnya.

5…
A. Betul
B. Salah

39.Rangsangan pemasaran (4P) mampu mempengaruhi gelagat pembelian


pengguna.
A. Betul
B. Salah

40.“ Kini anda boleh mendapatkan tambang ke Johor Bahru dari RM7.99” ini
antara kenyataan iklan AirAsia. Promosi yang dilaksanakan disini adalah
berasaskan penentuan harga psikologi
A. Betul
B. Salah

Bahagian C – Soalan berbentuk Subjektif.

Arahan – Jawab semua soalan dibawah ini.

1. Jelaskan 2 objektif utama pembungkusan produk. (20 markah).

2. Nyatakan keempat empat fungsi pengurusan yang telah dipelajari. Secara


ringkas jelaskan juga setiap fungsi tersebut (40 markah)

------------------------ SELAMAT MENJAWAB -------------------------

6…

You might also like