You are on page 1of 10

KEPELBAGAIAN BUDAYA

EDU 3109

DEFINISI BUDAYA
Budaya ialah tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya) Kamus Dewan Edisi Keempat Suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Cara hidup manusia dari segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh ahli atau anggotanya serta diwarisi secara turun-temurun. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying et al.

Oleh itu, kepelbagaian budaya merujuk kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan sebagainya. Setiap kaum mempunyai budaya masing-masing dan setiap budaya berbeza dari segi agama, bahasa, kepercayaan dan sistem nilai.

CABARAN dalam aspek KEPELBAGAIAN BUDAYA


Di sekolah kebangsaan pelajar berbilang bangsa atau etnik. Mempunyai pemikiran, kepercayaan dan agama yang berbeza. Cabaran kepada guru mewujudkan suasana bilik darjah yang produktif dan mesra budaya. Perancangan dan pelaksanaan rapi perlu dibuat supaya pendidikan pelbagai budaya berkesan dan bermakna kepada semua pelajar.

Konsep kepelbagaian budaya perlu difahami supaya dapat mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian dan persamaan untuk semua rakyat Malaysia. Salah satu cara untuk menyatupadukan rakyat pelbagai budaya adalah membina negara bangsa dengan pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.

Pemahaman konsep kepelbagaian budaya melalui : - penghayatan prinsip rukun negara. - pendedahan aspek kewarganegaraan dalam Pendidikan Moral dan bidang pelajaran distrukturkan mengikut nilai-nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara. - pengajaran mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah rendah dan

CONTOH SITUASI GURU MENANGANI CABARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA


Guru memahami budaya pelajarnya. Guru menerima jemputan menghadiri jamuan makan malam bersama keluarga pelajar di rumahnya beri peluang teroka dan alami cara hidup, tabiat dan cara sapaan pelajar berlainan budaya untuk tangani isu budaya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru wujudkan peluang mengumpul maklumat tentang aspek kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar perbincangan dan perkongsian ilmu dalam mata pelajaran yang sesuai. Guru menggunakan bahan kurikulum yang mewakili kumpulan etnik secara positif dan pelajaran akan menyeronokkan. Dalam topik Pakaian Tradisional, guru tunjuk gambar atau bawa pakaian tradisional pelbagai kaum pelajar dapat teliti serta kuasai pengetahuan tentang ciri unik setiap pakaian.

Di sekolah yang pelajarnya homogen dari segi budaya, guru wujudkan peluang untuk memahami latar belakang budaya lain. Wujudkan pakatan dalam program sekolah anak angkat di mana pelajar berbilang kaum boleh berkomunikasi melalui email, bertukar berita, foto dan projek yang boleh dilaksanakan di Sekolah Wawasan.

KESIMPULAN
Perpaduan dalam masyarakat pelbagai budaya merupakan nadi kepada kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan keharmonian rakyat. Peranan guru sebagai pemimpin di dalam bilik darjah amat penting untuk membudayakan ciri-ciri kesederhanaan, kepekaan terhadap orang lain, toleransi dan berakomodasi dalam kalangan pelajar.

You might also like