You are on page 1of 8

REKACIPTA, INOVASI DAN KREATIVITI

Noraihan Binti Isa, Kamilah Binti Jaffar, Norhafiza Binti Sharom Politeknik Merlimau, Melaka noraihan@pmm.edu.my

1.0

KONSEP REKA CIPTA

Reka cipta berasal daripada perkataan Latin, invenire, yang bermaksud muncul. Dalam bahasa Inggeris, invent bermaksud cipta. Invention pula ialah kata nama yang bermaksud rekacipta atau dayacipta. Dalam konteks Islam, rekacipta hanya sifat dan hak Allah S.W.T yang mencipta sesuatu elemen yang tiada kepada ada. Dalam konteks yang tidak bercanggah dengan kuasa dan hak Allah yang agung itu, rekacipta ialah pencarian, penemuan, dan penghasilan sesuatu produk daripada tiada kepada ada. Penemuan dan rekacipta adalah untuk memudahkan urusan manusia dalam kehidupannya. Beberapa definisi reka cipta disenaraikan seperti berikut (Runco & Pritzker, 1999): the creation of something in the mind. To discover or create something new Any discovery which is or may patentable or otherwise protectable. Invention is the process through which something produced or constructed by original thought. The ability to make up or produce something for first time. (Lorraine, 1997)

Kreativiti ialah satu usaha secara sedar yang melibatkan penglahiran idea kreatif berserta tindakan kreatif terhadap sesuatu konsep, pendekatan, cirri-ciri atau sifat yang lama. Kreativiti ialah penciptaan atau proses penciptaan. Reka cipta berlaku apabila idea yang kreatif diterjemahkan secara kreatif atau operasional (Rajah 1.1). Secara literal, rekacipta difahami sebagai suatu proses untuk menghasilkan produk baru berdasarkan kreativiti pereka cipta. Sesuatu reka cipta mesti bersifat asli, praktikal, berkualiti dan

bernilai tambah. Jika ia memenuhi semua syarat asas tersebut bermakna reka cipta terbabit dikira layak menerima paten (hak cipta produk).

Rajah 1: Formula idea kreatif dan reka cipta

Paten ialah suatu bentuk pengiktirafan bahawa sesuatu produk yang dihasilkan memiliki ciri-ciri keaslian, inovatif dan kreatif. Hal ini ditegaskan oleh Brannigan (1981) sebagai, the way in which a new discovery or invention had to be legitimized by recognized authorities before it could be seen as valid.

2.0

KONSEP INOVASI

Sebelum inovasi terhadap sesuatu perkara, ia bermula dengan proses penemuan. Kesemua bentuk penemuan, inovasi dan reka cipta adalah hasil daripada proses kreatif yang sukar untuk dirancang dan dijangka. Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat (2007), reka cipta merupakan barang yang pertama kali dicipta; ciptaan baru. Manakala inovasi ialah sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat yang baru atau perihal (tindakan) mengadakan, memulakan sesuatu yang baru dan kreativiti pula merupakan kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif, kekreatifan.

Didalam buku kemahiran berfikir, perkataan inovasi berasal daripada bahasa Latin dan pada asalnya perkataan ini bermakna pembaharuan. Pada masa kini, inovasi adalah cabaran terbesar yang dihadapi oleh dunia.

Beberapa definisi bagi istilah inovasi 1. proses kreatif yang mana beberapa barangan digabung menjadi satu (contoh: walkman) 2. proses pengeluaran yang baru (contoh: penggunaan accumulator dalam pemesinan)

3. modifikasi terhadap barangan yang sedia ada (contoh: kamera digital) 4. penggunaan bahan yang lebih murah tanpa menjejaskan kualiti produk ( contoh: marjerin) 5. cara baru menyelesaikan masalah lama

2.1 Tujuan Inovasi

Inovasi bertujuan untuk menghasilkan produk ataupun perkhidmatan baru bagi para pengguna dengan teknologi sebagai terasnya. Ini kerana, tanpa teknologi tujuan itu tidak dapat dicapai. Walaupun begitu, aspek-aspek itu ialah proses pengeluaran, kaedah pengedaran dan pemasaran. Perlu diingatkan inovasi tidak semestinya melibatkan teknologi, malah ada pakar yang berpendapat inovasi tidak mempunyai kaitan dengan produk atau perkhidmatan. Sebaliknya inovasi didefinisikan sebagai penciptaan cara-cara bagi menyampaikan nilai kepada para pengguna. Inovasi dan reka cipta bergantung kepada adanya maklumat yang relevan, daya memanipulasi maklumat, kreativiti bagi mencipta konsep-konsep novel dan kreativiti bagi manjan aplikasi-aplikasi baru. Suatu contoh inovasi yang tidak mempunyai kaitan dengan teknologi baru ialah apa yang dilakukan oleh syarikat pengeluaran Ramly Burger. Ia berjaya menjadi pengeluara burger terbesar di Malaysia kerana inovasi yang dilakukan dalam proses pemasaran burgernya.

Aplikasi adalah faktor penting dalam inovasi. Kita jangan hanya memikirkan apa yang cuba dilakukan oleh inovasi itu tetapi fikirkan juga apa yang dapat mendorong supaya orang yang sepatutnya menggunakan inovasi itu, mahu menggunakannya. Inovasi-inovasi yang cuba mencipta kegunaan-kegunaan baru dan memasuki pasaran-pasaran baru mestilah dinuat berpandukan tujuan teknikal yang jelas, tepat dan reka bentuknya memenuhi aplikasinya.

Inovasi dan reka cipta bergantung kepada: 1. Adanya maklumat yang relevan 2. Daya memanipulasi maklumat 3. Kreativiti bagi mencipta konsep-konsep novel 4. Kreativiti menjana aplikasi-aplikasi baru

Prinsip-prinsip inovasi Bagi mencipta dan melaksanakan inovasi, Peter F. Drucker menyebut beberapa perkara yang lebih baik jangan dibuat dan beberapa syarat. Perkara-perkara yang mesti dilakukan: 1. Inovasi adalah bersifat konseptual dan perseptual 2. inovasi adalah pengenalpastian peluang-peluang baru 3. bagi mencipta inovasi yang efektif, inovasi itu hendaklah bersifat mudah 4. inovasi yang efektif bermula secara kecil

Inovasi mempunyai beberapa objektif antaranya: 1. mengurangkan kos 2. meninggikan kualiti 3. meningkatkan lagi prestasi tambahan 4. memberi ciri-ciri prestasi tambahan 5. memberi prestasi baru

Setiap idea dihasilkan melalui proses dan tahap pengkonsepsian, reka cipta, pembangunan, pengeluaran dan penggunaan. Inovasi boleh berlaku pada satu tahap ataupun pada gabungan beberapa tahap tersebut. Walau apa pun yang terlibat dalam inovasi, ia hanya wujud apabila sesuati idea itu telah benar-benar digunakan. Oleh itu, konsep inovasi melibatkan proses penghantaran dan pemasaran idea-idea itu kepada pengguna. Dengan demikian, proses inovasi melibatkan lebih daripada setakat tahap pengkonsepsian, reka cipta dan pembangunan yang merupakan tahap penghasilan prototaip.

Sejarah reka cipta menunjukan kebanyakan peralatan yang dihasilkan adalah berasaskan pemikiran kreatif. Tokoh-tokoh seperti Beethoven, El Greco, Einstein dan Freud adalah tokohtokoh yang kreatif dalam bidang kemnusiaan dan sains. Mereka tidak takut pada ingatan yang terhad serta tidak takut kesilapan yang dilakukannya. Mereka adalah tokoh-tokoh yang menggunakan kreativiti dalam memeberi sumbangan kepada manusia dan seluruh pembangunan dunia. Pemikiran kreatif pada tahap tinggi bukan dimiliki oleh semua manusia. Mengikut sejarah kreativiti, genius yang mencapai tahappemikiran kreatif tahap tinggi menghabiskan banyak masa

menghasilkan idea-idea kreatif dan bermutu. Kreativiti adalah antara sifat yang diberikan kepada manusia oleh Allh SWT sebagai anugerah.

3.0

KONSEP KREATIVITI

Kreativiti ialah suatu disiplin yang terus-menerus dibincang dan dibahaskan secara ilmiah. Kreativiti pernah dibicarakan oleh beberapa orang ahli falsafah dan pemikir klasik seperti Plato, Aristotle, Immanuel Kant dan Francis Galton (Rothenberg dan Hausman,1996). Menurut pemikir dan ahli falsafah pada zaman klasik, mereka menganggap kreativiti sebagai suatu kuasa alamiah yang dimiliki oleh individu genius misalnya ahli falsafah, pelukis, penyair dan ahli nujum. Pada tahap awal, kreativiti amat bersinonim dengan individu yang genius. Dengan itu, kajian awal tentang kreativiti dilakukan dalam perspektif individu yang memiliki kebolehan berfikir dan daya cipta yang hebat antaranya Leonardo da Vincci, Charles Darwin dan Mahatma Ghandi.

Menurut kamus Webster (1976), pemikiran kreatif ialah the ability to bring something of the new existence. Definisi ini memperlihatkan bahawa kreativiti ialah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali.

Piirto (2004) menyimpulkan sebagai Creativiy is in the personality, the process, and the product within a domain in interaction with genetic influences and with optimal environmental influences of home, school, community and culture, gender and chance. Creativity is a basic human need to make new.

Menurut de Bono (1970), kreativiti memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan makna tentang pemikiran kreatif. Kreatif berasal daripada perkataan latin, creare, yang bermaksud membuat. Dalam bahasa Greek pula, krainein membawa makna memenuhi. Dalam bahasa Inggeris, create atau cipta dalam bahasa Melayu.

Beberapa pendapat lain mengenai definisi kreativiti; Looking at what everybody else is looking but thinking of what nobody else has thought. (Albert, 1997) Something or some process that is original, novel, newly thought of, and in some cases as being useful. (Amabile, 1999) Creativity is the making of the new and the rearranging of the old. (V. Mike, 1995)

4.0

KONSEP KREATIVITI DALAM REKACIPTA

Rekacipta ialah suatu sains dan seni penghasilan produk. Kreativiti pula ialah kebolehan berfikir, menerbitkan idea, dan menyelesaikan masalah pereka cipta yang akhirnya membolehkannya menghasilkan sebuah rekacipta. Secara umum, kreativiti dan reka cipta ialah dua konsep yang mempunyai pertalian yang sangat rapat. Kreativiti ialah kebolehan yang dimiliki oleh manusia untuk menerbitkan idea dan melakukan imaginasi. Kreativiti ialah kebolehan asas yang ada pada manusia tentang bagaimana sesuatu idea, konsep, dan kerangka sesuatu reka cipta itu dapat dipaparkan dalam minda manusia. Reka cipta ialah produk yang dihasilkan daripada kebolehan kreativiti manusia menterjemahkan idea tersebut secara konkrit. Dengan itu, reka cipta ialah hasil terakhir daripada kemampuan kreativiti yang melibatkan proses berfikir, menerbitkan idea dan menyelesaikan masalah. Pada masa kini, terdapat begitu banyak reka cipta yang bukan sahaja mudah tetapi memberi impak besar dalam kehidupan manusia. Antaranya ialah klip kertas, pin tekan, penyangkut baju dan stick-on notes. Walaupun keempat-empat produk pengguna ini amat mudah dan ringkas tetapi sangat bermakna dalam kehidupan manusia. Malah idea inovatif yang mudah ini berjaya mengaut keuntungan berbillion ringgit dalam pasaran global.

5.0

REKACIPTA, INOVASI, ADAPTASI DAN IMITASI

N. Hermann dalam artikelnya yang bertajuk Creativity? Innovation? Are they different? Do we need both?, telah membuat klasifikasi antara kreativiti dengan inovasi. Menurutnya, inovasi tidak dapat berdiri sendiri melainkan dengan kreativiti.

Kreativiti bersifat asli, baru, mencipta dan berisiko tinggi. Kreativiti turut memerlukan komitmen yang berterusan di samping sikap yang toleran terhadap kesilapan. Inovasi pula merupakan proses membuat perubahan atau penambahbaikan daripada sesuatu produk yang sedia ada. Inovasi menitikberatkan modifikasi dan proses bersistematik. Walaupun inovasi berisiko rendah kerana hasil yang dirancang boleh dijangkakan, tetapi inovasi masih memerlukan komitmen yang tinggi dan berterusan seperti yang digambarkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Reka cipta dan Inovasi REKA CIPTA Mencipta Produk Baru dan Unik Asli Risiko tinggi Toleran terhadap kesilapan Komitmen jangka panjang Berterusan Proses yang kompleks Bermula daripada tiada Hasil tidak dapat dijangka Lazimnya bersifat individu dan bersifat kepuasan INOVASI Membuat Perubahan Penambahbaikan Modifikasi Risiko rendah Pengurusan risiko Komitmen untuk mencapai matlamat Berubah-ubah Proses yang bersistematik Bermula dengan sesuatu yang telah ada Hasil dirancang dan dapat dijangka Lazimnya melibatkan organisasi dan bersifat komersial

Inovasi ialah proses yang terhasil daripada gabungan kreativiti, misalnya modifikasi, adaptasi, pembaikan struktur dan meningkatkan prestasi suatu proses serta produk sedia ada. Contoh inovasi ialah computer peribadi kepada laptop, dan laptop kepada TabletPC. Inovasi berasal daripada bahasa Latin, innovare yang bermaksud untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau kejayaan mengeksploitasi idea baru (Joe, John, dan Keith, 1997). Kreativiti dan reka cipta merupakan makanan kepada inovasi (Rajah 2).

Rajah 2 : Kreativiti: reka cipta, inovasi dan adaptasi

Rujukan Ainon Mohd.,Abdullah Hassan (2006). Belajar berfikir. PTS professional, Cetakan Kelima 2006 Ainon Mohd, Abdullah Hassan (2007). Berfikir Seperti Inventor. PTS Professional, Cetakan Ketiga 2007 Mohd Azhar Abd Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi, Muhamed Fauzi Othman (2006). Reka Cipta & Inovasi Dalam Perspektif Kreativiti. Edisi Pertama 2006, UTM Ahmad Shukri Mohd Nain, Amran Md Rosli (2005). Pengurusan Teknologi. Edisi Pertama 2005, UTM

You might also like