You are on page 1of 15

1

1. Pengenalan
Seni dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik
dan seni pergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni
teater, seni sastera, seni fotografi dan seni mempertahankan diri. Seni dalam
Pendidikan peringkat sarjana muda keguruan ini lebih menegaskan kepada
aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan
estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi,
imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan membenarkan murid menjalankan
aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera.
Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti dan daya
imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan
menyeronokkan.
Selain itu, seni dalam pendidikan juga memainkan peranan yang penting
ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika
dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya
dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif
dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri
daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu
pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh.

Terdapat beberapa pandangan yang menyokong bahawa Seni dalam
Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut adalah teori dan
pandangan daripada tokoh-tokoh:
a) Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh
pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif.
Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran
yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti
meneroka, bereksperimen dan mengolah objek atau bahan. Oleh itu, Seni dalam
2


Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid
mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.
b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa
terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya
disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di
sekolah. Realitinya, kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan terhadap
kecerdasan linguistik dan matematik logik sahaja. Secara tidak langsung,
kecerdasan lain akan hilang. Teori Kecerdasan Manusia ini menyokong
kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam matapelajaran Seni dalam
Pendidikan. Penggabungan ini dapat menangani masalah penyuburan
kecerdasan minda kanak-kanak. Selain daripada itu, ia dapat menjana
kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh, terutamanya apabila strategi
pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksana dengan baik dan
berkesan.
Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa jika hanya satu sahaja
pendekatan digunakan di dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan
mendapat bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan
menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang
berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan
pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.
c) Hermann (1991) di dalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan
otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan
intuitif seseorang individu.
d) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk
memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak.
Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kecerdasan muzik,
intuitif, personal, intrapersonal, praktik, estetika, holistik, analitik, emosional,
fizikal dan intelektual.

3


2. Kanak-kanak dan seni

Kehidupan dan pembelajaran merupakan hala tuju yang artistik bagi
kanak-kanak. Mereka dilahirkan dengan keperluan dan keinginan untuk
mengetahui dunia di sekeliling mereka. Pemahaman mereka terbentuk dengan
mempelajari sesuatu yang baru. Kanak-kanak bukan sahaja perlu mengetahui
fakta-fakta yang tersirat tetapi juga mengetahui bagaimana idea-idea
berhubungkait di antara satu dengan yang lain. Mereka boleh mencipta satu
pemahaman tentang bagaimana untuk menghubungkait seni dengan perasaan,
intuisi dan kreativiti manusia. Seni dalam konteks ini merujuk kepada muzik,
pergerakan dan seni visual. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi
perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang
mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan
imaginatif.
Untuk menghuraikan kanak-kanak dan seni, terdapat tiga komponen
utama yang harus dilihat, iaitu;



Keperluan dan
keinginan asas kanak-
kanak
Perkembangan dan
pertumbuhan kanak-
kanak
Perkembangan kanak-
kanak melalui seni
4


2.1 Keperluan dan keinginan asas kanak-kanak
Seni merupakan asas perkembangan individu. Jika diajar dengan baik, ia
dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi
pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang
isu-isu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Ini membolehkan
mereka menyentuh, merasa dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui
interaksi dan pemahaman terhadap persekitaran.

2.2 Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak
Untuk komponen perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak, kita
boleh melihat pada ciri-ciri perkembangan dan ciri-ciri ekspresi. Dalam ciri-ciri
perkembangan dan ciri-ciri ekspresi, aktiviti seni dapat direka bentuk untuk
membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak pada setiap peringkat.
Bila diberi peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan, cara dan teknik kanak-
kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak
terkongkong.

Aktiviti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan
naluri ingin tahu kanak-kanak. Kanak-kanak melihat sesuatu dengan caranya
tersendiri. Kanak-kanak suka menyentuh, mengguling, menguli, meramas,
menggosok, mendengar, mengesan bunyi, menghidu, dan meniru aksi untuk
mengenal sesuatu. Kanak-kanak suka bermain. Seperti telah sedia maklum,
bermain merupakan satu aktiviti yang penting bagi kanak-kanak. Apabila kanak-
kanak bermain, secara tidak langsung dia telah memperkembangkan jasmani,
emosi, rohani, intelek dan aspek sosialnya. Untuk itu, aktiviti seni juga mudah
dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari
dan diminati dan dengan demikian menjadi bermakna kepadanya.



5


2.3 Perkembangan kanak-kanak melalui seni
Aktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak pada setiap peringkat. Apabila kanak-kanak diberi
peluang untuk melakukan aktiviti dengan pelbagai bahan, kanak-kanak dapat
meneroka dengan pelbagai cara dan teknik secara kreatif dengan variasi yang tidak
terhad dan tidak terkongkong. Seni visual, muzik dan pergerakan penting kepada
perkembangan diri kanak-kanak. Aktiviti seni yang terancang dan sistematik
membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan pemahaman serta
membantu memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh. Aktiviti seni
juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-
kanak. Kanak-kanak melihat sesuatu dengan caranya tersendiri. Secara nalurinya,
kanak-kanak suka menyentuh, mengguling, menguli, meramas, menggosok,
mendengar, mengesan bunyi, menghidu dan meniru sesuatu aksi untuk mengetahui
akan sesuatu.
















6



3. Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan adalah bidang yang hanya memfokuskan kepada
seni visual, seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni
lain seperti seni sastera, seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan
diri. Guru perlu menguasai dan mendalami dengan sebaiknya ilmu seni dalam
pendidikan ini kerana ilmu ini mampu membantu perkembangan dalam diri murid
untuk menajamkan lagi persepsi, imaginasi dan mengukuhkan lagi pemahaman
mereka akan sesuatu konsep. Murid diberi peluang menggunakan panca indera
mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam
pembelajaran mereka.
Selain itu, seni dalam pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan
daya persepsi, estetika dan kreativiti murid sesuai dengan matlamat untuk
melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri
yang tinggi. Hal ini bertepatan seperti apa yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani
Seni dalam pendidikan juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran
matapelajaran seperti Sains, Matematik, Bahasa Melayu mahupun Bahasa
Inggeris diperingkat sekolah rendah yang menggunakan kurikulum baharu
dilaksanakan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Apa yang
penting adalah bagaimana guru itu sendiri mengaplikasikan seni dalam
pendidikan dalam matapelajaran yang diajar. Ini akan membantu murid supaya
lebih berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang bijak
dan lebih memahami sesuatu konsep atau idea dengan lebih jelas. Murid juga
mampu mempunyai kemahiran sosial yang baik dengan berinteraksi sesama
rakan-rakan dan guru disamping berseronok dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Hal ini akan menjadikan suasana pembelajaran
7


lebih harmoni, ceria, menyeronokkan dan berkesan kepada pelajar untuk
mempelajari sesuatu pengetahuan baru.

Sebagai contoh, matapelajaran matematik, guru boleh menerangkan
konsep perimeter iaitu subtopik yang terkandung dalam topik ruang dan isipadu
dengan mengaplikasikan seni pergerakan untuk memudahkan kefahaman murid
akan konsep tersebut. Caranya, guru boleh melibatkan beberapa murid di dalam
kelas untuk membina apa-apa bentuk yang mudah dan seterusnya memberi
penerangan akan konsep perimeter tersebut. Dengan ini, pemahaman murid
akan konsep perimeter akan menjadi lebih mudah dan jangka masa ingatan
murid akan menjadi lebih kekal dan lama berbanding kaedah pengajaran
tradisional yang berpusatkan guru.
Disamping itu, guru boleh menilai sejauh mana tahap pemahaman murid
akan sesuatu konsep yang telah diajar. Dengan kefahaman yang berbeza-beza,
murid berpeluang untuk berkongsi persepsi antara satu sama lain. Perkongsian
persepsi akan konsep yang difahami dalam kalangan murid yang cerdas akal
fikirannya membantu memberi lebih kefahaman kepada murid lain terutama
murid-murid yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran. Namun konsep sebenar
perlulah jelas agar murid-murid dapat memahaminya dengan betul dan tepat.
Mendalami keberkesanan konsep pembelajaran melalui seni dalam
pendidikan, murid yang belajar dalam suasana yang menyeronokkan akan
menghasilkan gaya belajar sendiri. Selain itu, mereka mampu mengembangkan
kemahiran dalam meneroka, serta mencipta pengalaman di samping
mengekspresi. Dalam pada itu, penilaian yang dijalankan oleh guru mampu
meningkatkan prestasi pembelajaran murid-murid di sekolah hasil seni dalam
pendidikan yang menyeronokkan. Walaupun begitu, seseorang individu guru
perlulah cakna dan peka dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
melalui penyebaran ilmu di samping mengaplikasikan seni dalam pendidikan.
Guru perlu menyatakan konsep pembelajaran agar murid tidak keliru antara
keseronokan dalam pembelajaran dengan instrumen penyampaian ilmu
pengetahuan.
8


Sehubungan dengan itu, pengoptimum aktiviti seni dalam pendidkan akan
meningkatkan keyakinan dalam diri murid dan memperkembangkan kemahiran
belajar serta mengasah kreativiti murid secara langsung. Dengan kemajuan
teknologi pada hari ini, seni dalam pendidikan dapat membantu menangani
kemajuan yang kian pesat membangun. Sebagai contoh, walaupun kita
mempunyai gajet-gajet canggih seperti i-Pad, i-Pod, i-Phone, Samsung Galaxy
Tab, Note dan sebagainya tetapi kita masih memerlukan aksesori untuk
kesempurnaan. Dalam erti kata yang lain, gajet-gajet ini juga mempunyai
pelbagai pilihan warna yang merupakan unsur utama dalam unsur-unsur seni
asas seni reka. Maka dengan itu, jelaslah bahawa seni bukanlah jumud atau
mundur malah seiring dengan kemajuan teknologi pada hari ini sehingga mampu
mengoptimumkan pembelajaran murid-murid sekolah. Berdasarkan situasi di
dalam kelas, guru perlu menerapkan unsur-unsur seni sama ada seni
pergerakan, seni visual atau seni muzik dalam diri murid agar mereka boleh
menjadikan seni dalam pendidikan sebagai landasan dalam kehidupan
seterusnya menjadi suatu momentum kepada sesebuah kejayaan.
Sementelah itu, keberkesanan seni dalam pendidikan dapat diukur
apabila aktiviti seni menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara
menyeluruh. Hal ini berkait rapat kerana kreativiti semula jadi yang akan
meransang proses pembelajaran kanak-kanak. Rentetan itu, ianya menjurus
kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Makanya, seni
banyak berhubungkait dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan.
Seyogianya, seni boleh mempengaruhi individu dalam membina tingkah laku,
keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa
kini. Dengan itu, seni dapat memupuk disiplin diri, mengukuhkan semangat
kendiri serta menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pembelajaran.
Jelaslah bahawa seni dapat menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara
menyeluruh dan memenuhi keseluruhan aspek kehidupan.



9


4. Kurikulum standard sekolah rendah (KSSR)
Seni Dalam Pendidikan banyak memberi manfaat kepada murid-murid di
sekolah rendah bagi membantu memantapkan lagi sistem kurikulum yang diguna
pakai pada ketika ini. Walaupun begitu, Kurikulum Baru Sekolah Rendah,
(KBSR) merupakan perintis kepada model-model kurikulum di Malaysia. Sebagai
tapak permulaan, banyak kekurangan serta penambahbaikan yang telah
dilakukan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan Malaysia. Namun begitu,
ia menjadi asas kepada permulaan kurikulum sehingga terhasilnya Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah yang juga dikenali sebagai KBSR pada tahun 1983.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau KSSR mula diperkenalkan pada tahun
2011 dengan penambahan dasar untuk memantapkan lagi kekurangan yang
terdapat dalam kurikulum sedia ada. Dalam hal ini, KSSR membantu kepada
usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat
mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid
yang berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam
kehidupan.
Berdasarkan pemahaman tentang kedua-dua jenis kurikulum iaitu antara
KBSR dan KSSR, terdapat beberapa perbezaan dari pelbagai aspek. KBSR
mempunyai tiga bidang reka bentuk kurikulum iaitu komunikasi, manusia dan
alam sekeliling serta perkembangan diri individu. KBSR menggunakan reka
bentuk kurikulum secara linear. berbanding dengan KSSR yang secara
modularnya mempunyai enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan
nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan
ketrampilan diri. Dari segi bahan kurikulum, KBSR menggunakan sukatan
pelajaran yang sentiasa diubah mengikut keadaan manakala KSSR
menggunakan pendekatan baru iaitu Dokumen Standard Kurikulum. Ini kerana
KSSR banyak menggunakan modul-modul selaras dengan standard kurikulum.
Terdapat perbezaan dalam organisasi kurikulum antara KBSR dan KSSR. Pada
tahap satu dan dua, murid diajar mata pelajaran teras, wajib dan tambahan bagi
KBSR. Untuk KSSR pula, tahap satu berbeza dengan tahap dua iaitu modul
10


teras asas, modul teras tema dan modul elektif diajar. Manakala pada tahap dua,
mata pelajaran teras dan elektif sahaja diajar.
Dalam fokus KBSR terdapat hanya 3M iaitu membaca, menulis, mengira.
Fokus ini berbeza dengan KSSR yang ditambah lagi elemennya menjadi 4M iaitu
membaca, menulis, mengira serta menaakul. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
KSSR banyak ditambahbaik. Jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan,
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah satu transformasi
pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada
kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,
organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan
dan pengurusan kurikulum di sekolah. Pelaksanaan KSSR adalah sangat
bertepatan dan sesuai pada masanya. Maka dengan itu, pengenalan kepada
KSSR ini diharapkan dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan
ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa.
Penggunaan istilah standard dalam KSSR merujuk kepada intipati yang
digunakan dalam kurikulum ini yang mana menggariskan dua standard utama.
Pertamanya ialah Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik
tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala,
standard kedua yang ditekankan pula berkonsepkan kepada Standard
Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard
kandungan.Jadi penggunaan istilah standard yang menggantikan bersepadu
amatlah sesuai.Ini kerana kurikulum baru ini amat berbeza dari segi modulnya
serta pelaksanaan yang berlandaskan Dokumen Standard Kurikulum.
Persoalan sama ada KSSR mampu membantu guru meningkatkan
penguasaan matematik di kalangan murid sekolah rendah boleh dijawab dari
segi keberkesanan KSSR ini. Seperti yang kita sedia maklum, dalam KSSR
terdapat banyak pembaharuan dilakukan serta penambahbaikan dari banyak
aspek. Jika dilihat sekali imbas sekalipun, kurikulum baru ini sudah semestinya
mampu membantu guru meningkatkan penguasaan matematik. Secara logiknya,
11


wujudnya KSSR serta perubahan kurikulum adalah kerana timbulnya kelemahan
kurikulum terdahulu. Jadi ia semestinya lebih baik dari sebelumnya. Tambahan
pula ilmu pengetahuan itu sangat dinamik. Maka tiada salahnya malah amat
diperlukan perubahan dalam kurikulum ini bagi memastikan ia sentiasa selaras
dengan perkembangan serta zaman semasa.
Bagi Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, aspek yang diberi
penekanan adalah perkembangan motor halus, motor kasar, kemahiran
menggambar, mencorak dan membentuk. Proses ini memberi keutamaan
kepada aktiviti-aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk melukis dan menggambar,
membuat rekaan dan corak, mereka dan membuat binaan, kraf berdasarkan
kebolehan dan kreativiti murid. Komponen-komponen yang terdapat pada
Pendidikan Seni Visual membolehkan murid menguasai beberapa pengetahuan
dan kemahiran. Antaranya murid dapat menunjukkan kemahiran kognitif,
psikomotor dan sosial, mengembangkan bakat dan kreativiti murid serta
menghayati keindahan alam dan warisan budaya. Selain itu, murid juga
berkemahiran menghasilkan karya seni yang kreatif dan bersedia menimba ilmu
sebagai persediaan ke arah kerjaya.
Pendidikan Muzik pula, aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran
nyanyian, bermain alat-alat muzik, pergerakan dan lakonan. Proses ini memberi
keutamaan kepada aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk persepsi muzik,
pengalaman nyanyian, pengalaman perkusi, apresiasi dan estetika seni serta
seni lakon berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid. Komponen-komponen
yang terkandung dalam Pendidikan Muzik pula mampu membolehkan murid
untuk mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan
lakonan, mahir menggunakan alat muzik dan mahir melakukan gerakan
mengikut rentak lagu. Murid juga dapat mengenal lagu berdasarkan melodinya,
mengawal koordinasi anggota badan serta melakon dan menghayati pelbagai
watak dengan baik.


12


5. Sistem pendidikan di malaysia
Dalam pembangunan di Malaysia, pendidikan tidak terkecuali memainkan
peranan agar bergerak seiring dngan kemajuan semasa. Pelbagai dasar telah
digubal dan dibentuk agar dapat melahirkan warganegara Malaysia yang taat
kepada raja, setia kepada negara dan mempunyai semangat nasionalisme.
Walaupun begitu, masih terdapat pelbagai lagi cadangan-cadangan baharu atau
usul yang boleh dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia agar
standard yang ingin dikecapi dapat mencakupi keseluruhan aspek.
Sejajar dengan itu, pelan pembangunan pendidikan Malaysia telah
digubal dan dilaksanakan untuk mencapai status negara maju hasil acuan
sendiri. Dalam pelan pembangunan pendidikan Malaysia ini, sistem pendidikan
negaran wajar menyediakan murid untuk bersaing secara kompetetif bukan
hanya di peringkat dalam negara malah berkemampuan menyahut cabaran
dalan skop global. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
yang telah dilancarkan pada bulan Ogos lepas mendapat sambutan baik
daripada kalangan warga pendidik dan juga tempatan bahkan menyahut cabaran
baik ini demi melahirkan konstituen warganegara Malaysia yang majmuk dengan
kelengkapan ilmu dan kemahiran di dada. PPPM adalah pendekatan terbaik dan
mampu mengubah scenario pendidikan negara ke tahap antarabangsa
setanding dengan negara-negara maju. Matlamat utamanya memerlukan
penglibatan aktif daripada pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti masyarakat
demi membentuk satu ekosistem pembelajaran yang terbaik.
Bertitik tolak dari itu, cadangan yang boleh dilakukan dalam sistem
pendidikan Malaysia adalah memberi pendidikan secara percuma dan layanan
secara sama rata sama ada memansuhkan pinjaman kewangan seperti
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau memberi
biasiswa kepada setiap pelajar. Dalam hal ini, biasiswa hanya diberikan kepada
pelajar yang mencapai tahap CGPA yang memuaskan seperti pointer 3.5 dan ke
atas. Maka dengan itu, kebarangkalian untuk pelajar mencapai dekan pada
setiap semester agak susah dan kurang konsisten. Makanya, mereka tidak
mampu mencapai CGPA yang sepatutnya dan terpaksa meminjam wang
13


daripada PTPTN. Dengan pinjaman yang dibuat, mereka akan merasa terbeban
kerana masih belum bekerja dan terpaksa membuat kerja sambilan. Oleh itu,
mereka tidak mempunyai fokus dalam pembelajaran mereka. Mereka tidak dapat
menumpukan perhatian di dalam kelas dan pembelajaran mereka seterusnya
tidak dapat mencapai status CGPA yang diperlukan. Maka dengan itu, jelaslah
bahawa hal-hal yang kita sangka remeh dan kecil adalah merupakan kesusahan
bagi orang lain. Sudah terang lagikan bersuluh bahawa dengan cadangan
memansuhkan PTPTN akan memberi kemudahan kepada pelajar, layanan
secara sama rata dan menjadi aset terbaik negara dalam membina pelajar yang
mempunyai pelbagai ilmu dan kemahiran.
Dalam pada itu, cadangan yang mungkin boleh dilaksanakan dalam
sistem pendidikan negara kita ialah kebebasan murid untuk memilih subjek teras
dan elektif sendiri. Hal ini seperti pembelajaran akses kendiri yang memerlukan
seseorang individu murid mater dalam sesuatu pembelajran tersebut. Jika kita
lihat di negara-negara maju seperti Jepun, Amerika dan England, mereka
menjadikan kebebasan dalam pembelajaran atau pembelajaran akses kendiri
menjadi sumbu atau nadi utama dalam sistem pendidikan negara mereka. Dalam
erti kata yang lain, mereka tidak risau sekiranya ada segelintir pelajar yang
malas untuk belajar kerana melalui pembelajaran secara akses kendiri, murid
akan bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri. Makanya, mereka perlu
melengkapkan diri mereka dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan
kemahiran serta nilai-nilai murni yang patut diamalkan.
Pengenalan 1 Murid 1 Sukan sangat bertepatan untuk melahirkan murid
yang sihat dan cergas. Walaupun begitu, sistem pendidikan Malaysia masih
longgar dan perlu ditambah baik agar kukuh dan tidak dapat dipertikaikan oleh
masyarakat. Menyentuh bidang kesukanan, cadangan untuk mewajibkan setiap
pelajar mesti mempunyai sijil selaku wakil sekolah dalam bidang sukan tidak kira
apa jua jenis bentuk sukan yang diceburi. Selain melahirkan murid-murid cergas
badannya dan cerdas mindanya, murid akan bersikap komprehensif untuk
melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan. Makanya, mereka tidak akan
sempit fikiran untuk menjadikan bidang sukan sebagai kerjaya sekiranya mereka
14


mempunyai kemahiran dalam bidang sukan. Oleh itu, guru adalah sebagai agen
yang akan menggerak dan menggilap permata-permata negara shingga
berkilauan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.




























15


6. Penutup
Konklusinya, seni dalam pendidikan banyak meninggalkan kesan
terhadap pendidikan dan mempunyai cabaran dalam merealisasikannya.
Walaupun begitu, seni dalam pendidikan jelas menunjukkan ciri-ciri pendekatan
yang efektif yang mampu meningkatkan keberkesanan prestasi murid-murid di
dalam bilik darjah. Sehubungan dengan itu, guru perlu menjayakan seni dalam
pendidikan dengan mengaplikasikannya dalam setiap kali pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini
adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan
pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat prasekolah,
pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran
tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan
bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin
sengit. Oleh itu, peranan daripada pihak pendidik, ibu bapa, dan pelajar itu
sendiri amatlah penting bagi menghadapi liku kehidupan. Dalam erti kata yang
lain, penggunaan seni dalam pendidikan mungkin mampu mengurangkan
kerisauan pihak tertentu terhadap pendidikan negara Malaysia.
Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan
cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan
masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan
mengurangkan tumpuan kepada aspek lain yang akan menghalang pelaksanaan
pendidikan kita seperti pengaplikasian seni dalam pendidikan terutama bagi
memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri. Sehubungan
itu, semua pihak perlulah terbuka dalam menerima seni dalam pendidikan
melalui pembelajaran hari ini. Dalam erti kata yang lain, pendidik perlu bersatu
padu dalam mengembleng tenaga serta berusaha mengambil inisiatif dan
langkah drastik bagi memenuhi keperluan pendidikan sejagat selaras kehendak
negara dalam memacu wawasan 2020.

You might also like