You are on page 1of 16

PROGRAM BERTERUSAN JARAK JAUH ( PBJJ )

KURSUS SKSJ 1043 PENGHANTAR PENTADBIRAN AWAM


FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
SEMESTER 1 2009/2010

DENGAN MERUJUK KEPADA CONTOH DARI DUA NEGARA YANG


BERBEZA, BINCANGKAN PERBEZAAN AMALAN KONSEP BERKECUALI
DALAM PERKHIDMATAN AWAM DENGAN SPOIL SYSTEM

DISEDIAKAN OLEH:
ZAINAL BIN SANUSI ( GB 00762 )
E-MAIL : javas622@yahoo.com

DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. MADYA DR. MOHAMMAD AGUS YUSSOF

TARIKH HANTAR : 1 NOVEMBER 2009


1.0 PENDAHULUAN

Para pengkaji antropologi, ekonomi atau undang-undang sering mengaitkan istilah


pentadbiran dengan sebarang isu yang melibatkan kerjasama manusia ( human coopertion ).
Walau bagaimanapun, pentadbiran awam dalam konteks masyarakat hari ini adalah dikatakan
sebagai `` satu daripada teknologi dalam teknologi `` dan ia mempunyai konsep yang istimewa
dalam amalan dan kajiannya ( Ahamad Atory Hussain 2002 ). Sehubungan dengan itu beberapa
sarjana telah tampil dengan pendapat masing-masing mengenai definisi pentadbiran awam itu
sendiri. Misalnya, Gordon dan Milakovich ( 1995 ) dalam buku mereka Public Administration
in America menjelaskan definisi pentadbiran awam sebagai segala proses, organisasi dan
individu yang terlibat dalam pelaksanaan undang-undang dan peraturan yang diputuskan atau
dikeluarkan oleh badan perundangan, eksekutif dan kehakiman, di samping terlibat dalam proses
penggubalan undang-undang dan peraturan berkenaan.
Selain daripada itu, Dimock et al. ( 1983 ) di dalam buku Public Administration pula
mendefinisikan pentadbiran awam sebagai satu operasi pengeluaran barangan dan perkhidmatan
untuk memenuhi kehendak rakyat. Ini adalah selari dengan pandangan bekas Presiden Amerika
Syarikat Woodrow Wilson yang dipetik oleh oleh Dimock dan Dimock ( 1964 ) menerusi buku
Public Administration. Beliau melihat pentadbiran awam sebagai pelaksanaan atau menjalankan
urusan kerajaan demi untuk mencapai matlamat memberikan perkhidmatan untuk memenuhi
kehendak dan cita rasa rakyat. Sementara itu, sarjana tempatan Dr. Ahmad Atory Hussin
( 2002 ) pula memetik dua definisi klasik Dwight Waldo daripada buku Classics Of Public
Administration yang mengatakan pentadbiran awam sebagai:

i. Sebuah organisasi yang mengurus manusia dan hartabenda untuk mencapai


tujuan-tujuan kerajaan;
ii. Merupakan satu ` seni sains pengurusan ` yang dapat dikaitkan dengan hal
ehwal sebuah negeri atau negara.

Berdasarkan beberapa definisi yang tersebut, maka jelaslah bahawa pentadbiran awam
adalah badan yang melaksanakan pentadbiran negara. Pelaksanaan itu direalisasikan melalui

2
dasar-dasar dan peraturan yang diwujudkan oleh kerajaan dalam sesebuah negara. Ia bertujuan
untuk mencapai matlamat pentadbiran, segala aktiviti dan sumber yang digunakan adalah diurus
melalui dua bentuk pengurusan, iaitu pengurusan awam dan pengurusan swasta. Pengurusan
awam adalah satu proses penyatuan sumber-sumber dan menggunakannya melalui aktiviti ke
arah memenuhi matlamat kebajikan sosial ( service-oriented ) dan tidak terlalu mementingkan
komersial. Ia memainkan peranan melaksanakan polisi-polisi awam secara langsung dan
keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Justeru itu, pengurusan
awam terletak di bawah kawalan secara langsung oleh pihak kerajaan dan lebih dikenali sebagai
perkhidmatan awam. Sementara itu, pengurusan swasta pula merupakan satu proses penyatuan
sumber-sumber dan menggunakannya melalui aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan
keuntungan. Konsep pengurusan swasta masih perlu mengikut garis panduan aatau polisi-polisi
kerjaaan, namun dalam menjalankan operasi ia lebih mengikut keputusan yang dibuat sendiri
melalui Lembaga Pengarah atau para pemegang saham organisasi tersebut.

2.0 LATARBELAKANG

Sejarah pengkajian pentadbiran awam secara lebih mendalam dan sistematik adalah
merupakan satu bidang yang baru. Namun, boleh dikatakan bahawa kemunculan kajian tersebut
adalah selari dengan kemunculan masyarakat moden yang kompleks dan berdasarkan kepada
kemajuan sains dan teknologi. Sehubungan dengan itu, pentadbiran juga harus bergerak
seiringan dengan kehendak-kehendak masyarakat moden dan maka dengan itu muncul beberapa
konsep serta teori berkaitan yang digunakan sehingga ke hari ini. Bekas Presiden Amerika,
Woodrow Wilson pernah menulis tentang pengkajian pentadbiran yang antara lain turut
mencatatkan bahawa apa juga keputusan dan dasar yang dibuat oleh Ketua Negara atau ahli
politik mestilah diikuti oleh penjagaan, tanggungjawab yang memerlukan pengetahuan,
pengalaman daripada para pentadbir untuk melaksankan polisi-polisi tersebut ( Dr. Ahmad
Atory Hussin : 2002 ). Sehubungan dengan itu, setiap tindakan yang melibatkan urusan
pentadbiran hendaklah diteliti dengan teratur agar polisi-polisi kerajaan dapat dilaksanakan
dengan sempurna. Selain daripada itu pentadbiran awam dianggap seperti satu bentuk bidang
perniagaan yang dipindahkan daripada politik dan perlembagaan untuk menjadi satu jentera yang

3
menjalankan pentadbiran itu dan seterusnya mengeluarkan hasil ( Dr. Ahmad Atory Hussin :
2002 ). Justeru itu, pentadbiran awam menonjolkan beberapa ciri yang utama iaitu :

i. Ia adalah eksekutif kerajaan;


ii. Ia terlibat dengan pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar awam;
iii. Ia melibatkan berbagai dasar awam tentang tingkah laku manusia dan
kerjasama antara manusia iaitu antara eksekutif dan orang awam
( Cooperative Human Action )

Pentadbiran awam telah menjadi satu disiplin ilmu yang semakin kompleks dan
sehubungan dengan itu beberapa buku telah diterbitkan untuk menyokong perkembangan
tersebut. Buku yang menyentuh isu pentadbiran awam telah diterbitkan buat pertama kalinya
pada tahun 1926 di Amerika Syarikat dan ditulis oleh Leonard D. White bertajuk Introduction
to the study of Public Administration terbitan Mac Millan Co. Setahun kemudian, sebuah buku
yang dikarang oleh W.F. Willoughby bertajuk Principles Of Public Adminstration keluaran John
Hopkins Press telah diterbitkan. Kedua-dua buku tersebut telah dijadikan asas untuk
menjelaskan konsep pentadbiran di Jabatan Presiden Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun,
sebelum buku-buku tersebut diterbitkan sebenarnya telah ada pergerakan reformasi dalam
perkhidmatan awam yang bermula pada tahun 1860-an. Kemuncak kepada agenda reformasi itu
adalah penerbitan esei daripada Presiden Woodrow Wilson bertajuk Public Administration pada
tahun 1887. Melalui esei tersebut beliau melihat pentadbiran dalam konteks sains politik dan
telah mengutarakan beberapa konsep seperti kuasa, perlembagaan, kebebasan, autoriti, dasar dan
politik. Menurut beliau, kesemua konsep berkenaan adalah berkaitan dengan soal pentadbiran.
Sekiranya urusan pentadbiran tidak dijalankan atau diwujudkan, maka konsep-konsep itu tidak
dapat dilaksanakan.
Menurut Dr. Ahmad Atory Hussain ( 2004 ), hasil daripada itu maka wujud usaha
pembaharuan untuk membantu melahirkan beberapa konsep yang berkait rapat dengan bidang
pentadbiran awam. Antaranya ialah :

i. Wujudnya dikotomi politik dan pentadbiran di mana pentadbiran dianggap


mempunyai nilai, peraturan dan kaedahnya yang tersendiri;

4
ii. Teori organisasi dinyatakan dalam istilah `` pengurusan saintifik `` di mana ia
dilihat sebagai satu masalah dalam teknologi organisasi seperti keperluan-
keperluan kepada hierarki, kegunaan staf-staf agensi, jangka kawalan yang terhad,
subbahagian kerja oleh prinsip sintifik, tujuan, proses, tempat dan pelanggan;
iii. Pengurusan personal atau perjawatan ditekankan sebagai satu unsur tambahan
kepada rasionaliti ( proses kerja dihuraikan dengan cara saintifik dipilih dan
dibayar dengan cara saintifik juga );
iv. Jabatan belanjawan juga ditekankan sebagai satu alat rasionaliti, koordinasi,
perancangan dan kawalan;
v. Konsep `` berkecuali `` oleh pegawai-pegawai kerajaan ditekankan untuk
menghasilkan keberkesanan dalam pelaksanan dasar awam;
vi. Satu badan pentadbiran undang-undang diperlukan untuk menghasilkan standard
kelakuan pentadbiran dan juga peraturan.

Sehubungan dengan itu, pentadbiran awam dianggap sebagai suatu proses politik yang utama.
Justeru itu, penggunaan kuasa, pembuatan nilai pemilihan adalah satu-satunya sifat yang penting
untuk menyerlahkan peranan ahli-ahli pentadbir dan birokrat yang berkait rapat dengan politik.
Selain daripada itu, ia juga dikatakan bahawa pentadbiran merupakan satu masalah dalam teori
politik. Masalah yang penting sekali dalam konteks amalan demokrasi adalah tanggungjawab
daripada agensi-agensi pentadbiran dan birokrasi terhadap ahli-ahli politik yang telah dipilih oleh
rakyat untuk menjadi menteri atau Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

3.0 PERKHIDMATAN AWAM DI MALAYSIA

5
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Sehubungan dengan itu, ia mengesyorkan konsep
pengasingan kuasa dan fungsi kerajaan agar tidak tertumpu kepada seseorang individu atau
sesuatu lembaga semata-mata untuk mengelakkan kezaliman ke atas rakyat jelata. Menurut
doktrin ini, terdapat tiga badan yang berfungsi mengikut bidang kuasa masing-masing dalam
menjalankan pemerintahannya selain mengawal daripada berlakunya pemusatan kuasa. Tiga
badan tersebut adalah:-

i. Badan Perundangan ( Legislative ) iaitu badan yang hanya membuat serta


meminda undang-undang yang sedia ada agar tidak ketinggalan zaman. Ia
tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh
memiliki kuasa di samping turut berfungsi sebagai penyelia kepada badan
eksekutif;
ii. Badan Pemerintah ( Executive ) yang hanya melaksanakan kuasa eksekutif
dan tidak boleh membuat undang-undang serta penghakiman. Ia berfungsi
menjalankan kuasa dan mengamalkan undang-undang serta keputusan-
keputusan badan kehakiman. Dalam konteks Malaysia yang mengamalkan
sistem kabinet-parlimen, eksekutif ini juga dikenali sebagai kabinet;
iii. Badan Kehakiman ( Judicial ) pula hanya melaksanakan tugas penghakiman.
Ia tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif.

Tiga buah badan tersebut mempunyai bidang kuasa, peranan dan bidang tugas masing-masing.
Walaupun Badan Perundangan dan Badan Pemerintah adalah saling berasingan, namun
hakikatnya kedua-duanya adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Ini adalah kerana
Malaysia mengamalkan sistem kerajaan yang ahli-ahli Badan Perundangannya adalah juga
Badan Pemerintah. Hanya Badan Kehakiman sahaja yang berasingan dan untuk menjamin
fungsi keadilan dapat dilaksanakan, maka ia adalah bebas daripada pengaruh politik.

Apakah sebenarnya maksud perkhidmatan awam itu? Berdasarkan beberapa definisi


mengenai perkhidmatan awam yang diberikan oleh para sarjana tempatan dan luar negara, adalah
jelas bahawa ia merupakan jentera pentadbiran yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan

6
dasar sesebuah kerajaan. Jelasnya, perkhidmatan awam jugalah yang menasihati dan
memberikan pandangan terhadap dasar tersebut. Ini membuktikan betapa antara kerajaan dan
masyarakat sentiasa mempunyai hubungan yang akrab. Sehubungan dengan itu, Abdullah
Sanusi Ahmad ( 1987 ) menerangkan bahawa pembentukan sesebuah kerajaan itu mempunyai
empat tujuan:

i. Berusaha untuk mencapai kebajikan seperti meningkatkan taraf sosio ekonomi


rakyat dan negara;
ii. Bertanggungjawab memulihkan keadaan dalam negara sekiranya ditimpa
bencana atau keadaan ekonomi tidak seimbang;
iii. Berusaha meningkatkan integrasi di kalangan penduduk agar tidak berpecah
belah dan menghindari keadaan huru-hara;
iv. Berusaha untuk mententeramkan keadaan semasa.

Menurut Perlembagaan Malaysia, perkhidmatan awam terbahagi kepada beberapa


kategori iaitu:

i. Perkhidmatan awam bagi kerajaan persekutuan ( Pusat );


ii. Perkhidmatan awam bagi kerajaan negeri;
iii. Perkhidmatan awam bersama kerajaan persekutuan dan sebuah atau beberapa
buah kerajaan negeri atau perkhidmatan awam bersama bagi dua atau
beberapa buah kerajaan negeri dengan tidak termasuk kerajaan persekutuan.

Dalam konteks negara Malaysia, Ketua Setiausaha Negara ( KSN ) adalah merupakan pegawai
perkhidmatan awam yang tertinggi. Beliau juga menjadi Setiausaha Kabinet atau Jemaah
Menteri. Kakitangan awam atau kakitangan kerajaan bertanggungjawab melaksanakan dasar-
dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sehubungan dengan itu, mengikut Perkara 132 ( 1 )
Perlembagaan Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negara adalah terdiri daripada perkhidmatan
yang berikut:-

i. Angkatan-angkatan Bersenjata;

7
ii. Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman;
iii. Perkhidmatan Awam Persekutuan;
iv. Pasukan Polis;
v. Perkhidmatan Awam Bersama seperti yang termaktub dalam Perkara 133;
vi. Perkhidmatan Awam Negeri-negeri;
vii. Perkhidmatan Pendidikan.

Sementara itu, menurut Perkara 132 ( 2 ) memperuntukan bahawa kelayakan untuk


perlantikan ke dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Perkhidmatan Bersama dan syarat-
syarat tentang perkhidmatan itu boleh ditetapkan oleh Yang Dipertuan Agong atau oleh undang-
undang yang dibuat di Parlimen. Kelayakan perlantikan ke dalam perkhidmatan awam negeri
pula akan dibuat oleh raja negeri berkenaan. Selain daripada itu, Perkara 132 ( 2A ) pula
menjelaskan bahawa seseorang anggota perkhidmatan awam akan terus memegang jawatannya
selama mana diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong. Perkara yang sama juga berlaku
terhadap anggota perkhidmatan awam di peringkat negeri iaitu tempoh seseorang memegang
jawatan adalah selama diperkenankan oleh raja negeri berkenaan.
Justeru itu, seseorang anggota perkhidmatan awam hanya boleh dilucutkan oleh Kerajaan
Baginda mengikut apa juga alasan. Walau bagaimanapun, dari segi praktikalnya, kedudukan
mereka adalah dijamin oleh perlembagaan dan undang-undang serta prinsip keadilan asasi.
Sehubungan dengan itu, Perkara 135 Perlembagaan Persekutuan memberi hak perlindungan
kepada anggota perkhidmatan awam daripada beberapa aspek iaitu mereka tidak boleh dibuang
kerja atau diturunkan pangkat sewenang-wenangnya melainkan:-

i. Pihak berkuasa tentang hal ini tidak rendah daripada pihak berkuasa yang
melantiknya;
ii. Dia hendaklah diberitahu tentang justifikasi cadangan pembuangan kerja atau
penurunan pangkatnya dan diberi peluang secukupnya untuk membela diri.
4.0 KONSEP NEUTRALITY DALAM PERKHIDMATAN AWAM DI MALAYSIA

Perkhidmatan Awam di Malaysia diasaskan daripada nilai dan prinsip model


Pentadbiran Awam Westminster yang telah diperkenalkan oleh penjajah British. Ia

8
merupakan jentera pentadbiran yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar
kerajaan. Selain daripada itu, ia juga bertindak sebagai penasihat kerajaan dan memberi
pandangan terhadap sesuatu dasar. Perkhidamatan Awam adalah sebuah perkhidmatan
yang professional dan terkecuali daripada sistem politik; mengamalkan prinsip merit dan
etika yang unggul; kepekaan kepada kerajaan yang memerintah; dan mematuhi undang-
undang negara. Sehubungan dengan itu, untuk membolehkan anggota perkhidmatan
awam menjalankan tugas secara bebas, adil dan saksama maka mereka hendaklah
mendokong prinsip berkecuali dalam pandangan politik. Prinsip berkecuali bermaksud
mana-mana anggota Perkhidmatan Awam tidak berpihak kepada parti politik tertentu
semasa melaksanakan tugas dan tanggunjawab mereka.
Ini adalah kerana dalam sistem Westminster yang menjadi amalan di negara
Malaysia, setiap penjawat awam akan kekal dalam jawatan masing-masing walaupun
berlaku perubahan pemerintahan negara. Sekiranya seorang Perdana Menteri atau
barisan kabinet beliau terpaksa berhenti atau meletakkan jawatan akibat kalah pilihanraya
atau mendapat undi tidak percaya di Parlimen, ia tidak akan melibatkan anggota
perkhidmatan awam yang sedang berkhidmat. Apabila barisan kepimpinan baru negara
dilantik, maka para pegawai awam hendaklah terus memberi kepatuhan kepada Perdana
Menteri yang baru pula dan keadaan yang sama juga berlaku jika melibatkan pertukaran
pemerintahan peringkat negeri. Contohnya selepas Pilihanraya Umum 2008, negeri-
negeri seperti Selangor, Pulau Pinang serta Kedah telah jatuh ke tangan pembangkang
dan situasi ini tidak merubah struktur pentadbiran awam negeri-negeri berkenaan.
Kerjasama yang bersifat profesional ini akan dapat dapat dicapai sekiranya para pegawai
awam mengamalkan prinsip berkecuali dan tidak berpihak dalam politik.

Menurut Dr. Abdul Aziz Bari ( 2008 ), kalau kita melihat apa yang terkandung di
dalam perlembagaan, perkhidmatan awam dikehendaki komited dengan konsep
neutrality. Justeru itu, mereka dikehendaki taat setia kepada negara yang lambangnya
wujud dalam bentuk Yang Dipertuan Agong. Ini jelas dinyatakan sebagai satu ketetapan

9
dalam Persidangan Perlembagaan di London pada tahun 1956 yang kemudiannya
dimasukkan oleh Suruhanjaya Perlembagaan Reid ( 1957 ). Antara ketetapan tersebut
berbunyi seperti berikut :

The first essential for ensuring an afficient administration is that the political
impartiality of public service should be recognized and safeguard. Experience has
shown that this best secured should be recognising the service as a corporate body owing
its allegiance to the Head of State and so retaining its continous existence irrespective of
changes in the political complexion of the goverment today. The public service is
necessarily and rightly subject of hobrtnmrny policy, but in order to do their job
effectively public servants must feel free to tender advice to ministers without fear of
favour, according to their conscience and their view or the merits og the case.
One of the most essential ingredients of a contented and afficient service is that
promotions policy should be regulated in accordance with publicly recognized
professional principles. The service must feel confident that promotions will be
determined impartially on the basis of official qualifications, experince and merit.
Similarly a reasonable security of tenure and absolute freedom from the arbitrary
application of disciplinary provisions are essential foundation of a public service. The
most generally accepted method of ensuring the observance of the foregoing principles is
by the establishment of an independent Public Service Commissions.

Jelas bahawa peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam perlembagaan


sekarang, baik di peringkat persekutuan mahupun negeri adalah melaksanakan ketetapan
tersebut yang dianggap ideal dan sesuai dengan prinsip keadilan. Berdasarkan kepada
ketetapan tersebut, maka perlembagaan memberikan perlindungan yang cukup kepada
anggota-anggota perkhidmatana awam khususnya dalam menangani soal pemecatan.
Keadaan ini membolehkan kakitangan awam yang diambil bekerja berdasarkan kelulusan
dan kepakaran mereka dapat memberi nasihat tanpa memihak ( without fear or favour )
kepada kerajaan yang dilantik oleh rakyat. Dalam erti kata lain, perkhidmatan awam
diwujudkan untuk memberi khidmat kepada rakyat melalui kerajaan. Walau
bagaimanapun, memandangkan kerajaan yang memerintah tidak kekal sifatnya dan boleh

10
bertukar melalui proses pilihanraya , maka mereka memerlukan nasihat tentang prosedur
pentadbiran dan seumpamanya yang dapat diperolehi daripada anggota perkhidmatan
awam.
Sehubungan dengan itu, berdasarkan pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam JPA
( S ) TT.271 Klt 12/( 15 ) yang dikeluarkan pada 6 April 2009, jelas memberi peringatan
bahawa anggota perkhidmatan awam terutamanya yang berada dalam Kumpulan
Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah
dilarang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana
lambang sesuatu parti politik. Perkara ini sebenarnya terkandung di bawah Peraturan 21 (
1 ), Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan selaras
dengan prinsip neutrality dan impartiality yang menjadi amalan dalam perkhidmatan
awam. Menurut kenyataan itu lagi, penglibatan mereka dalam aktiviti politik secara aktif
juga boleh membawa suasana tidak harmoni di tempat kerja. Secara khususnya, pegawai
dalam kategori tersebut juga dilarang melakukan perkara-perkara berikut:

i. Membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada secara lisan atau bertulis,
yang memberikan suatu pandangan berat sebelah atas apa-apa perkara
yang menjadi isu antara parti politik;
ii. Menerbitkan atau mengedar buku, makalah atau risalah yang
mengemukakan pandangannya yang berat sebelah atau pandangan orang
lain, tentang apa-apa perkara berkaitan dengan mana-mana parti politik;
iii. Terlibat sebagai perayu undi untuk menyokong mana-mana calon pada
suatu pilihan raya kecil, atau apa-apa pilihan raya untuk apa-apa jawatan
dalam mana-mana parti politik;
iv. Bertindak sebagai agen pilihan raya atau agen tempat mengundi;
v. Masuk bertanding untuk apa-apa jawatan dalam mana-manan parti politik
vi. Memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik.
4.0 SPOIL SYSTEM DALAM PERKHIDMATAN AWAM DI AMERIKA SYARIKAT.

Sistem Kerajaan di kebanyakan negara di dunia menjadikan demokrasi sebagai sistem


pemerintahannya. Terdapat dua bentuk sistem demokrasi yang telah mula diperkenalkan oleh

11
negara Eropah iaitu demokrasi Kerajaan Berparlimen dan demokrasi Kerajaan Berpresiden.
Dalam konteks ini, Amerika Syarikat merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan bentuk
Kerajaan Berpresiden atau `` Sistem Presidential Congressional `` . Cara sistem ini diamalkan
ialah ianya bercorak tunggal iaitu diketuai oleh seorang presiden tanpa timbalan. Artikel 1
hingga 3 Perlembagaan Amerika telah menggariskan secara terperinci mengenai kuasa-kuasa
kerajaan yang utama iaitu eksekutif ( Presiden ), legislatif ( kongres ) dan kehakiman
( Mahkamah Agung ). Presiden akan menjadi ketua badan eksekutif dan dibantu oleh ahli-ahli
eksekutifnya untuk menjamin pentadbiran yang betul, lancar dan berkesan. Sistem `` Checks
and Balances `` atau semak dan seimbang adalah satu ciri yang utama dalam kerajaan Amerika
dan ia begitu komprehensif sehinggakan tiada satu cabang kerajaan yang mempunyai kuasa
mutlak untuk mengawal cabang yang lain.
Dewan Perundangannya dikenali sebagai kongres dan terbahagi kepada dua iaitu Senate
dan House of Representatives. Ahli bagi House of Representatives adalah seramai 435 orang
yang dipanggil congressmen atau congresswomen, yang dipiih oleh rakyat dari kawasan pilihan
raya atau congressional district masing-masing. Pemilihan akan dilakukan setiap 4 tahun dan
induvidu yang terpilih akan memegang jawatan itu selama satu penggal ( 2 tahun ). Bilangan
kawasan bagi setiap negeri bergantung kepada saiz penduduk di negeri tersebut, dan setiap
negeri-negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu wakil rakyat. Sementara itu, ahli senate
terdiri daripada 100 orang yang dipanggil senator dan 2 orang ahlinya dipilih dari tiap-tiap negeri
iaitu setiap 2 tahun sekali. Seseorang presiden walaupun mengetuai badan eksekutif tidak boleh
campurtangan di dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan Senate dan House of
Representative .
Dalam konteks Amerika Syarikat, kedudukan anggota perkhidmatan awamnya adalah
bergantung kepada perubahan pucuk pimpinan negara tersebut. Seorang presiden dilantik sekali
dalam tempoh 4 tahun dan beliau boleh menjadi presiden sebanyak dua kali dalam tempoh 8
tahun. Selepas tempoh tersebut presiden baru akan dilantik dan ini akan membawa kepada
perubahan kepada pegawai awam di bawah beliau. Contohnya di bawah pentadbiran Presiden
Bush, jawatan Setiausaha Negara disandang oleh Condolena Rice. Namun apabila penggal
pemerintahan beliau berakhir dan seterusnya membawa kepada Barrack Hussin Obama
menerajui Rumah Putih, Hillary Clinton pula dipilih oleh presiden untuk memegang jawatan
tersebut. Begitu juga dengan penyandang jawatan lain seperti Setiausaha Pertahanan dan

12
Setiausaha Perbendaharaan yang akan bertukar dengan berubahnya pucuk pimpinan negara.
Prinsip inilah yang dipanggil dinamakan sebagai Spoils System.
Laman web http://www.infoplease.com/ce6/history/A0846322.html ada menjelaskan
bahawa dalam sejarah Amerika Syarikat, Spoils System merujuk kepada suatu amalan melantik
kakitangan awam di kalangan para pengikut setia parti yang sedang memerintah sesebuah
negara. Sementara itu, menurut laman web http://en.wikipedia.org/wiki/spoils_system pula
mendefinisikan sistem ini sebagai suatu amalan tidak rasmi di mana sesebuah parti politik yang
telah memenangi pilihan raya dan seterusnya menguasai pentadbiran negara melantik di
kalangan penyokong mereka untuk menjawat jawatan dalam kerajaan. Tindakan ini dianggap
sebagai membalas jasa baik individu-individu yang telah banyak berkorban untuk membantu
kemenangan dan dijadikan satu insentif agar terus kekal berkhidmat dalam parti. Jelasnya,
dalam sistem ini perlantikan anggota kerajaan adalah bergantung kepada sejauhmana akrab
perhubungan seseorang individu itu dengan kepimpinan negara yang dipilih.
Spoil System dipetik daripada satu ucapan oleh Senator New York William Learned
Marcy dalam satu majlis yang menyebut bahawa `` to the victor belong the spoils`` semasa
menyambut kemenangan parti Demokrat semasa pilihan raya tahun 1828. Di peringkat
kebangsaan, sistem ini telah menyuburkan lagi perkembangan dua buah parti utama di Amerika
Syarikat iaitu Demoratik Republikan dan Federalist di samping terutama pada peringkat awal
pentadbiran Presiden Thomas Jefferson. Sistem ini terus menguasai persekitaran politik
Amerika Syarikat dan dipraktikkan secara lebih meluas pada era pemerintahan Presiden Andrew
Jackson. Malahan, pada tahun 1829 beliau telah mengisytiharkan bahawa perjalanan
pentadbiran kerajaan persekutuan akan lebih berkesan sekiranya kakitangan awam yang ada
sekarang sentiasa bertukar-tukar. Sehubungan dengan itu, beliau telah bertindak melantik
beberapa orang di kalangan ahli parti untuk menggantikan kakitangan awam yang sedia ada.
Dikatakan sepanjang 8 tahun memegang tampuk pemerintahan, Presiden Andrew Jackson telah
menukar hampir sebahagaian besar daripada kakitangan awam dan menggantikan dengan
individu dari dalam parti. Dari segi politik, tindakan beliau adalah didorong oleh beberapa sebab
antaranya ialah untuk meluaskan pengaruh di kalangan para pemodal dan golongan pakar hingga
ke sempadan sebelah barat. Seterusnya, perkara tersebut perlu dilakukan disebabkan bimbang
sekiranya kakitangan yang sedia ada menjadi penghalang untuk beliau mengekalkan kuasa.
Selain daripada itu, ia juga disebabkan oleh keinginan untuk menghukum musuh politik beliau

13
dan para pengikut mereka dengan mengeluarkan daripada perkhidmatan kerajaan. Presiden
selepas itu, Abraham Lincoln masih terus menggunakan sistem ini untuk menyokong kedua-dua
parti iaitu Republican Party dan United States Republican Party dalam menghadapi Perang
Amerika.
Walau bagaimanapun, sistem ini semakin tidak dapat diterima oleh sebahagian besar
rakyat Amerika Syarikat. Ini adalah kerana amalan nepotisma yang berleluasa di dalam
perlantikan kakitangan kerajaan hanya menyebabkan berlakunya penyalahgunaan kuasa yang
meluas di kalangan mereka. Selain daripada itu, sistem spoil hanya mengutamakan golongan
yang rapat dengan parti juga telah memberi gambaran seolah-olah pemerintah tidak mengambil
berat agenda-agenda lain yang mempunyai kepentingan umum. Apa yang jelas, rakyat kian
menyedari sistem ini hanya menjadikan negara dikuasai oleh golongan-golongan yang
adakalanya tidak layak untuk berada di dalam pentadbiran negara. Akibatnya pada penghujung
tahun1860-an telah timbul cadangan supaya diwujudkan satu sistem perkhidmatan awam yang
lebih adil dan berkesan bagi menggantikan Spoil System. Akhirnya amalan sistem ini di
peringkat persekutuan semakin terhakis akibat daripada penggubalan Pendleton Act pada tahun
1883. Melalui akta ini, ditubuhkan sebuah badan bebas dipanggil Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam atau Civil Service Commission yang bertugas untuk menilai calon-calon yang akan
memasuki perkhidamtan kerajaan berdasarkan merit dan tidak menjadi ahli mana-mana parti
( non partisan ).
Menjelang tahun 1900, skop amalan ini telah dapat dikurangkan dan hanya terhad dalam
perlantikan jawatan-jawatan penting di peringkat persekutuan sahaja. Menurut laman web
http://encarta.msn.com/text_761551930_0/spoils-system.html terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan sistem ini semakin merosot. Antaranya ialah :

i. Trend perlantikan kakitangan awam berdasarkan sistem merit semakin


meningkat;
ii. Sokongan besar daripada rakyat, penduduk tempatan pihak majlis tempatan
terhadap sistem merit dalam perkhidamtan awam;
iii. Meningkatnya kecenderungan umum untuk melihat sektor awam yang lebih
professional;

14
iv. Sistem pelajaran dan sekolah-sekolah di bandar yang bebas daripada pengaruh
politik.

5.0 KESIMPULAN

Menurut Dr. Abd Aziz Bari ( 2008 ), konsep dan kedudukan perkhidmatan awam dalam
sistem Westminster dan sistem Amerika adalah jauh berbeza walaupun kedua-dua negara ini
mengamalkan pemerintahan demokrasi. Namun begitu, peranan seseorang anggota
perkhidmatan awam tetap sama iaitu sebagai pentadbir yang yang bertugas melaksanakan dasar-
dasar yang telah diputuskan atau digubal oleh ahli-ahli politik. Golongan birokrat inilah yang
bertanggungjawab penuh ke arah melaksana dan menentukan berjaya atau tidaknya sesuatu dasar
yang ditetapkan. Semasa melaksanakan tanggungjawab tersebut, sama ada mengamalkan prinsip
neutrality atau mempraktikan spoil system, keutamaan umum dan negara hendaklah lebih
diutamakan berbanding kehendak individu. Ini adalah kerana setiap ringgit yang diterima oleh
kakitangan awam sebagai upah adalah merupakan hasil keringat rakyat yang dikutip melalui
hasil cukai dan sebagainya. Justeru, rakyat berhak adalah mendapatkan perkhidmatan terbaik
daripada anggota-anggota perkhidmatan awam ini tanpa mengambil kira apa sistem yang
digunapakai oleh sesebuah negara itu.

RUJUKAN

15
1. Ahmad Atory Hussain ( 2002 ). Pentadbiran Awam Asas Dan Falsafah. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
2. Ahmad Atory Hussain ( 2004 ). Penghantar Pentadbiran Awam Paradigma Baru .
Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
3. Abdul Aziz Bari. Perlembagaan Malaysia,Teori dan Praktis ( 2008 ).Arah
Publications.Kuala Lumpur

4. http://encarta.msn.com/text_761551930_0/spoils-system.html

5. http://en.wikipedia.org/wiki/spoils_system

6. http://www.infoplease.com/ce6/history/A0846322.html

7. International Law Book Services ( 2009 ). Malaysia Kita Panduan dan Rujukan
Untuk Peperiksaan Am Kerajaan.Golden Book Centre . Selangor

16

You might also like