You are on page 1of 19

X PENGENALAN

Tahukah anda bahawa teknologi maklumat (information technology IT)


bermula daripada sebuah makmal lebih kurang setengah abad yang lalu? Pada
masa kini, IT telah diperkenalkan dan diajar di sekolah dan merupakan salah
satu sumber utama dalam organisasi perniagaan. Ia turut digunakan dalam
alatan teknologi maklumat dan komunikasi (information and communication
technology ICT), seperti telefon pintar dan tablet (rujuk Rajah 1.1).
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

1
1

X
Pengenalan
kepada
Teknologi
Maklumat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan teknologi maklumat;
2. Menyatakan enam perbezaan antara era maklumat dengan era
sebelumnya;
3. Mengenal pasti lima komponen teknologi maklumat;
4. Membincangkan secara ringkas tentang sejarah komputer;
5. Menyatakan semula lima klasifikasi komputer; dan
6. Menerangkan tentang Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC
Malaysia).
X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2

Rajah 1.1: Telefon pintar (Samsung Galaxy S4) dan tablet (ipad3)
Sumber: http://jailbreakhow.net
Anda akan diperkenalkan kepada era IT dalam topik ini. Anda juga akan diberi
pendedahan mengenai konsep IT dan ciri-cirinya. Selain itu, isu penting seperti
prinsip, fungsi dan manfaat IT akan turut dibincangkan. Pada akhir topik ini,
Koridor Raya Multimedia Malaysia (Multimedia Super Corridor Malaysia MSC
Malaysia) dan Undang-undang Siber juga akan turut dibincangkan.

ERA MAKLUMAT
Kurun ke-21 telah menyaksikan era maklumat berterusan berkembang dengan
kadar yang pesat di mana sistem berkomputer digunakan dalam hampir semua
jenis bidang, dari perubatan dan penerokaan angkasa ke pendidikan serta
perbankan dan sektor pembuatan. Permintaan daripada pelbagai bidang ini
turut meningkatkan penggunaan dan pembangunan pelbagai jenis sistem yang
kompleks. Sebelum era maklumat, terdapat era pertanian dan era perindustrian,
seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Definisi Era Pertanian, Perindustrian dan Maklumat
Era Deskripsi
Era Pertanian Kebanyakan pekerja adalah petani biasa yang bergantung hidup kepada
pertanian. Rajah 1.2 mengilustrasikan persekitaran ini.
Era
Perindustrian
Proses kerja dipermudahkan menerusi penggunaan jentera dan
pengautomatan, manakala bilangan pekerja kilang terus bertambah
seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.3.
Untuk melihat lebih banyak imej sewaktu era perindustrian, sila layari
laman web berikut:
http://www.mtholyoke.edu/courses/rschwart/ind_rev/images/images-
ind-era.html
Era
Maklumat
Kebanyakan pekerja terlibat dalam penciptaan, pengagihan dan
penggunaan maklumat.
1.1
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT W 3

Rajah 1.2: Keadaan persekitaran semasa era pertanian
Sumber: http://www.ckrumlov.info

Rajah 1.3: Keadaan persekitaran semasa era perindustrian
Sumber: http://www.industrial-revolution.org
Untuk memahami evolusi ketiga-tiga era ini pula, sila rujuk Jadual 1.2.




X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT 4
Jadual 1.2: Evolusi Era Pertanian, Era Perindustrian dan Era Maklumat
Evolusi Era Pertanian Era Perindustrian Era Maklumat
Kebanyakan Petani atau
peladang
Pekerja kilang Pekerja
berpengetahuan
Pekerja atau
rakan kongsi
Manusia dan tanah Manusia dan
mesin
Manusia dan otak
Peralatan Peralatan
berasaskan tangan
Mesin Komputer atau
telekomunikasi
Sumber: Diadaptasi daripada Senn (1998)
Teknologi yang digunakan dalam era pertanian, era perindustrian dan era
maklumat adalah berbeza. Sebagai contoh, teknologi dalam era perindustrian
(seperti jentolak dan kren) adalah berguna untuk meningkatkan keupayaan
fizikal, manakala teknologi bagi era maklumat (seperti komputer) adalah
berguna untuk meningkatkan produktiviti pekerja. Lagipun, era maklumat
mengeratkan hubungan antara manusia menerusi peralatan komunikasi yang
menggunakan IT. Walaupun berada dalam era teknologi, kedua-dua aktiviti
pertanian dan perindustrian tetap penting.

Ada enam ciri yang membezakan antara era maklumat dengan era sebelumnya
(Senn, 1998):

(a) Kemunculan masyarakat berasaskan maklumat
Dalam masyarakat bermaklumat, lebih ramai pekerja memanipulasikan
maklumat daripada bekerja dalam bidang pertanian dan perkilangan.
(b) Kejayaan perniagaan dan kerja pengurusan bergantung kepada IT
Misalnya, perniagaan perbankan sangat bergantung kepada IT untuk
mempermudah transaksi harian secara segera dan berkesan.

(c) Proses kerja berubah dan beralih kepada peningkatan produktiviti
Misalnya, dalam era pertanian, traktor dan bajak digunakan untuk
mempercepatkan kerja di ladang. Bagaimanapun, dalam era maklumat,
pengetahuan yang diperoleh daripada kajian pertanian memainkan
peranan utama dalam menentukan bagaimana dan bila tanaman
membesar, dan bagaimana untuk menjaganya.

(d) IT menyediakan dasar pemikiran semula
Keberkesanan penggunaan IT tidak hanya mempercepatkan aktiviti rutin
tetapi juga membuka peluang kepada syarikat untuk mempelajari dan
menyusun kembali proses kerja agar dapat mengoptimumkan penggunaan
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT W 5
sumber dan meningkatkan produktiviti seperti kejuruteraan semula proses
perniagaan.

(e) Kejayaan IT bergantung kepada keberkesanan penggunaannya
Misalnya, dalam era pertanian, petani perlu tahu kaedah menjaga kerbau,
lembu dan tanah. Era perindustrian pula memerlukan pekerja industri
yang tahu dan boleh menggunakan mesin dengan cekap. Akhir sekali, era
maklumat memerlukan pekerja yang tahu bagaimana IT dapat
meningkatkan produktiviti dan memperbaiki kualiti produk dan
perkhidmatan.


(f) IT diimplan atau diintegrasikan dalam banyak produk dan perkhidmatan
Dalam industri pelancongan, IT digunakan dalam urusan tiket, lapangan
terbang, hotel dan rumah rehat, sewa kereta dan sebagainya. Secara tidak
langsung, IT menyediakan nilai tambah kepada produk dan perkhidmatan.
Nilai ini mencerminkan kualiti, kebolehpercayaan, kemahiran, daya tarikan
dan ciri-ciri lain yang memenuhi kehendak pelanggan.


APAKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT?
Sebelum kita melangkah jauh mempelajari subjek ini, ia adalah elok untuk
membezakan maksud data, maklumat dan pengetahuan, seperti ditunjukkan
dalam Jadual 1.3:



1.2
1. Menurut Alvin Tofler kita sekarang berada dalam gelombang
ketiga yang dikenali sebagai gelombang maklumat. Bincangkan
dalam kumpulan, apakah yang dimaksudkan sebagai gelombang
maklumat dan bentangkannya semasa tutorial.
2. Berdasarkan ketiga-tiga era yang telah anda pelajari tadi, di
manakah era Malaysia berada sekarang? Jelaskan pendapat anda.
AKTIVITI 1.1
X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT 6
Jadual 1.3: Definisi Data, Maklumat dan Pengetahuan
Elemen Definisi
Data Fakta mentah, angka, diagram dan perincian lain, seperti markah kuiz
dan harga komputer
Maklumat Penafsiran berguna, terancang dan bermakna tentang data, seperti
prestasi kuiz dan spesifikasi komputer
Pengetahuan Pemahaman atau penumpuan terhadap sekumpulan maklumat dan
bagaimana maklumat tersebut dapat digunakan sebaiknya, seperti
memberikan kelas tambahan atau mempertingkatkan kualiti komputer

Definisi dalam Jadual 1.3 tadi menerangkan bahawa data yang telah
diperhalusi, diformat dan diringkaskan akan berubah kepada maklumat.
Maklumat yang telah ditafsir, ditentu dan digunakan pula akan berubah menjadi
pengetahuan. Dengan pengetahuan, pengguna dapat membuat keputusan
terbaik dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Secara umum, IT adalah tunggak utama dalam era maklumat. Teknologi ini
digunakan untuk mencapai, menyimpan dan mengedarkan maklumat,
terutamanya maklumat dalam bentuk digital. IT merujuk kepada penggunaan
dan percaturan pelbagai barangan dalam penciptaan, penyimpanan dan
pengedaran maklumat. Jadual 1.4 mengandungi beberapa definisi lain bagi IT.

Jadual 1.4: Definisi Teknologi Maklumat
Sumber Definisi
Behan dan
Holmes (1990)
IT adalah istilah untuk menerangkan teknologi yang membolehkan
kita merekod, menyimpan, memproses, mencapai, menghantar
dan menerima maklumat
Martin et al.
(1994)
IT terdiri daripada semua bentuk teknologi yang terlibat dalam
pengumpulan, manipulasi, komunikasi, persembahan dan
penggunaan data (yang ditransformasikan kepada maklumat)
Senn (1998) IT mengandungi tiga komponen yang terdiri daripada komputer,
komunikasi dan kepakaran. Kombinasi tiga komponen ini
membuka peluang kepada individu dan organisasi untuk menjadi
lebih produktif, efektif dan secara umumnya berjaya tanpa tersisih
Renolds (2010) IT termasuk semua alatan yang menangkap, proses menyimpan,
menukar dan menggunakan maklumat

Sebagaimana dinyatakan dalam Jadual 1.4 tadi, kita boleh merumuskan bahawa
IT merujuk kepada pelbagai teknologi yang diperlukan untuk menyokong sistem
maklumat. IT menyokong aktiviti berkaitan penciptaan, penstoran, manipulasi
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT W 7
dan komunikasi maklumat, bersama dengan kaedah, pengurusan dan aplikasi
yang berkaitan. Teras kepada IT adalah komponen mikro elektronik, contohnya,
cip mikropemproses yang memproses data, maklumat, imej, bunyi dan grafik
yang telah mewujudkan generasi komputer moden. Selain daripada teknologi
mikropemproses, ada juga teknologi penstoran, teknologi penangkapan data dan
teknologi komunikasi.

Pada masa kini, komputer dihubungkan melalui rangkaian telekomunikasi yang
mengatasi sempadan negara. Oleh itu, IT telah dianggap sebagai kombinasi
komputer dan komunikasi. Untuk menghasilkan sistem IT yang lengkap, kita
memerlukan lima komponen yang berhubung kait, seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.4.

Rajah 1.4: Lima komponen teknologi maklumat
1.2.1 Sejarah Ringkas Komputer
Sejarah komputer boleh dijejaki kembali ribuan tahun dahulu penggunaan
sempoa di China. Alat ini mengira menggunakan manik gelongsoran yang
disusun di atas rak. Pada tahun 1642, Blaise Pascal telah mencipta kalkulator
mekanikal yang dipanggil Pascaline. Kemudian pada tahun 1812, Charles
X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT 8
Babbage membina kalkulator automatik berasaskan enjin beza dan seterusnya
pada tahun 1890, Herman Hollerith menggunakan kad tebuk untuk membaca
dan menyimpan data.

Sebaiknya, sejarah komputer dijelaskan menggunakan istilah generasi. Generasi
pertama telah dicipta kira-kira 65 tahun yang lalu dan pada masa kini adalah
generasi yang kelima. Jadual 1.5 menerangkan lima generasi komputer.

Jadual 1.5: Lima Generasi Komputer
Generasi Tahun Deskripsi
1 19511958 Pada asasnya menggunakan tiub vakum iaitu tiub
elektronik bersaiz lampu mentol. Contohnya, Universal
Automatic Computer (UNIVAC) mesin yang besar tetapi
yang paling cepat mengira bancian pada tahun 1890 di
Amerika. Namun, tidak berjaya kerana tiub selalu terbakar
apabila terlampau panas
2 19591964 Komputer generasi kedua bermula dengan penciptaan
transistor pada tahun 1959. Transistor adalah komponen
berkaki tiga yang hanya mengambil ruang 1/100 daripada
ruang yang digunakan oleh komputer generasi pertama. Ia
lebih dipercayai dan ada kuasa pengiraan yang lebih laju
daripada generasi pertama
3 19651970 Melalui penciptaan litar bersepadu (integrated circuits)
yang dibuat menggunakan cip silikon pada tahun 1965,
komputer bersaiz lebih kecil, lebih murah dan boleh
melaksanakan fungsi ratusan transistor
4 1971
sekarang
Penggunaan mikropemproses iaitu cip silikon yang
mengandungi unit pemprosesan pusat (central processing
unit CPU) di mana semua pemprosean berlaku,
merupakan piawaian bagi semua komputer pada masa
kini. Komputer digunakan di rumah, bukan hanya untuk
syarikat perniagaan yang besar. Mikropemproses bukan
sahaja digunakan di dalam komputer, malah digunakan di
dalam jam digital, kalkulator, kereta, telefon, set televisyen
dan lain-lain. Komputer mudah alih juga telah wujud dan
pembangunan pesat dalam komunikasi data turut berlaku
5 Pertengahan
1990 masa
hadapan
Komputer berasaskan kecerdasan buatan yang boleh
meniru ciri-ciri manusia seperti kebolehan menyelesaikan
masalah. Sebagai contoh, sistem pakar membantu doktor
mendiagnosis pesakit, robot yang berkeupayaan membuat
rutin atau tugasan merbahaya dan lain-lain. Manusia juga
boleh berkomunikasi dengan komputer menggunakan
bahasa tabii
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT W 9
Pada peringkat awal teknologi komputer diperkenalkan, komputer hanya
digunakan oleh saintis dan jurutera. Mereka menggunakan komputer untuk
menjalankan penyelidikan dan pembangunan. Kemudian, komputer digunakan
pula oleh organisasi kerajaan dan perniagaan. Komputer digunakan untuk
menyokong perniagaan yang dijalankan sama ada kecil atau besar. Sekarang,
komputer digunakan oleh profesional, pelajar dan di rumah.

Secara amnya, cip mikropemproses telah menjadi semakin berkuasa, ruang
storan yang berkapasiti lebih besar dan pelbagai komponen perkakasan turut
ada peningkatan yang ketara, tanpa pertambahan saiz fizikal. Oleh itu, komputer
menjadi semakin kecil dan murah dengan kapasiti storan yang lebih besar dan
lebih keupayaan.
1.2.2 Klasifikasi Komputer
Bidang IT menawarkan pelbagai jenis komputer yang boleh digunakan,
bergantung kepada kerja yang ingin anda lakukan. Ada komputer bersaiz kecil
dan juga bersaiz besar. Pengkhususan kerja yang boleh dilakukannya
bergantung kepada kuasa pemprosesan, kelajuan, kos, keselamatan dan pelbagai
kriteria lain. Anda akan melihat banyak istilah ini dalam topik-topik seterusnya.

Tidak pernah ada definisi tegar bagi pelbagai kelas komputer. Malah, fungsi dan
keupayaannya terus berkembang dan bilangan kelasnya boleh terus
diperbahaskan. Walau bagaimanapun, ada spektrum yang luas bagi perkakasan
komputer yang terdiri daripada superkomputer hinggalah kepada
mikrokomputer, tanpa ada garis ketara yang memisahkan antara kelas komputer
tersebut. Umumnya, saiz komputer dan kosnya semakin berkurangan, daripada
superkomputer dan kerangka utama yang besar kepada mikrokomputer yang
kecil. Terdapat lima klasifikasi komputer seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.6.














X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT 10
Jadual 1.6: Lima Klasifikasi Komputer
Klasifikasi
Komputer
Deskripsi
Mikrokomputer

Ia adalah komputer meja (desktop computer) dan juga komputer
peribadi (personal computer PC). PC dikenali sebagai
mikrokomputer kerana ianya direka untuk kegunaan seorang
individu pada satu masa. Jangan keliru dengan mikropemproses
kerana mikropemproses merupakan sebuah komputer pada satu cip.
Dalam mikrokomputer, mikropemproses, litar elektronik dan cip
ingatan dipasangkan ke atas papan litar tunggal yang dipanggil
papan induk (motherboard). Papan induklah yang membezakan
antara mikrokomputer dengan yang lain. Komponen perkakasan ini
akan dibincangkan dalam beberapa topik seterusnya
Kerangka
Utama

Komputer ini didefinisikan sebagai komputer komersial bersaiz
besar yang direka bentuk khusus untuk persekitaran multipengguna
dan ianya digunakan sepenuhnya oleh badan korporat.
Kebiasaannya komputer ini mempunyai lebih daripada 100 terminal
kawalan. Kerangka utama adalah sangat kuat dari segi keselamatan,
sambungan dan keupayaan pengurusan data. Ia mesti diletakkan
dalam persekitaran terkawal yang khusus dengan kelengkapan
pemanasan khas, pengudaraan dan penyaman udara untuk
mengawal suhu, kelembapan dan paras habuk di sekitar komputer
Minikomputer


Sehingga lewat tahun 1960an, semua komputer hanyalah kerangka
utama sahaja. Mereka hanya dikenali sebagai komputer. Kemudian,
vendor komputer mula memperkenalkan mesin yang lebih kecil
supaya mampu dimiliki oleh syarikat kecil. Ini telah menjadi detik
kelahiran minikomputer. Hari ini, minikomputer boleh didefinisikan
sebagai komputer terkecil yang direka bentuk khusus untuk
persekitaran multipengguna. Sistemnya seharusnya boleh
memberikan perkhidmatan antara 2 hingga 100 terminal kawalan
dalam satu masa
Superkomputer

Komputer ini adalah yang terbesar, terpantas dan paling mahal
dalam pasaran. Ia sangat berkuasa dan direka khusus untuk
pengiraan numerikal berkelajuan tinggi yang diperlukan dalam
aplikasi kejuruteraan yang kompleks. Superkomputer berintensifkan
pemproses berbanding dengan kerangka utama yang berintensifkan
input-output. Superkomputer boleh melaksanakan pengiraan
aritmetik pada kelajuan bilion operasi titik-terapung dalam sesaat
(gigaflops). Antara pengeluar utama superkomputer adalah Cray
Research, NEC dan Fujitsu
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT W 11
Stesen kerja

Ada klasifikasi lain bagi komputer seperti super-mini, super-mikro,
minikomputer dan sebagainya mereka adalah komputer kelompok
pertengahan daripada klasifikasi peringkat awal. Sesetengah
komputer dipanggil sebagai pelayan atau klien. Stesen kerja ialah
terminal rangkaian (pintar tetapi tanpa cakera). Ianya sering merujuk
kepada terminal dengan pemproses Komputer Set Suruhan
Terkurang (Cip Reduced Instruction Set Computing RISC) dan
bukannya Intel. Secara amnya, stesen kerja adalah PC yang canggih





PRINSIP TEKNOLOGI MAKLUMAT
Kita telah mempelajari bagaimana IT membantu organisasi dan masyarakat. Kita
juga telah mendengar dan membaca bagaimana IT dapat membantu
meningkatkan keuntungan syarikat dan perniagaan. Manusia juga mendapat
manfaat menggunakan komputer untuk melaksanakan kerja dan berhibur.
Walaupun begitu, kita juga harus sedar dan tahu kesan buruk virus komputer
seperti Nimda, Love Bug dan Chernobyl yang telah menyebabkan kegagalan
sistem berkomputer di banyak organisasi dan pengguna individu.

Sememangnya objektif utama penggunaan IT adalah untuk menolong pengguna
dan organisasi menyelesaikan masalah dan memulakan kreativiti di mana ia
membolehkan mereka bekerja lebih pantas dan berkesan. IT boleh membantu
mereka dalam aktiviti harian. Oleh itu, IT membebaskan pekerja daripada rutin
kerja, membolehkan mereka menumpukan perhatian untuk menyelesaikan
masalah dan memperbaiki kehidupan seharian mereka. Jadual 1.7 menerangkan
kepentingan lapan prinsip IT.

1.3
AKTIVITI 1.1
SEMAK KENDIRI 1.1
1. Bezakan istilah data, maklumat dan pengetahuan. Berikan satu
contoh bagi setiap istilah tersebut.
2. Terangkan secara ringkas sejarah komputer.
Sebagai pelajar, klasifikasi komputer manakah daripada Jadual 1.6
sesuai untuk anda? Terangkan.
X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT 12
Jadual 1.7: Lapan Prinsip Teknologi Maklumat
Prinsip Deskripsi
Boleh diharap
(reliable)
Adalah mustahil untuk mengatakan bahawa sistem IT dapat
beroperasi pada tahap 100% setiap masa. Kadangkala ia beroperasi
pada tahap 99% pada suatu ketika dan 1% lagi ia tidak berfungsi.
Walau bagaimanapun, adalah penting keutuhan sistem tidak
berada di bawah paras ambang (threshold) yang tertentu
Selamat Persekitaran sistem di mana IT beroperasi harus selamat daripada
capaian tanpa izin dan kemusnahan akibat perbuatan khianat
Fleksibel Pengguna boleh menggunakan sistem IT di mana sahaja mereka
berada dan pada bila-bila masa
Menggalakkan
inovasi
Kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan perisian dan
perkakasan era baru, seperti sistem amaran awal untuk cuaca
buruk
Responsif Sistem IT menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan
Mudah dan telus Semua alatan dan kemudahan mestilah mudah dipelajari dan
digunakan
Saling kendali
yang konsisten
(consistent
interoperability)
Persekitaran IT mestilah konsisten dan diterima pakai secara global
di seluruh dunia supaya maklumat boleh dipindahkan dengan
mudah
Mampu milik Pengguna sepatutnya mampu memiliki sistem IT yang diinginkan
oleh mereka

FUNGSI DAN MANFAAT TEKNOLOGI
MAKLUMAT
Senn (1998) mengatakan bahawa teknologi maklumat melaksanakan enam fungsi
bagi kerja maklumat iaitu mengumpul, memproses, menjana, menyimpan,
mendapatkan semula dan menyampaikan. Dalam kebanyakan kes, dua atau
lebih fungsi dilaksanakan secara serentak. Ini dinyatakan dalam Jadual 1.8 yang
menerangkan fungsi, definisi dan contoh IT.








1.4
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT W 13
Jadual 1.8: Enam Fungsi Teknologi Maklumat
Fungsi Definisi Contoh
Mengumpul Mengumpulkan rekod aktiviti
untuk digunakan kemudian
Membaca maklumat pengundi,
membaca meter elektrik
Memproses Proses mengubah, menganalisis,
mengira dan mensintesiskan semua
bentuk data atau maklumat
Mengira undi, pemprosesan bil
elektrik, pemprosesan
perkataan, pemprosesan cukai
Menjana Mengumpulkan maklumat ke
dalam bentuk yang berguna, sama
ada sebagai teks, audio atau imej
Bil elektrik, jadual, graf, carta
di atas cakera, pita, fail CD-
ROM
Menyimpan Proses pengkomputeran dalam
menyimpan data dan maklumat
untuk digunakan kemudian
Rekod cukai pendapatan,
rekod keahlian persatuan,
rekod kesalahan trafik
Mendapatkan
semula
Menempatkan data dan
memperolehnya kembali
Faks, e-mel, mel suara, laporan
Menyampai Mengambil, menghantar atau
mempersembahkan
E-mel, mel suara
Jadual 1.9: Empat Manfaat Teknologi Maklumat
Manfaat Definisi
Kelajuan Nilai yang relatif komputer boleh melaksanakan kerja dalam
beberapa saat, pada kelajuan yang lebih pantas daripada manusia
Konsisten Komputer cekap melaksanakan kerja ulangan secara konsisten iaitu
menghasilkan keputusan yang sama untuk kerja yang sama
Ketepatan Komputer bekerja secara tepat boleh mengesan walaupun
perbezaan yang kecil
Kebolehharapan Dengan kelajuan, konsisten dan ketepatannya, kita boleh berharap
dan bergantung kepada komputer dalam menghasilkan keputusan
yang sama berulang kali

Berdasarkan empat manfaat daripada penggunaan IT seperti yang disenaraikan
dalam Jadual 1.9, kita tidak boleh mensia-siakan peluang yang ditawarkannya.
Secara umum, ada dua kategori peluang yang ditawarkan oleh IT iaitu:

(a) Membantu masyarakat Misalnya, membantu orang istimewa (golongan
kelainan upaya), meningkatkan produktiviti manusia dan menolong orang
ke arah kehidupan yang lebih baik; dan


X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT 14
(b) Membantu menyelesaikan masalah Misalnya, membantu dalam proses
pengecaman masalah, meneroka sebilangan penyelesaian alternatif dan
mengimplementasikan penyelesaian dengan jayanya.

IT telah digunakan dalam pelbagai bidang dengan tujuan untuk menyelesaikan
masalah dan membantu manusia. Maka, kita perlu tahu tiga tanggungjawab asas
pengguna IT seperti:
(a) Mengetahui keupayaan dan had IT;
(b) Menggunakan IT secara beretika dan betul; dan
(c) Memastikan keselamatan data dan maklumat terjamin daripada pelbagai
ancaman.

KERJAYA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Pada hari ini, IT berkait rapat dengan kebanyakan kerjaya. Umumnya, dua
kategori yang berkaitan dengan IT dan kerjaya adalah:

(a) Teknologi maklumat sebagai kerjaya
Pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam IT menyediakan pelbagai
peluang pekerjaan yang berkaitan dengan bidang IT. Antara kerjaya dalam
bidang IT adalah juruanalisis sistem, pegawai IT, pentadbir rangkaian,
pakar rangkaian, jurutera perisian, jurutera pengetahuan, pengaturcara,
pengurus pemprosesan data, pengurus projek, konsultan sistem komputer,
pengintegrasi sistem, pentadbir sistem, ketua pegawai maklumat, jurutera
sistem, pengurus laman web dan sebagainya. Mereka ini dikenali sebagai
profesional IT. Kadangkala mereka juga dianggap sebagai orang penting di
sebalik komputer iaitu sebagai pembangun dan penyelenggara perisian
dan peralatan IT.

(b) Pengguna teknologi maklumat
Pengguna IT umumnya dikenali sebagai pengguna akhir. Pengguna akhir
terlibat dalam penggunaan IT tetapi mereka tidak memerlukan
pengetahuan teknikal IT. Sesungguhnya, mereka lebih mengetahui
penggunaan perisian yang tertentu atau perkakasan yang khusus.
Misalnya, doktor menggunakan komputer untuk mencapai maklumat
pesakit tetapi mereka tidak mengetahui bagaimana sistem itu
dibangunkan. Umumnya, pengguna akhir boleh dibahagikan kepada tiga
jenis pengguna novis, pengguna separuh-mahir dan pengguna mahir.
Aplikasi IT dicipta untuk penggunaan mereka.

1.5
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT W 15
Kedua-dua profesional IT dan pengguna IT perlu berkomunikasi antara satu
sama lain untuk meningkatkan penggunaan IT, untuk mencipta idea baru dan
mencapai manfaat yang diingini.



TEKNOLOGI MAKLUMAT DI MALAYSIA
Koridor Raya Multimedia adalah salah satu pembangunan IT terkini di Malaysia.
Ia agenda Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 dan merupakan strategi
utama untuk mencapai kelebihan persaingan dalam ekonomi berasaskan
pengetahuan. Sebagai pengguna IT, kita perlu melengkapkan diri untuk
mencapai faedah langsung daripada teknologi ini.

Di manakah kita dalam penggunaan IT? Sehingga kini, jumlah kilang atau
pengeluar yang menggunakan IT masih boleh dikira, apatah lagi yang
menggunakan sistem robotik. Industri yang memanfaatkan IT tidak
mengeksploitasikan sepenuhnya potensi teknologi ini. Hasil penilaian oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan National Productivity Corporation
(NPC) yang dilaporkan dalam Rancangan Malaysia ke-7 menunjukkan
kebanyakan pengeluar memanfaatkan IT untuk pentadbiran, berbanding untuk
proses pengeluaran. Namun, terdapat tanda peningkatan penggunaan IT dalam
proses pengeluaran bagi industri kecil dan sederhana.

KORIDOR RAYA MULTIMEDIA MALAYSIA
(MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR MSC
MALAYSIA)
Salah satu projek pembangunan IT peringkat nasional yang hangat
diperbincangkan adalah Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC Malaysia).
MSC Malaysia pada permulaannya meliputi kawasan seluas 15km u 50km,
merentasi Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di utara sehingga ke Lapangan
Terbang Kuala Lumpur ( Kuala Lumpur International Airport KLIA) di selatan.
Projek ini telah menukarkan kawasan ladang kelapa sawit kepada lembah
maklumat. Dua bandar pintar telah dibina dalam kawasan MSC iaitu Cyberjaya
dan Putrajaya. Cyberjaya menempatkan industri teknologi maklumat dan
multimedia, manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran baru bagi
1.6
1.7
Nyatakan enam jenis kerjaya dalam bidang teknologi maklumat.
SEMAK KENDIRI 1.2
X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT 16
Kerajaan Persekutuan. Satu perbadanan turut ditubuhkan iaitu Perbadanan
Pembangunan Multimedia (Multimedia Development Corporation MDeC)
untuk menyelia pembangunan MSC Malaysia.

Projek ini terbukti berjaya kerana jumlah penyertaan syarikat terkenal IT
antarabangsa yang datang ke kawasan MSC melebihi jumlah sasaran asal yang
ditetapkan. MSC juga dirancang untuk meluaskan kawasan liputan ke seluruh
negara. Anda boleh layari laman web www.mdec.com.my untuk mengetahui
lebih lanjut berkenaan pembangunan Malaysia MSC Malaysia.

Rang Undang-undang Jaminan telah disediakan oleh kerajaan untuk menarik
syarikat swasta yang beroperasi dalam kawasan MSC di samping menyediakan
peruntukan infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia kepada syarikat
berstatus MSC iaitu:
(a) Peruntukan infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia;
(b) Kebenaran tanpa had untuk pekerja berpengetahuan tempatan atau luar
negara;
(c) Memastikan kebebasan pemilikan dengan memberikan syarikat berstatus
MSC Malaysia pengecualian daripada keperluan pemilikan tempatan;
(d) Memberikan kebebasan kepada syarikat berstatus MSC Malaysia untuk
memperoleh pembiayaan daripada pinjaman tempatan atau antarabangsa
untuk menyediakan infrastruktur MSC Malaysia;
(e) Peruntukan insentif kewangan yang menarik;
(f) Menjadi pemimpin serantau dalam Hak Harta Intelektual dan Undang-
undang Siber;
(g) Memastikan tiada penapisan Internet;
(h) Peruntukan tarif telekomunikasi yang kompetitif secara global;
(i) Mengeluarkan kontrak bertenderkan infrastruktur MSC Malaysia kepada
syarikat yang berhasrat menjadikan MSC Malaysia sebagai hub serantau;
dan
(j) Memperuntukkan agensi dengan kuasa untuk bertindak sebagai kedai
super jualan sehenti bagi memastikan MSC Malaysia boleh memenuhi
keperluan syarikat.

Perbadanan Pembangunan Multimedia juga bertindak sebagai pusat sehenti bagi
memenuhi 10 jaminan ini, terutamanya untuk mempercepatkan permohonan
visa, lesen dan permit. Infrastruktur telekomunikasi yang disediakan dalam MSC
Malaysia adalah dalam kadar kelajuan 2.5Gbps hingga 10Gbps. Selain itu, Panel
Penasihat Antarabangsa (International Advisory Panel IAP) untuk MSC juga
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT W 17
turut ditubuhkan. Panel ini terdiri daripada pakar ternama dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi seperti Bill Gates (ketua pegawai eksekutif
Microsoft), Scott McNealy (ketua pegawai eksekutif Sun Microsystems), Stan
Sheah (ketua pegawai eksekutif Acer) dan James Barkdale (ketua pegawai
eksekutif Netscape).


UNDANG-UNDANG SIBER
Antara jaminan yang disediakan untuk syarikat berstatus MSC Malaysia adalah
enakmen dan perlaksanaan enam Undang-undang Siber yang telah diluluskan
oleh Parlimen. Antara undang-undang tersebut adalah:

(a) Akta Tandatangan Digital 1997;
(b) Akta Hak Cipta (pindaan) 1997;
(c) Akta Jenayah Komputer 1997;
(d) Akta Teleperubatan 1997;
(e) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; dan
(f) Akta Komunikasi dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia 1998.

1.8
1. Tujuh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia telah
dikenal pasti. Ia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
pembangunan multimedia dan persekitaran multimedia. Empat
aplikasi pertama terletak di bawah pembangunan multimedia,
manakala tiga aplikasi terakhir terletak di bawah persekitaran
multimedia. Nyatakan tujuh aplikasi tersebut (untuk membantu
anda menjawab soalan ini, sila layari laman web berikut
www.mdec.com.my).

2. Pada masa kini, jabatan kerajaan dan sektor swasta telah
membangunkan laman web dan kios maklumat mereka sendiri.
Ini menunjukkan peningkatan dalam kesedaran tentang konsep
pengagihan maklumat menerusi Internet. Anda perlu
memberikan tujuh lagi contoh laman web atau kios maklumat
pelbagai jabatan kerajaan yang boleh dilayari melalui Internet
(untuk menjawab soalan ini, anda perlu melayari laman web ini di
Internet).
AKTIVITI 1.3
X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT 18


x Teknologi maklumat didefinisikan sebagai pelbagai jenis teknologi yang
diperlukan untuk menyokong sistem maklumat.
x Ada enam perbezaan antara era maklumat dengan era sebelumnya:
kemunculan masyarakat berasaskan maklumat, kejayaan perniagaan dan
pengurusan bergantung kepada IT, proses kerja ditransformasi untuk
meningkatkan produktiviti, IT menyediakan dasar untuk pengoptimuman,
kejayaan IT bergantung kepada keberkesanan penggunaannya, dan IT
diterapkan dan digunakan dalam pelbagai jenis produk dan perkhidmatan.
x Lima komponen IT adalah data, perisian, perkakasan, manusia dan prosedur.
x Kita telah melihat sejarah komputer secara ringkas (lima generasi) dan lima
klasifikasi komputer iaitu komputer mikro, kerangka utama, minikomputer,
superkomputer dan stesen kerja.
x Kita telah belajar tentang lapan prinsip IT (boleh diharap, selamat, fleksibel,
menggalakkan inovasi, responsif, mudah dan telus, saling kendali yang
konsisten dan mampu milik).
x Ada enam fungsi IT (mengumpul, memproses, menjana, menyimpan,
mendapatkan semula dan menyampai) dan empat manfaat IT (kelajuan,
konsistensi, ketepatan dan keboleharapan) dalam kehidupan harian kita.
x Perkembangan terkini dan peluang di Malaysia yang dicipta oleh kemajuan
IT tidak boleh diabaikan.
x Kita perlu berkongsi pengalaman, tenaga kerja, kepakaran, kebijaksanaan
dan semua ini juga disebut sebagai "perkongsian pintar untuk merebut
peluang yang ditawarkan oleh IT.
x Kita mungkin bukan negara pertama yang mencipta IT tetapi kita boleh
menggunakan IT sebagai platform untuk menjadikan Malaysia negara maju.
AKTIVITI 1.4
Ada enam Undang-undang Siber yang telah diluluskan oleh Parlimen.
Secara berpasangan, layari laman web www.mdec.com.my dan
nyatakan kesemua enam Undang-undang Siber berserta dengan
penerangannya.
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT W 19

Aplikasi perdana
Era maklumat
Komputer
Komputer peribadi (personal
computer PC)
Komunikasi
Koridor Raya Multimedia Malaysia
(Multimedia Super Corridor Malaysia
MSC Malaysia)
Pengetahuan (know-how)
Perbadanan Pembangunan
Multimedia (Multimedia Development
Corporation MDeC)
Teknologi maklumat (information
technology, IT)
Teknologi komunikasi dan maklumat
(information communication
technology, ICT)
Undang-undang Siber

You might also like