You are on page 1of 8

Bab 3 : Penubuhan Syarikat

3.0 Penubuhan Syarikat

A. Nama Syarikat

Perkara pertama yang harus dilakukan untuk menubuhkan syarikat ialah dengan membuat
tempahan nama bagi syarikat. Menurut Sek 16 (1) Akta Syarikat 1965, seseorang yang
ingin menubuhkan syarikat mestilah menyerahsimpan dengan Pendaftar Syarikat,
memorandum dan artikel syarikat (sekiranya ada) yang dicadangkan itu. Syarikat Berhad
Oleh Syer mempunyai opsyen untuk menghantar / tidak menghantar artikel persatuannya
sendiri. Sekiranya syarikat ini tidak menghantar artikel persatuannya, maka Susunan A
jadual 4 akan terpakai automatic

Sementara itu Sek 18 (1) Akta Syarikat 1965, menyatakan bahawa nama syarikat
hendaklah dinyatakan di dalam memorandum persatuan

Menurut Sek 22 (6) Akta Syarikat 1965, sebelum sesebuah syarikat ingin didaftarkan,
syarikat tersebut mestilah membuat tempahan nama terlebih dahulu di pejabat Pendaftar
Syarikat. Sek 22 (7) pula menyatakan jika Pendaftar berpuashati tentang bona fide
permohonan itu dan nama itu boleh didaftar tanpa melanggar subseksyen (1), dia
hendaklah menrizabkan nama yang dicadangkan untuk tempoh 3 bulan dari tarikh
permohonan diserahsimpan.

Mengikut kelazimannya, mahkamah tidak akan campur tangan berhubung dengan


tempahan nama syarikat. Ini adalah kerana Pendaftar Syarikat mempunyai kuasa samada
untuk menerima tempahan atau menolak temapahan nama syarikat yang dibuat. Namun
begitu, sekiranya keputusan yang diambil oleh Pendaftar Syarikat menyalahi peruntukan
undang2 / Pendaftar dipengaruhi oleh unsur2 yang bersalahan dengan undang2 semasa
membuat keputusan berhubungan dengan penerimaan dan penolakkan tempahan nama
syarikat ini, barulah mahkamah akan campur tangan.

Sek 4 Akta Syarikat memberikan definisi syarikat sebagai syarikat yang ditubuhkan
menurut Akta ini atau mengikut mana2 enakmen yang sama pada masa lalu.

Kuasa dan liability syarikat sebaik sahaja selepas penubuhannya ialah, ia mempunyai
entity berasingan dari orang2 yang menubuhkannya. Dalam kebanyakkan keadaan,
syarikat diiktiraf oleh undang2 sebagai mempunyai kuasa dan liability sebagai seorang
individu.
B. Syarikat boleh memiliki hartanya sendiri

Walaupun Sek 16 (5) Akta Syarikt, hanya menyebut tentang ‘tanah’ sahaja, tetapi dalam
erti kata sebenrnya, syarikat juga boleh memiliki harta benda yang lain. Walaupun
seseorang ahli itu mungkin merupakan pemegang saham terbesar atau memiliki kesemua
saham syarikat, ini bukanlah bererti harta syarikat adalah milik peribadi beliau.

Di dalam kes Macaura lwn Northern Assurance Co. Ltd. (1925) AC 619 (HOL).
Macaura memiliki sebuah ladang di Ireland. Beliau telah menjual semua kayu-kayan
(balak) yang ada di ladang tersebut kepada sebuah syarikat iaitu Irish Canadian Sawmills
Ltd. Semua saham di dalam syarikat ini adalah kepunyaan beliau dan penama2 beliau.
Beliau juga merupakan pemiutang bg syarikat tersebut. Macaura telah m’insurankan
semua kayu kayan yang ada di ladangnya itu atas nama beliau. 2 minggu selepas beliau
m’insurnkan kayu-kayan itu,ladang tersebut telah mengalami kebakaran yang
menyebabkan kemusnahan kayu-kayan diladang tersebut. Macaura telah membuat
tuntuntan gantu rugi dari syrikat insuran tetapi syarikat insuran enggan membuat
pembayaran.

Persoalannya ialah samada Macaura boleh membuat tuntutan pampasan terhadap kayu2
balak kepunyaan Irish Canadian Sawmills Ltd yang musnah akibat kebakaran tersebut?

House of Lords telah memutuskan bahawa, apabila Macaura telah menjualkan kayu2 blak
tersebut, ini menunjukkan bahawa beliau tidak mempunyai kepentinagn lagi terhadap
kayu2 balak tersebut. Oleh itu syarikat insuran adalah tidak bertanggungan untuk
membayar pampasan kepada Macaura.

C. syarikat boleh mendakwa dan didakwa

apabila sesebuah syarikat itu ingin membuat dakwaan / didakwa oleh pihak lain yang
berurusan dengannya, maka dakwaan tersebut perlulah menggunakan nama syarikat
sendiri bukannya nama ahli bagi syarikat tersebut. Begitu juga bagi ahli, di mana mereka
tidak boleh menggunakan nama snediri untuk membuat dakwaan bagi pihak syarikat.

Di dalam kes Foss lwn Harbottle (1843) 2 HARE 461, 2 orang pemegang saham di
Victoria Park Company telah mengambil tindakan undang2 terhadap pengarah syarikat
dan beberapa orang yang lain. Mereka mendakwa bahawa set/ harta syarikat tersebut
telah disalahgunakan. Isu yang timbul ialah samada 2 orang pemegang saham itu layak
untuk membuat dakwaan bagi pihak syrikat?

Mahkamah telah memutuskan bahawa penyalahgunaan harta tersebut adalah merupakan


1 kerugian kepada syarikat, bukannya kepada ahli2 syarikat tersebur. Ahli syarikat dan
syarikat mempunyai entity yang berbeza. Justeru itu, mereka tidak layak untuk membuat
dakwaan tersebut. Sepatutunya syarikat itu sendiri yang mendakwa pihak2 yang terlibat.
D. Jangka hayat adalah kekal

sesebuah syarikat itu tidak akan mengalami pembubaran akibat dari kematian salah
seorang atau kesemua ahli2nya. Syarikat akan sampai ke pengakhiran hayatnya apabila
syarikat tersebut m’alami penggulungan ataupun pendaftar syarikat memberikan perintah
penggulungan.

Di dalam kes Re Noel Tedman Holding Pty Ltd. (1967) Qdr 561, syarikat hanya
mempunyai 2 orang ahli yang merupakan suami isteri. Kedua2 mereka ini merupakan
pengarah syarikat tetapi malangnya mereka telah meniggal dunia akibat kemalangan.
Anak tunggal mereka terselamat di dalam kemalangan itu. Masalah timbul kerana artikel
memerlukan kebenaran dari pengarah sebelum syer boleh dipindahmilik menurut wasiat
si mati. Kebiasaanya, masalah ini akan selesai dengan perlantikan pengarah baru tetapi di
dalam kes ini, pengarah baru tidak boleh dilantik kerana tiada ahli yang akan mengundi.

Mahkamah telah membenarkan wakil peribadi kepada kedua-dua si mati untuk melantik
pengarah baru bagi membolehkan pengarah tersebut memberikan keizinan untuk
memindahkan saham kepada waris mereka.

E. Tanggungan/liability ahli-ahli syarikat adalah terhad

Tanggungan/ liability ahli2 syarikat terhadap hutang syarikat adalah ditanggung oleh
syarikat itu sendiri

Di dalam kes Re Application by Yee Yut Ee (1978) 2 MLJ 142, Yee adalah seorang
setiausaha bagi Trans Market Research Pte. Ltd. Syarikat ini adalah anak syarikat bagi
sebuah perbadanan Amerika Syarikat ini telah memberhentikan pekerja2nya dan kes ini
telah dirujuk ke mahkamah industri. Semasa penghakiman dilaksanakan, tiada wakil dari
syarikat yang hadir dan penghakiman yang diberikan memihak kepada pekerja2. Yee
kemudiannya telah dilantik menjadi wakil kepada syarikat TMR. Mahkamah industri
telah memutuskan bahawa Yee adalah bertanggungan secara peribadi terhadap hutang2
syarikat

Adakah Yee bertanggungan secara peribadi terhadap hutang syarikat?

Mahkamah tinggi memutuskan bahawa Yee adalah tidak bertanggungan secara peribadi
terhadap hutang syarikat TMR kerana syarikat dengan ahli2 adalah mempunyi entity
yang berasingan
3.1 Prinsip Pengenepian Tirai Perbadanan

Prinsip pengenepian tirai perbadanan adalah merupakan pengecualian kepada ciri2


istimewa sesebuah syarikat iaitu mempunyai keperibadian yang tersendiri / berasingan
daripada ahli2 syarikat tersebut

Prinsip ini memberi maksud bahawa mahkamah di dalam membuat sebarang keputusan
berhubung dengan keperibadian berasingan sesebuah syarikat akan melihat pihak atau
individu yang memainkan peranan utama di belakang tirai perbadanan

Tujuannya adalah untuk membolehkan pihak atau individu yang memainkan peranan
penting itu (kontroler) bertanggungjawab terhadap segala tindakan syarikat

Prinsip pengenepian tirai perbadanan ini boleh dibahagikan kepada 2 pengecualian iaitu :

a. Pengecualian statutory (berkanun)


b. Pengecualian kehakiman

a. Pengecualian statutory

1. syarikat tidak boleh menjalankan perniagaannya sekiranya keahlian syarikat


adalah kurang daripada 2 orang ahli. Kenyataan ini merujuk kepada Sek 36 Akta
Syarikat. Oleh itu, syarikat yang mempunyai keahlian kurang daripada 2 orang
ahli akan menyebabkan ahli yang seorang itu bertanggungan secara peribadi
terhadap tindakan/perbuatan syarikat. Tanggungan ini hanyalah terhad kepada
hutang2 yang dibuat selepas 6 bulan pertama bilamana keahlian syarikat iu hanya
tinggal seorang
2. Sek 121 (2) Akta Syarikat menyatakan bahawa pegawai bagi sesebuah syarikat
akan bertanggungan peribadi sekiranya beliau menandatangani/ mengeluarkan
sebarang surat cara boleh niaga, surat janji hutang/ pesanan/ pengesahan
keatasnya di mana nama syarikat tidak dicatat
3. merujuk kepada Sek 303 (3) & 304(2) Akta Syarikat, seseorang pegawai yang
berhutang bagi pihak syarikat beliau semasa melaksanakan tindakan itu
berkepercayaan bahawa syarikat itu tidak mempunyai kemampuan untuk
menyelesaikn hutang2 itu
4. sesebuah syarikat yang menjalankan perniagaan yang bertujuan untuk melakukan
perbuatan menipu/frod, membolehkan mahkamah mengisytiharkan sesiapa yang
merupakan salah seorang pegawai yang menjalankan aktiviti itu bagi pihak
syarikat, akan bertanggungan secara peribadi. Kenyataan ini merujuk kepada Sek
304 (1) Akta Syarikat
5. merujuk kepada Sek 365 (2) (b) Akta Syarikat pula menyatakan dividen hanya
boleh dibayar kepada pemegang2 saham syarikat apabila syarikat tersebut
memperolehi keuntungan. Maka pengarah yang mengisytiharkan dividen bagi
syarikat yang tidak mendapat keuntungan, akan bertanggungan sendiri ke atas
amaun dividen yang diisytiharkannya itu
6. Sek 67 (3) Akta Syarikat memperuntukkan, seseorang pegawai yang melanggar
larangan terhadap syarikat daripada memberi bantuan kewangan kepada pihak
lain untuk membeli sahamnya sendiri, akan bertanggunagn secara peribadi
terhadap pembuatannya.
7. Sek 140 (1) Akta Cukai Pendapatan membenarkan Ketua Pengarah Lembaga
Hasil untuk tidak mengambil kira transaksi2 yang mempunyai kesan pengelakan
cukai. Di dalam hal ini, prinsip pengenepian tirai perbadanan akan terpakai

b. Pengecualian Kehakiman

Tujuan pengecualian kehakiman terhadap prinsip keperibadian korporat yang


berasingan adalah untuk melihat individu/ pihak yang memainkan peranan di
belakang tabir perbadanan

Lord Halsbury di dalam kes Salomon teah menutarakan kaedah berikut : -

‘ whether it is within the legislative intent of the Companies Act that the company
should be treated as a person separate from its members and controllers in the
situation under consideration. If the legislative intention doesn’t necessitate the
separation of the company and us members, they may be treated as one’

1. Syarikat hanya sebagai satu alat untuk melakukan penipuan atau mengabaikan
tanggungjawab

Kadang-kala, sebuah syarikat itu diperbadankan untuk sesuatu tujuan yang bertentangan
dengan undang2/ ianya dijadikan alat untuk melakukan penipuan. Seseorang individu
menggunakan syarikat untuk melarikan diri daripada melaksanakan tanggungjawab yang
diperuntukan oleh undang2. sekiranya perkara ini berlaku, mahkamah boleh mengambil
tindakan secara peribadi kepada individu tersebut.

Di dalam kes Gilford Motor Company lwn Horne (1933) CH. 935, Horne adalah
merupakan bekas pengarah urusan bagi syarikat plaintif. Beliau telah menandatangani
perjanjian ‘restain of trade’ dengan syarikat plaintif untuk tidak menarik pelanggan2
syarikat apabila beliau tidak lagi berkhidmat dengan syarikat tersebut

Walau bagaimanapun, apabila beliau meninggalkan syarikat plaintif, beliau telah


menubuhkan sebuah syarikat JM Home & Co. Ltd. dan melantik isterinya dan seorang
yang lain sebagai pengarah2nya. Mereka telah menggunakan syarikat tersebut untuk
menarik pelanggan syarikat plaintif

Adalah syarikat plaintif boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap Horne secara
peribadi?

Mahkamah Rayuan di England telah memberikan injunksi terhadap Horne dan syarikat
beliau kerana beliau telah memungkiri perjanjian beliau dengan syarikat plaintif.
Sementar itu di dalam kes Jones lwn Lipman (1962) A11 ER 442, pada mulanya
Lipman telah bersetuju untuk menjual sebuah rumah kepada Jones. Kemudianya Lipman
cuba lari dari tanggungjawab terhadap Jones degan menjual dan memindahkan hak milik
rumah itu kepada sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk tujuan tersebut. Syarikat ini
pada hakikatnya dikuasai oleh Lipman sendiri. Mahkamah memutuskan bahawa Lipman
dan syarikat yang baru ditubuhkan itu hanyalah merupakan satu alat untuk melarikan diri
dari tanggungjawabnya.

2. Syarikat bertindak sebagai ejen bagi syarikat yang lain

Di dalam kes Aspatra Sdn. Bhd. Lwn Bank Bumiputra Malaysia Bhd. (1988) 1 MIJ
97, BBMB dan anak syarikatnya BMF telah mendakwa Lorrain kerana menerima
keuntungan rahsia semasa beliau memegang jawatan pengarah di BBMB dan pengerusi
BMF. BBMB dan BMF juga telah membuat permohonan ex parte untuk mendapatkan
injuksi Mareva untuk menghalang Lorrain dari memindahkan aset2nya ke luar negeri.
Injuksi ini juga memberi kesan kepada Aspatra perintah Anton Piller juga telah
dikeluarkan oleh mahkamah terhadap Aspatra. Aspatra telah membuat bantahan terhadap
kedua2 perintah mahkamah ini kerana syarikat berpendapat mahkamah tidak seharusnya
beranggapan bahawa aset2 syarikat adalah merupakan aset2 peribadi Lorrain kerana
syarikat dan Lorrain adalah mempunyai entity yang berasingan

Mahkamah memutuskan bahawa antara Lorrain dan Aspatra mempunyai entity yang
sama kerana Lorrain merupakan orang yang memainkan peranan penting di belakang
tebir syarikat Aspatra. Oleh itu mahkamah akan mengenepian tirai perbadanan demi
untuk keadilan

3. Syarikat hanya sebagai topeng untuk melindungi fakta sebenar

Di dalam kes RE FG (Films) Ltd. (1953) 1 WLR 483, 90% daripada saham syarikat
adalag dipegang oleh A, seorang Amerika dan 10% adalah dipegang oleh B, seorang
British. Syarikat ini tidak mempunyai pejabat yang tetap selain daripada alamat yang
didatarkan. Syarikat juga tidak mempunyai pekerja2. syarikat ini telah mengeluarkan
sebuah filem yang berjudul ‘MOONSOON’. Melalui perjanjian di antara sayarikat
dengan sebuah syarikat Amerika yang dikenali sebagai FGI. FGI membiayai
perbelanjaan di dalam bentuk kewangan dan juga peralatan2 bagi pembuatan file mini.
Syarikat telag mendaftarkan filen ‘MOONSOON’ ini sebagai filem keluaran British di
bawah Akta Sinematografi Filem 1938-48. Walau bagaimanapun pihak pendaftar telah
enggan melaksanakan pendaftaran memandangkan dari segi pegangan saham dan
individu yang sebenrnya yang memainkan peranan penting di sebalik syarikat bukanlah
orang British sendiri

Mahkamah telah memutuskan bahawa keputusan Lembaga Pendaftaran Filem adalah


benar
4. Mahkamah menggunakan dasar equiti dan analogi

Sekiranya mahkamah merasakan ianya adil dan berekuiti untuk mengetahui siapakah
yang sebenarnya yang mempunyai kepentingan disebalik tabir perbadanan, mahkamah
bolehlah mengenepikan tabir tersebut. Keadaan ini dapat dilihat apabila mahkamah ingin
memberikan perintah penggantungan pelaksanaan ( stay of execution). Di dalam keadaan
ini, mahkamah akan mengenepian tabir perbadanan dan pandangan mahkamah tidak akan
dikaburi oleh topeng2 persyarikatan yang ditubuhkan untuk tujuan yang menyalahi
undang2
Kes yang boleh dirujuk ialah Orri lwn Moundreas (1981) Com LR 168

5. Kumpulan syarikat-syarikat

Syarikat induk dan anak syarikat adalah mempunyai entity yang berasingan di antara satu
sama lain. Di dalam keadaan2 yang dinyatakan terdahulu daripada ini, mahkamah akan
menganggap bahawa syarikat induk dan anak syarikat adalah mepunyai entity yang sama

Di dalam kes DHN Food Distributors Ltd lwn Tower Hamlets London Borough
Council (1976) 1 WLR 852, terdapat tiga syarikat yang menjalankan perniagaan.
Perniagaan itu dipunyai oleh DHN sendiri tetapt tempat di mana perniagaan itu
dijalankan dipunyai oleh anak syarikat iaitu Bronze Investment Ltd. Sementara itu,
kenderaan yang digunakan dipunyai oleh DHN Food Transport Ltd. yang juga
merupakan anak syarikatnya. Tidak berapa lama kemudian, tanah di mana tempat
perniagaan itu dijalankan, telah diambil oleh Tower Hamlet London Borough Council
atas alas an bahawa DHN dan anak syarikatnya mempunyai 2 entiti yang berbeza, maka
DHN tidak mempunyai kepentingan dalam hal ini.

Mahkamah Rayuan menolak pendapat ini dan menganggap syarikat2 ini sebagai satu. Ini
bermakna pihak DHN berhak untuk memohon gantirugi

Sementara itu, di dalam kes Hotel Jaya Puri Bhd lwn National Union of Hotel, Bar
and Restaurant Workers (1980) 1 MLJ 109, restoran yang diperbadankan pada tahun
1974 adalah merupakan anak syarikat kepada Hotel Jaya Puri Bhd. Restoran ini telah
ditutup pada tahun 1976 dan pekerja2nya telah diberhentikan. Pekerja2 itu meminta ganti
rugi daripada Hotel Jaya Puri Bhd. Mahkamah Buruh telah memerintahkan pihak hotel
supaya membayar ganti rugi kepada pekerja2 yang telah diberhentikan itu. Hotel jaya
Puri Bhd membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi memutuskan, walaupun hotel dan restoran itu secara amnya adalah
dua entity yang berbeza tetapi hakikatnya, kedua-dua syarikat itu adalah dua syarikat
yang beroperasi sebagai satu. Maka, Hotel Jaya Puri Bhd. diarahkan untuk membayar
ganti rugi tesebut
Di dalam menentukan samada kumpulan syarikat itu mempunyai entity yang sama
ataupun tidak, kebiasaannya mahkamah akan melihat kepada persamaan dari segi
keempunyaan dan jga persamaan dari segi kawalan. Sekiranya perkara ini tidak wujud.
Kedua2 syarikat ini tidak boleh dianggap sebagai mempunyai entity yang sama.

You might also like