You are on page 1of 21

Oleh:

Syaza Yasmin binti Ismail


DEFINISI KESIHATAN
Kesihatan adalah kualiti hidup yang melibatkan
sosial, emosi, mental, spiritual dan kecergasan
biologikal individu hasil daripada adaptasi individu
terhadap persekitaran. (Dubos R., 1968)
WHO – Kesihatan adalah sesuatu yang sempurna dari
segi fizikal, mental, sosial dan bukan hanya sekadar
tiada penyakit atau cacat cedera sahaja.
BUKU REKOD KESIHATAN MURID
Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1) adalah dokumen
yang mencatatkan semua maklumat kesihatan yang
diperolehi semasa alam persekolahan.
Buku ini adalah buku rujukan yang mencatatkan proses
pertumbuhan dan perkembangan murid semasa alam
persekolahan.
Buku ini di beri secara percuma oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi setiap murid sekolah semasa
tahun 1 persekolahan.
Ibu bapa dikehendaki mengisi maklumat murid di dalam
buku tersebut dan mencatatkan kebenaran untuk petugas
kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan dan
memberi pelalian kepada anak mereka.
Sambungan…

BUKU REKOD KESIHATAN MURID


Buku ini disimpan oleh pihak sekolah bagi
memudahkan pengawasan kesihatan murid dan
akan diberikan kepada murid sekiranya mereka
hendak bertukar sekolah atau menaiki sekolah
menengah.
Buku ini perlu diserah kepada sekolah yang baru
untuk simpanan.
Ibu bapa boleh minta buku ini dari pihak sekolah
sekiranya ingin melihat rekod kesihatan anak
mereka.
PENGURUSAN KANAK-KANAK SAKIT
Kanak-kanak yang menghidap sebarang penyakit
berjangkit dikecualikan untuk hadir ke sekolah.
Perkara ini perlu dimaklumkan kepada ibu bapa atau
penjaga mereka agar mereka boleh mengambil
tindakan jika dipastikan anak mereka menghidap
sebarang penyakit berjangkit.
Guru juga boleh membuat penyaringan sebelum
kanak-kanak masuk ke bilik darjah dengan
mengambil suhu badan kanak-kanak dengan
termometer bagi kanak-kanak yang demam dan
melihat tanda-tanda penyakit berjangkit yang lain.
Sambungan…

PENGURUSAN KANAK-KANAK SAKIT


Gejala yang perlu disaring adalah seperti berikut;
DITANYA DIPERIKSA (jika boleh)
Demam Suhu >37.5’
Selsema Hidung berhingus
Batuk Batuk
Cirit-birit
Ruam / lepuh / kudis Ruam / lepuh / kudis
Sakit mata Mata merah atau mata
bertahi
Sambungan…

PENGURUSAN KANAK-KANAK SAKIT


Gejala atau tanda-tanda jangkitan penyakit yang
mempunyai risiko untuk berjangkit kepada kanak-
kanak lain;
Demam
Cirit-birit
Muntah-muntah
Ruam dengan demam
Sakit mata
Batuk yang teruk
Sakit tekak dengan demam dan kelenjar membengkak
Sambungan…

PENGURUSAN KANAK-KANAK SAKIT


Kebiasaannya guru akan menghubungi ibu bapa kanak-
kanak yang sakit untuk dibawa balik atau dibawa ke klinik.
Kanak-kanak akan diasingkan di satu bilik bagi
menempatkan kanak-kanak tersebut sementara menunggu
ibu bapa atau penjaga mengambil mereka. Ia bertujuan
untuk menghalang kanak-kanak berpenyakit dari
bercampur dengan kanak-kanak lain dan berkemungkinan
menyebarkan penyakit.
Untuk hal-hal kecemasan, kanak-kanak akan terus dihantar
ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjutan.
DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan adalah sebagai pengalaman
pembelajaran yang dibentuk bagi memudahkan
adaptasi dan tingkah laku yang kondusif untuk
kesihatan. (Green, 1980)
Pendidikan Kesihatan sebagai pembelajaran di bilik
darjah yang menyediakan dimensi kesihatan fizikal,
mental, emosi dan sosial, memperkembangkan
pengetahuan, sikap dan kemahiran berkenaan
kesihatan. (Marx and Wooley, 1998)
Sambungan…

DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN


Pendidikan Kesihatan merupakan proses untuk
mengembangkan dan membekalkan pengalaman dan
pembelajaran yang terancang dalam cara untuk
memberi maklumat, mengubah sikap dan
mempengaruhi tingkah laku. (Ams Paugh & Enzell,
1995)
FALSAFAH PENDIDIKAN KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan adalah pendidikan untuk
kesihatan, bukan hanya pengetahuan tentang
kesihatan.
Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata
menyembuh, mengurang atau mencegah penyakit,
malah untuk mencapai keadaan fizikal, mental dan
sosial yang optimum untuk individu, keluarga dan
komuniti.
Sambungan…

FALSAFAH PENDIDIKAN KESIHATAN


Program Pendidikan Kesihatan seharusnya
digalakkan dan memudahkan aplikasi pengetahuan
kesihatan untuk meningkatkan amalan gaya hidup
sihat sebagai budaya.
Individu perlu faham dan menghayati pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan
agar dapat amalkan gaya hidup sihat sebagai budaya.
Individu perlu bersedia menyesuaikan diri dengan
sebarang perubahan persekitaran dan sosial.
MATLAMAT DAN TUJUAN
PENDIDIKAN KESIHATAN
Perubahan tingkah laku kesihatan – pengetahuan,
sikap dan amalan
Mewujudkan insan yang berpelajaran dan
berpengalaman tentang kesihatan
Membantu orang ramai mencapai tahap kesihatan
yang optimum dengan tingkah laku dan usaha sendiri
Memajukan keadaan komuniti dan meningkatkan
tanggungjawab kesihatan kerajaan
PENDIDIKAN KESIHATAN DI
SEKOLAH
3 aspek;
Pengajaran kesihatan yang sistematik
Kaunseling kesihatan individu
Pengajaran dan pembelajaran kesihatan yang tidak
formal , berkaitan dengan pengalaman seharian

Pendidikan kesihatan di sekolah terbahagi kepada


pendidikan kesihatan secara berkelompok dan
individu.
PENDIDIKAN KESIHATAN SECARA
INDIVIDU
Pendidikan kesihatan individu diberi sebagai khidmat
nasihat dan kaunseling semasa sesi pemeriksaan
kesihatan.
Isu-isu yang lazim didapati adalah berkaitan dengan
pemakanan, penyakit kulit, kebersihan diri dan lain-
lain.
PENDIDIKAN KESIHATAN SECARA
BERKELOMPOK
Pendidikan kesihatan secara berkelompok adalah
pendidikan kesihatan yang dijalankan melalui
kempen atau kem-kem kesihatan di sekolah.
Murid-murid mendapat pengetahuan melalui
pameran, ceramah dan tunjuk cara oleh anggota
kesihatan.
Pendidikan kesihatan secara berkelompok
mengutamakan masalah kesihatan awam yang
berkaitan dengan golongan murid sekolah contohnya
saringan talasemia, 'tak nak merokok' dan gaya hidup
sihat.
RUJUKAN
Healthy People, 2000.
http://www.odphp.osophs.dhhs.gov
Sabari Shukor, 2001. Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Tahun 5. KL: Dewan Bahasa dan Pustaka
Zainun Ishak, 2006. Panduan Kesihatan dan
Keselamatan Kanak-kanak. KL: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.
Bahagian Kawalan Penyakit, 2007. Garis Panduan
Pengendalian Kanak-kanak di Taska dan Prasekolah.
KL: Kementerian Kesihatan Malaysia

You might also like