Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER• Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) Il1cnjelaskan perkell1bangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanaktersebut. Menurut beliau, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaranterhadap kanak-kanak Jan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran .• Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem,iaitu :
1. Mikrosistem
Persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secaralangsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh: ibu bapa, adik beradik.Rakan-rakan, jiran dan guru.
2. Mesosistem
Perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mesosistem bolehmempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumahboleh mempengaruhi lingkah laku individu di sekolah Contoh: rumah-sekolah,rumah-jiran, sekolah-jiran
3. Eksosistem
Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsungtetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepadakanak-kanak alan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh:sekolah-pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yangdikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhiperkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
4. Makrosistem
 Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan am alanmasyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan(Santrock, 200H). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebihdominan di mana mereka diberi peluang pelajaran clan pekerjaan-pekerjaan yangpenting.
5. Kronosistem
 Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebihberfokus kepada permainan-permainan komputer jika di banding dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaranrumah.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • More From This User

    Notes
    Load more