You are on page 1of 8

Konsep Disiplin Bilik Darjah

Konsep disiplin bilik darjah merupakan tindakan dan strategi yang


digunakan untuk kekalkan peraturan di bilik darjah. Guru memainkan peranan
yang penting untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam bilik darjah.
Selain itu, guru juga harus menghadapi dan menguruskan tingkah laku murid
melalui menarik perhatian murid. Disiplin bilik darjah adalah satu masalah utama
yang sering dihadapi oleh guru terumanya guru yang baru menyandang jawatan.
Bagi guru yang baru menyandang jawatan, mereka memang menghadapi
kesukaran menjayakan peranan sebagai pembentuk disiplin pelajar. Mereka
tidak mempunyai pengalaman sebenar bilik darjah sebelum ini dan pengurusan
ini tidak cukup dengan hanya teori-teori yang dipelajari di universiti.
Walaubagaimanapun ini bukan suatu penghalang yang sangat dasyat kepada
guru baru kerana mereka boleh belajar menimba pengalaman secara
berperingkat. Terdapat banyak cara untuk mengurus disiplin agar bilik darjah
menjadi aman, sihat, kondusif dan efisyen.

Faktor Yang Menyumbang Kepada Masalah Disiplin Bilik Darjah

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbangkan kepada masalah disiplin


bilik darjah. Faktor pertama ialah kebosanan, kegagalan guru dalam
menyampaikan aktiviti bilik darjah yang menarik, guru tidak ada membuat
rancangan harian sebelum masuk kelas. Murid menjadi bosan, tidak
menumpukan perhatian dan menimbulkan masalah disiplin.
Faktor kedua iaitu keupayaan laksanakan tugasan yang diberikan oleh
guru, disebabkan tugasan terlalu sukar atau tugasan dinyatakan dalam bahasa
yang tidak sesuai, murid tidak faham dan arahan yang disampaikan oleh guru
tidak jelas. Sebagai seorang guru,bahasa adalah media terpenting dalam
menyampaikan ilmu. Dalam proses penyampaian ilmu itu, guru mestilah
menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan
bahasa yang panjang dan meleret-leret akan menyukarkan pemahaman pelajar
malah mungkin boleh membawa kepada salah tafsir pelajar.
Faktor ketiga, usaha yang yang terlalu panjang dan sukar dikekalkan
dalam masa yang panjang. Faktor keempat, organisasi guru yang lemah,
contohnya alat visual tidak berfungsi atau terlalu banyak gangguan ketika proses
pengajaran.
Faktor kelima, murid kekeliruan terhadap kemahuan guru, guru gagal
memaklumkan dengan jelas mengenai perlakuan yang diinginkan. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa terdapat perbezaan individu pelajar di dalam sesebuah
bilik darjah. Guru pula perlu bijak menyesuaikan cara berkomunikasi antara
setiap pelajar yang berbeza tersebut. Sebagai contoh, jika berkomunikasi
dengan pelajar yang lemah kognitifnya maka guru perlulah menggunakan aras
komunikasi yang rendah dan begitulah sebaliknya.
Faktor keenam, interaksi sosial atau rakan, contohnya perbualan yang
berlebihan sehingga dibawa ke bilik darjah. Faktor ketujuh ialah bilik darjah yang
tidak selesa. Keadaan bilik darjah yang tidak terurus, kerusi meja yang banyak
dan nampak berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik
tidak ada atau sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada
pelajar menyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu,mereka tidak dapat
menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan
berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran.
Faktor kelapan ialah bilangan murid yang terlalu ramai dalam satu kelas.
Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan murid
terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar.
Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima apa
yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di
dalam kelas tersebut. Jadi, pelajar yang tertinggal atau atau tidak berminat
mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu rakan
dan bergerak ke sana sini. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir
Ahmad, 2007). Faktor yang terakhir ialah tahap akademik guru yang rendah,
guru kurang keyakinan terhadap diri sendiri semasa pembelajaran dan pelajaran.

Cara Menangani Masalah Disiplin Bilik Darjah

Terdapat pelbagai cara menangani masalah bilik darjah, contohnya ialah


membuat teguran yang membina. Memberi teguran sekoranya murid melakukan
kesalahan. Memberi dorongan kepada murid supaya berlaku lebih baik. Tidak
bersifat terlalu menghukum terhadap pelajar. Hukuman merupakan respon guru
sebagai tanda amaran terhadap murid yang terlibat dan respon punitif ialah
penggunaan ancaman lisan. Terdapat empat jenis hukum yang kerap digunakan
oleh guru dalam bilik darjah iaitu gred, keistimewaan, denda dan gantung
sekolah. Maksud Gred ialah markah dalam bahasa inggeris, cara hukuman ialah
kurangkan markah jika tidak hantar atau menyiapkan tugasan yang telah
diberikan. Dari segi hukuman keistimewaan ialah pelajar yang telah merosakkan
peralatan tidak diberi keistimewaan menggunakan alat tersebut. Hukuman denda
digunakan dalam bentuk kerja yang berulang seperti menulis berkali-kali dan
sebagainya. Yang terakhirnya, hukuman gantung sekolah hanya akan
dilaksanakan pada pelajar yang melakukan tingkahlaku yang kronik seperti
terlibat dalam pergaduhan.

Selain daripada hukuman, guru yang bijak, kreatif dan inovatif dapat
menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dan melibatkan
pelajar secara aktif dan terkawal. Kaedah berkesan yang digunakan akan dapat
mengurangkan masalah yang tidak dikehendaki. Kepelbagaian kaedah, teknik
dan strategi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi pelajar aktif, seronok
dan mudah menerima apa yang diajar oleh guru. Dengan itu karenah disiplin
dapat dikurangkan.
Perwatakan dan sahsiah guru juga memainkan peranan yang penting.
Menurut (Mok Soon Sang, 2008) guru yang kurang berpengalaman dan kurang
tegas atas disiplin bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan dan
kepercayaan daripada murid-murid. Murid-murid yang nakal sering menimbulkan
masalah dengan tujuan untuk membuli guru yang kurang tegas.
Menurut (Ahmad Mohd Salleh, 2004) antara sifat-sifat guru yang disukai murid
menurut Atan Long (1993) ialah mempunyai emosi yang stabil dan mental yang
sihat, mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik, mempunyai
kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada kebanyakan orang, mempunyai sifat
kreatif, imaginasi dan ikhtiar, mempunyai suara dan tingkahlaku yang beradab,
bertata tertib, bertimbang rasa, mempunyai simpati dan bijaksana dalam
menghadapi masalah, sabar, jujur dan ikhlas, tegas, menepati masa dan
berkebolehan mengurus, mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan,
memberi bimbingan yang demokratik dan menjaga status ikhtisas perguruan.

Pembinaan hubungan berkesan antara guru dan murid adalah


pendekatan terbaik bagi mencapai hasrat ini. Antara kelebihan apabila wujud
hubungan baik antara guru dan pelajar ialah akan melahirkan persahaman yang
baik antara mereka serta wujud rasa percaya mempercayai dan ini dapat
memberi kesan positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab
itu,sudah pasti masalah disiplin akan dapat dikawal dan dikurangkan.

Cara mencegah salah laku

Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, salah laku boleh dicegah


melalui pantau bilik darjah, rondaan dalam bilik darjah, adakan pertemuan
dengan murid, ajukan soalan-soalan berkaitan pelajaran, gunakan kaedah
pendekatan, berikan bantuan akademik, tukar aktiviti atau kelajuan, perhatikan
salah laku, perhatikan perlakuan biadap, memerhatikan pergerakan murid dan
sebagainya.
Pengurusan disiplin

Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin membawa


maksud seperti kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi
undang-undang samaada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan
sendiri. Dengan adanya pengurusan disiplin diharapkan pelajar, bekerja dengan
tertib, menghormati hak individu, mempunyai tingkahlaku yang baik, menjaga
kepentingan orang lain, hormat menghormati, tolong menolong, membaiki
keadaan dan berkhidmat kepada masyarakat.

Jenis disiplin

Terdapat 4 jenis disiplin, iaitu disiplin arahan guru, disiplin arahan kerja,
disiplin arahan kumpulan/rakan sebaya dan disiplin arahan diri. Disiplin arahan
guru adalah cara dan tugas guru menentukan arahan dan peraturan, mengawal
dan memastikan setiap pelajar mematuhinya. Tindakan akan diambil kepada
pelajar yang melanggar sebarang peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai
pengurus bilik darjah, guru bertanggungjawab dalam merancang, mengelola,
mengarah dan mengawal hal-hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Guru
mungkin bersikap autokratik dalam mengawal disiplin pelajar. Namun guru perlu
membuat pertimbangann sebaik mungkin dalam hal berkaitan disiplin supaya ia
tidak menjejaskan hubungan antara guru dan pelajar atau menyebabkan mereka
takut untuk mencuba sesuatu yang baru atau bertindak memberontak. Jadi,
motivasi kendiri berkaitan disiplin sangat pelu digalakkan. (Shahabudin Hashim,
Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)

Disiplin arahan kerja wujud apabila sesuatu tugasan yang diberikan


diberikan oleh guru kepada murid dan perlu diselesaikan dalam tempoh yang
ditetapkan. Disiplin ini dibentuk berdasarkan kesedaran keperluan dan
tanggungjawab dan mempunyai kebaikan kepada pelajar-pelajar yang mematuhi
arahan dan dapat menyiapkan tugasan mengikut jadual yang ditetapkan. Disiplin
ini mempunyai ciri motivasi yang positif. Hal ini kerana ia menggalakkan pelajar
menyelesaikan tugasan demi kebaikan dan kepentingan sendiri. Namun, tidak
semua pelajar dapat mnyelesaikan tugasan seperti yang diajdualkan. Oleh
sebab itu, disiplin arahan kerja ini dapat diwujudkan apabila tugasan yang
diberikan itu menarik, bermakna, sesuai dengan umur dan keupayaan pelajar
dan dapat disiapkan dalam tempoh yang diberikan. (Mok Soon Sang, 2008)

Disiplin arahan kumpulan merujuk kepada disiplin yang dihasilkan


daripada kawalan rakan-rakan dalam kumpulan yang sedia ada atau kumpulan
yang dibentuk untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Pembentukan biasanya
berasaskan kepada nilai, kepercayaan dan norma yang sama antara ahli
kumpulan. Mana-mana ahli kumpulan yang tidak dapat mematuhi nilai kumpulan
akan disingkirkan. Kumpulan sebegini boleh digunakan oleh guru untuk
membantunya mengawal disiplin bilik darjah. Ketua kumpulan yang dilantik
berperanan dalam mengawal disiplin kerja ahli kumpulannya yang lain.
(Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)

Disiplin arahan diri berlaku apabila pelajar dapat mematuhi peraturan


sekolah secara sukarela. Disiplin ini diwujudkan atas kesedaran bahawa
mematuhi peratuan-peraturan sekolah adalah untuk kebaikan pelajar sendiri. Ia
wujud secara tidak sedar apabila pelajar telah mencapai tahap kematangan iaitu
boleh berfikir secara rasional. Selain itu, nilai disiplin jenis ini juga dapat dibentuk
oleh guru melalui latihan dan bimbingan seperti menerangkan kebaikan
mematuhi peraturan yang ditetapkan, menerapkan nilai-nilai murni seperti adil,
saling hormat-menghormati, bertimbang rasa, toleransi dalam sebarang aktiviti
samada aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti kokurikulum.
Disiplin arahan diri ini adalah yang paling berkesan dalam pengurusan bilik
darjah. Masalah disiplin di sekolah dapat diturunkan ke paras minimum apabila
mereka sedar kepentingan mematuhi disiplin. (Mok Soon Sang, 2008)
Cara Mengamalkan Strategi Pendisiplinan Yang Sesuai

Peraturan tidak boleh terlalu banyak kerana murid tidak dapat ingat dan
keliru dengan peraturan yang terlalu banyak. Murid harus dilatihkan selalu
supaya mengikuti arahan guru. Guru juga harus awasi tangan, kaki dan barang
berbahaya. Guru juga harus sentiasa bersikap tertib dan ramah supaya murid
tidak mempunyai perasan dendam atau perasan takut kepada guru. Murid yang
rapat dengan guru akan sentiasa berani menyatakan masalahnya, bukan saja
masalah akademik, malah juga masalah peribadinya. Dari situ, guru dapat
memberi bantuan menyelesaikan masalah murid. Guru yang mengetahui
masalah murid akan lebih senang mengatasi masalah tingkah laku murid.
Contohnya, kewujudan amalan demokrasi di dalam bilik darjah akan melahirkan
suasana yang kondusif dan harmoni. Pelajar tidak berasa takut atau tertekan
untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas menyuarakan pandangan
walaupun pandangan itu tidak disenangi samada oleh guru atau pelajar lain.
Kadang-kadang, peraturan yang ditetapkan oleh guru, murid tidak faham. Oleh
itu, adalah baiknya kalau setiap peraturan ditunjukkan contoh. Guru juga harus
nyatakan tingkahlaku yang tidak sesuai supaya kesedaran murid dapat
ditingkatkan. Semasa pembelajaran dan pelajaran, guru harus sentiasa
berbincang dengan pelajar sebab dibuat pelajaran tersebut.

Ganjaran dapat dibahagikan kepada 3 jenis iaitu simbol, pengiktirafan dna


aktiviti. Ganjaran simbol contohnya ialah nombor, bintang, token dan lain-lain.
Murid akan lebih berminat untuk belajar supaya dapat mengumpul simbol ini
untuk menukarkan hadiah yang disediakan oleh guru. Ini juga merupakan tanda
pengiktirafan atau penghargaan guru kepada murid atas usaha yang dibuat oleh
mereka. Selain itu, mempamerkan kerja pelajar, pengiktirafan secara lisan, sijil
atau pelekat juga boleh dilaksanakan. Ini boleh mendorong murid minat dengan
pembelajaran kerana mereka berasa usaha yang dibuat oleh mereka dihargai
oleh guru. Aktiviti yang menarik seperti lawatan dianjurkan kepada semua murid
yang mempunyai kemajuan dalam akademik.
Rumusan

Guru yang efektif akan menguruskan supaya pelajar dapat menggunakan


masa dengan lebih produktif. Punca guru tidak dapat menggunakan masa
dengan sebaiknya adalah berpunca dari salah laku pelajar. Tidak kira samada
salah laku tersebuat adalah ringan atau lebih serius. Sebagai contoh semasa
guru sedang mengajar seorang pelajar mengganggu pelajar yang lain maka, di
sini guru tersebut perlu mengambil sedikit masa untuk menegur atau membuat
dendaan kepada pelajar tersebut. Sebagai guru yang baik merangkap pengurus
sesebuah bilik darjah guru mestilah mengaplikasikan pepatah inggeris yang
menyatakan ‘prevention is better than cure’. Dari situlah sekiranya guru berjaya
mencegah salah laku pelajar tersebut maka masa yang guru ada dapat
digunakan dengan lebih efisyen dan sebaiknya.

Bagi mengelak masalah tingkah laku pelajar di bilik darjah, guru juga
perlu menyediakan pelan pengajaran yang baik agar produktiviti pelajar dapat
ditingkatkan. Dalam bilik darjah yang diurus dengan baik, pelajar tidak akan
merasa bosan dan masa tidak terbuang. Selain itu juga, guru haruslah sentiasa
memberi perangsang kepada pelajar dengan menunjukkan sikap dan sifat yang
baik agar merangsang mereka untuk tidak melakukan masalah dan
mengamalkan sifat dan sikap yang baik sekaligus menghapuskan masalah
tingkah laku atau disiplin pelajar dalam bilik darjah. Langkah-langkah di atas
adalah cadangan-cadangan untuk penambahbaikkan bilik darjah agar ianya
dapat diurus dengan efisyen selari dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan
pendidikan yang berkesan kepada rakyat. Sekian, terima kasih.

You might also like