You are on page 1of 5

HBEF2103/JAN07/BETESL/F-NE

BAHAGIAN A

ARAHAN:- Terdapat SEPULUH (10) soalan dalam bahagian A. Sila jawab SEMUA soalan

SOALAN 1

Guru perlu mempelajari ilmu Psikologi Pendidikan supaya dia dapat memahami
perkembangan pelajar-pelajarnya. Jelaskan definisi psikologi pendidikan.
[4 markah]

SOALAN 2

Salah satu faktor endogen ialah faktor Rh darah. Terangkan apakah mungkin berlaku
kepada bayi dalam kandungan seorang perempuan berdarah Rh negatif dan suaminya
berdarah Rh positif.
[4 markah]

SOALAN 3

Aliran Strukturalisme telah timbul di Jerman dan dipelopori oleh Wilhelm Wundt (1832-
1920). Jelaskan fahaman aliran Strukturalisme.
[4 markah]

SOALAN 4

Freud telah mengemukakan Teori Personaliti yang mengatakan personaliti manusia terdiri
daripada tiga subsistem iaitu id, ego dan superego. Terangkan satu daripada subsistem
personaliti tersebut.
[4 markah]

SOALAN 5

Salah satu daripada faktor yang mempengaruhi pembelajaran ialah gaya kognitif atau gaya
belajar. Jelaskan DUA (2) ciri pelajar dengan gaya belajar bebas medan dan gaya belajar
bergantung medan dengan memberi contoh yang sesuai.
[4 markah]

1...
HBEF2103/JAN07/BETESL/F-NE

SOALAN 6

Pembelajaran koperatif sangat digalakkan dalam pendekatan pengajaran konstruktivisme.


Jelaskan DUA (2) ciri pendekatan pembelajaran tersebut.
[4 markah]

SOALAN 7

Pemikiran kritis menggalakkan pelajar untuk menganalisis sesuatu. Jelaskan EMPAT (4)
ciri pemikiran kritis.
[4 markah]

SOALAN 8

Pelajar hiperaktif dan hipoaktif mungkin terdapat dalam kelas pendidikan khas. Terangkan
DUA (2) ciri pelajar hiperaktif dan hipoaktif.
[4 markah]

SOALAN 9

Program pendidikan inklusif bermaksud pelajar pendidikan khas belajar bersama pelajar
normal dalam bilik darjah biasa. Jelaskan EMPAT (4) faedah program ini kepada kanak-
kanak khas.
[4 markah]

SOALAN 10

Menurut Gardner pelajar-pelajar mempunyai pelbgai kecerdasan. Terangkan DUA (2) ciri
pelajar yang mempunyai kecerdasan visual-ruang.
[4 markah]
[Jumlah:- 40 Markah]

2...
HBEF2103/JAN07/BETESL/F-NE

BAHAGIAN B

ARAHAN:- Terdapat LIMA (5) soalan dalam Bahagian B. Jawab TIGA (3) soalan sahaja.

SOALAN 1

(a) Jean Piaget mengatakan minda memproses maklumat melalui proses asimilasi dan
akomodasi. Jelaskan pengertian akomodasi.
[2 markah]
(b) Terdapat empat tahap perkembangan kognitif dalam Teori Perkembangan Kognitif
Piaget. Jelaskan EMPAT (4) ciri pemikiran kanak-kanak pada tahap praoperasi
(preoperational).
[8 markah)
(c) Jelaskan dengan ringkas bagaimana guru dapat membantu pelajar-pelajar dalam
pembelajaran Matematik pada peringkat operasi konkrit .
[10 markah]
[Jumlah:- 20 Markah]

SOALAN 2

(a) Pemakanan merupakan faktor endogen penting yang mempengaruhi fetus dalam
kandungan ibu. Jelaskan dengan menggunakan contoh bagaimana pemakanan
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan fetus.
[4 markah]
(b) Havighurst telah mengemukakan Teori Tugas Perkembangan. Terangkan
EMPAT (4) tugas perkembangan remaja pada umur 13 - 21 tahun.
[8 markah]
(c) Dalam Teori Ekologi Brofenbrenner (1977), beliau mengatakan sistem-makro
mempengaruhi perkembangan individu. Jelaskan EMPAT (4) peranan guru
dalam membantu pelajar menangani unsur-unsur negatif dalam sistem makro
di sekitar individu.
[10 markah]
[Jumlah:-20 Markah]

3...
HBEF2103/JAN07/BETESL/F-NE

SOALAN 3

(a) Persepsi dan penanggapan merupakan dua faktor yang mempengaruhi pembelajaran
Jelaskan bagaimana persepsi dan penanggapan mempengaruhi kefahaman pelajar.
[4 markah]

(b) Terdapat beberapa prinsip atau hukum persepsi. Terangkan dengan menggunakan
contoh mengenai Prinsip atau Hukum Simetri dan Prinsip atau Hukum Bentuk dan
Latar.
[8 markah]

(c) Berikan SATU (1) contoh masalah pembelajaran dan huraikan secara ringkas
bagaimana anda sebagai guru mengambil langkah-langkah untuk membantu pelajar
membentuk persepsi dan penanggapan yang baik terhadap fakta yang diajar.
[8 markah]
[Jumlah:-20 Markah]

SOALAN 4

(a) Jelaskan EMPAT (4) ciri pemikiran kreatif.

[4 markah]
(b) Terangkan EMPAT (4) cara bagaimana guru boleh melaksanakan pengajaran
menggunakan peta minda dengan memberi contoh.
[8 markah]

(c) Huraikan EMPAT (4) langkah terlibat dalam pemikiran kreatif dengan memberi satu
contoh.
[8 markah]
[Jumlah:- 20 Markah]

4...
HBEF2103/JAN07/BETESL/F-NE

SOALAN 5

(a) Jelaskan definisi personaliti.


[2 markah]
(b) Terangkan EMPAT (4) perbezaan personaliti ekstrovert dan introvert
[8 markah]
(c) Bincangkan EMPAT (4) cara guru boleh membantu pelajar membentuk personaliti
yang sihat.
[10 markah]
[Jumlah:- 20 Markah]

KERTAS SOALAN TAMAT DI SINI

You might also like