You are on page 1of 47

ISLAM DALAM

TAMADUN MELAYU
SERTA PERANANNYA
DALAM PEMBINAAN
TAMADUN MALAYSIA

1
Pendahuluan
 Islam mempunyai kaitan yang rapat
terhadap perkembangan tamadun
manusia termasuklah di Malaysia.
Perkataan Islam itu sendiri berasal
daripada perkataan Arab salima bererti
selamat sentosa atau kedamaian.

 Dari perkataan salima ini lahir perkataan


aslama yang bermaksud terpelihara
dalam keadaan selamat sentosa. Ia juga
bererti menyerah diri, tunduk patuh dan
taat.

2
 Islam secara umumnya adalah sejahtera di
mana sistem Allah s.w.t. adalah seimbang
dan sejahtera. Seluruh makhluk Allah s.w.t.
mengikut dengan patuh terhadap sistem
Allah s.w.t. seperti firmanNya di dalam surah
al-'Imraan ayat 83 yang bermaksud:

"Patutkah sesudah (mengakui dan menerima


perjanjian) itu mereka mencari lain daripada
agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk
(taat) sekalian makhluk yang ada di langit
dan di bumi, sama ada dengan sukarela
ataupun dengan paksa, dan kepadaNyalah
mereka dikembalikan"

3
PANDANGAN SEMESTA DAN
TAMADUN ISLAM
 Menurut Lucien Goldmann, unsur utama
yang membezakan antara sesebuah
tamadun dengan tamadun yang lain ialah
pandangan semesta (worldview /
weltanschauung) yang mendasarinya.

 Ibn Khaldun mengatakan bahawa


suasana persekitaran merupakan unsur
terpenting dalam membentuk pandangan
semesta sesebuah masyarakat.

4
Pandangan semesta …
 Secara umumnya, pandangan semesta merupakan
satu konsep mengenai alam semesta secara
keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut
pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai
tertentu.

 Syed Naquib al-Attas : pandangan semesta Islam


merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek
dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat.
Oleh itu pandangan semesta dari perspektif Islam
ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang
terjelma dari mata hati manusia mengenai
kewujudan seluruh alam.
5
Sifat-sifat Tamadun Islam
 Kesejagatan
 Keterbukaan
 Sepanjang zaman
 Toleransi Terhadap Agama Dan
Budaya Lain
 Kesatuan Dalam Kepelbagaian
 Keseimbangan Antara Rohani Dan
Jasmani
6
CIRI-CIRI KHUSUS
TAMADUN ISLAM

1. Rabbani
2. Sempurna dan menyeluruh
3. Umum
4. Idealistik dan realistik

7
MATLAMAT TAMADUN ISLAM

 Matlamat umum : mewujudkan


perhubungan yang sejahtera sesama
manusia dan alam

 Matlamat khusus : mewujudkan


hubungan dengan Pencipta iaitu Allah
s.w.t. iaitu beribadat mengikut
prosedur yang ditetapkan oleh Allah
s.w.t. dan Rasulnya Nabi Muhammad
s.a.w.

8
Hubungan manusia dengan Allah s.w.t.

 Hubungan antara manusia dengan


Allah s.w.t. bersifat hubungan antara
hamba dengan Penciptanya.

 Hubungan tersebut merupakan


hubungan paling tinggi dan paling
mulia dalam kehidupan manusia,
mengatasi hubungan yang wujud
antara manusia tersebut dengan
mana-mana manusia atau makhluk
lain.
9
Hubungan manusia
dengan manusia
 Masyarakat muslim adalah masyarakat yang
terbentuk berdasarkan konsep kesatuan ummah.
Ini menjadikan masyarakat Islam sebuah
masyarakat yang berbentuk sejagat, tidak
bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan
serta tidak terbatas dalam lingkungan sempadan
geografi dan politik.

 Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran


yang mendapat tempat di sisi Allah Yang Maha
Mencipta iaitu ketakwaan kepadaNya, di
samping berbuat baik kepada sesama manusia.
10
Hubungan manusia dengan alam

 Allah s.w.t. telah mencipta alam semesta ini


untuk dinikmati oleh makhluk ciptaanNya
Manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. di muka
bumi ini telah dipertanggungjawabkan untuk
memelihara alam ini.

 Allah s.w.t. telah memberikan panduanNya


kepada manusia berhubung dengan hubungan
yang sepatutnya antara manusia dengan alam.

11
 "Dan tiada satu pun di antara haiwan
melata di bumi atau pun burung
terbang dengan dua sayapnya
melainkan mereka juga umat-umat
seperti kamu; tiada satu pun yang
Kami lupakan di dalam Kitab,
kemudian kepada Tuhannya mereka
dikumpulkan”.
(al-An’aam, 6 : 38)

12
 Memberikan makanan dan minuman
kepada haiwan, khususnya yang
dipelihara, apabila diperlukan. Sabda
Rasulullah s.a.w.:
"Sesiapa yang tidak mengasihani
tidak akan dikasihani"

 Mengasihani haiwan. Sabda Rasulullah


s.a.w. apabila baginda melihat
beberapa orang menjadikan burung
sebagai sasaran panah mereka:
"Allah melaknat orang yang
menjadikan sesuatu yang
mempunyai roh sebagai sasaran"
13
 Tidak menyiksa binatang dengan apa
cara sekalipun. Sabda Rasulullah
s.a.w.:
"Seorang perempuan dimasukkan
ke dalam neraka disebabkan
seekor kucing yang dikurungnya
hingga mati, perempuan itu akan
masuk neraka kerana kucing itu tidak
diberi makan, tidak diberi minum
dan tidak dibiarkan memakan
binatang-binatang tanah".

(Bukhari)

14
SUMBER TAMADUN ISLAM
 Sumber utama tamadun Islam ialah al-
Quran dan al-Sunnah.

 Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip


asas, kemudian dijelas dan diperincikan
oleh al-Sunnah.

 Kedua-duanya ini merupakan sumber


inspirasi umat Islam untuk membentuk,
membangun dan mengembangkan
tamadun mereka.

15
TUJUAN TAMADUN ISLAM

Tujuan utama tamadun Islam


ialah memelihara keperluan
manusia yang lima iaitu:

 menjaga agama
 menjaga jiwa
 menjaga keturunan
 menjaga akal
 menjaga harta

16
al-Dharuriyyat

 al-Dharuriyyat ialah perkara yang mesti wujud


bagi mendirikan maslahah-maslahah (kebaikan-
kebaikan) terhadap al-din (agama) dan dunia.

 Ketiadaannya akan menyebabkan maslahah


dunia tidak berada dalam keadaan stabil bahkan
mendatangkan kerosakan dan huru hara serta
musnahnya kehidupan atau dengan kata lain,
luputnya keselamatan dan kenikmatan sehingga
membawa kerugian yang amat besar.
17
 al-Hajiyyat bermaksud keperluan kepada
perkara yang membawa kelegaan dan mampu
menghilangkan kesusahan dan masyaqqah
(kesulitan).

 Apabila luputnya perkara al-hajiyyat akan


membawa individu atau masyarakat kepada
kesukaran walaupun tidaklah sampai kepada
kesukaran yang amat sangat seperti tahap al-
daruriyyat yang boleh membinasakan.

 Hal ini juga melibatkan soal ibadat (khusus),


adat kebiasaan, muamalat dan juga jenayah.
18
al-Tahsiniyyat

 al-Tahsiniyyat pula bermaksud


mengambil perkara-perkara yang
selayaknya menerusi kebaikan-
kebaikan dan menjauhi perkara-
perkara dipandang keji oleh akal
yang rasional.

 Hal ini terangkum dalam maksud


kemuliaan akhlak.
19
ISLAM
DALAM TAMADUN MELAYU

 Islam merupakan suatu elemen yang


sangat penting dan signifikan dalam
membincangkan tamadun Melayu.

 Ini kerana, Islam banyak


mempengaruhi perkembangan
tamadun Melayu. Kesan dan nilai
Islam dapat ditemui pada hampir
segenap aspek dalam kehidupan
masyarakat dan tamadun Melayu.
20
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE
ALAM MELAYU
 Beberapa teori telah dikemukakan :

 Dari segi masa, ada yang menyatakan bahawa


kedatangan Islam ke Alam Melayu bermula pada abad ke
lapan Masehi dan ada yang berpandangan bahawa
kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah pada abad ke
sembilan Masehi.

 Dari segi sumbernya, ada mengatakan Islam datang


secara langsung dari negeri Arab, ada yang mengatakan
dari India dan ada yang mengatakan dari China.

21
KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM
TAMADUN MELAYU
 Kedatangan Islam telah banyak
mencorakkan suasana masyarakat di Alam
Melayu.

 Kesan dan pengaruh Islam dalam Tamadun


Melayu dapat dilihat dalam beberapa aspek,
antaranya:
– Akidah
– Politik
– Sosial
– undang-undang
– Ekonomi
– Kebudayaan
– Bahasa dan sastera
– Kesenian
– Pendidikan dan Ilmu Syariah 22
Islam dan Pembentukan
Tamadun Melayu
 Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang
dibentuk oleh sekelompok manusia yang
dogolongkan secara luas sebagai kumpulan
orang Melayu dan bertempat di suatu
wilayah di Asia Tenggara yang dikenali
dengan pelbagai nama seperti Alam Melayu,
Nusantara, Tanah Jawi, Gugusan Kepulauan
Melayu dan sebagainya.

 Wilayah ini ditandai dengan dua elemen iaitu


bahasa Melayu sebagai lingua franca dan
agama Islam sebagai anutan majoriti
penduduknya.
23
 Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah
memantapkan keseluruhan pandangan semesta
Melayu dan berlaku pentakrifan semula tentangnya.

 Pandangan semesta Melayu yang berpusatkan


manusia Melayu (man-centered) dan kesedaran
bahawa seluruh hidup terfokus ke arah tuhan (god-
centered) membuatkan manusia Melayu menyedari
serta meyakini bahawa Allah Yang Maha Berkuasa,
Maha Mengasihani.

 Ini seterusnya menjadikan pandangan semesta


Melayu juga dibentuk berasaskan hubungan manusia
dengan Allah (hablum minalLah) dan hubungan
dengan sesama manusia (hablum minannas).
24
Kedudukan Islam dalam Perlembagaan

 Kedudukan agama Islam yang telah menjadi sebati


dengan kehidupan masyarakat Melayu khususnya di
Negeri-negeri Melayu hanya berubah selepas
kedatangan British ke Tanah Melayu bermula dengan
Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan
Singapura), Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri
Borneo (Sabah dan Sarawak).

 Undang-undang Inggeris dilaksanakan di negeri-


negeri Melayu melalui piagam Keadilan I (1807),
Piagam Keadilan II (1826) dan Piagam Keadilan III
(1855).

 Residen-residen Inggeris juga dilantik untuk


menasihati para Sultan di dalam perkara-perkara
pentadbiran kecuali dalam perkara-perkara mengenai
agama dan adat istiadat Melayu.
25
 Dalam konteks perlembagaan
Malaysia pada masakini, dalam
Perlembagaan Persekutuan
Malaysia jelas memberitahu
bahawa :

“Islam adalah agama rasmi


persekutuan, tetapi agama lain
boleh diamalkan dengan bebas di
dalam aman dan harmoni di dalam
mana-mana bahagian jua di dalam
persekutuan ini.”
26
 Menurut Perkara 3(1), Islam telah
dinyatakan sebagai agama rasmi
persekutuan Malaysia. Dalam masa
yang sama, agama-agama lain juga
bebas dipraktikkan dan diamalkan.

 Kesan daripada peruntukan


Perlembagaan Persekutuan ke atas
agama Islam dalam perkara 3(1) iaitu
agama Islam sebagai agama
Persekutuan ialah :

27
 Bahawa seorang Melayu itu adalah seorang
yang beragama Islam, lazimnya bercakap di
dalam Bahasa Melayu dan mengikut istiadat
Melayu.

 Melayu dan Islam adalah unsur yang


bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk
tujuan undang-undang dan Perlembagaan.

 Yang DiPertuan Agong dikalangan raja-raja


di negeri Melayu dan di dalam setiap
perlembagaan negeri termasuk
Perlembagaan Negeri Johor. Mestilah
berbangsa Melayu, beragama Islam dan
berketurunan raja.

28
 Di dalam sumpah memegang jawatan
Yang DiPertuan Agong baginda
mengangkat sumpah dengan didahului
dengan lafaz Wallahi, Wabillahi dan
Watallahi yang merupakan lafaz
sumpah yang dikehendaki dalam
agama Islam.

 Yang DiPertuan Agong adalah ketua


agama Islam di negeri Melaka, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan iaitu negeri yang tidak
mempunyai Raja.

29
 Raja dan Sultan di negeri-negeri beraja ialah
ketua agama Islam bagi negeri masing-
masing.

 Dalam menjalankan tugas sebagai ketua


agama mereka mempunyai budi bicara dan
tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat
Negeri.

 Sultan dari segi praktikalnya semasa


bertugas dibantu dan dinasihati oleh Majlis
Agama Islam Negeri.

30
 Walaubagaimanapun, sebagai satu
perlindungan tambahan terhadap
status agama Islam sebagai agama
rasmi Malaysia, Perkara 11(4) ada
menegaskan bahawa Undang-undang
Negeri dan Undang-undang
Persekutuan bagi Wilayah Persekutuan
dan Labuan, boleh menjalankan dan
menguatkuasakan pengawalan dan
penghalangan terhadap apa-apa
seruan, dakwah mahupun sebaran
agama-agama lain keatas penganut-
penganut Islam.

31
 Perkara 38(2)(b) pula memperuntukkan bahawa
Sultan di dalam Majlis Raja-Raja adalah ketua-
ketua agama Islam dan bertanggungjawab ke
atas adat istiadat Islam.

 Perkara 3(2) pula menegaskan bahawa Yang di-


Pertuan Agong menjadi ketua agama bagi
negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan.
Kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia
seperti mana di dalam Perkara 3(1) di atas
adalah amat jelas, diperkuatkan dengan Perkara
11(4) yang menghalang sebarang penyebaran
agama lain kepada orang-orang Islam.
32
 Walaubagaimanapun, maksud Islam
sebagai agama rasmi negara disini
haruslah diperjelaskan. Ini ialah kerana,
agama rasmi di sini bukanlah bererti Islam
dan segala prinsip-prinsipnya yang
terkandung di dalam al-Quran, as-Sunnah
dan sumber-sumber lain diaplikasikan
secara menyeluruh di dalam segenap
pelusuk hal ehwal kenegaraan
sebagaimana definisi Islam mengikut
syarak.
33
 Sebaliknya, kedudukan Islam sebagai agama
rasmi dalam Perkara 3(1) adalah dalam bentuk
yang lebih kecil dan terbatas kepada beberapa
aspek kehidupan seperti, aqidah iaitu
kepercayaan, ibadah khusus seperti sembahyang,
puasa, zakat, haji serta beberapa aspek khusus
kehidupan masyarakat Islam seperti pernikahan,
penceraian, waqaf, harta pusaka serta beberapa
kesalahan lain seperti berzina, minum arak dan
lain-lain.

34
Keterbatasan …
 Hakikat bahawa maksud agama rasmi di dalam
Perkara 3(1) hanya terbatas kepada beberapa
perkara tertentu sahaja dapat dibuktikan
seterusnya melalui Perkara 160 yang jelas tidak
memasukkan Undang-Undang Syarak di dalam
definisi dan undang-undangnya.

 Kedudukan Islam menurut Perkara 3(1)


perlembagaan hanya terhad kepada perlaksanaan
Islam di dalam beberapa aspek kemasyarakatan
umat Islam sahaja seperti hal kekeluargaan, hal
ketuhanan dan keimanan dan beberapa aspek
lain sahaja.
35
 Jadual kesembilan di dalam senarai
keduanya yang mendefinisikan bidang
kuasa Badan Penggubal Undang-
undang Negeri (State Legislature)
juga telah menyenaraikan aspek-
aspek lain yang mana badan
penggubal undang-undang negeri
boleh mengubal Undang-undang atau
Enakmen-enakmen hukum syarak di
negeri-negeri masing-masing.

36
 Makna agama Islam sebagai agama rasmi
Persekutuan juga jelas terbatas daripada
perlaksanaan Sistem Perundangan Malaysia
yang jelas sebagai ambilan daripada sistem
Perundangan Negara-negara lain seperti England
dan Australia.

 Banyak di antara undang-undang negara ini yang


mengambil contoh undang-undang di England
seperti pengamalan Undang-Undang Common
Law (undang-undang Lazim) dan Equity.

37
 Ini bermakna kejelasan penggunaan hukum
syarak tidak wujud dalam undang-undang
dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia
bahkan ambilannya adalah dari sistem
Perundangan negara-negara Sekular.

 Selain itu, terdapat Akta-Akta Persekutuan


yang bertentangan dengan hukum syarak
seperti Trustees Act, Age of Majority Act, dan
sebagainya yang masih lagi terpakai kepada
orang Islam dan bukan Islam di Malaysia.

 Bidang kuasa Mahkamah Syariah pula masih


lagi terhad kepada kes di mana kedua-dua
pihak adalah Islam dan tidak berkuasa ke
atas orang bukan Islam.
38
PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM
PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
 Malaysia kini adalah sebuah negara bangsa
berbentuk persekutuan yang terdiri daripada
komponen 14 buah negeri.

 Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara


bangsa sebenarnya merupakan lanjutan daripada
kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu lebih
awal.

 Kerajaan-kerajaan Melayu tersebut juga


merupakan kesinambungan daripada beberapa
buah kerajaan atau pusat tamadun Melayu yang
pernah wujud di Alam Melayu seperti Srivijaya,
Temasik, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan
Johor Riau-Lingga dan sebagainya. 39
Sistem Perundangan Tradisional
 Melaka : Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut
Melaka.

 Johor : Undang-undang Johor, Undang-undang Tubuh


Negeri Johor 1895.

 Pahang : Undang-undang Pahang.

 Kedah : Undang-undang Kedah.

 Perak : Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang


Keturunan Daripada Turun Negeri Perak.

 Terengganu : Perlembagaan Negeri Terengganu,


1911.

 Negeri Sembilan : di Sungai Ujong, Rembau, Johol


40

dan Jelebu.
Agama Islam dan Adat-adat
Istiadat Melayu
 Islam merupakan elemen penting dalam tamadun
Melayu.

 Secara khusus, Islam dan adat Melayu menjadi salah satu


struktur terpenting kemelayuan dalam tamadun
Malaysia.

 Islam dan adat Melayu merupakan struktur yang saling


melengkapi dan berintegrasi ke dalam wadah
kemelayuan. Islam terus menjadi teras bagi identiti
Melayu.

 Dalam perlembagaan, orang Melayu didefinisikan


41
sebagai orang yang berbahasa Melayu, mengamalkan
Agama Islam dan Adat-adat
Istiadat Melayu
 Agama Islam dijadikan salah satu
daripada asas bagi mengiktiraf
seseorang sebagai berbangsa Melayu.
Begitu juga dengan perlantikan sultan
bagi setiap negeri, sultan dimestikan
beragama Islam.

 Sultan juga diberikan peranan yang


besar dalam mengetuai agama Islam
di setiap negeri di Tanah Melayu.
42
Kedudukan Istimewa Orang Melayu
dan Bumiputera
 Keistimewaan orang Melayu juga telah menjadi satu
asas dalam perkembangan ketuanan orang Melayu
penerajuan dan pemilikan negara Malaysia.

 Keistimewaan ini telah diperuntukan dalam


perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Perkara
153.

 Di samping peruntukan perlembagaan memberikan


keistimewaan orang Malayu, perlembagaan Malaysia
juga memberikan perakuan dan pengiktirafan
terhadap undang-undang adat yang dilaksanakan di
kalangan orang Melayu.

 Namun demikian undang-undang adat ini tidak dapat


mengatasi atau melangkah kuasa Perlembagaan
Persekutuan Malaysia.
43
Semangat Kebangsaan
dan Jati Diri Kebangsaan
 Tamadun Melayu yang ditunjangi oleh kekuatan
pegangan terhadap agama Islam sebenarnya telah
banyak memberikan sumbangan kepada semangat
juang di kalangan cendikiawan-cendikiawan Melayu
dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan juga
kebebasan Tanah Melayu daripada belenggu
penjajahan.

 Di bawah pemerintahan British semangat kebangsaan


untuk berjuang mempertahan dan membebaskan
tanah Melayu telah bermula seawal 1900 dengan
diketuai oleh beberapa orang pemikir dan cerdik
pandai yang memperolehi pendidikan tinggi dalam
bidang pengajian Islam daripada Universiti Al-Azhar
Mesir dan juga daripada beberapa universiti di Timur
Tengah yang lain.

 Mereka ini telah menggunakan bahasa Melayu sebagai


wahana dalam menyampaikan buah fikiran dalam
beberapa majalah dan akhbar seperti al-Imam,
Neracha dan al-Ikhwan. 44
Penerapan Nilai-nilai Islam dan
kesan-kesannya
 Penerapan nilai-nilai Islam yang telah menjadi akar
umbi kawalan terhadap semua dasar dan polisi yang
dijalankan oleh kerajaan telah menampakkan lagi
kepada kita peranan agama Islam dalam
pembentukan negara Malaysia.

 Nilai-nilai Islam yang suci dan universal telah dapat


diterima oleh semua bangsa majmuk yang tinggal
dalam negara ini.

 Nilai-nilai Islam yang berasaskan tauhid dan


mencakupi semua aspek hidup manusia telah
menjadi satu mekanisme kawalan dan panduan bagi
kakitangan kerajaan dalam menjalankan tugas
mereka. Keistimewaan agama Islam yang menjadi
identiti bangsa Melayu telah menjadikan tamadun
Melayu sebagai asas tamadun Malaysia.
45
Pendekatan Sistem Perbankan
Islam dalam Era Globalisasi
 Dalam menghadapi era globalisasi masakini
pendekatan ekonomi negara dimantapkan lagi
dengan sistem Perbankan Islam yang dimulakan
pada 1983.

 Sekalipun sistem konvensional tetap wujud di


Malaysia, namun Sistem Perbankan Islam kini
semakin popular termasuk juga kepada golongan
bukan Islam.

46
PENUTUP
 Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membentuk
wajah baru dan memperkukuhkan identiti Melayu
yang sebelumnya dibayangi oleh elemen-elemen yang
rapuh dan tidak kekal.

 Dengan berindentitikan Islam, bangsa Melayu akan


dapat menjayakan pepatah ’tidak Melayu hilang di
dunia’.

 Kejituan tamadun Melayu yang berasaskan agama


Islam inilah yang telah berjaya membentuk satu
lakaran perjalanan bangsa Melayu di Tanah Melayu
terutama di Malaysia.

47

You might also like