You are on page 1of 16

IPG KAMPUS ILMU KHAS KERJA KURSUS PENDEK

Penggunaan Jenama Telefon Bimbit yang Paling Popular Digunakan dalam Kalangan Remaja

Nama : 1) Leong Khai Shen 2) Nur Athira binti Sufian 3) Nur Asyikin binti Rusimin

920921-16-6621 920606-13-5172 920906-12-7406

Kumpulan Kod / Mata Pelajaran Nama Pensyarah Tarikh Serahan

: J 3.7 : MT 3311 D1 / Matematik Asas : Encik Alias Awang : 19.08.2011

Isi Kandungan

Tajuk

Muka surat

Penghargaan

Objektif

Pendahuluan / Latar belakang kajian

Kaedah pengumpulan data

Persembahan data

5-6

Analisis

7-9

Perbincangan

10-13

Kesimpulan

14

Refleksi

15-17

Rujukan

18

Lampiran

19

Pendahuluan dan Latar Belakang Kajian Pada semester 3 ini, kami telah diberikan satu kerja kursus pendek bagi kursus Matematik Asas berkenaan dengan topik statistik. Bagi mengaplikasikan kemahirankemahiran dalam bidang statistik, kami telah menjalankan satu kajian ringkas mengenai penggunaan jenama telefon bimbit yang paling popular digunakan dalam kalangan remaja. Kami juga menjalankan kajian ini bertujuan untuk mengetahui sebab pemilihan jenama dan harga telefon bimbit yang digunakan. Untuk itu, kumpulan sasaran atau responden kami dalam kajian ini merupakan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, iaitu dalam kalangan pelajar PPISMP TESL semester 3 yang terdiri daripada 4 buah kelas iaitu J3.6, J3.7, J3.8 dan J3.9. Seramai 98 orang responden yang berumur sekitar 18 hingga 23 tahun telah mengisi borang kaji selidik dan majoritinya adalah perempuan. Kami memilih guru pelatih di Institut Pendidikan Guru sebagai kumpulan sasaran kami kerana kebanyakannya berumur sekitar 19 hingga 25 tahun terutama sekali dalam kalangan pelajar PPISMP TESL semester 3. Selain itu, mereka juga mempunyai wang elaun yang tetap dan mudah bagi kami untuk membuat peninjauan terhadap pemilihan mereka menggunakan telefon bimbit.

Kaedah Pengumpulan Data Kami telah menggunakan kaedah borang soal selidik untuk pengumpulan data dan berjaya mendapatkan seramai 98 responden dari pelajar PPISMP TESL semester 3. Kami menggunakan kaedah ini kerana kaedah ini lebih mudah dan efektif untuk mengumpul maklumat dan data kerana lebih menjimatkan masa dan data yang diperolehi juga cepat. Walau bagaimanapun, bagi melaksananakan kaedah ini, kami telah membuat salinan borang kaji selidik kami sebanyak 98 helai dan hal ini telah menyebabkan pembaziran dari segi wang. Di dalam borang kaji selidik tersebut, terdapat beberapa maklumat yang perlu di isi oleh responden iaitu kursus, jantina, umur dan kelas. Tujuannya adalah supaya kami dapat membuat analisis berdasarkan kelas dan umur responden. Selain itu, kami juga menyenaraikan beberapa jenama telefon bimbit yang diguna ramai oleh golongan remaja dan sebab mereka memilih telefon bimbit tersebut serta harganya.

Persembahan Data Kami telah membina 3 buah jadual menunjukkan jumlah penggunaan telefon bimbit yang diguna ramai oleh guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, iaitu dalam kalangan pelajar PPISMP TESL dan sebab mereka memilih telefon bimbit tersebut serta harganya. Jadual Harga Telefon Bimbit Mengikut Kelas Harga Kelas J 3.6 J 3.7 J 3.8 J 3.8

RM 500 <

14

16

11

16

RM 550-800

RM 850 Tidak menggunakan telefon bimbit

Jadual 1.1

Jadual Jumlah Penggunaan Jenama Telefon Bimbit Jenis telefon bimbit Kelas Nokia Sony Ericson Blackberry Samsung Apple Lain-lain Tidak menggunakan telefon bimbit

J 3.6 14 6

J 3.7 16 4 1 2 2 1

J 3.8 9 10 1

J 3.9 8 13 1 1 4

Jumlah 47 33 1 4 3 9 1

4 1

Jadual 1.2

Jadual Sebab Memilih Telefon Bimbit Kelas 3.6 3.7 3.8 3.9 Jumlah Peratusan Keseluruhan Berkualiti 15 13 9 13 50 49.5% Murah 9 7 2 6 24 23.8% Jadual 1.3 Diguna ramai 2 1 3.0% Menarik 8 7 9 24 23.8%

Analisis Data Kami telah memilih 3 jenis bentuk grafik untuk persembahan data kami iaitu graf garis, graf bar dan carta pai. Kami memilih 3 jenis bentuk grafik ini kerana lebih mudah dan jelas serta sesuai untuk mempersembahkan data kami yang terkumpul.

1. Graf garis

Graf Garis Harga Telefon Bimbit Mengikut Kelas


18 16 14 Bilangan Pelajar 12 10 8 6 4 2 0 J 3.6 J 3.7 J 3.8 J 3.9 RM 550-800 RM 850 > Tidak menggunakan telefon bimbit RM 500 <

Graf 1.1

2. Graf bar

Jumlah Penggunaan Jenama Telefon Bimbit PPISMP TESL Semester 3


50 45 40 35 30 25 20 15 10 5 0 Nokia Sony Ericson Blackberry Samsung Apple Lain-lain Tidak menggunakan telefon bimbit

Graf 1.2

3. Carta pai

Carta Pai Sebab Memilih

23.80% Berkualiti 3% 49.50% Murah Diguna ramai Menarik 23.80%

Graf 1.3

Perbincangan

Graf Garis Harga Telefon Bimbit Mengikut Kelas


18 16 14 Bilangan Pelajar 12 10 8 6 4 2 0 J 3.6 J 3.7 J 3.8 J 3.9 RM 550-800 RM 850 > Tidak menggunakan telefon bimbit RM 500 <

Graf 1.1 Graf garis (Graf 1.1) menunjukkan statistik hasil kajian berkenaan dengan harga telefon bimbit mengikut kelas di kalangan responden. Jumlah harga telefon bimbit yang dimiliki oleh responden yang paling tinggi ialah harga kurang daripada RM500 iaitu seramai 16 orang bagi kelas J 3.7 dan J 3.9. Manakala kelas lain iaitu J 3.6 seramai 14 orang dan paling rendah ialah kelas J 3.8 iaitu 11 orang. Selain itu, jumlah harga telefon bimbit yang kedua tertinggi digunakan oleh responden mengikut kelas ialah harga di antara RM550 hingga RM800. Kelas J 3.8 merupakan pengguna yang paling tinggi memiliki telefon bimbit berharga dalam lingkungan RM550 hingga RM800 iaitu seramai 7 orang berbanding kelas lain. Manakala kelas J 3.9 pula merupakan pemilik kedua tertinggi iaitu seramai 6 orang. Selain itu, kelas yang jumlah pemilik harga telefon bimbit yang rendah ialah kelas J 3.6 iaitu 5 orang dan paling rendah ialah kelas J 3.7 iaitu seramai 4 orang.

10

Bagi pemilik telefon bimbit yang berharga melebihi RM850, kelas yang paling ramai ialah kelas J 3.7 iaitu seramai 6 orang. Manakala kelas J 3.9 pula ialah seramai 5 orang. Selain itu, kelas J 3.6 ialah seramai 4 orang dan paling rendah ialah kelas J3.8 iaitu seramai 3 orang. Tambahan lagi, untuk kategori tidak menggunakan telefon bimbit, hanya terdapat 1 orang sahaja dari kelas J 3.6. Manakala bagi ketiga-tiga kelas yang lain semua responden memiliki telefon bimbit dengan harga masing-masing.

Graf Bar Jumlah Penggunaan Jenama Telefon Bimbit PPISMP TESL Semester 3
50 45 40 35 30 25 20 15 10 5 0 Nokia Sony Ericson Blackberry Samsung Apple Lain-lain Tidak menggunakan telefon bimbit

Graf 1.2 Graf bar (Graf 1.2) menunjukkan jumlah penggunaan jenama telefon bimbit pelajar PPISMP TESL semester 3. 11

Berdasarkan hasil kajian yang telah dikumpul, jenama telefon bimbit yang paling tinggi digunakan dalam kalangan responden ialah jenama Nokia iaitu seramai 47 orang. Jenama Sony Ericsson pula merupakan jumlah kedua tertinggi selepas Nokia iaitu seramai 33 orang. Penggunaan jenama telefon bimbit lain-lain jenama pula seramai 9 orang. Manakala penggunaan jenama Samsung pula ialah seramai 4 orang. Selain itu, penggunaan jenama Apple pula ialah seramai 3 orang. Bagi penggunaan jenama

Blackberry adalah sama jumlahnya dengan responden yang tidak menggunakan telefon bimbit iaitu seramai 1 orang sahaja. Oleh itu, jenama penggunaan telefon bimbit yang paling tertinggi ialah jenama Nokia iaitu seramai 47 orang dan manakala yang paling terendah ialah jenama Blackberry dan responden yang tidak menggunakan telefon bimbit iaitu 1 orang.

Carta Pai Sebab Memilih

23.80% Berkualiti 3% 49.50% Murah Diguna ramai Menarik 23.80%

Graf 1.3

12

Carta pai (Graf 1.3) menunjukkan statistik sebab-sebab pemilihan jenama telefon bimbit di kalangan responden mengikut kelas. Secara majoritinya, sebab memilih yang paling tinggi bagi kesemua kelas ialah kerana faktor berkualiti. Bagi faktor berkualiti ini ialah sejumlah 49.50% secara keseluruhan bagi semua kelas. Ramai yang bersetuju memilih telefon bimbit mengikut jenama yang digemari disebabkan faktor kualiti telefon bimbit tersebut. Manakala faktor pemilihan yang kedua tertinggi adalah disebabkan murah dan menarik. Kedua-dua faktor ini telah mendapat jumlah responden yang sama bersetuju dengan sebab memilih ini iaitu masing-masing 23.80%. Selain itu, faktor yang paling sedikit bilangan yang bersetuju sebagai sebab memilih telefon bimbit ialah sebab diguna ramai iaitu hanya 3% sahaja secara keseluruhan.

13

Kesimpulan Berdasarkan kajian ini, kesimpulan yang dapat dibuat berkaitan penggunaan jenama telefon bimbit yang paling popular digunakan dalam kalangan remaja antaranya adalah jenama telefon bimbit Nokia merupakan jenama yang paling ramai digunakan. Seramai 47 orang responden telah menggunakan Nokia. Manakala, jenama Sony Ericson merupakan jenama kedua tertinggi yang paling ramai digunakan di ikuti dengan lain-lain jenama dan seterusnya jenama Samsung dan Apple. Cuma terdapat seorang responden yang yang menggunakan jenama Blackberry dan seorang responden yang tidak menggunakan telefon bimbit. Dari segi sebab pemilihan jenama telefon bimbit, didapati sebahagian besar (47%) responden memilih telefon bimbit yang berkualiti. Hal ini disebabkan, telefon bimbit yang berkualiti tahan lebih lama dan kebanyakan responden memilih jenama telefon bimbit Nokia kerana kualitinya. Hal ini boleh dikaitkan dengan kemampuan seseorang dan bagaimana seseorang itu melihatnya sebagai satu tarikan kepadanya untuk membeli telefon bimbit tersebut. Responden merupakan remaja yang berumur sekitar 18 hingga 23 tahun dan remaja lebih cenderung untuk memilih telefon bimbit yang murah kerana kekangan wang yang dihadapi. Selain itu, remaja juga lebih berminat kepada telefon bimbit yang menarik kerana mereka ingin kelihatan bergaya. Berdasarkan harga telefon bimbit, majoriti responden memilih harga telefon bimbit yang berharga RM 500 ke bawah. Kelas J 3.7 dan J 3.9 merupakan responden yang paling ramai membeli telefon bimbit yang berharga di bawah RM 500 iaitu seramai 16 orang. Walau bagaimanapun, telefon bimbit yang berharga RM 500 ke bawah merupakan pilihan majoriti bagi keseluruhan kelas. Faktor pemilihan harga ini mungkin disebabkan oleh masalah kekangan wang yang dihadapi oleh pelajar. Secara keseluruhannya, ramai remaja yang menggunakan jenama Nokia kerana kualitinya dan harganya yang lebih murah berbanding dengan jenama telefon bimbit yang lain. Selain itu, jenama Nokia juga boleh dikatakan antara jenama yang terkenal dan diguna ramai dalam kalangan remaja. 14

Rujukan Jazmi Md Isa, (2009). Cara Analisis Data. http://www.scribd.com/doc/35572613/19/Cara-Analisis-Data. Dilayari pada 8 Ogos 2011. Rohana Yusof, (1996). Kaedah Pengumpulan Data Perimer. http://ms.shvoong.com/social-sciences/1869014-kaedah-pengumpulan-data-primer. Dilayari pada 8 Ogos 2011. Thomas R. Scavo & Byron Petraroja, (1996). Adventures http://mathforum.org/trscavo/statistics.html. Dilayari pada 8 Ogos 2011. in Statistic.

18

Lampiran

19

You might also like