You are on page 1of 57

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ZT1032 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TAJUK: TELEFON BIMBIT MENGHAKIS NILAI

SEMESTER 1 SESI 2008/2009


KUMPULAN 2 (DKG126H)
PBJJ FPI (SYARIAH)

PENSYARAH:
USTAZ NASRUDDIN BIN YUNOS

PENGHARGAAN
i
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah (S.W.T), selawat dan salam buat
junjungan besar Baginda Nabi Muhammad ( S.A.W ), kaum keluarga Baginda
seterusnya kepada mereka yang menyeru kepada jalan yang benar dan berpegang
teguh dengan Sunnah Rasulullah sehingga ke hari perhitungan.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan terutamanya kepada al-Fadhil Ustaz Nasruddin


bin Yunos, selaku pensyarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang banyak memberi
nasihat dan tunjuk ajar serta sudi meluangkan masa dan tenaga untuk
menyumbangkan pandangan, teguran, bimbingan sehingga kajian ini dapat
disempurnakan.

Sekalung terima kasih juga tidak dilupakan kepada sahabat handai dan rakan
seperjuangan kami yang telah banyak memberikan sumbangan idea dan dorongan
kepada kami bagi menyelesaikan tugasan ini. Dengan bantuan dan kerjasama daripada
rakan sekumpulan kami ini dapat memudahkan dan mempercepatkan penyelesaian
tugasan yang telah diberikan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
yang terlibat.

Ribuan terima kasih juga kepada pihak perpustakaan Perpustakaan Negara serta
semua kakitangan perpustakaan yang turut membantu dalam mendapatkan maklumat
kajian dan rujukan bagi kajian ini.

Akhir kata, jutaan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam


menghuraikan setiap ulasan. Harapan kami agar penulisan ini sedikit sebanyak dapat
membantu memberi kefahaman yang jelas berkaitan isu telefon bimbit menghakis
nilai, khususnya kepada pelajar-pelajar dan masyarakat amnya. Sesungguhnya segala
yang baik itu adalah daripada Allah S.W.T dan segala yang kurang itu datangnya
daripada kelemahan diri kami sendiri. Semoga usaha yang sekecil ini diberi
keberkatan oleh Allah S.W.T. InsyaAllah..

Sekian, terima kasih.

KANDUNGAN
ii

Halaman

PENGHARGAAN i

KANDUNGAN ii

BAB SATU: PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Masalah 1

1.2 Persoalan Kajian 2

1.3 Objektif Kajian 3

1.4 Hipotesis Kajian 3

1.5 Skop Kajian 5

BAB DUA: KAJIAN LAPANGAN

2.1 Pengenalan 6

2.2 Kaedah Kajian 6

2.3 Objektif Kajian Soal Selidik 6

2.4 Proses Perjalanan Soal Selidik 6


2.4.1 Penyediaan Borang 7
2.4.2 Borang Soal Selidik 7 iii
2.4.2.1 Bahagian A 7
2.4.2.2 Bahagian B 8
2.4.3 Pengumpulan Data Soal Selidik 8
2.4.4 Penyediaan Data Set 9

2.5 Kesimpulan 9

BAB TIGA: SEJARAH KEMUNCULAN TELEFON DAN BAIK BURUKNYA

3.1 Pengenalan Telefon 10


3.2 Sejarah Penciptaan Telefon
10
3.2.1 Pembangunan Awal 11
3.3 Pengenalan Telefon Bimbit 12
3.4 Kebaikan Telefon Bimbit 13
3.5 Keburukan Telefon Bimbit\ 14

BAB 4: LAPORAN DAN KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Maklumat Kajian 17


4.2 Keputusan Dan Laporan Borang Soal Selidik 18
4.2.1 Bahagian A (Latar Belakang Responden) 18
4.2.2 Bahagian B (Maklumat Terperinci Kajian) 23
4.2.2.1 Sosial 23
4.2.2.2 Ekonomi 26
4.2.2.3 Politik 29
4.3 Kesimpulan 32

BAB 5: RUMUSAN DAN PENUTUP

5.1 Rumusan 33
5.2 Pendapar Responden 35
5.3 Saranan 36
iv
RUJUKAN 38

LAMPIRAN
Lampiran A : Borang Kaji Selidik 40
BAB 1
1
PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Masalah

Telefon bimbit merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan
sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesen pengkalan yang
dikenali sebagai tapak sel. Ia turut memiliki fungsi tambahan seperti telefon, Telefon
bimbit masa kini mampu membuat perkhidmatan GSM dan ciri tambahan, seperti
khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi
capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan
Khidmat Pesanan Multimedia (Multimedia Messaging Service – MMS’’) bagi
menghantar dan menerima gambar dan LP[;’video. Kebanyakan telefon mudah alih
berhubung dengan jaringan selular pada stesen pengkalan yang kemudiannya
berhubung dengan jaringan telefon suis awam (public switched telephone network –
PSTN).1

Seperti yang kita tahu bahawa pengguna telefon bimbit makin bertambah dari tahun
ke tahun. Pelbagai masalah telah berlaku akibat disalahgunakan. Baru-baru ini,
sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu mendapat perhatian 'lebih', gara-gara
aksi panas seorang pelajar perempuan dalam klip video yang tersebar ke serata
Malaysia. Klip video yang berlatarbelakangkan sebuah kelas itu menjadi pilihan
lokasi penggambaran 'krew remaja' yang sepatutnya menelaah buku. Rakaman video
yang dibuat menerusi telefon bimbit berkamera seperti itu sebenarnya bukan perkara
baru dan tidak hanya berlaku di sekolah. Sekali-sekala, dada akhbar turut
mendedahkan kes seperti ini yang berlaku di bilik sewa, taman rekreasi dan
sebagainya. Suka atau tidak, ia seakan satu trend dalam era teknologi hari ini.2

Oleh yang demikian, Allah telah menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa wajib
menjauhi segala perbuatan mungkar dan mendekatkan diri dengan perkara kebaikan.

1
http://teknologi-maklumat.com/wiki/Telefon_bimbit
2
Yeo Li Shian. 2008. Jenayah Telefon Bimbit. Kosmo, 31 Oktober: 20.
2
Firman Allah s.w.t. :

           
            
       

Maksudnya :
“Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) Yang masing-masing menujunya; oleh
itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu
berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari
kiamat untuk menerima balasan); Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu.”
Al-Baqarah (2): 148

Para pengkaji memilih tajuk ini kerana masih terdapat ramai masyarakat masa kini,
terutamanya remaja kurang kesedaran tentang bahaya telefon bimbit dalam
mempengaruhi sikap dan tindak tanduk mereka jika disalahgunakan. Ibu bapa
merupakan pihak pertama yang bertanggungjawab dalam menangani masalah ini dari
awal lagi. Tanpa perhatian yang sewajarnya, maka perkara yang sedemikian boleh
berlaku terhadap anak-anak mereka.

1.2 Persoalan Kajian

Dalam membuat kajian ini, para pengkaji akan menjelaskan beberapa persoalan kajian
berdasarkan beberapa masalah yang timbul berkaitan dengan telefon bimbit.
3

1.2.1 Bagaimanakah sejarah kewujudan telefon di dunia?


1.2.2 Apakah kebaikan dan keburukan menggunakan telefon bimbit?
1.2.3 Apakah kesannya terhadap masyarakat jika telefon bimbit disalahgunakan?
1.2.4 Apakah pendapat yang dikemukakan oleh masyarakat pada masa kini
berkaitan telefon bimbit menghakis nilai?
1.3 Objektif Kajian

Bagi memastikan kajian ini berjalan dengan lancar dan mencapai tujuan yang
diinginkan, para pengkaji telah menggariskan beberapa objektif kajian. Berikut
adalah:

(a) Menyingkap kesan dunia tanpa batasan melalui kecanggihan dan kemajuan
rangkaian telefon bimbit.
(b) Menganalisa peratus kesan positif dan negatif penggunaan telefon
bimbit yang kini mampu menghakis nilai.
(c) Mengupas keberkesanan penggunaan telefon bimbit dalam arus
pembangunan negara kini.
(d) Mewujudkan kesedaran dan melahirkan tindakan bagi mengatasi
pemasalahan yang timbul.

1.4 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian bermaksud satu jangkaan awal terhadap sesuatu perkara yang belum
pasti kebenarannya. Ia memainkan peranan penting bagi membantu pengkaji
membuktikan jangkaan-jangkaan awal yang dibuat olehnya adalah benar. Oleh itu, di
dalam kajian ini, para pengkaji telah menyenaraikan beberapa hipotesis awal.

Melalui kesan terhadap nilai sosial masyarakat :

1) Telefon bimbit memainkan peranan yang besar di dalam mempengaruhi


kehidupan masyarakat.
2) Peratusan yang sedikit terhadap penggunaan telefon bimbit untuk beramal
jariah berbanding untuk perkara yang tidak berfaedah.
3) Kebanyakan rakyat di Malaysia berpendapat bahawa telefon bimbit menjadi
salah satu punca keruntuhan akhlak pada masa kini.

Melalui kesan terhadap nilai ekonomi seseorang individu :

1) Telefon bimbit dapat mempengaruhi ekonomi seseorang individu sehingga


ianya perlu diutamakan berbanding keperluan yang lain seperti hutang,
sebagai simpanan dan lain-lain.
2) Menggunakan telefon bimbit tidak dapat membantu dalam penjimatan kos
sara hidup, malah ianya akan menjadi bebanan kepada pengguna.

Melalui kesan terhadap nilai politik negara :

1) Penggunaan telefon bimbit juga membabitkan nilai politik sehingga boleh


menjatuhkan kredibiliti seorang ahli politik.
2) Telefon bimbit juga boleh memberi kesan terhadap perjalanan sesebuah
pilihanraya.
3) Rata-rata rakyat bersetuju bahawa maklumat politik negara boleh disebarkan
melalui telefon bimbit.

1.5 Skop Kajian

Skop kajian dijalankan kepada beberapa skop tertentu supaya tidak bertentangan
dengan objektif asal penyelidikan ini. Fokus utama penyelidikan ini adalah untuk
mengkaji kesan penggunaan telefon bimbit terhadap akhlak dan sikap masyarakat.
Para pengkaji juga membincangkan mengenai langkah-langkah bagi mengatasi
masalah ini.
Bagi memudahkan kajian ini, pengkaji akan membuat soal selidik terhadap responden
dan membuat rujukan dalam akhbar atau majalah. Seterusnya, dengan bantuan semua
ahli kumpulan, para pengkaji akan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci
berkaitan telefon bimbit supaya memudahkan kajian ini dilakukan.
6

BAB 2

KAJIAN LAPANGAN

2.1 Pengenalan
Penerangan tentang penggunaan telefon bimbit boleh menghakis nilai. Dalam bab ini
pula menjelaskan kaedah yang digunapakai bagi mendapatkan hasil kajian. Bagi
mendapatkan hasil yang dikehendaki, kajian empirikal melalui soal selidik dijalankan.

2.2 Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang penggunaan


telefon bimbit adalah melalui borang soal selidik dan sesi temubual ringkas bersama
dengan pengguna-pengguna telefon bimbit.

2.3 Objektif Kajian Soal Selidik

Secara khususnya, soal selidik adalah untuk memperolehi dan mengumpul maklumat
dari pengalaman responden tentang penggunaan telefon bimbit sebagai mewakili
seluruh pengguna telefon bimbit di Malaysia.

2.4 Proses Perjalanan Soal Selidik

Proses perjalanan soal selidik adalah melalui penyediaan borang-borang soal selidik,
pengumpulan data soal selidik dan penyediaan graf. Ini dijelaskan seperti berikut:

2.4.1 Penyediaan Borang

Borang disediakan daripada input kajian literatur. Kemudian, diinterpreastasi


soalan dengan menekankan kesemua objektif kajian. Pecahan setiap soalan
dilakukan agar kajian yang lebih terperinci dan menepati kehendak objektif.
Hasil daripada objektif kemudiannya dituruti kajian literatur dan seterusnya
soal selidik disediakan untuk responden yang terpilih.
2.4.2 Borang Soal Selidik

Soal selidik dilaksanakan untuk mendapatkan maklum balas daripada orang


ramai terutamanya pengguna telefon bimbit, dimana kesemua adalah dari
sekitar kawasan Lembah Klang. Borang soal selidik disediakan dengan
pelbagai persoalan seperti jantina, umur, bangsa, taraf perkahwinan, tahap
pendidikan, sektor pekerjaan, pendapatan bulanan para responden dalam
penggunaan telefon bimbit. Soalan-soalan adalah berdasarkan pilihan jawapan
mengikut turutan skala kepentingan menaik. Soalan-soalan dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu bahagian A adalah Latar Belakang Responden dan
Bahagian B adalah Maklumat Terperinci Kajian.

2.4.2.1 Bahagian A

Latar Belakang Responden, iaitu bahagian ini menyatakan tentang latar


belakang responden dari aspek seperti jantina, umur, bangsa, taraf
perkahwinan, tahap pendidikan, sektor pekerjaan, pendapatan bulanan
para responden dalam penggunaan telefon bimbit. Melalui latar
belakang ini dapat dikaitkan hubungannya dengan maklumat terperinci
kajian tentang pengguna-pengguna telefon bimbit dengan baik. Ini
dapat membantu mengetahui dan memahami dengan jelas bentuk-
bentuk penggunaan telefon bimbit yang sering digunakan oleh
pengguna-pengguna telefon bimbit dan kesannya dalam aspek 8
kehidupan mereka merangkumi soaial, budaya dan ekonomi.
2.4.2.2 Bahagian B

Maklumat Terperinci Kajian pula adalah kebanyakan soalan-soalan


disediakan berserta jawapan yang harus ditanda oleh responden
berdasarkan pilihan mereka. Soalan ini kebanyakannya menjurus
kepada penggunaan telefon bimbit yang merangkumi aspek sosial,
ekonomi dan politik yang mana boleh menjurus kepada terhakisnya
nilai ataupun tidak. Penganalisaan penggunaan telefon bimbit yang
efektif dapat dikenalpasti dan telah memenuhi pertimbangan dalam
semua aspek yang terlibat.

2.4.3 Pengumpulan Data Soal Selidik

Pengumpulan data dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bahagian A dan


Bahagian B. Data diperolehi daripada kajian yang dilakukan terhadap orang
ramai daripada responden pengguna telefon bimbit. Kawasan kajian adalah
sekitar kawasan Lembah Klang dan borang soal selidik telah diedar secara
rawak terdiri daripada daerah Hulu Langat, Bangi, Serdang, UKM, UPM dan
Sepang. Daerah yang dikenalpasti tersebut menepati ciri-ciri yang
dikehendaki, iaitu corak penggunaan telefon bimbit yang berbeza dengan taraf
hidup, tahap pendidikan, sektor pekerjaan dan pendapatan bulanan pengguna-
pengguna telefon bimbit.

Hasil daripada penyediaan set borang soal selidik sebanyak 150 salinan yang
telah dihantar kepada responden tersebut, dalam tempoh masa yang diberikan
selama empat minggu, hanya terdapat 100 responden sahaja yang
mengembalikan dan memberi jawapan menepati kehendak soalan. Selebihnya
responden menghantar borang tidak lengkap, tidak mengembalikan semula,
berpindah tempat kerja dan lain-lain. Kebanyakan responden adalah terdiri
9
daripada pekerja sektor awam, terutamanya guru. Ini adalah kerana guru
merupakan golongan atau pihak yang banyak terdedah dengan cabaran yang
berhadapan dengan remaja yang mana merupakan aset penting dalam
sesebuah masyarakat yang juga merupakan bakal pemimpin masa akan datang.

2.4.4 Penyediaan Data Set

Penyediaan data set adalah dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dan
Microsoft Word . Ini bertujuan untuk menunjukkan keputusan daripada hasil
kajian yang dibuat . Kaedah ini mudah digunakan serta cepat. Pengiraan
dibuat secara automatik dengan memasukkan data yang hendak dianalisis.
Keputusan data juga boleh dibuat dalam bentuk graf, carta pai dan lain-lain.
Tambahan pula, data diperoleh boleh dipelbagaikan cara persembahannya agar
lebih menarik dan mudah difahami. Seterusnya, membolehkan para pengkaji
menganalisis daripada graf dan lain-lain serta membentangkan dengan lebih
berkesan.

2.5 Kesimpulan

Data yang dikumpulkan dibuat analisa dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian
dengan objektif yang hendak dicapai. Analisa data terperinci dan perbincangan hasil
analisa dibincangkan dalam bab Keputusan dan Laporan.
10

BAB 3

SEJARAH KEMUNCULAN TELEFON DAN BAIK BURUKNYA

3.1 Pengenalan Telefon

Telefon berasal daripada bahasa Yunani tele bermaksud Jauh. Manakala phone pula
bermaksud suara. Ia adalah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan
menerima bunyi dari segi suara dan percakapan.3 Ia boleh dilakukan pada jarak dekat,
jauh atau secara bebas tanpa wayar.
3
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon.
Menurut Kamus Dewan, telefon ialah alat untuk bercakap dengan orang yang jauh
(dgn menggunakan tenaga elektrik dan kawat atau hubungan satelit). Ia juga
bermaksud percakapan (panggilan) yg menggunakan alat tersebut. 4Seperti yang kita
ketahui, sebelum alat komunikasi dicipta, manusia pada zaman dahulu meggunakan
cara kuno untuk menyampaikan maklumat dan menyebarkan berita. Antara cara- cara
yang digunakan oleh mereka pada masa itu ialah seperti menulis di dinding- dinding
gua, menyalakan unggun api, kepulan asap, memukul gendang dan mengikat secebis
kertas pada kaki burung merpati.

3.2 Sejarah Penciptaan Telefon5

Sejarah awal terciptanya sebuah telefon adalah sedikit mengelirukan apabila banyak
pertikaian dan percanggahan pendapat oleh pihak – pihak tertentu yang menuntut hak
paten masing – masing. Wujudnya telefon moden sekarang ini adalah hasil
sumbangan dan usaha gigih banyak pihak, yang sepatutnya diberikan pengiktirafan
yang selayaknya. 11

3.2.1 Pembangunan Awal6

Berikut adalah huraian secara ringkas sejarah penciptaan telefon:

(a) 1849 - Antonio Meucci


Mendemonstrasi suatu peranti yang kemudian dipanggil telefon kepada
orang ramai di Havana.

(b) 1854 - Charles Bourseul


Menerbitkan suatu penerangan mengenai make-break transmiter telefon
dan penerima tetapi tidak membuat sebarang instrumen kerja.

4
Kamus Dewan.
http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_utama=telefon&sid=3e9cc
dd6e72294f7176dfa77174d2af1.
5
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon.
6
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon.
(c) 1854 - Meucci
Mendemonstrasi telefon elekterik di New York.

(d) 1860 - Johann Philipp Reis

(e) 1860 - Meucci


Dijangka ketika itu mendemonstrasi telefon tersebut di Staten Island.

(f) 1861 – Reis


Berjaya memindahkan suara secara elektrikal dengan jarak melebihi 340
kaki. Untuk lebih lanjut, lihat telefon ciptaan Reis.

(g) 1871 - Meeucci


Memfailkan satu paten caveat.

(h) 1872 - Elisha Gray


Menubuhkan Western Electric Manufactering Company.

12

(i) July 1873 - Thomas Alva Edison


Menemukan rintangan yang berbeza pada grain karbon oleh kerana
tekanannya tetapi terpaksa menangguhkan penyelidikannya.

(j) 1874 - Gray


Mendemonstrasi telefon transmiter cecairnya di Gereja Highland Park
Presbyterian.

(k) 2 June 1875 - Alexander Graham Bell


Orang pertama memindahkan suaranya melalui telefon.

(l) 1 July 1875 - Bell


Pertama kali menggunakan telefon berkebolehan dwi-arah. Kedua-dua,
transmiter atau penghantar dan penerima isyarat merupakan instrumen
membran yang serupa.

(m)14 February 1876 - Bell


Memfailkan telefon tersebut sebagai paten pertama beliau.
i. Dua jam kemudian, Grayy memfailkan paten caveatnya.

(n) 30 January 1877 - Bell


Mempatenkan telefon dengan transmiter-penerima elektrodinamik.

3.4 Pengenalan Telefon Bimbit7

Teknologi telekomunikasi telah banyak mengubah gaya hidup manusia, termasuk


masyarakat di negara kita. Jika satu ketika dulu telefon bimbit salah satu lambang
kemewahan atau barangan eksklusif lagi berprestij, tetapi kini persepsi itu telah
berubah. Telefon mudah alih atau juga dikenali sebagai telefon bimbit atau telefon
13
selular sudah menjadi keperluan harian. Bayangkan jika anda tidak memiliki telefon
bimbit sekarang. Bagi sesetengah orang, mereka terasa benar sukarnya hidup tanpa
peranti ranggi itu. Pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan
pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan masing-masing. Perubahan gaya hidup kini
semakin terasa apabila teknologi telekomunikasi terus berkembang dari semasa ke
semasa.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) pada awal tahun 2006 mendapati bahawa orang Melayu masih kekal sebagai
pengguna telefon bimbit terbanyak. Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Industri
SKMM, Bistamam Siru Abdul Rahman berkata, kajian itu juga mendapati 53.9%
pengguna perkhidmatan itu adalah kaum Melayu, diikuti Cina 32.4%, manakala India
serta Bumiputera Sabah dan sarawak masing-masing 6.5% dan 6.3%. Sebanyak
57.4% pengguna telefon bimbit ialah lelaki, manakala wanita 42.6% dengan 93.7%

8. Haji Samat Buang. 2006. Telefon Bimbit Antara Keperluan Dan Gaya Hidup. Dewan Siswa
7

Oktober:
daripadanya adalah rakyat Malaysia, manakala 6.3% melibatkan rakyat asing. Hal ini
menunjukkan betapa besarnya pasaran telekomunikasi di Malaysia, terutamanya
penggunaan telefon bimbit prabayar.

Walaupun pada mulanya kehadiran teknologi telefon bimbit atau lebih dikenali
sebagai telefon selular dianggap sebagai barang mahal yang dapat dimiliki oleh
mereka yang mampu sahaja, tetapi kini, semua orang dapat memiliki telefon bimbit
kerana harganya yang berpatutan.

3.5 Kebaikan Telefon Bimbit8

(a) Penguatkuasa undang-undang telah menggunakan bukti telefon bimbit


dalam beberapa cara :

i. Teknik triangulation : boleh digunakan bagi menunjukkan bahawa


telefon bimbit seseorang berada di tempat tertentu pada masa yang 14
tertentu.
ii. NIST telah menerbitkan garis panduan dan prosedur bagi
pengekalan, penerimaan, pemeriksaan, analisa dan laporan
berkenaan maklumat digital yang ada pada telefon bimbit yang
boleh didapati di NIST Publication SP800-101.

(b) Tindak balas semasa berlakunya bencana :

i. Menu berinteraksi yang boleh dicapai melalui pelayar Web telefon


memberitahu syarikat sekiranya pengguna selamat atau dalam
keadaan merbahaya
ii. Perkhidmatan penyelamat mencadangkan pengembara agar
membawa telefon bimbit dalam kes kecermasan sungguhpun
berada dalam hutan terpencil di luar perkhidmatan selular,
disebabkan isyarat telefon sel cuba menghubungi stesen pangkalan
8
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_bimbit#Penguatkuasa_undang-undang.
mampu dikesan oleh pesawat penyelamat yang dilengkapi dengan
perkakasan pengesan khas, yang terbang di atas

3.6 Keburukan Telefon Bimbit

(a) Telefon bimbit biak Tumor Otak9

i. penyakit ketumbuhan (tumor) itu yang dikenali sebagai akoustik


neuroma, iaitu barah pada sebelah kepala, di mana telefon bimbit
selalu diletakkan, meningkat empat kali ganda sekarang.
ii. Akoustik neuroma adalah tumor yang tidak bersifat barah, berlaku
atas saraf yang mempunyai hubungan dengan otak dan bahagian
dalam telinga.
iii. Simptom awal paling biasa ialah kehilangan pendengaran 15
tapi
apabila tumor itu semakin membesar, ia akan menolak ke arah tisu
otak dan boleh membawa maut sekiranya tidak diberi rawatan
segera.

(b) Ulama’ Saudi larang nada dering telefon bimbit azan dan ayat al-Quran10
i. Ulama’ Arab Saudi melarang laungan azan dan bacaan ayat suci al-
Quran dijadikan sebagai nada dering telefon bimbit kerana ia
dianggap menjejaskan kesucian Islam.
ii. Sheikh Saleh Al-Shamrani berkata bahawa perbuatan itu bersifat
makruh apalagi jika deringan itu berlaku ketika pemiliknya berada
dalam tandas atau pada premis hiburan seperti disko.
iii. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata bahawa
memanglah ia baik untuk umat Islam tetapi dari satu segi, jika nada
dering itu didengar dalam tandas, tidak baik. Walaupun kita tidak
nampak tulisan ayat al-Quran, ia tidak baik untuk didengar dalam
tandas.
9
2004. Telefon Bimbit Biak Tumor Otak. Berita Harian, 16 Oktober.
http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/03/29/telefon-bimbit-biak-tumor-otak [29 Mac 2006].
10
Ulama Saudi larang nada dering telefon bimbit azan, ayat al-Quran.
http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/08/29/ulama-saudi-larang-nada-dering-telefon-bimbit-azan-
ayat-al-quran. [29 Ogos 2006].
(c) Menjejaskan kualiti air mani11

i. Satu lagi kajian terbaru, di mana kajian ini adalah dari Klinik
Cleveland, Center for Reproductive Medicine, mengatakan bahawa
meletakkan telefon bimbit yang di dalam mod bercakap di dalam
poket seluar boleh memberi kesan kepada terjejasnya kualiti air
mani.

ii. Sekumpulan pengkaji yang diketuai oleh Ashok Agarwal telah


mengambil contoh air mani dari 32 orang lelaki dan membawanya
ke makmal. Setiap contoh itu diletakkan dalam tiub kon kecil dan 16

dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan ujian dan


kumpulan kawalan. Kumpulan kawalan tidak didedahkan kepada
emisi telefon bimbit, tetapi diletakkan dalam keadaan dan suhu
yang sama dengan kumpulan ujian. Air mani kumpulan kawalan
diletakkan 2.5 cm dari telefon bimbit 850mhz yang berkeadaan
mod bercakap selama 1 jam. Pengkaji-pengkaji itu mengatakan
bahawa 850mhz adalah frekuensi yang biasa terdapat pada telefon
bimbit.

iii. Secara keseluruhan, pengkaji-pengkaji mendapati bahawa


penambahan dalam tekanan oxidatif seperti penambahan nyata
dalam radikal bebas dan oksidan dan pengurangan pada anti-
oksidan. Agarwal mengatakan bahawa itu bermakna pengurangan
dalam kualiti air mani tersebut. Secara purata, 85% berlaku
penambahan radikal bebas pada subjek kajian itu dan telah
diketahui bahawa radikal bebas adalah dihubungkait dengan
pelbagai penyakit pada manusia termasuklah kanser.

iv. Dalam kajian sebelumnya , Agarwal dan pasukannya itu telah


menemui bahawa lelaki yang menggunakan telefon bimbit lebih
dari 4 jam sehari telah nyata menurun kualiti air maninya
11
CNN. http://hikmatun.wordpress.com/2008/09/24/telefon-bimbit-boleh-menyebabkan-kanser-otak-
pada-kanak2-dan-menurunkan-kualiti-sperma. [24 September 2008].
berbanding mereka yang menggunakan telefon bimbit kurang dari
4 jam. Laporan tersebut berdasarkan dari data kajian terhadap 361
subjek.

v. Kajian ini tidak semestinya membuatkan anda sudah tidak boleh


meletakkan telefon bimbit anda di dalam poket lagi kerana menurut
Agarwal, “Kajian kami tidak mempunyai cukup bukti bagi anda
berhenti meletakkan telefon bimbit di dalam poket anda. Ada
banyak perkara lagi yang perlu dibuktikan sebelum kita dapat ke
peringkat itu.” katanya.
17

BAB 4

LAPORAN DAN KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Maklumat Kajian

Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sejauh mana
telefon bimbit menghakis nilai adalah melalui borang soal selidik yang diedarkan
kepada 150 orang responden. Soalan-soalan ini telah dibahagikan kepada 2 bahagian
iaitu bahagian A tentang latar belakang responden dan bahagian B tentang maklumat
terperinci kajian. Di dalam 150 orang responden ini, hanya 100 borang soal selidik
dikembalikan semula. Berikut merupakan pembahagian responden mengikut
peringkat umur mereka:

1- 25 orang responden yang berumur bawah 17 tahun.


2- 25 orang responden yang berumur sekitar 18 hingga 30 tahun.
3- 25 orang responden yang berumur sekitar 31 hingga 54 tahun.
4- 25 orang responden yang berumur sekitar 55 tahun dan ke atas.

Segala maklumat yang dikehendaki dari para responden telah dibina dalam bentuk
soalan-soalan yang mencakupi beberapa aspek dalam bahagian B. Antaranya aspek
soaial, ekonomi dan politik. Soalan-soalan ini disediakan bertujuan untuk mengetahui
pandangan masyarakat umum terutama pengguna-pengguna telefon bimbit tentang
sejauh mana telefon bimbit boleh menghakis nilai. Berikut merupakan soalan-soalan
yang terdapat di dalam borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden
berserta dengan laporan yang diterima.

18

4.2 Keputusan Dan Laporan Borang Soal Selidik

” TELEFON BIMBIT MENGHAKIS NILAI”

4.2.1 Bahagian A (Latar Belakang Responden)

1- Jantina
Rajah 4.1 Jumlah Responden Mengikut Jantina

Laporan: Para responden yang menyertai kajian ini terdiri dari 50


orang lelaki dan 50 orang perempuan.

19

2- Bangsa

Rajah 4.2 Jumlah Responden Mengikut Bangsa

Laporan: Para responden yang menyertai kajian ini terdiri dari 40%
daripada golongan berbangsa melayu,30% berbangsa Cina, dan 30%
berbangsa India.
3- Status Perkahwinan

Rajah 4.3 Jumlah Responden Mengikut Status Perkahwinan


20

Laporan: Para responden yang menyertai kajian ini,20 orang ialah


dari kalangan berstatus bujang dan bilangan ini sama dengan
responden yang berstatus bercerai.Manakala 60 orang lagi ialah dari
responden yang telah berkahwin.

4- Umur

Rajah 4.4 Jumlah Responden Mengikut Umur


Laporan: Hasil penyertaan bagi para responden yang mengambil
bahagian dalam borang soal selidik adalah seperti berikut. Mereka
yang berumur 17 tahun dan ke bawah ialah sebanyak 10 orang,
mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun ialah sebanyak 40 orang
dan merupakan yang tetinggi dalam katogari ini, manakala mereka
yang berumur 31 hingga 54 tahun sebanyak 35 orang dan mereka
yang berumur 50 tahun ke atas ialah sebanyak 15 orang.

21

5- Tahap Pendidikan

Rajah 4.5 Jumlah Responden Mengikut Tahap Pendidikan

Laporan: Soalan bagi tahap pendidikan terbahagi kepada empat


ketogari iaitu PMR dan kebawah, SPM, Diploma dan STPM, Ijazah
dan ke atas. Bagi tahap PMR dan kebawah ialah sebanyak 25 orang,
SPM sebanyak 35,Diploma dan STPM ialah sebanyak 20 orang,
manakala Ijazah dan ke atas juga ialah sebanyak 20 orang.

6- Pekerjaan
Rajah 4.6 Jumlah Peratusan Responden Mengikut Pekerjaan
22

Laporan:Responden dari kalangan mereka yang bekerja di sektor


kerajaan ialah sebanyak 35 orang, sektor swasta ialah sebanyak 35
orang, surirumah pula sebanyak 10 orang,manakala pelajar dan yang
tidak bekerja pula ialah sebanyak 20 orang.

7- Pendapatan Bulanan

Rajah 4.7 Jumlah Responden Mengikut Pendapatan Bulanan

Laporan: Pendapatan para responden telah dibahagikan kepada 4


tahap iaitu 1500 dan ke bawah iaitu sebanyak 50 orang, 1501 hingga
3000 sebanyak 25 orang,3001 hingga 5000 sebanyak 15
orang,manakala 5001 ke atas sebanyak 10 orang.
23

4.2.2 Bahagian B (Maklumat Terperinci Kajian)

Bahagian B ini mengandungi 3 bahagian iaitu aspek Sosial, Ekonomi, dan


Politik.

4.3.2.1 Sosial
(a) Sejauh manakah telefon bimbit mampu mempengaruhi
anda sebagai pengguna ?

Rajah 4.8 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang


Pengaruh Terhadap Telefon Bimbit

Laporan: Sebanyak 80% daripada kalangan para responden


mengatakan dengan penggunaan telefon bimbit banyak
mempengaruhi diri mereka. Manakala 10% pula berpendapat
penggunaan telefon bimbit tidak banyak mempengaruhi dan begitu
juga yang berpendapat hanya sedikit sahaja yang mempengaruhi.

24

(b) Pernahkah anda menggunakan telefon bimbit untuk


kegiatan amal?

Rajah 4.9 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Yang


Pernah Membuat Kegiatan Amal

Laporan: Sebanyak 70% dari kalangan responden pernah


menggunakan telefon bimbit untuk kegiatan amal manakala 30% lagi
tidak.
25

(c) Adakah penggunaan telefon bimbit menjadi salah satu


punca keruntuhan akhlak remaja masa kini?

Rajah 4.10 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang


Punca Keruntuhan Akhlak

Laporan: Sebanyak 80% responden menyokong bahawa telefon


bimbit menjadi salah satu punca keruntuhan akhlak remaja masa
kini.Tiada respon yang diterima membangkang soalan ini manakala
hanya 20% yang kurang pasti.
26

4.3.2.2 Ekonomi

(a) Pernahkah anda mengutamakan perbelanjaan yang


berkaitan telefon bimbit berbanding perbelanjaan lain?

Rajah 4.11 Jumlah Peratusan Responden Yang Mengutamakan


Perbelanjaan Telefon Bimbit

Laporan: Sebanyak 60% dari kalangan responden pernah


mengutamakan perbelanjaan yang berkaitan telefon bimbit
berbanding perbelanjaan lain. Manakala 40% yang lain mengatakan
tidak.
27

(b) Jika ya, pilih sumber kewangan berikut

Rajah 4.12 Jumlah Peratusan Responden Mengikut Pilihan


Sumber Kewangan

Laporan: Sebanyak 60% dari kalangan responden pernah


mengutamakan perbelanjaan yang berkaitan telefon bimbit
berbanding perbelanjaan lain. 17% daripadanya telah menggunakan
sumber wang poket daripada ibubapa/ tabung simpanan sendiri, sama
juga bagi mereka yang menggunakan dari sumber pinjaman pelajaran/
biasiswa/ pinjaman bank/ zakat. Manakala 66% dari kalangan
responden telah memilih sumber gaji yang diperuntukkan untuk
keperluan hidup/ melunaskan hutang.
28

(c) Adakah anda berpendapat bahawa dengan menggunakan


telefon bimbit dapat membantu dalam penjimatan kos sara
hidup?

Rajah 4.13 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Dalam


Penjimatan Kos Sara Hidup

Laporan: 20% dari kalangan responden berpendapat bahawa dengan


menggunakan telefon bimbit dapat membantu dalam penjimatan kos
sara hidup. 60% lagi kurang pasti manakala 20% lagi mengatakan
tidak.
29
4.3.2.3 Politik

(a) Adakah anda bersetuju kita penggunaan telefon bimbit


boleh menjatuhkan kreadibiliti seseorang ahli politik?

Rajah 4.14 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tengtang


Telefon Bimbit Menjatuhkan Ahli Politik

Laporan: 60% dari responden bersetuju bahawa dengan penggunaan


telefon bimbit boleh menjatuhkan kreadibiliti seorang ahli potitik
manakala 40% lagi mengatakan tidak.
(b) Adakah penggunaan telefon bimbit boleh memberi kesan 30
terhadap perjalanan sebuah pilihan raya?

Rajah 4.15 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang


Telefon Bimbit Memberi Kesan Terhadap Pilihanraya

Laporan: 90% dari responden menyokong bahawa dengan


penggunaan telefon bimbit boleh memberi kesan terhadap perjalanan
sesebuah pilihan raya,manakala 10% mengatakan tidak

(c) Jika ya, apakah kesannya?


31

Rajah 4.16 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang


Kesan Terhadap Pilihanraya

Laporan: Dari 90% yang menyokong, hanya 35% berpendapat ianya


memberi kesan positif manakala 65% lagi mengatakan sebaliknya.

(d) Adakah anda bersetuju jika maklumat politik negara


disebarkan melalui telefon bimbit?
32

Rajah 4.17 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang


Maklumat Politik Disebarkan Melalui Telefon Bimbit

Laporan: Sebanyak 40% dari responden bersetuju jika maklumat


politik negara disebarkan melalui ahli politik manakala 60% lagi
mengatakan tidak.

4.4 Kesimpulan

Walaubagaimanapun, terdapat juga satu soalan yang mana telah disediakan untuk para
responden tetapi bukan dalam bentuk pilihan jawapan.Soalan ini merupakan soalan
tentang pendapat para responden tentang sejauhmana telefon bimbit ini boleh
menghakis nilai.Rumusan daripada jawapan-jawapan yang diberi akan dijelaskan di
dalam bab Rumusan, Saranan dan Kesimpulan.
BAB LIMA
33
RUMUSAN DAN PENUTUP

4.1. Rumusan

Teknologi telekomunikasi telah banyak mengubah gaya hidup manusia, termasuk


masyarakat di negara kita. Jika satu ketika dulu telefon bimbit salah satu lambang
kemewahan atau barangan eksklusif lagi berprestij, tetapi kini persepsi itu telah
berubah. Telefon mudah alih atau juga dikenali sebagai telefon bimbit atau telefon
selular sudah menjadi keperluan harian. Bayangkan jika anda tidak memiliki telefon
bimbit sekarang. Bagi sesetengah orang, mereka terasa benar sukarnya hidup tanpa
peranti ranggi itu. Pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan
pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan masing-masing. Perubahan gaya hidup kini
semakin terasa apabila teknologi telekomunikasi terus berkembang dari semasa ke
semasa.

Berdasarkan kepada kajian ini, para responden yang menyertai kajian ini terdiri dari
50 orang lelaki dan 50 orang perempuan. Mereka terdiri dari 40% daripada golongan
berbangsa melayu,30% berbangsa Cina, dan 30% berbangsa India. Mereka terdiri
daripada 20 orang dari kalangan berstatus bujang dan bilangan ini sama dengan
responden yang berstatus bercerai.Manakala 60 orang lagi ialah dari responden yang
telah berkahwin. Hasil penyertaan bagi para responden yang mengambil bahagian
dalam borang soal selidik adalah seperti berikut. Mereka yang berumur 17 tahun dan
ke bawah ialah sebanyak 10 orang, mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun ialah
sebanyak 40 orang dan merupakan yang tetinggi dalam katogari ini, manakala mereka
yang berumur 31 hingga 54 tahun sebanyak 35 orang dan mereka yang berumur 50
tahun ke atas ialah sebanyak 15 orang.

Selain itu, dirumuskan bahawa soalan bagi tahap pendidikan terbahagi kepada empat
ketogari iaitu PMR dan kebawah, SPM, Diploma dan STPM, Ijazah dan ke atas. Bagi
tahap PMR dan kebawah ialah sebanyak 25 orang, SPM sebanyak 35,Diploma dan
STPM ialah sebanyak 20 orang, manakala Ijazah dan ke atas juga ialah sebanyak3420
orang. Responden dari kalangan mereka yang bekerja di sektor kerajaan ialah
sebanyak 35 orang, sektor swasta ialah sebanyak 35 orang, surirumah pula sebanyak
10 orang,manakala pelajar dan yang tidak bekerja pula ialah sebanyak 20 orang.
Pendapatan para responden telah dibahagikan kepada 4 tahap iaitu 1500 dan ke bawah
iaitu sebanyak 50 orang, 1501 hingga 3000 sebanyak 25 orang,3001 hingga 5000
sebanyak 15 orang,manakala 5001 ke atas sebanyak 10 orang.

Dari segi sosial, sebanyak 80% daripada kalangan para responden mengatakan dengan
penggunaan telefon bimbit banyak mempengaruhi diri mereka. Manakala 10% pula
berpendapat penggunaan telefon bimbit tidak banyak mempengaruhi dan begitu juga
yang berpendapat hanya sedikit sahaja yang mempengaruhi. Sebanyak 70% dari
kalangan responden pernah menggunakan telefon bimbit untuk kegiatan amal
manakala 30% lagi tidak. Kemudian, sebanyak 80% responden menyokong bahawa
telefon bimbit menjadi salah satu punca keruntuhan akhlak remaja masa kini. Tiada
respon yang diterima membangkang soalan ini manakala hanya 20% yang kurang
pasti.

Dari segi ekonomi, sebanyak 60% dari kalangan responden pernah mengutamakan
perbelanjaan yang berkaitan telefon bimbit berbanding perbelanjaan lain. Manakala
40% yang lain mengatakan tidak. Sebanyak 60% dari kalangan responden pernah
mengutamakan perbelanjaan yang berkaitan telefon bimbit berbanding perbelanjaan
lain. 17% daripadanya telah menggunakan sumber wang poket daripada ibubapa/
tabung simpanan sendiri, sama juga bagi mereka yang menggunakan dari sumber
pinjaman pelajaran/ biasiswa/ pinjaman bank/ zakat. Manakala 66% dari kalangan
responden telah memilih sumber gaji yang diperuntukkan untuk keperluan hidup/
melunaskan hutang. Kemudian, 20% dari kalangan responden berpendapat bahawa
dengan menggunakan telefon bimbit dapat membantu dalam penjimatan kos sara
hidup. 60% lagi kurang pasti manakala 20% lagi mengatakan tidak.

Dari segi politik pula, 60% dari responden bersetuju bahawa dengan penggunaan
telefon bimbit boleh menjatuhkan kreadibiliti seorang ahli potitik manakala 40% lagi
mengatakan tidak. 90% dari responden menyokong bahawa dengan penggunaan
telefon bimbit boleh memberi kesan terhadap perjalanan sesebuah pilihan
raya,manakala 10% mengatakan tidak. Dari 90% yang menyokong, hanya 35%
35
berpendapat ianya memberi kesan positif manakala 65% lagi mengatakan sebaliknya.
Kemudian, Sebanyak 40% dari responden bersetuju jika maklumat politik negara
disebarkan melalui ahli politik manakala 60% lagi mengatakan tidak.

Sebagai kesimpulan, berdasarkan pengamatan terhadap kajian yang telah dijalankan,


masyarakat perlu diberi pendedahan dan kefahaman yang meluas mengenai fungsi
sebenar telefon bimbit dalam melahirkan masyarakat yang berakhlak dan bertamadun.
Pihak kerajaan seharusnya mengambil langkah ini agar gejala-gejala yang tidak sihat
tidak menular di negara kita yang tercinta. Sehubungan dengan itu, para pengkaji
ingin berkongsi beberapa pandangan dan saranan-saranan berikut.

4.2 Pendapat Responden

Dalam mengkaji isu ini, para pengkaji ingin menyatakan beberapa pendapat
responden berkaitan telefon bimbit menghakis nilai sesebuah masyarakat.

1. Dapat memberi kesan yang buruk terhadap remaja seperti penyebaran gambar-
gambar lucah, mesej-mesej yang boleh mendatangkan pergaduhan atau
perbalahan. Penggunaan telefon bimbit dengan tidak terkawal boleh
menyebabkan pembaziran.

2. Telefon bimbit boleh memberikan nilai positif dan negatif terhadap remaja-
remaja pada masa kini. Ia boleh menyebabkan gejala sosial remaja meningkat
dan menimbulkan pelbagai kegiatan jenayah. 36

3. Telefon bimbit boleh menghakis nilai dengan meminta wang belanja daripada
ibu bapa dan penipuan boleh berlaku. Ia juga boleh meruntuhkan akhlak
seseorang jika bercerita perkara-perkara yang tidak baik.
4. Telefon bimbit juga boleh merosakkan pemikiran remaja pada masa kini
disebabkan terlalu banyak perkhidmatan hiburan disediakan dalam telefon bimbit
sehingga boleh melalaikan.

5. Boleh menjatuhkan maruah seseorang, terutamanya dalam situasi gosip dan


fitnah. Jika mesej yang disebarkan berbentuk fitnah atau gosip, ia akan
memalukan orang yang difitnah, seterusnya menyebabkan berlakunya
permusuhan dan dendam.

4.3 Saranan

Dalam mengkaji isu ini, para pengkaji ingin memberikan beberapa saranan kepada
semua pihak, terutamanya remaja agar melengkapkan diri dengan akhlak yang mulia
agar telefon bimbit tidak menghakis nilai mereka.

1- Penggunaan telefon bimbit boleh menyebabkan kesan positif dan negatif, tetapi
penggunaannya di kalangan kanak-kanak adalah tidak digalakkan kerana banyak
perkara negatif akan berlaku jika tidak dikawal oleh ibu bapa.

2- Ibu bapa harus memantau segala aktiviti anak mereka, terutamanya penggunaan
telefon bimbit dan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pendidikan anak-
anak.agar gejala sosial tidak berlaku.

3- Semua pihak terutamanya kerajaan harus menyediakan perkhidmatan yang


terbaik untuk pengguna telefon bimbit yang dapat memberi faedah kepada
mereka dan menyekat sebarang kegiatan-kegiatan negatif yang melibatkan
telefon bimbit.

4- Pihak kerajaan juga harus mengambil sikap prihatin terhadap para pengguna
telefon bimbit dengan mengadakan kempen dan seminar berkaitan telefon bimbit
yang semakin rancak pertumbuhannya, seterusnya dapat menyedarkan para
pengguna.
37
5- Majlis Fatwa Kebangsaan harus mengkaji beberapa fatwa berkaitan salahlaku
penggunaan telefon bimbit yang dapat dikuatkuasakan agar pengguna tidak
sewenang-wenangnya menggunakan telefon bimbit tanpa memikirkan hukum-
hakamnya jika disalahgunakan.

6- Ibu bapa juga harus mengajar anak mereka cara penggunaan telefon bimbit yang
betul dan sentiasa memberi nasihat agar anak-anak menggunakannya untuk
perkara yang berfaedah sahaja.

7- Pihak penguatkuasa harus sentiasa memantau kegiatan jenayah yang melibatkan


telefon bimbit, terutamanya dalam kes menyebarkan SMS palsu serta
memberikan hukuman dan denda yang setimpal terhadap pesalah tersebut.

Demikianlah beberapa pendapat dan saranan yang dikemukakan untuk memantapkan


lagi kajian ini. Diharapkan kajian ini dapat menambah pengetahuan kepada semua
golongan tentang fungsi sebenar telefon bimbit dalam mewujudkan masyarakat yang
berakhlak mulia. Semoga dengan kefahaman yang jelas dan kesedaran di kalangan
anggota masyarakat dapat mengurangkan permasalahan yang timbul. Akhir sekali,
para pengkaji berharap agar penulisan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat
kepada kita bersama.
38

RUJUKAN

Internet

http://teknologi-maklumat.com/wiki/Telefon_bimbit

http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon.

Kamus Dewan.
http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_ut
ama=telefon&sid=3e9ccdd6e72294f7176dfa77174d2af1.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_bimbit#Penguatkuasa_undang-undang.

2004. Telefon Bimbit Biak Tumor Otak. Berita Harian, 16 Oktober.


http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/03/29/telefon-bimbit-biak-tumor-
otak [29 Mac 2006].

Ulama Saudi larang nada dering telefon bimbit azan, ayat al-Quran.
http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/08/29/ulama-saudi-larang-nada-
dering-telefon-bimbit-azan-ayat-al-quran. [29 Ogos 2006].

CNN. http://hikmatun.wordpress.com/2008/09/24/telefon-bimbit-boleh-menyebabkan-
kanser-otak-pada-kanak2-dan-menurunkan-kualiti-sperma. [24 September
2008].

Surat Khabar

Yeo Li Shian. 2008. Jenayah Telefon Bimbit. Kosmo, 31 Oktober: 20.

39

Majalah

Haji Samat Buang. 2006. Telefon Bimbit Antara Keperluan Dan Gaya Hidup. Dewan
Siswa Oktober:
40

LAMPIRAN A
41
42
43
44
45
46

You might also like