You are on page 1of 14

SOALAN 3 3.

0 Membincangkan keberkesanan peranan kerajaan dan agensi bukan kerajaan (dasar, strategi, aktiviti) dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian etnik, budaya, bangsa, bahasa dan adat resam. Hubungan antara etnik yang terjalin di antara warga berbilang kaum di negara ini adalah resepi utama kepada kejayaan Malaysia mempertahankan kedaulatannya. Perhubungan yang erat antara etnik ini adalah hasil daripada peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan, bukan kerajaan dan masyarakat. Pengenalan dasar, strategi dan aktiviti yang dijalankan menjadi faktor penyebab kepada hubungan harmonis antara etnik di Malaysia. 3.1 AGENSI KERAJAAN 3.1.1 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Semenjak mengecapi kemerdekaan, langkah pertama yang diambil kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ini adalah rentetan daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 yang telah menyedarkan pelbagai pihak tentang pentingnya memelihara dan menjaga soal perbezaan dan sensitiviti rakyat yang majmuk. Oleh itu Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan dan Mageran bertindak menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara untuk menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan kaum di negara ini. Pada 23 Februari 1971, Majlis Penasihat Perpaduan Negara ditubuhkan menggantikan Mageran bagi tujuan yang sama. Badan ini telah diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara. Antara tahun 1990-2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah payung Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, kemudian diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri dengan nama jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN). Melalui badan perpaduan negara yang ditubuhkan, kerajaan juga telah merangka dan memberi penekanan kepadnga beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada beberapa perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta menjalin integrasi nasional. Di antara dasar tersebut termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar tersebut diperkukuhkan lagi dengan pengenalan Rukun Negara sebagai idealogi kebangsaan. Kesemua dasar tersebut bertujuan untuk mengurangkan dan mengawal tindak tanduk politik melampau yang boleh menjejaskan perpaduan.

Usaha seterusnya ialah dengan menbentuk perikatan Barisan Nasional sebagi langkah dan tindakan susulan dalam usaha memeperlengkap dan memperkukuhkan lagi usaha pembentukan bangsa Malaysia. Di samping itu, kerajaan juga membentuk beberapa dasar lain seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan dasar Sosial Negara. Semua dasar tersebut dimantapkan lagi dengan pengenalan Wawasan 2020 dengan visi dan misinya untuk menjadikan Malaysia cemerlang dari setiap aspek dalam pembangunan negara termasuk dri segi perpaduan negara, kesepaduan sosial, leadilan sosial, keadilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian. Sebagai pelan tindakan, JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005-2010 telah merancang pelbagai usaha memupuk dan memepertingkatkan lagi perpaduan dan integrasi nasional melalui pelbagai strategi seperti berikut. 3.1.1 Strategi Persefahaman Politik Dalam aspek ini kerajaan telah memajukan perpaduan negara berlandasakan peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan mengenai sistem kerajaan persekutuan, demokrasi berparlimen, raja berpelembagaan, kedudukan Raja-Raja Melayu, bahasa kebangsaan, hak mengamalkan agama masing-masing, hak asasi rakyat Malaysia, kedudukan istimewa kaum Bumiputera dan peribumi, lambanglambang negara, pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. Semua ini merupakan kerangka sebagai usaha kerajaan dalam bidang politik untuk memupuk identiti nasional, perpaduan antara kaum dan integrasi antara wilayah. Di samping itu, langkah keselamatan dan undang-undang juga memaminkan peranan penting dalam mengawal dan mencegah pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum atau agama daripada melakukan kegiatan yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan menggugat kestabilan negara, mengawal kod etika antara parti politik supaya bersikap dan bertindak sederhana untuk mengelakan berlaku ketegangan kaum. Berdasarkan strategi persefahaman politik yang diusahakan kerajaan, jelas sekali menampakkan keberkesananya kerana sejak merdeka tampuk pemerintahan negara dipegang oleh Barisan Nasional yang memperjuangkan perpaduan melalui penggabungan 3 komponen parti yang mewakili kaum-kaum utama di negara di bawah satu payung. Selain itu kestabilan politik dan kedaulatan yang dinikmati merupakan hasil daripada keberkesanan peranan yang dimainkan kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia. Tambahan, kini wujudnya suatu identiti nasional di mana rakyat majmuk di negara ini berkongsi suatu identiti iaitu sebagai warganegara Malaysia. Rentetan itu konsep 1Malaysia diperkenalkan bagi

mengukuhkan lagi identiti nasional yang terbentuk dalam mengeratkan hubungan etnik. 3.1.2 Strategi Keseimbangan Ekonomi Pada awalnya, faktor ekonomi menjadi penyebab kepada ketegangan antara kaum, sentimen etnosentrisme, tanggapan negatif antara kaum ialah kedudukan taraf sosioekonomi antara kaum yang tidak seimbang. Masalah ini dirumitkan lagi apabila kaum-kaum dikenali mengikut aktiviti ekonominya. Lantaran itu, kerajaan telah mengambil usaha untuk mengecapi perpaduan negara dan ini hanya dapat dicapai dengan mengimbangkan kedudukan taraf ekonomi antara kaum dan wilayah serta mengurangkan pengenalan kaum berdasarkan kegiatan ekonomi. Usaha yang telah dijalankan kerajaan ialah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru yang telah berjaya mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menempatkan semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut sektor ekonomi dan penempatan dikikis. DEB telah berjaya membina hubungan erat antara etnik yang dikecapi sekarang melalui penstrukturan politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Sektor-sektor ekonomi tertentu yang dahulu dimonoli oleh kaum-kaum tertentu kini berjaya distruktur semula supaya bercorak pelbagai kaum dan seimbang supaya integrasi kaum dapat diwujudkan melalui kegiatan ekonomi. Malahan, melalui DEB ekonomi negara dilihat semakin meningkat dan mata wang negara semakin kukuh. 3.1.3 Strategi Sistem Pendidikan Sistem pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan bagi membina jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan dan cinta kepada negara serta mengeratkan perpaduan nasional. Dasar pendidikan yang bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini bertujuan mengeratkan hubungan etnik. Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekali gus menyebabkan huru-hara. Oleh itu Laporan Barnes dibentuk yang telah mencadangkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah & peringkat yang lebih tinggi. Cadangan ini diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum serta merapatkan hubungan mereka. Namun, masyarakat

Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan menggugat bahasa ibunda mereka. Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular Cina dikekalkan walaupun mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan. Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua laporan di atas. Walau bagaimanapun, ordinan ini tak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina & India, kekurangan kewangan & ancaman komunis. Selepas itu, kerajaan yang dipelopori penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan telah memperkenalkan Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama & penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan menyuburkan semangat perpaduan kaum. Kemudian, Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan & ia menjadi Akta Pelajaran 1961. Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, pelbagai pendekatan lain telah digunapakai dalam mencapai perpaduan, antaranya ialah penubuhan Sekolah Wawasan, pengenalan matapelajaran Sivik Dan Kewarganegaraan, penerapan pembelajaran merentasi kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Sistem pendidikan dilihat boleh membentuk perpaduan melalui sistem persekolahan yang sama bagi semua, bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, kurikulum yang sama, sukatan pelajaran yang seragam, peperiksaan yang seragam. Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Selain itu, keseragaman sistem pendidikan dan peluang pendidikan yang saksama untuk semua berjaya membina perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat negara ini. 3.1.4 Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan Penggunaan dan perkongsian satu bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu(BM) berjaya dalam mengeratkan hubungan antara enik di kalangan masyarakat yang berbeza dari segi bahasa ibunda, etnik kebudayaan, agama dan kedudukan ekonominya. Selain itu, penggunaan BM juga telah membolehkan semua kaum dan keturunan berkomunikasi antara satu sama lain dengan sempurna, memberi mereka satu bahasa rujukan yang sama untuk menginterpretasi alam dan realiti dan mewujudkan satu ciri persamaan antara mereka sebagai unsur pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Penggunaan BM sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia ternyata berkesan dalam merapatkan jurang perbezaan antara etnik melalui penggunaanya dalam interaksi sosial. Tambahan pula, langkah kerajaan dalam memperkasakan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris berjaya meningkatkan matlamat untuk mengeratkan hubungan etnik menggunakan BM sebagai mediumnya. 3.1.5 Strategi Kepercayaan Agama Kerajaan telah memperuntukkan dalam perlembagaan dan Rukun Negara agama islam sebagai agama rasmi persekutuan. namun, semua rakyat Malaysia kebebasan menganut dan mengamal agama dan kepercayaan masing-masing telah berjaya dalam memelihara suasana harmonis antara rakyat berbilang kaum, agama dan kepercayaan, sikap berakomodatif, hormat-menghormati dan kepekaan terhadap kepercayaan, pantang larang dan sensitiviti kaum lain. Selain itu, pengembangan sesuatu agama dalam kalangan penganut agama-agama lain tertakhluk kepada peruntukan-peruntukan mengenainya dalam Perlembagaan dan undang-undang. Secara keseluruhannya, kebebasan mengamalkan kepercayaan agama dan sikap saling hormat berjaya mengeratkan lagi dan mengekalkan hubungan harmonis antara kaum melalui pertembungan budaya yang berlaku. 3.1.6 Strategi Kebudayaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan(DKK) telah dibentuk untuk melahirkan kebudayaan nasional berpandukan kepada tiga prinsip iaitu Kebudayaan Kebangsaan Malaysia yang berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini, unsurunsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan negara dan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. DKK berjaya membentuk satu kebudayaan nasional yang pelbagai dan unik dengan menjadikan kebudayaan kaum lain sebagai sebahagian daripada kebudayaan kebangsaan. Pengkongsian satu kebudayaan kebangsaan ini dan kebebasan mengamalkan budaya masing-masing berjaya mengeratkan hubungan antara etnik. Pengamalan budaya lain tanpa sebarang kekangan atau konflik dapat dilihat apabila perayaan seperti Thaipusam dan Pesta Tanglung disambut secara besar-besaran. 3.1.7 Strategi Integrasi Wilayah Pelbagai langkah diperkenalkan kerajaan untuk mengintegrasikan antara rakyat di wilayah-wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak sejak Malaysia

ditubuhkan, lanataran kedudukan geografinya yang menyebabkan jarak sosial antara wilayah-wilayah tersebut melebar sifarnya. Antara langkah yang diambil kerajaan ialah penambahbaikan sistem perhubungan kebangsaanda, pengangkutan; perluasan siatem radio dan televisyen di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan; penubuhan pelbagai agensi Kerajaaan Persekutuan di negeri-negeri itu dan; dan mengadakan program lawatan pemimpin-pemimpin masyarakat untuk melahirkan integrasi yang kukuh antara negeri dan rakyat di wilayah-wilayah tersebut. Namun demikian, walaupun langkah-langkah yang dinyatakan di atas telah diambil, tetapi masih terdapat pelbagai permasalahan dan salah tanggapan dalam usaha ke arah integrasi wilayah dan dalam perhubungan center-periphery. Oleh itu, tumpuan khusus diberi kepada usaha pemupukan integrasi wilayah dan perhubungan centre-periphery dengan cara memberi penekanan terhadap aspek interaksi dan pergaulan yang lebih luas antara rakyat di wilayah berkenaan. Pelan tindakannya ialah memberi penjelasan yang lebih mendalam mengenai adat resam, kebudayaan masing-masing, salah tanggapan masalah yang timbul dalam bidang sosiekonomi dan sebagainya. Selain integrasi antara negeri, penumpuan juga diberikan kepada pengintegrasian antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar agar kemajuan ekonomi dan prasarana yang diadakan dapat dikongsi secara adil dan saksama. Strategi intergrasi wilayah ini berjaya mengurang jurang yang terdapat antara kawasan luar bandar dengan bandar namun kurang berjaya dari segi intregrasi wilayah disebabkan kekangan seperti bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, tahap ketersampaian yang rendah dan perbelanjaan kos yang tinggi. 3.1.8 Strategi Keselamatan Kerajaan juga telah mengatur langkah-langkah keselmatan untuk memelihara dan mencapai perpaduan, agar benar-benar mantap, stabil dan berkekalan. Strategi perpaduan negara dalam bidang keselamatan meliputi aspek pencegahan yang melibatkan usaha mencegah daripada berlakunya ancaman kepada keselamatan negara ataupun ketenteraman awam yang terbit daripada konflik antara kaum, agama dan perhubungan antara persekutuan dan negeri penekanan diberi kepada aspek pencegahan supaya nyawa dan harta benda awam dan pembangunan negara terpelihara. Aspek pencegahan merangkumi penguatkuasan sekatan-sekatan di sisi undang-undang ke atas kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan; tahanan preventif; penguatkuasaan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta kawalan terhadap akhbar, buku dan penerbitan melalui undang-undang berkaitan. Pemulihan pula ialah usaha untuk menteteramkan keadaan setelah

berlakunya sesuatu konflik. Aspek pemulihan termasuklah melibatkan tindakantindakan terutamanya daripad pihak polis dan dibantu oleh pihak-pihak lain seperti angkatan tentera, Ikatan Relawan Rakyat, Rukun Tetangga dan dalam keadaan ekstrem pengisytiharan darurat. Strategi keselamatan yang dirangka kerajaan ternyata berkesan kerana ia berjaya mengelakkan berulangnya peristiwa 13 Mei 1969, konflik berunsur isu-isu sensitif dan sebagainya. Selain itu, terdapat rakyat yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri termasuk ahli-ahli politik kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan. Tambahan, kebelakangan ini terdapat banyak perhimpunan yang tidak mendapat pihak berkuasa diadakan. Walaupun timbul pelbagai masalah keselamatan dalam negara kebelakangan ini, namun ia berjaya dicegah dan dikawal oleh kerajaan sebelum menjadi serius. Ini menunjukkan keberkesanan strategi keselamatan yang dirangka dan diambil oleh kerajaan. 9.2.9 Strategi Pembangunan Kawasan Kerajaan mengarahkan pemaju-pemaju perumahan serta pihak berkuasa tempatan supaya mengambil kira aspek perpaduan dalam memajukan sesuatu kawasan dengan cara sesuatu kawasan seharusnya mempunyai latar penduduk yang terdiri daripada daripada pelbagai kaum agar batasan sentimen perkauman dapat dicairkan. Hal ini dapat dilakukan melalui penubuhan jawatankuasa penduduk seperti Rukun Tetangga dan penganjuran aktiviti yang melibatkan semua penduduk tanpa mengira kaum dan agama. Prasarana seperti dewan serbaguna, dewan komuniti dan sebagainya perlu disediakan lantaran difikirkan turut membantu menyemaikan semangat perpaduan dan interaksi antara kaum melalui pelbagai aktiviti sosial yang dianjurkan pelbagai pihak. Kerajaan juga menegaskan supaya sesuatu kawasan perumahan mengandungi pembangunan bercampur seperti fasa perumahan kos rendah, sederhana dan juga mewah agar dapat mengurangkan jurang sosial yang wujud dalam kalangan masyarakat melalui pergaulan dan interaksi. Kemudahankemudahan yang disediakan haruslah boleh dinikmati oleh penduduk dan tidak dibatasi oleh taraf sosiekonomi mereka. Strategi kerajaan ini berjaya mewujudkan kawasan perumahan yang kini didiami oleh pelbagai kaum dan latar belakang sosial yang berbeza di bawah satu komuniti menyebabkan hubungan antara etnik semakin erat. Melalui hubungan antara etnik di dalam suatu komuniti, sikap toleransi, hormat-menghormati dan bertolak-ansur berjaya dilahirkan dan dipupuk. Buktinya dapat dilihat melalui kerjasama, persahabatan dan hubungan yang terjalin di sesuatu komuniti yang pelbagai kaum yang bermula dari semangat kejiranan antara penduduk sesuatu kawasan perumahan.

3.1.10 Strategi Penggunaan Tenaga Manusia Kerajaan memastikan para majikan sama ada daripada pihak kerajaan atau swasta membuat sebarang lantikan mengisi sesuatu jawatan tanpa mengira faktor kaum, budaya dan agama. Pemilihan perlu dibuat berdasarkan keadilan dan kelayakan, lantaran hakikat malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Majikan juga perlu memainkan perananperanan menerapkan unsur-unsur perpaduan dalam kalangan pekerja melalui perlaksannan dasar syarikat dan program serta aktiviti yang dianjurkan. Di samping itu, mereka juga bertanggungjawab melaksanakan setiap dasar yang telah digubal oleh kerajaan seperti penggunaan bahasa kebangsaan dan sebagainya. Interaksi antara pekerja pelbagai kaum perlu digalakkan supaya perasaan prejudis dan salah tanggapan antara mereka dapat dikurangkan. Pemupukan nilai-nilai murni yang menyumbang kepada perpaduan negara seperti semangat patriotisme dan kekitaan perlu sentiasa dipupuk. 3.1.11 Strategi Media Massa Media massa memainkan peranan berkesan membantu memupuk perpaduan negara melalui penyampaian maklumat, pembentukan sikap dan pandangan rakyat serta penerapan nilai-nilai positif ke arah memajukan semangat perpaduan. Di samping itu, wadah internet juga perlu digunakan sebaik mungkin bagi menyebarkan maklumat berhubung perpaduan lantaran perekembangan media elektronik terutama radio, televisyen, akhbar dan majalah dianggap mampu menghubungkan hampir semua rakyat di negara kita termasuk masyarakat terpencil di kawasan pedalaman. Syarikat-syarikat swata yang yang menggendalikan stesen televisyen di negara ini juga turut memainkan peranan penting dalam usaha memupuk perpaduan negara dan integrasi nasional sebagai tanggungjawab sosial pihak sektor swasta kepada bangsa dan negara. Penerbit akhbar dan majalah juga digalakkan memberi sumbangan kepada usaha memantapkan perpaduan negara berdasarkan pengamalan etika kewartawanan menerusi sikap bertanggungjawab dan kepekaan apabila menyentuh dan melapor perkara-perkara yang boleh menjejas perpaduan dan perhubungan antara kaum dan agama; melahirkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan pembaca menerusi ruangan meja pengarang; tulisan-tulisan rencana dan sebagainya. Mereka juga perlu memastikan bahawa kegiatan dan laporan media cetak termasuk media cetak asing dan laporan melalui internet tidak melanggar Akta Cetak, Mesin Cetak dan Akta Hasutan serta tidak menjejas atau menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara. Antara akta lain yang digubal bagi mengawal media massa ialah Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997,

Akta Hakcipta Pindaan 1997 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 , dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kawalan, pengawasan serta dorongan yang diberikan kerajaan terhadap media massa berjaya memupuk perasaan kekitaan dan mengeratkan hubungan antara etnik melalui peranan yang dimainkan oleh media massa. Antara peranan media massa yang berjaya mewujudkan semangat kekitaan adalah melalui iklaniklan yang ditaja oleh Petronas yang berkisar mengenai kemerdekaan, perayaan kaum lain dan hubungan antara kaum di Malaysia. Iklan-iklan ini melihatkan bahawa semua kaum di negara ini dapat hidup dengan harmonis dengan mengetepikan perbezaan dalam diri mereka. 3.1.12 Strategi Kesukanan Suan merupakan bidang yang paling ideal bagi membentuk perpaduan dan integrasi di kalangan rakyat berbilang kaum, keturunan, umur, dan taraf sosioekonomi, bukan sahaja di kalangan atletnya, tetapi juga di kalanagna penontonnya, khususnya bagi acara sukan yang popular . hal ini kerana sukan mewujudkan peluang dan persekitaran bagi pergaulan dan interaksi sosial dan melahirkan suasana yang sangat sesuai bagi memupuk semangat persaudaraan dan solidariti tanpa mengira kaum dan keturunan. Melalui sukan, ia juga dapat membantu menaikkan semagat patriotisme, dan mencairkan perasaan etnosentrisme, prejudis dan prasangka buruk dalam kalangan rakyat, lebih-lebih lagi apabila acara itu diadakan di tanah air dan boleh ditonton di televisyen atau diikuti menerusi siaran langsung khususnya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang diwakili oleh pasukan kebangsaan atau negara. Selain itu, pengenalan program 1 Murid, 1 Sukan di sekolah juga membantu mengeratkan hubungan antara murid yang pelbagai kaum sejak kecil lagi bak kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Badan kerajaan yang bertanggungjawab dan telah banyak membantu dalam pembinaan hubungan antara etnik melalui sukan adalah Kementerian Belia Dan Sukan. Pelan kerajaan menggunakan sukan sebagai alat perpaduan telah banyak berkesan kerana sukan tidak mementingkan kaum, bangsa atau warna kulit tetapi bakat dan prestasi yang ditonjolkan. Oleh itu, setiap rakyat berbilang bangsa boleh menghasilkan kerjasama dan menjalinkan hubungan antara kaum denganmenyertai sukan yang melibatkan permainan berpasukan seperti bola sepak, hoki dan sebagainya. 3.1.13 Strategi Perpaduan Dan Pertubuhan Sukarela Kerajaan juga memperkenalkan konsep pemasyarakatan perpaduan yang diperkenalkan pada tahun 1998 untuk menerapkan ciri-ciri identiti nasional bagi membangunkan bangsa Malaysia berasaskan semangat persaudaraan dan

kewarganegaraan yang tinggi melalui proses penerapan nilai-nilai murni mengenai perpaduan di kalangan semua lapisan masyarakat pelbagai kaum dengan menggunakan segala saluran dan prasarana yang sedia ada. Selain itu diperkenalkan juga jentera kemasyarakatan seperti Rukun Tetangga dan persatuanpersatuan penduduk sebagai saluran untuk menerapkan nilai-nilai murni dan integrasi nasional melalui aktiviti kemasyarakatan. Memang tidak dinafikan sumbangan pertubuhan sukarela/kemasyarakatan seperti Rukun Tetangga banyak membantuk dalam mengeratkan hubungan antara kaum di sesuatu komuniti. Hubungan dan kerjasama yang terjalin dalam komuniti berbilang bangsa tersebut membantu menjalinkan interaksi sosial yang sekaligus dapat mengikis prasangka dan konflik yang mungkin wujud. 3.1.14 Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan Usaha kerajaan memperbanyak penyelidikan mengenai perpaduan negara dan integrasi nasional penting untuk mengetahui pola hubungan kaum semasa. Hasil kajian dapat digunakan untuk merangka strategi dan perancangan program yang berkesan di samping dapat mewujudkan instrumen untuk mengukur tahap perpaduan. Pengesahan ini dapat diperkukuh debgan adanya penerbitan bahanbahan bacaan mengenai perpaduan, integrasi dan adat resam masyarakat Malaysia. Contoh bahan-bahan bacaan tersebut adalah Race Relation In Malaysia (Wan Hashim Bin Wan Teh,1983), dan Hubungan Etnik Di Malaysia (Zaid Ahmad, 2010). 3.1.15 Strategi Pemantauan Isu-Isu Semasa dan Konflik Mewujudkan mekanisme pemantauan tahap perpaduan dan integrasi nasional secara berterusan dan sistematik merupakan langkah pengesanan awal terhadap isu-isu semasa dan konflik. Pengesanan perhubungan sosial perlu ditingkatkan lagi melalui sistem online kerana bukan sahaj maklumat dapat dikesan atau diperoleh dengan segera tetapi dapat membantu pihak jabatan dan agensi lain untuk mengambil tindakan pencegahan awal. 3.1.16 Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) Dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN) Pertubuhan PANEL dan JKPPN bertujuan untuk membincangkan isu-isu perpaduan dan integrasi nasional dan memainkan peranan lebih berkesan. Badan ini bertindak sebagai penyelaras kepada agensi-agensi lain dan seterusnya bertanggungjawab menasihat, melapor dan mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri dan Parlimen mengenai sebarang isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi sosial.

3.1.17 Strategi Program dan Aktiviti Perpaduan Kerajaan merangka program pemetaan perpaduan untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran termasuk kanak-kanak prasekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi, pekerja kerajaan dan swasta serta anggota komuniti seperti belia, wanita, orang kurang upaya serta orang ramai yang dianggap boleh membawa perubahan dari aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran tentang perpaduan antara kaum. Di peringkat sekolah, aktiviti yang dijalankan berbentuk pendidikan pelbagai budaya yang boleh diintegrasikan dalam bentuk kurikulum dan kokurikulum. Di tempat kerja pula, aktivitinya adalah mengenai pengurusan kepelbagaian dalam dalam kalangan pekerja, manakala pada peringkat komuniti aktivitinya berunsurkan pengembangan yang boleh membawa perubahan serta pembangunan masyarakat setempat. Selain itu, strategi lain yang difikirkan boleh membantu memantapkan proses perpaduan dan integrasi juga turut diwujudkan seperti latihan dalam bidang komunikasi antara budaya, pengauditan dasar-dasar kerajaan dan menghasilkan satu etika mengenai hak dan tanggungjawab kemanusian untuk rakyat Malaysia serta penerbitan bahan bacaan secara mengenai kaum-kaum lain di Malaysia. Strategi ini ternyata berkesan kerana sasaranya menumpukan kepada pelajar, pekerja dan komuniti masyarakat dan program serta aktiviti yang dijalankan efektif dan berjaya mengeratkan hubungan antara kaum. Program dan aktiviti yang dijalankan berjaya memberi kesedaran, pengetahuan, sikap dan ke kemahiran tentang perpaduan antara kaum. 3.1.18 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Wawasan Sistem pendidikan negara pelbagai aliran menyebabkan tidak ada acuan khusus yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu. Hal ini menyebabkan ibu bapa lebih cenderung memilih aliran mengikut kaum masingmasing. Sedangkan usaha memupuk perpaduan haruslah bermula sejak awal lagi iaitu bermula di peringkat prasekolah, rendah dan menengah dalam acuan yang sama. Dengan itu, sekolah kebangsaan diperkasakan supaya dapat menerapkan semangat perpaduan di kalangan pelajar pelbagai etnik supaya mereka dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta berakomodatif yang tinggi. Lantaran itu, memperkasakan sekolah kebangsaan perlu diletakkan di landasan yang lebih kukuh ke arah menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini tanpa mengetepikan sekolah rendah jenis kebangsaan yang telah dipersetujui oleh semua golongan etnik di bawah kontrak sosial. Setiap ibu bapa diberi kebebasan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil tanpa halangan. Sekolah kebangsaan

merupakan instit uusi pendidikan pendidikan utama bagi anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional. Sekolah kebangsaan juga berkemampuan mendidik pelajar pelbagai kaum, menanam nilai-nilai perpaduan di kalangan rakyat. Melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), kualiti pendidikan di sekolah kebangsaan telah dipertingkatkan dan ini telah menarik perhatian masyarakat untuk memilih sekolah kebangsaan. Malahan, di sekolah kebangsaan disediakan kelas People Own Language di mana kaum-kaum lain boleh mempelajari bahasa ibunda mereka. RMK10 serta strategi kerajaan yang lain ternyata berjaya memperlihatkan kelebihan yang diperolehi melalui sekolah kebangsaan. Kerajaan juga telah memperkenalkan Sekolah Wawasan sebagai salah satu pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi nasional dengan membina dua atau tiga jenis sekolah rendah yang berlainan bahasa pengantar, tetapi pentadbiran terletak dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan sebagainya. Sekolah Wawasan ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang luas kepada para pelajar pelbgai kaum untuk bergaul dan berinteraksi melalui pelbagai aktiviti tanpa menjejaskan status dan perkembangan sekolahnya. Langkah ini didapati kurang berkesan oleh sesetengah pihak kerana interaksi antara murid-murid dari dua atau tiga jenis sekolah tersebut agak terbatas dan mereka masih terikat kepada aliran sekolah masing-masing. 3.1.20 Memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara PLKN berteraskan Rukun Negara dan merangkumi empat modul iaitu modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karekter dan modul khidmat komuniti. PLKN ini bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional dan membentuk perwatakkan positif menerusi nilai-nilai murni. PLKN sememangnya berjaya mencapai sasaranya untuk mengeratkan hubungan antara kaum kerana semua aktiviti yang dijalankan menekankan semangat muhibah, bekerjasama dan bertolakansur antara peserta. 3.2 AGENSI BUKAN KERAJAAN Badan bukan kerajaan dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai nongovernmental organization (NGO). Badan bukan kerajaan merupakan kumpulan yang dibentuk berasaskan kepentingan umum ahli-ahlinya. Sifat-sifatnya ialah tidak mewakili kerajaan, tidak menjalankan fungsi-fungsi kerajaan, tidak memperolehi autoriti langsung kerajaan dan tidak membawa agenda kerajaan sebaliknya

terbentuk atas dasar sukarela. Apa yang penting bagi sesebuah badan bukan kerajaan adalah untuk mewakili kepentingan golongan-golongan tertentu yang tidak memiliki perwakilan dalam pembentukan dasar-dasar kerajaan dalam sistem politik negara. Tambahannya, kewujudan badan bukan kerajaan secara tidak langsung meringankan bebanan kerajaan, menyediakan fungsi semak dan imbang serta menyuburkan amalan demokrasi. Terdapat pertubuhan induk di peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia, Dewan Perniagaan, Perusahaan Malaysia dan lain-lain lagi. Pertubuhan merupakan golongan NGO yang dapat memainkan peranan untuk memepercepat lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Dari aspek kepimpinan pula, pemimpin-pemimpin persatuan persatuan di peringkat negara atau persatuan , barisan kepimpinannya adalah disertai oleh pemimpin dari pelbagai kaum. Sebagai contoh, kepimpinan Majlis Belia Malaysia, dewan Perniagaan Cina dan Perniagaan India Malaysia, namun persatuan-persatuan ini dapat digunakan oleh NGO untuk mengadakan pelbagai dialog dan seminar dalam usaha untuk memahami permasalahan yang wujud dan dicari jalan penyelesaiannya. Melalui dialog dan seminar tersebut secara tidak langsung akan dapat memupuk hubungan antara etnik. Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM), misalnya sentiasa mengadakan seminar bagi menjelaskan kepentingan hubungan etnik dalam konteks Malaysia. Di samping itu sains dan teknologi juga memainkan peranan untuk meningkatkan hubungan etnik dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana pembangunan ekonomi di Malaysia berasakan sains dan teknologi termasuklah sektor perindustrian dan pembangunan bioteknologi. Dalam konteks ini, kerajaan telah menetapkan bilangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi dan sains sosial adalah berdasarkan kadar 60:40. Hal ini menunjukkan bilangan saintis yang akan dilahirkan adalah terdiri daripada pelbagai kaum. Justeru itu, pihak kerajaan dan sektor swasta memainkan peranan dalam usaha menyumbang dana bagi meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan inovasi dan seterusnya memacu pertubuhan ekonomi negara. Dana-dana sedia ada seperti Intensive Research Priority Areas (IRPA) dan geran dari pihak swasta dan penubuhan institusi tertentu seperti Koridor Raya Multimedia (MSC), Akademi Sains Negara dan pelbagai lagi merupakan penjana kepada pembangunan ekonomi negara. Justeru itu, sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara, maknanya aspek ini amat penting dalam usaha meningkat hubungan etnik rakyat Malaysia. Hal ini kerana apabila pembangunan ekonomi negara berkembang pesat, kestabilan politik akan dapat diwujudkan. Kesannya akan menarik lebih ramai pelabur dari dalam dan luar negara memacu pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Ini akan memberi peluang pekerjaan kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira golongan etnik.

Hasilnya taraf hidup rakyat akan meningkat, jurang ekonomi negara dapat diseimbangkan dan akhirnya akan wujud keharmonian di Malaysia. Kesimpulannya, walaupun NGO merupakan badan berkepentingan namun secara langsung atau tidak langsung pertubuhan-pertubuhan tersebut berjaya mengeratkan hubungan etnik di Malaysia melalui perjuangan dan kerjasama antara masyarakat pelbagai kaum untuk mencapai sesuatu tujuan. Buktinya adalah kebanyakkan pesatuan atau pertubuhan di negara ini ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum berjuang dan berkerjasama untuk mencapai tujuan yang sama.

You might also like