You are on page 1of 69

PERAKAUNAN SYARIKAT

OBJEKTIF Pelajar dapat: 1. Menjelaskan ciri-ciri dan jenis syarikat 2. Menerangkan proses penubuhan syarikat 3. Menjelaskan struktur modal syarikat 4. Menerangkan jenis dan prosedur terbitan saham syarikat 5. Merekod proses terbitan saham secara penuh 6. Menerang dan merekod cara terbitan dan penebusan debentur 7. Menjelaskan rezab dan dividen syarikat 8. Menyediakan ekuiti pemegang saham dalam kunci kira-kira.

PERAKAUNAN SYARIKAT

Ciri-ciri Syarikat

1. Wujud secara berasingan dari pemiliknya. 2. Satu badan yang sah dari segi undangundang yang boleh memiliki harta, membuat kontrak, menyaman dan disaman serta bertanggungjawab menjelaskan hutang sendiri pemilik tak bertanggungjawab ke atas hutang yang ditanggung oleh syarikat.

3. Mematuhi Akta Syarikat 1965 4. Pemilik terdiri daripada pemegang saham syarikat 5. Modal diperolehi dari pemegang-pemegang saham melalui langganan ke atas saham Syarikat 6. Liabiliti pemegang saham adalah terhad

Jenis Syarikat
Syarikat Awam Berhad Syarikat Sendirian Berhad

SYARIKAT AWAM BERHAD


1. Mematuhi Akta Syarikat 1965. Mana-mana Syarikat yang tidak dikategorikan sebagai syarikat persendirian adalah dikelaskan sebagai Syarikat Awam (seksyen 4(1) Akta Syarikat 1965). Ia perlu meletakkan perkataan Berhad pada akhir nama syarikat. 2. Bilangan pemegang saham; min.: 2 orang dan max: terhad kepada jumlah saham yang dibenarkan

3. Pemegang saham menanggung liabiliti terhad 4. Saham syarikat diniagakan di pasaran saham (Bursa Malaysia) 5. Pegangan saham boleh berpindah milik secara bebas 6. Penyata Kewangan syarikat perlu disediakan setiap tahun 7. Lembaga Pengarah dilantik di kalangan pemegang saham terbanyak

SYARIKAT SENDIRIAN BHD.


Seksyen 15(1) Akta Syarikat menjelaskan beberapa ciri Syarikat Sendirian Berhad: 1. Bilangan pemegang saham; min.: 2 orang dan max: 50 orang 2. Tidak boleh tawarkan sahamnya kepada awam. 3. Sahamnya tidak boleh dipindah milik.

4. Penyata kewangan syarikat boleh dirahsiakan daripada umum. 5. Liabiliti pemegang saham adalah terhad. 6. Syarikat ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang dilantik di kalangan pemegangpemegang saham.

Penubuhan Syarikat
1. Pihak yang ingin menubuhkan syarikat perlu berurusan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 2. Proses ini bermula dengan proses pemilihan nama yang sesuai. 3. Selepas kelulusan nama diperoleh, semua dokumen penubuhan yang berkaitan perlu diisi dan diserahkan kepada SSM beserta yuran yang telah ditetapkan.

4. Dokumen penubuhan adalah seperti berikut: a) Borang 6 Deklarasi perundangan tentang pematuhan b) Borang 48A Deklarasi perundangan sebelum seseorang dilantik sebagai pengarah c) Memorandum Syarikat d) Artikel Syarikat e) Lampiran A f) Salinan surat kelulusan nama syarikat 5. Setelah semua dokumen mematuhi peruntukan undang-undang yang ditetapkan, SSM akan keluarkan Sijil Perbadanan.

MEMORANDUM PERTUBUHAN
Dokumen ini menetapkan kuasa kuasa syarikat dan hubungannya dengan pihak luar perniagaan. Perkara yang dinyatakan di dalamnya mengikut Seksyen 18(1): Nama syarikat Alamat pejabat syarikat Aktiviti yang dijalankan di syarikat Liabiliti sama ada terhad/tidak Jumlah modal dibenarkan

TATAURUSAN PERTUBUHAN
Menjelaskan peraturan-peraturan yang mengawal hal ehwal dalaman syarikat. Perkara yang terkandung di dalamnya: Hak bagi setiap kelas saham Pindahmilik saham Tanggungjawab dan kuasa ahli lembaga pengarah syarikat Notis dan prosiding mesyuarat

Apabila semua keperluan undang-undang dipenuhi, barulah Pendaftar Syarikat akan mengeluarkan Sijil Penubuhan Syarikat. Mulai dari tarikh dinyatakan dalam sijil tersebut, syarikat boleh menjalankan semua fungsi korperat, boleh mendakwa dan didakwa, boleh ditukar ganti pihak pengurusan dan mempunyai materi, dan berkuasa memperolehi, memiliki dan melupuskan harta. Bagi syarikat awam, ia perlu mendapatkan Sijil Memulakan Perniagaan terlebih dahulu.

Struktur Modal
1. Modal Saham Dibenarkan 2. Modal Diterbitkan 3. Modal Berbayar

MODAL SAHAM DIBENARKAN


Dikenali juga sebagai modal berdaftar atau modal nominal. Modal maksimum yang boleh diterbitkan dan dilanggan oleh orang ramai.

MODAL DITERBITKAN
Merupakan sebahagian daripada modal berdaftar yang dikeluarkan atau ditawarkan untuk dilanggan oleh orang awam. Jumlah maksimum modal yang boleh diterbitkan adalah sama dengan jumlah modal yang dibenarkan

MODAL BERBAYAR
Berdasarkan modal yang diterbitkan, syarikat akan menetapkan amaun yang perlu dibayar oleh pemegang saham bagi setiap saham. Syarikat boleh tetapkan jumlah yang perlu dibayar semasa permohonan sama ada kurang, sama atau lebih daripada nilai Par

Jenis Saham
1. Saham Keutamaan 2. Saham Biasa

SAHAM KEUTAMAAN
Saham yang dibayar dividen yang tetap setiap tahun. Kadar dividen ditetapkan semasa saham tersebut diterbitkan. Pembayaran dividen tidak bergantung kepada jumlah keuntungan tetapi kepada kadar dividen. Pembayaran dividen saham keutamaan akan didahulukan sebelum pembayaran dividen saham biasa

Pembayaran dividen boleh ditunda sekiranya dividen tahun semasa tidak dibayar Pemegang saham keutamaan tidak mempunyai hak mengundi dalam mesyuarat agung syarikat Saham keutamaan terdiri daripada beberapa jenis iaitu Saham Keutamaan Kumulatif, Partisipatif, Boleh Tebus dan Boleh Tukar

SAHAM BIASA
Setiap syarikat mesti memiliki modal saham biasa. Biasanya saham biasa merupakan komponen saham yang terbesar dalam modal syarikat Pemegang saham biasa diberikan hak mengundi dalam mesyuarat agung tahunan syarikat mengikut unit saham yang dipegangnya dan merupakan pemilik syarikat

Pemegang saham biasa terima dividen selepas pembayaran dividen saham keutamaan Kadar dividen untuk pemegang saham biasa tidak tetap dan pembayaran tidak semestinya dibuat setiap tahun. Sekiranya syarikat dibubarkan, pemegang saham biasa akan mendapat balik modal yang disumbangkan selepas pemegang saham keutamaan mendapat semula modal mereka.

Terbitan Saham
Saham boleh diterbitkan pada nilai tara, nilai premium dan nilai diskaun. Penerbitan sesuatu saham biasanya melibatkan pembayaran sepenuhnya.

Terdapat 3 tahap yang akan dilalui dalam terbitan saham iaitu: 1. Permohonan 2. Perumpukan 3. Pemulangan wang

PERMOHONAN
Orang awam yang berminat untuk melabur perlu mengisi borang tertentu dan menghantarnya kepada syarikat berserta draf bank mengikut jumlah unit saham yang dipohon Pada tahap ini, pemohon belum lagi menjadi pemegang saham syarikat dan belum lagi dikira sebagai modal saham syarikat

PERUMPUKAN

Lembaga pengarah syarikat akan membuat perumpukan bagi menentukan siapa yang berjaya mendapatkan saham syarikat yang diterbitkan Mereka yang berjaya akan menjadi pemegang saham syarikat, yang gagal akan dipulangkan semula wang mereka Syarikat perlu merekodkan modal saham syarikat pada tahap ini

Terbitan Saham Pada Nilai Tara

Saham diterbitkan pada nilai muka saham Nilai tara atau nilai yang dinyatakan mewakili modal sah sesaham

Contoh 1: Gemilang Bhd. (GB) mempunyai modal dibenarkan berjumlah 1,000,000 unit saham biasa dengan nilai tara RM2 seunit. Pada 1 Jan. 2006, Syarikat terbitkan 800,000 unit saham biasa pada nilai tara RM 2 sesaham yang perlu dibayar penuh semasa permohonan. Sehingga 1 Feb. 2006, syarikat telah menerima 1,000,000 permohonan. GB telah membuat perumpukan kepada pemohon yang berjaya dan memulangkan wang bagi lebihan langganan pada 1 Mac.

PENYELESAIAN: 2006 Feb. 1 Dt Bank 2,000,000 Kt Permohonan 2,000,000 ( merekod penerimaan wang permohonan * 1,000,000 x RM 2

Mac 1 Dt Permohonan 1,600,000 Kt MSB 1,600,000 (merekod perumpukan 800,000 unit saham biasa) *800,000 x RM 2.00

Dt Permohonan 400,000 Kt Bank 400,000 (merekod pemulangan wang permohonan yang gagal) *200,000 x RM 2.00

Gemilang Berhad Kunci Kira-Kira pada 1 Mac 2006 EKUITI SAHAM: Modal dibenarkan (1,000,000 saham biasa @ RM2) Modal diterbitkan (800,000 saham biasa @ RM2) Jumlah ekuiti pemegang saham

2,000,000

1,600,000 1,600,000

Terbitan Saham Pada Nilai Premium


Saham yang diterbitkan pada nilai yang lebih tinggi daripada nilai tara Perbezaan di antara nilai saham yang diterbitkan dengan nilai tara dipanggil premium saham

Contoh 2: Dengan menggunakan maklumat di dalam contoh 1, andaikan Gemilang Berhad telah menerbitkan saham tersebut pada harga RM 2.50 seunit.

PENYELESAIAN 2006 Feb. 1 Dt Bank 2,500,000 Kt Permohonan 2,500,000 (merekod penerimaan wang permohonan) * 1,000,000 x RM 2.50

Mac 1

Dt Permohonan 2,000,000 Kt MSB * 1,600,000 Premium Saham ** 400,000 (merekod perumpukan 800,000 unit saham biasa) *800,000 x RM 2.00 **800,000 x RM 0.50 Dt Permohonan 500,000 Kt Bank 500,000 ( merekod pemulangan wang permohonan yang gagal) *200,000 x RM 2.50

Gemilang Berhad Kunci Kira-Kira pada 31 Mac 2006 EKUITI SAHAM: Modal dibenarkan 1,000,000 saham biasa @ RM2) Modal diterbitkan 800,000 saham biasa @ RM2) Premium saham Jumlah ekuiti pemegang saham

2,000,000

1,600,000 400,000 2,000,000

Terbitan Saham Pada Nilai Diskaun

o Saham yang diterbitkan pada nilai yang lebih rendah daripada nilai taranya o Perbezaan di antara nilai saham yang diterbitkan dengan nilai tara dipanggil diskaun saham

Contoh 3: Dengan menggunakan maklumat di dalam contoh 1, andaikan Gemilang Berhad telah menerbitkan saham tersebut pada harga RM 1.70 seunit.

PENYELESAIAN

2006 Feb. 1

Dt Bank 1,700,000 Kt Permohonan 1,700,000 (merekod penerimaan wang permohonan) * 1,000,000 x RM 1.70

Mac 1 Dt Permohonan 1,360,000 Diskaun * 240,000 Kt Modal saham biasa ** 1,600,000 (merekod perumpukan 800,000 unit saham biasa) * 800,000 X RM 0.30 ** 800,000 x RM 2 Dt Permohonan 340,000 Kt Bank 340,000 (merekod pemulangan wang permohonan yg gagal) * 200,000 x RM 1.70

Gemilang Berhad Kunci Kira-Kira pada 31 Mac 2006 EKUITI SAHAM: Modal dibenarkan (1,000,000 saham biasa @ RM 2) Modal diterbitkan 800,000 saham biasa @ RM 2) (-) Diskaun Jumlah ekuiti pemegang saham

2,000,000

1,600,000 240,000 1,360,000

DEBENTUR
Ialah bon tanpa cagaran, dalam bentuk dokumen yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat untuk mengesahkan pinjaman / hutangnya kepada pihak lain. Ia mengandungi syarat tentang : - bayaran faedah yang tetap - penebusan debentur

Terbitan & Penebusan Debentur


Contoh 4: Pada 1 Jan. 2006, Gemilang Bhd. (GB) terbitkan 500 unit debentur 6% berharga RM 100 seunit dibayar sepenuhnya atas permohonan. Tempoh matang adalah 3 tahun.

1/1/06 Dt. Tunai

50,000 Kt. Debentur 50,000 (Merekod terbitan 500 unit debentur, RM 100 seunit)

31/12/06

Bel. Faedah 3,000 Faedah Belum Bayar 3,000


Bel. Faedah 3,000 Faedah Belum Bayar 3,000 Bel. Faedah 3,000 Faedah Belum Bayar 6,000 Tunai 9,000

31/12/07

31/12/08

31/12/08 Dt. Debentur 50,000 Kt. Tunai 50,000 (Merekod penebusan 500 unit debentur, RM 100 seunit)

Rezab
Didefinisikan sebagai suatu jumlah yang telah diperuntukkan khas untuk sesuatu tujuan. Selain modal, rezab merupakan sebahagian ekuiti syarikat. Rezab terdiri daripada 2 jenis iaitu rezab modal dan rezab hasil.

REZAB HASIL
Pendapatan terkumpul syarikat yang belum lagi diagihkan kepada pemegang saham sebagai dividen Contohnya ialah pendapatan tertahan, rezab am dan rezab penyamaan dividen

REZAB MODAL
Sebahagian daripada rezab berkanun, tidak boleh diagihkan sebagai dividen kepada pemegang saham Contoh rezab modal ialah premium saham, rezab tebusan modal, rezab penilaian semula aset tetap dan rezab penggantian aset tetap

Dividen
Agihan untung syarikat kepada pemegang-pemegang saham Merupakan pulangan atau hasil kepada pemegang saham Dividen yang dikeluarkan dalam syarikat boleh dalam bentuk dividen tunai atau dividen saham (saham bonus)

DIVIDEN TUNAI
Dividen yang dibayar kepada pemegang saham biasa dalam bentuk tunai mengikut kadar atau peratus yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Dividen ini ditetapkan berasaskan nilai tara saham
Dividen tunai terdiri daripada dividen interim dan dividen akhir

Menurut seksyen 365(1) Akta Syarikat 1965, pendapatan yang boleh digunakan untuk tujuan pembayaran dividen meliputi: i. Pendapatan semasa ii. Pendapatan tertahan iii. Pendapatan dari jualan aset tetap

* DIVIDEN INTERIM
Dividen yang dibayar dalam tempoh perakaunan iaitu sebelum untung bersih tahunan diketahui dan ianya diputuskan oleh Lembaga Pengarah Dividen ini dibayar jika syarikat memperolehi untung dalam setengah tahun yang pertama

* DIVIDEN AKHIR
Dibayar setelah mesyuarat agung tahunan meluluskan cadangan kadar dividen yang dikemukakan oleh Lembaga Pengarah. Dividen akhir dibuat setelah untung tahunan syarikat diketahui.

DIVIDEN SAHAM (SAHAM BONUS)


Syarikat keluarkan dividen dalam bentuk saham dan diterbitkan kepada pemegang saham secara percuma Pemberian saham ini tidak melibatkan aliran keluar tunai Bilangan saham yang diterbitkan dinyatakan dalam bentuk nisbah ke atas jumlah unit saham yang dipegang Pemberian saham bonus akan menukarkan rezab menjadi modal

Kesan daripada terbitan saham bonus kepada syarikat ialah jumlah unit dan amaun modal saham akan bertambah manakala jumlah rezab akan berkurang. Jumlah ekuiti saham syarikat tidak berubah, manakala bagi pemegang saham pula, bilangan unit yang dipegang akan bertambah tetapi peratus pemilikan tidak berubah

Penyata Kewangan Syarikat


Menurut Akta Syarikat 1965, setiap syarikat perlu menyerahkan laporan tahunan kepada SSM dalam tempoh satu bulan selepas mesyuarat agung tahunan Perkara-perkara yang terkandung dalam laporan tahunan syarikat meliputi:

1. 2. 3. 4.

Alamat pejabat syarikat perlu didaftarkan Tempat daftar ahli disimpan Maklumat mengenai saham atau stok Maklumat mengenai hutang syarikat dan gandaian 5. Maklumat mengenai pengarah, pengurus dan setiausaha syarikat 6. Maklumat mengenai juruaudit 7. Akaun-akaun syarikat

Akaun-akaun syarikat yang diperlukan di atas merangkumi perkara-perkara berikut: 1. Penyata Untung Rugi 2. Kunci Kira-Kira 3. Laporan Pengarah 4. Kenyataan Pengarah 5. Pengisytiharan berkanun 6. Laporan juruaudit 7. Penyata Kewangan disatukan

Bagi tujuan pelaporan luaran, penyata untung rugi dan kunci kira-kira perlu disediakan mengikut FRS 101 dan jadual 9 Akta Syarikat 1965 Antara perkara yang ditetapkan ialah item-item yang perlu didedahkan dalam penyata kewangan

Persembahan Ekuiti Pemegang Saham dalam KKK

Contoh 7
GB mempunyai: * Modal dibenarkan; - saham keutamaan 1j unit, RM 3 seunit. - saham biasa 1 j unit, RM 2.00 seunit. * pendapatan tertahan RM 60,000. * rezab penilaian semula aset RM 50,000. GB menerbitkan: * 500,000 saham keutamaan, 9% RM 3 seunit. * 800,000 saham biasa, RM 2.50 seunit.

Syarikat Gemilang Kunci Kira-Kira pada 31 Mac 2006 EKUITI SAHAM


Modal dibenarkan 1,000,000 unit saham keutamaan 9% @ RM 3 3,000,000

1,000,000 unit saham biasa @ RM 2

2,000,000

Modal diterbitkan 500,000 unit saham keutamaan 9% @ RM3 800,000 saham biasa @ RM 2

1,500,000 1,600,000

Rezab: Premium saham biasa Pendapatan tertahan Rezab penilaian semula aset Jumlah ekuiti pemegang saham

400,000 600,000 500,000 4,600,000

RUMUSAN
Di Malaysia, Syarikat yang ingin ditubuhkan perlu mematuhi Akta Syarikat 1965. Terdapat 2 jenis syarikat: a) Syarikat Awam Bhd b) Syarikat Sendirian Bhd.

Ekuiti syarikat terdiri: a) Modal syarikat - saham biasa dan saham keutamaan. b) Rezab - rezab modal dan rezab hasil. Bagi pemegang saham, mereka akan mendapat pulangan dalam bentuk dividen a) dividen tunai b) dividen saham.

Latihan Pengukuhan
SOALAN Syarikat Kekwa mempunyai modal dibenarkan berjumlah 1,000,000 unit saham biasa dengan nilai tara RM1.00 sesaham. Syarikat telah menerbitkan 500,000 unit saham biasa dan telah dibayar sepenuhnya. Lembaga pengarah telah bersetuju untuk menerbitkan saham tambahan sebanyak 200,000 unit saham biasa pada harga RM 1.80 seunit dan perlu dibayar penuh sewaktu permohonan. Sehingga tarikh akhir permohonan, syarikat telah menerima permohonan untuk 300,000 unit saham. Lembaga pengarah telah memutuskan untuk menolak lebihan langganan dan wang mereka dikembalikan.

DIKEHENDAKI:

a) Catatan jurnal bagi merekodkan urusniaga terbitan saham di atas. a) Tunjukkan bahagian ekuiti pemilik dalam Kunci Kira-Kira.

Jawapan
a) Bank Permohonan (300k x RM 1.80) Permohonan (200k x RM 1.80) MSB (200k x RM 1.00) Premium (200k x RM 0.80) Permohonan Bank (100k x RM 1.80) 540,000 540,000

360,000 200,000 160,000 180,000 180,000

Syarikat Kekwa Kunci Kira-kira pada Modal dibenarkan (1,000,000 unit saham biasa @ RM 1) Modal diterbitkan (700,000 unit saham biasa @ RM1) Rezab: Premium saham biasa Jumlah ekuiti pemegang saham

1,000,000

700,000

160,000 860,000

You might also like