You are on page 1of 13

KERANGKA GENERATIF CHOMSKY

ASRAN OMAR DELDRIN PETER MD. AZZEZAN SUKUR PISMP BM1 BMM3111

ANALISIS TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF


Teori transformasi generatif ( TG ) ialah teori

tatabahasa yang dipelopori oleh Noam Chomsky. Teori tatabahasa TG menyatakan bahawa seseorang penutur asli sesuatu bahasa mempunyai kecekapan berbahasa yang dikenali sebagai competence. Penutur asli boleh membezakan berbagai jenis struktur ayat, boleh mengenali ayat yang gramatis atau tidak dan boleh membentuk, mengenali dan memahami ayat yang tidak terkira jumlahnya.

Sambungan..
Ayat- ayat yang berparafrasa terdiri daripada dua

ayat yang berlainan struktur permukaannya tetapi mempunyai struktur dalaman yang sama. Contoh : a) Kucing mengejar tikus. b) Tikus dikejar oleh kucing.
Kedua- dua ayat di atas mempunyai pengertian yang

sama. Ayat ini dinamakan ayat berparafrasa.

Sambungan..
Ayat yang mempunyai unsur ketaksaan ialah ayat

yang mempunyai satu struktur permukaan tetapi ada dua atau lebih struktur dalaman. Contoh : Ibu bapa saya telah meninggal dunia. Struktur dalaman ayat di atas boleh ditafsirkan seperti yang berikut : a) Ibu kepada bapa saya, iaitu nenek saya telah meninggal dunia. b) Kedua- dua ibu bapa saya telah meninggal dunia.

Sambungan..
Teori tatabahasa TG mengandaikan adanya dua

peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Kedua- dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa, iaitu rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat pada peringkat struktur dalaman dan rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat- ayat hinggalah membawa kepada peringkat struktur permukaan.

PERINGKAT PERINGKAT STRUKTUR


Rumus struktur frasa

leksikon

Representasi fonetik

Komponen fonologi

Struktur dalaman

Rumus tradisional

Struktur dalaman

Komponen semantik

Representasi semantik

Sambungan..
Rumus struktur frasa berfungsi untuk melahirkan

rajah- rajah pohon yang menunjukkan hubungan gramatis antara subjek, objek, predikat dan sebagainya dengan berbagai- bagai kata yang terdapat pada sesuatu ayat dasar.

PROSES TRANSFORMASI
Proses pengguguran Satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat mengakibatkan pengguguran unsurunsur tertentu daripada binaan aya itu, dan dengan itu pada peringkat permukaan unsur yang digugurkan itu tidak wujud lagi. Contoh : Anda boleh masuk sekarang = boleh masuk sekarang Dia sangat pandai + dia selalu belajar = dia sangat pandai kerana selalu belajar.
1.

Sambungan..
2. Proses penyusunan semula Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baru. proses penyusunan semula ayat- ayat biasanya akan mengakibatkan berlakunya perubahan atau pengguguran pada kata- kata tertentu, dan penggantian atau pertambahan kata lain pada ayat yang diterbitkan. Walau bagaimanapun, pada umumnya proses penyusunan semula ayat tidak membawa perubahan pada makna ayat.

Contoh : Abu menendang bola itu ke pintu gol = Bola itu ditendang oleh Abu ke pintu gol. Orang tua itu pergi ke sungai = Ke sungai orang tua itu pergi.

Sambungan..
3. Proses perluasan Proses yang menambahkan unsur- unsur dalam ayat yang baru. Proses ini biasanya disebut perluasan ayat. Contoh : Budak itu adik saya. + budak itu membaca buku. = Budak yang membaca buku itu adik saya.

Sambungan..
Terdapat juga beberapa transformasi yang lain.

Sekiranya kita mengambil contoh Ahmad menendang bola sebagai contoh ayat inti, kita boleh senaraikan beberapa jenis ayat yang telah ditransformasikan seperti yang berikut : Ahmad tidak menendang bola. ( negatif ) Bola telah ditendang oleh Ahmad. ( pasif ) Bola tidak ditendang oleh Ahmad. ( negatif-pasif ) Adakah Ahmad menendang bola? ( soalan ya/ tidak ) Adakah Ahmad tidak menendang bola. ( soalan negatif ) Adakah bola ditendang Ahmad? ( soalan pasif ) Adakah bola tidak ditendang oleh Ahmad? ( soalan negatif-pasif ) Siapa menendang bola? ( soalan wh. )

Sambungan..
Secara keseluruhannya, ciri- ciri tatabahasa TG

diperlihatkan seperti berikut : 1. Tatabahasa TG berasaskan teori psikologi kognitif yang termasuk dalam aliran mentalis. 2. Ia mengkaji competence bahasa melalui perfomance. 3. Ia menggunakan dua set peraturan sintaksis untuk membuat huraian. 4. Ia mementingkan semantik dalam kajiannya. 5. Analisis bahasa berasaskan ciri- ciri rasional 6. Ia menghasilkan teori sejagat ( universal ) bahasa

You might also like