You are on page 1of 6

Masalah Pengamatan Penglihatan dan Cadangan Mengatasinya Dalam mengatasi masalah pengamatan seseorang guru boleh memberi latihanlatihan

pengamatan yang terlibat dalam latihan pengamatan bentuk, penyelarasan motor mata-tangan, menyalin, ingatan penglihatan, diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran.

Kelemahan Pengamatan Penglihatan a. Diskriminasi penglihatan b. Penerimaan penglihatan ( Visual Reception ) c. Perhubungan penglihatan ( Visual Association ) d. Visual Closure ( Rumusan atau kelengkapi penglihatan ) e. Ingatan visual ( Visual Memori )

a. DISKRIMINASI PENGLIHATAN

Diskriminasi penglihatan dikaitkan dengan kebolehan mengasingkan secara visual akan persamaan dan perbezaan yang ada pada objek-objek, bentuk-bentuk, gambar-gambar, huruf-huruf, dan perkataan. Untuk belajar membaca seseorang kanak-kanak mesti tahu mendiskriminasikan perbezaan antara m dan n atau pun lari dan lori. Diskriminasi penglihatan juga termasuk dalam bahagian orientasi arah atau kedudukan seperti lagu dan gula, daki dan baki. Sekiranya kanak-kanak menghadapi kesulitan-kesulitan ini maka haruslah ia diberi bimbingan dari peringkat awal bacaan supaya kemahiran ini dapat berkembang dengan baik.

Cadangan Aktiviti :

a. Mencari gambar, bentuk, huruf, dan simbol yang tidak sama. b. Perbezaan dan persamaan objek-objek kerusi, meja, papan hitam, dan sebagainya. c. Objek-objek yang hampir serupa yang boleh diperolehi daripada gambar haiwan, bunga, dan daun-daun. d. Memadankan huruf-huruf dengan perkataan. e. Menekap corak-corak, bentuk-bentuk dan huruf-huruf.

b. PENERIMAAN PENGLIHATAN

Penerimaan penglihatan dikaitkan dengan kebolehan memahami tanda-tanda yang seseorang itu melihat. Sesetengah kanak-kanak sukar untuk mentafsir atau menterjemahkan simbol-simbol yang dilihat. Pemulihan dijalankan untuk menolong kanak-kanak memahami sImbol-simbol, pergerakan badan, isyarat-isyarat, gambargambar, dan lukisan supaya ia dapat menceritakan makna objek-objek itu.

Cadangan Aktiviti:

a.Ajar kanak-kanak untuk mengenal dan membeza pelbagai bentuk benda-benda yang mudah dan telitikan perbezaan saiz, warna, dan kedudukannya.

b.Adakan permainan seperti menyoal siapa yang boleh lihat dengan banyak bendabenda yang ada di dalam kedai.

c. PERHUBUNGAN PENGLIHATAN ( VISUAL ASSOCIATION )

Kemahiran ini berkait rapat dengan kanak-kanak menceritakan dua atau lebih kenyataan mengenai sesuatu objek yang dilihatnya. Ini termasuklah menakul, mengkritik, berfikir, dan menyelesaikan masalah.

Cadangan Aktiviti

a. Galakkan kanak-kanak melahirkan pemikirannya terhadap sesuatu objek dan suruh ia mengkritik objek itu. Beri beberapa soalan bimbingan.

b. Bimbing kanak-kanak seperti konsep berlawanan contohnya kecil dan besar, tinggi dan rendah atau mengenai apa yang dilihatnya.

c. Gunakan dua gambar yang ada kaitannya antara satu sama lain seperti anjing dengan tulang, kucing dengan tikus, dan buku dengan pensel. Minta murid ceritakan antara kedua-dua benda ini.

d. Latih murid-murid mengenal konsep kumpulan dengan menyediakan gambargambar dari jenis makanan, haiwan, bunga, tumbuhan dan sebagainya.

d. RUMUSAN ATAU MELENGKAPI PENGAMATAN ( VISUAL CLOSURE )

Kemahiran ini ialah satu kemahiran di mana kanak-kanak dapat membuat sesuatu rumusan dengan melihat sesuatu yang tidak lengkap. Dalam bacaan seseorang kanak-kanak akan memerlukan kebolehan membaca dengan hanya melihat beberapa perkataan dan dapat menanggap ayat itu.

Cadangan Aktiviti

a. Memadan atau mencantumkan gambar-gambar jigsaw puzzle.

b. Membuat teka-teki, misalnya guru beri perkataan-perkataan seperti merah, biru, kuning, dan hijau. Kemudiaan minta murid beri satu perkataan yang boleh merumuskan maksud perkataan tadi. Jawapan murid mestilah warna.

e. INGATAN PENGLIHATAN ( VISUAL MEMORY )

Ingatan penglihatan memerlukan kebolehan mengingat apa yang telah dilihat. Untuk membaca, kanak-kanak mesti mengekalkan ingatan penglihatannya tentang hurufhuruf dan perkataan-perkataan yang telah dilihatnya.

Cadangan Aktivitinya

a. Sediakan benda-benda di atas meja dan minta murid menelitinya. Tutupkan benda-benda tersebut dan minta murid menyebut kembali benda-benda yang dilihatnya.

b. Tunjuk satu corak atau gambar kepada murid. Tutup corak atau gambar itu dan suruh murid melukisnya.

c. Tunjukkan satu gambar kepada murid dan kemudian tutup. Bincangkan dengan murid mengenai gambar tersebut.

d. Ambil satu tali dan gantungkan beberapa keping gambar dalam susunan yang tertentu. Turunkan gambar itu dan minta murid susun semula sebagaimana yang telah dibuat oleh guru.

e. Perkembangkan ingatan kanak-kanak dengan membincangkan benda- benda yang telah mereka lihat. Kemudian minta mereka ceritakan semula apa yang mereka ingat seperti tempat yang telah mereka lawati, orang yang mereka jumpa, warna pakaian, dan sebagainya.

SENARAI KEMAHIRAN PENGAMATAN

1. Diskriminasi yang sama 2. Diskriminasi yang ganjil 3. Diskriminasi saiz 4. Ingat kembali

5. Orientasi kedudukan 6. Turutan 7. Menyudah atau Melengkapkan 8. Menyalin 9. Rajah latar belakang atau bertindih 10. Koordinasi motor mata tangan 11. Pertalian jarak atau ruang 12. Gambar bersiri 13. Kekalan atau keabadian bentuk 14. Mazing atau cari jalan keluar 15. Benda tersembunyi

You might also like