You are on page 1of 24

PASIRPEKAN BMM 3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1. TEORI HURAIAN BAHASA

Pengenalan Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa Teori huraian bahasa menjelaskan bahawa unsur-unsur bahasa yang diajarkan boleh dihurai. Penerangan ini penting bagi menentukan butir-butir yang hendak dijadikan bahan pengajaran dan prosedur-prosedur mengajar. Bahan dan prosedur pengajaran inilah yang digunakan untuk menyampaikan isi pengajaran. Manakala proses pemerolehan dan penguasaan bahasa pula, merujuk kemampuan kanak-kanak menggunakan bahasa dan bentuk ujaran yang mempunyai makna berdasarkan lingkungan pengalaman, pemahaman dan tanggapannya sendiri yang berbeza daripada sistem orang dewasa.

Teori Huraian Bahasa Teori Tradisional Teori ini wujud sejak abad kelima sebelum masehi. Ahli-ahli falsafah Yunani seperti Plato cuba menghuraikan bahasa dengan mengkaji bentuk-bentuk bahasa mereka sendiri berdasarkan bahanbahan tulisan. Kajian-kajian mereka dibuat berdasarkan falsafah, kerana pada masa itu bahasa merupakan satu daripada cabang falsafah yang penting dan dianggap satu bidang yang dapat membantu mereka menyelidik tabii alam. Kegiatan orang-orang Yunani meliputi aspek-aspek tatabahasa yang terdapat ketika itu, contohnya penjenisan kata adverba, kata sendi, kata seru dan kata partikel. Kajian bahasa bentuk ini diteruskan oleh orang-orang Rom yang turut mengkaji bahasa lain (selain bahasa mereka sendiri). Seterusnya sarjana-sarjana Arab juga menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah yang sama terhadap bahasa mereka iaitu bahasa Arab. Kajian yang serupa juga telah dijalankan oleh pendeta-pendeta India seperti Panini yang menghuraikan bahasa Sanskrit. Kajian dan penghuraian bahasa secara tradisional ini berlanjutan hingga ke abad pertengahan dan abad ke-19. Ahli-ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa struktur-struktur bahasa ialah hasil daripada reason dan bahasa di dunia ini ialah variasi daripada satu sistem yang berasaskan logik dan rasional yang sama. Kajian ahli-ahli bahasa tradisional mempunyai ciri-ciri yang berikut: a. Kajian-kajian bahasa dibuat berasaskan bahasa tulisan.

b. Huraian tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan anggapan bahawa disiplin-disiplin lain tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya huraian unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tidak tepat. Contohnya: dalam tatabahasa bahasa Melayu, nama didefinisikan sebagai segala perkataan menyebut benda atau orang seperti budak, burung, kaki, tahun, bulan... (Zaba, 1954). Huraian ini berbentuk nasional. Walau bagaimanapun apabila mendefinisikan kata sifat, definisinya berdasarkan fungsi pula: iaitu sifat ialah segala perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sifat sesuatu nama atau perbuatan atau lainnya, seperti besar, bodoh, pandai, segera, selalu (Zaba, 1954). c. kajian bahasa dibuat secara deduktif, iaitu mengutamakan pemahaman peraturan-peraturan bahasa terlebih dahulu sebelum memberikan contoh-contoh. d. Menganggap bahawa bahasa-bahasa di dunia dapat dihurai dengan berasaskan ciri-ciri sejagat (seperti logik, falsafah dan sebagainya). Ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa semua bahasa di dunia merupakan variasi daripada bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, menurut mereka semua bahasa dapat dihurai berasaskan unsur-unsur yang sama.

ori Struktural Aliran linguistik ini muncul pada abad ke-20. Ahli-ahli bahasa yang menganuti aliran ini termasuklah de Saussure, Bloomfield, Otto Jespherson, Edward Sapir dan sebagainya. Ahli-ahli bahasa struktural ini, menumpukan pengkajian mereka untuk menghuraikan struktur bahasa. Mereka menganggap bahawa struktur bahasa merupakan kaitan antara fonem sebagai unit bunyi dengan fonem sebagai unit tatabahasa. Asas pengkajian mereka berlandaskan pernyataan bahawa tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri. Sementera itu, tugas utama mereka ialah mengkaji unsur-unsur bahasa sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan sistem bukan sebagai unsur yang berasingan. Bagi ahli-ahli bahasa struktural, bahasa ialah satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan atau konsep yang digunakan untuk berkomunikasi. Sebagai rumusan dapat dikatakan bahawa;

i. bahasa ialah satu sistem bunyi ii. bahasa bersifat arbitrari iii. bahasa ialah alat perhubungan Ahli-ahli bahasa struktural membuat kajian huraian bahasa secara empirikal/saintifik. Setiap huraian yang dibuat berdasarkan contoh-contoh ujaran yang telah dikumpulkan melalui satu pemerhatian. Tegasnya, huraian bahasa adalah semata-mata berdasarkan fakta-fakta bahasa yang dapat diperhatikan. Oleh itu, penerangan tidak dibuat terhadap fakta-fakta yang tidak dapat dilihat. Jadi, pendekatan yang digunakan bagi menghuraikan bahasa ialah pendekatan induktif. Oleh sebab ahli-ahli struktural berpendapat bahawa setiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat morfologi dan

sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam struktur ayat.

Contoh: 1. Emak .......... baju 2. Kakak ..........pokok 3. Adik ............ buku 4. Bapa .......... surat Ahli-ahli struktural menggantikan istilah-istilah kata nama, kata kerja, kata ganti dan lain-lain dengan istilah kelas. Pada peringkat sintaksis ahli-ahli bahasa struktural memberikan tumpuan pada perkembangan elemen-elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan kemudian mengaitkan setiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Konstituen yang lebih besar dikaitkan pula dengan yang lain. Cara pembahagian ini dikenali sebagai analisis konstituen terdekat.

Teori Huraian Bahasa Transformasi Generatif (TG) Selepas aliran struktural, timbul pula satu aliran baru dalam tahun 1950-an iaitu aliran TG. Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya Syntactic Structures (1957) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965). Kajian TG dibuat berasaskan kenyataan bahawa seseorang penutur natif (jati) sesuatu bahasa berkebolehan membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah didengar kerana mereka dilahirkan dengan kemampuan semula jadi untuk berbahasa. Kemampuan ini merupakan pengetahuan mengenai rumus-rumus tatabahasa bagi bahasa tersebut. Jadi analisis TG bertujuan membentuk rumus-rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan penutur natif sesuatu bahasa. Rumus-rumus yang disediakan itu akan membolehkan orang lain yang tidak tahu bahasa itu membentuk ayat-ayat dalam bahasa berkenaan. Rumus-rumus yang dimaksudkan itu ialah rumus-rumus struktur frasa dan rumus-rumus transformasi.

3. Teori Huraian Bahasa Fungsional

Teori ini berkembang dalam tahun 1960-an dan 70-an. Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Halliday dan Wilkins, bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur malahan mereka juga memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Tegasnya, kajian bahasa bukan sematamata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa bahkan juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. Ahli-ahli bahasa fungsional mempunyai anggapan tertentu tentang bahasa, antara lainnya: i. Sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi bukan merupakan satu sistem yang tertutup dan statik sebaliknya terbuka dan dinamis. ii. Asas elemen-elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis. iii. Oleh sebab bahasa tidak statik, maka terdapat variasi dalam penggunaan bahasa. Variasi bahasa ini timbul disebabkan tuntutan sesuatu situasi sosial. iv. Sebagai alat perhubungan, fungsi bahasa bukan setakat untuk menggambarkan fikiran tetapi juga dapat menggambarkan penuturnya.

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Teori pemerolehan Bahasa Behaviouris Tokoh-tokoh: Watson, Siknner, Bloomfield, Fries, Ryle, Quine dan lain-lain. Aliran Behaviouris menganggap perkembangan penguasan sistem fonologi ialah hasil langsung daripada perkembangan sistem kognitif dan kemajuan interaksi psikososio antara kanak-kanak dengan persekitaran mereka. Ahli-ahli Behaviouris seperti Bruner (1975), dan Bats (1976) telah menjalankan kajian untuk memperlihatkan kepentingan interaksi sosial peringkat awal antara kanakkanak dengan ibu bapa serta orang-orang dewasa lain. Fonem-fonem vokal dan konsonan yang dikuasai oleh kanak-kanak melalui pemerhatian dan peniruan terhadap pertuturan penjaga atau orang-orang dewasa yang lain, mempunyai intensiti interaksi yang tinggi dengan mereka. Para penyelidik daripada golongan Behaviouris cuba membuktikan bahawa bahasa yang dikuasai oleh kanak-kanak ialah hasil aktiviti peniruan yang dilakukan oleh mereka. Golongan Behavioris beranggapan bahawa fonem yang belum pernah didengar oleh kanak-kanak tidak akan dapat disebut oleh mereka. Semenangnya golongan Behaviouris mempunyai bukti yang kuat untuk beranggapan begini. Dalam menguasai fonem konsonan, kanak-kanak menguasai bunyi konsonan yang daerah sebutannya terletak di bahagian mulut dan boleh dilihat terlebih dahulu. Tegasnya, kanak-kanak menguasai konsonan yang mudah ditiru terlebih dahulu daripada bunyi konsonan yang sukar ditiru. Akhirnya, ahli-ahli Behaviouris menyimpulkan bahawa penguasaan bunyi bahasa dan sistem fonologi yang berkaitan ialah hasil proses rangsangan dan gerak balas. Orang-orang dewasa memberikan

rangsangan bahasa yang secukupnya dalam bentuk yang mudah ditiru. Kanak-kanak pula memberikan gerak balas kepada rangsangan ini menerusi aktiviti cuba jaya dan akhirnya mereka dapat mengucapkan bunyi bahasa dengan betul. Sistem fonologi pula, dipelajari sedikit demi sedikit hingga dikuasai sepenuhnya.

Teori Pemerolehan Bahasa Mentalis Tokoh-tokoh: Chomsky, Piaget, Putnam, Fodor, dan lain-lain. Golongan mentalis mengangggap penguasaan bunyi bahasa tidak berlaku menerusi proses pemerolehan semata-mata, sebaliknya melibatkan organisasi minda. Bagi golongan ini pemerolehan fonem bahasa tidak boleh ditafsir sebagai hasil hubungan psikososio kanak-kanak dengan persekitaran sahaja. Mereka menekankan kepentingan faktor-faktor dalaman seperti yang disarankan oleh Noam Chomsky (1981). Kajian oleh Smith (1973) pula mendapati urutan pemerolehan fonologi tidaklah begitu tetap dan teratur seperti anggapan ahli-ahli Behaviouris. Menurutnya pada peringkat awal wujud homonim (kesamaan sebutan). Contohnya perkataan ship dan sheep, kedua-duanya disebut ship. Pada peringkat kedua, hanya ship disebut ship, manakala sheep disebut ship dengan ujaran yang lebih panjang. Seterusnya wujudlah sebutan yang tepat bagi kedua-dua perkataan yang berbeza di atas tadi. Walau bagaimanapun, kajian ahli mentalis mendapati, kanak-kanak yang sudah dapat menguasai sebutan bahasa yang betul kadangkala boleh berbalik semula kepada sebutan yang salah tetapi tidak lama selepas itu ia akan membetulkan semula sebutan tersebut. Oleh itu, hujah mereka ialah jika minda tidak berperanan, tentu sekali kanak-kanak tidak berbalik semula kepada bentuk-bentuk yang salah selepas menguasainya dan begitulah sebaliknya. Golongan mentalis juga menganggap kanak-kanak membina rumus fonologi semasa mereka menguasai sistem fonologi sesuatu bahasa. Rumus-rumus ini dikatakan tidak dibentuk menerusi proses peniruan atau aktiviti latih-tubi, tetapi melibatkan peranan alat pemerolehan bahasa yang sememangnya sudah sedia wujud dalam minda sejak kanak-kanak itu dilahirkan ke dunia.

Teori Pemerolehan Interaksionalis Teori pemerolehan bahasa ini baru berkembang dalam bidang psikolinguistik sekitar tahun 1960-an dan 1970-an. Ahli-ahli interaksionalis seperti Bloom (1970), Bowennan (1973), Cromer (1976) dan lain-lain sependapat bahawa kebolehan kognitif semata-mata tidak akan dapat menjelaskan pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan seseorang kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna tetapi tidak menjamin pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa. Kanak-kanak sebaliknya perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk-bentuk bahasa yang tepat. Hasil kajian Snown (1972), Ringle (1978) dan lain-lain menunjukkan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah akibat interaksi penjaga-penjaga dengan kanak-kanak.

Teori Konstruktivisme Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu konstruktivisme. Mengikut teori ini, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya tetapi akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. Antara tokoh yang dikaitkan dengan Teori Konstruktivisme ini ialah McBrien & Brandt (1997), Briner M (1999), Brooks & Brooks (1993), Sushkin N. (1999) dan Nik Aziz Nik Pa (1999). Berdasarkan pandangan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh di atas maka konstruktivisme boleh dirumuskan sebagai satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

0 DEFINISI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK Definisi Strategi Menurut Kementerian Pelajaran (1983:27), strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan ialah untuk membina dan mengukuhkan minat murid-murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka supaya bersedia menerima pelajaran seterusnya dan berupaya pula meneruskannya sendiri. Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan dan kebolehan muridmurid supaya pembelajaran menjadi menarik, berkesan dan bermakna. Guru digalakkan menggunakan pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid-murid. Satu strategi yang disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid yang maksimum ialah penggabungjalinan. Melalui proses penggabungjalinan beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak serta mengelakkan rasa bosan murid-murid. Gabungan dan susunan kemahiran dalam sesuatu pelajaran boleh disampaikan berdasarkan objektif, kebolehan, pencapaian murid dan masa yang diperuntukkan. Keduanya, strategi penyerapan, iaitu strategi penyatuan isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran dengan bidang kemahiran mata pelajaran lain.

Definisi Pendekatan Pendekatan dalam pengajaran bahasa ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Setiap pendekatan itu harus mencerminkan satu pandangan (falsafah) tentang hakikat bahasa, iaitu apakah sebenarnya bahasa itu, bagaimana ia dikuasai dan diperolehi, bagaimana pula ia dilahirkan dan difahami serta dimanakah ia disimpan. Selain daripada itu, pendekatan harus juga mencerminkan satu teori bahasa (teori linguistik), atau satu teori pengajaran dan pembelajaran bahasa. Contohnya, dalam satu teori pembelajaran, Gestalt menerangkan bahawa kita mempelajari situasi secara keseluruhan dan kemudian mempelajari elemen-elemen situasi tersebut. Ini bermakna sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan cara mengamati keseluruhan dan kemudian kepada bahagian-bahagiannya. Definisi Kaedah Kaedah adalah satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang dianuti. Sesuatu kaedah itu tidak boleh bercanggah dengan pendekatan. Kaedah ini bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu (Mangantar Simanjuntak, 1982:72).

Sebagai contoh, teori Gestalt menyatakan bahawa pembelajaran berlaku secara keseluruhan sesuatu benda kemudian bergerak kepada bahagian-bahagiannya. Kaedah ini mungkin memulakan prosedurnya daripada satu wacana, kemudian kepada ayat-ayat, terus kepada ayat-ayat, terus kepada frasa, kata dan mungkin kepada bahagian yang lebih kecil seperti morfem.

Brown, (1980:240), menyatakan agak sukar untuk memberikan definisi kaedah. Kata beliau: Methods, however are difficult to define. They manifest themselves in such varieties at times that the terms approach may be more accurately descriptive of these general moods. An approach is general and theoretical view of how language ought to be taught, while a method includes a developed procedure for teaching. Dalam memanjangkan pengertian terhadap istilah kaedah ini, Currie (1973), menyatakan: Usually, methods is classified by the way we try to achieve the aim; thus we hear of expository methods, heuristic methods, activity methods and the like. Method is thus the philosophy of our teaching task in a given subject in that in orientates us to the teaching. What we have described as teaching technique are ways in which, this philosophy is realized in actual class lessons.

Dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa, kaedah meliputi penganalisaan bahasa. Sesuatu kaedah dapat mengakibatkan kejayaan dan kegagalan murid-murid dalam pembelajaran dan pendidikan.

Definisi Teknik Teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu (Mangantar Simanjuntak 1981:57). Edward M. Anthony (1963) memberi tafsiran: A technique is implementational-that which actually takes lace in a classroom. It is a particular trick, stratagem, or contrivance used to accomplish an immediate objective. Daripada kenyataan tersebut, ternyata teknik merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai sesuatu objektif. Ia wujud dalam pemikiran dan dirangka dalam jangka masa yang panjang ataupun dicipta pada masa sebelum sesuatu perlakuan itu dijalankan oleh individu. Setiap teknik yang digunakan harus selaras dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Mengikut pendapat Edward M. Anthony (1963): An approach is axiomatic, a method is proceduralTechnique must be consistent with a method, and therefore in harmony with an approach as well

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH Kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan senario dunia yang global. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual. Penerangan ringkas tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan di bawah: i. Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir, sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

ii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.

iii. Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

iv. Kajian Masa Depan Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

v. Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

vi. Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.

vii. Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran

berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

3.1 KECERDASAN PELBAGAI Dalam konteks Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP), Howard Garner mendefinisikan kecerdasan seperti berikut: An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural settings. Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee Dickinson merumuskan definisi Howard Gardner sebagai: (a) Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. (b) Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan (c) Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

Jenis Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan Verbal-Linguistik Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain, serta bercakap tentang bahasa itu sendiri.

o Kecerdasan Logik-Matematik Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, termasuklah memahami kelompok nombor asas, prinsip sebab-akibat serta kebolehan menjangka. o Kecerdasan Visual-Ruang Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. o Kecerdasan Kinestetik Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalalan kepantasan dan keseimbangan. o Kecerdasan Muzik Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuklah kebolehan mengenal lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudah.

o Kecerdasan Interpersonal Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal, seperti menggalakkan murid menyertai sesuatu projek.

o Kecerdasan Intrapersonal Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran bagaimana seseorang itu sama atau berbeza dengan orang lain. Kecerdasan ini juga dapat membantu individu menangani perasaan, beradab sopan serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri.

o Kecerdasan Naturalis Kebolehan mengenali dan mengklasifikasi tumbuh-tumbuhan, galian dan binatang termasuk rumput dan batu-batuan serta pelbagai flora dan fauna. Ia juga merupakan artifak budaya dari segi pakaian dan makanan. MENGAPA TEORI KECERDASAN PELBAGAI (TKP) PERLU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN? (a) Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan keperluan murid. Disamping menghasilkan pelajar yang seimbang. Model TKP membantu murid memperoleh apa yang perlu untuk hidup di abad akan datang. Model TKP dapat membantu menganjakkan fokus dari isi kandungan kepada hasil pembelajaran generik yang lebih penting dan berguna kepada murid. (b) Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. TKP membantu guru memahami motivasi murid dan kepentingan menggunakan pelbagai cara murid dapat belajar dan menunjukkan kefahaman mereka. Murid lebih bermotivasi untuk belajar dengan cara yang selesa dengannya. Guru perlu pelbagaikan strategi P&P supaya lebih ramai murid boleh belajar kerana bukan semua murid boleh belajar dengan cara yang sama.

(c) Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas. TKP membantu guru memahami pengaruh terhadap kecerdasan murid. Kecerdasan dipupuk dan dipengaruhi oleh faktor pengalaman budaya dan motivasi. Murid mengetahui bagaimana mengenal pasti minat mereka dan bagaimana mereka belajar dengan lebih berkesan.

(d) Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Beberapa hasil kualitatif dan kuntitatif dapat dicapai apabila sekolah mengamalkan TKP dalam P&P. Tinjauan di sekolah yang mengamalkan TKP mendapat bahawa: o Guru dan murid seronok ke sekolah. Kadar ponteng kelas menurun. o Pencepatan pembelajaran berlaku. Masa mengajar sesuatu mata pelajaran dapat dikurangkan dan prestasi meningkat bagi mata pelajaran tersebut. o Skor pencapaian meningkat walaupun bagi ujian setara, o Harga diri dan moral murid meningkat. Kes salah laku dan gangguan kelas berkurangan atau tiada sama sekali. o Murid bermasalah belajar dan murid lembam dapat meningkatkan tahap pencapaian mereka.

(e) Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penerapan TKP di sekolah akan menghasilkan guru yang mempunyai tanggungjawab dan akauntabiliti sepenuhnya dalam proses dan isi kandungan pengajaran. Seterusnya, meningkatkan kualiti latihan guru yang bukan hanya sekadar menyebarkan pengetahuan dan maklumat tetapi memupuk semangat baru terhadap perguruan serta menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

(f) Mempelbagaikan cara penilaian.

Penilaian lebih bersifat adil kerana mengambil kira ke lapan-lapan cara kecerdasan dan tidak hanya tertumpu kepada dua kecerdasan sahaja. Murid mendapat peluang menunjukkan kefahaman mereka tentang sesuatu isi kandungan atau kemahiran dalam pelbagai cara. Melalui penilaian guru

mengetahui kekuatan dan kelemahan murid dan dengan itu dapat merancang pengajaran dan pembelajarannya dengan lebih berkesan.

(g) Mewujudkan suasana kolaborasi di sekolah.

TKP mewujudkan sekolah yang menerima dan menghargai perbezaan kecerdasan di kalangan murid dan juga guru. Di sekolah sedemikian, guru:

o Merancang secara kolaboratif dengan menggunakan kerangka TKP untuk menyediakan kurikulum yang diperkayakan dan penuh dengan rangsangan. o Menghargai sumbangan yang berbeza oleh setiap guru dari segi perancangan, organisasi dan pelaksanaan kurikulum. o Mengambil tanggungjawab secara kolaboratif ke atas pembelajaran murid.

Di sekolah sedemikian murid dan guru lebih bersedia untuk mengambil risiko dan menjana sokongan masyarakat yang sangat diperlukan untuk mencapai hasil yang diingini.

http://www.scribd.com/doc/36211171/Teori-Huraian-Bahasa-dan-Teori-Pemerolehan-Bahasa

Teori Tatabahasa Sistemik a) Latar belakang Pada kurun sembilan belas ahli-ahli bahasa melihat bahasa sebagai satu entiti yang mempunyai persamaan dengan benda-benda hidup, iaitu akan berubah sifatnya mengikut peredaran masa. Bahasa boleh diberi nama, dan asal usulnya boleh dikesan. Mereka juga sentiasa membuat perbandingan bedasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaannya. Linguistik moden lahir apabila para sarjana mula melihat bahasa daripada perspektif penuturnya ( Simpson 1980 ). Mereka melihat bahasa daripada perspektif sinkronik berbeza dengan perspektif dikronik yang menjadi amalan ahli-ahli linguistik pada abad ke 19. Perubahan pendekatan ini merujuk kepada idea Ferdinand de Saussure dalam buku yang terkenal selepas kematiannya, ditulis oleh anak muridnya Cours de linguistique generale ( de Saussure 1916 ). Beliau tidak lagi melihat bahasa sebagai satu entiti yang dilihat daripada luar dalam perubahannya mengikut masa, tetapi melihat bahasa daripada dalam, sebagai satu sistem ( langue ). Sistem memperlihatkan potensi bahasa sebagai pilihan kepada penutur untuk mengeluarkan ujaran. Potensi ini dilihat daripada hubungan paradigmatik, iaitu hubungan antara lambang dalam sistem secara mengufuk. Berdasarkan ciri inilah Saussure melihat bahasa daripada perspektif penuturnya, kerana daripada sudut penutur yang mengungkapkan pada ketika itulah sistem pilihan itu penting. Saussure seterusnya melihat sistem tersebut menjadi menjadi ciri utama pertuturan dalam keseluruhan komuniti penutur, bebas daripada pengaruh individu tertentu semasa bercakap ( parole ). Sistem ini menurut Saussaure wujud berbeza daripada apa yang orang kebanyakan ujarkan, situasi dimana ujaran itu dilakukan, dan juga apa perkara yang ingin di sampaikan. Pendekatan ini, iaitu bahasa sebagai satu sistem ( langue ) merujuk kepada konvensi sosial, atau aturan pertuturan masyarakat. Sistem ini secara keseluruhannya tidak dapat dikuasai sepenuhnya oleh seseorang individu. Saussure tidak berminat mengkaji parole, apa yang sebenarnya orang ujarkan, tetapi kecenderungannya ialah mengkaji langue, iaitu sistem yang membolehkan seseorang itu berkeupayaan mengujarkan sesuatu. Idea beliau amat

berpengaruh dalam perkembangan aliran strukturalisme dan selepasnya. Pengaruh ini juga menjangkau dalam bidang strctural antropology dan semiotik ( Levi-Strauss 1966; Propp 1968; Greimas 1966; Barthes 1968; Derrida 1976; Culler 1975 ). Pendekatan ini berupaya menyingkap struktur dalaman yang mendasari makna sebenar dalam sesuatu wacana, dan mengesahkan tanggapan Saussure tentang langue yang membolehkan wacana sebenar ( parole ) itu diujarkan. Konsep Saussure, tentang bahasa itu sebagai satu sistem adalah satu sumbangan yang amat besar dalam kajian bahasa yang menjurus kepada fungsinya, walaupun fokus beliau bukan pada konteks sebenar dalam sesuatu wacana. Sementara Saussure memberi kuliah tentang linguistik sinkronik di Paris pada tahun 1911, ahli linguistik Czech, Vilem Mathesius menerbitkan pendekatan yang menjurus kepada fungsi konteks ( Mathesius 1964 ). Sekumpulan ahli linguistik yang dikenali sebagai Prague School berpeluang untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Mereka menganalisis fungsi dan hubungan keseluruhan komponen struktural dalam sesuatu bahasa itu ( Sampson2 1980 ). Ahli-ahli linguistik aliran Prague School biasanya sependapat dengan Saussure dalam mendiskripsi fungsi elemen-elemen linguistik dan kedudukannya dalam sistem, tetapi tumpuan utama ialah pada idea apakah sebenarnya manusia lakukan terhadap bahasa. Mathesius menentang pendapat yang mengatakan bahawa linguistik dan stilistik itu berbeza daripada segi bahan, tetapi hanyalah pada tujuannya. Sementara tumpuan linguistik ialah untuk merungkai semua elemen dalam sesuatu bahasa, dan potensi penggunaannya, stilistik pula hanya ditumpukan kepada penggunaan dalam karya-karya fiksyen. Dalam lain perkataan Mathesius tidak berminat dalam mendefinisi bahasa sebagi satu sistem ( langue ) bebas daripada bagaimana manusia menggunakannya, tetapi bahasa sebagai satu punca ( sistem dan struktur ) untuk manusia melakukan sesuatu dan apa yang mereka lakukan dengannya. Kemudian terbit pula systemic functional grammar yang terbit daripada London School of linguistics, seiring dengan perkembangan Prague School tadi. Ahli-ahli linguistik daripada kedua-dua kelompok ini sering berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Bagi ahli-ahli

linguistik British dan Eropah kajian mereka adalah tertumpu kepada bahasa-bahasa di Eropah dan juga bahasa Inggeris. Kepentingan bahasa tersebut dalam penggunaan di tanah-tanah jajahan mereka. Tetapi di Amerika berbeza kajian mereka kerana mereka lebih menumpukan kepada kajian-kajian bahasa-bahasa kaum pribumi. Ini menyebabkan ujaran- n yang pada anggapan orang luar tidak mempunyai implikasi sosial tetapi akan mempunyai makna yang berlainan apabila diajukan kepada penutur jati sesuatu bahasa itu. Keadaan inilah yang ujaramenjadi tumpuan kajian dan perkembangan tatabahasa sistemik itu

c) Keistimewaannya dan kelemahan Perkembangan teori ini amat sesuai dengan perkembangan ilmu dan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini demikian kerana teori ini memungkinkan penciptaan sistem pemprosesan perkataan secara automatik, contohnya sistem WAG ( Workbench Anylisis of Grammar ) dan pendekatan yang lebih mendalam dalam pemahaman sistem tatabahasa sesuatu bahasa. Dengan adanya pita rakaman audio juga, sekarang ini membolehkan ahli bahasa mengkaji sistem tatabahasa sistemik dalam bidang fonologi dan graphologi. Hal ini amat memberi menafaat dalam kajian bahasa dalam bentuk tulisan mahupun pertuturan. Tatabahasa sistemik amat sesuai dengan perkembangan mutakhir dengan kehendak manusia yang memanipulasi peranan bahasa dalam kehidupan mereka. Sebagaimana asalnya tatabahasa sistemik ini diguna oleh Halliday untuk menerang dan mengajarkan tatabahasa bahasa Cina. Kemudian perkembangan seterusnya amat berguna dalam bidang pengajaran bahasa dan pengajaran bahasa menggunakan komputer. Berlainan sekali dengan teori teori tatabahasa yang biasa diguna, tatabahasa sistemik lebih memberi tumpuan kepada bahan bahasa itu lebih daripada peraturan tatabahasa ( its takes the resource perspective rather than the rule perspective ), dan difokuskan untuk menerang sistem tatabahasa sesuatu bahasa itu secara keseluruhan dan bukannya secara pencilan. Selain itu tatabahasa sistem juga amat bermenafaat untuk menganalisis makna sesuatu text ( wacana ) terutamanya interaksi antara penutur ( speaker ) dan pendengar ( addresse ). Apakah tujuan ujaran mereka daripada perspektif semantik, sama ada untuk mendapatkan

informasi, memberi maklumat, memerlukan perkhidmatan atau barang. Dalam bahasa Melayu mungkin pengenalan tatabahasa ini mula dibuat oleh Prof Asmah Hj Omar, dalam buku Nahu Melayu Mutakhir. Penghuraian tatabahasa berdasarkan konsep pemilihan, sesuatu ujaran itu dituturkan amat membantu kepada terutamanya para pelajar bahasa yang lebih mengutamakan kebolehan menguasai sesuatu bahasa dengan lebih cepat. Kelemahan teori ( kalau hendak dikatakan sebagai kelemahan ), ini mungkin daripada konsep perkembangan sistem itu sendiri, contoh sistem MOOD. Dalam bahasa Inggeris sistem ini menjangkau kepada lebih kurang 1000 sistem. Tapi dengan perkembangan bidang16 perkomputeran masalah ini tidak menjadi penghalang kerana komputer mampu menyimpan seberapa banyakpun sistem yang ada. Dalam bahasa Melayu pun demikian kalau kita lihat perkembangan sistem MOOD sebagaimana dibuat oleh Prof Asmah Hj. Omar juga begitu banyak. Sistem sesuatu bahasa itu mungkin berbeza dengan sistem bahasa lain. Tetapi kepelbagaian ini sebenarnya keunikan Teori Tatabahasa Sistemik ini. d) Cadangan dan kesimpulan Adalah sesuatu yang istimewa jika kita dapat menerapkan satu sistem penghuraian tatabahasa berdasarkan kepada pendapat Halliday bahawa teori yang diperkenalkan ini mesra pengguna ( I have always considered a theory of language to be essentially comsumer oriented ). Dalam penghuraian berdasarkan sistem ( bukannya struktur ) dan lebih menumpukan kepada penghuraian makna, kita boleh menghuraikan corak sesuatu ujaran itu berdasar kepada situasi penggunaan. Carta boleh dibuat berdasarkan darjah atau strata penggunaan bahasa itu. Contohnya ujaran dalam perbualan formal atau tidak formal. Pengguna bahasa akan dapat melihat secara menyeluruh sistem ujaran dalam satu-satu situasi itu. Tiga strata asas iaitu semantik, lexicogrammar dan fonologi yang dipilih dalam analisis seharusnya bergantung kepada tujuan penganalisisan. Umpamanya kajian kepelbagaian laras ingin melihat aspek semantik daripada aspek konteks. Disebabkan bahasa begitu kompleks hubungkaitnya, huraian harus menyatakan objektifnya.

Aspek paling asas dalam huraian tatabahasa adalah laras ( register ). Sebagaimana pendapat Halliday, bahawa laras melibatkan aspek field, tenor , dan mode Field merujuk kepada tajuk dan perlakuan. Mode merujuk kepada cara ujaran itu dibuat. Tenor pula ditujukan kepada pengguna bahasa itu. Ketiga-tiga aspek ini berguna kepada penganalisis bahasa terhadap aspek makna sesuatu ujaran. Halliday seterusnya mengatakan ketika manusia berinteraksi antara satu sama lain, mereka sentiasa membuat pelbagai andaian, jangkaan tentang makna dan tujuan mereka berinteraksi. Tatabahasa sistemik seharusnya diguna untuk mengajarkan bahasa Melayu kepada penutur bukan berbahasa Melayu sebagai bahasa utama mereka ( not their mother tounged ). Kita seharusnya mengajarkan bahasa dengan lebih mudah semoga mereka lebih mudah untuk menguasainya. Kita harus mempopularkan penggunaan bahasa Melayu bukannya menyusahkannya untuk mereka menguasainya. Sebagai kesimpulannya, tatabahasa sistemik amat releven untuk diperkenal dengan secara17 lebih meluas. Penghuraiannya bahasa secara menyeluruh harus diguna sebagai pendekatan pengajaran bahasa. Penghuraian bahasa secara pencil-pencilan seharusnya dibataskan kepada pengajaran bahasa secara khusus sahaja. Pendekatan mesra pengguna sebagaimana dicadang oleh Halliday perlu diterapkan kalau kita mahu melihat bahasa Melayu terus berperanan dalam dunia informasi ini.

Teori Huraian Bahasa Tradisional 1. Teori Tradisional (Panini) - kajian bhs dibuat terhdp btk2 tulisan - bhs boleh berkembang -setiap bhs ada hubungan dgn bhs induk -tatabhs bersifat sejagat, berasaskan tbhs Yunani + Latin -bhs merupakan cbg ilmu falsafah yg menyelidik tabii alam - kajian bhs bersifat deduktif mmeningkan hukum2 sesuatu bhs -pengkaji juga menetapkan golongan kata kpd kata nama, kata sifat + kata kerja 2. Teori Struktural (Bloomfield) -kajian ttg fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, mortem + ayat -ciri-ciri bhsnya bersifat pertuturan, bersistem, arbitrari + utk perhubungan -ahli2 bhs ini byk mengumpulkan bhn pertuturan + mementing fakta2 yg dilihat. 3. Teori Transformasi Generatif (Chomsky) -penutur jati blh mggunakan bhs apabila berhadapan dgn pelbagai keadaan -Bhs adalah sistem ttg rumus-rumus bhs -ayat mpunyai struktur dlman + pmukaan -pengetahuan bhs mrupakan suatu fenomena mental -penutur dilahirkan dgn kecekapan semulajadi -bhs bersifat sejagat + kreatif 4. Teori Fungsional (Haliday) -struktur bhs ikut fungsi dlm komunikasi -kajian ttg perubahan yg berlaku pd struktur bhs ketika seseorg berkomunikasi -Terdpt fungsi sosial yg terdiri drpd 3 fungsi idea, fungsi interpersonal + fungsi tekstual -fungsi sosial bhs memainkan peranan yg penting dlm pmbtkan sis bhs Teori Pemerolehan Bahasa 1. Teori Behaviurisme (Bloomfieild) -Bhs dikuasai melalui proses pengulangan -proses pengajrn haruslah menekan latihan + pengulangan yg byk -proses penguasaan bhs melalui latihan yg memerlukan mekanisme yg bersistem -mementingkan persekitaran murid utk mbantu proses PnP -berasaskan teori pelaziman klasik iaitu kanak2 mempelajari bhs menerusi hukuman + ganjaran - sesuatu ujaran terbtk krn adanya rangsangan + grkbls dlm btk bhs + bukan bhs -proses pendedahan yg berulang2 + konsep peniruan mencepatkan pmbljran bhs -aspek pengukuhan memudahkan ingatan -pengjran tbhs adalah berdsrkan penekanan indukif/kaedah terus, dengar + tutur, dan teknik latih tubi.

2. Teori Mentalis (Chomsky) - mengutamakan proses berfikir berbandingan dgn pelakuan kanak2. -kanak2 berupaya membuat rumusan -tulisan + bacaan diutamakan tp kemahiran menulis lebih penting -diukur melalui kecekapan + pencapaian mereka - penyampaian makna lebih diutamakan -tbhs diajarkan secara formal melalui kaedah deduktif 3. Teori Interaksionalis - mementingkan aktiviti komunikasi -menghasilkan bhs apabila ia memerlukannya -perkembangan bhs proses kognitif + proses interaksi bhs -interaksi mhasilkan ayat penyata + ayat perintah -hasil interaksi akan mpengaruhi utk mpljari sistem bhs 4. Teori Konstruktivisme -mementing pmbljaran semasa intraksi dlm kelas -Memberikan contoh ayat membina ayat setelah memahami konsep -pembinaan semula ayat pembangunan semua minda utk mencipta sesuatu yg baru / idea yg baru TOPIK 2 Konsep strategi - cara / langkah / tindakan yg harus dilakukan utk mencapai objektif PnP Perspektif a. pendekatan berpusatkan murid b. Kepelbagaian Teknik c. Kepelbagaian Sumber Bahan d. Penggunaan T/bhs yg tepat e. PnP Bertema f. Bacaan luas g. Penggabungjalinan h. Penyerapan i. Penilaian j. Pemulihan k. Pengayaan Pendekatan Induktif - pendekatan pengjran bhs yng melibatkan satu proses penaakulan yg tinggi. -pelajar digalakan mencari, meneliti + mempelajari sendiri. -mengemukan satu rumusan hasil kajian yg dilakukan -peranan guru hanya mengemukan soalan, bertanya, berbincang, memperhatikan, mengkaji + memberikan contoh Konsep Induktif dlm Pengajaran Bahasa 1. mempelajari sesuatu utk mdptkan hukum 2. memperkenalkan pengetahuan + mberi pengalaman

3. Mgumpulkan maklumat utk mmbtk hukum 4. mbtk satu kesimpulan umum drpd cth2 tertentu 5. mdptkan satu kesimpulan drpd satu urutan pemikiran 6. merupakan kaedah penaakulan yg bertujuan mdptkan peraturan umum drpd fakta2 / cth2 tertentu. 4 peringkat pengajaran 1. pendedahan 2. pembentukan konsep 3.Mencuba generalisasi 4. Penutup Pendekatan Deduktif -satu proses menganalisis data / isi yg membentuk generalisasi + mengapikasikan peraturan2 yg diberikan Konsep Deduktif 1. mempelajari sesuatu berdsrkan sesuatu hukum 2. satu proses penaakulan yg tinggi 3. satu produksi fakta utk mbuktikan satu penyataan umum 4. menganalisis fakta atau isi yg membtk generalisasi 5. membuat satu pencerakinan drpd umum kpd spesifik Peringkat pengajaran 1 awal generalisasi 2. mengemukan generalisasi 3. menganalisis konsep 4. mencuba generalisasi 5. penutup Pendekatan Eklektik -gabungan antara beberapa pendekatan -sesuai utk murid2 yg mempunyai pelbagai kebolehan + pencapaian - sifat pendekatan ini mudah ubah - pelbagai ciri2 yg baik Pendekatan Komunikatif - manusia berbhs secara komunikasi -setiap manusia akan mengguna akal utk menyatakan fikiran masing2 Pendekatan Oral -berkaitan dgn komunikasi tp secara perbandingan - memberi penekanan kpd penguasaan aspek lisan - kawalan t/bhs juga dipberi perhatian Kaedah Pengajaran - satu perancangan /prosedur bg mlaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, sistematik. -langkah2 pengjran yg tersusun + berkesinambungan utk mencapai objektif

Kaedah situasi mementingkan latihan penyebutan, ulangkaji, struktur baru, perbendaharaan kata, latihan lisan + membaca bhn yg melibatkan struktur baru / latihan bertulis. Kaedah Oral Aural dengar + tutur. Membolehkan murid2 memperkembangkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis Kaedah Penglibatan tindakbalas fizikal (TPR) mementingkan pemahaman bhs melalui pendengaran serta memulakan pelajaran dgn kemahiran mendgr

Teknik Pengajaran - Suatu alat yg digunakan bgi menyampaikan bhn2 pengajaran yg telh dipilih utuk pelajar - sejajar dgn kaedah dan pendekatan yang dianuti -antaranya a. teknik latih tubi b. simulasi c. Main peranan d. Teknik sumbangsaran e. Permainan Bahasa f. soal jawab g. bercerita h. drama i. Inkuiri j. Perbincangan k. Forum l. Perbahasan m. Kuiz - Teknik Simulasi satu situasi yg diwujudkan secara merupai keadaan sebenar berintraksi sesama sendiri brdsrkan peranan masing2 membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu / tugasan. -teknik Inkuiri tinjau siasat- soal selidik utk mendptkan jwpan / kesimpulan. Daya refleksi- selalu bertanyakan soalan- kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis 1. mengenal masalah 2. mengaji ramalan 3. mengumpul maklumat 4. menganalisis 5. membuat rumusan

http://rujuknota.blogspot.com

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran. Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari. Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan. Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil ujikaji, projek, perbincangan dsb. Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran Kaedah & Teknik komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb.

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID Murid memainkan peranan penting Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing. Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat, objektif pencapaian murid diutamakan perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.) Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid. Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan,

Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong) Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk, Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif. Kaedah & Teknik projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU Guru memainkan peranan penting Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap. Kepimpinan guru secara autokratik Pencapaian objektif guru diutamakan Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi. Penyampaian fakta mengingat/menghafal. secara menghafal. Pembelajaran berbentuk

Interaksi di antara murid adalah pasif. Kaedah keseluruhan kelas. Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif. Kaedah & Teknik penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas

You might also like