You are on page 1of 2

REKA CIPTA RESEPI (Pastri Rapuh) 1. Tart Keju a. Bahan-bahan i. 125 gm tepung gandum ii.

55g marjerin (disejukkan) iii. 2 sudu makan air sejuk (disejukkan) iv. sudu teh garam v. 150 gm krim keju vi. 75 gm gula halus vii. 25 ml krim putar

b. Cara-cara i. Ayak tepung dan garam. ii. Potong majerin kecil-kecil dan masukkan ke dalam tepung yang diayak iii. Gaul dan ramas tepung dengan majerin sehingga sebati iv. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit v. Canai doh setebal 3mm. vi. Uli adunan sehingga menjadi doh. Rehatkan. vii. Untuk inti, pukul krim keju dan gula sehingga adunan sebati dan berkrim. Ketepikan. viii. Kemudian, pukul krim putar sehingga kembang. ix. Selepas itu, campurkan adunan krim keju bersama adunan krim putar tadi dan gaul dengan perlahan. x. Untuk membuat bekas tart, canai doh pastri hingga nipis. Ambil sedikit dan letakkan ke dalam acuan tart. xi. Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar tart selama 15 minit. Angkat dan ketepikan. xii. Masukkan adunan krim keju dan krim putar di dalam beg piping dan paip ke dalam bekas tart. Hiaskan dengan hirisan buah.

2. Tart Berry Choky

a. Bahan-bahan i. 125 gm tepung gandum ii. 55g marjerin (disejukkan) iii. 2 sudu makan air sejuk (disejukkan) iv. sudu teh garam v. 6 keping biskut Jack N Jill Strawberry vi. 6 keping biskut Jack N Jill Blueberry vii. 5 batang choki choki

b. Cara menyediakanya i. Ayak tepung dan garam. ii. Potong majerin kecil-kecil dan masukkan ke dalam tepung yang diayak iii. Gaul dan ramas tepung dengan majerin sehingga sebati iv. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit v. Canai doh setebal 3mm. vi. Uli adunan sehingga menjadi doh. Rehatkan. vii. Untuk inti, ramaskan 12 keping biskut Jack N Jill perisa strawberry sehingga hancur. viii. Untuk membuat bekas tart, canai doh pastri hingga nipis. Ambil sedikit dan letakkan ke dalam acuan tart. ix. Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar tart selama 15 minit. Angkat dan ketepikan. x. Masukkan biskut yang telah hancur ke dalam bekas tart. Hiaskan choki-choki di atas setiap tart.

You might also like