You are on page 1of 10

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 69000 SRI LAYANG, GENTING HIGHLANDS

TUGASAN KAUNSELING:

BINA PROFIL PERSONALITI DIRI BERDASARKAN: 1.IPS (INVENTORI PERSONALITI SIDEK) 2. IPW (INVENTORI PERSONALITI WARNA) 3. VPI (VOCATIONAL PREFERENCE INVENTORY) 4. JEPI (JUNIOR EYSENCK PERSONALITY INVENTORY)

OLEH:

ZANARIAH BTE HAMID 730502-04-5474 KUMPULAN 4

SOALAN PERTAMA 1.Huraikan mengikut perolehan setiap ujian yang telah anda duduki.

Ujian pertama ialah IPS (Inventori Personaliti Sidek). Berikut ialah dapatan yang diperoleh serta graf yang merujuk kepada dapatan tersebut.
AGRESIF ANALITIKAL AUTONOMI BERSANDAR EKSTROVERT INTELEKTUAL INTROVERT KJUJURAN KPELBAGAIAN KRD MGAWAL PCAPAIAN SOKONGAN STRUKTUR THN TOLONG 50 40 90 80 70 20 40 20 80 20 30 90 90 90 99 90

INVENTORY PERSONALITI SIDEK


120 100 80 60 40 20 0

TRET PERSONALITI

PERATUS

Daripada graf, didapati tret personaliti Ketahanan mencatat 99 peratus diikuti tret personaliti Autonomi,Menolong, Sokongan,Struktur dan Pencapaian mencatatkan 90 peratus.Peratus yang paling rendah dicatatkan ialah tret personaliti untuk Kejujuran,Kritik Diri, dan Intelektual iaitu sebanyak 20%. Tiga mata Holland yang merujuk 3 skor yang terbanyak ialah Ekstrovert !0%,Sandar mencatatkan 80% dan Autonomi pula 80%.

Ujian kedua pula ialah IPW (Inventori Personaliti Warna) iaitu satu ujian yang dijalankan untuk mengukur dan mengenalpasti ciri-ciri personaliti berasaskan personaliti warna. Daripada ujian yang dijalankan menunjukkan penulis dikategorikan dalam orang yang berpersonaliti EMAS dengan skor 25, diikuti BIRU dengan skor 18, seterusnya HIJAU menduduki tempat ketiga dengan catatan 16 dan akhir sekali warna JINGGA menduduki tempat yang terakhir iaitu dengan catatan skor sebanyak 13. Graf di bawah jelas menunjukkan personaliti warna yang diperoleh oleh penulis.

JINGGA

JINGGA, 13 JINGGA HIJAU, 16 HIJAU BIRU, 18 BIRU EMAS, 25 EMAS 0 5 10 15 20 25 30

HIJAU

BIRU

EMAS

GRAF : PERSONALITI WARNA

Ujian ketiga pula ialah mengenai Inventori (VPI). Graf berikut menunjukkan hasil ujian.

Personaliti dan Kerjaya

VPI
16 14 12 10 8 6 4 2 0

VPI PROFILE

SKALA

Daripada graf menunjukkan Acquiscence mencatatkan skala 14 iaitu yang tertinggi, diikuti Self Control12,Social 8,Status 10,Enterprising 10,Social 8,Artistic 8, Realistic 6 begitu juga untuk Infrequency dan Masculine Feminine. Manakala Investigate dan Conventional cuma mencatatkan skala yang terendah iaitu 4.

Akhir sekali ujian JEPI iaitu ujian yang direka untuk menguji dimensi keperibadian iaitu dari segi kestabilan atau tidak kestabilan emosi (neurotik) dan introversion/extraversion rajah di bawah:

.Hasil ujian Kestabilan Emosi ditunjukkan melalui

NEUROSIS

Quadrant 1

24

Quadrant II

MELANCHOLIC

18 12

CHOLERIC Quadrant IV

18

24

Quadrant III

PHLEGMATIC

SANGUINE

Hasil ujian menunjukkan bahagian Ekstroversi dengan skor 14, bahagian Neuorisme pula mencatatkan skor sebanyak 12 dan bahagian Pengesanan pula mencatatkan skor 6. Hal ini bermaksud penulis berada dalam satu garisan di bahagian Quardant 1 yang diwakili Neurosis dan Ekstroversi. Daripada segi

Pengesanan , pula hasil ujian mencatatkan skala 6. ( Lihat bahagian Lampiran untuk salinan keempat-empat ujian)

SOALAN 2 1. Buat bandingbeza dan bandingsama di antara keempat-empat perolehan ujian tersebut. Daripada ujian Inventori Warna yang dilaksanakan didapati penulis merupakan personaliti di bawah profil Emas iaitu yang digambarkan seorang yang berperaturan dan bertanggungjawab, boleh dipercayai,bersistematik, boleh kerja lebih masa dan sebagainya. Hal ini bersamaan dengan perolehan ujian Persoaliti dan Kerjaya(VPI) , Infrequency penulis mencatatkan nilai 6. Keadaan
5

ini memberi gambaran

bahawa penulis dikatakan seorang yang boleh

dipercayai. Dari segi self control, penulis mencatatkan skor 12, membawa erti penulis sememangnya boleh mengawal diri dan hal ini turut bersamaan dengan personaliti Emas yang sanggup bekerja keras, dan boleh kerja lebih masa.

Dari segi kerjaya pula, menurut 3 Holland Scores ujian VPI menunjukkan penulis memperoleh skor yang tertinggi untuk Enterprising(E),Social (S) dan

Artistic (A) dan kerjaya yang sepatutnya boleh diceburi ialah sebagai pemimpin, kerja yang ada kerjasama dan kerja yang berkaitan perasaan dan imaginasi. Dapatan ini bersesuaian dengan personaliti Emas yang mempunyai ciri-ciri bertanggungjawab, menepati masa, praktis, waras fikiran serta mengikut peraturan.Untuk menjadi seorang pemimpin sesorang itu perlu menunjukkan contoh yang baik dalam perlakuannya dan bertanggungjawab.

Sekiranya dibandingkan antara Kestabilan Emosi(JEPI)

dan VPI ada

perbezaanya. Daripada JEPI digambarkan penulis berada dalam kedudukan 12 iaitu di satu garisan antara Ekstroversi dan untuk peringkat Neurosis pula dalam skala 14 yang membawa erti kemungkinan penulis tidak dapat dijangka dapat mengawal diri untuk dalam keadaan marah dan sebagainya. Keadaan ini berbeza dengan VPI penulis iaitu watak emas yang boleh mengawal diri.Namun sekali lagi perbezaan dapat dilihat dalam Inventori Personaliti Sidek, penulis mencatatkan skor Ketahanan paling tinggi iaitu 99% yang bermaksud penulis mempunyai ketahanan diri fizikal,mental dan emosi yang paling tinggi.Maka JEPI yang diperoleh oleh penulis boleh dipertikaikan. Personaliti Emas dalam Inventori tertinggi yang diperoleh dalam Personaliti Warna dan catatan Sidek iaitu kerana

Inventori (90%)

Personaliti

Tolong(90%),Sokong(90%),Struktur

memang

bertepatan

gambaran seorang yang bertanggungjawab bertepatan dengan ciri-ciri suka menolong orang dan berstruktur pula dikaitkan dengan ciri-ciri bertanggungjawab

kerana kebiasaannya orang yang bertanggungjawab ada kaitan dengan orang yang kerjanya suka pada kekemasan dan suka pada peraturan.

SOALAN 3 1.Beri komen anda berdasarkan pra ujian dan pasca ujian-ujian tersebut. Hasil ujian yang diperoleh banyak menggambarkan ciri-ciri peribadi penulis. Sebelum menduduki ujian, penulis memang seorang yang berdisiplin dan mengikut peraturan. Jadi, hasil ujian Personaliti Warna yang meletakkan diri penulis dalam kategori warna Emas dengan catatan skor 25 iaitu skor penuh untuk ujian tersebut memang telah dijangka. Ramai rakan-rakan yang mengatakan penulis jenis orang yang mengikut buku terutama apabila memegang sesuatu jawatan seperti Ketua Panitia atau Penghuluwati di Institut Aminuddin Baki.Dalam memegang jawatan sebagai seorang ketua dalam

sesebuah kempulan, penulis memang boleh diharap dalam menjalankan tugas.

Begitu juga jika dilihat dari segi Ketelitian, Kekemasan, Boleh Diharap, dan Boleh Kerja Lebih Masa untuk orang yang berprofil Emas bertepatan

dengan personaliti penulis. Dalam kehidupan terutama semasa bekerja, kesemua ciri-ciri itu memang semula jadi ada dalam diri penulis. Pernah semasa bersekolah dahulu, penulis sanggup menulis semula nota apabila mendapati nota yang ditulis sebelum ini tidak kemas. Begitu juga jika melakukan sesuatu tugas yang diberi, tidak ada istilah asalkan siap dalam diri penulis kerana penulis akan melaksanakan tugas itu dengan teliti serta sanggup membawa balik sesuatu kerja jika tidak dapat dihabiskan di sekolah. Selain warna Emas, penulis juga tergolong dalam profil warna Biru yang menduduki tempat kedua dengan skor 18, juga masih lagi bertepatan dengan peribadi penulis yang mesra, riang, bersemangat, penyayang dan dalam
7

masa yang sama juga seorang yang mudah terasa. Penulis mudah menitiskan air mata dan bersimpati jika mendengar kisah-kisah sedih walaupun itu cuma cerita di televisyen mahupun mendengar cerita rakan-rakan yang menghadapi masalah. Sikap lembut hati, penyayang, mudah terasa itu juga sebenarnya berlawanan dengan sikap agresif secara sederhana melalui ujian Inventori

Pesonaliti Sidek yang juga ada dalam diri penulis. Sikap tegas itu kadangkala memang diamalkan oleh penulis terutama dalam melaksanakan sesuatu tugas.Tegas dalam percakapan dan perbuatan itu juga memang semula jadi ada berkemungkinan kerana hasil didikan ibu bapa yang tegas. Secara tidak langsung, penulis terikut.

Disebabkan hasil 4 ujian yang dilaksanakan banyak yang bertepatan dengan peribadi penulis, semua ciri-ciri yang positif perlu diteruskan, namun penulis turut perlu berubah secara perlahan seperti sikap yang mementingkan peraturan dan kesempurnaan kerja kepada sederhana dalam mengamalkan peraturan dan tidaklah terlalu teliti sehingga sesuatu kerja itu lambat disiapkan atau sehinggakan orang tidak sanggup bekerja bersama penulis kerana sikap yang mementingkan kesempurnaan tersebut. Penulis yang bakal menjadi Pengetua jika ada rezeki dengan jawatan tersebut perlu mengambil kira masalah yang ada pada seseorang pekerja atau memahami sebab jika seseorang pekerja itu lambat menyiapkan kerja dengan cara bertanya masalah dan membantu jika diperlukan oleh pekerja terbabit. Melalui ujian JEPI pula, penulis digambarkan seorang yang kadangkala ekstrovert neurosis, iaitu mempunyai sifat mudah tersinggung, gelisah, agresif,ghairah, mudah berubah-ubah, impulsive,optimistik dan aktif. Penulis berpendapat kadangkala ciri-ciri mudah tersinggung dan agresif tersebut perlu dikawal dan jangan terlalu melampau. Maksudnya, penulis akan cuba mengawal sikap negatif tersebut dengan banyakkan beristigfar dan mengawal perasaan agar lebih tenang. Dengan erti kata lain IQ perlulah seimbang dengan EQ diri
8

penulis.Dan tidak lupa juga dengan pertimbangan agama dalam membuat sesuatu tindakan agar ciri-ciri negative dapat dikawal dan tidaklah terlalu melampau.

SOALAN 4 1.Buat kesimpulan anda terhadap keseluruhan ujian-ujian yang diduduki.

Ujian IPS,IPW,VPI dan JEPI merupakan ujian yang berkaitan dengan pelbagai personaliti diri individu. Ada hasil ujian yang bertepatan dengan personaliti penulis da nada juga yang tersasar. Yang paling penting ialah semasa ujian tersebut diambil, individu tersebut perlulah membaca dengan betul soalan yang diberi kerana kesilapan menanda jawapan akan memberi hasil ujian yang berlainan. Pelaksanaan keempat-empat ujian tersebut juga perlu dilaksanakan pada masa yang berbeza kerana penulis dapati ada soalan yang agak banyak perlu dijawab seperti soalan untuk IPS mempunyai lebih daripada 100 soalan. Begitu juga untuk soalan ujian lain kecuali soalan untuk ujian JEPI yang mengandungi 60 soalan sahaja.Menjawab semua soalan dalam satu masa yang sama akan memberi hasil ujian yang boleh diragui terutama apabila individu yang menjawab berasa terpaksa menjawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan.

Ujian seperti VPI sesuai untuk pelajar sekolah menengah agar mereka tahu kecenderungan diri mereka dan tidak salah memilih jurusan ketika masuk ke tingkatan 4 atau pelajar yang akan memasuki ke Institusi Pengajian Tinggi.Untuk diri penulis sendiri, ujian tersebut tidaklah praktikal kerana penulis telahpun menjadi seorang guru dan bakal pula menjadi pemimpin setelah mengikuti kursus NPQEL di IAB oleh itu tidaklah penulis terfikir untuk berhenti daripada kerjaya yang diceburi sekiranya hasil ujian menunjukkan penulis sebenarnya cenderung kepada kerja-kerja berkaitan teknologi.
9

Terdapat hasil ujian yang menunjukkan peribadi negatif penulis seperti melalui Ujian Inventori Personaliti Sidek penulis digambarkan agresif sederhana (50%) terlalu bersandar kepada orang lain (80%) dan sebagainya agak berbeza dengan personaliti sebenar penulis yang sememangnya boleh berdikari dan berupaya membuat keputusan sendiri. Namun, pada pandangan penulis hasil ujian tersebut lebih mengingatkan penulis agar berhati-hati agar tidak membuat perkara negatif tersebut.Begitu juga untuk aspek menolong sememangnya penulis memperoleh skor 90% dan aspek itu memang baik ada dalam diri penulis, namun dalam dunia sekarang yang kadangkala orang sanggup menipu untuk mendapat sesuatu menyebabkan penulis perlu sentiasa berwaspada jika ingin menolong orang.

Kesimpulannya, keempat-empat ujian yang diduduki oleh penulis sememangnya sesuatu yang menarik terutama apabila hasil ujian tersebut bertepatan dengan diri penulis.Ciri-ciri negatif yang ada dalam diri penulis, haruslah diterima jika benar-benar bertepatan namun sebagai manusia biasa sememangnya ciri-ciri negatif itu perlu diatasi untuk kebaikan diri penulis kerana penulis berpendapat setiap manusia itu boleh berubah jika ada peluang dan kesedaran diri untuk berubah.Sebagai seorang manusia, ciri-ciri positif dan negatif sememangnya ada dalam diri sama ada dalam keadaan sedar atau tidak. Justeru ujian yang diduduki dapatlah menjelaskan personaliti penulis walaupun tidak sepenuhnya benar namun benar-benar menyedarkan penulis dan penulis akan cuba memperbaiki sikap negatif tersebut.

10

You might also like