You are on page 1of 2

KEMAHIRAN MEMBACA

TEMA TAJUK

Keselamatan Panduan Keselamatan 1. Membaca petikan Panduan Keselamatan di Pusat Membelibelah secara senyap.

OBJEKTIF

2. Menjawab sekurang-kurangnya 2 daripada 4 soalan berdasarkan petikan Panduan Keselamatan di Pusat Membelibelah dengan betul.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD

2.6

Membaca pelbagai bahan bacaan sastera dan bukan sastera

yang sesuai bagi memupuk minat membaca. 2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan bukan

PEMBELAJARAN sastera untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. TEKNIK PENGAJARAN SQ3R (Survey, Question, Read, Review, Recite) 1. Murid membaca pantas teks yang diberi untuk Survey (Tinjau) mendapatkan gambaran awal tentang isi petikan. 2. Dalam kumpulan, murid membina sekurangQuestion (Soalan) LANGKAH PENGAJARAN Read (Baca) kurangnya 3 soalan berdasarkan isi petikan yang telah dibaca. 3. Murid meramalkan jawapan kepada soalan yang telah dibina. 4. Murid membaca teks secara senyap. 5. Murid mencari jawapan kepada soalan yang dibina. Recite (Ulang semula) 6. Murid menceritakan semula isi petikan yang telah dibaca dengan berpandukan soalan yang dibina. 7. Guru dan murid menyemak semula jawapan bagi soalan yang telah diberikan oleh murid.

Review (Semak)

Panduan Keselamatan Di Pusat Membeli-belah Selamat pagi, murid-murid. Pada perhimpunan pagi ini, cikgu ingin memberi panduan keselamatan ketika berada di pusat membeli-belah. Pusat membeli-belah ialah tempat tumpuan orang ramai untuk membeli barangan keperluan. Semasa di sana, kamu hendaklah berhati-hati dan mengikuti beberapa panduan. Antara panduan itu ialah, murid-murid hendaklah memastikan mereka sentiasa berada di samping keluarga atau orang yang dikenali. Selain itu, elakkan diri daripada bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Bagi mengelakkan daripada berlakunya kecurian, elakkan membawa barangan yang berharga atau jumlah wang yang banyak. Panduan ini haruslah diamalkan selalu bagi memastikan kita sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.

You might also like