You are on page 1of 14

BMM3117

Kemahiran Variasi Rangsangan dalam Pengajaran Mikro

Rudy Unggom Ramli Hassan Sylvester Joseph

Apa itu Variasi Rangsangan??

Variasi rangsangan membawa maksud

kepelbagaian gaya atau tingkah laku bagi menggerakkan murid-murid ke arah tingkah laku pembelajaran yang hendak dicapai. Kemahiran ini adalah untuk membangkitkan perhatian pelajar dan memfokuskan perhatian pelajar kepada fakta penting dalam pelajaran.

Variasi ransangan berkait rapat dengan

kebijaksanaan guru pelatih mempelbagaikan strategi pengajaran, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar , persekitaran bilik darjah, komunikasi verbal dan non-verbal guru.

Apakah objektif-objektif komponen variasi rangsangan??

Memusatkan perhatian pelajar dan mengekalkan

minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran guru. Melibatkan pelajar secara aktif dalam pelbagai aktiviti pembelajaran dan pengalaman belajar mereka. Memotivasikan pelajar serta membangkitkan naluri ingin tahu melalui pelbagai aktiviti pengajaran guru.

Memberi peluang kepada pelajar menikmati

pelbagai aktiviti pengajaran yang dijalankan. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan seronok

Contoh-contoh Variasi Rangsangan

Menggunakan Bahan Bantu Mengajar


Bahan Bantu Mengajar(BBM) merupakan peralatan atau bahan yang menjadi sumber kepada guru untuk mengajar. BBM terbahagi kepada 3 kategori: media elektronik seperti komputer, filem, filem jalur,slaid, projektor, pita rakaman, radio dan video.

Menggunakan Bahan Bantu Mengajar


bahan cetak: buku, gambar, brosur, carta,

model, surat khabar dan papan tulis bahan bercorak pengalaman: lakonan, pentomin, lawatan, projek pameran dan bahan-bahan dari alam sekitar.

Bercerita
boleh dilakukan semasa guru-guru

menyampaikan pengajaran kepada muridmurid. Murid akan lebih cepat menumpukan perhatian dan akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan.

Tunjuk cara
Juga dikenali sebagai teknik demontrasi. Melibatkan satu cara pengajaran yang

membawa dan memusatkan perhatian murid kepada langkah-langkah, prosedur atau peraturan-peraturan bagi menghasilkan sesuatu.

Tunjuk cara
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan melalui

teknik ini dalam aktiviti lisan misalnya, guru boleh meminta murid menunjukkan cara menjahit baju, membuat kuih, menunggang basikal, bermain bola dan sebagainya.

You might also like