You are on page 1of 14

KURIKULUM DAN KOKURIKULUM KEARAH MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. KONSEP DAN MATLAMAT Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun pesat. Jesteru, negara ini haruslah mempunyai falsafah pendidikannya sendiri. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen- dokumen dasar dan ideologi

negara pada tahun 1988. Kini, dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di Malaysia. Ia menggabungkan matlamat, dasar- dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal,jelas dan logik. Tujuannya ialah untuk menjelaskan secara rasional amalan- amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982 ). dipetik daripada buku Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk PPPRP4T (2008). Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah

dinyatakan di atas, maka matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Tujuannya ialah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna, memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut: Percaya dan patuh kepada Tuhan; Berilmu pengetahuan; Berakhlak mulia; Bertanggunggjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara; Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu; Memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum. Melalui proses pendidikan pula, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga berhasrat untuk melahirkan masyarakat yang:

Bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara;

Mahir serta cekap serta menjalankan tugas secara produktif; Memahami, menerima mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan;

Taat setia pada Raja dan negara;

Memahami dan mengamalkan prinsip2 Rukun Negara untuk mewujudkan perpaduan;

Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan menyediakan kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

KO-KURIKULUM Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan samada melalui badan beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aktiviti kokurikulum kini menegaskan kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor selaras dengan penerapan nilai-nilai murni agar dapat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif. Pendidikan dan aktiviti kokurikulum adalh berkait rapat kerana ia menentukan corak serta mutu kehidupan individu. Ko-kurikulum merupakan suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Penglibatan murid dalam ko-kurikulum dapat memupuk perkembangan diri pelajar melalui aspek psikomotor, kogmitif dan efektif. Ini juga dapat

mengembangkan bakat, potensi dan minat dalam bidang atau kegiatan yang dipilih. Selin itu, dalam objektif perlaksanaan ko-kurikulum, ia dapat meningkatkan penguasaan kemahiran asas murid dalam bidang-bidang yang dipilih, kebolehan mengurus dan kepimpinan. Penglibatan dalam ko-kurikulum turut membantu proses penyuburan diri bagi menjadikan pelajar warganegara cemerlang yang berilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus, dan kebolehan memimpin. Ini boleh memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar memperolehi

pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, keboleahan mengurus dan kebolehan memimpin. Selain dapat mempertingkatkan lagi keupayaan dan pengiktirafan diri pelajar ke arah kecemerlangan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaaan, ia juga dapat meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini boleh menjadikan pelajar-pelajar individu yang bersifat inovatif dan kreatif di samping meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan mengambilkira pelajar dalam melahirkan budaya cemerlang. Perlaksanaan ko-kurikulum juga meningkatkan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat setempat. Kesemua ini dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat dengan penuh keyakinan. Guru dan pihak sekolah boleh menerapkan nilai murni dan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis melalui ko-kurikulum. Maka, mereka haruslah memberi tumpuan utama kepada pengembangan watak, peribadi dan sahsiah pelajar. Ia perlu untuk mengupas masalah dan cabaran masa kini dan masa akan datang. Ia juga diperlukan untuk memupuk nilai-nilai kewarganegaraan supaya hasrat untuk mewujudkan perpaduan rakyat dan identiti kebangsaan boleh dicapai. Contohnya, Program Latihan Khidmat Negara membolehkan pelajar belajar untuk berdikari, cerdas berfikir dan mempercepatkan proses pergaulan di kalangan pelajar di samping mewujudkan integrasi di kalangan kaum. Malah, aktiviti lain yang mencabar seperti berkhemah di hutan, berkayak dan sukan membolehkan murid menguasai kemahiran tertentu, mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah serta mewujudkan perpaduan. Pihak sekolah haruslah menitikberatkan perkembangan ko-kurikulum kerana ia memainkan peranan penting dalam perkembangan potensi murid. Setiap individu telah diberkati Tuhan dengn bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Jadi, guru haruslah mewujudkan peluang untuk mempertingkatkan, mencungkil serta memupuk potensi dan kebolehan mereka. Pada masa yang sama, pendidika seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan agar menjamin perkembangan individu secara menyeluruh dan

bersepadu. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek iaitu intelek, rohani, jasmani dan emosi. Maka, bakat, potensi dan kebolehan ini tidak boleh dikembangkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Aktiviti kokurikulum boleh membentuk pelajar sebagai rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Melalui ko-kurikulum, mereka dapat memupuk perpaduan rakyat menerusi sifat toleransi, kekitaan, hormat-menghormati kerana kebanyakkan aktiviti dijalankan dalam kumpulan besar yang merangkumi pelbagai bangsa dan kaum. Dengan adanya nilai-nilai dan sifat tersebut, mereka dapat mengekalkan kestabilan politik negara serta mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara. Malah, mereka juga berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri dengan mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi yang dipupuk semasa aktiviti kokurikulum. Ini menjadikan mereka berkebolehan untuk mengharungi likuliku hidup. Guru juga boleh melahirkan murid yang berilmu pengetahuan melalui kokurikulum kerana biasanya aktiviti ko-kurikulum banyak menguji kemahiran murid. Melalui latihan dan ujian, mereka dapat menguasai kemahiran asas dan mendapat banyak ilmu pengetahuan yang tidak dapat dijumpai dalam buku. Sebagai implikasinya, mereka akan lebih mencintai ilmu pengetahuan serta mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. Malahannya, ko-kurikulum dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia. Ia dapat membentuk perwatakan diri yang baik dalam sanubari murid agar berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsipprinsip hidup. Jika kita lihat dari unsur jasmani pula, ko-kurikulum dapat menyedarkan murid tentang kepentingan kesihatan. Mereka juga berupaya untuk menggunakan kecergasan fizikal bagi memanfaatkan masyarakat agar dapat mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial. KURIKULUM Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia, kurikulum boleh didefinisikan sebagai : Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan.

Kurikulum mengandungi dua aspek iaitu sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kokurikulum seperti sukan, persatuan dan unit beruniform. Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan. Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolahsekolah menengah mulai tahun 1989. Merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan,dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dam emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997 (www.moe.gov.my). Jadi secara amnya kurikulum juga boleh ditaktifkan sebagai segala rancangan yang dikehendaki oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran bagi mencapai matlamat pendidikan (Buku Laporan Kabinet,1979, dipetik dari Abdullah Sani, 2005: 144). Oleh itu amat pentinglah kurikulum itu perlu memenuhi kehendak falsafah, matlamat pendidikan, dan wawasan negara. Disamping itu, persoalan yang perlu dijawab di sini ialah sejauhmanakah kehendak-kehendak tersebut

dilaksanakan di sekolah-sekolah agar mampu memenuhi tuntutan asalnya. PERANAN KURIKULUM Di bawah konteks pendidikan Malaysia, kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Peranan kurikulum pendidikan di Malaysia adalah bagi mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani, dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang membawa kearah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sukatan pelajaran dan kandungan mata

pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab, dan unit beruniform (Abdullah Sani, 2005:145-146). Semua sekolah yang terdapat dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah wajib menggunakan Kurikulum Kebangsaan tersebut. Bagi sekolah swasta, mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan handaklah diajar di sekolah tersebut. Kurikulum Kebangsaan meliputi mata pelajaran yang dapat menentukan

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid selepas menamatkan persekolahan. Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran berhak melakukan penambahan, pegubahan atau pindaan ke atas Kurikulum Kebangsaan dari semasa ke semasa apabila merasakan perlu melakukan demikian. Setiap sekolah dikehendaki menyediakan murid-muridnya untuk menduduki peperiksaan yang telah ditetapkan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. KEHENDAK-KEHENDAK KURIKULUM KEBANGSAAN Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994: 100). Kursus pengajian dan pakej elektif yang ditawarkan di peringkat sekolah rendah adalah berdasarkan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang mula dilaksanakan di seluruh negara pada tahun 1983. KBSR ini dibentuk berasaskan kepada Laporan Razak (1956), Ordinan Pelajaran (1957), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Pendidikan peringkat rendah menekankan perkembangan menyeluruh dalam bidang intelek, rohani, dan jasmani. Hal ini membolahkan pelajar memperoleh pengetahuan

dan menguasai kemahiran melalui pengalaman secara langsung. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus melibatkan pelajar secara aktif bagi membolehkan pelajar mengemukakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah, bertukar-tukar pendapat serta dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran dalam Laporan (1979) menyatakan, Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M). KBSR dibentuk berdasarkan p erakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979). Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi iaitu kemahiran asas (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik. Kedua, manusia dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar, pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia. Ketiga, perkembangan diri individu yang terdiri daripada kesenian dan rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikan jasmani, dan kesihatan. Peringkat sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap. Tahap I iaitu tahun 1 hingga tahun 3 manakala tahap II iaitu tahun 4 hingga tahun 6. Semua mata pelajaran yang ditawarkan diperingkat ini adalah merupakan pelajaran teras iaitu mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar pada tahap I dan II. Penerapan nilai-nilai murni melalui sistem pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi kurikulum) juga diperkenalkan (Abdullah Sani, 2005: 174-175). Kursus pengajian dan pakej elektif bagi peringkat sekolah menengah pula adalah berdasarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah menengah pada tahun 1989. KBSM ini juga dibentuk berlandaskan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Dalam Perakuan 58, Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) menyatakan adalah

diperakukan bahawa kurikulum peringkat menengah rendah hendaklah berupaya perkembangan daripada kurikulum sekolah rendah iaitu memperkukuhkan lagi pendidikan asas dan memperkenalkan pendidikan umum yang juga merangkumi aspek-aspek pendidikan pra vokasional (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979). Matlamat pendidikan sekolah menengah adalah bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI) bagi melahirkan insan yang seimbang, harmoni, dan berakhlak mulia. Pada peringkat menengah rendah iaitu tingkatan 1 hingga 3, mata pelajaran dibahagikan kepada kumpulan teras dan kumpulan tambahan. Mata pelajaran kumpulan adalah wajib dipelajari oleh semua pelajar. Dalam Akta Pelajaran (1961), menyatakan pada peringkat ini ada mata pelajaran yang membolehkan pelajar membuat pilihan yang dikenali sebagai mata pelajaran tambahan yang terdiri daripada bahasa Cina, Tamil, dan Arab. Mata pelajaran tambahan ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan pelajar (Abdullah Sani, 2005: 175-178). KBSR dan KBSM digubal berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. FPK merupakan aspirasi pendidikan negara. Semua warga pendidikan diharap akan berganding bahu dan berusaha dengan gigih agar FPK dapat dicapai demi kemakmuran negara kita Malaysia. Andai semua pihak yang bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing FPK pasti memberi kesan yang diharapkan. Bagi melihat kesan FPK yang ketara, kita mungkin perlu menunggu masa satu atau dua generasi kehidupan

(www.myschoolnet.ppk.kpm.my/perkelab). PELAKSANAAN KURIKULUM DI SEKOLAH Kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan berlandaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang bertitik tolak daripada Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Namun demikian, adalah menjadi suatu kesilapan sekiranya kita mempunyai kehendak-

kehendak kurikulum yang baik tetapi tidak mampu dilaksanakan dengan jayanya dan bertentangan dengan objektif sebenar. Menyentuh kepada sejauhmanakah kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan dapat dilaksanakan disekolah agak sukar untuk diukur. Selalunya pengukuran tahap sejauhmana kurikulum sekolah boleh dinilai dari segi objektif, skop, mutu pegawai terlibat (khususnya guru), kebolehan para pelajar, kepentingan setiap mata pelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya (Ee Ah Meng,2003). Secara amnya, penyeliaan dan perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu melibatkan program utama yang merupakan proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, program sokongan dan juga program sampingan ( Abdullah Sani, 2005: 146-172). Dalam program

akademik utama, penyeliaan dan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada dua bidang utama iaitu bidang organisasi dan bidang pengajaran dan pembelajaran. Terdapat lima aspek yang dinilai dalam bidang organisasi iaitu melalui penilaian prestasi, peranan panitia mata pelajaran, iklim kelas, penyeliaan latihan dalam pengajaran serta profil murid. Manakala bidang pengajaran dan pembelajaran mencakupi pengajaran dan pembelajaran, penyampaian isi pelajaran, persediaan bahan pengajaran dan penggunaanya, akhir pelajaran dan teknik soal jawab. Penilaian prestasi dilaksanakan bagi menentukan sejauhmana objektif-objektif pelajaran telah dicapai, dengan kata lain sejauhmanakah pelajar telah memahami pelajaran dan mampu mengaplikasikannya dalam situasi baru. Dalam situasi ini, guru boleh menjalankan sesi kuiz yang ringkas untuk menentukan aras kefahaman mereka. Dalam kelas KBSR, penilaian dijalankan pada tiga peringkat iaitu penilaian serta merta, penilaian kemajuan dan penilaian pencapaian (Ee Ah Meng, 2003:148). Biasanya, setiap sekolah mempunyai Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan yang bertujuan untuk menyelaras Perlaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah (PKSM) yang bertanggungjawab dalam merancang, mentadbir, melapor dan mengambil tindakan susulan dengan segala hal yang berkaitan dengan penilaian prestasi. Untuk memantapkan lagi sistem perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah, panitia mata pelajaran juga ditubuhkan. Mesyuarat dan perkembangan

ikhtisas panitia diadakan sekurang-kurangnya diadakan empat kali setahun dan mereka bertanggungjawab dalam memperoleh sukatan pelajaran baru yang telah dikemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia, memilih dan mencadangkan buku rujukan dan bahan bacaan tambahan untuk para guru, menyelaras soalan-soalan ujian, mengkaji dan menyelaras keputusan peperiksaan pelajar dan sebagainya. Penentu perlaksanaan kurikulum seterusnya ialah iklim kelas kerana ia banyak mempengaruhi kesungguhan guru dan pelajar mejalankan tanggungjawab masingmasing. Penyeliaan Latihan Dalam Pengajaran juga dilaksanakan terutamanya pemeriksaan dan penyemakan kerja-kerja bertulis perlu dilakukan sama ada penolong kanan, guru kanan mata pelajaran dan penyelaras tingkatan. Biodata dan maklumat lengkap murid juga perlu diambil kira bagi memudahkan perlaksanaan pengurusan organisasi sekolah. Dalam program akademik utama, penyeliaan dan pengajaran-pembelajaran, terdapat satu bidang lagi yang terkandung selain bidang organisasi iaitu pengajaran dan pembelajaran. Selalunya perlaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan keberkesanan perlaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan rapi dan sistematis bagi

mempertingkatkan mutu pengajaran guru dalam bilik darjah supaya pendidikan yang diberi dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek. (Ibrahim Mamat, 2001:184) Penyampaian isi pelajaran oleh guru juga mesti berpandukan perancangan yang telah dibuat dan menepati langkah-langkah pengajaran dari awal hingga penutup. Di samping itu, alat bantu mengajar juga perlu disediakan dan apabila tamat pengajaran perlulah dibuat rumusan. Selain itu, teknik soal jawab diadakan bagi mewujudkan situasi yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan guru. Program sokongan merangkumi Program Kecemerlangan Akademik yang bertujuan untuk mempertingkatkan motivasi intrinsik dan ekstrinsik bagi mempertingkatkan kecemerlangan sekolah. Selain itu terdapat Program SALC untuk SPM, Program Ulang Kaji Kendiri dan Program Tunas Cemerlang. Manakala program sampingan meliputi Program Pengurusan Pelajar, Program Membaca dan NILAM, Program Celik Komputer, Pameran dan Pertandingan serta Jawatankuasa Kurikulum Sekolah yang akan diulas dengan lebih lanjut lagi

mengenai tanggungjawab dan fungsi jawatan ini dalam melaksanakan kehendakkehendak kurikulum di sekolah. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah merupakan sebuah badan professional yang ditubuhkan bagi mengetahui dan memahami bidang tugas masing-masing contohnya panitia matapelajaran serta mempertingkatkan lagi perananya di sekolah secara sistematik dan berkesan melalui penyeliaan pencerapan. Peranan utama jawatankuasa kurikulum sekolah adalah merancang perlaksaan program jangka panjang dan jangka pendek peringkat sekolah yang dirancang bagi menentukan pencapaian kurikulum serta mengemukakan dan membincangkan kaedah-kaedah perancangan dan pengelolaan kuriulum dan aktiviti kurikulum tambahan. Melalui peranan inilah jawatankuasa kurikulum mampu mengalas kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan. Menurut Abdullah Sani (2005), KBSR terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap satu yang mencakupi murid tahun satu hingga tiga dan tahap dua pula meliputi murid tahun empat hingga enam. Pada tahap ini penerapan nilai-nilai murni melalui sistem pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi kurikulum) juga diperkenalkan dan ia bukan sahaja oleh guru Pendidikan Moral atau Pendidikan Agama Islam, malah perlu diterapkan dalam matapelajaran yang lain di samping pemupukan budaya ilmu, sains dan teknologi. Malah penekanan-penekanan

terhadap perpaduan negara, pemupukan budaya keusahawanan, pendedahan konsep pengantarabangsaan, peningkatan dan pengukuhan Bahasa Melayu, penumpuan terhadap bidang teknik dan vokasional, serta penekanan dalam pembangunan negara juga perlu dipraktikkan dalam proses pengajaran dalam mata pelajaran bagi peringkat KBSR dan KBSM. (Ee Ah Meng, 1996:122-124) Sebagai contoh, bagi meningkatkan pengukuhan perpaduan negara, mata pelajaran Sejarah telah diberi fokus yang baru. Unsur patriotisme dan perasaan kekitaan telah diserapkan ke dalam mata pelajaran sejarah dan setiap pelajar wajib mengambil mata pelajaran ini. Di peringkat sekolah rendah, pelajar mengambil matapelajaran Kajian Tempatan yang mengandungi komponen Sejarah. Selain itu, Akta Pelajaran (1961), menyatakan pada peringkat KBSR dan KBSM ada mata pelajaran yang membolehkan pelajar membuat pilihan yang dikenali sebagai mata pelajaran tambahan yang terdiri daripada bahasa Cina, Tamil, Arab dan yang

terbaru adalah Bahasa Iban. Hal ini penting bagi memupuk semangat cintakan bahasa ibunda agar ianya tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Berbalik kepada perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah

terutamanya membabitkan matapelajaran-matapelajaran dalam KBSR dan KBSM seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah dan sebagainya, guru merupakan individu penting yang melibatkan diri dalam beberapa perkara. Pertama, guru akan mentafsir sukatan pelajaran dan perlu mengetahuai sukatan terbaru melalui buku panduan khas serta mampu mengaplikasi objektif-objektif yang hendak di sampaikan. Kedua, guru hendaklah meninjau bagaimana isi pelajaran hendak disampaikan dan seterusnya perlu memikirkan bagaimana aktiviti-aktiviti

pembelajaran dapat dilaksanakan. Selepas itu, beliau membuat perancangan pengajaran, menjalankan pengajaran dan kemudian menilai pengajarannya. (Ee Ah Meng, 2003:140-149) Buat masa ini, keberkesanan perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum amat bergantung pada pemerolehan kemahiran akademik. Namun agar sukar bagi kita untuk menilai sejauhmanakah kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan ini benarbenar dilaksanakan secara menyeluruh atau komprehensif di sekolah pada masa kini kerana penilaian melalui indeks-indeks tertentu tidak mencukupi untuk mengambarkan keadaan sebenar perlaksanaan kurikulum di negara kita. Ditambah lagi dengan pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi oleh pelbagai pihak terutamanya melibatkan pihak sekolah yang menyebabkan ia terpaksa berfungsi di bawah beberapa batasan, menyukarkan lagi perlaksanan kurikulum di sekolah. Namun lazimnya, sesuatu kurikulum yang telah siap disusun, ia akan dilaksanakan dan dicuba di sekolah-sekolah setempat dan melalui percubaan perlaksanaan ini akan memberi maklum balas kepada perancang-perancang kurikulum. Apabila wujudnya kelemahan-kelemahan tertentu, maka isi kurikulum itu akan diubah supaya memenuhi keperluan pelajar. KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, kita difahami bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan terhadap sistem pendidikan Negara ini serta matlamat pendidikan dengan jelas. Oleh itu, Falsafah

Pendidikan Kebangsaan haruslah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi memastikan hasrat Kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Adalah amat penting agar Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing. Malahannya, setiap pendidik harus berpegang kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab professional mereka. Dengan itu, barulah profession mereka sebagai seorang guru dapat dijamin dan dikekalkan dan setiap tugasan yang dijalankan adalah bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, mereka juga akan lebih memahami akan fungsi-fungsi pendidikan dan cara-cara yang mereka gunakan semasa dalam proses mendidik pula akan lebih berkesan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah pun ditetapkan dan digubal untuk kepentingan pendidikan negara, kaum pendidik serta murid-murid.

RUJUKAN http://smkbtkokurikulum.blogspot.com/2012/04/ke-arah-melahirkan-pelajar-celikal.html http://aj85553.multiply.com/journal/item/15/Kehendakkehendak_kurikulum_kebangsaan_dan_perlaksanaannya_di_sekolah?&show_inters titial=1&u=%2Fjournal%2Fitem http://notakuliahpismp.blogspot.com/2010/08/kerja-kursus-falsafah-pendidikanfpk.html http://sbitara.upsi.edu.my/smdzm/index.php/kurikulum

You might also like