You are on page 1of 17

2.

1 PERBEZAAN BAHASA KLASIK DARIPADA SUDUT MORFOLOGI



ASPEK PENGGUNAAN PERKATAAN (MORFOLOGI)



Penggunaan Bahasa Istana
Bahasa klasik juga lebih banyak menggunakan bahasa istana bagi terutama apabila hal yang
diceritakan berkaitan dengan kisah raja-raja atau putera puteri. Menggunakan bahasa istana
menunjukkan kesopanan berbahasa.

Contoh beberapa perkataan bahasa istana yang terdapat dalam Hikayat Langlang Buana :

Bahasa Melayu Klasik Maksud dalam Bahasa Melayu Moden
berpalis Memalis / memandang ke arah lain kerana malu
Mahligai Istana tempat kediaman raja, permaisuri , puteri, putera
Santap bersantap makan atau minum (digunakan oleh raja-raja).
Murka keadaan murka / hal murka/ kemarahan.

2.2.2 Bentuk Kata
Bentuk kata ialah unit tatabahasa yang tunggal dan terhasil melalui proses
pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Ada empat bentuk kata iaitu kata tunggal,
kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Berdasarkan teks Hikayat Siak yang dipilih
ini, didapati kebanyakan perkataan terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan dan kata
majmuk. Kata ganda jarang digunakan. Berdasarkan teks Hikayat Langlang Buana,
kebanyakan perkataan yang dibentuk berdasarkan empat bentuk kata sepertimana
pembentukan bahasa melayu moden.
(i) Bentuk Kata Tunggal

Suku Kata Tunggal Contoh Dalam Teks Hikayat Langlang Buana

Satu suku kata jin

Dua suku kata Peri, pohon, dayang, ghairat, titah, patik, murka

Tiga suku kata Berahi, manikam, cemerlang, bicara, mahligai, cetera

Empat suku kata Hulubalang, biduanda,Dipertuan, mutiara, pusparagam

Bentuk Kata Majmuk

Contoh Dalam Teks Hikayat Langlang Buana

Sukacita

Matahari

Tuan puteri

Tuan hamba

Gurau senda

Nyawa badan

Gemala hikmat

Madah syair
Kata Ganda

Contoh Dalam Teks Hikayat Langlang Buana

Laki-laki Tertawa-tawa

Dayang-dayang Kira-kira

Biti-biti Berkata-kata

Sunyi-sunyi Sekali-kali

Berseru-seru Indah-indah

2.3 PROSES PEMBENTUKAN KATA
Proses pembentukan kata melibatkan tiga bentuk kata iaitu kata terbitan, kata majmuk
dan kata ganda. Proses tersebut ialah proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Berdasarkan teks Hikayat Langlang Buana tersebut, banyak perkataan yang digunakan terdiri
daripada kata kerja, adjektif dan kata nama yang telah melalui proses pengimbuhan.
2.3.1 Proses Pengimbuhan
Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan kata nama, awalan kata kerja dan awalan
kata adjektif. Imbuhan pula terdiri daripada me-, men-, ber-, ter- dan di-.
Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana :
(i) Imbuhan Awalan
Awalan Kata Nama Awalan Kata Adjektif
Awalan Kata Kerja
berpayung dihadap
bersenda
berpantun mencita
bergosok
berbedak beroleh
berbangkit
berlangir berpalis
bercetera

Berdatang

berperang

Terdapat banyak perkataan yang menggunakan imbuhan awalan tetapi perkataan tersebut
adalah yang sama digunakan dalam bahasa Melayu moden. Perkataan berimbuhan di atas
jarang digunakan dalam bahasa melayu moden tetapi selalu digunakan dalam bahasa melayu
klasik. Berdasarkan perkataan yang ditemui, kebnayakan perkataan ditambah dengan
imbuhan ber-.

Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana :
(a) ...patik bermimpi semalam ini tuanku, langit berpayung, bulan dipagar bintang...
(m.s36 b.5)
(b) Maka Dang Siti Mengerna pun berangkat hidangan ke hadapan Raja Indera....
(m.s42 b.18)

(ii) IMBUHAN AKHIRAN
Imbuhan akhiran terbahagi kepada dua iaitu akhiran kata nama dan akhiran kata kerja.
Berdasarkan teks hikayat tersebut, didapati pengarang banyak menggunakan perkataan yang
menggunakan imbuhan akhiran -kan dan an dalam penceritaannya. Berikut adalah contoh
perkataan tersebut :

Akhiran Kata Nama
(a) masakan : Jika kakanda mati masakan adinda hidup. (m.s46 b. 21)
(b) ribaan : maka bayan itu pun melompat-lompat ke ribaan Dang
Sendaya.... (m.s39 b.16)
Akhiran Kata Kerja
Tangkapkan : Segeralah pergi tangkapkan beta laki-laki itu. (m.s45 b.
34)


Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kata adjektif yang diimbuhkan pada akhiran kata
kerja.
Hendakkan : Inginlah kami hendakkan bunga itu, baunya ada.. (m.s36
b.11)
2.3.2 Apitan
Dalam Hikayat Siak ini, penggunaan perkataan yang mempunyai apitan me-...-kan
dan di-.....-kan adalah yang paling banyak digunakan oleh pengarang. Dalam bahasa melayu
moden, perkataan yang menggunakan apitan me-...-kan biasanya berdasarkan kata nama dan
kata kerja. Namun, di dalam bahasa klasik, kata adjektif juga turut menggunakan imbuhan
apitan tersebut. Contoh ayat dalam Hikayat Siak adalah seperti berikut :
(i) Apitan Kata Kerja Ke-.....-an
Ketiduran : ...rumah nenekku itu ada tempat ketiduran lelaki rupanya...
(m.s37 b.14)
Kemalu-maluan : Maka tuan puteri pun kemalu-maluan serta berpaling....
(m.s42 b. 3)



(i) Apitan Kata Kerja Men-.....-Kan
Mengembalikan : Setelah maka Raja Indera Bumaya pun mengembalikan
dirinya yang sediakala duduk di kanan Tuan Puteri.... (m.s41 p.2)
(m/s 52 perenggan 3)

Seperti dalam bahasa moden, penambahan imbuhan men-....-kan ini adalah untuk
menunjukkan perbuatan atau melakukan sesuatu. Manakala imbuhan kan pula jika pada
bahasa moden adalah singkatan bagi kata tunggal akan. Perkataan mengembalikan pada
contoh di atas menunjukkan maksud menukar diri kepada asal dan bukan untuk
memulangkan sesuatu.

(ii) Apitan Kata Nama Me-.....-Kan


Layar adalah satu kata nama. Namun, apabila layar diimbuhkan menjadi melayarkan,
ia bermakna perbuatan melepaskan seseorang atau sesuatu berlayar di laut. Dalam bahasa
moden, kata terbitan melayarkan ini selalu juga digunakan terutama sekali dalam puisi moden
dan sebagai kata bantu kepada kata nama bahtera.
Tiada frasa atau kata terbitan yang digunakan pada bahasa moden bagi menjelaskan
perbuatan mengumpulkan orang kampung seperti yang digunakan dalam perkataan
mengampungkan pada teks Hikayat Siak ini. Huruf k pada kampung dilenyapkan dan
digantikan dengan diftong ng menjadi mengampungkan. Walau bagaimanapun, perkataan
mengampungkan ini boleh disamakan dengan maksud ringkas mengumpul orang satu
kampung. Namun, perkataan mengampungkan ini adalah jengkel digunakan dan tidak
pernah digunakan dalam bahasa melayu moden.

(iii) Apitan Kata Kerja Di-.....-Kan
Diiringkan : Maka tuan puteri pun pergilah mandi keluar di dalam cindai itu serta
diiringkan oleh segala dayang-dayang....... (m.s37 b.23)

Didudukkan : Akan perinya didudukkan oleh Mantarisi Anta Kuasa (m.s40 b. 2)


Perkataan diiringkan bermaksud diiringi atau diikuti. Dalam bahasa klasik tersebut,
perbezaan imbuhan dengan bahasa melayu moden adalah dari segi penambahan imbuhan -
kan dan -i sebagai imbuhan akhiran. Dalam bahasa moden, proses pengimbuhan di-...-kan
pada kata nama akan disusuli dengan unsur subjek atau objek dibelakang perkataan.
Contohnya dipagarkan kawat besi, dipulaukan orang kampung, dianaktirikan bapanya.
Manakala bagi frasa didayungkan pada teks hikayat di atas disambut perkataan oleh. Ia juga
digunakan secara tunggal tanpa kehadiran subjek atau objek yang boleh menyokong maksud
frasa.
2.1.1 Penggunaan Kosa kata Arab
Pada masa bahasa klasik digunakan dalam penulisan, masih belum banyak penggunaan kosa
kata Islam yang digunakan. Walaupun pada masa tersebut, Islam telah lama bertapak tetapi
penulis lebih banyak meminjam kosa kata bahasa Arab yang mungkin belum ada istilah
dalam bahasa melayu klasik yang telah wujud.
Berdasarkan teks Hikayat Langlang Buana, contoh perkataan yang dipinjam daripada
perkataan Arab ialah :
(a) ghairat : ...Tuan nescaya ghairat dalam di hati. ( m.s39 p.3 )
(b) khayal : ...serta khayal juga memujuk tuan puteri itu..... ( m.s44 p.2 )
(c) jin : ...tiada tertahan lagi tangkap jin berempat itu.... ( m.s45 p.3 )
(d) kalbu : ...janganlah merosakkan kalbu abang. ( m.s46 p.2 )

Penggunaan Kata Tunjuk (itu), Kata Penegas (-lah) dan Kata Hubung (dan) juga banyak
digunakan dalam penceritaan Bahasa Melayu Klasik. Terdapat pengulangan dalam
penggunaan perkataan tersebut. Kata tunjuk itu sering digunakan berulang-ulang dalam
Hikayat Langlang Buana.

Kata Tunjuk ( Itu )
Contoh ayat :

(a) Maka bayan itu pun hinggap pada tangan tuan puteri itu. maka tuan puteri itu pun
terlalu sukacitanya mendapat bayan itu. Maka tuan puteri pun terlalu sukacitanya
mendapat bayan itu.
(m.s38 b.24)
(b) Setelah sudah sangkar itu maka bayan itu pun dimasukkan ke dalam sangkarnya itu.
setelah hari malam maka bayan itu pun dikeluarkan dari dalam sangkarnya itu.
(m.s40 p.2)

Kata Penegas
Partikel atau kata penegas -lah dan -pun sangat kerap digunakan dalam teks bahasa melayu
klasik. Penggunaanya juga sering diulang-ulang. Penggunaan yang sering diulang-ulang ini
mungkin disebabkan pengarang atau pencerita ingin menceritakan kesinambungan ayat demi
ayat yang diceritakannya. Selain itu, pengarang juga mungkin kurang kemahiran untuk
mempelbagaikan ayat yang menarik.

Partikel ( -lah )
Kata penegas ini seakan sebati dengan penceritaan dalam teks bahasa klasik.
Adakalanya partikel lah digunakan pada perkataan yang tidak memerlukan kehadiran partikel
itu. Namun biasanya partikel lah digunakan bersama kata kerja selepas pangkal ayat maka.
Contoh ayat :

(a) Maka inangda pun segeralah naik hendak menangkap bayan itu. (m.s38 b.6)
(b) Hai bayan, berceteralah engkau supaya kami dengar. (m.s39 b.8)

Partikel ( Pun )
(a) ...maka biduanda pun pergilah menghadap Raja Bahrum Dewa.. (m.s43 b.22)
(b) Raja Bahrum Dewa pun terlalu marahnya,..... (m.s43 b.27)
(c) Maka tuan puteri pun terkenangkan kasih sayang Raja Indera.... (m.s44 b. 20)

Kata Pangkal Ayat
Kata pangkal ayat sangat banyak digunakan dalam teks cerita klasik. Dalam teks Hikayat
Langlang Buana ini, kata pangkal ayat Setelah itu sangat banyak digunakan terutama apabila
menggunakan perenggan baru. Penggunaan kata pangkal ayat Setelah itu digunakan hampir
pada setiap permulaan perenggan dalam Hikayat Langlang Buana ini. Ia seakan satu
kemestian bagi setiap perenggan. Contoh pangkal ayat adalah seperti Hatta, Syahadan,
Adapun, Maka dan Arakian. Kata pangkal Setelah itu, Maka dan Syahadan biasanya
digunakan bagi memulakan perenggan atau ayat. Pengulangan kata pangkal juga terdapat
pada beberapa perenggan. Sedangkan dalam bahasa Melayu moden, kata pangkal Maka
biasanya digunakan untuk menerangkan tindakan atau perbuatan yang akan dilakukan oleh
watak dalam ayat sebelumnya manakala Setelah adalah untuk menunjukkan sesudah,
sehabis, selepas.
Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana
Setelah itu
(a) Setelah pagi hari, maka Tuan Puteri Mandu ......... (m.s37 p.1)
(b) Setelah sampai ke taman itu, maka Tuan Puteri....... (m.s37 p.2)
(c) Setelah sudah maka Tuan Puteri Mandu................. (m.s37 p.3)
Maka
(a) Maka disuruh seorang lagi tiada juga tertangkap bayan itu. Maka tuan puteri pun
berkata kepada dayang, Tangkap juga. Maka sembah dayang-sayang itu, Kalau-kalau
tuanku sendiri gerangan dapat menagkap bayan itu. Maka tuan puteri pun tersenyum seraya
naik dengan kain basahnya juga. (m.s38 b. 19)
(b) Maka nuri itu pun menyelit dada tuan puteri itu dengan sayapnya, maka kelihatanlah
rupa Raja Indera Bumaya itu kepada tuan puteri itu. (m.s41 b.13)
Syahadan
(a) Syahadan, seketika itu maka nuri itu pun menjadi bunga........ (m.s41 b. 15)
(b) Syahadan dengan tempik soraknya maka dian pelita pun........ (m.s44 b.1)


2.1.4 Kata Hubung
Dan
(a) Empat orang menteri dan empat orang hulubalang memegang senjata dan berbaju
rantai berkawal di bawah mahligai tuan puteri itu. (m.s43 b.6)
(b) Beberapa kata yang manis-manis dan beberapa pantun dan beberapa madah syair.
(m.s44 b.27)


3.0 PERBEZAAN BAHASA KLASIK DARIPADA SUDUT SINTAKSIS



Perbezaan antara bahasa Melayu klasik dan moden juga amat ketara daripada sudut sintaksis.
Beberapa aspek struktur ayat telah dikenalpasti bagi meneliti perbezaan tersebut. Aspek
struktur ayat tersebut ialah :






Rajah 2 : Aspek Struktur Ayat ( Sintaksis )

AYAT MELERET-LERET
Ayat-ayat dalam bahasa Melayu Klasik telah dikatakan meleret-leret, terutama
sekali apabila menyatakan sesuatu perkara. Maksud meleret-leret adalah beberapa ayat
disambung-sambung dalam satu ayat walhal ayat itu boleh dipisahkan kepada beberapa ayat
seterusnya.
Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana
(a) Maka katanya kepada biduanda itu, Pergilah persembahkan ke bawah Duli Yang
Dipertuan katakan, pada malam tadi kami berkawal di bawah mahligai tuan puteri
itu kami dengar suara laki-laki tertawa di atas mahligai tuan puteri itu, hendak
disegerakan pekerjaan itu kerana belum kami persembahkan ke bawah Duli Yang
Dipertuan. (m.s43 b.16)

(b) Setelah seketika itu maka orang berperang pun terlalu banyaklah darah tumpah ke
bumi maka bergeraklah tasik indera sementara itulah segala hulubalang rakyat
sekalian. (m.s47 b.5)


3.1 Ayat Songsang
3.1.1 Susunan Ayat Songsang
Dalam bahasa Melayu moden, suatu frasa itu terdiri daripada subjek + predikat. Ayat
songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) .
Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan
penegasan kepada predikat.
Mengikut buku Tatabahasa Dewan, ayat boleh terbentuk dalam susunan biasa dan boleh
juga dalam susunan songsang. Dalam susunan songsang, unsur-unsur dalam konstituen
predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur-unsur
yang dikedepankan itulah yang hendak diberi penegasan, iaitu melalui proses pendepanan
(Nik Safiah Karim et.al,1993:458). Dalam bahasa Melayu, proses pendepanan yang berlaku
pada predikat adalah seperti berikut (ibid:458-461):
i. Pendepanan seluruh predikat
ii. Pendepanan sebahagian daripada predikat
Formula Pendepanan Predikat Bahasa Melayu
i. Ayat Bahasa Melayu Moden
A B C
Johan membuang sampah ke dalam sungai itu.

ii. Ayat Bahasa Melayu Klasik
B A C
Membuang sampah Johan ke dalam sungai itu.

B C A
Membuang sampah ke dalam sungai itu Johan
C A B
Ke dalam sungai itu Johan membuang sampah.

3.2 Pendepanan Predikat
Ayat di atas dibina dalam susunan biasa, iaitu subjek mendahului predikat. Contoh dalam
teks hikayat :

Apabila subjek berada di hadapan predikat, ia adalah untuk memberitahu maklumat lanjut
berkenaan benda.
Pendepanan subjek dalam suatu ayat juga adalah biasa dalam bahasa moden.
Perbezaan dengan pendepanan predikat bahasa melayu klasik adalah predikat yang
menggunakan kata kerja sebagai subjek. Bahasa Melayu Klasik biasanya menggunakan
pendepanan predikat dalam ayat yang digunakan atau dengan kata lain berlaku
penyongsangan ayat. Pendepanan predikat terdiri daripada predikat kata kerja, objek atau
pelengkap. Ini merupakan pengaruh nahu Arab dalam bahasa Melayu klasik.
Berdasarkan teks Hikayat Langlang Buana tersebut, didapati proses pendepanan
predikat amat berleluasa. Proses pendepanan predikat ini adalah sama seperti penggunaan
ayat pasif dalam bahasa melayu moden. Namun, perbezaan proses pendepanan antara bahasa
melayu moden dan bahasa melayu klasik adalah sifatnya yang sentiasa menggunakan ayat
pasif iaitu pendepanan predikat kata kerja yang hampir digunakan bagi setiap ayat.
3.2.1 Pendepanan Seluruh Predikat
Dalam proses pendepanan seluruh predikat, seluruh konstituen predikat dibawa ke
hadapan mendahului subjek. Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana 1:
Contoh ayat pendepanan predikat dalam teks Hikayat Langlang Buana :
Susunan Predikat Subjek
Bahasa Melayu Klasik Sekarang orang mengepung sudah banyak.
Bahasa Melayu Moden Sekarang orang mengepung terlalu ramai

Susunan Predikat Subjek
Bahasa Melayu Klasik Sudah mati kelak tuan kembali
Bahasa Melayu Moden Apabila saya sudah mati awak pulanglah.

Subjek Predikat
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pun turun mandi
Susunan Predikat Subjek
Bahasa Melayu Klasik Biarlah hilang abang seorang
Bahasa Melayu Moden Biarlah mati saya sendiri

Proses pendepanan ini berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas kah, -
tah, dan lah. Dalam hal ini proses pendepanan seluruh predikat adalah wajib.
3.2.2 Pendepanan Predikat Terdiri Daripada Predikat Kata Kerja
(a) hampirlah tuan beta itu akan datang menghadap tuan (m.s40 b.25)
(b) Bijaksana sekali anak raja ini. (m.s42 b.15)

3.2.5 Pendepanan Sebahagian daripada Predikat
Bahagian-bahagian daripada predikat boleh mengalami proses pendepanan secara berasingan,
iaitu:
i. Pendepanan frasa kerja
ii. Pendepanan frasa adjektif
iii. Pendepanan frasa nama

(i) Pendepanan Frasa kerja
Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu kata kerja sahaja, kata
kerja dengan objek atau kata Bantu dengan kata kerja boleh mengalami proses pendepanan.
Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana ialah :
Pendepanan Kata Kerja Sahaja

Susunan Predikat (KK) Subjek
Bahasa Melayu Klasik Perinya bertemulah dengan Tuan Puteri Candera
Bahasa Melayu Moden Pari-pari pun bertemu dengan Tuan Puteri Candera



Pendepanan Kata Kerja dengan Objek
Susunan Predikat (KK) + objek Subjek
Bahasa Melayu Klasik dipersembahkannyalah perkataan segala menteri
Bahasa Melayu Moden dilaporkannya segala kata-kata Menteri



Pendepanan Frasa Adjektif
Dalam ayat susunan biasa, adjektif hadir dalam konstituen predikat, yang letaknya
sesudah konstituen subjek. Tetapi susunan tersebut boleh diterbalikkan dengan meletakkan
frasa adjektifnya di bahagian hadapan ayat, iaitu mendahului subjek. Bahagian-bahagian yang
boleh dikedepankan ialah kata adjektif sahaja atau kata bantu dengan dengan kata adjektif.
Contoh dalam teks Hikayat Siak ialah :
Kata Adjektif sahaja
Kata adjektif

KA + Kata Penguat


Pendepanan Frasa Nama

Frasa Sendi sebagai keterangan predikat
Susunan Predikat (KK) + objek Subjek
Bahasa Melayu Klasik Tiada seorang pun melihat dia
Bahasa Melayu Moden Tidak ada seorang pun yang melihat dia
Susunan Predikat (KA) Subjek
Bahasa Melayu Klasik merah padam muka baginda itu
Susunan Predikat (KA) + Kata Penguat Subjek
Bahasa Melayu Klasik Bijaksana sekali Raja Indera Bumaya ini.
Susunan Predikat (FA) Subjek
Bahasa Melayu Klasik
..di bawah mahligai
tuan puteri itu
kami dengar suara laki-laki..
Bahasa Melayu Klasik di pohon kemunting tadi kami tangkap
Susunan Predikat (FA) Subjek
Bahasa Melayu Klasik anak celaka itu memberi malu kita.
Susunan Predikat (FS) + keterangan Subjek


3.6 Ayat Pasif
Terdapat ayat aktif dan ayat pasif. Kata kerja aktif digunakan dalam ayat aktif. Kata
kerja pasif digunakan dalam ayat pasif. Kata kerja aktif menggunakan imbuhan me-. Kata
kerja pasif menggunakan imbuhan di-. Dalam ayat pasif, orang yang melakukan perbuatan itu
ditulis dalam predikat ayat, manakala benda atau orang yang mengalami perbuatan itu ditulis
dalam subjek ayat.

Konsep pasif menurut Asmah Haji Omar hanya dari segi kata kerja pasif dan dari segi
susunan kata-kata yang membentuk ayat pasif. Dengan perkataan lain, ayat pasif dapat
dikenali atau dikesani bukan sahaja dengan penggunaan kata kerja pasif, tetapi melalui
binaan atau susunan ayat itu.

Menurut beliau lagi, susunan ayat-ayat pasif adalah seperti berikut:
i. Pelengkap Kata Kerja Subjek.
ii. Pelengkap Subjek Kata Kerja.

Tatabahasa Dewan (1993:467 471) telah menggolongkan ayat-ayat pasif dalam
bahasa Melayu kepada tiga jenis iaitu:
a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
c) Ayat pasif dengan kehadiran kata bantu pasif "kena"
a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
i. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. Ayat pasif jenis ini sesuatu ayat yang
dalamnya terdapat kata kerja. Kata kerja itu mengandungi imbuhan awalan di- dan
ter-.

Bahasa Melayu Klasik Dilihat tuan puteri seorang laki-laki
Di dalam hatinya
segala dayang-dayang dan
inang pengasuh
Didengar oleh baginda akan sembah biduanda itu
Walau bagaimanapun, perbezaan ayat pasif yang terdapat dalam bahasa melayu klasik
adalah daripada segi susunan :


Iaitu dimana kata kerja sebagai subjek pada ayat dan pelengkap sebagai predikat dalam ayat.
Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana ialah :

Kata Kerja Subjek Predikat
dijolok oleh dayang-dayang itu hendak menangkap bayan itu.
disuruh oleh tuan puteri itu perbuatkan sangkarnya

3.3 Banyak menggunakan ayat pasif di- dan ter-
Penggunaan ayat pasif Bahasa adalah selalu digunakan dalam penceritaan bahasa
melayu klasik. Lebih ketara apabila ditulis dalam teks penulisan. Kita akan dapat
membezakan suati ayat itu adalah menggunakan bahasa melayu klasik atau bahasa melayu
moden hanya dengan melihat struktur ayatnya.
Contoh dalam Hikayat Langlang Buana :
Kata Kerja Subjek Predikat
setelah didengar oleh hulubalang suara
orang ketawa
di atas mahligai tuan puteri itu...
maka dipegang oleh tangan baginda tangan tuan puteri
setelah
terjunjunglah
di atas batu kepala kakanda


3.4 Unsur Pengulangan Kata Dalam Ayat
Dalam bahasa klasik, terdapat banyak unsur pengulangan dalam ayat. Seperti yang
dibincangkan sebelum ini, pengulangan ayat menyebabkan ayat itu meleret-leret.
Contoh ayat dalam teks Hikayat Langlang Buana :
(a) Setelah didengar oleh baginda akan sembah biduanda itu maka Raja Bahrum Dewa
pun terlalu marahnya, api bernyala-nyala merah padam muka baginda itu seperti
bunga raya yang baharu kembang rupanya. (m.s43 b.25)

Kata kerja subjek - pelengkap

(b) Setelah seketika itu maka orang berperang pun terlalu banyaklah darah tumpah ke
bumi bergeraklah tasik indera itu sementara itulah segala hulubalang rakyat
sekalian. (m.s47 b.1)

Dalam penceritaan moden, api bernyala-nyala merah padam bunga seperti bunga raya
adalah keterlaluan. Api yang bernyala sudah cukup menggambarkan punca kemarahan.
Apabila pengarang menambah seperti bunga raya lagi, maka seakan-akan muka raja tersebut
mengembang kerana terlalu marah.
Pada ayat kedua, gambaran pengarang tentang perang tersebut diceritakan sekaligus.
Kekeliruan boleh berlaku kerana ayat meleret-leret akan menyukarkan pembaca
membayangkan suasana tersebut.

3.7 Ayat Majmuk
Ayat majmuk dibina lebih daripada satu klausa. Ia mengandungi dua atau lebih ayat
ayat tunggal yang disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali,
tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. Berdasarkan teks Hikayat Langlang Buana, didapati
beberapa ayat yang menggunakan kata hubung bagi menjelaskan sesuatu maksud cerita. Oleh
kerana bahasa melayu klasik masih belum diperluaskan lagi dengan kata hubung yang
pelbagai, maka ayat majmuk yang dibina akan menggunakan tanda koma (,) sebagai ganti
kata hubung.
Contoh ayat
(a) Setelah sudah santap, maka santap sirih di dalam puan serta bergurau dan bersenda
dengan segala dayang-dayang inang pengasuh sekalian dan segala isi mahligai itu.
(m.s42 p.2)

(b) Setelah dilihat oleh tuan puteri bunga itu menjadi seorang laki-laki terlalu elok
parasnya dan sikapnya terlalu pantas, maka di dalam hati tuan puteri..
(m.s41 p.2)

Dalam bahasa melayu klasik, penggunaan ayat majmuk sangat ketara dan hampir
menguasai keseluruhan penceritaan. Berdasarakan teks klasik ini, penggunaan kata hubung
atau, kecuali, tetapi amatlah sedikit dan mungkin tidak terdapat dalam ayat penceritaan. Ia
adalah kerana pengarang banyak menggunakan tanda baca koma (,) bagi menjelaskan
maksud ayat yang ingin dihubungkan.
Dalam penceritaan bahasa melayu moden, ayat tunggal dibina agar ayat tidak terlalu panjang
dan meleret. Penggunaan ayat majmuk dalam bahasa melayu klasik sebenarnya adalah
gabungan beberapa ayat tunggal dan boleh dicerakinkan tanpa bantuan kata hubung.
Contoh lain ayat majmuk yang terdapat dalam teks Hikayat Langlang Buana :
(a) Pergilah persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan katakan, pada malam tadi
kami berkawal di bawah mahligai tuan puteri kami dengar suara laki-laki tertawa di
atas mahligai tuan puteri itu, hendak disegerakan pekerjaan itu kerana belum kami
persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. (m.s43 p.2)

(b) Maka Tuan Puteri Ratna Dewi pun seraya turun dari atas pangkuan Raja Indera
Bumaya maka dipegangnya oleh baginda tangan tuan puteri seraya berkata,
(m.s4 b.13)

You might also like