You are on page 1of 6

1

1.0 Pendahuluan.
Muktazilah merupakan salah satu daripada aliran dalam teologi Islam yang bersifat rasional
dan terbuka. Ciri utama yang membezakan aliran ini daripada aliran yang lain seperti ahli
sunnah ialah aliran ini menggunakan dalil-dalil akliah yang lebih bersifat menjurus kepada
rasional akal yang boleh didapati dalam banyak dalil yang dikeluarkannya dan juga
mempunyai unsur kefalsafahan.
Aliran ini mempunyai lima asas ajaran yang menjadi asas kepada cara pemikiran
mereka. Asas yang pertama ialah ketauhidan Allah, kedua keadilan Allah, ketiga janji dan
ancaman, keempat kedudukan diantara kedudukan ( yang membicarakan mengenai pelaku
dosa besar) dan yang terakhir ialah amar makruf dan nahi mungkar ( membicarakan tuntutan
membuat baik dan meninggalkan perkara yang mungkar ia lebih banyak menerangkan hukum
fiqh).
Pendapat ahli Sunnah Waljamaah kepada mereka ialah, sebahagian ulama
berpendapat bahawa permulaan atau asas muktazilah adalah untuk mempertahankan Islam
daripada ancaman pihak musuhnya. Akan tetapi kesudahannya, mereka ini bersikap taasub
kepada mazhab ini sehingga mencapai darjat taasub yang kritikal. Mereka juga telah banyak
merosakkan hukum-hukum syariah Islam dan telah mereka hukum dengan pendapat mereka
bahkan menjadikan hukum-hukum itu sebagai panduan mereka.
Sebagai rumusan, boleh dikatakan bahawa pengikut Muktazilah ini ialah golongan
yang banyak menggunakan hujah dan dalil akal berbanding dalil-dalil yang lain seperti qiyas
dan usul-usul yang lain.

2.0 Sejarah Muktazilah.
Muktazilah ialah aliran sebuah kumpulan Islam yang banyak menggunakan dalil-dalil, hujah
akal dalam usul agama dan kiasan hukum yang lain. Aliran pemikiran ini wujud sejak zaman
pemerintahan Kerajaan Abasiyyah.

Menurut kebanyakan pendapat, pengasas kepada mazhab ini ialah seorang lelaki yang
bernama Wasil bin Ata dan kebanyakan para ulama berselisih pendapat dalam menetapkan
waktu dan zaman kemunculannya. Ada sebahagian pendapat mengatakan bahawa dia
daripada golongan Sayidina Ali r.a yang telah meningalkan arena siasah dan terus menukar
haluannya kepada beribadat di rumah-rumah dan di masjid-masjid (Ensiklopedia dunia:
2005).
Kebanyakan alim ulama berpendapat bahawa ketua kepada mazhab ini ialah Wasil
ibn Atayang merupakan salah seorang daripada mereka yang menghadiri kuliah ilmu yang
diajar oleh Hasan Al-Basriy. Penyebaran ilmu dalam kuliah ini adalah berkaitan dengan
masalah- maslah agama yang boleh menimbulkan kontroversi dan melibatkan logik akal pada
zaman itu, iaitu membincangkan masalah orang yang melakukan dosa besar. Adakah mereka
dianggap mukmin yang mutlak ataupun kafir mutlak atau kedudukannya berada ditengah-
tengah (Ensiklopedia dunia: 2005).
Maka Wasil, menyatakan pendiriannya mengenai masalah ini, dan menurutnya,
pendapat ini adalah bertentangan dengan pendapat Hasan Al- Basriy, Saya mengatakan
bahawa orang yang berdosa besar bukanlah mukmin yang mutlak, bahkan kedudukannya
adalah di tengah-tengah diantara dua kedudukan ( antara kafir mutlak dengan mkmin mutlak
). Setelah memberikan kenyataan ini, Wasil bin Ata telah meninggalkan kuliah ilmu Hasan
Al-Basriy dan seterusnya membuka kuliah ilmu yang lain di masjid. Dengan sebab inilah,
maka kumpulan ini mendapat namanya iaitu Muktazilah sebagaimana yang elah
disebutkan oleh Hasan Al-Basriy : Wasil telah meninggalkan kita (Ensiklopedia dunia:
2005).
Menurut kata para pengikut Muktazilah di dalam kitab-kitab mereka bahawa mazhab
mereka ini telah diasaskan pada awalnya oleh Wasil dan mereka menganggap golongan yang
berpengaruh dalam mazhab ini majoritinya daripada golongan Ahli- al Bayt (keluarga
keturunan Rasulullah saw) yang terdiri daripada kalangan para sahabat besar dan golongan
tabiin. Mereka ini juga telah mengiktiraf Hasan al-Basriy sebagai orang penting dalam
mazhab mereka (Ensiklopedia dunia: 2005).
2


Mazhab Muktazilah sependapat dengan mazhab Qadariyah dalam menyatakan hukum
perbuatan manusia. Ini kerana mazhab Qadariyah juga menyatakan pendapat yang sama
dengan mazhab Muktazilah dalam menetapkan hukum orang yang melakukan dosa besar.
Pengaruh besar Wasil bin Ata, iaitu ketua mazhab Muktazilah ini, telah menyebabkan
perkembangan yang meluas dikalangan pengikutnya dan seterusnya dijadikan pegangan
akidah sebahagian umat Islam. Mazhab ini juga di dukung oleh kumpulan lain yang dikenali
wasiliyah, iaitu kumpulan yang condong kepada mazhab Muktazilah (Ensiklopedia dunia:
2005).

3.0 Tokoh-Tokoh Muktazilah.
Diantara tokoh-tokoh Muktazilah yang terkenal ialah Wasil bin Ata, Muhammad ibn al-
Hazil ibn al-Alaf, Ibrahim ibn Sayyar al-Nizam, Bashar ibn al-Mutamar, Muamar ibn Ibad
al-Salmi, Isa ibn Sabih al-Mawariy, Thamamah ibn Ashras al- Numayriy, Amru ibn Bahar
al-Jahiz, Hisham ibn Amru al-Futiy, Abu al-Husayn ibn Abu Amru al-Khayyat, Abu Ali
Muhammad ibn Abd al-Wahab al-Jubbaiy, al-Husayn ibn Muhammad al-Najjar, al-Qadi
Abd al-Jabbar dan lain-lain lagi (Ensiklopedia dunia: 2005).

4.0 Pandangan dan pendapat Muktazilah.
Muktazilah bertentangan pendapat dengan para ulama salaf dalam meletakkan peranan akal
dan ijtihad secara umum. Ulama Islam yang terdahulu telah meletakkan akal di tempat yang
ketiga selepas al-Quran dan Sunnah manakala mazhab Muktazilah pula telah meletakkan dalil
akal sebagai sumber pengambilan hukum yang utama dalam mazhab mereka, seperti mana
yang mereka katakan bahawa mereka memahami dan mengambil al-Quran dan sumber
sumber yang lain, yang boleh dibuat dalil dan hujah. Mereka mengingkari dan menolak hadith
Mutawattir dan hadith-hadith Ahad (Ensiklopedia dunia: 2005).
Mereka juga menolak banyak hadith yang mereka dapati bertentangan dengan asas
dan usul yang lima dalam mazhab mereka. Golongan ini juga bersetuju dengan pendapat al-
Hasan Basriy berkenaan hukum seorang sahabat yang mabuk kerana minum air perahan
anggur bahawa tidak di hukum sebat. Terdapat juga sebahagian daripada ulama mereka
menggunakan dalil ijmak dan kias sebagai hujah mereka (Ensiklopedia dunia: 2005).

5.0 Perpecahan Firaq Dalam Muktazilah.
Apabila menyebut mengenai perpecahan firaq yang terdapat dalam muktazilah ia semestinya
berlaku oleh kerana perselisihan pendapat sesama mereka, tetapi perpecahan ini berlaku
bukanlah oleh kerana mereka berselisih pendapat dengan 5 konsep asas muktazilah tetapi
disebabkan yang lain (Awad bin Abdullah: 1409H).
Terdapat sebanyak 22 firaq yang ada di dalam muktazilah. Diantaranya ialah al-
wasiliyyah, al-huzliyah, al- nizomiyah, al-basyriyah, al-hamariyah, al-bihsyamiyah, al-
kabiyah, al-jabaiyah, al- khiyatiyah, al- syihamiyah, al-jahiziyah, al- solihiyah, al-
muyisiyah, al- khobatiyah wa al-hadsiyah, al-askafiyah, al- aswariyah, al- jafariyah, al-
murdariyah, al-hisyamiyah, al-mamariyah, al-samamiyah, dan al-Umuriyyah (Awad bin
Abdullah: 1409H).

Sedikit penerangan mengenai firaq-firaq yang terdapat dalam aliran Muktazilah:-
1) al-Wasiliyah, mereka adalah pengikut Wasil bin Atto' yang pada asalnya adalah murid
kepada imam Hasan al-Basri. Kemudian meninggalkan Hasan al-Basri selepas dia tidak
setuju dengan Hasan al-Basri dalam isu pelaku dosa-dosa besar.
2) al-Huzailiyyah, mereka adalah pengikut Abu Huzail Hamdan bin al-Huzail, syeikh utama
Muktazilah yang menuntut ilmunya dari Usman bin Khalid at-Towil dan Usman pula
mengambil dari Wasil bin Atto'.
3) al-Nizomiyyah, mereka adalah pengikut Ibrahim bin Yasar bin Hani' al-Nizom yang telah
mencampur adukkan antara ungkapan ahli falsafah dan Muktazilah. Beliau bersendirian
dengan beberapa pendapatnya berbanding ulama-ulama Muktazilah yang lain. Seperti iktikad
beliau mewajibkan Allah dengan sesuatu yang Allah terpaksa melakukannya.
3


4) al-Bisyriyyah, adalah pengikut Bisyir bin Muktamir dikalangan ulama Muktazilah. Imam
az-Zahabi berkata; "Beliau adalah orang yang cerdik pandai tetapi tidak mendapat petunjuk
dan hidayah, umurnya panjang tetapi tidak kembali kepada petunjuk yang benar". Antara
kata-katanya ialah;"Allah mampu untuk menyiksa kanak-kanak kecil dan jika Allah
melakukan yang demikian maka Allah telah menjadi zalim".

6.0 Asas Pemikiran Mutazilah
Mutazilah merupakan kumpulan dalam Islam yang banyak menggunakan hujah akal dalam
usul-usul agama, dalil-dalil dan mantik dalam pemikiran mereka. Tujuan penggunaan akal
dalam method pemikiran mereka bertujuan untuk mempertahankan kesucian akidah umat
Islam pada zaman mereka. Namun mazhab Mutazilah dianggap bertentangan pendapat
dengan para ulama salaf dalam meletakkan peranan akal dan ijtihad secara umum. Ulama
Islam yang terdahulu telah meletakkan akal di tempat yang ketiga selepas Al-Quran dan
Sunnah manakala mazhab Mutazilah pula meletakkan dalil akal sebagai sebagai sumber
pengambilan hukum yang utama dalam mazhab mereka.
Apabila diteliti kitab-kitab Mutazilah maka akan dapati bahawa mereka bersepakat dan
berpegang kepada lima prinsip usul, iaitu tauhid, al-adl, al-wad wal-waid, al-manzilah bayn
al-manzilatayn dan al-amr bi al-maruf wa al-nahy an al-munkar (Badawi,Abd
Rahman,1996:55)
Kelima-lima prinsip ini penting untuk dianggap sebagai Mutazilah. Sesiapa yang tidak ada
kelima-lima prinsip ini tidak dinamakan Mutazilah (Mudasir:1994). Jelas disini
menunjukkan method pemikiran Mutazilah bertitik tolak daripada lima prinsip usul ini dan
aplikasi daripadanya melahirkan pegangan-pegangan dan pendapat-pendapat mereka dalam
pandangan akidah mereka.


6.1 Tauhid
Prinsip Tauhid merupakan prinsip yang pertama dalam usul Mutazilah Bagi mereka Tauhid
ialah apa yang thabit bagi Allah dan apa yang menafikan Allah daripada sifat-sifat. Mengikut
Qadhi Abdul Jabbar(1) dalam meletakkan pengertian Tauhid ialah dari segi bahasa
bermaksud menjadikan sesuatu itu satu, seperti perkataan Tahrik bermaksud menjadikan
sesuatu itu bergerak, dan perkataan Taswid bermaksud menjadikan sesuatu itu hitam, maka
baginya tauhid ialah Ithbat (menetapkan) dalam maksud yang lain ialah Ijab (al-Mutiq:
2001). Memastikan keesaan Allah dan hanya Allah sahaja bersifat qadim dan azali yang
merupakan sifat yang khusus bagi Allah sahaja (al-Shafie,Hassan: 1991).

Usul ini bagi mereka adalah bertujuan untuk mentanzihkan Allah taala daripada menyerupai
dengan makhluk.Mutazilah mengambil pendirian berhati-hati dalam meletakan apa-apa
sahaja yang berkaitan dengan Allah untuk mengelak daripada berlakunya kesalahan ataupun
mensyirikkan Allah dengan makhluk.

Dengan sebab ini juga berlaku pertembungan dengan mazhab Ahli Sunnah, sepertimana yang
digambarkan oleh Ibn Khaldun mengatakan kemudian berlakunya perkembangan ilmu dan
ciptaan, golongan Mutakalimun menulis mengenai tanzih maka berlakunya Bidah Mutazilah
yang terlalu mengumumkan tanzih dalam ayat-ayat quran yang berbentuk penafian, maka
mereka mengambil pendirian menafikan sifat-sifat mani seperti sifat lmu, Qudrat, Iradah,
Hayah (al-ShafieHassan:1991:99). Mereka mendakwa merakalah ahli tauhid yang sebenar-
benarnya dan merekalah yang mengambil berat mengenai akidah umat Islam dalam
mempertahankan kesucian Islam (Jarullah,Zuhdi: 1973:61).
Aplikasi daripada method ini maka lahirlah pegangan Mutazilah terhadap perkara-perkara
akidah mengenai Allah seperti :
Menafikan Sifat bagi Allah .
4

Tujuan Mutazilah menafikan sifat azali bagi Allah adalah untuk mempertahankan konsep
tauhid mutlak bagi Zat Allah (al-Khayyat:1950 :13,14) berdasarkan ayat al-Quran (42:11)

Wasil ibn Ata menafikan sifat secara mutlak kerana boleh membawa kepada syirik dan
berkata siapa yang menetapkan bagi Allah makna dan sifat yang qadim maka dia telah
mengatakan Tuhan itu dua.
Golongan Mutazilah terpengaruh dengan falsafah Yunani dimana mereka berpendapat
bahawa Allah adalah wajib ul-wujub dengan zatnya,dan Allah adalah esa dari setiap keadaan
maka mereka menafikan sifat keatas Allah sebagai tambahan keatas zatnya. (Jarullah.Zuhdi:
1973:63)
Namun Mutakzilah dianggap berlebihan dalam memamahamkan konsep tanzih itu hingga
menafikan sifat-sifat yang ada pada Allah, walaubagaimanapun mereka tidak menafikan
nama-nama bagi sifat Allah itu, yang mereka nafikan hanyalah mana yang ada pada nama-
nama itu, semata-mata kerana mempertahankan prinsip aliran pemikiran yang telah dikatakan
sejak awal lagi bahawa mengisbatkan sifat akan membawa kepada berbilang-bilang yang
qadim (Mudasir:1994).
Apa yang dapat disimpulkan daripada pendirian Mutazilah ini ,mereka mempunyai tujuan
yang murni terhadap Allah dalam menafikan sifat keatasnya kerana ingin mengelak daripada
berlaku syirik dan menyamakan Allah dengan makhluk, pendekatan yang digunakan
Mutazilah dalam men-tazih-kan Allah bertepatan dengan konsep tauhid mengikut fahaman
mereka.

Al-Quran adalah makhluk.
Masalah Kalam menjadi perdebatan yang sangat hebat dikalangan orang Islam sejak sekian
lama. Kalam disisi Mutazilah ialah huruf-huruf yang tersusun dan suara-suara yang terputus
(al-Jabbar:324). Mutazilah mengambil pendirian mengatakan al-Quran adalah makhluk
berpunca daripada masalah sifat yang dibincangkan tadi. Bagi Mutazilah mereka bersepakat
mengatakan bahawa kalam Allah adalah baharu. Adalah berdasarkan kepada pendapat mereka
dalam masalah sifat Allah, kerana mereka tidak menerima adanya sifat yang qadim yang
selain dari zat, mereka maksudkan dengan sifat ialah ain zat itu sendiri ,bukan yang lain dari
zat Allah. (Mudasir:1994).
Mutazilah berpendapat bahawa Allah adalah Mutakallim tetapi bukanlah dengan kalam
qadim bahkan dengan kalam muhdas yang diciptakan ketika diperlukan untuk bercakap
.Kalam muhdas bukanlah berdiri dengan zat Allah tetapi diluar zat Allah (Jarullah,Zuhdi,
1973:78).
Muktazilah menggunakan pelbagai hujah untuk mempertahankan pendapat mereka
sehinggalah mereka terpaksa mentakwilkan ayat al-Quran
.
(Al-Quran,4:1164)
Dengan mengatakan Allah telah mencipta Kalam tersebut dipokok danMusa mendengar
Kalam Allah daripada pokok tersebut. Diceritakan al-Makmum telah cuba mengalihkan
makna ayat untuk mengatakan al-Quran adalah makhluk dalam ayat

(Al-Quran,12:2)
Iaitu dengan menafsirkan setiap apa yang Allah taala ciptakan maka adalah ianya makhluk
(Jarullah,Zuhdi: 1973:79).

6.2 Al-adl
Prinsip Al-Adl menjadi asas dalam method pemikiran Mutazilah. Al-Adl dari segi bahasa
bermaksud setiap perbuatan baik yang dibuat seseorang dan memberi manfaat kepada orang
lain. Makna Allah al-Adl mengikut istilah Mutazilah ialah semua perbuatan Allah adalah
baik dan Allah tidak melakukan sesuatu yang buruk serta tidak ada yang mengurangkan apa
yang wajib keatasnya (Badawi,Abd Rahman: 1966,60).
Kesan daripada prinsip al-adl ini dapat dilihat dalam pemikiran Mutazilah seperti :
Al-Tahsin wal Taqbih
5

Al-Tahsin wa al-taqbih oleh akal bermaksud akal mempunyai kemampuan mengetahui baik
dan buruk dalam setiap perkara. Akal merupakan anugerah dan ciptaan Allah kepada
manusia. Jika akal tidak dapat membezakan baik dan buruk nescaya sia-sialah ciptaan Allah
,yang demikian itu mustahil bagi Allah yang bersifat sempurna.

Al-Solah wal Aslah
Wajib keatas Allah melakukan al-lutf wal solah iaitu melakukan apa yang membuatkan
hambanya melakukan ketaatan dan menjauhkan mereka daripada maksiat dalam keadaan
tidak sampai kepada tahap terpaksa (al-Shafie,Hassan:1991:99). Mereka bersepakat
mengatakan al-Hakim yang maha bijaksana tidak akan melakukan sesuatu kecuali untuk
kebaikkan dan tujuan kemaslahatan dan kepentingan hambanya(Sharustani :39).

Afalul Ibad
Manusia bebas dalam menentukan segala perbuatannya tanpa campur tangan daripada Allah
(Jarullah,Zuhdi:1973:94). Mereka mengingkari bahawa Allah taala yang menjadikan segala
perbuatan hamba-hambanya .Ini kerana mereka merasakan bahawa perkara tersebut
menafikan dan menidakkan perbuatan-perbuatan buruk daripada Allah. Ini juga menyebabkan
manusia itu layak menerima ganjaran atas kebaikan yang dilakukan dan menerima balasan
atas kejahatan yang dilakukan (Sharustani:39).
Irsal Rasul
Wajib keatas Allah mengutuskan rasul kepada manusia kerana menunjukkan kepada adilnya
Allah .Rasul menjadi petunjuk kepada kebaikan kepada manusia dan kesempurnaan syariat
Allah. (al-Mutiq :2001:203)

6.3 Al-wad wal-waid.
Asul yang ketiga ini mempunyai kaitan dengan usul yang kedua iaitu al-Adl, al-wad dan al
waid adalah perlaksanaan kepada konsep keadilan tuhan. Al-wad adalah janji baik keatas
perbuatan baik manusia manakala al-waid adalah janji buruk keatas perbuatan maksiat
manusia (Badawi,Abd Rahman:1966:62). Berkata Qadhi Abd al-Jabbar janji balasan baik dan
jahat itu ialah Allah telah menjanjikan orang-oranga taat dengan pahala dan mejanjikan
orang-orang derhaka dengan balasan dosa. Allah tetap berpegang pada janjinya, tidak harus
baginya menyalahi dan berbohong dengan janjinya. Mereka berpegang kepada usul ini kerana
terdapat banyak Al-Quran yang menceritakan hal ini.
Berikut adalah hujah Mutazilah dalam usul ini .(al-Mutiq :2001:213)

(Al-Quran,4:100)
Zamakhsyari menafsirkan ayat iaitu maka telah wajib keatas Allah
memberi pahala kepada nya.
Kesan daripada pegangan ini golongan Mutazilah telah mewajibkan keatas Allah
sesuatu perkara .Namun bagi meraka, Allah tidak sekali-kali memungkiri janji kerana
memungkari janji adalah sesuatu yang mustahil bagi Allah (as-Shafie,Hassan:1991:100).
Daripada usul ini juga mereka menolak syafaat.

6.4 al-Manzilah Bayn al-Manzilatayn.
Usul ini mengikut ahli sejarah menjadi titik permulaan kepada terbentuk mazhab
Mutazilah dan telah dinamakan juga Mutazilah dengan nama al-Munazaliyyah iaitu ashabul
manzilah baina manzilatayni.Mengikut al-Balkhi dinamakan Mutazilah dengan Itizal kerana
perselihan pendapat yang berlaku mengenai kedudukan orang yang melakukan dosa besar
.Golongan Khawarij mengatakan orang yang melakukan dosa besar adalah termasuk didalam
orang-orang kuffar dan musyrik. Bagi sebahagian Murjiah mengatakan mereka adalah orang
yang beriman kerana masih megaku beriman dengan Allah,rasul-rasul dan kitab .Maka
dengan sebab ini Mutazilah mengambil pendirian pertengahan mengatakan bahawa orang
yang melakukan dosa besar itu tidaklah mukmin atau kafir tetapi berada dalam suatu keadaan
antara dua kedudukan (al-Nasyaar :438).

6



6.5 al-Amr bi al-maruf wa al-nahy an al-munkar
Al-Makruf mengikut takrif Mutazilah ialah setiap perbuatan yang dilakukan oleh
sesorang yang mana dia mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah baik ataupun
seseorang yang mengajak kearah kebaikan .Adapun al-munkar ialah setiap perbuatan yang
dilakukan oleh seseorang itu yang mana dia mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah
maksiat (al-Mutiq:2001:440) . Menyeru kepada maruf dan mencegah daripada
kemungkaran merupaka hukum amali dan politik yang diangkat oleh Mutazilah menjadi usul
akidah.Di awal kemunculan Mutazilah cuba mewajibkan orang Islam supaya keluar
menentang pemerintah yang zalim walaupun terpakssa menggunakan senjata (as-
Shafie,Hassan:1991:100).

7.0 Kesimpulan
Kemunculan Mutazilah sebagai sebuah sekolah pemikiran dalam sejarah tamadun Islam
member pelbagai kesan terhadap perkembangan intelektual, politik, dan sejarah umat Islam
.Dari sudut intelektual ,Muktazilah dilihat memberi kesan yang besar dalam kemunculan
sekolah-sekolah pemikiran tradisional dan moden . Mutazilah menjadi lambang kepada
kebebasan berfikir dan membentuk aliran rasionalisme dalam sejarah pemikiran Islam.
Mereka banyak terpengaruh dengan buku-buku falsafah Greek. Sumbangan meraka terhadap
penyusunan ilmu teologi secara sistematik juga memberi suntikan kepada pengembangannya
sehingga ke hari ini. Dari sudut politik, Mutzilah mengalami zaman keemasannya dizaman
pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid, yang mana mazhab Mutazilah menjadi mazhab
rasmi bagi kerajaan ketika itu maka berlakulah penindasan terhadap golongan yang
menentang pegangan-pegangan mereka seperti yang berlaku keatas Imam Ahmad bin Hanbal.
Akhir sekali, sebagai saranan kepada pengkaji-pengkaji aliran pemikiran dalam Islam
perlulah melihat secara menyeluruh terhadap mazhab Mutazilah sama ada dari sudut positif
dan negatif.



RUJUKAN
Awad bin Abdullah, 1409H. Muktazilah wa Usul al-khomsah, Riyadh, Dar al-asimah.
Al-Nashar, Ali Sami 1975. Nashat al-Fikri al-Falsafi Fi al-Islam, juzuk pertama cetakan
kesembilan,Qahirah : ar al-Maarif.
Abd al-Jabbar Ahmad.1965.Sharh Usul al-Khamsah,Tahqiq, Abd al-Karim
Uthman,Qahirah: Maktabah Wahbah.
Al-Badawi. Abd Rahman 1996, Mazahib Islamiyiin ,Qahirah :Dar Ilm al-Malayiin.
Al-Shafie, Dr Hassan Muhammad, 1991 Madhkal Ila Dirasat Ilm Kalam,Qahirah:Maktabah
Wahbah
Zuhdi, Hasan Jarullah. 1947. Al-Muktazilah. Qahirah : al-Ahliah lil Nasr wa Tauzi
Ensiklopedia dunia, 2005. Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur.
Ibrahim Abu Bakar 2008, Tradisionalisme Dan Rasionalisme Dalam Ilmu Kalam.Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mudasir bin Rosder 1994, Masalah Uluhiyyah Dalam Aliran Muktazilah: Islamiyyat
15(1994) Universiti Kebangsaan Malaysia

You might also like