You are on page 1of 3

002.

Pembahagian Isim : Mufrad, Musanna dan Jamak (Pengajian Bahasa Arab Online Akhi Ahmad Kamil)

1

Apabila kita melihat pula dari sudut bilangan, Isim terbahagi pula kepada tiga
bahagian, iaitu Mufrad, Musanna dan Jamak.

Mufrad ( )
Mufrad maknanya tunggal. Ia merujuk kepada satu perkara. Dalam Bahasa
Inggeris istilahnya singular. Ia boleh merujuk kepada:
- manusia, seperti :

[tilmiz] seorang pelajar lelaki

[muallim] seorang
guru lelaki
- tempat seperti : [Salanjur] Selangor
- benda seperti :

[qolamun] sebatang pen


- nama seseorang seperti : dan

Musanna (

)
Dari segi istilah, musanna bermaksud satu perkataan yang menunjukkan kepada
bilangan dua. Di sini akan berlaku penambahan daripada kalimah mufrad. Yang
ditambah adalah Alif dan Nun. Misalnya kalimah

yang maknanya seorang


guru lelaki tadi.
Untuk menjadikannya musanna, maka kita perlu menambah Alif dan Nun. Ia akan
jadi

[muallimaani] = dua orang guru lelaki.


Ketika ini, huruf sebelum Alif itu akan berbaris

[fat-hah] iaitu baris atas.


Kadang-kadang, penambahan yang berlaku bukan Alif dan Nun, tapi dengan Ya
dan Nun. Misalnya

[muallimaini]. Adakah maknanya berubah? Tidak,


maknanya tidak berubah. Kenapa perubahan ini berlaku? Kerana berlaku
perubahan irab.
002. Pembahagian Isim : Mufrad, Musanna dan Jamak (Pengajian Bahasa Arab Online Akhi Ahmad Kamil)

2


Stop!!! Tuan-tuan jangan peningkan kepala untuk fikir irab tu apa. Buat masa ni
tuan-tuan hanya perlu tahu bahawa untuk Musanna, ia boleh jadi dengan
penambahan Alif dan Nun, atau Ya dan Nun. Itu sahaja. InsyaAllah kita akan
masuk juga kepada perbahasan irab nanti.
Bagi yang memang dah kenal asas irab, ia adalah bonus untuk kalian.
Baiklah, kita tengok contoh supaya lebih jelas.
Kalimah = seorang lelaki
Untuk menjadikannya musanna, maka ditambah . Ia akan jadi

atau
ditambah jadi

.

Jamak ( )
Jamak adalah kalimah yang menunjukkan bilangan lebih daripada dua. Maknanya
ia bermula dari bilangan tiga dan ke atas. Seperti mufrad dan musanna, jamak
juga boleh merujuk kepada benda, manusia dan tempat.

Jamak terbahagi kepada dua, iaitu jamak salim (yang selamat sebutan mufradnya)
dan juga jamak taksir (yang tak selamat mufradnya). Apa yang dimaksudkan
dengan selamat dan tak selamat?

Baik, kita lihat dulu contoh yang saya berikan ini :

= seorang Muslim > / para Muslim


= seorang Muslimah > para Muslimat


002. Pembahagian Isim : Mufrad, Musanna dan Jamak (Pengajian Bahasa Arab Online Akhi Ahmad Kamil)

3

Kedua-dua kalimah ini adalah contoh kepada jamak salim. Cuba lihat perbezaan
antara kalimah mufrad dan jamaknya. Apa yang berlaku adalah penambahan
Wau dan Nun, atau Ya dan Nun selepas huruf akhir mufradnya, untuk muzakkar
(maskulin).

Manakala untuk Muannas (Feminin) iaitu kalimah Muslimah, ada penambahan
Alif dan Ta. Kalimah asalnya tidak rosak, tidak pecah.

Untuk lebih faham, cuba lihat pula apakah yang dimaksudkan dengan jamak
taksir, iaitu yang tak selamat mufradnya.

Lihat kalimah masjid. Jamaknya adalah

[masaajid]. Apa yang


berlaku? Ya berlaku pecahan pada kalimah mufradnya. Antara huruf sin dan jim,
dipisahkan dengan huruf alif. Atau dalam kata lain, huruf alif telah memecahkan
kalimah kepada .

Adakah Jamak Taksir berlaku dengan berlakunya penambahan huruf sahaja?
Jawapannya tidak. Kadang-kadang Jamak Taksir juga terjadi dengan pengurangan
huruf daripada kalimah asal. Misalnya kalimah (surah). Ye, surah dalam Al-
Quran tu. Jamaknya jadi macamana?

Jamaknya akan jadi begini > [suwarun]. Mana perginya huruf tadi? Dah
hilang. Dah dibuang. Selamat tak sebenarnya kalimah mufradnya? Tidak selamat.

You might also like