You are on page 1of 129

PRESTASI KECERGASAN FIZIKAL DAN

PEMBENTUKAN PIAWAI RUJUKAN


KRITERIA BAGI PEMAIN RAGBI 16
TAHUN Dl SEKOLAH ELIT DAN
BUKAN ELIT RAGBI
NEGERI PERAK
KANAISAN A/L KANAPATHY
DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI
MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN
FAKULTI SAINS SUKAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2010
PENGAKUAN
Saya mengaku disertasi ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
16. 05.2010
JAISAN A/U KANAPATHY
M20061000199
ii
DECLARATION
I hereby declare that the work in this dissertation is my own except for quotatitons and
summaries which have been duly acknowledge.
Date: 16. 05.2010 Signature
Name
Registration no.
Kanaisan AfL Kanapathy
M20061000199
iii
PENGHARGAAN
Dalam usaha melaksanakan kajian ini, penyelidik telah melalui pelbagai cabaran, dugaan
dan kesukaran. Faktor masa merupakan kekangan utama dalam menjalankan penyelidikan
ini. Namun begitu, penyelidik berjaya mengharungi segala cabaran, dugaan serta
kesukaran dalam menyiapkan penyelidikan ini. Sekalung budi dan sepenuh penghargaan
ditujukan kepada mereka yang telah menghuhirkan bantuan, kerjasama, semangat,
bimbingan dan nasihat dalam usaha penyelidik menyiapkan disertasi ini. Penghargaan
khas ditujukan kepada Prof. Madya Dr. Jabar Bin Haji Johari selaku Pensyarah Penasihat
dan Penyelia bagi penyelidikan ini, Dr. Ahmad Bin Hashim dan semua pensyarah Fakulti
Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanpa bimbingan, tunjuk ajar dan
nasihat mereka, penyelidik mungkin tidak dapat menyiapkan disertasi ini.
Penghargaan juga diberikan kepada Pengetua Sekolah Elit Ragbi dan Bukan Elit Ragbi di
Negeri Perak, rakan-rakan pembantu penyelidik dan juga kepada pemain-pemain ragbi
tingkatan empat dari sekolah-sekolah berkenaan yang terlibat dalam pelaksanaan
penyelidikan ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberikan
bantuan, nasihat dan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada penyelidik dalam usaha
menyiapkan penyelidikan ini, sekalung penghargaan buat kalian semua.
Akhir sekali, sekalung terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada isteri tercinta,
Marian Peter dan anak-anak tersayang Nyanaraam, Patrricia, dan Arievendraam yang
telah banyak berkorban dan memberi sokongan kepada penyelidik sepanjang pengajian
ini. Hakikatnya, saya berasa amat berbangga dan berbesar hati atas sokongan anda semua
yang merestui dan memahami impian dan cita-cita saya. Sesungguhnya sumbangan dan
peranan yang diberikan terlalu amat berharga. Semoga jasa baik dari semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung akan mendapat keberkatan dari Tuhan.
KANAISAN A/L KANAPATHY
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Mei2010
v
PENGESAHAN
Disertasi ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi
syarat kursus QSS 6018 Disertasi bagi memperoleh
Ijazah Sarjana Pendidikan Sains Sukan,
Fakulti Sains Sukan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjong Malim, Perak
(PROF.
IABAR BIN HJ. JOHARI)
Penyelia
Kursus QSS 6018 Disertasi
iv
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengukur dan menilai prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi
yang berumur 16 tahun di sekolah elit ragbi dan bukan elit ragbi di negeri Perak serta
pembentukan piawai rujukan kriteria bagi kedua-dua kumpulan di sekolah-sekolah
tersebut Sejumlah 102 orang pemain ragbi yang berumur 16 tahun di sekolah elit dan
bukan elit ragbi telah dipilih untuk menjadi sampel Pengukuran prestasi kecergasan
fizikal diperolehi berdasarkan lima bateri ujian yang terdiri daripada Ujian Pecut 30
meter, Ujian Kecergasan Pelbagai Tahap, Ujian Lari Ulang Alik 10 meter, Ujian Bangkit
Tubi dan Ujian Indeks Jisim Badan. Ujian-t Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian
Kecergasan Fizikal menunjukkan nilai t (100) = 3.932, p = .001, terdapat perbezaan yang
signifikan dalam tahap kecergasan fizikal di antara sekolah elit ragbi (M=289.9, SD =
9.64) dengan sekolah bukan elit ragbi (M=281.6, SD = 11.52). Begitu juga, Ujian-t
Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian Kecergasan Pelbagai Tahap menunjukkan nilai t (94)
= 3.569, p = .001, terdapat perbezaan yang signifikan dalam daya tahan kardiovaskular di
antara sekolah elit ragbi (M=7.048, SD = 1.872) dengan sekolah bukan elit ragbi
(M=5.88, SD = 1.398). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kepantasan,
ketangkasan, kekuatan otot dan berat badan unggul di antara sekolah elit ragbi dengan
sekolah bukan elit ragbi di negeri Perak. Ujian-t Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian
Pecut 30 meter menunjukkan nilai t (100) = 1.849, p = .067, tidak terdapat perbezaan
yang signifikan dalam kepantasan di antara sekolah elit ragbi (M=4.85, SD = .336)
dengan sekolah bukan elit ragbi (MN4.98, SD - 396). Ujian-t Sampel Tidak Bersandar
bagi Ujian Lari Ulang Alik 10 meter menunjukkan nilai t (86) = .672, p = .503, tidak
terdapat perbezaan yang signifikan dalam komponen ketangkasan di antara sekolah elit
ragbi (M=10.57, SD = .703) dengan sekolah bukan elit ragbi (M=10.45, SD = 1.01).
Ujian-t Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian Bangkit Tubi menunjukkan nilai t (100) =
1.364, p = .176, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam komponen kekuatan otot
di antara sekolah elit ragbi (M=23.480, SD - 2.900) dengan sekolah bukan elit ragbi
(M=22.720, SD = 2.725). Ujian-t Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian Indeks Jisim Badan
menunjukkan nilai t (100) = -1.784, p = .077, tidak terdapat perbezaan yang signifikan
dalam berat badan unggul di antara sekolah elit ragbi (M=22.015, SD = 3.549) dengan
sekolah bukan elit ragbi (M=23.336, SD = 3.922).
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to measure and evaluate the level of physical fitness of the 16
years old rugby players in the elite rugby schools and the non-elite rugby schools in the
State of Perak and to setup the standard criterion reference for the Physical Fitness Rugby
Test for both schools. A total of 102 rugby players from the elite and non-elite schools in
the state of Perak, has been chosen as samples. The measurement of the physical fitness
levels were being acquired based on the Physical Fitness Test that comprised of the 30
meter Sprint Test, Sit-Up Test, Multi Stage Physical Fitness Test, 10 Meter Shuttle Run
Test, and Body Mass Index Test. Independent t-test for the Physical Fitness Test showed t
(100) = 3.932, p=. 001 and there was significant difference in physical fitness level
among players between the elite rugby schools (M=289.9, SD = 9.64) and non-elite rugby
schools (M=281.6, SD = 11.52) in Perak. Besides, the Multi Stage Physical Fitness Test
showed t (94) = 3.569, p = .001, there was also significant difference in cardiovascular
fitness level between the elite rugby schools (M=7.048, SD = 1.872) and non-elite rugby
schools (M=5.88, SD = 1.398). No significant difference was found in speed, muscle
strength, agility and body mass index among the players between the elite rugby schools
and non-elite rugby schools in Perak. Independent t-test for the 30 meter Sprint Test
showed t (100) = 1.849, p = .067, there was no significant difference in speed between the
elite rugby schools (M=4;85, SD = .336) and the non-elite rugby schools (M=4.98, SD =
.396). Independent t-test for the Sit-Up Test showed t (100) = 1.364, p = .176, there was
no significant difference in muscle strength between the elite rugby schools (M=23.480,
SD = 2.900) and the non-elite rugby schools (M= 22.720, SD = 2.725). Independent t-test
for the 10 Meter Shuttle Run Test showed t (86) = .672, p = .503, there was no significant
difference in agility between the elite rugby schools (M=10.57, SD = .703) and the non-
elite rugby schools (M=10.45, SD = 1.013). Independent t-test for the Body Mass Index
Test showed t (100) = -1.784, p = .077, there was no significant difference in body mass
index between the elite rugby schools (M=22.015, SD = 3.549) and the non-elite rugby
schools (M=23.336, SD =3.922).
vii
KANDUNGAN
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAIJADUAL
SENARAIRAJAH
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Penyataan Masalah
1.3 Kepentingan Kajian
1.4 Objektif Kajian
1.5 Hipotesis Kajian
1.6 Limitasi Kajian
1.7 Definisi Operational
viii
BAB 2 TIN JAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 28
2.2 Kajian Literatur Berkaitan 28
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 51
3.2 Rekabentuk Kajian 52
3.3 Kerangka Konseptual Kajian 53
3.4 Pembolehubah Kajian 54
3.5 Instrumen Kajian 54
3.6 Pentadbiran Ujian Kecergasan Fizikal 61
3.7 Kajian Rintis 63
3.8 Kebolehpercayaan Instrumen 64
3.9 Kesahan Instrumen Kajian 65
3.10 Objektiviti Pembantu Penyelidik 66
3.11 Populasi Sampel 66
3.12 Persampelan 67
3.13 Tatacara Pengumpulan Data 69
3.14 Penganalisisan Data 69
ix
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Statistik Diskriptif
4.3 Analisis Statistik Inferensi
71
71
72
BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Perbincangan
5.2 Kesimpulan
5.3 Cadangan
85
94
95
RUJUKAN 97
LAMPIRAN
A Borang Skor Ujian Kecergasan Fizikal Pemain Ragbi
B Surat Kebenaran Daripada Kementerian Pelajaran
Malaysia Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah
104
106
C Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pelajaran Negeri Perak
Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah
109
D Surat Permohonan Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah 111
E Surat Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga Untuk Pelajar
Menjalani Ujian Kecergasan Fizikal
114
x
SENARAI JADUAL
Jadual Muka surat
1 . 1 Senarai sekolah-sekolah ragbi di negeri Perak 6
1.2 Senarai sekolah-sekolah elit ragbi di negeri Perak 9
1.3 Senarai sekolah-sekolah bukan elit ragbi di negeri Perak 10
1.4 Gred penilaian kemahiran berdasarkan peratusan skor 14
3.1 Nilai kesahan komponen ujian kecergasan motor 65
3.2 Nilai kesahan komponen ujian kecergasan fizikal 65
3.3 Populasi dan persampelan pemain ragbi berumur 67
16 tahun di sekolah-sekolah elit ragbi negeri Perak
4.1 Statistik Diskriptif Subjek berdasarkan Umur dan Sekolah 72
4.2 Keputusan Analisis Ujian-t Sampel Tidak Bersandar 73
Bagi Perbezaan Prestasi Kecergasan Fizikal Di antara
Sekolah Elit dan Bukan Elit Yang Berumur 16 Tahun
4.3 Keputusan Analisis Ujian-t Sampel Tidak Bersandar 74
Bagi Perbezaan Prestasi Kecergasan Fizikal Bagi
Ujian Lari Ulang Alik 10 meter Di antara Sekolah
Elit dan Bukan Elit Yang Berumur 16 Tahun.
xi
4.4 Keputusan Analisis Ujian-t Sampel Tidak Bersandar 75
Bagi Perbezaan Prestasi Kecergasan Fizikal Bagi
Ujian PACER Di antara Sekolah Elit dan Bukan Elit
Yang Berumur 16 Tahun.
4.5 Keputusan Analisis Ujian-t Sampel Tidak Bersandar 76
Bagi Perbezaan Prestasi Kecergasan Fizikal Bagi
Ujian Bangkit Tubi Di antara Sekolah Elit dan Bukan
Elit Yang Berumur 16 Tahun.
4.6 Keputusan Analisis Ujian-t Sampel Tidak Bersandar 77
Bagi Perbezaan Prestasi Kecergasan Fizikal Bagi
Ujian Pecut 30 meter Di antara Sekolah Elit dan Bukan
Elit Yang Berumur 16 Tahun.
4.7 Keputusan Analisis Ujian-t Sampel Tidak Bersandar 78
Bagi Perbezaan Prestasi Kecergasan Fizikal Bagi
Ujian Indeks Jisim Badan Di antara Sekolah Elit dan
Bukan Elit Yang Berumur 16 Tahun.
4.8 Norma Persentil untuk Ujian Kecergasan Sekolah Elit 79
Ragbi Berumur 16 Tahun.
4.9 Norma Skor Mentah Ujian Kecergasan Fizikal Sekolah 80
Elit Ragbi Berumur 16 Tahun.
4.10 Kriteria Untuk Berat Badan Ideal dan Obesiti Untuk 81
Sekolah Elit dan Bukan Elit Ragbi di Negeri Perak
4.11 Norma Persentil untuk Ujian Kecergasan Sekolah 82
Bukan Elit Ragbi Berumur 16 Tahun.
4.12 Norma Skor Mentah Ujian Kecergasan Fizikal 83
Sekolah Bukan Elit Ragbi Berumur 16 Tahun.
xii
SENARAI RAJAH
Rajah Muka surat
3 .1 Kerangka konseptual Prestasi Kecergasan Fizikal 53
xiii
BAB1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kecergasan ialah kemampuan untuk hidup dalam situasi yang seimbang dan sempurna
dari segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Kecergasan fizikal merujuk kepada
kemampuan melakukan tugas serta tanggungjawab harian tanpa cepat mengalami
kelesuan, masih mempunyai tenaga untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesenggangan
dan dapat menghadapi segala saat kecemasan yang berkemungkinan berlaku.
Kecergasan fizikal terbahagi kepada dua komponen iaitu kecergasan fizikal
berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi. Aspek ini
dipercayai mampu melindungi seseorang individu daripada penyakit hipokinetik seperti
penyakit kardiovaskular, obesiti dan penyakit yang berkaitan dengan otot dan tulang.
Komponen-komponen kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan ialah daya tahan
kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti dan komposisi badan.
2
Kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor pula merujuk kepada fungsi dan
kemampuan individu bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih bertenaga, berdaya
kuasa dan berkemahiran. Komponen-komponen kecergasan fizikal yang berasaskan
perlakuan motor ialah kepantasan, imbangan, ketangkasan, kuasa, masa reaksi dan
koordinasi. Clarke (1975), menyatakan bahawa kecergasan fizikal ialah keupayaan
melaksanakan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa kepenatan yang berlebihan
serta mempunyai tenaga serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk aktiviti riadah.
Selain daripada itu, seseorang harus sanggup menghadapi cabaran semasa kecemasan
yang mungkin timbul.
Fall (1980), menyatakan bahawa kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-
aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi
seseorang individu pelindungan dari ancaman hypokinetic (kekurangan pergerakan),
kegemukan dan penyakit otot serta tulang. Sementara kecergasan fizikal untuk sukan pula
ialah aspek yang berkaitan dengan fiingsi dan keupayaan individu bertanding dalam
aktiviti sukan dengan penuh tenaga, daya tahan, kekuatan dan ketangkasan.
AAPHERD (1980), mengklasifkasikan komponen kecergasan kepada dua
komponen iaitu kesihatan dan kemahiran. Komponen kecergasan kesihatan meliputi
aspek daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot, daya tahan otot, kelembutan dan
komposisi badan. Komponen kecergasan kemahiran pula merangkumi aspek kelajuan,
kuasa, imbangan, masa reaksi dan koordinasi. Menurut Johnson dan Nelson (1986),
pengukuran tahap kecergasan fizikal bagi pelajar sekolah terbahagi kepada lima bahagian
iaitu pengujian daya tahan otot, kelembutan, daya tahan kardiovaskular serta pengukuran
ketinggian dan komposisi badan.
3
Di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, pengajaran Pendidikan Jasmani
teirbahagi kepada tiga aspek iaitu tunjang kecergasan, tunjang kemahiran dan tunjang
kesukanan (Kementerian Pendidikan Malaysia 1998). Pelajaran Pendidikan Jasmani
oaemberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari serta melaksanakan apa yang
dipelajari dalam bentuk aktiviti kecergasan, kemahiran sukan dan permainan.
Permainan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ianya dilihat
mel al ui mata kasar kerana mempunyai pertembungan secara fizikal yang boleh
mengundang kesakitan dan kecederaan, namun permainan lasak ini mampu memberikan
keseronokan dan kepuasan kepada orang yang meminatinya serta membentuk
keperibadian diri yang tinggi dalam diri seorang pemain ragbi. Permainan ragbi pada
ma s a sekarang telah menjadi semakin pantas dan mencabar serta memerlukan daya
kecergasan fizikal yang optimum. Sejurnlah lima belas orang pemain bagi satu pasukan
a k a n memulakan permainan ini. Untuk bemain permainan ini, semua pemain ragbi mesti
mampu menguasai dan mempunyai kesedaran taktikal serta kekuatan mental yang tinggi.
Permainan ragbi juga memerlukan tahap penguasaan kemahiran asas yang tinggi seperti
membuat hantaran bola ke belakang, menangkap bola, menendang, berlari dengan bola
d a n membuat tackle terhadap pemain lawan yang mempunyai bola Disamping itu,
penguasaan dalam beberapa komponen kecergasan seperti kepantasan, ketangkasan,
kekuatan otot dan daya tahan kardiovaskular perlu dimiliki dengan cekap dan efisyen oleh
s emua pemain ragbi untuk melaksanakan penguasaan kemahiran asas. Untuk menjadi
sebagai seorang pemain ragbi yang lengkap, mereka perlu menguasai semua kemahiran
a s a s ragbi dan komponen kecergasan. Komponen kecergasan fizikal berlandaskan
kesihatan dan komponen kecergasan motor merupakan ciri yang sangat penting untuk
4
dimiliki oleh seorang pemain ragbi dan perlu mengekalkan tahap prestasi komponen
kecergasan tersebut.
Ragbi adalah suatu permainan berkonsepkan adil kepada kedua-dua pasukan yang
bertanding. Terdapat beberapa ciri unik dalam permainan ragbi yang tidak terdapat dalam
permainan lain iaitu permainan ini memerlukan pergerakan bola yang berterusan tanpa
membuat hantaran ke hadapan oleh pemain yang menguasai bola. la membenarkan
kedua-dua pasukan yang bertanding untuk cuba menguasai dan mengawal bola dalam
scrum dan line-out. Pemain juga dibenarkan untuk membuat ruck dan maul serta cuba
menghalang pihak lawan daripada menguasai bola dengan membuat tackle terhadap
pemain lawan yang membawa bola Objektif utama permainan ragbi ini adalah untuk
cuba mendapatkan jumlah mata yang terbanyak dengan membuat try di kawasan lawan.
Menurut Biscombe dan Drewett (1998) pemahaman tentang cara bermain dan
penguasaan kemahiran dan pencapaian kejayaan dalam peimainan ragbi selalunya
mengambil masa yang panjang. Semua pemain diperlukan menguasai kemahiran asas
ragbi yang banyak dan kemahiran teknikal yang berbeza mengikut posisi bermain dalam
permainan ini. Permainan ragbi mengandungi banyak cabaran yang menguji komitmen,
keberanian, pertimbangan yang waras dan keupayaan fizikal seseorang pemain.
Terdapat dua kumpulan posisi pemain dalam setiap pasukan ragbi. Kumpulan
pertama dikenali sebagai Forwards bermain di posisi hadapan sebagai Loosehead prop,
Hooker, Tight head prop, Blindside Flanker, Lock, Openside Flanker dan Number 8.
Kumpulan kedua dikenali sebagai Backs yang bermain di posisi belakang sebagai Scrum-
half, Stand-off, Inside Centre, Outside Centre, Left Wing, Right Wing dan Full Back
Nombor jersi 1 hingga 15 mewakili setiap posisi tersebut dalam permainan ragbi.
5
Kumpulan Forwards memakai nombor 1 faingga 8 manakala kumpulan Backs memakai
nombor 9 Hngga 15.
Permainan ragbi bermula pada tahun 1823 di England, ketika itu William Webb
Elis sedang bermain bola sepak di Sekolah Rugby. Dia secara tidak sengaja telah
mengambil bola dan membawa lari bola tersebut, maka tercetuslah satu permainan yang
baru. Universiti Cambridge telah memperkembangkan aktiviti tersebut dengan membuat
beberapa peraturan bagi menjadi permainan ragbi. Kesatuan ragbi ditubuhkan pada tahun
1871 di England. la bertanggungjawab kepada perkembangan sukan ragbi di peringkat
dunia, memperkenalkan peraturan dan menganjurkan pertandingan peringkat
antarabangsa. Pennainan ragbi mula diperkenalkan di negara kita selepas Perang Dunia
Pertama dan bemiula pada tahun 1925 di Negeri Sembilan. Kemudian berkembang ke
Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Singapura. Kelab-kelab ragbi turut ditubuhkan seperti
YMCA Kuala Lumpur, The Edwardians di Taiping, , The Birch Rompers di Ipoh, The
The Penang Asians dan Kelab Selangor di Kuala Lumpur. Selepas itu, lebih banyak kelab
ragbi muncul, antaranya ialah COBRA, Negeri Sembilan Wanderes, Kedah Blues,
Penang Blues, The Staroba di Ipoh, The MCOBA di Kuala Kangsar dan banyak lagi
kelab ragbi.
Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang terkenal dengan permainan ragbi.
Negeri ini banyak menghasilkan ramai pemain yang berbakat dan telah mewakili negara
di peringkat antarabangsa. Antara pemain Perak yang telah mewakili pasukan kebangsaan
Malaysia ialah Kam Pak, M. Dattaya, Chang Chen Man, Abdul Aziz Sharif, Lim Ah Saw,
Badaruddin Safri, Shaari Safri, Lim Yew Leng, Azizi Chin, Yang Arnri, Huzir Muhamad,
Raja Omar Ikram, M. Ganesan, Badrul Hisham Hashim dan ramai lagi. Raja Omar Ikram
6
merupakan satu-satunya pemain Perak yang terpilih untuk mewakili pasukan ragbi Asian
All Stars menentang pilihan Eropah di Hong Kong pada tahun 1985. Pemain-pemain ini
semuanya berasal dari sekolah elit ragbi di negeri Perak iaitu Sekolah Menengah
Kebangsaan King Edward VII, Taiping, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah
Tuanku Abdul Rahman, Ipoh,
Jadual 1.1
Senarai sekolah-sekolah ragbi di negeri Perak
Bil Sekolah-Sekolah Ragbi Perak
1. SMK King Edward VII, Taiping
2. Kolej Melayu Kuala Kangsar
3 .. SMK Anderson, Ipoh
4. SMK Clifford, Kuala Kangsar
5. SMK Sultan Yusuf, Batu Gajah
6. SMK St Michael, Ipoh
7. SMK St Anthony, Teluk Intan
8. SMK Iskandar Shah, Parit
9. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh
10. SMK Methodist (ACS), Ipoh
11. SMK Horley Methodist, Teluk Intan
12. SMK Sains Teluk Intan, Teluk Intan
13. Sekolah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping
14. SM Teknik Taiping, Kamunting
15 . SM Teknik Padang Renggas, Kuala Kangsar
16. SM Teknik Bota, Perak Tengah
17. SM Teknik Slim River, Slim River
18. SMK Jelai, Batu Kurau
Jadual 1.1 menunjukkan sekolah-sekolah yang mempunyai pasukan ragbi di
negeri Perak. Sekolah-sekolah tersebut telah mengambil bahagian dalam kejohanan ragbi
bawah 15 tahun pada tahun 2008 dan akan mengambil bahagian dalam kejohanan ragbi
bawah 18 tahun di peringkat daerah masing-masing di negeri Perak.
7
Permainan ragbi merapakan permainan utama di sekolah elit ragbi terutamanya
bagi sekolah premier di negara kita kerana tradisi dan ethos sekolah tersebut ditonjolkan
melalui permainan ragbi. Permainan ini dianggap elit dalam kalangan pelajar sekolah
tersebut kerana bukan semua orang boleh bermain ragbi tanpa keberanian dan semangat
waja untuk memartabatkan nama sekolah mereka melalui permainan ragbi. Bekas pemain
ragbi sekolah elit sentiasa mengikuti rapat perkembangan pasukan ragbi sekolah dan akan
merasa amat berbangga dengan pencapaian pasukan ragbi sekolah mereka. Mereka
sentiasa membantu dan menyumbangkan bantuan kepada pasukan ragbi agar sentiasa
cemerlang dan menaikkan nama sekolah mereka dalam permainan ini dan terus
mengekalkan tradisi mereka.
Sekolah elit dalam permainan ragbi kebanyakannya adalah sekolah premier di
negara kita. Sekolah Premier ditafsirkan sebagai sekolah harian atau sekolah berasrama
penuh yang ditubuhkan sebelum perang dunia kedua dan sebelum merdeka. Sekolah-
sekolah ini kaya dengan tradisi kesukanannya dan mempunyai ciri-ciri unik dan ethos
mereka yang tersendiri dan dipelihara sehingga ke hari ini. Tradisi kecemerlangan
sekolah premier ini dalam bidang sukan terutamanya permainan ragbi perlu dikekalkan
dan diteruskan sehingga kini. Justeru, satu bentuk pertandingan sukan antara sekolah
premier diwujudkan. Pertandingan ini bukan sahaja bermatlamat untuk meraih
kemenangan semata-mata malah turat bertujuan menyemai semangat kekeluargaan di
antara sekolah premier.
Sekolah elit ragbi menjadikan permainan ragbi sebagai permainan utama sekolah.
Sekolah ini memberikan penumpuan dan mempunyai perancangan yang tersendiri dalam
memertabatkan permainan ragbi sekolah masing-masing. Sekolah elit ragbi dalam negeri
8
Perak ialah Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII, Taiping, Kolej Melayu
Kuala Kangsar dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Sekolah elit ragbi ini mempunyai
jurulatih ragbi yang berkelayakan untuk membimbing pasukan sekolah mereka. Jurulatih
ragbi di sekolah elit ragbi sentiasa mendapat sokongan yang penuh terutamanya dari segi
bantuan kewangan daripada pengurusan sekolah dan murid tua sekolah tersebut dalam
merencanakan pasukan ragbi mereka. Maklumat dan informasi terkini dalam permainan
ragbi sentiasa dipertingkatkan dikalangan mereka. Sekolah elit ragbi ini mempunyai
perancangan yang khusus dalam penyediaan pasukan ragbi masing-masing.
Untuk sentiasa melonjakan nama sekolah mereka dalam permainan ragbi, pemain
ragbi di sekolah ini menjalani latihan yang sistematik dan pemakanan yang khusus.
Mereka juga diberi tempat tinggal di asrama sekolah dan bantuan kewangan berupa
biasiswa. Pemain ragbi di sekolah elit dipilih dan ditapis berdasarkan kecemerlangan
akademik dan penglibatan aktif dalam sukan terlebih dahulu sewaktu di sekolah rendah
dan ditawarkan untuk menyambung pelajaran di sekolah elit ragbi. Kemudahan peralatan
ragbi di sekolah elit ini adalah lengkap dan baru serta mencukupi dengan bilangan pemain
yang bermain ragbi di sekolah ini. Sistem permainan ragbi yang dimainkan oleh sekolah
elit ini lebih tersusun dan sistematik. Apa yang membezakan pencapaian sekolah elit
ragbi ini ialah perancangan taktikal dan kemampuan pemain elit untuk menukar rentak
permainan dengan cepat. Mereka menguasai asas kemahiran permainan ragbi dengan baik
dan berkesan. Mereka jarang melakukan kesilapan dalam semua aspek kemahiran asas
ragbi.
Menurut Bompa (1986), kaedah untuk mengenal pasti bakat pemain dalam sukan
spesifik harus dilaksanakan dengan menggunakan kaedah saintifik. Menurut Philips &
9
Homack (1979) pula, sekiranya pemain dapat meningkatkan penguasaan kemahiran,
mudah baginya untuk mengubah kepada tahap kemahiran yang lebih tinggi. Bagi
membolehkan pemain menguasai kemahiran asas ini maka program ini memerlukan
pendekatan kaedah latihan yang mantap dan mampu menghasilkan proses latihan yang
menyeluruh dari aspek mental dan fizikal. Sehubungan dengan itu, pemain ragbi sekolah
elit memiliki penguasaan kemahiran permainan asas ragbi dengan baik menerusi proses
latihan yang menyeluruh.
Jadual 1.2
Senarai sekolah-sekolah elit ragbi di negeri Perak
Bil Sekolah-Sekolah Elit Ragbi Negeri Perak
1. SMK King Edward VII, Taiping
2. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh
Jadual 1.2 menunjukkan senarai sekolah elit ragbi di negeri Perak. Sekolah ini
mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi Sekolah Premier Negeri Perak yang
dilangsungkan semenjak tahun 1996. SMK King Edward VII, Taiping, Kolej Melayu
Kuala Kangsar dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh mempunyai tradisi dan
kecemerlangan dalam permainan ragbi. Sehingga kini hanya pasukan ragbi SMK King
Edward VII, Taiping, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman,
Ipoh sahaja yang telah berjaya menjadi Johan Perak secara silih berganti sejak kejohanan
ini dipertandingkan. SMK King Edward VII, Taiping pula telah mengungguli kejuaraan
sebanyak enam kali, Kolej Melayu Kuala Kangsar sebanyak lima kali manakala Sekolah
Tuanku Abdul Rahman, Ipoh satu kali. SMK King Edward VII, Taiping yang mewakili
10
Zon Perak mengungguli permainan ragbi sebagai Johan Kebangsaan bagi tahun 2006 dan
2007 dan merupakan satu-satunya sekolah dari Perak dan sekolah premier yang pertama
dalam negara kita yang berjaya masuk ke periawanan akhir peringkat kebangsaan
sebanyak tiga kali berturat-turat iaitu pada tahun 2005, 2006 dan 2007 dan berjaya
menjadi johan kebangsaan untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2006 dan 2007.
Jadual 13
Senarai sekolah-sekolah bukan elit ragbi di negeri Perak
Bil Sekolah-Sekolah Bukan Elit Ragbi Negeri Perak
1. SMK Anderson, Ipoh
2. SMK Clifford, Kuala Kangsar
3. SMK Sultan Yusuf, Batu Gajah
4. SMK St Michael, Ipoh
5. SMK St. Anthony, Teluk Intan
6. SMK Iskandar Shah, Parit
7. SMK Methodist (ACS), Ipoh
8. SMK Horley Methodist, Teluk Intan
9. SMK Sains Teluk Intan, Teluk Intan
10. Sekolah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping
11. SM Teknik Taiping, Kamunting
13. SM Teknik Padang Renggas, Kuala Kangsar
13. SM Teknik Bota, Perak Tengah
14. SM Teknik Slim River, Slim River
Jadual 1.3 adalah senarai sekolah bukan elit ragbi di negeri Perak. Sekolah bukan
elit ragbi ini merupakan sekolah yang mempnnyai pasukan ragbi tetapi permainan ragbi
bukan merupakan permainan utama sekolah mereka. Sekolah ini akan mengambil
bahagian dalam semua kejohanan ragbi peringkat daerah. Mereka tidak mampu
menyaingi pasukan ragbi dari sekolah elit ragbi yang jauh lebih mantap dan tersusun
dalam sistem permainan mereka. Pasukan ragbi dari sekolah bukan elit sentiasa berada
pada satu tangga di belakang dengan sekolah elit ragbi dalam semua pertandingan ragbi.
11
Dalam pertandingan peringkat daerah masing-masing, sekolah bukan elit ragbi yang
berkenaan sentiasa mendapat kedududukan naib johan di belakang sekolah elit. Antara
sekolah bukan elit ragbi ialah Sekolah menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar,
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Anderson, Ipoh.
Dalam pertandingan ragbi Majlis Sukan Sekolah Sekolah Perak, majoriti pemain
ragbi dari sekolah elit ragbi sentiasa memonopoli pasukan daerah dengan terpilih untuk
mewakili pasukan daerah masing-masing. Daripada tiga buah sekolah elit ragbi tersebut,
dua buah sekolah akan bertanding dalam perlawanan akhir untuk menentukan kejuaraan.
Sehingga kini, hanya tiga buah sekolah elit ragbi ini menguasai kejuaraan peringkat
negeri Perak berbanding dengan sekolah bukan elit.
Untuk mendapatkan data berkaitan prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi di
sekolah elit dan bukan elit ragbi, pengukuran dan penilaian perlu dijalankan secara
sistematik. Baumgartner (2003), penilaian ialah proses memberi makna kepada
pengukuran dengan membandingnya dengan satu piawai. Dua jenis piawai yang
digunakan secara meluas ialah kriteria dan norma rujukan. Norma rujukan piawai
digunakan untuk menentukan sama ada individu itu telah mencapai satu aras yang telah
ditetapkan. Norma rujukan piawai digunakan untuk melihat prestasi individu dengan
prestasi ahli-ahli lain dalam kumpulan yang sama. Piawaian rujukan kriteria adalah
berguna untuk menetapkan prestasi yang piawai untuk semua, manakala piawian rujukan
norma adalah amat berharga dalam membuat perbandingan antara individu apabila situasi
memerlukan untuk pemilihan yang teliti.
12
Piawaian rujukan kriteria adalah berguna untuk menetapkan prestasi yang piawai
manakala piawaian rujukan norma adalah amat berharga dalam membuat perbandingan
antara individu apabila situasi memerlukan untuk pemilihan yang teliti. Ujian kecergasan
untuk para belia sering menggunakan norma rujukan tetapi ujian kecergasan belia yang
berasaskan kesihatan yang paling popular adalah FITNESSGRAM yang menggunakan
norma rujukan kriteria. Program YMCA menilai kecergasan orang dewasa dengan
rujukan norma, tetapi kini telah ada usaha-usaha untuk menggunakan norma rujukan
kriteria sebagai rujukan piawai. Piawian bagi norma rujukan kriteria lebih kepada
penyelidikan perubatan yang menunjukkan perkaitan bahawa kecergasan aerobik dan
kesihatan tidak selari. Apabila satu tahap kecergasan aerobik telah tercapai, menjadi lebih
cergas tidak mempengaruhi kesihatan (Blair et al. 1989, 1995). Piawaian rujukan kriteria
bagi FITNESSGRAM telah dibina untuk mewakili ketekalan paras kecergasan yang
minima dengan kesihatan yang mencukupi dan mengurangkan risiko penyakit (Morrow,
Falls, & Kohl, 1994).
Baumgartner dan Jackson (1999), mendefinisikan ujian rujukan kriteria sebagai
satu ujian yang dibina untuk memberi pengukuran yang diinterpretasi secara terus dari
segi prestasi yang eksplisit Sesetengah ujian yang digunakan dalam pendidikan dibentuk
berdasarkan kepada ujian rujukan kriteria, tetapi kebiasaanya adalah dengan
menggunakan piawaian rujukan norma ke ujian rujukan norma. Ujian larian satu batu
adalah item ujian yang biasa dalam ujian kecergasan untuk belia. Sebelum ini, ujian larian
satu batu menggunakan rujukan norma tetapi sekarang ini di dalam Ujian
FITNESSGRAM (1992), ia menggunakan norma rujukan kriteria. Di dalam hal ini, ujian
itu tidak berubah tetapi jenis piawaian yang digunakan sahaja berubah. Berbanding
13
dengan norma rujukan yang menggunakan pembolehubah yang berterusan, norma
rujukan kriteria menggunakan pembahagi dua dichotomy. Istilah seperti lulus-gagal,
positif-negatif dan panjang-pendek digunakan untuk menerangkan pembahagi dua
dichotomy.
Piawai rujukan kriteria dibina untuk memberikan gred yang mungkin dapat
dicapai oleh pemain ragbi. Tidak wujud sebarang pertandingan antara setiap individu
dalam menghasilkan gred. Piawai rujukan kriteria mengambarkan tahap keupayaan yang
mampu dicapai oleh kebanyakan pemain dalam sesuatu ujian kecergasan, Di antara
kaedah yang digunakan ialah kaedah kontrak dan kaedah peratusan berdasarkan skor.
Kaedah kontrak boleh digunakan untuk sesuatu pasukan atau individu. Sebagai contoh,
dalam ujian kecergasan fizikal, gred A akan diberikan kepada pemain yang berjaya
memperolehi :-
i. Skor sebanyak 40 ulangan dan ke atas dalam ujian lompat kuadran dalam
masa 30 saat
ii. Skor sebanyak 60 meter dan ke atas dalam ujian lari pecut 6 saat.
iii. Lari ulang alik 30 kaki dalam masa 10 saat dan ke bawah.
Menurut Bompa (1981), ujian yang menggunakan norma rujukan kriteria adalah
lebih sesuai dijalankan diperingkat sekolah kerana bukan semua pelajar di sekolah perlu
mempunyai tahap kecergasan fizikal yang tinggi. Individu yang mempunyai kecergasan
yang tinggi biasanya dikaitkan dengan individu yang melibatkan diri dengan aktiviti
sukan berprestasi tinggi.
14
Dengan adanya kaedah kontrak tersebut bermaksud juralatih dan pelajar bersetuju
mengenai apa yang ditetapkan bersama. Setiap pemain boleh mendapatkan kontrak yang
berbeza. Kaedah peratusan berdasarkan skor kerapkali digunakan oleh semua guru dan
jurulatih. Kaedah ini memberi kelebihaa kepada pemain kerana mereka sedia mengetahui
bilangan peratusan dan gred yang bakal diperoleh. Piawai peratusan yang digunakan
dalam memberi gred adalah berdasarkan analisis skor ujian. Sebagai contoh, gred yang
biasa digunakan dalam penilaian kemahiran permainan berdasarkan peratusan skor yang
betul:-
Jadual 1.4
Gred penilaian kemahiran berdasarkan peratusan skor
Gred Peratusan
A 90hinggal00
B 80hingga89
C 70hingga79
D 60hingga69
E 50hingga59
F 40 hingga ke bawah
Menurut Baumgartner dan Jackson (1999), proses penilaian melibatkan
mengumpulkan data dalam bentuk skor atau maklumat , menganalisa data berdasarkan
suatu piawaian dan membuat keputusan berdasarkan data tersebut. Manakala proses
mengumpulkan data diperolehi selepas melalui penngkat ujian. Kualiti data yang
dikumpulkan dari suatu ujian adalah bergantung kepada kebolehpercayaan dan kesahan
instrumen yang digunakan dalam proses pengukuran.
15
1.2 Pernyataan Masalah
Kecergasan fizikal sememangnya amat penting dalam pembentukan sesuatu pasukan
permainan. Pengukuran kecergasan fizikal dan kaedah dalam meningkatkan kecergasan
fizikal telah menjadi topik yang sering dibincangkan di peringkat sekolah, negeri dan
kebangsaan oleh semua guru, jurulatih sukan dan persatuan sukan. Menurut Majid (2000),
pemyataan masalah yang berkesan biasanya menjelaskan dengan sendiri apa yang hendak
dikaji, bagaimana hendak mengkajinya dan setakat mana ia perlu dikaji. Sehingga kini
belum ada kajian yang khusus tentang prestasi kecergasan fizikal bagi pemain ragbi
berumur enam belas tahun di negeri Perak.
Majoriti pemain yang mewakili pasukan ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia (MSSM) negeri Perak adalah pemain ragbi dari sekolah elit ragbi dan sedikit
dari sekolah bukan elit ragbi di negeri Perak. Walaupun majoriti pemain elit menguasai
bilangan pemain dalam pasukan negeri namun keputusan pertandingan membuktikan
sebaliknya. Dalam Kejohanan MSSM 2007 di Perils dan Kejohanan MSSM 2008 di
Kelantan, pasukan ragbi Perak telah kalah dalam pusingan awal lagi dan antara punca
kekalahan yang dikenal pasti adalah kegagalan pasukan untuk bermain dengan optimum
dan bagi tempoh masa permainan dan menampakkan keletihan yang ketara pada
penghujung masa permainan. Sehubungan dengan itu kecergasan fizikal merupakan
komponen yang paling penting yang perlu dikuasai oleh semua pemain. Jurulatih yang
dilantik untuk membimbing pasukan negeri hanya menilai dari aspek pemerhatian
penguasaan kemahiran pemain dan saiz badan pemain sahaja dalam asas memilih pemain
untuk mewakili negeri Perak dan mengabaikan beberapa faktor kecergasan fizikal.
16
Sehingga hari ini tiada satu set pengujian yang piawai digunakan untuk menilai
prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi di negeri Perak. Sehubungan dengan itu, jika
terdapat satu rujukan kriteria yang piawai bagi prestasi kecergasan fizikal bagi pemain
ragbi, penyelidik percaya semua jurulatih dapat menggunakannya dan tahap prestasi
kecergasan fizikal dan kemahiran pemain ragbi di negeri Perak dapat dikenal pasti dan
ditingkatkan ke tahap yang optimum.
Oleh itu, penyelidik menjalankan kajian prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi
di sekolah elit ragbi dan bukan elit di negeri Perak untuk mengetahui tahap prestasi
kecergasan fizikal mereka. Pemilihan ujian kecergasan fizikal dan pembentukan piawai
rujukan kriteria diharap dapat melihat tahap prestasi pemain ragbi secara individu dan
memotivasikan mereka untuk meningkatkan lagi prestasi mereka.
13 Kepentmgan Kajian
Kepentingan kajian ini adalah dengan bermatlamat untuk menilai prestasi kecergasan
fizikal pemain ragbi sekolah elit dan bukan elit ragbi yang berumur enam belas tahun di
negeri Perak. Selain itu, skor data yang diperolehi akan dianalisis untuk dijadikan piawai
rujukan kriteria bagi kecergasan fizikal untuk pemain-pemain ragbi dari sekolah tersebut
Ujian kecergasan fizikal yang dipilih ini menguji komponen-komponen kecergasan
fizikal adalah dalam komponen ketangkasan, daya tahan kardiovaskular, kuasa otot,
indeks jisim badan dan kepantasan.
Maklumbalas mengenai prestasi kecergasan fizikal ini dapat memberikan
gambaran sebenar tentang status kecergasan fizikal pemain dan prestasi mereka dalam
17
aspek kepantasan, ketangkasan, kekuatan otot, indeks jisim badan dan daya tahan
kardiovaskular pemain dalam aspek menghantar, menangkap, tackling pihak lawan, lari
bersama bola, menendang dan mengawal bola. Penyelidik juga berharap, agar bateri ujian
ini dapat digunakan sebagai satu altematif kepada bateri ujian yang digunakan sekarang
diperingkat sekolah. lanya dapat mengukur, menilai dan menyampaikan maklumat
sebenar tentang prestasi kecergasan fizikal pelajar. Pengetahuan terhadap prestasi murid
ini dapat membantu jurulatih semasa merancang strategi latihan supaya lebih berkesan.
Maklum balas pencapaian ujian ini juga dapat meningkat semangat pemain untuk terus
berusaha mengekal dan meningkatkan lagi tahap prestasi penguasaan kemahiran dalam
permainan ragbi.
Dapatan kajian ini membolehkan semua jurulatih ragbi sekolah menggunakan
maklumat ini sebagai asas untuk menghasilkan satu pasukan yang mantap dan mengenal
pasti tahap prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi sekolah masing-masing. Mereka juga
boleh dan dapat merangka suatu program latihan kecergasan fizikal yang lebih khusus
bagi meningkatkan prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi pasukan masing-masing.
Dapatan kajian ini juga membolehkan semua pemain mengetahui tahap prestasi
kecergasan fizikal masing-masing. Kerjasama dan dengan bantuan daripada juralatih-
jurulatih ragbi sekolah masing-masing, pemain boleh mendapatkan program yang
dirangka khusus untuk mereka bagi meningkatkan tahap prestasi komponen kecergasan
fizikal masing-masing. Dapatan kajian ini juga dapat dijadikan satu garis panduan dalam
usaha memilih dan mengenal pasti pemain ragbi yang mempunyai kecergasan fizikal
yang tinggi dalam pembentukan pasukan ragbi peringkat sekolah, daerah dan negeri
Bateri ujian dari kajian ini dapat diaplikasikan dalam sesi pemilihan pemain pasukan
I8
supaya pemilihan pemain akan menjadi lebih transperan dan telus. Proses dan keputusan
pemilihan pemain akan member! keyakinan yang tinggi dan diterima dengan baik oleh
semua pemain, jurulatih, guru-guru dan ibu bapa. Keadaan ini akan memberi keyakinan
yang positif kepada semua pihak yang mengendalikan pasukan ragbi masing-masing.
Masalah pemilihan pemain berdasarkan pilih kasih dapat diatasi apabila keputusan ujian
dijadikan sebagai kayu pengukur kepada pembentukan pasukan ragbi sekolah, daerah dan
negeri. Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri juga dapat
menggunakan bateri ujian ini untuk sesi pemilihan pemain dalam pembentukan pasukan
remaja kebangsaan untuk pertandingan ragbi sekolah-sekolah ASEAN. Bateri ujian ini
juga dapat digunakan dalam ujian asas kemasukan ke Sekolah Sukan Bandar Penawar dan
Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk pemain ragbi.
Bagi menghasilkan pemain yang benar-benar mantap, ujian kecergasan fizikal
perlu melalui proses pengujian dan pengukuran yang piawai serta bersesuaian dengan
kehendak program. Pengukuran tentang kecergasan fizikal adalah salah satu aspek utama
dalam mengukur prestasi manusia. Setakat ini belum ada bateri ujian kecergasan fizikal
serta prosedur ujian yang piawai bagi mengukur kecergasan fizikal pemain ragbi di
sekolah-sekolah ragbi di negeri Perak. Penilaian yang berkesan memerlukan prosedur
ujian yang baik. Hanya prosedur ujian yang baik dan mudah digunakan serta difahami
sahaja yang dapat menghasilkan skor ujian yang tekal dan boleh dipercayai.
Penyelidik juga berharap, agar bateri ujian ini dapat digunakan sebagai satu
altematif kepada ujian-ujian lain yang sering digunakan sekarang di peringkat sekolah,
yang dapat mengukur, menilai dan menyampaikan maklumat sebenar tentang tahap
prestasi kecergasan fizikal seseorang pemain ragbi. Pengetahuan terhadap prestasi murid
19
ini dapat membantu guru dan jurulatih ragbi semasa merancang strategi dan sesi latihan
ragbi supaya menjadi lebih berkesan. Dengan adanya bateri ujian ini, persediaan pasukan
ragbi Perak akan lebih mantap dan pencapaian penetapan matlamat pasukan akan dicapai.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian merupakan sasaran sebenar yang dibuat oleh penyelidik. Menurut Majid
(2000), objektif kajian berbeza dengan matlamat kerana matlamat merupakan jangkaan
umum hasil dari satu aktiviti atau proses. Objektif adalah lebih khusus dan biasanya
digunakan untuk mencapai matlamat.
Permainan ragbi pada masa sekarang memerlukan beberapa kriteria-kriteria yang
perlu ada pada seseorang pemain ragbi seperti penguasaan kemahiran yang tinggi,
kecergasan, kekuatan otot, ketahanan mental dan pengetahuan tentang peraturan dan
taktikal permainan. Objektif kajian ujian ini amat penting untuk membolehkan pemain
benar-benar mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi untuk menguasai kemahiran
dalam permainan ragbi dan bukan sekadar tahu bermain ragbi. Penguasaan kemahiran
ragbi dan kecergasan fizikal yang tinggi akan membantu pemain untuk mewakili dan
bermain pada peringkat yang lebih tinggi untuk mencapai penetapan matlamat pasukan
mereka dan usaha untuk menaikkan nama sekolah mereka.
Kajian tahap kecergasan fizikal dan pembentukan piawai rajukan kriteria bagi
pemain ragbi berumur enam belas tahun di sekolah elit dan bukan elit ragbi di negeri
Perak dijalankan untuk tujuan berikut:-
20
i. Untuk mengukur serta mengenal pasti tahap kecergasan fizikal di antara
pemain ragbi yang berumur enam belas tahun di sekolah elit ragbi dan
bukan elit ragbi di negeri Perak.
ii. Untuk mengukur serta mengenal pasti tahap daya tahan kardiovaskular
di antara pemain ragbi yang berumur enam belas tahun di sekolah elit
ragbi dan bukan elit ragbi di negeri Perak.
iii. Untuk mengukur serta mengenal pasti tahap ketangkasan di antara pemain
ragbi yang berumur enam belas tahun di sekolah elit ragbi dan bukan elit
ragbi di negeri Perak.
iv. Untuk mengukur serta mengenal pasti tahap kekuatan otot di antara
pemain ragbi yang berumur enam belas tahun di sekolah elit ragbi dan
bukan elit ragbi di negeri Perak.
v. Untuk mengukur serta mengenal pasti tahap kepantasan di antara pemain
ragbi yang berumur enam belas tahun di sekolah elit ragbi dan bukan elit
ragbi di negeri Perak.
vi. Untuk mengukur serta mengenal pasti tahap indeks jisim badan di antara
pemain ragbi yang berumur enam belas tahun di sekolah elit ragbi dan
bukan elit ragbi di negeri Perak.
vii. Untuk membentuk piawai rujukan kriteria bagi kecergasan fizikal untuk
pemain ragbi berumur enam belas tahun di negeri Perak.
21
1.5 Hipotesis Kajian
Berdasarkan kepada permasalahan kajian yang telah dihuraikan, penyelidik merumuskan
hipotesis kajian berikut:-
i. H
01
: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kecergasan
fizikal di antara pemain ragbi yang berumur enam belas
tahun di sekolah elit ragbi dengan sekolah bukan elit ragbi
di negeri Perak.
ii. H
02
: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap
ketangkasan di antara pemain ragbi yang berumur enam
belas tahun di sekolah elit ragbi dengan sekolah bukan elit
ragbi di negeri Perak.
iii. H
03
: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap daya
tahan kardiovaskular di antara pemain ragbi yang berumur
enam belas tahun di sekolah elit ragbi dengan sekolah
bukan elit ragbi di negeri Perak.
iv. H
04
: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap
kekuatan otot di antara pemain ragbi yang berumur enam
belas tahun di sekolah elit ragbi dengan sekolah bukan elit
ragbi di negeri Perak.
22
v. H
o5
: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap
kepantasan di antara pemain ragbi yang berumur enam
belas tahun di sekolah elit ragbi dengan sekolah bukan elit
ragbi di negeri Perak,
vi. H
06
: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap
indek jisim badan di antara pemain ragbi yang berumur
enam belas tahun di sekolah elit ragbi dengan sekolah
bukan elit ragbi di negeri Perak.
1.6 Limitasi kajian
Terdapat beberapa batasan kajian yang akan mempengaruhi dapatan kajian. Batasan
kajian ini dibahagikan kepada delimitasi dan limitasi. Menurut Creswell (1994), limitasi
bertujuan untuk menunjukkan bagaimana penyelidik mengecilkan skop kajian dan
limitasi adalah untuk mengenalpasti kelemahan yang mungkin wujud dalam sesuatu
kajian. Kajian terhadap tahap kecergasan fizikal pemain ragbi sekolah elit ragbi dan
bukan elit yang berumur enam belas tahun di negeri Perak dijalankan berdasarkan limitasi
seperti berikut:-
i. Pengukuran tahap kecergasan fizikal adalah berdasarkan kepada pemain
ragbi di sekolah elit ragbi dan bukan elit yang berumur enam belas tahun
sahaja di negeri Perak.
23
ii. Subjek akan diuji dari segi tahap komponen kecergasan fizikal
berdasarkan komponen kecergasan fizikal iaitu ketangkasan, daya tahan
kardiovaskular, kekuatan otot, kepantasan dan indek jisim badan.
iii. Sikap dan kerjasarna subjek kajian adalah di luar kawalan penyelidik.
iv Pencapaian subjek dipengaruhi oleh permukaan padang / lantai yang
digunakan.
v. Skor ujian juga boleh dipengaruhi oleh tahap kesihatan subjek
(kecederaan) semasa ujian dijalankan.
vi. Faktor cuaca juga boleh mempengaruhi skor ujian.
vii. Keikhlasan, kesungguhan dan penumpuan subjek sewaktu menjalani ujian
merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi ujian.
1.7 Definisi operasional
Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini akan diberikan definisi operasional bagi
mengelakkan sebarang kekeliruan dalam lingkungan kajian ini Definisi operasional ini
adalah sesuai untuk memperolehi maklumat yang dikehendaki oleh pengkaji.
i. Penilaian.
Penilaian adalah proses membuat keputusan yang melibatkan
pengumpulan data yang sesuai, menentukan nilai pada data dan membuat
keputusan berdasarkan data yang piawai.
24
Prestasi.
Prestasi membawa maksud cam yang boleh dipercayai dalam membuat
penilaian untuk mencapai objektiviti dan dimana menghasilkan keputusan.
Sekolah Elit Ragbi
Sekolah yang mempunyai pasukan ragbi, tradisi dan budaya permainan
ragbi dan memberikan keutamaan kepada ragbi sebagai sebagai permainan
utama di sekolah tersebut.
Sekolah Bukan Elit Ragbi
Sekolah yang mempunyai pasukan ragbi tetapi tidak mempunyai tradisi
dan budaya permainan ragbi dan tidak memberi keutamaan kepada ragbi
sebagai permainan utama di sekolah tersebut.
Kecergasan Fizikal
Keupayaan badan untuk berfungsi secara efisyen dan berkesan. la terdiri
daripada kecergasan berlandaskan kesihatan dan kecergasan berlandaskan
kemahiran.
Ketangkasan
Keupayaan untuk mengubah arah badan atau anggota badan dengan
pantas.
25
vi Daya Tahan Kardiovaskular
Keupayaaan jantung, salur darah, darah dan sistem respirator! untuk
membekalkan oksigen kepada otot-otot dan kemampuan otot-otot
menggunakan oksigen untuk mengekalkan posisi badan.
vii. Kekuatan Otot
Keupayaan sesuatu otot atau sekumpulan otot mengatasi rintangan bagi
menghasilkan daya atau kuasa maksimum.
viii. Kepantasan
Keupayaan untuk bergeiak pantas dalam masa yang singkat
ix. Indeks Jisim Badan (IJB)
Berat badan yang unggul dan diperoleh dengan cara membahagikan berat
badan (kg) dengan ganda dua ketinggian (m). Foimula yang digunakan
bagi kaedah ini adalah ringkas iaitu :-
IJB = Berat (kg)
Tinggi x Tinggi (m)
x. Piawai Rujukan Kriteria
Satu kaedah menentukan prestasi individu berhubung dengan satu-satu
kriteria yang spesifik.
BAB2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Penyelidikan yang berkaitan dengan penilaian prestasi kecergasan fizikal ke atas pemain
ragbi tidak banyak ditemui walaupun permainan ragbi merupakan salah satu permainan
yang telah wujud sejak dahulu lagi. Justeru itu penyelidik lebih banyak merujuk kepada
penyelidikkan yang berkaitan yang boleh dikaitkan dengan permainan ragbi. Bab ini akan
mengupas dapatan-dapatan kajian lampau yang berkaitan. Rumusan kajian lampau
menunjukkan rangsangan latihan akan memberi adaptasi yang berkesan ke atas kumpulan
umur yang berlainan.
2.2 Kajian Literatttr Berkaitan
Penyelidikan yang dilakukan oleh AAHPERD (1976), telah menghasilkan norma
ujian kemahiran motor dan kecergasan fizikal bagi pelajar-pelajar berumur 10 hingga 17
tahun. Item ujian yang diperkenalkan oleh AAHPERD (1976), mendorong penyelidik lain
27
membuat kajian perbandingan tentang item yang sama atau mengubahsuai item tersebut.
Milne, Seefeldt dan Reuschlein (1976) membuat kajian perhubungan antara gred, jantina
dan ras ke atas prestasi motor pelajar tadika, gred satu dan gred dua. Keputusannya,
pelajar dari semua peringkat gred memperolehi kejayaan yang signifikan bagi ujian yang
berkaitan dengan kelajuan, kuasa dan daya tahan. Pelajar lelaki mempunyai prestasi yang
lebih baik dalam ujian ketangkasan, kelajuan dan kuasa kecuali ujian kelembutan.
Prestasi pelajar gred dua lebih baik daripada pelajar tadika. Keseluruhannya, prestasi
pelajar lelaki lebih baik daripada pelajar perempuan bagi setiap gred dalam ujian
perlakuan motor.
Pengukuran keupayaan individu untuk mengambil oksigen semasa latihan telah
lama dijadikan sebagai pengukur untuk menilai tahap kecergasan kardiovaskular.
Terdapat berbagai cara digunakan untuk mengukur tahap kecergasan kardiovaskular iaitu
samada secara terus dengan menggunakan kaedah di dalam makmal atau secara
'submaximal' dengan melakukan latihan yang dapat mengukur keupayaan tahap
kecergasan kardiovaskular. Namun demikian para penyelidik masih lagi berusaha untuk
menemui satu bentuk ujian yang paling sesuai bagi mengukur kecergasan fizikal yang
khusus hingga ke hari ini (Baumgartner, 1999).
Franks dan Howley (1998) melaporkan bahawa kecergasan kardiovaskular berkait
rapat dengan keupayaan pengambilan isipadu maksima oksigen (VO
2
max). Pengambilan
isipadu maksima oksigen ialah jumlah isipadu maksima gas oksigen yang digunakan oleh
seseorang individu sewaktu melakukan aktiviti yang meletihkan. American College of
Sports Medicine (ACM, 1999), menjelaskan bahawa V0
2
max adalah merupakan
penunjuk yang paling baik untuk menentukan tahap kecergasan kardiovaskular seseorang
28
individu. Semakin tinggi nilai V0
2
max yang diperolehi, semakin tinggilah tahap
kecergasan kardiovaskular seseorang individu tersebut
Menurut Nieman (2003), pengukuran secara terus di dalam makmal dengan
menggunakan komputer adalah yang paling tepat, namun begitu, kebanyakan guru atau
jurulatih lebih memilih kaedah pengukuran di padang berbanding ujian di makmal. Ini
adalah kerana peralatan makmal tersebut yang terlalu mahal serta memerlukan kakitangan
yang terlatih, masa pengujian yang panjang serta yang paling penting ia memerlukan
pemantauan ahli perubatan. Oleh kerana itu, sebagai alternatif ujian di makmal, guru-guru
boleh menggunakan ujian di padang serta mendapatkan anggaran nilai VO
2
max melalui
persamaan matematik yang telah diperakukan sah oleh badan-badan profesional seperti
ACSM (1999) dan President's Challenge (President's Council on Physical Fitness and
Sports) dan Prudential FITNESSGRAM (Cooper Institute for Aerobics Research).
Carrol (1994) menyatakan bahawa kecergasan kardiovaskular adalah merupakan
keupayaan seseorang untuk melakukan tugas berat secara berterusan bagi satu
jangkamasa yang panjang. Ia juga dikenali sebagai kecergasan aerobik, iaitu keupayaan
sistem peredaran dan respiratori untuk penyesuaian dan pemulihan kesan daripada aktiviti
fizikal seperti berlari, berjalan laju, berbasikal, berenang dan sebagainya. Melalui aktiviti
fizikal seseorang individu boleh meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular dan juga
dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung, diabetes, darah tinggi dan jenis-
jenis kanser tertentu.
Mengikut Astrand dan Rodahl (1976), kecergasan kardiovaskular adalah petunjuk
yang terbaik bagi menilai tahap kecergasan fizikal. la telah lama dijadikan sebagai
petunjuk bagi penyelidikan saintifik. Banyak penyelidikan saintifik telah dibuat dengan
29
jumlah populasi yang ramai bagi mengkaji kesihatan dan kesejahteraan individu.
Berdasarkan pada kenyataan ini, telah banyak kemajuan serta penyesuaian yang telah
dibuat ke atas alat pengukuran.
Ujian makmal dan ujian padang (field test) bagi mengganggar keupayaan aerobik
secara maksimum sentiasa dikaji dan dikemaskinikan secara berterusan untuk membantu
guru pendidikan jasmani, jurulatih sukan dan penyelidik sukan. Ujian-ujian ini
membolehkan penilaian serta pengiraan dilakukan terhadap komponen yang berkaitan
dengan kecergasaan. Selain itu, ujian-ujian ini membantu individu untuk meningkatkan
kecergasan serta sebagai pendorong untuk meningkatkan keupayaan individu. Pada tahun
1968, Cooper telah mempekenalkan ujian luaran field test iaitu Ujian Cooper. Ujian ini
merupakan larian 12 minit dan larian 1.5 batu untuk menguji daya tahan dan kecergasan
kardiovaskular. Ujian ini digunakan untuk menjimatkan kos kerana pengendalian alatan
makmal memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Selain itu, ujian ini juga boleh dijalani
oleh ramai subjek pada satu-satu masa (Johnson dan Nelson, 1986).
AAHPERD ( American Alliance for Health Physical Education, Recreation and
Dance, 1976 ) , memperkenalkan Youth Fitness Test untuk mengenalpasti beberapa ujian
terdahulu yang perlu diperbaiki atau digugurkan. Ujian Asas Membaling Softball
digugurkan, Ujian Bangkit Tubi Kaki Lurus digantikan dengan Ujian Bangkit Tubi Lutut
Bengkok, Ujian Gayut Siku Bengkok diperkenalkan untuk murid perempuan dan cara
genggaman palang diubah dari kedudukan supinasi kepada pronasi. Bagi menguji daya
tahan kardiovaskular, beberapa ujian telah dibina. Ujian Lari / Berjalan 600 ela, samada
Ujian Lari / Berjalan Satu Batu ( 9 minit) bagi murid berumur antara 10 hingga 12 tahun
atau Ujian Lari / Berjalan L5 Batu (12 minit) bagi murid berumur 13 tahun ke atas.
30
AAPHERD (1980), telah memperkenalkan Ujian Kecergasan Fizikal Berdasarkan
Kesihatan Health Related Physical Fitness Test yang merangkumi empat komponen
kecergasan fizikal. Bateri ujian tersebut dibentuk bagi menguji komponen daya tahan
kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, komposisi badan dan kelembutan. Item
ujian yang diperkenalkan ialah Ujian Lari / Berjalan Satu Batu (9 minit), Ujian Lipatan
Kulit (skapula dan trisep), Ujian Bangkit Tubi Lutut Bengkok Satu Minit dan Ujian
Jangkauan Melunjur, Namun begitu, banyak pakar berpendapat bahawa ujian tersebut
masih belum menepati ciri ujian kecergasan fizikal kerana komponen kekuatan otot tidak
termasuk dalam ujian tersebut. Oleh yang demikian, dalam tahun 1992 terbentuklah satu
bateri ujian Prudential FITNESSGRAM yang merangkumi kelima-lima komponen ujian
kecergasan. Ujian ini lebih kepada aspek kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan.
Komponen FITNESSGRAM termasuklah kemampuan aerobik, komposisi badan,
kekuatan otot, daya tahan otot dan kelembutan. Terdapat dua pilihan untuk mengukur
kemampuan aerobik iaitu larian satu batu / jalan dan PACER 20-m, larian ulang-alik
pelbagai aras. Perkembangan piawaian rujukan kriteria bagi larian satu batu / berjalan dan
PACER diperjelaskan secara terperinci oleh Cureton (Cureton & Warren, 1990).
Kajian yang dibuat oleh Looney dan Plowman (1992), mendapati sebanyak 75
peratus murid lelaki dan 50 peratus murid perempuan telah mencapai tahap kecergasan
fizikal berdasarkan kriteria FITNESSGRAM. Kajian tersebut menggunakan ujian
pengukuran Indeks Jisim Badan, Lari / Berjalan Satu Batu, Bangkit Tubi Lutut Bengkok,
Mendagu dan Jangkauan Melunjur. Peratus ini lebih tinggi apabila dibandingkan dengan
bateri ujian lain yang mengukur komponen yang sama. Alat pengukuran bagi larian satu
batu / berjalan dan PACER belum pernah lagi diperiksa secara menyeluruh. Buono,
31
Roby, Micale, Sallis dan Shepard (1991) melaporkan (intrakelas R > .90) yang tinggi bagi
taksiran kebolehpercayaan uji ulang-uji terhadap larian satu batu / jalan untuk pelajar
gred 5, 8 dan gred 11 apabila pelajar lelaki dan perempuan dicantumkan dalam satu
analisis yang sama. Liu, Plowman and Looney (1992) melaporkan pekali
kebolehpercayaan intrakelas bagi PACER ialah .91 untuk 12 orang lelaki dan .87 bagi 8
orang perempuan. Leger, Mercier, Gadoury dan Lambert (1998) telah melakukan kajian
bagi uji ulang-uji untuk kebolehpercayaan ujian PACER. Mereka melaporkan pekali
kebolehpercayaan intrakelas bagi ujian tersebut adalah .89. Sejumlah 139 lelaki dan
perempuan yang berumur di antara 6 hingga 16 tahun telah menjalani ujian tersebut.
Antropometrik iaitu satu kajian mengenai pengukuran bahagian badan yang tertua
dan dipercayai telah dimulakan di Mesir dan Greece. Kaedah ini dipercayai digunakan
oleh orang Mesir bagi mengukur seluruh anggota badan mereka iaitu pada satu bahagian
badan atau komponen badan secara umumnya. Mereka melakukannya secara manual iaitu
dengan menggunakkan anggota tangan iaitu jari hantu sebagai alat pengukur. Perkataan
antropometri bermaksud pengukuran manusia yang mana ia merupakan salah satu cabang
daripada pelbagai pengukuran di dalam komposisi badan manusia (Johnson dan Nelson,
1986).
Morrow, Jackson, Disch dan Mood (1995), pengukuran komposisi badan manusia
melibatkan anggaran peratusan lemak seseorang di mana ia memerlukan penentuan
kepadatan atau ketumpatan lemak badan seseorang individu. Bowers dan Fox (1998)
menyatakan bahawa pada dasamya badan manusia dilengkapi oleh lemak dan berat badan
tanpa lemak. Berat badan tanpa lemak, merangkumi 40 hingga 50 % berat badan manusia.
Ia meliputi otot, kulit, tulang dan tisu organ. Jumlah tisu lemak dalam badan pula
32
bergantung kepada jumlah simpanan sel lemak dan saiz sel itu sendiri. Mereka juga
menegaskan bahawa saiz dan jumlah sel lemak dapat dikurangkan melalui latihan dan
kawalan pemakanan di peringkat kanak-kanak.
Prestasi pencapaian atlet juga ada kaitannya dengan komposisi tubuh badan
terutamanya yang berkaitan dengan kandungan lemak. Meckel, Atterborn, Grodjinovsky,
Ben-Sire dan Rotstein (1995) , telah mendapati bahawa kandungan lemak yang tinggi
dalam badan memberikan keputusan yang negatif kepada keupayaan komponen
kecergasan fizikal tertentu seperti kelajuan , masa tindakbalas, kekuatan otot dan daya
tahan otot. Menurut Baumgartner dan Jackson (1999), dalam mengendalikan sesi
pengukuran lipatan kulit, seseorang penguji memerlukan antara 50 hingga 100 kali sesi
latihan terhadap berlainan subjek. Ini bagi membolehkan teknik pengukuran tersebut
menjadi sah dan boleh dipercayai. Oleh itu Keys (1972) telah mencadangkan kaedah
pengujian yang menggunakan pengukuran ketinggian dan berat badan individu yang
dikenali sebagai Body Mass Index (BMI). Kaedah ini digunakan bagi melihat perkaitan
individu dengan tahap kesihatan serta dapat mengkategorikan seseorang individu itu
kepada darjah obesiti yang sesuai berdasarkan rujukan normanya.
Kajian telah dijalankan ke atas sekumpulan kanak-kanak lelaki dan perempuan
sekolah rendah untuk mengenalpasti hubungan antara ujian prestasi fizikal dengan
kandungan lemak badan. Aspek umur, ketinggian, komposisi badan dan berat badan
diambilkira dalam ujian ini. Ujian fizikal yang dijalankan meliputi ujian lompat menegak,
ujian lompat jauh berdiri, ujian mendagu yang diubahsuai, ujian lari pecut 40 ela dan
ujian lari 400 ela. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang sigmfikan
antara kanak-kanak lelaki dan permpuan dalam kesemua jenis ujian fizikal yang telah
33
dijalankan. Kanak-kanak lelaki mempunyai ketinggian dan berat badan yang lebih
menunjukkan prestasi fizikal yang lebih baik daripada kanak-kanak perempuan (Hensley,
East dan Stillwell (1982).
Kepantasan pergerakan dan kepantasan reaksi adalah merupakan dua angkubah
yang terpenting dalam lakuan motor. Kedua-dua angkubah ini dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan atlet dalam semua acara sukan. Lazimnya dalam pengujian
dan penilaian mengenai kepantasan, komponen-komponen lakuan motor berikut diambil
kira iaitu masa reaksi, masa pergerakan dan masa gerakbalas. Pada tahun 1930 seorang
pakar Pendidikan Jasmani, Jensen & Hirst telah membahagikan kepantasan kepada tiga
komponen iaitu:
i. Kepantasan pergerakan segmen badan iaitu pergerakan bahagian tubuh badan
khususnya kepala, tangan dan kaki.
ii. Kepantasan lari pecut iaitu keupayaan seseorang meningkatkan kadar pecutan
dalam jarak singkat
iii. Kepantasan halaju larian maksimum iaitu halaju maksimum yang dapat
dicapai dalam larian lebih jauh.
Seseorang atlet yang telah menguasai ketiga-tiga komponen ini mempunyai kelebihan
khusus dalam sesuatu sukan dan permainan.
Johnson & Nelson (1986), pula mendefinisikan kepantasan sebagai kadar di mana
seseorang boleh menggerakkan anggota badan atau sebahagian anggota badan di antara
dua titik. Corbin & Lindsey (1994), kepantasan sebagai keupayaan untuk melakukan
pergerakan dalam masa yang singkat. Bagi menjelaskan perkaitan hubungan kepantasan
dan ketepatan, 'Hukum Fitts' menerangkan pertama, masa pergerakan akan meningkat
34
hanya sedikit apabila jarak pergerakan bertambah. Kedua, masa pergerakan menimgkat
semasa tumpuan ketepatan bertambah iaitu apabila sasaran mengecil Ini bermakna masa
pergerakan akan bertambah secara sistematik dengan dipengaruhi oleh kedua-dua faktor
diatas.
Kepantasan adalah sebagai sepantas mana anggota badan bergerak. Kepantasan
pada dasamya adalah hasil tindakan daya ke atas jasad yang cukup untuk menggerakkan
jasad. Kepantasan biasanya melibatkan pergerakan pada kadar yang tetap setelah
mengatasai daya rintangan. Terdapat dua komponen daya rintangan atau yang bertindak
ke atas tubuh badan manusia iaitu daya positif dan daya negatif. Daya positif membantu
pergerakan melalui kontraksi otot. Daya negatif pula bergantung kepada sifat aktiviti.
Oleh itu, kepantasan dapat ditingkatkan dengan memperbaiki faktor positif melalui
latihan kekuatan. la juga boleh ditingkatkan dengan cam meminimumkan faktor negatif
iaitu meningkatan koordinasi neuromuskular dan kelembutan bertujuan mengurangkan
daya tarikan graviti serta nyah-pecutan anggota badan. Antara ujian yang lazim
digunakan bagimengukur kepantasan adalah lari pecut 4 saat, lari pecut 6 saat, lari pecut
50 ela, lari pecut 30 meter, lari pecut 8 saat dan lari landas 20 ela (Kreighbaum &
Barthels, 1990).
Baumgartner & Jackson (1999), menjelaskan ketangkasan adalah kemampuan
mengubah kedudukan badan dan arah secara pantas. Barrow & McGee (1979),
mendefinisikan ketangkasan sebagai merujuk kepada kepantasan dan ketepatan semasa
mengubah arah pergerakan sebahagian atau keseluruhan badan. Johnson dan Nelson
(1986) juga menyatakan ketangkasan merupakan kebolehan fizikal seseorang yang dapat
mengubah kedudukan badan dan arah secara tepat dan cepat. Sifat ketangkasan bukan
35
sahaja melibatkan kepantasan tetapi juga termasuk kebolehan badan membuat perubahan
pergerakan atau arah pergerakan seeara tiba-tiba. Keberkesanan ketangkasan dapat dilihat
apabila ia digabungkan dengan faktor-faktor kecergasan lain.
Barrow dan McGee (1973), menyatakan keberkesanan ketangkasan dapat
dipertingkatkan dengan gabungan aspek-aspek kekuatan, daya tahan otot, kepantasan,
deria kinestetik dan koordinasi. Faktor kekuatan dan dayatahan otot boleh meningkatkan
kepantasan, maka seeara tidak langsung faktor tersebut boleh mempengaruhi
keberkesanan ketangkasan. Seseorang boleh bertindak lebih tangkas dengan
mengubahsuaikan darjah ketepatan dan konsistensi bagi kedudukan badan atau bahagian
badan tertentu semasa bergerak dalam ruang. Selain itu, faktor koordinasi yang baik dapat
dihubungkaitkan dengan ciri semulajadi sesuatu pergerakan. Faktor koordinasi dapat
meningkatkan lagi keberkesanan faktor ketangkasan. Ujian kecergasan motor yang biasa
digunakan bagi mengukur tahap kecergasan motor adalah ujian lari ulang alik 30 kaki,
ujian ketangkasan SEMO, ujian lompat kuadran, ujian lari zig-zag dan lompat menegak.
Ujian ketangkasan lazimnya mempunyai tiga komponen iaitu pertukaran dalam arah
larian, perubahan dalam kedudukan badan dan pertukaran arah sebahagian badan.
Kebolehan dan keberkesanan ketangkasan melibatkan faktor masa reaksi dan masa
pergerakan yang mana ia dikaitkan dengan kelajuan dan ketepatan tentang reaksi satu
kumpulan otot tertentu untuk bertindakbalas ke atas sebarang aktiviti lakuan motor.
Kecergasan kardiovaskular memerlukan otot jantung dan sistem vaskular yang
cergas, sistem respiratori dan darah yang efisyen dan memerlukan tisu-tisu otot yang
cergas untuk menggunakan oksigen. Kecergasan kardiovaskular juga dikenali sebagai
daya tahan kardiovaskular kerana seseorang atlit yang mempunyai kecergasan ini boleh
36
melabukan latihan fizikal untuk suatu jangkamasa yang lama tanpa merasa lesu. la
dirujuk sebagai kecergasan kardiorespiratori kerana memerlukan pengangkutan dan
penggunaan oksigen. Istilah kecergasan aerobik juga digunakan untuk kecergasan
kardiovaskular kerana kapasiti aerobik merupakan indikator yang terbaik untuk menilai
tahap kecergasan kardiovaskular dan untuk meramal kemampuan untuk melakukan
latihan atau aktiviti fizikal beraerobik. Kecergasan kardiovaskular didefinisikan sebagai
keupayaan jantung, salur darah, darah dan sistem respiratori untuk membekalkan oksigen
kepada otot-otot dan keupayaan otot-otot untuk menggunakannya untuk melakukan
aktiviti (Corbin dan Lindsey, 1997). Ketahanan kardiovaskular membawa maksud
keupayaan sistem peredaran darah (jantung dan saluran-saluran darah) untuk
membekalkan oksigen kepada otot-otot yang aktif semasa melakukan kerja fizikal
ataupun senaman. Semakin banyak oksigen yang boleh dibekalkan, semakin banyak kerja
fizikal boleh dilakukan dan kekurangan oksigen boleh menyebabkan kelesuan.
Bagi mengukur pengambilan oksigen yang maksimum, Baumgartner dan Jackson
(1991), telah mengesyorkan supaya beban kerja ditingkatkan secara beransur-ansur
sehingga subjek tidak berupaya untuk meneruskan aktivitinya. Menurut mereka
pengambilan oksigen adalah pada paras yang maksimum apabila peningkatan beban kerja
yang seterusnya tidak lagi meningkatkan kadar pengambilan oksigen.
Penilaian terhadap kemampuan kardiovaskular boleh dilaksanakan dengan
mengukur VO
2
max. Menurut Lockette dan Keyes (1994), pengukuran VO
2
max adalah
paling tepat untuk mengukur tahap kecergasan kardiovaskular seseorang. Corbin dan
Lindsey (1984), menyatakan bahawa VO
2
max juga merujuk kepada kapasiti aerobik iaitu
kemampuan seseorang individu menggunakan oksigen dalam satu minit latihan yang
37
maksima. Individu yang mempunyai daya tahan kardiovaskular yang tinggi boleh
menggunakan lima atau enam liter oksigen per unit masa semasa berlari di atas treadmill
atau mengayuh basikal. Individu yang sederhana pula hanya menggunakan dua atau tiga
liter per minit dalam satu sesi latihan. V0
2
max sering dirujuk mengikut saiz badan
seseorang kerana individu yang bersaiz besar boleh mencatatkan keputusan yang tinggi
kerana saiz mereka.
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan pada hari ini untuk mengukur tahap
kecergasan kardiovaskular seseorang. Kaedah-kaedah ini termasuklah Ujian Cooper,
Ujian Menapak Harvard, Ujian Beep, Ujian Treadmill dan Ujian "Ergometer Bicycle".
Untuk tujuan kajian ini, kaedah Ujian Cooper atau juga dikenalpasti sebagai Larian 12
Minit telah digunakan.
Kekuatan selalunya dikaitkan dengan latihan fizikal yang lebih mementingkan
peningkatan penggunaan tenaga. Menurut Johnson dan Nelson (1986), kekuatan adalah
keupayaan tenaga otot di antara keadaan objek yang bergerak dan tidak bergerak, yang
mana ianya diukur melalui ujian yang akan menunjukkan pergerakan atau posisi badan.
Kekuatan otot adalah satu daya yang boleh diaplikasi dengan pengucupan sekumpulan
otot yang bertindak sebagai tenaga yang boleh melebihi rintangan di dalam satu daya
maksima.
Sebelum tahun 1950an, jurulatih dan atlit percaya bahawa latihan bebanan tidak
boleh meningkatkan kekuatan yang diperlukan dalam sukan berprestasi tinggi. Tambahan
pula, kelajuan pergerakan juga akan terhalang oleh latihan bebanan. Walau
bagaimanapun, selepas tahun 1950an, terdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa
kekuatan otot boleh meningkat dengan adanya latihan bebanan dan kelajuan pergerakan.
38
Baker dan Nance (1999), telah membuat kajian mengenai perkaitan di antara
kekuatan dengan kuasa di dalam Liga Ragbi Profesional di Amerika Syarikat Kajian
dilakukan terhadap 20 orang pemain ragbi profesional dan hasil kajian menunjukkan
prestasi pecut mempunyai perkaitan yang tinggi dengan kekuatan otot. Dapatan kajian
juga menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara jisim badan dengan
prestasi kuasa pecut.
Keupayaan seseorang pemain ragbi adalah dinilai berdasarkan prestasinya dalam
permainan. Seseorang pemain mungkin telah bermain dengan cemerlang atau dibawah
keupayaan sebenar ataupun bermain dengan buruk. Keupayaan yang dinilai adalah
kemahiran yang diperlukan dalam permainan ragbi. Kemahiran merangkumi pergerakan
dan untuk menghasilkan pergerakan, banyak perkara perlu dimiliki dengan betul.
Kemahiran memerlukan kawalan yang mengandungi elemen kuasa, masa reaksi, masa
motor, kordinasi, imbangan dan ketepatan. Kawalan adalah aksi otot dan saraf iaitu
dengan membuat latihan bagi kawalan secara berterusan dan berulang-ulang, seseorang
pemain dapat meningkatkan kemahiran mereka (Craven, 1979).
Kajian tentang potensi kekuatan, kuasa dan ciri-ciri antropometrik ke atas prestasi
lompat vertikal dalam kemahiran rejaman dan gerak balas lompatan vertikal dalam
permainan bola tampar telah dijalankan pada tahun 2008. Tujuh subjek terbaik dan tujuh
subjek yang paling lemah telah menjalani ujian lompatan rejaman dan ujian lompatan
gerak balas vertikal. Mereka mendapati di kalangan pemain elit bola tampar, prestasi
kitaran regangan yang pendek dan kemampuan untuk melakukan beban regangan yang
tinggi adalah prestasi yang kritikal dalam lompatan yang berkaitan dengan prestasi bola
tampar (Sheppard, Cronin, Gabbett, McGuigan, Etxebarria dan Newton, 2008).
39
Gabbett, Johns dan Riemann (2008) telah melaporkan tentang adaptasi masa
latihan ke atas pemain liga ragbi junior yang berumur bawah 15 tahun dengan pemain
bawah 18 tahun. Seramai 14 orang pemain bawah 15 tahun dan 21 orang pemain bawah
18 tahun telah mengambil bahagian dalam latihan pra-musim untuk kekuatan,
pengadaptasian dan program kemahiran selama 10 minggu yang merangkumi 3 sesi
setiap minggu. Senma subjek menjalani pengukuran antropometrik, ujian lompat vertikal
untuk kekuatan otot, ujian pecut 10m, 20m dan 40m untuk kepantasan, ujian 505 untuk
ketangkasan dan ujian kecergasan pelbagai tahap bagi daya tahan kardiovaskular sebelum
dan selepas latihan. Semua pemain juga menjalani bateri ujian kecergasan setiap 3
minggu untuk menilai tempoh masa adaptasi dengan rangsangan latihan yang ditetapkan.
Bateri ujian yang digunakan adalah ujian tekan tubi 60 saat, ujian bangkit tubi, ujian
mendongak dagu serta ujian lompat vertikal untuk daya tahan otot. Terdapat peningkatan
dalam kuasa maksimal aerobik dan daya tahan otot di kalangan pemain bawah 15 tahun
dan bawah 18 tahun yang mengikuti latihan. Peningkatan dalam kepantasan, kekuatan
otot, kuasa maksimal aerobik dan daya tahan otot bahagian atas badan adalah tinggi di
kalangan pemain junior yang berumur bawah 15 tahun manakala peningkatan daya tahan
otot pada bahagian bawah badan adalah tinggi dalam pemain junior yang bawah 18 tahun.
Hasil kajian menunjukkan pemain ragbi bawah 15 tahun dan yang berumur bawah 18
tahun mempunyai adaptasi yang berbeza dalam rangsangan latihan dan program latihan
perlu diubah suai berdasarkan kematangan dan umur latihan.
Kajian mengenai ketangkasan reaktif pemain liga ragbi Australia dan untuk
menentukan sama ada kualiti tersebut mempunyai perbezaan di antara pemain yang
memiliki kemahiran yang tinggi dan yang rendah telah dijalankan. 24 pemain elit dan 42
40
orang pemain separa elit telah menjalani ujian spesifik permainan untuk menguji
ketangkasan reaksi tindak balas. Pemain elit memiliki maklumbalas ketepatan yang lebih
baik berbanding dengan separa elit, kepantasan membuat keputusan dan masa pergerakan
dalam ujian ketangkasan reaksi tindak balas berbanding dengan pemain-pemain separa
elit Ujian ketangkasan reaksi tindak balas yang dijalankan menunjukkan empat
perbezaan klasifikasi iaitu (1) membuat keputusan dan perubahan dalam latihan
kepantasan dalam penggabungan fizikal yang baik dan keupayaan tanggapan. (2) Latihan
membuat keputusan dibawah purata untuk membentuk keupayaan membuat tanggapan.
(3) Perubahan dalam arah latihan kepantasan dibawah purata untuk membentuk atribut-
atribut atau (4) satu pengabungan dibawah purata di antara membuat keputusan dan
perubahan dalam membuat keputusan untuk membentuk fizikal dan keupayaan membuat
tanggapan. Keputusan kajian ini menunjukkan ujian ketangkasan reaksi tindak balas
membezakan di antara pemain liga ragbi yang berkemahiran tinggi dan rendah. Dapatan
kajian ini juga menunjukkan kepentingan sumbangan kemahiran membuat tanggapan
kepada ketangkasan kepada pemain dalam liga ragbi (Gabbett dan Benton, 2007).
Menurut Gabbett, Kelly, Ralph dan Driscoll (2007) yang telah membuat
penyelidikan tentang ciri-ciri fizikal pemain liga ragbi junior yang bertanding pada tahap
elit dan separa elit. Kajian juga dijalankan untuk menentukan sama ada pengukuran
kecergasan pra-musim mempunyai perbezaan secara signifikan ke atas pemain utama
untuk bermain dalam perlawanan pertama dalam musim tersebut berbanding dengan
pemain simpanan. 36 pemain junior tahap separa elit dan 28 pemain tahap elit dalam liga
junior ragbi mengambil bahagian dalam kajian ini. Semua subjek kajian telah menjalani
pengukuran antropometrik, ujian kepantasan, ujian 505, lompat vertikal dan ujian
41
kecergasan pelbagai tahap pada permulaan musim pertandingan. Pemain elit mempunyai
kepantasan, kepantasan dalam menukar arah, lompat vertikal dan kuasa maksimal aerobik
yang lebih baik berbanding dengan pemain separa elit. Pemain utama kumpulan elit
adalah lebih tinggi dan berat berbanding dengan pemain simpanan yang tidak terpilih
untuk bermain dalam perlawanan pertama. Begitu juga, pemain utama separa elit
memiliki ketinggian yang lebih baik dan mempunyai kepantasan untuk menukar arah
dengan lebih baik berbanding dengan pemain simpanan. Kuasa maksimal aerobik
menunjukkan perbezaan yang tinggi di antara pemain utama dengan pemain simpanan
untuk kedua-dua kumpulan elit dan separa elit. Hasil kajian menunjukkan bahawa
terdapat ciri-ciri fizikal yang membezakan antara pemain utama dengan pemain simpanan
dalam pasukan liga ragbi junior.
Kajian dalam menentukan sama ada keputusan ujian fisiologi, antropometrik dan
kemahiran mampu membezakan di antara 28 pemain bola tampar junior yang mengikuti
program pemilihan pengenalpastian bakat bola tampar. Mereka telah menjalani
pengukuran dalam ketinggian, ketingian mencapai sambil berdiri, indeks jisim badan,
ketebalan lemak badan, balingan bola medicine dari atas kepala, lompat vertikal,
lompatan rejaman, kepantasan 5m dan 10m, ujian ketangkasan "T", kuasa aerobik
maksimal, dan menghantar, setting, membuat servis, teknik rejaman dan ketepatan.
Analisis yang telah dijalankan ke atas kumpulan terpilih dan yang tidak terpilih untuk
mendapatkan persamaan regresi yang boleh digunakan untuk pemilihan pasukan bola
tampar junior berdasarkan ujian kemahiran. Teknik menghantar dan membuat servis
adalah variabel signifikan yang dimasukkan dalam analisis perbezaan. Analisis yang
dilakukan menunjukkan keputusan ujian kemahiran yang terpilih menunjukkan perbezaan
42
ketara di antara pemain yang berjaya terpilih berbanding dengan yang tidak berjaya
dipilih. Keputusan ini menunjukkan kepentingan dalam membentuk teknik menghantar
dan membuat servis ke atas pemain-pemain junior pengenalpastian bakat bola tampar
(Gabbett, Georgieff dan Domrow, 2007).
Farrow, Young dan Bruce (2005) telah membina suatu kaedah pengukuran
ketangkasan yang baru iaitu dengan menggunakan tayangan video bagi sukan bola jaring
dan menentukan kebolehpercayaan ujian tersebut dengan kaedah uji ulang-uji. Seramai
32 orang pemain bola jaring iaitu 12 orang pemain bola jaring berkemahiran tinggi, 12
orang pemain berkemahiran sederhana tinggi dan 8 orang pemain yang berkemahiran
rendah. Subjek akan bertindak mengikut pergerakan pemain lawan yang dihasilkan di
layar tayangan dan masa dicatatkan untuk merekodkan ketangkasan. Hasil kajian
mendapati kumpulan berkemahiran tinggi secara signifikan lebih laju daripada kumpulan
yang berkemahiran rendah dalam ujian reaktif dan dapat membuat keputusan lebih cepat
berbanding dengan kumpulan tersebut Kumpulan yang berkemahiran sederhana lebih
laju daripada kumpulan berkemahiran rendah dalam ujian reaktif. Pendekatan ujian
menghasilkan kebolehpercayaan uji ulang uji dengan korelasi intra kelas iaitu r = .83.
Kajian tentang prestasi fizikal, antropometrik dan ciri-ciri kemahiran mengikut
posisi permainan spesifik ke atas pemain liga ragbi separa elit telah dijalankan. Seramai
86 pemain ragbi separa elit terlibat dalam kajian tersebut. Semua subjek menjalani
pengukuran atropometrik (tinggi, indeks jisim badan dan jumlah lipatan 4 lokasi lemak
badan), kekuatan otot (lompat vertikal), kepantasan (10m, 20m, dan 40m pecut),
kepantasan pertukaran arah (larian L), dan kuasa maksima aerobik (ujian kecergasan
pelbagai tahap). Dua orang pakar jurulatih telah menilai kemahiran pemain-pemain
43
tersebut dengan menggunakan kriteria teknikal yang standard. Pemain forwards adalah
lebih berat dan mempunyai peratusan lemak badan yang tinggi berbanding dengan
kumpulan hacks. Lagi pun kwnpulm forwards memUiki kepantasan perubahan arah yang
rendah dan kepantasan 20m dan 40m lebih rendah daripada kumpulan backs. Namun
begitu, kumpulan forwards mempunyai keupayaan untuk langgar dan berpusing yang
lebih baik daripada kumpulan backs. Bagi kemahiran mengelak, kumpulan backs adalah
lebih baik daripada kumpulan forwards. Kumpulan backs pula memiliki kemahiran yang
tinggi ketika tekanan dalam perlawanan berbanding dengan kumpulan forwards. Mereka
juga mempunyai tangkapan, membawa bola dan kemahiran hantaran asas dengan lebih
baik daripada kumpulan forwards. Hasil kajian menunjukkan prestasi fizikal,
antropometrik dan kualiti kemahiran pemain liga ragbi separa elit adalah pelbagai
mengikut posisi permainan (Gabbett, Kelly dan Pezet, 2007).
Kajian tentang fisiologi dan antropometrik oleh Gabbett dan Georgieff (2007)
terhadap pemain bola tampar junior yang bertanding pada tahap elit, separuh elit dan
novis telah membuktikan suatu standard dalam prestasi mereka. Sejumlah 153 orang
pemain junior iaitu 34 orang pemain peringkat kebangsaan (14 lelaki, 20 wanita), 58
orang pemain peringkat negeri (16 lelaki dan 42 wanita) dan 61 orang pemain peringkat
novis (27 lelaki dan 34 wanita) telah mengambil bahagian dalam kajian tersebut.
Kesemua subjek telah menjalani pengukuran antropometrik yang standard (jisim badan,
tinggi, mencapai ketinggian sambil berdiri, dan jumlah lipatan 7 lokasi lemak badan),
kekuatan otot bahagian bawah badan (lompat vertikal dan lompat rejam), kekuatan otot
bahagian atas badan (balingan bola medicine atas kepala), kepantasan (5m dan 10m
pecut), ketangkasan (ujian-T) dan kuasa maksima jangkaan aerobik (ujian kecergasan
44
pelbagai tahap) semasa fasa pertandingan dalam musim pertandingan. Perbezaan
signifikan diperolehi di kalangan pemain junior bola tampar kebangsaan, negeri dan novis
untuk tinggi, mencapai ketinggian sambil berdiri, lipatan lemak badan, kekuatan otot
bahagian bawah badan, ketangkasan dan jangkaan kekuatan aerobik maksima. Dapatan
kajian memberikan data normatif dan standard prestasi bagi pemain bola tampar junior
yang bertanding pada tahap elit, separuh elit dan novis. Jurulatih perlu memberi
penumpuan pada latihan kekuatan otot bahagian bawah badan, ketangkasan dan jangkaan
kuasa maksima aerobik untuk membaiki tahap prestasi permainan pasukan masing-
masing.
Penyelidikan tentang perhubungan di antara kecergasan fizikal dan keupayaan
bermain ragbi berdasarkan ciri-ciri fisiologi, antropometrik dan kemahiran pemain liga
ragbi telah dibuat Seramai 86 pemain liga ragbi telah menjalani Ujian antropometrik iaitu
tinggi, indeks jisim badan dan empat ujian lokasi peratusan lemak, ujian kekuatan otot
iaitu lompat vertikal, ujian kepantasan iaitu 10,20,40m lari pecut, ujian ketangkasan iaitu
larian L, ujian kuasa maksima aerobik iaitu ujian kecergasan pelbagai tahap dan ujian
kemahiran ragbi iaitu ujian hantaran, keupayaan membawa bola, kemahiran tackling dan
mengelak. Hasil kajian menunjukkan semua ujian kemahiran yang dipilih adalah penentu
kejayaan sebagai pemain ragbi liga yang berjaya dan kurang berjaya dan bukannya ciri
fisiologi dan antropometrik. Namun demikian semua ciri fisiologi dan antropometrik
adalah berkait rapat dalam keupayaan bermain ragbi. Tahap kecergasan yang tinggi
adalah penyumbang kepada keberkesanan keupayaan bermain bagi pemain-pemain ragbi
tersebut. Program latihan khusus kepada permainan yang merangkumi keupayaaan fizikal
45
dan latihan kemahiran dapat membentuk dan meningkatkan keupayaan kecergasan fizikal
kepada prestasi kompetitif pemain dalam liga ragbi (Gabbett, Kelly dan Pezet, 2007).
Gabbet (2007) melaporkan ciri-ciri fisiologi dan antropometrik pemain wanita elit
liga ragbi dan membina prestasi fizikal yang piawai bagi mereka. 32 pemain wanita liga
ragbi telah menjalani ujian antropometrik iaitu tinggi, indeks jisim badan dan ujian
peratusan 7 lokasi lemak, ujian kekuatan otot iaitu lompat vertikal, ujian kepantasan iaitu
10, 20,40m lari pecut, ujian ketangkasan iaitu ujian 505, ujian kemampuan glikotik iaitu
ujian ketangkasan glikotik dan ujian kuasa maksima aerobik iaitu ujian kecergasan
pelbagai tahap. Dapatan kajian menunjukkan pemain wanita dalam liga ragbi elit
mempunyai kepantasan dan ketangkasan yang rendah, kekuatan otot dan kemampuan
glikotik serta kecergasan kardiovaskular yang rendah dan mempunyai indeks jisim badan
dan peratusan lemak yang lebih tinggi berbanding dengan atlit sukan berpasukan wanita
yang lain yang telah dilaporkan. Hasil kajian menunjukkan keperluan untuk membentuk
semua parameter fisiologi untuk membolehkan semua pemain wanita elit liga ragbi dapat
menyaingi mengikut kehendak pertandingan, mengurangkan kelesuan iaitu
mengurangkan kesilapan dalam pelaksanaan kemahiran dan mengurangkan risiko
kecederaan.
Kajian tentang kesan adaptasi latihan berasaskan kemahiran dan penyesuaian
tradisional telah dilakukan oleh Gabbett (2006) untuk meningkatkan kepantasan,
ketangkasan, kekuatan otot dan kecergasan kardiovaskular pemain-pemain liga ragbi.
Seramai 69 orang pemain liga ragbi telah menjalani ujian kecergasan fizikal. Ujian
kekuatan otot iaitu lompat vertikal, ujian kepantasan iaitu 10, 20, 40m lari pecut, ujian
ketangkasan iaitu larian L dan ujian kuasa maksima aerobik iaitu ujiian kecergasan
46
pelbagai tahap. Hasil kajian menunjukkan adaptasi penyesuaian berasaskan kemahiran
permainan merupakan suatu kaedah yang efektif semasa fasa pertandingan bagi pemain
liga ragbi. Tambahan pula penyesuaian kemahiran yang diberikan membolehkan para
pemain mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam persekitaran yang kompetitif.
Penyesuaian berasaskan kemahiran merupakan kaedah alternatif yang praktikal
berbanding dengan penyesuaian tradisional untuk meningkatkan kapasiti fisiologi dan
prestasi permainan pemain liga ragbi.
Kajian ke atas kumpulan kanak-kanak ielaki dan perempuan sekolah rendah untuk
mengenalpasti hubungan antara ujian prestasi fizikal dengan kandungan lemak badan
telah dijalankan. Aspek umur, ketinggian, berat badan dan komposisi badan diambilkira
dalam ujian ini. Ujian fizikal yang dijalankan meliputi ujian lompat menegak, ujian
lompat jauh berdiri, ujian mendagu yang diubahsuai, ujian lari pecut 40 ela dan ujian lari
400 ela. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara
kanak-kanak Ielaki dan perempuan dalam kesemua jenis ujian fizikal yang telah
dijalankan. Kanak-kanak Ielaki adalah lebih tinggi, lebih berat dan menunjukkan prestasi
fizikal yang lebih baik berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Akan tetapi tiada
perbezaan yang signifikan dalam komposisi badan di mana ia merupakan alasan yang
baik bagi menerangkan perbezaan prestasi lakuan motor antara lelaki atau perempuan
(Hensley, East dan Stillwell, 1982).
Penilaian adalah satu proses membuat keputusan yang dinamik yang melibatkan
proses mengumpul data, analisis data berdasarkan piawaian dan membuat keputusan
berdasarkan data. Penilaian yang berkualiti adalah bergantung kepada kualiti data yang
dikumpulkan. Jika sesuatu keputusan ujian mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan,
47
ketepatan ujian itu boleh diragui. Prosednr ujian yang baik dan teratur juga dapat
melengkapkan pemain dengan pengalaman yang positif manakaia prosednr ujian yang
tidak lengkap akan menghasilkan maklumat yang tidak betul kepada pemain itu sendiri.
Miller (1988), menjelaskan prosedur ujian kemahiran yang baik dapat mencetuskan
semangat melawan pemain. Ini bermaksud pemain dapat berlumba-lumba untuk
meningkatkan prestasi kemahiran melalui ujian yang dijalankan. Baumgatner dan Jackson
(1999), merumuskan penilaian menjadi petunjuk kepada tahap penguasaan pemain dan
mengesan mutu latihan seorang jurulatik Jurulatih perlu melaksanakan program penilaian
pemain untuk jangka panjang dan jangka pendek.
Penilaian adalah proses yang memberi makna kepada pengukuran dengan
menilainya dengan sesuatu piawaian. Baumgartner (1999), mendefinisikan penilaian
rujukan kriteria sebagai pengukuran yang diinterpritasikan secara terus dari segi piawaian
prestasi yang eksplisit. Johnson and Nelson (1986), menyatakan bahawa sesuatu penilaian
itu dibuat berdasarkan kepada matlamat dan tujuan yang ditetapkaa Oleh yang demikian
seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan untuk memilih jenis instrumen ujian yang
sesuai dari segi keberkesanan, kos, masa, kemudahan alatan dan tempat.
Stufflebeam (1972) mendefinisikan bahawa penilaian adalah proses mendapatkan
maklumat dan menggunakan dalam membuat keputusan. Manakaia Schubert (1986)
menyatakan bahawa penilaian merupakan percubaan untuk mengukur atau menentukan
nilai dan amalan pelajar terhadap program pendidikan. Menuratnya lagi, penilaian
berfungsi sebagai titik permulaan, tujuan atau cara mengawasi atau mengubahsuai
kurikulum secara berterusan Johnson dan Nelson (1986), menyatakan penilaian
merupakan maklumat tentang kualiti, merit dan nilai tentang apa yang ditaksirkan dalam
48
membuat keputusan. Safiit dan Wood (1995), menyatakan penilaian adalah satu proses
menentukan nombor yang merajuk kepada seseorang atau objek dalam proses mendapat
skor sesuatu ujian.
Menurut Johnson dan Nelson (1986), kemampuan menganalisis data secara efektif
akan memberi informasi yang tepat terhadap program penilaian yang dilaksanakan.
Proses menganalisis data melibatkan penggunaan kaedah statistik secara manual dan
perisian komputer. Data yang dianalisis dirujuk kepada piawaian. Menurut Baumgartner
dan Jackson (1999), terdapat dua jenis piawaian iaitu piawaian rujukan kriteria dan
piawaian rujukan norma. Piawaian rujukan kriteria digunakan untuk mengesan
pencapaian seseorang ke tahap yang spesifik. Manakala piawaian rujukan norma
digunakan untuk menilai prestasi individu berbanding prestasi atlit lain dalam suatu
pasukan. Norma yang digunakan berasaskan faktor umur, gred, tinggi, berat dan jantina
atau kombinasi beberapa faktor.
Proses yang terakhir dalam penilaian prestasi sukan ialah membuat keputusan
berdasarkan analisis data dan objektif. Interprestasi data analisis menggambarkan keadaan
sebenar seseorang atlit berdasarkan norma yang digunakan. Kekuatan dan kelemahan atlit
dapat dikenal pasti melalui proses penilaian prestasi sukan. Satu perancangan program
latihan yang memenuhi keperluan atlit berdasarkan keputusan analisis dibina sebagai
tindak ikut. Hasil analisis data dijadikan garis panduan kepada jurulatih dalam merangka
dan membina program latihan. Johnson dan Nelson (1986) menyatakan ujian ialah suatu
bentuk penilaian yang digunakan untuk mengukur perolehan dan penyimpanan
pengetahuan atau keupayaan dalam perlakuan fizikal atau penghasilan minda.
49
Morrow, Jackson, Disch & Mood, (2000), menyatakan selain dari penilaian,
pentaksiran digunakan dalam mengesan tahap pencapaian seseorang pemain. Pentaksiran
ialah proses mengumpul maklumat. Pentaksiran dibuat berdasarkan penilaian kepada
sesuatu keputusan. Pentaksiran melibatkan pengukuran dan penilaian. Pentaksiran
prestasi seorang pemain melibatkan kaedah menguji kemahiran sehingga pemain itu dapat
melakukan satu kemahiran dengan betul. Prestasi cemerlang dikatakan sebagai prestasi
sebenar jika seorang pemain dapat menunjukkan satu penguasaan kemahiran. Pentaksiran
prestasi sukan melibatkan hubungan antara pemain dengan jurulatih di dalam
mendapatkan maklumat untuk mencapai suatu matlamat
Pate (1991) melaporkan terdapat hubungan yang konsisten antara pengukuran
dalam aktiviti fizikal, kecergasan fizikal dan penyakit yang berkaitan dengan
kardiovaskular. Melalui ujian dan pengukuran, kita boleh mengenalpasti tahap kecergasan
kardiovaskular seseorang dan mencadangkan latihan yang sesuai untuk mereka. la boleh
dijadikan motivasi untuk peningkatan prestasi, atau meneruskan gaya hidup sihat, dan
juga sebagai langkah awal pengesanan penyakit.
Berdasarkan kajian literatur yang disenaraikan, terdapat lima jenis ujian yang
sering digunakan dalam menilai prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi. Sehubungan
dengan itu, penyelidik menggunakan lima jenis bateri ujian kecergasan fizikal tersebut
yang sesuai untuk menilai prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi di sekolah elit dan
bukan elit ragbi yang berumur enam belas tahun di negeri Perak. Bateri Ujian tersebut
terdiri daripada tiga komponen kecergasan fizikal yang berlandaskan kesihatan iaitu daya
tahan kardiovaskular, kekuatan otot dan komposisi badan dan dua komponen kecergasan
fizikal berlandaskan perlakuan motor iaitu kepantasan dan ketangkasan. Bateri ujian yang
50
dipilih adalah ujian lari pecut 30 meter untuk pengukuran kepantasan, ujian lari ulang alik
10 meter untuk pengukuran ketangkasan, ujian kecergasan pelbagai tahap untuk
pengukuran daya tahan kardiovaskular, ujian indeks jisim badan untuk pengukuran
komposisi badan dan ujian bangkit tubi untuk pengukuran kekuatan otot
BAB3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metodologi merupakan penggerak kepada sesuatu kajian. Ahmad Mahdzan (2003),
menyatakan metodologi bermaksud falsafah kepada proses penyelidikan. la merangkumi
segala andaian dan sistem nilai bagi penyelidikan atau kriteria yang digunakan oleh
penyelidik untuk mentafsir data dan membuat kesimpulan. Aspek yang dibincangkan
dalam metodologi kajian ialah rekabentuk kajian, populasi, persampelan, instrumen
kajian, pembentukan kajian, kaedah perlaksanaan, kajian rintis, kesahan,
kebolehpercayaan dan penganalisaan data.
Penyelidikan pada asasnya ialah untuk mendapatkan maklumat atau mencari
jawapan kepada soalan yang dibangkitkan. Ahmad Mahdzan (2003), turut menyatakan
bahawa penyelidikan sebagai aktiviti yang teratur dan bersistem bagi mencari jawapan
kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang
hakikatnya sudah dikenal pasti. Kajian ini bertujuan untuk memperoleh, menganalisis dan
menentukan tahap prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi di sekolah elit dan bukan elit
52
ragbi dan membina piawai rujukan kriteria bagi kecergasan fizikal untuk pemain ragbi
berumur enam belas tahun di negeri Perak.
3.2 Rekabentuk Kajian
Kajian yang telah dijalankan adalah menggunakan kaedah jenis deskriptif. Kaedah ini
digunakan berdasarkan ciri-ciri yang telah dikenalpasti terlebih dahulu iaitu masalah,
objektif, populasi, bateri ujian dan subjek (Mohd. Majid Konting, 1994). Subjek yang
telah dikenal pasti ini dipilih secara purposive. lanya bertujuan untuk melaporkan
mengenai prestasi kecergasan fizikal subjek dan pembentukan piawai rujukan kriteria
mereka.
Kajian ini bersifat kuantitatif kerana data diperolehi adalah dari skor ujian prestasi
kecergasan fizikal di mana terdapat lima jenis bateri ujian iaitu ujian lari pecut 30 meter,
ujian lari ulang alik 10 meter, ujian kecergasan pelbagai tahap, ujian bangkit tubi dan
indeks jisim badan. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif bagi
menentukan tahap prestasi kecergasan fizikal dan pembentukan piawai rujukan kriteria
untuk kecergasan fizikal bagi pemain ragbi di sekolah elit ragbi dan bukan elit ragbi di
negeri Perak.
54
3.4.1 Pembolehubah Bersandar
Pembolehubah bersandar dalam Ujian Kecergasan Fizikal ialah prestasi kecergasan
fizikal yang diukur berdasarkan Ujian Lari Ulang Alik 10 Meter, Ujian Kecergasan
Pelbagai Tahap, Ujian Pecut 30 Meter, Ujian Bangkit Tubi dan Indeks Jisim Badan.
3.4.2 Pembolehubah Tidak Bersandar
Pembolehubah tidak bersandar untuk Ujian Kecergasan Fizikal ialah umur, latarbelakang,
kesungguhan, pembelajaran subjek dan ujian lari ulang alik 10 meter, ujian kecergasan
pelbagai tahap, ujian pecut 30 meter, ujian bangkit tubi dan indeks jisim badan. Kajian
ini juga akan meperlihatkan pengaruh pembolehubah terhadap prestasi kecergasan fizikal
di kalangan pemain ragbi berumur enam belas tahun di sekolah elit ragbi dan bukan elit
ragbi di negeri Perak.
3.5 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, tahap prestasi kecergasan fizikal diukur berdasarkan instrumen kajian
prosedur pengujian dan pengukuran kecergasan motor yang telah dijalankan oleh Ahmad
Hashim (2004) iaitu bateri ujian lari ulang alik 10 meter dan ujian pecut 30 meter. Bateri
ujian kecergasan fizikal Prudential FITNESSGRAM (1992) pula untuk mengukur tahap
kecergasan fizikal adalah ujian kecergasan pelbagai tahap, ujian bangkit tubi dan ujian
indeks jisim badan.
55
3.5.1 Pengukuran Kepantasan - Ujian Lari Pecut 30 meter
Tujuan: Mengukur prestasi kepantasan berlari.
Peringkat Umur: Pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah, sekolah
menengah, maktab perguruan dan universiti.
Kesahan : r = 0.81 (Ahmad Hashim, 2003)
Kebolehpercayaan: r = 0.93 (Ahmad Hashim, 2003)
Objektiviti: r = 0.97 (Ahmad Hashim, 2003)
Kawasan Ujian : Padang permainan bola sepak yang mempunyai keluasan
yang mencukupi.
Alatan: Jam randik, pita pengukur, borang skor dan pita penanda.
Prosedur:
1. Subjek berdiri di belakang garisan permulaan.
2. Subjek mulakan larian dari kedudukan berdiri.
3. Arahan 'sedia' dan 'mula' apabila pembantu pelepas menjatuhkan tangan
dan dalam masa yang sama penguji memulakan jam randik,
4. Masa dikira dari mula sehingga subjek tiba di garisan penamat. Subjek
dikehendaki berlari sepantas yang mungkin.
5. Satu percubaan sahaja dibenarkan.
Skor:
1. Kiraan masa paling hampir dengan 0.1 saat apabila subjek tiba ke garisan
penamat.
2. Skor dikira berdasarkan masa yang terpantas diperolehi daripada satu
percubaan.
56
.5.2. Pengukuran Ketangkasan - Ujian Lari Ulang Alik 10 meter
Peringkat Umur
Kesahan
Kebolehpercayaan
Objektiviti
Kawasan Ujian
Tujuan : Mengukur prestasi ketangkasan berlari dan menukar
arah.
: Pelajar Ielaki dan perempuan sekolah rendah,
sekolah menengah, maktab perguruan dan
universiti.
: r = 0.96 (Ahmad Hashim, 2003).
: r = 0.97 (Ahmad Hashim, 2003).
: r = 0.99 (Ahmad Hashim, 2003).
: Gelanggang konkrit mempunyai keluasan yang
mencukupi (sekurang-kurangnya 40 kaki panjang
dan 20 kaki lebar).
Alatan : Jam randik, pita pengukur, pita penanda, dua blok
kayu yang berukuran 2 inci x 2 inci x 4 inci dan
borang skor.
Prosedur :
1. Dua blok kayu yang masing-masing berukuran 2 inci x 2 inci x 4 inci di
letakkan secara bersebelahan di atas garisan penamat 10 meter dari garisan
permulaan.
2. Subj ek berdiri di belakang garisan permulaan.
3. Arahan 'sedia' dan 'mula' diberikan kepada subjek untuk berlari ke
hadapan bagi mendapatkan salah satu blok kayu dan balik ke garisan
permulaan dengan meletakkan blok kayu tersebut di belakang garisan
permulaan.
57
4.
6.
Skor
Selepas meletakkan blok kayu pertama di belakang garisan permulaan,
subjek teruskan larian untuk mendapatkan blok kayu yang kedua dan balik
ke garisan permulaan dengan melepasi garisan permulaan.
5. Masa diambil sebaik sahaja subjek mula berlari melepasi garisan
permulaan.
Dua percubaan diberikan dengan rehat antara percubaan.
1. Kiraan masa paling hampir dengan 0.1 saat.
2. Satu percubaan yang terbaik dikira sebagai skor ujian.
Pengukuran Daya Tahan Kardiovaskular - Ujian Kecergasan Pelbagai
Tahap
Tujuan
Kebolehpercayaan
Keesahan
Mengukur daya tahan kardiovaskular
0.93
0.89
Objektiviti : Tidak dinyatakan
Alatan : Pita rakamm PACER, radio kaset, pita pengukur,
pita penanda, skital, pensil dan borang skor
Prosedur :
1. Setiap subjek dikehendaki menjalankan sesi memanaskan badan.
2. Subjek berdiri di belakang garisan mula.
3. Mulakan radio kaset.
58
4. Isyarat count down 5 saat akan berbunyi untuk memberi amaran kepada
subjek untuk memulakan ujian.
5. Dua 'bleep' akan kedengaran menandakan selang jeda 1 minit.
6. Arahan selanjutnya akan diberikan melalui kaset.
7. Subjek dikehendaki berada di penghujung yang bertentangan dengan
tempat permulaan apabila kedengaran bunyi 'bleep'.
8. Subjek dikehendaki meneruskan larian pada kelajuan yang ditetapkan,
iaitu berada di satu hujung setiap kali bunyi 'bleep'
9. Selepas setiap minit, jeda bunyi 'bleep' berkurangan menandakan subjek
perlu berlari lebih pantas.
10. Subjek dikehendaki memastikan sebelah kaki menyentuh garisan atau
melebihi garisan pada setiap tanda dihujung.
11. Jika subjek tiba di garisan hujung sebelum bunyi 'bleep' subjek
dikehendaki menunggu bunyi 'bleep' untuk meneruskan larian.
12. Setiap subjek dikehendaki berlari selama mana yang mereka mampu atau
sehinga tidak berupaya mengekalkan kelajuan yang ditetapkan.
13. Setiap subjek mesti sampai di garisan sebelum bunyi 'bleep' dan sekiranya
subjek terlambat sampai, subjek hams mengejar kembali ke garisan
sebelum 'bleep' kedua berbunyi dan sekiranya gagal, subjek terpaksa
tamatkan larian.
Skor : Skor akan dikira mengikut jumlah aras dan ulangan maksimum yang
dapat dicapai oleh subjek sehingga tidak berupaya mengekalkan
kelajuan yang ditetapkan.
59
3.5.4 Pengukuran Komposisi Badan - Ujian Indeks Jisim Badan
Tujuan
Kebolehpercayaan
Kesahan
Objektiviti
Alatan
Prosedur
Mengukur kandungan lemak badan
0.70
Kesahan muka diterima
0.95
Alat Penimbang dan pengukur tinggi
1. Subjek berdiri lurus.
2. Kaki dirapatkan, tumit, punggung, bahagian belakang dan bahagian
belakang kepala mesti menyentuh dinding.
3. Catatkan bacaan ketinggian subjek dalam meter
4. Subjek berdiri diatas alat penimbang dalam keadaan lurus dan pandang
lurus ke hadapan.
5. Catatkan bacaan berat subjek dalam kilogram
6. Bagi mendapat skor indeks jisim badan (IJB), kedua-dua skor tinggi dan
berat subjek dikira berdasarkan formula:
IJB = ( Berat )
Tinggi x Tinggi
Skor Bacaan direkod selepas kiraan dibuat untuk IJB
60
Pengukuran Kekuatan Otot - Ujian Bangkit Tubi
Mengukur kekuatan otot abdominal
0.94
Kesahan muka diterima
0.96
Tilam nipis dan jam randik.
Tujuan
Kebolehpercayaan
Kesahan
Objektiviti
Alatan
Prosedur
1. Subjek baring sambil lutut dibengkokkan dan tapak kaki pada permukaan
lantai.
2. Kedua-dua tumit berada pada jarak 12 hingga 18 inci daripada punggung.
3. Kedua-dua tangan disilangkan di hadapan dada, dengan tangan pada bahu
yang bertentangan.
4. Kaki perlu dipegang oleh rakan subjek supaya sentiasa pada permukaan
lantai.
5. Subjek perlu bangun kepada ppsisi duduk, dengan menyentuh kedua-dua
siku pada paha.
6. Kedua-dua tangan perlu sentiasa pada dada.
7. Untuk menyempurnakan bangun tubi, subjek perlu baring kembali
sehingga bahagian belakang badan menyentuh permukaan lantai.
8. Apabila isyarat "sedia", "mula" diberikan, subjek perlu melakukan bangkit
tubi dan berhenti apabila isyarat "henti" diberikan.
9. Subjek perlu ketahui bahawa rehat semasa bangkit tubi adalah dibenarkan
tetapi objektif utama adalah untuk melakukan seberapa banyak bangkit
61
tubi yang mungkin dengan betul untuk tempoh 60 saat.
10. Satu percubaan sahaja diberikan
Skor :
1. Rekodkan jumlah bilangan bangkit tubi yang betul dalam tempoh
masa 60 saat.
3.6 Pentadbiran Ujian Kecergasan Fizikal
Objektif : Mengukur prestasi kecergasan fizikal.
Penilaian : Semua item Ujian Kecergasan Fizikal dipilih berdasarkan
kesignifikannya terhadap bateri ujian dan mempunyai
kebolehpercayaan.
Umur : Pemain ragbi berumur enam belas tahun.
Kawasan Ujian : Kawasan lapang atau gelanggang serbaguna.
Masa dan Bilangan Subjek
1. Seramai 102 orang subjek diuji dalam masa 120 minit.
2. Perlaksanaan ujian dilaksanakan dalam dua fasa.
3. Fasa pertama ialah ujian komposisi badan iaitu dengan merekodkan berat dan
ketinggian subjek, melaksanakan ujian kepantasan, ujian ketangkasan dan ujian
kekuatan otot.
4. Fasa kedua ialah ujian kecergasan pelbagai tahap.
62
Prosedur dan Organisasi:
1. Subjek diberi taklimat dan panduan mengenai:
i. Objektif kajian.
ii. Setiap ujian yang digunakan.
iii. Prosedur melakukan bagi setiap ujian.
iv. Bagaimana ujian akan ditadbir.
v. Bagaimana data diperolehi dari setiap item.
vi. Mengisi borang maklumat peribadi dan skor ujian.
2. Subj ek melakukan aktiviti regangan dan memanaskan badan terlebih dahulu
sebelum melakukan ujian.
3. Subjek dibahagikan kepada empat kumpulan untuk fasa pertama. Setiap kumpulan
akan diawasi oleh seorang pembantu penguji.
4. Empat kumpulan subjek dibahagikan mengikut stesen iaitu mengukur ketinggian
dan berat badan, melaksanakan ujian kepantasan, ujian ketangkasan dan ujian
kekuatan otot.
5. Subjek melakukan ujian dari stesen ke stesen yang ditetapkan dan diberi masa
rehat antara satu stesen selama 10 minit.
6. Selepas selesai melaksanakan item-item ujian dalam fasa pertama, subjek akan
dibahagikan kepada dua kumpulan dalam fasa kedua untuk ujian daya tahan
kardiovaskular. Kumpulan pertama melakukan ujian dan kumpulan kedua akan
mencatat skor pasangannya.
7. Setelah selesai menjalani kesemua ujian, subjek dikehendaki membuat aktiviti
menyejukkan badan.
63
3.7 Kajian Rintis
Penyelidik telah menjalankan kajian rintis ke atas pemain ragbi berumur enam belas
tahun dengan menggunakan bateri ujian kecergasan fizikal bagi mendapatkan
kebolehpercayaan item ujian dan objektiviti pembantu penyelidik. Sekolah Menengah
Teknik Taiping, Kamunting dipilih untuk kajian rintis ini. Sekolah ini dipilih bagi
melaksanakan ujian rintis kerana pasukan ragbi sekolah ini aktif mengambil bahagian
dalam semua kejohanan ragbi dalam daerah Larat, Matang dan Selama. Sekolah ini juga
mempunyai kemudahan-kemudahan yang diperlukan untuk menjalankan pengujian dan
pengukuran yang telah dinyatakan. Penyelidik telah mendapat kerjasama yang baik dari
jurulatih pasukan, guru-guru dan pihak pengurusan sekolah untuk menggunakan pemain
ragbi mereka sebagai subjek.
Subjek seramai 15 orang pelajar yang telah mewakili Sekolah Menengah Teknik
Taiping, Kamunting dalam kejohanan ragbi antara sekolah teknik telah dipilih untuk
melakukan ujian rintis. Penyelidik menjalankan prosedur ujian rintis bagi bateri ujian
kecergasan fizikal sebagaimana situasi sebenar untuk mendapatkan ketekalan dan
kebolehpercayaan ujian. Kajian rintis dilakukan sebanyak dua kali, iaitu sehari untuk
ujian pra dan sehari berikutnya untuk ujian pasca selepas berselang 3 hari. Kaedah uji
ulang-uji digunakan untuk mendapatkan ketekalan nilai kebolehpercayaan ujian
kecergasan (Safrit, 1973) dan kebolehpercayaan kecekapan stability reliability coefficient
pembantu penyelidik (Baumgartner,1999).
64
3.8 Kebolehpercayaan Instrument Ujian
Sesuatu ujian yang dapat memberi keputusan yang konsistan setelah diuji berulang kali
adalah mempunyai kebolehpercayaan. Ujian yang mempunyai kebolehpercayaan akan
menghasilkan data yang stabil dan tepat (Ahmad Hashim, 2004). Penyelidik
menggunakan kaedah uji dan ulang-uji untuk mendapatkan pekali kebolehpercayaan
interclass berdasarkan pekali korelasi Pearson Product Moment. Kaedah uji dan ulang-uji
memerlukan pentadbiran ujian yang sama ke atas subjek yang sama dalam dua masa yang
berbeza. Ujian ditadbirkan ke atas subjek bagi mendapatkan set data yang pertama,
kemudian diulang uji untuk dapatkan set data yang kedua. Dengan menggunakan kaedah
korelasi, kedua-dua data tersebut dikorelasikan untuk mendapatkan nilai
kebolehpercayaan.
Hasil daripada uji dan ulang-uji ke atas item ujian kecergsan fizikal, didapati
bahawa nilai kebolehpercayaan instrumen ujian kecergasan fizikal bagi ujian ketangkasan
ialah 0.98, ujian daya tahan kardiovaskular 0.98, ujian kekuatan otot 0.96, ujian
kepantasan 0.98 dan ujian indeks jisim badan 0.98. Nilai kebolehpercayaan bagi semua
item ujian ini adalah tinggi dan nilai pekali kebolehpercayaan bersesuaian dengan yang
disyorkan oleh Safrit dan Wood (1995) dan Miller (1998). Mereka mencadangkan nilai
pekali korelasi atau pekali kebolehpercayaan antara +.80 hingga 1.00 adalah tinggi, +.60
hingga .79 sederhana tinggi, +.40 hingga .59 sederhana, +.20 hingga .39 rendah dan +.00
hingga .19 menunjukkan tidak ada perkaitan.
66
3.10 Objektiviti Pembantu Penyelidik
Penyelidik menggunakan empat orang pembantu untuk mentadbirkan ujian. Setiap
pembantu diberi latihan tentang prosedur dan kaedah melaksanakan ujian serta cara
pengumpulan data. Setiap pembantu penyelidik diberi tanggungjawab untuk mentadbir
pengujian satu komponen ujian kecergasan fizikal dan mencatat skomya. Skor yang
diperolehi di korelasi dengan penyelidik untuk mendapat nilai korelasi. Penyelidik
menggunakan pekali Pearson Product Moment untuk mendapatkan hubungan antara
penyelidik dan pembantu penyelidik dari segi kebolehpercayaan memberi dan mencatat
skor subjek. Analisis korelasi Pearson product moment menunjukkan bahawa terdapat
korelasi di antara skor pembantu dengan skor penyelidik bagi ujian kecergasan motor
adalah tinggi
(Pembantu 1, r = 0.97, Pembantu 2, r = 0.96, Pembantu 3, r = 0.97, Pembantu 4, r = 0.95).
Berdasarkan keputusan ini, penyelidik memilih pembantu penyelidik ini untuk
menjalankan pentadbiran bateri ujian kecergasan. Mengikut Safrit dan Wood (1999) dan
Miller (1998) petikan dari Ahmad Hashim (2004), nilai 0.80 keatas adalah tinggi dan
boleh diterima untuk kebolehpercayaan.
3.11 Populasi Sampel
Pengenalpastian populasi adalah penting dalam sesuatu penyelidikan. Populasi
menentukan bidang masalah yang perlu dikaji. Populasi menentukan sejauh mana dan
sebanyak mana data dan maklumat perlu dikumpulkan (Mohd.Majid Konting,1994).
Populasi kajian ini dijalankan terhadap pemain ragbi yang berumur enam belas tahun di
67
sekolah elit dan bukan elit ragbi di negeri Perak. Sampel yang dipilih dari populasi terdiri
daripada 102 orang pemain ragbi.
Sidek Mohd. Noh (2002) menyatakan bahawa apabila sesorang penyelidik timbul
keraguan berhubung saiz sampel, penyelidik seharusnya memilih sampel sebesar mana
yang penyelidik itu mampu untuk melaksanakan kajian. Populasi bagi kajian ini terdiri
daripada pemain ragbi di sekolah elit dan bukan elit ragbi di negeri Perak. Terdapat tiga
buah sekolah elit ragbi dan tiga buah sekolah bukan elit ragbi dipilih di negeri Perak.
Semua sekolah-sekolah ini mempunyai pemain ragbi yang pengalaman bermain ragbi
dengan mewakili sekolah dalam pertandingan bawah lima belas tahun dan kejohanan-
kejohanan jemputan yang lain yang diiktiraf penganjurannya oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Jadual 33
Populasi dan persampelan pemain ragbi berumur 16 tahun
di sekolah-sekolah elit dan bukan elit ragbi negeri Perak.
Daerah Sekolah Jumlah Pemain
Larut Matana & Selama SMK King Edward VII, Taiping 18
Larut, Matang & Selama SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping 15
Kolej Melayu Kuala Kangsar 16
Kuala Kangsar SMK Clifford, Kuala Kangsar 17
Kinta Utara Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh 18
SMK Anderson, Ipoh 18
Jumlah pemain 10 2
3.12 Persampelan
Gay dan Airasian (2003), menyatakan persampelan adalah proses memilih bilangan
peserta yang mencukupi bagi sesuatu kajian supaya mereka dapat benar-benar mewakili
68
populasi dimana mereka dipilih. Terdapat dua perkara penting yang perlu diberi perhatian
dalam penentuan sampel iaitu berkaitan dengan kecukupan dan perwakilan. Kecukupan
bermaksud bilangan sampel yang dipilih mencukupi untuk dibuat generalisasi, sementara
isu perwakilan adalah berkaitan dengan adakah bilangan sampel yang dipilih benar-benar
mewakili populasi. Ahmad Mahdzan (2003), persampelan akan dapat mengurangkan kos,
pengumpulan dan analisis data pula akan menjadi lebih cepat, bilangan pembantu kajian
yang diperlukan adalah kecil dan dapatan kajian menjadi lebih tepat.
Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan jenis persampelan jenis
persampelan bertujuan atau purposive. Persampelan ini digunakan untuk mendapatkan
idea umum terhadap fenomena yang dikaji. Ahmad Mahdzan (2003), menyatakan
persampelan bertujuan dilakukan ke atas kumpulan sasaran tertentu, dimana penyelidik
ingin mengumpul maklumat khas yang hanya kumpulan itu sahaja yang dapat
memberikannya. Gay dan Airasian (2003), menyatakan persampelan bertujuan adalah
proses pemilihan sampel dimana boleh mewakili sesuatu kumpulan populasi. Mohamad
Najib (1999), menyatakan persampelan bertujuan adalah pemilihan sampel dengan tujuan
untuk mendapatkan sampel yang mewakili populasi yang sudah terlebih dahulu
dikenalpasti oleh penyelidik. Penyelidik menggunakan persampelan bertujuan kerana
semua pemain yang dikenalpasti sebagai subjek mempunyai ciri-ciri yang khusus iaitu
mereka terdiri daripada pemain lelaki berumur enam belas tahun dari enam buah sekolah
elit dan bukan elit ragbi di negeri Perak, belajar di tingkatan empat di sekolah berkenaan
dan menghadiri latihan yang dikelolakan oleh jurulatih ragbi di sekolah masing-masing.
69
3.13 Tatacara Pengumpulan Data
Ujian kecergasan fizikal ini telah di laksanakan pada bulan Oktober tahun 2008. Tempoh
hari yang ditetapkan untuk menjalankan ujian ini adalah selama satu hari. Bagi
mentadbirkan perjalanan pengujian dan pengumpulan data secara berkesan dan lancar,
penyelidik menggunakan bantuan 4 orang pembantu penyelidik untuk menjalankan ujian.
Segala maklumat dan skor yang diperolehi melalui ujian dicatatkan di dalam borang khas
yang disediakan oleh penyelidik.
3.14 Penganalisisan Data
Data yang dipungut dianalisis, diterjemah dan dipersembahkan bagi menjawab hipotesis
kajian. Data yang diperolehi dianalisa menggunakan perisian komputer Statistical
Package for Social Science version 11.0 or window (SPSS/PC+). Data dipersembahkan
menerusi dua prosedur statistik yang biasa digunakan iaitu analisis deskriptif dan analisis
inferensi.
3.13.1 Analisis Deskriptif
Prosedur Descriptive Statistics dan Frequencies melalui pengaturcaraan SPSS digunakan
untuk mengira dan menterjemahkan data secara deskriptif Dapatan ini membolehkan
penyelidik menggambarkan secara min dan sisihan piawai bagi skor bateri ujian
kecergasan fizikal dan data tersebut digunakan untuk tujuan pembentukan piawai rujukan
criteria untuk kecergasan fizikal.
70
3.13.2 Analisis Inferensi
Dalam prosedur analisis inferensi, sesuatu data itu akan diuji nilai signifikannya pada satu
tahap keertian yang ditetapkan. Bagi menguji semua hipotesis nol dalam kajian ini,
penyelidik menggunakan ujian-t bagi menguji Hoi hingga Ho
6
. Pengujian hipotesis nol
tersebut adalah bertujuan untuk menentukan perbezaan dua pembolehubah. Nilai-t yang
dicari, diperoleh dan dinilai dengan nilai-t kritikal bagi menolak atau menerima hipotesis
nol.
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Di dalam bab ini penyelidik melaporkan data yang diperolehi daripada ujian
kecergasan fizikal bagi pemain ragbi berumur enam belas tahun. Data kajian ini
diperolehi daripada pemain ragbi dari sekolah elit ragbi dan bukan elit ragbi di negeri
Perak yang berumur enam belas tahun. Keputusan dan data yang dikumpul adalah
berdasarkan kepada prestasi kecergasan fizikal iaitu ujian kecergasan pelbagai tahap,
ujian bangkit tubi, ujian lari ulang alik 10 meter, ujian pecut 30 meter dan ujian indeks
jisim badan serta piawai rujukan kriteria. Data yang diperolehi diproses dan dianalisis
secara deskriptif dan inferensi.
4.2 Analisis Statistik Deskriptif
Jadual 4.1 menunjukkan maklumat tentang bilangan subjek mengikut sekolah
bagi setiap kategori di dalam sampel kajian. Subjek kajian terdiri daripada 102 orang
pemain ragbi daripada sekolah elit dan bukan elit ragbi di negeri Perak. Jumlah subjek
72
yang berumur enam belas tahun dari sekolah elit ragbi ialah (N=52) orang (51%) dan
dari sekolah bukan elit ragbi ialah (N=50) orang (49%).
Jadual4.1:
Statistik Diskriptif Subjek berdasarkan Umur dan Sekolah
Sekdah Umur Peratus
16 Tahun %
Elit Ragbi 52 51
Bukan Elit Ragbi 50 49
4.3 Analisis Statistik Inferensi
Berdasarkan dapatan kajian, penyelidik seterusnya menguji hipotesis berikut
iaitu hipotesis nol pertama (H
01
) tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam
kecergasan fizikal di antara pemain ragbi yang berumur enam belas tahun di sekolah
elit ragbi dengan sekolah bukan elit ragbi di negeri Perak, hipotesis nol kedua (H02)
tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap ketangkasan di antara pemain
ragbi yang berumur enam belas tahun di sekolah elit ragbi dengan sekolah bukan elit
ragbi di negeri Perak, hipotesis nol ketiga (H
03
) tidak terdapat perbezaan yang
signifikan dalam tahap daya tahan kardiovaskular di antara pemain ragbi yang
berumur enam belas tahun di sekolah elit ragbi dengan sekolah bukan elit ragbi di
negeri Perak, hipotesis nol keempat (H
04
) tidak terdapat perbezaan yang signifikan
dalam tahap kekuatan otot di antara pemain ragbi yang berumur enam belas tahun di
sekolah elit ragbi dengan sekolah bukan elit ragbi di negeri Perak, hipotesis nol kelima
(H
05
) tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kepantasan di antara
73
pemain ragbi yang berumur enam belas tahun di sekolah elit ragbi dengan sekolah
bukan elit ragbi di negeri Perak dan hipotesis nol keenam (H
06
) tidak terdapat
perbezaan yang signifikan dalam tahap indeks jisim badan di antara pemain ragbi
yang berumur enam belas tahun di sekolah elit ragbi dengan sekolah bukan elit ragbi
di negeri Perak. Bagi menjawab hipotesis nol pertama (H
01
), hipotesis nol kedua
(H
02
), hipotesis nol ketiga (H
03
), hipotesis nol keempat (H
04
), hipotesis nol kelima
(H
o5
), dan hipotesis nol keenam (H
06
) penyelidik mengunakan analisis statistik
inferensi kaedah ujian-t sampel tidak bersandar.
Jadual 4.2:
Keputusan Analisis Ujian-t Sampel Tidak Bersandar Di Antara
Sekolah Elit dan Bukan Elit Yang Berumur 16 Tahun.
Statistik Kumpulan
Ujian Kecergasan N
Fizikal Sekolah Elit 52
Sekolah Bukan Elit 50
Min SD
289.907 9.64891
281.645 11.52189
Ujian-t Sampel Tidak Bersandar
Ujian
F
Persamaan Varian , . .
Ujian Andaian
Kecergasan PersamaanVarian
Bukan Andaian
Lavene's Bagi Persamaan Varian
Sig. t Df gg
.558 3.932 100 .000
3.918 95.600 .003
Jadual 4.2 menunjukkan keputusan ujian-t untuk pengujian hipotesis nol
perbandingan skor min ujian kecergasan fizikal di antara sekolah elit ragbi dan bukan
elit ragbi di negeri Perak. Berdasarkan nilai-t kiraan 3.932 adalah lebih besar (>)
74
daripada nilai-t kritikal 1.98 pada tahap keertian p = 0.05 dengan darjah kebebasan
(df) bersamaan 100, maka H
01
adalah ditolak. Ini menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan di antara min ujian kecergasan fizikal sekolah elit ragbi dengan min
ujian kecergasan fizikal sekolah bukan elit ragbi. Analisis ujian-t sampel tidak
bersandar bagi membandingkan skor min ujian kecergasan fizikal di antara sekolah
elit ragbi dan sekolah bukan elit ragbi menunjukkan nilai t (100) = 3.932, 2 = .001
adalah tidak signifikan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
skor min ujian kecergasan fizikal yang signifikan di antara sekolah elit ragbi (M =
289.907, SD = 9.648), dengan sekolah bukan elit ragbi (M = 281.645, SD = 11.521).
Jadual 4.3
Keputusan Analisis Ujian-t Sampel Tidak Bersandar Bagi Ujian Lari Ulang Alik
10 meter Di Antara Sekolah Elit dan Bukan Elit Yang Berumur 16 Tahun.
Statistik Kumpulan
Ujian Lari Ulang Alik N Min SD
10 m Sekolah Elit 52 10.5706 .70342
Sekolah Bukan Elit 50 10.4540 1.01370
Ujian-t Sampel Tidak Bersandar
Ujian
Ulang
Alik
10m
Persamaan Varian
Andaian
Persamaan Varian
Bukan Andaian
Ujian
F
8.094
Lavene's
Sig.
.005
5 Bagi Persamaan Varian
t Df
Sig
-
1 UI
(2t)
.677 100 .500
.672 86.966 .503
Jadual 4.3 menunjukkan keputusan ujian-t untuk pengujian hipotesis nol
perbandingan skor min ujian lari ulang alik 10 meter di antara sekolah elit ragbi dan
bukan elit ragbi di negeri Perak. Berdasarkah nilai-t kiraan 0.672 adalah lebih rendah
75
(<) daripada nilai-t kritikal 1.99 pada tahap keertian p = 0.05 dengan darjah kebebasan
(df) bersamaan 86, maka H
o2
adalah diterima. Ini memmjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan di antara min ujian lari ulang alik 10 meter sekolah elit
ragbi dengan min ujian lari ulang alik 10 meter sekolah bukan elit ragbi. Analisis
ujian-t sampel tidak bersandar bagi membandingkan skor min ujian lari ulang alik 10
meter antara sekolah elit ragbi dan sekolah bukan elit ragbi menunjukkan nilai t_(86) =
.672, E = .503 adalah tidak signifikan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan skor min ujian lari ulang alik 10 meter yang signifikan di antara
sekolah elit ragbi (M = 10.57, SD == .703), dengan sekolah bukan elit ragbi (M =
10.45, SD= 1.013).
Jadual 4.4
Keputusan Analisis Ujian-t Sampel Tidak Bersandar Ujian Kecergasan
Kardiovaskular Pelbagai Tahap Di Antara Sekolah Elit dan
Bukan Elit Yang Berumur 16 Tahun.
Statistik Kumpulan
Ujian Kecergasan
Pelbagai Tahap
Sekolah Elit
Sekolah Bukan Elit
Ujian Persamat
Kecergasan And
Pelbagai Persama.
Tahap Bukan /
N
52
50
Ujian-t
inVarian
aian
anVarian
Andaian
Min SD
7.0485 1.87215
5.8820 1.39879
Sampel Tidak Bersandar
Ujian Lavene's Bagi Persamaan Varian
F Sig. t Df Sig.(2t)
6.099 .015 3.550 100 .001
3.569 94.722 .001
76
Jadual 4.4 menunjukkan keputusan ujian-t untuk pengujian hipotesis nol
perbandingan skor min ujian kecergasan pelbagai tahap di antara sekolah elit ragbi
dan bukan elit ragbi di negeri Perak. Berdasarkan nilai-t kiraan 3.569 adalah lebih
besar (>) daripada nilai-t kritikal 1.99 pada tahap keertian p = 0.05 dengan darjah
kebebasan (df) bersamaan 94, maka Ho
3
adalah ditolak. Ini menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan di antara min ujian kecergasan pelbagai tahap sekolah elit
ragbi dengan min ujian kecergasan pelbagai tahap sekolah bukan elit ragbi. Analisis
ujian-t sampel tidak bersandar bagi membandingkan skor min ujian kecergasan
pelbagai tahap di antara sekolah elit ragbi dan sekolah bukan elit ragbi menunjukkan
nilai t (94) - 3.569, p. = .001 adalah signifikan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan skor min ujian kecergasan kardiovaskular pelbagai tahap yang
signifikan di antara sekolah elit ragbi (M = 7.048, SD = 1.872), dengan sekolah bukan
elit ragbi (M = 5.88, SD = 1.398).
Jadual 4.5
Keputusan Analisis Ujian-t Sampel Tidak Bersandar Bagi Ujian Bangkit Tubi
Di Antara Sekolah Elit dan Bukan Elit Yang Berumur 16 Tahun.
Statistik Kumpulan
Ujian Bangkit Tubi
Sekolah Elit
Sekolah Bukan Elit
N Min SD
52 23.4808 2.90024
50 22.7200 2.72584
Ujian-t Sampel Tidak Bersandar
Uj ian Lavene's Bagi Persamaan Varian
F Sig. t Df sig (2t )
Ujian Persamaan Varian .014 .096 1.364 100 .176
Bangkit Andaian
Tubi Persamaan Varian 1.366 99.950 .175
Bukan Andaian
77
Jadual 4.5 menunjukkan keputusan ujian-t untuk pengujian hipotesis nol
perbandingan skor min ujian bangkit tubi di antara sekolah elit ragbi dan bukan elit
ragbi di negeri Perak. Berdasarkan nilai-t kiraan 1.364 adalah lebih rendah (<)
daripada nilai-t kritikal 1.98 pada tahap keertian p = 0.05 dengan darjah kebebasan
(df) bersamaan 100, maka Ho4 adalah diterima. Ini menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan di antara min ujian bangkit tubi sekolah elit ragbi dengan
min ujian bangkit tubi sekolah bukan elit ragbi. Analisis ujian-t sampel tidak
bersandar bagi membandingkan skor min ujian bangkit tubi di antara sekolah elit ragbi
dan sekolah bukan elit ragbi menunjukkan nilai t (100) = 1.364, p = .176 adalah tidak
signifikan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min
ujian bangkit tubi yang signifikan di antara sekolah elit ragbi (M = 23.480, SD =
2.900), dengan sekolah bukan elit ragbi (M = 22.720, SD = 2.725).
Jadual 4.6
Keputusan Analisis Ujian-t Sampel Tidak Bersandar Bagi Ujian Pecut 30 meter
Di Antara Sekolah Elit dan Bukan Elit Yang Berumur 16 Tahun.
Statistik Kumpulan
Ujian Pecut 30m
Sekolah Elit
Sekolah Bukan Elit
N
52
50
Min SD
4.8500 .33618
4.9848 .39618
Ujian-t Sampel Tidak Bersandar
Ujian Persamaan Varian
Pecut Andaian
30m Persamaan Varian
Bukan Andaian
Ujian
F
6.159
Lavene's Bagi Persamaan Varian
Sig. t Df sig (2t)
.015 -1.855 100 .066
-1.849 96.086 .067
78
Jadual 4.6 menunjukkan keputusan ujian-t untuk pengujian hipotesis nol
perbandingan skor min ujian pecut 30 meter di antara sekolah elit ragbi dan bukan elit
ragbi di negeri Perak. Berdasarkan nilai-t kiraan 1.849 adalah lebih rendah (<)
daripada nilai t kritikal 1.98 pada tahap keertian p = 0.05 dengan darjah kebebasan
(df) bersamaan 100, maka H
05
adalah diterima. Ini menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan di antara min ujian pecut 30 meter sekolah elit ragbi
dengan min ujian pecut 30 meter sekolah bukan elit ragbi. Analisis ujian-t sampel
tidak bersandar bagi membandingkan skor min ujian pecut 30 meter antara sekolah
elit ragbi dan sekolah bukan elit ragbi menunjukkan nilai t (100) = 1.849, p_ = .067
adalah signifikan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
skor rain ujian pecut 30 meter yang signifikan di antara sekolah elit ragbi (M = 4.85,
SD = .336), dengan sekolah bukan elit ragbi (M = 4.98, SD = .396).
Jadual 4.7
Keputusan Analisis Ujian-t Sampel Tidak Bersandar Bagi Ujian indeks Jisim Badan
Di Antara Sekolah Elit dan Bukan Elit Yang Berumur 16 Tahun .
Statistik Kumpulan
Ujian Indeks Jisim
Badan Sekolah Elit
Sekolah Bukan Elit
N Min
52 22.0154
50 23.3360
SD
3.54939
3.92297
Ujian-t Sampel Tidak Bersandar
Ujian Lavene's Bagi Persamaan Varian
F Sig. t Df Sig.(2t)
Ujian Persamaan Varian
Indeks Andaian
Jisim Persamaan Varian -1.781 98.101 .078
Badan Bukan Andaian
79
Jadual 4.7 menunjukkan keputusan ujian-t untuk pengujian hipotesis nol
perbandingan skor min ujian indeks jisim badan di antara sekolah elit ragbi dan bukan
elit ragbi di negeri Perak. Berdasarkan nilai-t kiraan -1.784 adalah lebih rendah (<)
daripada nilai t kritikal -1.98 pada tahap keertian p = 0.05 dengan darjah kebebasan
(df) bersamaan 100, maka H
06
adalah diterima. Ini menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan di antara min ujian indeks jisim badan sekolah elit ragbi
dengan min ujian indeks jisim badan sekolah bukan elit ragbi. Analisis ujian-t sampel
tidak bersandar bagi membandingkan skor min ujian indeks jisim badan di antara
sekolah elit ragbi dan sekolah bukan elit ragbi menunjukkan nilai t (100) = -1.784, p. =
.077 adalah signifikan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan skor min ujian indeks jisim badan yang signifikan di antara sekolah elit
ragbi (M = 22.015, SD = 3.549), dengan sekolah bukan elit ragbi (M = 23.336, SD =
3.922).
Jadual 4.8
Norma Persentil Ujian Kecergasan Fizikal Ragbi
Untuk Sekolah Elit Ragbi Berumur 16 Tahun.
Ujian
Kecergasan
Pelbagai Tahap
11.30
9.10
8.30
8.10
7.76
7.10
6.12
6.10
5.10
4.80
4.36
Persentil
99
90
80
70
60
50
40
30
20
10
5
Persentil
99
90
80
70
60
50
40
30
20
10
5
Kepantasan
30 meter
4.32
4.41
4.57
4.68
4.76
4.78
4.84
5.00
5.15
5.31
5.71
Bangkit
Tubi
31.00
26.70
26.00
25.00
25.00
24.00
23.00
22.00
20.00
20.00
18.00
Lari Ulang
Alik 10 meter
9.67
9.81
9.86
9.97
10.25
10.51
10.65
10.97
11.19
11.58
12.22
80
Jadual 4.8 menunjukkan norma persentil bagi ujian kecergasan fizikal yang
dibentuk untuk pemain ragbi sekolah elit ragbi negeri Perak. Skor terbaik bagi
kepantasan 30 meter adalah 4.32 saat dan skor terendah adalah 5.71 saat. Skor terbaik
bagi ujian bangkit tubi adalah 31 kali dan skor terendah adalah 18 kali. Skor terbaik
bagi ujian lari ulang alik 10 meter adalah 9.67 saat dan skor terendah adalah 12.22
saat. Bagi ujian kecergasan pelbagai tahap, skor terbaik adalah 11.30 dan skor
terendah adalah 27.48.
Jadual 4.9
Norma Skor Mentah Ujian Kecergasan Fizikal Ragbi
Untuk Sekolah Elit Ragbi Berumur 16 Tahun.
Piawai Ujian Kecergasan Fizikal
Pecut30m
4.32 saat
dan
ke bawah
4.33 saat
hingga
4.34 saat
4.35 saat
hingga
5.02 saat
5.01 saat
hingga
5.35 saat
5.36 saat
dan
keatas
Bangkit
Tubi
27 bilangan
dan
keatas
25 bilangan
hingga
26 bilangan
22 bilangan
hingga
24 bilangan
21 bilangan
hingga
19 bilangan
18 bilangan
dan
ke bawah
Ujian Kecergasan
Pelbagai Tahap
Tahap 10
dan
keatas
Tahap 8.1
hingga
Tahap 9.9
Tahap 6.1
hingga
Tahap 8.0
Tahap 4.2
hingga
Tahap 6.0
Tahap 4.1
dan
ke bawah
Lari Ulang
Alik 10m
9.55 saat
dan
ke bawah
9.54 saat
hingga
10.24 saat
10.25 saat
hingga
10.95 saat
10.96 saat
hingga
11.64 saat
11.65 saat
dan
ke atas
Rujukan
Kriteria
Cemerlang
Sangat Baik
Baik
Sederhana
Lemah
81
Jadual 4.9 mengambarkan piawai rujukan kriteria untuk kecergasan fizikal
yang dibentuk untuk pemain ragbi sekolah elit ragbi di negeri Perak. Dapatan kajian
menunjukkan untuk mencapai prestasi cemeriang, pemain ragbi di sekolah elit perlu
mencapai sekurang-kurangnya 4.32 saat dalam ujian pecut 30 meter, 27 bilangan atau
lebih dalam ujian bangkit tubi, mencapai tahap 10 dan ke atas dalam ujian kecergasan
pelbagai tahap dan sekurang-kurangnya mencapai 9.55 saat dalam ujian lari ulang alik
10 meter.
Pemain sekolah elit diklasifikasikan berada dalam prestasi tahap lemah,
apabila mencapai sekurang-kurangnya 5.36 saat dan lebih dalam ujian pecut 30 meter,
18 bilangan atau kurang dalam ujian bangkit tubi, mencapai tahap 4.1 dan ke bawah
dalam ujian kecergasan pelbagai tahap dan sekurang-kurangnya mencapai 11.65 saat
dan lebih dalam ujian lari ulang alik 10 meter.
Jadual 4.10
Kriteria Untuk Berat Badan Ideal dan Obesiti Untuk
Sekolah Elit dan Bukan Elit Ragbi di Negeri Perak.
Piawai Rujukan Kriteria
Kurang Berat Badan
Berat Badan Ideal
Berat Badan Berlebihan
Obesi Kelas 1
Obesi Kelas II
Indeks Jisim Badan
18.4 dan ke bawah
18.5 hingga 24.9
25.0 hingga 29.9
30.0 hingga 34.9
35.0 dan ke atas
Jadual 4.10 menunjukkan piawai rujukan kriteria indeks jisim badan untuk
pemain ragbi sekolah elit dan bukan elit ragbi di negeri Perak. Bagi berat badan yang
ideal, pemain ragbi di kedua-dua buah jenis sekolah tersebut perlulah mempunyai
indeks jisim badan di antara bacaan 18.5 hingga bacaan 24.9. Mereka berada dalam
82
kategori berat badan berlebihan apabila indeks menunjukkan bacaan antara 25.0
hingga 29.9. Pemain ragbi dikatakan mempunyai kurang berat badan apabila indeks
menunjukkan bacaan kurang daripada 18.4. Mereka berada dalam kategori obesiti
Kelas I apabila indeks menunjukkan bacaan melebihi 30.0 hingga 34.9 dan berada
dalam kategori obesiti Kelas II apabila indeks menunjukkan bacaan di antara 45.0 dan
ke atas.
Jadual4.ll
Norma Persentil untuk Ujian Kecergasan
Sekolah Bukan Elit Ragbi Berumur 16 Tahun.
Kepantasan Bangkit Lari Ujian
Persentil 30 m Tubi Ulang Kecergasan Persentil
Alik 10m Pelbagai Tahap
99
90
80
70
60
50
40
30
20
10
5
4.41
4.46
4.56
4.68
4.81
5.16
5.21
5.25
5.36
5.44
5.71
28.00
26.00
25.80
24.70
24.00
23.00
21.40
21.00
20.00
19.10
18.00
8.76
9.03
9.26
10.03
10.16
10.58
10.87
11.06
11.37
11.80
12.53
9.10
7.78
7.18
6.64
6.16
5.65
5.50
5.00
4.44
4.12
3.55
99
90
80
70
60
50
40
30
20
10
5
Jadual 4.10 menunjukkan norma persentil bagi ujian kecergasan fizikal yang
dibina untuk pemain ragbi sekolah bukan elit negeri Perak. Skor terbaik bagi
kepantasan 30 meter adalah 4.41 saat dan skor terendah adalah 5.71 saat. Skor terbaik
bagi ujian bangkit tubi adalah 28 kali dan skor terendah adalah 18 kali. Skor terbaik
bagi ujian lari ulang alik 10 meter adalah 8.76 saat dan skor terendah adalah 12.53
83
saat. Bagi ujian kecergasan pelbagai tahap, skor terbaik adalah tahap 9.10 dan skor
terendah adalah tahap 3.55.
Jadual4.12
Norma Skor Mentah Ujian Kecergasan Fizikal
Sekolah Bukan Elit Ragbi Berumur 16 Tahun.
Ujian Kecergasan Fizikal
Pecut 30m
4.37 saat
dan
ke bawah
4.38 saat
hingga
4.77 saat
4.78 saat
hingga
5.17 saat
5.18 saat
hingga
5.55 saat
5.56 saat
dan
keatas
Bangkit
Tubi
27 bilangan
dan
keatas
25 bilangan
hingga
26 bilangan
21 bilangan
hingga
24 bilangan
19 bilangan
hingga
20 bilangan
18 bilangan
dan
ke bawah
Ujian
Kecergasan
Pelbagai
Tahap
Tahap 8.1
dan
keatas
Tahap 6.7
hingga
Tahap 8.0
Tahap 5.9
hingga
Tahap 6.6
Tahap 3.8
hingga
Tahap 5.8
Tahap 3.7
dan
ke bawah
Lari Ulang
Alik 10m
8.92 saat
dan
ke bawah
8.93 saat
hingga
10.94 saat
9.94 saat
hingga
10.95 saat
10.96 saat
hingga
11.96 saat
11.97 saat
dan
keatas
Jadual 4.12 mengambarkan piawai rujukan kriteria kecergasan fizikal yang
dibina untuk pemain ragbi sekolah bukan elit ragbi di negeri Perak. Dapatan kajian
menunjukkan untuk mencapai tahap prestasi cemerlang dalam ujian pecut 30 meter,
pemain ragbi di sekolah bukan elit perlu mencapai sekurang-kurangnya 4.37 saat dan
Piawai
Rujukan
Kriteria
Cemerlang
Sangat Baik
Baik
Sederhana
Lemah
84
ke bawah, 27 bilanganatau lebih dalam ujian bangkit tubi, mencapai tahap 8.1 dan ke
atas dalam ujian kecergasan pelbagai tahap dan sekurang-kurangnya 8.92 saat dan
kurang dalam ujian lari ulang alik 10 meter.
Pemain sekolah bukan elit diklasifikasikan berada dalam prestasi tahap lemah,
apabila mencapai sekurang-kurangnya 5.56 saat dan lebih dalam ujian pecut 30 meter,
18 bilangan atau kurang dalam ujian bangkit tubi, mencapai tahap 17 dan ke bawah
dalam ujian kecergasan pelbagai tahap dan sekurang-kurangnya mencapai 11.97 saat
dan lebih dalam ujian lari ulang alik 10 meter.
Kajian ini telah dapat mengenal pasti tahap prestasi kecergasan fizikal pemain
ragbi di sekolah elit dan bukan elit ragbi di negeri Perak serta dapat melihat
perbandingan prestasi kecergasan fizikal di antara kedua-dua jenis sekolah tersebut.
Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pihak tertentu terutamanya jurulatih
ragbi sekolah bagi mengesan kelemahan pemain ragbi dalam aspek kecergasan fizikal
dan merangka kaedah latihan yang betul untuk meningkatkan prestasi kecergasan
fizikal bagi komponen kecergasan yang khusus untuk pemain mereka. Maklumbalas
yang diperolehi dapatlah digunakan untuk merancang program latihan supaya lebih
berkesan. Hasil daripada dapatan kajian ini dapat memberikan satu rujukan piawai
kriteria bagi kecergasan fizikal pemain ragbi berumur enam belas tahun kepada semua
jurulatih ragbi di negeri Perak.
BAB 5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Perbincangan
Kajian ini dijalankan bagi melihat tahap prestasi kecergasan fizikal di antara pemain
ragbi di sekolah elit ragbi dengan sekolah bukan elit ragbi yang berumur enam belas
tahun di negeri Perak. Hasil dapatan daripada kajian ini juga boleh digunakan untuk
membentuk piawai rujukan kriteria bagi kecergasan fizikal pemain ragbi yang
berumur enam belas tahun bagi sekolah elit dan bukan elit ragbi di negeri Perak.
Jumlah sampel yang digunakan adalah seramai 102 orang daripada enam buah
sekolah yang mempunyai pasukan ragbi di tiga buah daerah di negeri Perak. Bilangan
sampel terdiri daripada 52 orang pemain ragbi dari sekolah elit dan 50 orang pemain
ragbi dari sekolah bukan elit ragbi.
Prestasi kecergasan fizikal dalam kajian ini diperolehi berdasarkan ujian
kecergasan pelbagai tahap, ujian bangkit tubi, ujian pecut 30 meter, ujian lari Ulang
alik 10 meter dan ujian indeks jisim badan. Dapatan kajian menunjukkan prestasi lima
item ujian yang diuji iaitu ujian pecut 30 meter p = .067, ujian bangkit tubi p = .176,
ujian kecergasan pelbagai tahap p = .001, ujian larian ulang alik 10 meter p = .503 dan
ujian indeks jisim badan p = .077 di antara pemain ragbi di sekolah elit dan di sekolah
86
bukan elit ragbi yang berumur enam belas tahun di negeri Perak. Min kecergasan
pemain ragbi sekolah elit adalah lebih tinggi berbanding dengan min pemain ragbi
sekolah bukan elit.
Berdasarkan dapatan kajian ini, penilaian kecergasan fizikal dan pembentukan
piawai rujukan kriteria untuk pemain ragbi dapat menjurus kepada kepentingan
penilaian prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi. Penilaian sebagai satu cara untuk
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan tahap kecergasan pemain yang diuji. Jurulatih
ragbi dapat mengenalpasti tahap penguasaan kecergasan pemain dalam komponen
kecergasan fizikal yang terlibat dalam sukan ragbi. Proses penilaian prestasi
kecergasan fizikal dan piawai rujukan kriteria dapat menjadi instrument yang baik
untuk memantau peningkatan dan kemajuan pemain di dalam pogram pembangunan
ragbi. Melalui proses penilaian yang berterusan dan terancang, kemajuan kecergasan
fizikal pemain secara progresif dapat dipantau.
Penilaian prestasi kecergasan fizikal merupakan faktor penting dan
maklumbalas kepada pemain untuk meningkat prestasi kecergasan dan permainan
mereka secara menyeluruh. Analisis data prestasi merupakan suatu proses yang
berterusan untuk pemain supaya dapat mengenalpasti kelemahan dan meningkatkan
kecergasan fizikal supaya dapat bermain pada tahap yang optimum. Melalui penilaian
prestasi kecergasan fizikal yang saintifik dan sistematik, pemain dan jurulatih dapat
mengenal pasti kelemahan dan kekurangan mereka dalam komponen kecergasan
fizikal yang khusus serta mengambil langkah untuk mengatasi kelemahan dan
kekurangan tersebut. Menurut Morrow, Jackson, Disch & Mood, (2000), penilaian
pentaksiran juga digunakan dalam mengesan tahap pencapaian seseorang pemain.
Pentaksiran melibatkan pengukuran dan penilaian untuk mengumpul sesuatu
maklumat yang dikehendaki. Prestasi cemerlang dikatakan sebagai prestasi sebenar
87
jika seorang pemain dapat menunjukkan satu penguasaan kemahiran. Pentaksiran
prestasi sukan melibatkan hubungan antara pemain dengan jurulatih di dalam
mendapatkan maklumat untuk mencapai suatu matlamat. Penggunaan piawai rujukan
kriteria yang khusus, dapat membantu jurulatih dan pemain dalam menetapkan
matlamat khusus bagi mencapai objektif yang ingin dicapai.
Data piawai rujukan kriteria prestasi kecergasan fizikal ragbi menggambarkan
keadaan kemajuan pemain yang berada di bawah program latihan jurulatih dan
pencapaian objektif program latihan yang ditetapkan. Analisis data prestasi
kecergasan fizikal wajib dijadikan sebagai garis panduan kepada semua jurulatih ragbi
semasa merancang, membina dan mengubah suai program latihan supaya kelemahan
yang terdapat dalam program terdahulu tidak berulang. Dapatan kajian fisiologi dan
antropometrik oleh Gabbett dan Georgieff(2007) terhadap pemain bola tampar junior
elit, separuh elit dan novis telah berjaya menetapkan satu tahap penilaian bagi prestasi
pemain bola tampar junior. Dapatan mereka memberikan data normatif dan standard
prestasi bagi pemain bola tampar junior yang bertanding pada tahap elit, separuh elit
dan novis. Kaedah dan hasil dapatan mereka sesuai digunakan bagi semua jenis
permainan termasuk ragbi. Faktor yang dikemukakan oleh penyelidik seharusnya
menjadi tujuan utama mengapa proses penilaian prestasi kecergasan fizikal ragbi perlu
dilaksanakan dalam program latihan setiap jurulatih ragbi di negeri Perak.
Dapatan kajian ini mendapati min prestasi kecergasan fizikal berdasarkan
kepantasan, kekuatan otot, indeks jisim badan dan ketangkasan di antara pemain ragbi
sekolah elit dan sekolah bukan elit ragbi yang berumur enam belas tahun tidak
mempunyai perbezaan yang signifikan. Terdapat sedikit perbezaan min dalam
kecergasan daya tahan kardiovaskular di antara pemain ragbi sekolah elit ragbi dengan
pemain ragbi sekolah bukan elit ragbi, namun prestasi mereka adalah hampir sama.
88
Schmidt (1991) melaporkan penguasaan kecergasan fizikal mempunyai kaitan dengan
faktor biologikal, umur, kekuatan otot, kematangan dan komposisi lemak badan.
Kajian yang dilakukan oleh beliau menunjukkan pengaruh umur memberi kesan ke
atas prestasi kemahiran motor. Kanak-kanak dan remaja akan berubah menjadi
semakin tinggi, melebar dan kuat dengan peningkatan umur. Pertambahan kekuatan
disebabkan peningkatan umur adalah berkait rapat dengan jumlah jisim otot.
Penyelidik mengandaikan faktor jangkamasa latihan, kualiti dan intensiti latihan serta
umur menyebabkan tiada perbezaan dari segi kepantasan, kekuatan otot, indeks jisim
badan dan ketangkasan di antara pemain ragbi sekolah elit dan bukan elit ragbi di
negeri Perak. Ini menunjukkan prestasi kecergasan fizikal secara keseluruhan di antara
sekolah elit ragbi dan bukan elit ragbi adalah sama sahaja. Penyelidik merumuskan
tiada program latihan yang khusus untuk kecergasan fizikal dirangka dan disediakan
oleh jurulatih pasukan ragbi sekolah elit.
Hasil kajian mendapati min prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi di sekolah
elit dan bukan elit secara keseluruhannya mempunyai sedikit perbezaan yang
signifikan. Penyelidik merumuskan bahawa saiz tubuh pemain di sekolah elit dan
faktor latihan berdasarkan kecergasan daya tahan kardiovaskular yang dijalankan di
sekolah tersebut menyebabkan perbezaan dari segi prestasi kecergasan fizikal pemain
ragbi sekolah elit dengan sekolah bukan elit. Kajian Gabbett, Kelly, Ralph dan
Driscoll (2007) mendapati perbezaan ciri fizikal adalah membezakan antara pemain
utama dengan pemain simpanan dalam pasukan liga ragbi junior merupakan faktor
utama mereka dipilih untuk bermain.
Hasil analisis statistik ujian kecergasan pelbagai tahap di antara pemain
sekolah elit ragbi dan pemain sekolah bukan elit ragbi yang berumur enam belas tahun
menunjukkan min kecergasan daya tahan kardiovaskular sekolah elit ragbi adalah
89
lebih tinggi berbanding min sekolah bukan elit ragbi. Ini menunjukkan prestasi
pemain sekolah elit ragbi dari segi daya tahan kardiovaskular adalah lebih tinggi dan
lebih baik. Penyelidik merumuskan bahawa sekolah elit ragbi menggunakan masa
latihan untuk bermain membuat taktikal pasukan secara berulangan-ulang. Ini secara
tidak langsung meningkatkan kecergasan daya tahan kardiovaskular mereka. Program
latihan khusus menjurus kepada kemahiran permainan ragbi yang merangkurai
keupayaaan fizikal dan latihan kemahiran dapat membentuk dan meningkatkan
keupayaan kecergasan fizikal pemain kepada prestasi kompetitif dalam liga ragbi.
Penyelidik berkeyakinan bahawa program latihan kecergasan fizikal yang lebih
tersusun dan jika dirancang dengan sistematik akan menghasilkan keputusan yang
lebih baik. Penyelidik percaya program latihan kemahiran di sekolah elit adalah lebih
diberi perhatian daripada sekolah bukan elit.
Dapatan kajian Gabbett, Kelly dan Pezet (2007) menunjukkan ujian kemahiran
yang dipilih adalah penentu kejayaan sebagai pemain ragbi liga yang berjaya dan
kurang berjaya dan bukannya ciri fisiologi dan antropometrik. Namun demikian
semua ciri fisiologi dan antropometrik adalah berkait rapat dalam keupayaan bermain
ragbi. Tahap kecergasan yang tinggi adalah penyumbang kepada keberkesanan
keupayaan bermain bagi pemain ragbi tersebut. Dapatan kajian ini membuktikan
prestasi kecergasan daya tahan kardiovaskular sekolah elit lebih baik daripada sekolah
bukan elit ragbi. Penyelidik amat berkeyakinan, pemain ragbi di sekolah elit lebih
menumpukan perhatian kepada peningkatan penguasaan kemahiran asas ragbi dan
sentiasa membuat latihan untuk memperkemaskan lagi teknik kemahiran asas
permainan ini dalam rutin latihan harian mereka setiap hari. Ini secara tidak langsung
telah meningkatkan daya tahan kardiovaskular mereka berbanding dengan sekolah
bukan elit ragbi yang tidak mempunyai jadual latihan yang tetap. Penyelidik yakin
90
bahawa kecergasan daya tahan kardiovaskular sahaja yang membezakan antara
kejayaan sekolah elit berbanding dengan sekolah bukan elit. Penyelidik percaya,
sekiranya sekolah bukan elit ragbi membuat persediaan khusus dalam meningkatkan
kecergasan daya tahan kardiovaskular dan kecergasan fizikal, mereka mampu
memberi saingan yang sengit dan mengalahkan sekolah elit ragbi dalam kejohanan
yang akan datang.
Penyelidik pecaya pemain ragbi di sekolah elit mampu menghasilkan prestasi
kecergasan yang lebih baik kerana mereka telah dipilih berdasarkan pencapaian
akademik yang cemerlang dan aktif dalam sukan dan permainan sebelum ditawarkan
masuk belajar di sekolah elit ragbi berbanding dengan pemain ragbi di sekolah bukan
elit. Pemain ragbi di sekolah elit diberi tempat tinggal yang selesa dan pemakanan
yang mencukupi. Gaya hidup mereka adalah terkawal berbanding dengan pemain
sekolah bukan elit yang tinggal di kediaman sendiri. Dapatan kajian Arnet, Deluccia
& Gilmartin (2000), menunjukkan latthan ketnahiran yang diberi kepada kanak-kanak
dalam keadaan mereka keletihan adalah tidak bersesuaian untuk peningkatan prestasi
kemahiran motor. Faktor gaya hidup seperti pemakanan dan tidur yang cukup
memainkan peranan seperti juga faktor persekitaran dalam mempengaruhi prestasi
pemain semasa diuji.
Gabbett, Georgieff dan Domrow (2007) telah menjalankan kajian untuk
menentukan sama ada keputusan ujian fisiologi, antropometrik dan kemahiran mampu
membezakan di antara pemain bola tampar junior. Keputusan kajian menunjukkan
pemain bola tampar junior dari program pengenalpastian bakat lebih berjaya daripada
pemain yang bukan dari program pengenalpastian bakat. Sehubungan dengan itu,
penyelidik berpendapat, pemain ragbi yang telah terpilih ke sekolah elit mampu
menghasilkan prestasi yang lebih baik serta mempunyai tahap keyakinan yang tinggi
91
berbanding mereka yang tidak terpilih. Dapatan kajian Erwin & Castelli (2004) yang
membuat kajian terhadap sejauhmana penampilan pelajar yang cekap dan tidak cekap
dalam pencapaian motor. Dapatan kajian menunjukkan pelajar yang cekap lebih
cenderung kepada penguasaan tahap kecekapan yang tinggi dalam semua aktiviti dan
ujian fizikal. Pelajar ini juga mempunyai tahap keyakinan dan pengalaman yang tinggi
dalam semua kecekapan motor aktiviti sukan. Bagi pelajar yang tidak cekap, dapatan
kajian menunjukkan kumpulan ini tidak dapat menguasai serta cekap dalam semua
pencapaian motor dan mempunyai keupayaan fizikal yang rendah. Mereka juga tidak
berminat dalam semua jenis sukan yang mereka tidak cekap dan tidak mahu
melibatkan diri dalam sukan disebabkan tahap keyakinan diri yang rendah.
Perbandingan ini menunjukkan bahawa kecekapan motor sangat mempengaruhi
penglibatan pelajar dalam sukan. Sehubungan dengan itu, pemain ragbi di sekolah elit
mempunyai pengalaman dan tahap keyakinan yang tinggi berbanding pemain di
sekolah bukan elit. Ini menyebabkan min prestasi kecergasan fizikal mereka juga lebih
baik jika dibandingkan dengan pemain di sekolah bukan elit ragbi.
Penyelidik juga mendapati perbezaan kecergasan fizikal di antara sekolah elit
dengan bukan elit disebabkan oleh posisi perniainan. Pemain ragbi di elit boleh
bermain di banyak posisi berbanding dengan sekolah bukan elit yang terikat pada satu
posisi sahaja. Faktor ini menyebabkan prestasi kecergasan fizikal pemain sekolah elit
lebih baik daripada pemain bukan sekolah elit. Gabbett, Kelly dan Pezet (2007) telah
menjalankan kajian tentang prestasi fizikal, antropometrik dan ciri kemahiran
mengikut posisi permainan spesifik ke atas pemain liga ragbi separa elit, mendapati
prestasi fizikal, antropometrik dan kualiti kemahiran pemain liga ragbi separa elit
adalah pelbagai mengikut posisi permainan.
92
Penyelidik berpendapat program latihan kemahiran permainan ragbi di sekolah
elit lebih diberi tumpuan dalam usaha meningkatkan kemahiran mereka berbanding
dengan sekolah bukan elit. Latihan kemahiran secara tidak langsung menyebabkan
prestasi kecergasan fizikal lebih baik daripada pemain ragbi sekolah bukan elit
Menurut Gabbett (2006) yang telah mengkaji kesan daripada adaptasi permainan
berasaskan kemahiran dan penyesuaian tradisional untuk meningkatkan tahap
kecergasan fizikal pemain liga ragbi. Hasil kajian menunjukkan adaptasi berasaskan
kemahiran permainan merupakan suatu kaedah yang efektif semasa fasa pertandingan
bagi pemain liga ragbi. Tambahan pula penyesuaian kemahiran yang diberikan
membolehkan para pemain mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam persekitaran
kompetitif. Penyesuaian berasaskan kemahiran merupakan kaedah altematif yang
praktikal berbanding dengan penyesuaian tradisional untuk meningkatkan kapasiti
fisiologi dan prestasi bermain pemain liga ragbi.
Penyelidik percaya pogram latihan di sekolah elit dan bukan elit tidak disusun
dan dirangka dengan sistematik oleh jurulatih pasukan masing-masing. Adaptasi masa
latihan pasukan ragbi di sekolah elit dan bukan elit tidak digunakan dengan
sepenuhnya supaya tahap kecergasan fizikal mereka dapat ditingkatkan dan dapat
menghasilkan prestasi permainan ke tahap yang optimum. Menurut Gabbett, Johns
dan Riemann (2008) yang telah mengkaji adaptasi masa latihan ke atas pemain ragbi
liga ragbi junior yang berumur bawah 15 tahun dengan bawah 18 tahun. Terdapat
peningkatan dalam kuasa maksimal aerobik dan daya tahan otot di kalangan pemain
bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun yang mengikuti latihan.
Keputusan kejohanan ragbi peringkat daerah menunjukkan prestasi sekolah elit
adalah lebih baik berbanding sekolah bukan elit. Ini bermakna faktor kecergasan daya
tahan kardiovaskular menentukan kejayaan mereka berbanding dengan sekolah bukan
93
elit Penyelidik percaya faktor psikologi dan rasa rendah diri kepada pasukan sekolah
elit menyebabkan kejayaan pasukan sekolah bukan elit terhalang. Sekiranya sekolah
bukan elit membuat persediaan khusus dalam meningkatkan kecergasan daya tahan
kardiovaskular dan meningkatkan daya tahan mental, mereka mampu memberi
saingan yang sengit dan mengalahkan sekolah elit ragbi dalam kejohanan akan datang.
Aktiviti fizikal diperlukan untuk kesihatan yang baik, tetapi seseorang itu
haruslah mempunyai tahap kesihatan serta kecergasan yang munasabah untuk
berupaya mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal Begitu juga dengan komposisi
badan, seseorang yang kurang melakukan aktiviti fizikal akan menghadapi masalah
obesiti dan berat badan yang berlebihan. Keadaan kurang melibatkan diri dalam
aktiviti fizikal akan meningkatkan risiko mengalami masalah penambahan berat badan
atau obesiti. Fenomena ini akan menimbulkan rasa kurang berkeyakinan diri dan
menjadi satu tekanan dan bebanan kepada mereka apabila melakukan aktiviti fizikal.
Kajian ini bertepatan dengan apa yang penyelidik huraikan dalam teori kajian
oleh Thorndike iaitu mengenai teori hukum kesediaan Law of readiness. Semua
pemain ragbi harus bersedia untuk menerima sesuatu pembelajaran supaya
pembelajaran tersebut dapat mencapai matlamat serta memberi peluang kepada
pemain untuk bersedia dan menerima rangsangan yang betul untuk menggerakkan
mereka untuk menjalani aktiviti fizikal Sekiranya tiada rangsangan teratamanya dari
jurulatih pasukan atau guru pendidikan jasmani, maka pemain tersebut tidak akan
memiliki dan menunjukkan minat untuk melakukan aktiviti fizikal dan mengikuti
latihan pasukan ragbi.
94
5.2 Kesimpulan
Kajian ini telah dapat mengenal pasti tahap prestasi kecergasan fizikal bagi pemain
ragbi di sekolah elit dan bukan elit Negeri Perak. Kajian ini mendapati bahawa
prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi di sekolah elit dan bukan elit ragbi yang
berumur enam belas tahun di negeri Perak adalah lebih kurang sama dan tidak
mempunyai perbezaan yang ketara. Cuma prestasi tahap daya tahan kardiovaskular
pemain sekolah elit sahaja telah menunjukkan sedikit perbezaan dengan sekolah
bukan elit.
Penyelidik merumuskan bahawa sekolah elit ragbi hanya menumpukan latihan
penguasaan kemahiran permainan ragbi yang dilakukan secara berulang-ulang, di
mana secara tidak langsung telah meningkatkan kecergasan daya tahan kardiovaskular
dalam latihan persediaan pasukan ragbi mereka. Apa yang membezakan di antara
sekolah elit ragbi dengan bukan elit ragbi hanyalah dari segi nama dan tradisi sekolah
tersebut sahaja. Adalah menjadi harapan penyelidik, agar sekolah bukan elit ragbi
dalam negeri Perak akan merangka program dan kaedah latihan kecergasan fizikal
yang khusus dan membuat persediaan yang rapi agar dapat mengalahkan sekolah elit
ragbi dalam tempoh yang terdekat ini.
Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pihak tertentu terutamanya
guru-guru Pendidikan Jasmani dan jurulatih pasukan ragbi bagi mengesan kelemahan
pelajar dalam aspek kecergasan fizikal. Maklumbalas yang diperolehi dapat digunakan
untuk merancang program latihan supaya lebih berkesan. Selain itu, hasil pengukuran
dan penilaian yang dibuat oleh jurulatih pasukan pada masa ini tidak dapat dibanding
dan dirujuk dengan satu sistem skor kriteria yang piawai. Dapatan kajian ini juga
dapat memberi satu rujukan yang piawai kepada semua guru-guru Pendidikan Jasmani
dan jurulatih pasukan ragbi di negeri Perak.
95
5.3 Cadangan
Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan ingin disarankan oleh penyelidik bagi
meningkatkan prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi yang berumur enam belas
tahun di Negeri Perak. Hasil dapatan kajian ini tidak menunjukkan perbezaan prestasi
yang agak besar jurangnya di antara sekolah elit ragbi dengan sekolah bukan elit ragbi
dalam aspek kecergasan fizikal. Oleh yang demikian, semua program aktiviti latihan
ragbi haruslah didokong dan diajar oleh guru dan jurulatih yang mempunyai
pengetahuan tentang prtosip dan kaedah latihan suaian fizikal. Pihak Jabatan Pelajaran
Negeri Perak haruslah mengambil langkah-langkah yang drastik untuk menambah
bilangan guru berkelulusan Pendidikan Sains Sukan atau Pendidikan Jasmani di
Negeri Perak dengan memberi unjuran keperluan guru kepada Bahagian Pendidikan
Guru.
Data dapatan kajian yang digunakan untuk membentuk piawai rujukan kriteria
ragbi diharap dapat dijadikan norma rujukan bagi semua jurulatih ragbi yang melatih
dan membimbing pemain ragbi yang berumur enam belas tahun. Penyelidik juga
berharap agar kajian ini akan diperluaskan untuk memperoleh data bagi pemain ragbi
berumur 13,14,15 dan 17 tahun di negeri Perak.
Seterusnya penyelidik menyarankan agar jumlah sampel diperluaskan kepada
daerah-daerah lain yang tidak terlibat dalam kajian ini dan juga menambah bilangan
sekolah di setiap daerah tersebut Ini diharapkan dapat mengujudkan sampel populasi
kajian yang lebih besar dan menyeluruh. Penyelidik juga mencadangkan supaya
penggimaan bateri ujian kecergasan fizikal dilaksanakan oleh semua jurulatih pasukan
di negeri Perak supaya prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi ditingkatkan.
Penyelidik juga berharap dapat memberi input kepada Kementerian Pelajaran
melalui dapatan kajian ini untuk melaksanakan bateri ujian kecergasan fizikal ragbi
96
secara menyeluruh di semua sekolah menengah yang mempunyai pasukan ragbi dan
kepada yang berhasrat untuk menubuhkan pasukan ragbi baru.
97
RUJUKAN
Ahmad Hashim. (2004), Pengukuran kecergasan motor. Tanjong Malim Perak:
Quantum Books.
Ahmad Mahdzan Ayob. (2007). Kaedah pettyelidikan sosioekonomi (3
rd
ed.).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
American alliance for health, physical education, recreation dance. (1976). Youth
fitness test manual Reston, VA: AAHPERD.
American alliance for health, physical education, recreation dance. (1980).
AAPHERD health related physical fitness test manual. Reston Va:
Author.
Ary, D., Jacobs, L. C, & Razaveigh, A. (2002). Introduction to research in education
(6
th
ed.). USA: Wadsworth Group.
Astrand, P.O. & Rodahl, K. (1976). Text book of works physiology, (2
nd
ed.).
Mc. Graw Hill Book Co.: New York.
Baker, D., & Nance, S. (1999). The relation between strength and power in
professional rugby league players. Journal of strength and conditioning
research. 13(3), 224-229.
Baumgartner, T. A., & Jackson, A. S. (1999). Measurement for evaluation in
physical education and exercise sciences (6
th
ed.). USA : McGraw-Hill, Inc.
Baumgartner, T. A., Jackson, A. S., Mahar, T. M., & Rowe, D. A. (2003).
Measurement for evaluation in physical education and exercise science
(7
th
ed.). USA: McGraw Hill.
Barrow, H. B., & Mc Gee, R. (1973). A practical approach to measurement for
evaluation in physical education (2
nd
ed.). London: Henry Kimpton Publisher.
Bernald, H. R. (2000). Social research methods: Qualitative and quantitative
approaches. USA: Sage.
Biscombe, T., & Drewett, P. (1998). Rugby, steps to success. USA: Human Kinetic.
Bompa, T. O. (1983). Theory and methodology of training. The key to athletic
performance. Iowa; Kendal/Hunt Pub.Co.
Bowers, R. W., & Fox, E. L. (1998). Sports physiology (3
rd
ed.). Dubuque, Iowa: Wm.
C. Brown Publisher.
Bompa, T. O. (1986). Theory and methodology of training: The key to athletic
performance. Iowa: Kendall Hunt Publishing Company
98
Bompa, T. O. (1999). Periodization: Theory and methodology of training (4
th
ed.).
USA: Human Kinetics
Borg, W. R., & Gall, M. D. (1983). Education research: An introduction. New York:
Longman, Inc.
Bums, R. B. (1999). Introduction to research methods. Australia: Sage Publications
Carrol, B. (1984). Assessment in physical education: A Teacher's guide to the issues,
London: The Palmer Press
Clarke, H. H. (1975). Joint and body range of body movement: Physical fitness.
Research digest 5:16-18.
Clarke, H. H. {1915).Application of measurement to health and physical
education. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall
Cochran, W. G. (1977). Wiley series in probability and mathematical statics
applied: Sampling techniques (3
rd
ed.). USA: A Wiley Publication.
Coker, C. (2000). Teaching approach depends on skill level. Journal of physical
education, recreation and dance, 71 (7), 6.
Cooper Institute. (1992). The prudential FTTNESSGRAM: Test administration
manual Dallas: Cooper Institute for Aerobics Research.
Cooper, K. H., & Collingwood, T.R. (1984). Physical fitness: Programming issues for
total well being. Journal of physical education, recreation and dance,
56(1), 45-50.
Collins, D. R., & Hodges, P. B. (2001). A comprehensive guide to sports skills test
and measurements (2
nd
ed.). Springfield, EL: Thomas.
Corbin, C. H., & Lindsey, R. (1994). Concepts of physical fitness with laboratories
(8
th
ed.). Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown.
Craven, (1977). Rugby handbook. England: EP Publishing.
Creswel, J. W. (1994). Research design qualitative and quantitative approaches.
America: Sage Publication.
Cresswell, S. L., & Eklund, R. C. (2005). Motivation and burnout in professional
rugby players. Research quarterly for exercise and sport. 76 (3), 370-376.
Cureton, K. J. (1982). Distance running performance tests in children: What do they
mean? Journal of physical education, recreation and dance, 53 (8), 64-66.
99
Cureton, K. 1, and G. L. Warren. (1990). Criterion-referenced standards for youth
health-related fitness test: A Tutorial Research quarterly for exercise and
sports 61:7 A9.
Davis, B., Bull, R., Roscoe, J., & Roscoe, D. (2000). Physical education and the study
of sport (4
th
ed.). UK: Mosby.
Dignan, M. B. (1986). Measurement and evaluation of health education. Springfield
IL: Charles C.Thomas.
Disch, J., Frankiewicz, R., & Jackson, A. (1975). Construct validity of distance run
tests. Research quarterly, 46:169 -176.
Elliot, B. (1998). Training in sport: Applying sport science. England: Wiley.
Fall, H. B. (1980). Modern concepts of physical fitness. Journal of physical
education, recreation and dance, 51(4), 25-27.
Farrow, D., Young, W., & Bruce, L. (2005). The development of a test of reactive
agility for netball: A new methodology. Journal science medicine sport, 8 (1)
52-60.
Field, A. (2005). Discovering statistics using SPSS (2
nd
ed.). London: Sage.
Fleishman, E. A. (1964). The structure and measurement of physical fitness.
Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall
Franks, B. D., & Howley, E. T. (1998). Fitness leader's handbook (2
nd
ed.). USA:
Human Kinetics.
Gabbet, T. J., Kelly, I, & Pezet, T. (2005). Relationship between physical fitness
and playing ability in rugby league players. Journal of strength and
conditioning research, 21 (4), 1126-1134.
Gabbett, T. (2006). Skill based conditioning games as an alternative to traditional
conditioning for rugby league players. Journal of strength and conditioning
research, 20 (2), 309-315.
Gabbett, T. (2007). Physiological and anthropometric characteristics of elite women
rugby league players. Journal of strength and conditioning research 21
(3), 875-881.
Gabbett, T., Johns, J., & Riemann, ML (2008). Performance changes following
training in junior rugby league players. Journal of strength and
conditioning research. 15;18438222.
Gabbett, T., & Benton, B. (2007). Reactive agility of rugby league players. Journal of
science medical sport. 7;18069064
100
Gabbett, T., Jason, K., Ralph, S., & Driscoll, D. (2007). Physiological and
anthropometric characteristics of junior elite and sub-elite rugby league
players, with special reference to starters and non-starters. Journal of science
medicine sport. 3; 18055259.
Gabbett, T., Georgieff, B., & Domrow, N. (2007). The use of physiological,
anthropometric, and skill data to predict selection in a talent identified junior
volleyball squad. Journal of sports science. 25(12): 1337-44.
Gabbett, T., Kelly, J., & Pezet, T. (2007). A comparison of fitness and skill among
playing positions in sub-elite rugby league players. Journal of science
medicine sport. 24:17720624
Gabbett, T., & Georgieff B. (2007). Physiological and anthropometric characteristics
of Australian junior national, state, and novice volleyball players. Journal of
strength and conditioning research 21(3):902-8.
Garratt, T. (1999), Sporting excellence. UK: Cromwell Press
Gay, L. R., & Airasian, P. (2003). Educational research: Competencies for analysis
andaApplications (7
th
ed.). Ohio: Merrill Prentice Hall.
Green, D. S., Salkind, N. J., & Akey, M. T. (2000). Using SPSS for windows,
analyzing and understanding data (2
nd
ed.) USA: Prentice-Hall
Greenwood, J. (1978). Total rugby. Fifteen-man rugby for coach and player.
London: Lepus Books.
Hastad, D. N., & Lacy, A.C. (1998). Measurement and evaluation in physical
education and exercise science. Needham Heights, Massachusetts: Allyn &
Bacon.
Hensley, L. D., East, W.B., & Stillwell, JX. (1992). Body fitness and motor
performance during Preadolescence. Research quarterly for exercise and
sports. 53(20), 133-140.
Heyward, V. H., & Stolarczyk, L. M. (1977). Applied body composition assessment.
Champaign, IL: Human Kinetics.
Heyvard, V. H. (1998). Advanced fitness assessment & exercise prescription
(3
rd
ed.). USA: Human Kinetics.
Hoeger, S. A., & Hoeger, W. W. K. (2006). Principles and labs for physical fitness
(5
th
ed.). USA: Thomson.
Hoeger, W. W. K., & Hopkins, D. R. (1992). A comparison of the sit and the modified
sit and reach in the measurement of flexibility in women. Research quarterly
for exercise sport 62 (2), 191495.
101
Johnson, B. L & Nelson, J. K. (1986). Practical measurement for evaluation in
physical education (4
th
ed.). Edina: Burgees Publishing.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2008). Kertas pelaksanaan sukan sekolah
premier 2008 (Format Barn). Putrajaya: Jabatan Pendidikan Jasmani Dan
Sukan.
Kenyon, G. S. (1968). Six scales for assessing attitude towards physical activity.
Research quarterly, 39,566-574
Kitchens, L. J. (2003). Basic statistics and data analysis. Canada: Thomson
Launder, A. G. (2001). Play practice; The games approach to teaching and
coaching sports. USA: Human Kinetics.
Leger, L. A., Mercier, D., Gadoury, C, & Lambert, J. (1988). The multistage 20 meter
shuttle run test for aerobics fitness. Journal of sport sciences, 6,93-101.
Liu, N. Y. S., Plowman, S. A., & Looney, M. A. (1992). The reliability and validity of
the 20 meter shuttle test in American Students 12 to 15 years old. Research
quarterly for exercise and sport, 63(4), 360-365.
Lund, L. J., & Kirk, F. M. (2002). Performance based assessment for middle and
high school physical education. USA: Human Kinetics.
Mac Dougall, J. D., & Wenger, H. A. (1991).The purpose of physiological testing: In
physiological testing of the high performance athlete (2
nd
ed.). Champaign, IL:
Human Kinetics
Magill, R. A. (1993). Motor learning: Concepts and application (4
th
ed.). Iowa:
Brown & Benchmark.
Meckel, Y., Atterbonn, H., Grodjinorsky, A., Ben-sire, D., & Rotstein, A. (1995).
Physiology statistics in female 100 meter sprinters of different performance
levels. Journal of sports medicine and physical fitness. 53(2), 115-124.
Messick, S. (1995). Standard of validity and the validity of standard in performance
assessment. Educational measurement: Issues and practice, 12 (3), 9-15.
Miller, K. D. (1994). Measurement by the physical educator: Why and how
(2
nd
ed.). USA: Brown & Benchmark Publishers.
Mitchell, A. S., Oslin, L. J., & Griffin, L. L. (2006). Teaching sport concepts and
skills (2
nd
ed.). USA: Human Kinetics.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan pendidikan. Johor: UTM.
Mohd Arshad Ahmad. (1992). Ragbi. Shah Alam: Fajar Bakti
102
Mohd Majid Konting. (2000). Kaedahpenyelidikanpendidikan (edisi kelima). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mood, P. D., Musker, F. F. & Rink, E. J. (2003). Sports and recreational activities
(13
th
ed.). USA; McGraw Hill.
Morrow, J. R., Jackson, A.W. Disch, J.G., & Mood, D. P. (2000). Measurement and
evaluation in human performance (2
nd
ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.
Mugo, F. W. (1997). Sampling in research. Retrieved February 2,2002 from
http://trochim.human.cornell.edu/tutorial/mogo/tutorial.htm
Nieman, D. C. (2003). Exercise testing and prescription. A health-related approach
(5
th
ed.). New York: Mc-Graw-Hill.
Orlick, T.D. (1974). The athletic dropout: A high price efficiency. Canadian
association for health, physical education and recreation, 41(2),21-27.
Ovens, A., & Smith, W. (2006). Skill: Making sense of a complex concept Journal of
physical education New Zealand, 39 (1), 72-84.
Pate, R. R. (1991). Health related measures of children's physical fitness. Journal of
school health, 61,231-233.
Pendhazur, E. J., & Schmelkin, L, P. (1991). Measurement, design and analysis: An
integrated approach. Hillsdale: Lawrence Erlbaum Associates publishers.
Piaw, C. Y. (2006). Asas statistikpenyelidikan. Malaysia: McGraw Hill.
Ragbi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ragbi
Rikli, R. E.(1991). Softball for boys and girls: Skill test manual. Reston, V. A:
American alliance for health, physical education, Recreation and dance.
Safrit, M. J. (1981). Evaluation in physical education. (2
nd
ed.). Englewood
Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.
Safrit, M.J., & Looney, M. (1992). Should the punishment fit the crime? A
measurement dilemma. Research quarterly for exercise and sports, 63,124-
127.
Safrit, M. J. (1995). Complete guide to youth fitness testing. Human Kinetics:
Champaign Illinois.
Safrit, M J, & Wood, T. M. (1995). Introduction to measurement inphysical
education and exercise science (3
rd
ed.). St Louis: Times Mirror/Mosby.
103
Sarvella, P. D., & McDermot, R. J. (1991). Health education evaluation and
measurement: A Practitioner's perspective. England: Brown & Benchmark
Publisher.
Schmidt, R. A. (1991), Motor learning and performance, from principle to practice.
USA: Human Kinetic.
Sheppard, J., Croniii, J., Gabbett, T., McGuigan, M., Etxebarria, & Newton, R. (2008).
Relative importance of strength, power, and anthropometric measures to jump
performance of elite volleyball players. Journal of strength and conditioning
research. 15;18438243.
Sidek Mohd.Noah. (2002). Rekabentukpenyelidikan: Falsafah, teori danpraktis.
Serdang: Universiti Putra Malaysia,
Siedentop, D., Mand, C, & Taggard, A. (1986). Physical education teaching and
curriculum strategies for grades 5-12. Boston, Massachusetts: Mifflin.
Short, S., Afremow, J., & Overby, L. (2001). Using mental imagery to enhance
children's motor performance. Journal of physical education, recreation &
dance, 72 (2), 19-23.
Strand, B., & Wilson, R. (1993). Assessing sports skills. Utah State University:
Human Kinetics Publisher.
Stufflebeam, D.C. (1972). Education evaluation and decision making. Itacall:
Peacock
Sudman, S., & Bradbum, N. M. (1986). Asking question. San Francisco: Jossey-Bass.
Suharsimi Arikunto. (1993). Prosedur penilitian: Satupendekatanpraktek (Edisi
kedua). Jakarta: PT Rineka Cipta.
Thomas, J., Michael, D., & Gallagher, J. (1994). Effects of training on gender
differences in overhand throwing. Research quarterly for exercise and sport,
65(1), 67-71.
Thomas, J. R., & Nelson, J. K. (2001). Research methods in physical activity
(4
th
ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.
Tuckman, B.W. (1994), Conducting educational research (4
th
ed.). America:
Harcourt Brace College Publisher.
Verducci, F.M. (1980), Measurement concept in physical education. London: The
C.V. Mosby Company.
104
LAMPIRAN A
Borang Skor Ujian Kecergasan Fizikal Pemain Ragbi
4.4 Ujian Bangkit Tubi untuk kekuatan otot, dan
4.5 Ujian Indek Jisim Badan untuk komposisi badan.
5. Bersama ini disertakan salinan surat yang berkaitan untuk menjatankan
kajian untuk perhatian pihak tuan.
5.1 surat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Perak untuk
menjalankan kajian di sekolah-sekolah menengah / rendah negeri
Perak.
5.2 surat kelulusan daripada Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk menjalankan kajian di sekolah.
6. Untuk makluman tuan, semua pelajar akan dipastikan diberi penerangan
yang jelas terlebih dahulu tentang tujuan kajian dan langkah-langkah keselamatan
perlu diambil. Keputusan ujian adalah dianggap suth dan hanya diketahui oleh
pengkaji dan pihak tuan sahaja sebagai pemantauan prestasi pemain-pemain
ragbi sekolah tuan.
7. Disertakan bersama borang kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga yang perlu
disempurnakan oleh mereka dan diserahkan kembali kepada saya.
8. Kerjasama dan bantuan tuan amat saya hargai dan disanjungi dalam
menyempurnakan kajian ini.
Sekian didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Yang benar,
(KANAISAN A/L KANAPATHY)
No. Matrik: M20061000199.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
s.k.
1. Jabatan Pelajaran Perak
2. Dekan, Fakulti Sains Sukan, UPSI
106
LAMPIRAN B
Surat Kebenaran Daripada Kementerian Pelajaran
Malaysia Untuk Menjaiankan Kajian Di Sekolah
s.k
Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri Perak
Dr. Ahmad Bin Hashim
Dekan
Fakulti Sains Sukan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak
109
LAMPIRAN C
Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pelajaran
Negeri Perak Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah
111
LAMPIRAN D
Surat Permohonan
Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah
KANAISAN A/L KANAPATHY,
SMK KING EDWARD VII,
JALAN MUZIUM HULU,
34000 TAIPING,
PERAK TEL: 012-4530961
Tarikh: 18 Oktober 2008
Tuan Pengetua,
SMK King Edward VII, Taiping,
SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping,
Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar,
SMK Clifford, Kuala Kangsar,
Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh,
SMK Anderson, Ipoh.
Tuan,
PERMOHONAN UNTUK MENJALANKAN KAJIAN ILMIAH Dl SEKOLAH.
Saya seperti nama dan alamat diatas adalah pelajar program Sains Sukan,
peringkat sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Saya
sedang membuat kajian ilmiah yang bertajuk Tenilaian Prestasi Kecergasan
Fizikal Dan Pembentukan Norma Rujukan Kriteria Bagi Pemain Ragbi
Berumur 16 Tahun Di Sekolah Elit Dan Bukan Elit Ragbi Di Negeri Perak".
Objektif kajian adalah untuk membentuk piawai rujukan kriteria bagi pemain ragbi
tingkatan empat di Negeri Perak berdasarkan kecergasan Fizikal.
2. Sehubungan dengan itu, saya memohon bantuan dan kelulusan dari tuan
untuk menghantar pemain ragbi tingkatan 4 dari sekolah tuan untuk menjalani
ujian kecergasan tersebut.
3. Butir-butir pelaksanaan ujian tersebut adalah seperti berikut-
Tarikh
Hari
Masa
Tempat
Pakaian Pemain
30 Oktober 2008
Khamis
4.00 petang
SMK Clifford, Kuala Kangsar
Semua pemain dikehendaki berpakaian sukan
Bated Ujian yang akan dijalankan adalah seperti berikut:-
4.1 Ujian PACER untuk daya tahan Kardiovaskular,
4.2 Ujian Lari Pecut 30m untuk kepantasan,
4.3 Ujian Lari Ulang Alik 10m untuk ketangkasan,
114
LAMPIRAN E
Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga Untuk Pelajar
Menjalani Ujian Kecergasan Fizikal Di Sekolah

You might also like