You are on page 1of 2

TUGASAN SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

A. Tugasan Individu

1. Refleksi Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu

Anda dikehendaki melakukan satu pemerhatian terhadap pengajaran penulisan
Bahasa Melayu dan membuat refleksi hasil daripada pemerhatian tersebut. Fokus
refleksi anda ialah terhadap pendekata, kaedah serta teknik yang digunakan oleh
guru terbabit semasa pengajaran penulisan Bahasa Melayu.

Panjang penulisan refleksi anda adalah antara 1000 hingga 1500 perkataan, tidak
termasuk lampiran dan rujukan.

Salinan RPH hendaklah disertakan bersama)

Fon: Times New Roman (12 pt) atau Arial (11 pt)
Selang : 2 baris
Format : APA 6

Markah : 20%
Tarikh akhir: 04 April 2014 (Pertemuan Kedua)


B. Tugasan Berkumpulan

1. Strategi Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu

a. Anda dikehendaki menghasilkan lima bentuk hasil penulisan, iaitu :

i. Karangan bergambar
ii. Karangan Berpandu
iii. Karangan berformat
iv. Karangan bentuk bebas
v. Karangan berbentuk cerita/ naratif

b. Hasil penulisan adalah karya asli. Bagi setiap satu jenis karangan, anda
dikehendaki menjelaskan secara terperinci tentang strategi pengajaran yang
bersesuaian untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penekanan perlu diberi terhadap aspek berikut:
i. Pendekatan
ii. Kaedah
iii. Teknik.
Markah : 30%
Tarikh akhir: 03 Mei 2014 (Pertemuan Ketiga)

2. Penghasilan Bahan Sumber Pengajaran.

Anda dikehendaki menhasilkan satu set bahan sumber bagi pengajaran penulisan
Bahasa Melayu.

i. Poster (Gambar tunggal)
ii. Gambar Bersiri (6 gambar bersiri)
iii. Komik
Bahan sumber pengajaran yang dihasilkan merupakan karya asli.
Anda juga dikehendaki menjelaskan tatacara penggunaan setiap bahan sumber
pengajaran serta menyediakan satu rancangan pengajaran yang lengkap bagi setiap
bahan sumber yang disediakan.
Markah : 30%
Tarikh akhir: 13 Jun 2014 (Pertemuan Keempat)

You might also like