You are on page 1of 44

[1]

1.0 PENGENALAN.

1.1 Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu.
Bagi mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul
penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu
sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern
(Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan
secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.


Rajah 1 : Peta Sungai Mekong
Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada
kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di
China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan
manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. Gelombang pertama
dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi
Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua
yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur
di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini
menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri,
Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke
kawasan hutan dan pedalaman. Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek
moyang masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.
[2]

Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala
bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain
daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan
rumpun bahasa Tibet-Cina.

Rajah 2 : Rajah Pohon Asal Usul Bangsa Melayu
Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu
rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa
Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas). Bahasa Melayu termasuk dalam
bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh,
Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
[3]

1.2 Perkembangan Bahasa Melayu
Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara
telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno,
bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa
Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman
sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada
tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri
misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat,
dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam. Manakala
bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali
Inggeris.
















[4]

2.0 LATAR BELAKANG BAHASA MELAYU KLASIK
2.1 Definisi Bahasa Melayu Klasik
Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa . Di
antaranya ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), bahasa abad ketiga belas dan ketujuh
belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik.
Menurut Ismail Hussein (1984:24), pembahagian yang dibuat oleh adalah
atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat
dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya,
pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan
yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab,
dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya,
masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang
dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa
Melayunya, dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.










[5]

2.2 Perkembangan Bahasa Melayu Klasik.
Di dalam buku tulisan Goay Teck Chong,Choo Say Tee & Zainuddin
Ahmad (2006) yang bertajuk Teks Pra-U Stpm Bahasa Melayu ada mencatatkan
bahawa bahasa Melayu Kuno digantikan dengan Bahasa Melayu Klasik. Peralihan
ini dikaitkan dengan kedatangan agama Islam yang ke Asia Tenggara pada abad ke-
13. Sebelum memasuki zaman bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu telah
mengalami satu zaman transisi yang dikenal sebagai zaman bahasa Melayu
Praklasik. Zaman praklasik ini dikatan bermula pada abad ke-11 dan berlanjutan
hingga abad ke-14 apabila aksara jawi digunakan. Pengaruh Hindu dan Islam
bercampur-aduk dari segi sistem penulisan dan kosa kata dalam bahasa Melayu.
Sistem ini dinamakan arkaik iaitu kata-kata yang bersifat sankrit dan aksara untuk
menuliskan kata-kata yang pekat kearabannya
Secara umumnya, bahasa Melayu Klasik digunakan antara abad ke-14
hingga abad ke-19 (dari tarikh yang tercatat pada batu bersurat Kuala Berang
hingga ke zaman Abdullah Munsyi). Bahasa Melayu Klasik ini mencapai zaman
kegemilangannya pada zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh, dan zaman
kerajaan Johor-Riau. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat pada zaman
Melaka kerana :
i. Pengaruh politik Melayu membolehkan bahasa Melayu disebarkan dengan
mudah.
ii. Bahasa Melayu mula digunakan sebagai bahasa penyebaran agama Islam
yang tinggi darjah kebudayaannya.
iii. Perkembangan tulisan Jawi dan perbendaharaan kata daripada bahasa Arab
yang membantu perkembangan bahasa Melayu dalam bidang kesusasteraan,
sejarah dan undang-undang.
2.3 Peranan bahasa Melayu Klasik :
i. Lingua Franca
ii. Bahasa Pentadbiran
iii. Bahasa Rasmi
iv. Bahasa Ilmu
[6]

2.4 Ciri-ciri bahasa Melayu Klasik.
Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu mengalami
banyak perubahan. Ciri-ciri bahasa Melayu klasik ialah:
2.4.1 Sistem Tulisan dan Ejaan.
Pada era bahasa Melayu Klasik, tulisan Jawi (yang berasal daripada tulisan
Arab) merupakan sistem tulisan terpenting. Tulisan jawi ialah sejenis sistem tulisan
yang menggunakan abjad Arab dan enam abjad tambahan yang dicipta oleh orang
Melayu sendiri.
2.4.2 Kosa kata.
Apabila adanya pengaruh Islam, kosa kata bahasa Melayu telah diperkaya
dengan kata-kata atau istilah-istilah yang dipinjam/diserap daripada bahasa Arab.
Sebagai contohnya, kata syurga berubah daripada konsep syurga dalam pengertian
Hindu kepada konsep yang didukung oleh Islam, iaitu dengan pengertian al-Jannah,
dan konsep yang didukung oleh Islam, iaitu dengan pengertian an-Nar.
2.4.3 Tatabahasa.
Ciri-ciri tatabahasa bahasa Melayu Klasik dapat ditinjau daripada aspek
penggunaan perkataan, imbuhan dan struktur ayat. Daripada aspek penggunaan
perkataan, bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan bahasa Istana,
menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk
asmara), sahaya, masyghul (bersedih). Banyak menggunakan perdu perkataan
(kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah, hatta, adapun. Telah menerima
pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti alam
bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan
pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum. Banyak
menggunakan partikel pun dan lah.


[7]

2.5 Bahan bukti penggunaan Bahasa Melayu Klasik.
2.5.1 Batu Bersurat
Bukti kegemilangann Bahasa Melayu Klasik boleh dilihat daripada tiga batu bersurat
yang penting. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir
perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan
Melayu dalam bentuk tulisan.
i. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (22 February 1303
[1]
) ditulis
dalam tulisan Jawi. Ini membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam
bahasa Melayu pada abad itu. Malah ia juga membuktikan bahawa pengaruh
Islam telah bertapak di rantau ini. Teks yang terdapat pada batu bersurat ini
menunjukkan percampuran kata asli bahasa Melayu dengan kata pinjaman
Sanskrit, Jawa dan Arab.
ii. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India
mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
iii. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India buat
pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi,
Allah dan rahmat.
2.5.2 Tokoh dan Hasil Karya
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting dalam bahasa Melayu Klasik ialah
Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul
Rauf al-Singkel. Hasil karya yang terkenal pula ialah:
i. Hikayat raja-raja pasai
ii. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
iii. Hikayat Amir Hamzah
iv. Bustanus Salatin
v. Sulalatus Salatin
vi. Sejarah Melayu
vii. Hikayat Iskandar Zulkarnain
[8]

2.5.3.Salasilah Tulisan Jawi.
Tulisan jawi mempunyai nilai yang tersendiri sebagai warisan bangsa.Tulisan
jawi adalah daripada skrip arab yang sampai ke kepulauan melayu bersama dengan
kedatangan agama islam.Skrip arab pula tergolong dalam keluarga semitik daripada
cabangan semitik utara yang menurunkan keluarga kecil aramaik dan seterusnya
kepada nabaetan dan kepada skrip arab.Tulisan Jawi merupakan salah satu
daripada pengaruh Islam yang hampir meresap ke dalam kebudayaan Orang
Melayu. Tulisan ini sampai ke Alam Melayu bersama-sama dengan kedatangan
agama Islam. Malah Sebelum tulisan jawi muncul dalam arena budaya Melayu, telah
wujud satu bentuk tulisan daripada pengaruh tulisan Dewanegara yang digunakan
oleh orang-orang Pallava di India, dan di negeri-negeri lain seperti di Sumatera
Selatan, Campa, Ligor dan Jawa. Hal ini dapat dilihat pada prasasti Kota Kapor,
serta bermacam-macam lagi tulisan kuno yang dijumpai di Talang Tuwo, Karang
Berahi, dan Pasemah.
Selain itu,di Jawa pula beberapa prasasti didapati menggunakan tulisan
Pallava. J. G Casparis telah membahagikan skrip Pallava di Kepulauan Melayu
kepada zaman iaitu zaman Pallava Kemudian. Zaman Pallava Awal skripnya
mempunyai ciri-ciri skrip India Selatan dan Sri Lanka. Manakala skrip Pallava
Kemudian menyerupai skrip Kawi Awal seperti yang terdapat pada Inskripsi Jawa
Kuno dalam pertengahan abad ke8. Skrip Pallava Awal yang dijumpai di Kepulauan
Melayu kesemuanya tertulis dalam bahasa Sanskrit, sementara skrip Pallava
Kemudian, terutama yang terdapat pada Inskripsi Srivijaya, sementara skrip Pallva
Kemudian, terutama yang terdapat pada Inskripsi Srivijaya telah menggunakan
bahasa Melayu Tua.







[9]

3.0 LATAR BELAKANG BAHASA MELAYU MODEN

3.1 Perkembangan Bahasa Melayu Moden

Menurut Siti Khajar Abdul Aziz di dalam bukunya Bahasa Melayu 1 (2008)
Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi
Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana
sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa Melayu klasik.

Namun Teks Pra-U Stpm Bahasa Melayu, tulisan Goay Teck Chong, Choo
Say Tee & Zainuddin Ahmad (2006) mencatatkan bahawa, ada pengkaji yang
berpendapat bahawa zaman Abdullah Munsyi merupakan zaman peralihan daripada
bahasa Melayu Klasik kepada bahasa Melayu Moden. Menurut mereka, zaman
bahasa Melayu moden sebenarnya bermula pada awal abad ke-20.

Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang
tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan
bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British
merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam
sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan yang menyebut bahawa, "Bahasa Kebangsaan negara ini adalah
Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang
diperuntukan dengan undang-undang Parlimen.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu
ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi
kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun). Laporan Razak 1956
mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam
sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum.
Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta
menigkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah
yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus
[10]

bahasa Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar
Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa
iaitu dengan menyusun panduan ejaan, kamus, tatabahasa, tanda-tanda bacaan,
surat kiriman, dan peristilahan.
Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan
lembaga yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dengan adanya usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem
ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan lain lain yang
berkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka
berbagai-bagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah
diadakan.Contohnya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada
tahun 1952 hingga 1984 iaitu Kongres yang keempat.
Kesimpulannya,dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini,
maka bahasa Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa
moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, dan
tulisan ilmiah.









[11]

3.2 Tokoh-tokoh penting Bahasa Melayu Moden.
Terdapat beberapa orang tokoh-tokoh penting yang menyumbang kepada
perkembangan Bahasa Melayu Moden. Tokoh yang pertama ialah Abdullah Bin
Abdul Kadir Munsyi. Karya beliau iaitu Hikayat Abdullah, memperlihatkan
pembaharuan daripada segi pemikiran dan menandakan zaman permulaan zaman
permulaan bahasa Melayu moden.
Manakala Raja Ali Haju pula memperlihatkan dirinya sevagai cendekiawan
Melayu yang serba boleh dengan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang seperti
bahasa, agama, sejarah dan sastera. Sumbangan Raja Ali Haji dalam bidang
kesusasteraan lebih tertumpu kepada puisi, khususnya syair.
Mohd Said Bin Haji Sulaiman adalah salah seorang yang menjadi tunjang
penubuhan Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (Pakatan) ketika
zaman perkembangan zaman bahasa Melayu Moden. Dalam bidang bahasa karya-
karya beliau meliputi bidang perkamusan, ejaan, tatabahasa, dan penggunaan
bahasa.
Zaba merupakan tokoh bahasa yang memberikan sumbangan yang amat
menonjol dalam bidang tatabahasa. Selain menghasilkan karya-karya Zaba juga
memberikan sumbangan mengangkat martabat bahasa Melayu menerusi jawatan
yang dipegang oleh beliau.











[12]

3.3 Fungsi - Fungsi Bahasa

Bahasa perlu dipelajari untuk mendapatkan kebolehan menggunakan bahasa
tersebut secara praktikalnya. Namun begitu, bahasa juga penting sebagai alat yang
membantu kita mencapai pelbagai objektif yang diingini dalam hidup. Bahasa
mempunyai pelbagai fungsi, fungsi ini boleh diringkaskan seperti dibawah :

3.3.1 Bahasa komunikasi
Bahasa sebagai alat komunikasi bermaksud bahasa digunakan dalam
kehidupan seharian untuk berhubung. Dalam konteks ini, bahasa Melayu telah
berfungsi sebagai bahasa perantaraan atau lingua franca sejak zaman bahasa
Melayu Kuno dan bahasa Melayu Klasik. Bahasa yang digunakan haruslah difahami
oleh kedua-dua belah pihak yang bertutur. Jika sebelah pihak tidak memahami
bahasa yang digunakan maka perbualan itu tidak dianggap komunikasi.

3.3.2 Bahasa perpaduan
Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan. Selain itu, bahasa
Melayu turut menjadi bahasa yang menyatu padukan seluruh rakyat yang berbilang
kaum. Bahasa ini digunakan dalam pertuturan harian. Walaupun berbeza bahasa
ibunda namun jika bertutur di antara kaum yang berbeza bahasa Melayu akan
digunakan dan kedua-dua pihak masih boleh memahami apa yang dipertuturkan.

3.3.3 Bahasa ilmu
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam bidang
pendidikan. Malah bahasa ini turut diketengahkan dalam bentuk penulisan sama
ada penulisan kreatif atau untuk tujuan pendidikan. Malah pelbagai informasi terkini
disalurkan dalam bentuk penulisan iaitu melalui rencana, akhbar dan artikel. Selain
itu, bahasa turut digunakan untuk tujuan pemerintahan atau melahirkan pendapat
seperti berhujah, bahasa dan sebagainya.


[13]

4.0 ANALISIS CIRI-CIRI BAHASA MELAYU BERDASARKAN SEJARAH
MELAYU VERSI SHELLABEAR DAN HIKAYAT ABDULLAH

Di dalam buku karya-karya sastera bercorak sejarah yang ditulis oleh Ali
Ahmad (1987), ada tercatat bahawa sejarah menurut Burchardt adalah rakaman apa
yang dianggap bernilai oleh suatu zaman yang harus dicatatkan dalam zaman yang
lain dan bagi penyusun Sejarah Melayu apa yang bernilai dicatatkan itu adalah
mengenai Melaka.

Sulalatus salatin memang telah dikenal sejak lama dulu. Kitab ini lebih
dikenali dengan judul Sejarah Melayu. Hingga masa ini, yang kita ketahui, bilangan
naskhah Sejarah Melayu yang masih tersimpan dengan baiknya di perpustakaan-
perpustakaan ialah dua puluh sembilan naskah. Ini tidak termasuk naskhah yang
mungkin dimiliki oleh orang-orang perseorangan.

Di antaranya ialah 11 naskah yang terdapat di United Kingdom, 12 naskhah di
negeri Belanda, 5 di Indonesia dan sebuah di Rusia. Teks sejarah Melayu yang
pertama sekali yang dilahirkan telah dianotasikan oleh Abdullah Bin Abdul Kadir
Munsyi serta diterbitkan buat kali pertamanya di Singapura pada tahun 1831.
Kemudian teks yang kedua telah diedit oleh Dulaurier, tetapi teks ini tidak sempat
siap kerana kematian beliau. Lain-lain teks yang cuba dikerjakan oleh beberapa
orang sarjana termasuk teks yang kini dikenal sebagai teks kepunyaan W.G
Shellabear, teks dari versi No.18 kepunyaan Rafles yang dikerjakan dan diterbitkan
oleh R.O Winstedt dan sebuah teks lagi di Indonesia yang diedit dan diterbitkan oleh
Datuk Madjoindo pada tahun 1959.

Kesemua naskah ini memang terdapat perbezaan yang banyak dari pelbagai
segi, walaupun kesannya yang lebih besar dan jelas memang tidak dapat kita nafi.
Bagi tujuan perbandingan tentang perbezaannya, saya ambil dua buah buku teks
Melayu iaitu Sejarah Melayu versi Shellabear dan Hikayat Abdullah karangan
Abdullah Munsyi.


[14]

4.1 Hikayat Abdullah

4.1.1 Riwayat hidup Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi.










Rajah 3 : Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi.

Laman sesawang http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshi,
mencatatkan bahawa Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi, atau lebih dikenali sebagai
Abdullah Munsyi, (1796-1854) dianggap sebagai 'Bapa Sastera Melayu Moden'.
Beliau dilahirkan di kampung Masjid, Melaka pada Ogos 1796 dan meninggal dunia
di Mekah pada 1854.
Namun menurut catatan di dalam buku Pengajian Kesah Pelayaran Abdullah
Munsyi (1960) susunan A.H Edrus pula mencatatkan bahawa Abdullah telah di-
peranakkan di-Melaka pada Tahun Masehi 1795 ia-itu betul-betul pada tarikh negeri
Melaka bertukar tangan daripada pemerentahan Belanda kepada pemerentahan
Inggeris. Bapa-nya keturunan Arab berchampor Tamil dan ibu-nya berbangsa Tamil,
tetapi ia di-bela dan hidup mengikut adat resam Melayu berchampor gaul dengan
keluarga Melayu di-negeri tua Melayu ia-itu Melaka.
Beliau mendapat gelaran munsyi pada usia 11 tahun apabila mengajarkan
pendidikan agama Islam kepada askar melayu di Melaka. Pada masa mudanya,
Abdullah bergaul dengan pegawai dan paderi Inggeris. Kesan pergaulan itu terjelma
dalam penulisannya. Abdullah Munshi telah menghasilkan karya pertamanya pada
tahun 1830 bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan sekadar
[15]

memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya
kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa
Melayu. Di antara hasil tulisan beliau ialah :
i. Syair Singapura Terbakar 1830
ii. Hikayat Kalilah Wa Daminah (Terjemahan Tamil 1835)
iii. Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837)
iv. Dawai-Kulub (1838)
v. Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838)
vi. Hikayat Abdullah (1843)
vii. Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854)
viii. Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke
Kelantan (1838)
ix. Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke
Mekkah (1858-9).
x. Syair Singapura Terbakar (1843)
xi. Syair Kampung Gelam Terbakar (1847?)
xii. Malay Poem on New Years Day (1848)
xiii. Ceretera Kapal Asap (1843)
xiv. Ceretera Haji Sabar Ali (1851)


[16]

4.1.2 Hikayat Abdullah.
Laman sesawang http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshi
menyebut bahawa Hikayat Abdullah atau juga dikenali sebagai Hikayat Abdullah bin
Abdul Kadir 1849, Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi 1880 merupakan kisah
pengembaraan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Ia selesai dikarang pada tahun
1845 dan pertama kali diterbitkan pada tahun 1849. Terbitan rumi diterbitkan oleh
Pustaka Antara pada tahun 1907 bagi kegunaan teks di sekolah-sekolah Melayu. Ia
merupakan antara teks sastera Melayu yang pertama diterbitkan secara komersial.
Gaya penulisan Abdullah yang unik dipaparkan secara jelas dalam teks ini dan
isinya disampaikan dalam bahasa Melayu yang sederhana dan kontemporari. Tidak
seperti karya-karya klasik sastera Melayu yang kebiasaannya mengandungi fantasi
dan cerita legenda, karya Abdullah berkisarkan tentang realisme.
Karya ini diklasifikasikan autobiografi Abdullah dan mengandungi pandangan
peribadi tetapi perseptif tentang masyarakat Singapura dan Melaka pada awal abad
ke-19. Ia menceritakan sekilas tentang zaman kanak-kanaknya di Melaka,
pengalamannya sendiri seperti pembedahan yang dilakukan kepadanya oleh
seorang ahli bedah Inggeris atau kunjungannya ke kem puak Tiandihui, satu
kumpulan kongsi gelap Cina di pedalaman Singapura , dan tentang acara seperti
pengasasan Institusi Raffles, perobohan kota A Famosa di Melaka, dan lawatan
Lord Minto, Gabenor-Jeneral India ke Melaka. Sebahagian besar karyanya juga
mengandungi pengamatan peribadi tentang personaliti-personaliti pada zamannya,
para pegawai dari Inggeris Syarikat Hindia Timur Inggeris seperti Sir Stamford
Raffles, Kolonel Farquhar dan John Crawfurd, Sultan Hussein Shah dari Kesultanan
Johor, mubaligh dan pedagang Amerika dan Eropah, dan pedagang dari China.








[17]

4.1.3 Analisis ciri-ciri bahasa Melayu dalam Hikayat Abdullah.

Setelah berbincang bersama, kami mendapati buku Hikayat Abdullah karya
Abdullah Munsyi ini menggunakan Bahasa Melayu Moden sebagai bahasa
penulisannya. Ini kami dapati atas beberapa bukti yang menyokong pernyataan kami
bahawa Abdullah Munsyi menggunakan bahasa Melayu moden dalam penceritaan
bukunya ini.
Pertamanya, bukti yang menyokong kepada pernyataan kami susur galur
daripada bahasa Melayu kuno dan bahasa Melayu klasik masih boleh dilihat dalam
penggunaan ayat di dalam buku ini. Sebagai contoh, penggunaan kata pangkal ayat
yang merupakan ciri utama bahasa Melayu klasik masih digunapakai dalam
penulisan buku ini. Pada halaman 121 Shahadan sa-telah esok pukul sa-puloh,
shahadan merupakan kata pangkal ayat yang digunakan secara meluas dalam
penulisan bahasa Melayu klasik. Penggunaan kata pangkal ayat hatta juga dalam
ayat Hatta kemudian daripada sadiki hari pula bapa-ku memegang kerajaan
menunjukkan masih ada unsur bahasa Melayu klasik dalam buku Hikayat Abdullah
ini.
Kedua, ciri-ciri bahasa Melayu moden adalah mempunyai banyak kata
serapan daripada bahasa asing atau bahasa serumpun. Penggunaan bahasa arab
banyak digunakan dalam buku Hikayat Abdullah ini. Sebagai contoh pada halaman
12 dalam ayat mudah-mudahan di-beri Allah akan di shurga tempat
kediamannya yang menggunakan perkataan arab shurga.selain itu, penggunaan
perkataan arab koran pada halaman 13 dalam ayat laki-laki dan perempuan
mengaji Koran menunjukkan serapan daripada bahasa Arab.
Ketiga, bahasa Melayu moden juga menerima istilah-istilah daripada bahasa
lain, terutama Bahasa Inggeris bagi memperkaya dan menambah kosa kata. Banyak
perkataan bahasa Inggeris yang digunapakai dalam buku Hikayat Abdullah ini.
Contohnya, perkataan secretaries government dalam ayat perentah dari Betawi
ia-itu daripada tuan secretaries government ka-Melaka pada halaman 8 serta
perkataan engineer pada halaman 11 dalam ayat raja Inggeris itu Major Cook,
dan nama engineer-nya Farquhar.
Keempat, corak penulisan bahasa Melayu moden tidak lagi berkisar kisah-
kisah di istana sebagaimana penulisan karya-karya bahasa Melayu klasik yang
keseluruhannya mempunyai cerita berlatar belakangkan istana. Sebagai contoh
[18]

boleh dilihat daripada senarai kandungan buku Hikayat Abdullah antaranya Dari Hal
Tuan Raffles dan Dari Hal Lord Minto. Cerita-cerita ini berkisarkan mengenai pihak-
pihak Inggeris yang dating ke Tanah Melayu dan tidak lagi berlatarbelakangkan
penceritaan di istana dan institusi beraja.
Bukti yang kelima ialah penceritaan buku Hikayat Abdullah ini tidak seperti
penceritaan menggunakan bahasa Melayu klasik yang banyak menggunakan unsure
mitos dan lagenda. Buku Hikayat Abdullah ini menceritakan peristiwa sebnar yang
berlaku contohnya kedatangan pihak Inggeris ke Melaka dan hal negeri Singapura
yang bukannya mitos ataupun cerita rekaan semata-mata.,
Keseluruhan ciri-ciri serta bukti-bukti di atas menujukkan bahawa buku
Hikayat Abdullah ini lebih banyak menggunakan penulisan bahasa Melayu moden.
Karya Abdullah Munsyi ini juga dianggap sebagai permulaan kepada penggunaan
bahasa Melayu moden dalam penulisan pengkarya.





















[19]





4.2 Sejarah Melayu versi Shellabear

4.2.1 Riwayat Hidup Shellabear
William Girdlestone Shellabear sering disingkatkan kepada WG Shellabear. Beliau lahir
pada 27 Ogos 1862 di England dan ditemui mati pada 16 Januari 1947 di Amerika Syarikat.
Beliau merupakan seorang askar dan juga perintis bahasa dengan sekurang- kurangnya 55
buah karya sasteranya diterbitkan terutamanya Melayu. Edisi bahasa Inggeris itu
diterjemahkan daripada Sejarah Melayu atau "Sejarah Melayu" masih di cetak, dan boleh
didapati hari ini. Beliau meninggalkan banyak buku mengenai perbendaharaan kata Melayu,
kamus, buku teks, dan kerja-kerja agama bagi Misi Kristian.
Kehidupan awal beliau sebagai seorang penulis bermula apabila Shellabear pertama
kali datang ke Singapura pada tahun 1887 pada usia 25 tahun sebagai Pegawai Jurutera
Diraja. Beliau amat mementingkan agama. Oleh kerana itu, beliau meninggalkan
perkhidmatan tentera untuk menyertai Misi Methodist dan membantu masyarakat asli
mengenali agama Kristian. Untuk membantu mereka dengan keperluan penerbitan mereka,
beliau kembali ke England untuk belajar seni percetakan.
Pada tahun 1890, beliau memulakan Misi Methodist Press. Akhbar yang dicetak buku
beliau pada kosa kata, kamus, buku teks dan kerja-kerja agama lain untuk misi. Shellabear
membuat kajian khas bahasa dan mendapat kefasihan dalam bahasa Melayu. Beliau belajar
dan mula menyayangi kesusasteraan Melayu. Beliau juga boleh membaca dan juga menulis
dalam tulisan jawi dan bahasa rumi. Pada tahun 1917, kepentingan beliau dalam
kesusasteraan membuatkan beliau mula mempelajari bahasa Arab.
Pada tahun 1901, beliau mula bekerja pada 6500 perkataan perbendaharaan kata
Melayu-Inggeris yang telah siap dan diterbitkan pada tahun 1902. Dari 1902-1915,
Shellabear telah memulakan penulisan beliau dalam Sejarah Melayu atau "Sejarah Melayu",
Pada bulan Jun 1913, beliau telah dianugerahkan Doktor Kehormat Ijazah Ketuhanan oleh
Ohio Wesleyan University, sebagai pengiktirafan bagi penerbitan Bible lengkap dalam
Bahasa Melayu pada bulan Ogos 1912. Beliau telah dilantik sebagai Presiden Cawangan
Straits daripada Royal Society Asia pada tahun 1914.
[20]

Beliau menjadi seorang profesor di Drew Theological Seminary, dan kemudian di
Hartford Seminary Yayasan sehingga tahun 1938. Dalam tahun-tahun selepas bersara,
Shellabear terus membantu ulama Melayu yang lain dengan persediaan untuk penerbitan
buku. Beliau menulis memoir bertajuk Kehidupan Reverend WG Shellabear, DD diterbitkan
pada tahun 1942. William Girdlestone Shellabear meninggal dunia dalam tidur, dalam
Hartford, Connecticut, pada 16 Januari, 1947 pada usia lapan puluh empat.




























[21]




4.2.2 Sejarah Melayu versi Shellabear






























[22]





4.2.3 Analisis ciri-ciri bahasa Melayu dalam Sejarah Melayu versi Shellabear

Menerusi buku Sejarah Melayu yang diusahakan oleh William G. Shellabear,
ciri-ciri Bahasa Melayu yang terdapat dalam buku ini adalah ciri-ciri Bahasa Melayu
klasik. Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa buku Sejarah Bahasa
Melayu ini menggunakan penggunaan Bahasa Melayu Klasik di dalamnya.
Antara ciri Bahasa Melayu klasik adalah penggunaan ayat yang panjang dan
berbelit-belit. Contoh dalam buku Sejarah Melayu ini pada muka surat ke-3 Cetera
Yang Pertama, Ilam, ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala dan pada masa
yang telah lalu, kata yang empunya cerita, bahwa Raja Iskandar, anak Raja Darab,
Rum bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zulkarnain gelarannya, sekali
peristiwa baginda berjalan hendak melihat matahari terbit; maka baginda sampai
pada serokan negeri Hindi . Contoh yang kedua adalah pada muka surat 4, Maka
adapun akan Raja Kinda Hindi itu, ada beranak seorang perempuan terlalu baik
parasnya, tiada berbagai lagi dan tiada taranya pada masa itu, cahaya mukanya
gilang-gemilang seperti cahaya matahari dan bulan, dan amat bijaksana budi
pekertinya putrid itu, namanya Syarul Bahiyah. Dua contoh ini merupakan
penggunaan ayat yang panjang dan berbelit-belit yang merupakan ciri-ciri Bahasa
Melayu klasik.
Selain itu, ciri-ciri Bahasa Melayu klasik yang terdapat dalam buku Sejarah
Melayu ini ialah banyak menggunakan ayat pasif. Contoh yang terdapat dalam buku
Sejarah Melayu adalah Maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kanda Hindi
seperti pakaian dirinya dan Maka dititahkanlah oleh Raja Iskandar kembali ke
negerinya. Penggunaan kata dipersalini dan dititahkanlah adalah merupakan kata
kerja pasif dan penggunaannya dalam ayat pasif membuktikan ciri Bahasa Melayu
Klasik yang terdapat pada buku Sejarah Melayu karya ulasan Shellabear.
Bukti yang ketiga adalah penggunaan bahasa istana dalam ayat. Sebagai
contoh, penggunaan baginda dalam ayat Maka denga takdir Allah taala lembu
kenaikan baginda itupun muntahkan buih, dan patik dalam ayat Jikalau anak
[23]

patik Tuanku peristeri. Penggunaan bahasa istana baginda dan patik
menunjukkan ciri-ciri Bahasa Melayu klasik.
Keempat, penggunaan kosa kata klasik memberikan bukti, buku Sejarah
Melayu ini menggunakan Bahasa Melayu Klasik. Sebagai contoh, pengguanaan kata
hulubalang dalam ayat Maka Betara Majapahit pun menitahkan hulubalangnya
berlengkap perahu akan menyerang Singapura dan ayat pelannya panjang
delapan depa.. pada muka surat 33 dan 34 menunjukkan penggunaan kosa kata
klasik dimasukkan di dalam buku Sejarah Melayu ini.
Bukti yang kelima merupakan bukti yang agak jelas menunjukkan buku
Sejarah Melayu ini menggunakan Bahasa Melayu klasik. Bukti ini adalah dengan
penggunaan kata pangkal ayat dalam ayat yang dituliskan. Sebagai contoh pada
muka surat 59 Cetera yang Kesebelas ayat Syahdan,apabila raja berangkat hari
raya berusung. Penggunaan kata pangkal ayat Syahdan menunjukkan ciri-ciri
bahasa Melayu klasik. Selain itu, pada muka surat 67 Cetera yang Ketigabelas pada
ayat Adapun Seri Amerta itu asalnya orang Pasai dengan penggunaan kata
pangkal ayat adapun.
Kelima, bukti penggunaan Bahasa Melayu klasik ialah penggunaan ayat
songsang dan banyak menggunakan partikel pun dan lah. Sebagai contoh pada
halaman 77 Cetera yang Ketigabelas dalam ayat Adapun akan Seri Nara Diraja pun
beranak dengan Tun Kudu.. Penggunaan partikel pun jelas kelihatan. Selain itu,
pada muka surat 125 Cetera yang Keduapuluh Tiga dalam ayat kata sahibul
hikayat, maka tersebutlah perkataan Raden Kelang penggunaan partikel lah
jelas digunakan juga.
Melalui bukti-bukti ini, dapat dilihat penggunaan Bahasa Melayu klasik dalam
penulisan Sejarah Melayu versi Shellabear ini.









[24]



























4.3 Sumbangan terhadap sejarah perkembangan bahasa Melayu.
Gaya bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya
bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang.
Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan
kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan
kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut.
Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan
aksara Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam
[25]

bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan inilah merupakan bukti
yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan bahasa Melayu Klasik tertulis
dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang,
ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan
politik.
Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada
bahasa Arab dan Parsi. Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam
penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-
undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam bahasa
Melayu Klasik ialah Aqaiid al-Nasafi. Kitab ini membicarakan tentang hakikat
kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala,
hakikat Tuhan dan diri manusia. Jelasnya, kitab ini merupakan titik awal bidang ilmu
yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam bahasa Melayu. Ini
merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu
menjadi bahasa ilmu. Tokoh-tokoh lain yang terkenal ialah Hamzah Fansuri,
Syamsuddin Pasai atau Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Di
samping itu, muncul ahli ilmu dari luar Alam Melayu, iaitu Nuruddin al Raniri.
Hamzah Fansuri terkenal dengan karya prosa seperti Asrarul-Arifin fi bayan Ilm al-
Suluk wal-Tawhid, al- Muntahi dan Sharabul-Ashiqin atau Zinatul-Muwahiddin.
Syairnya yang terkenal ialah Syair Dagang, Syair Jawi fasal fi bayan Ilm al-suluk
wal-tawhid dan Syair Perahu.
Dari segi sejarah, bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya
tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu Klasik juga memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan
munculnya tulisan Jawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Peranannya
juga penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku, konsep kebangsaan
Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi memulakan transformasi ciri
budaya yang penting.
Sejarah perkembangan bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata
Melayu. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah.
Catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu
mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi.
Pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku
bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung tanah Melayu, pantai
[26]

timur Sumatera, dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bangsa Melayu
dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini
berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern dan
J.H.C. Kern. Dalam kajian ini istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok
bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun. Berdasarkan kajian yang telah
dilakukan oleh para pengkaji, bahasa Melayu didapati tergolong dalam























5.0 PENGERTIAN KAMUS.
Seni perkamusan daripada prinsip ilmunya lebih dikenali dengan istilah
leksikografi. Harimurti (dalam Ibrahim Ahmad 1993:4) menjelaskan perkataan
leksikografi berasal daripada perkataan Greek leksikos yakni kata dan graphie
[27]

yakni tulisan. Istilah Leksikografi (dieja Lexicography dalam bahasa inggeris) sudah
mula digunakan semenjak tahun 1680. Istilah ini dipinjam oleh pelbagai bangsa di
merata dunia. Secara umumnya, ahli-ahli bahasa mentakrifkan Leksikologi dan
leksikografi ialah bidang kajian tentang penyusunan kamus, jenis-jenis kamus,
kandungan kamus dan bagaimana menggunakan kamus.
Pelbagai takrif tentang kamus dikemukakan oleh para sarjana. Semua takrif
itu lebih menekankan kepada penggunaan kamus. Menurut A. Teeuw (1964 : 388)
perkataan kamus berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud kitab
yang member keterangan tentang erti kata-kata, atau lautan samudera yang dalam-
dalam dan berbahaya. Abdullah Hussain pula mengatakan bahawa perkataan
kamus bukan berasal daripada bahasa Arab tetapi berasal daripada bahasa Farsi
(dalam Ibrahim Ahmad, 1994 : 27).
Di dalam perkataan lain, kamus ialah sebuah buku yang dipenuhi dengan
beberapa banyak senarai kata yang diterangkan maknanya, sama ada dalam
bahasa yang sama (kamus ekabahasa) atau dalam bahasa yang berlainan (kamus
dwibahasa). Biasanya entri perkataan itu disusun dalam sistem abjad.
Di dalam bidang pendidikan, kamus merupakan salah satu daripada bahan
atau sumber pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sumber bahasa ialah segala
jenis bahan, bercetak mahupun tidak bercetak, termasuklah segala jenis bahan
peralatan yang berbentuk perisian (software) dan perkakasan (hardware), yang
dapat membantu pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Kamus ialah buku yang mengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad
dan keterangan mengenai ertinya (Teuku Iskandar, 1970 : 456). Kamus merupakan
sebuah buku rujukan yang mengandungi kata-kata daripada sesuatu bahasa, yang
disusun mengkiut abjad, diberi makna dan keterangan lain yang berkenaan dengan
kata-kata tersebut (Ibrahim Ahmad, 1993 ; 4-10).
Laman sesawang http://en.wikipedia.org/wiki/Kamus, mencatatkan bahawa
kamus (dari bahasa Arab: , qamus) ialah sejenis buku rujukan yang
menerangkan makna kata-kata serta berfungsi untuk membantu para pengguna
mengenal perkataan baru. Selain menerangkan maksud kata, kamus juga mungkin
[28]

mempunyai panduan sebutan, asal (etimologi) sesuatu perkataan dan juga contoh
pengunaan bagi sesuatu berkataan. Bagi menguatkan pemahaman pelajar, kadang
kala terdapat juga ilustrasi di dalam kamus.
Dapatlah dirumuskan bahasa kamus merupakan sebuah buku rujukan yang
mengandungi daftar kata sesuatu bahasa yang diberi makna dalam bahasa yang
sama (ekabahasa) atau bahasa yang berlainan (sama ada dwibahasa atau aneka
bahasa) dan disertai dengan penjelasan.





















5.1 Sejarah Perkamusan.
Tradisi perkamusan merupakan satu tradisi yang lama dalam sejarah umat
manusia. Usaha menyusun kamus seawal-awal boleh dikesan pada abab ke-7 SM
di Mesopotamia. Pada abad ke-2M, kamus yang lengkap sudahpun diterbitkan oleh
[29]

manusia. Contohnya, di Negara China pada zaman Dinasti Han, telah muncul
sebuah kamus besar yang berjudul Perbincangan Kata-kata). Kamus ini
merupakan sebuah kamus yang lengkap dan masih berfungsi sehingga hari ini.
Huraian mengenai sejarah perkamusan bahasa Melayu adalah seperti di bawah:
5.1.1 Peringkat awal (1403-1800)
Tradisi Perkamusan Melayu boleh dikesan seawal-awal pada zaman
Kesultanan Melaka. Kamus Melayu yang terawal merupakan sebuah kamus yang
berupa daftar kata Melayu-Tionghua. Secara umumnya, perkamusan Melayu pada
peringkat ini mempunyai ciri-ciri seperti dibawah:
Penyusun yang terdiri daripada orang bukan Melayu.
Kamus yang dihasilkan berupa Daftar Kata dan Dwibahasa.
Disiplin Leksikrografi yang longgar.
Keadaan ini berlaku kerana orang bukan Melayu didesak oleh keperluan
komunikasi dengan orang tempatan dalam perdagangan. Maka dengan itu orang
bukan Melayu telah mengusahakan "Kamus Melayu-Asing" bagi memenuhi
keperluan diri mereka. Selain daripada keperluan perdangangan, penyusunan
kamus ini juga didorong oleh pendakwahan agama Kristian. Contoh-contoh
kamus(daftar kata) yang dapat dikesan pada zaman ini adalah seperti di bawah:
Spraeck ende woordboek, Inde Malaeysche ende Madagaskarsche Talen met
vele Arabishe ende Turesche woorden(Kamus Melayu-Madagascar; Arab-
Turki) susunan Frederick de Houtman tahun 1603.
Ductch Malay-Malay Dictionary susunan Peter Floris tahun 1604.
''Vocabularium ofte woortboeknaer order vanden Alphapet in`t Duystsch-
Maleysch ende Maleysche Duytsch(Buku Perbendaharaan Kata-kata Melayu-
Belanda dan Belanda-Melayu) susunan Caspar Wilt ens dan Sebastianus
Danckaerts tahun 1623. Kamus Melayu Itali oleh Antonio Pigafetta pada
suku pertama abad ke-16.
5.1.2 Peringkat perkembangan (1800-1950)
[30]

Pada peringkat ini terdapat banyak kemajuan dalam perkamusan Melayu. Ini
adalah disebabkan oleh munculnya beberapa penyusun Kamus yang bersungguh-
sungguh dan profesional sama ada daripada golongan Inggeris dan juga tempatan.
Tokoh-tokoh perkamusan pada zaman ini adalah seperti dibawah:
i. Kamus Melayu Inggeris oleh Thomas Bowry pada awal abad ke-18
ii. Masrden
Pertama kali menggunakan kaedah sainstifik untuk menyusun kamus.
Hasilnya ialah A Dictionary of Malay Langguge pada tahun 1812
iii. R.J. Wilkinson (1901, 1908, 1932)
iv. W.G. Shellabear (1902, 1916)
v. R.O Winstedt
Seorang sarjana Inggeris yang produktif yang telah menyusun banyak kamus.
(1913)
vi. Muhammad Idris Abdul Raof Al-Marbawi
Seorang penyusun kamus yang menyusun Kamus Idris al-Marbawi: Arab-
Melayu pada tahun 1931. Kamus ini telah berjaya memenuhi keperluan
Masyarakat Melayu dalam bidang agama. Ia telah mendapat sambutan yang
hangat dan telah diulang cetak sebanyak 24 kali.
5.1.3 Peringkat kematangan (1950)
Selepas tahun 1950, telah muncul beberapa kamus besar dan juga institusi-
institusi formal yang berusaha menyusun kamus seperti Dewan Bahasa dan Pustaka
dan juga Pusat Bahasa Indonesia. Era ini ditandai dengan kemunculun Kamus
Umum Bahasa Indonesia susunan W.J.S Poerwadaminta pada tahun 1951 yang
telah menyimpan 20 ribu entri. Selain itu, terdapat juga beberap Kamus Besar
muncul pada zaman yang sama. Perkamusan pada peringkat ini telah diterap
dengan tujuan yang baru iaitu pembentukan kamus normatif yang menengahkan
penggunaan bahasa yang "betul".
Mohd Rasdi bin Saamah di dalam jurnalnya yang bertajuk Kamus Dewan dan
Kamus Besar: Perbandingan Aspek Kandungan Medan Maklumat, mencatatkan
bahawa sejarah perkembangan perkamusan Melayu dikatakan mempunyai sedikit
[31]

perbezaan berbanding dengan sejarah perkembangan perkamusan di Barat.
Menurut Asmah Hj. Omar (1987:4) sejarah lahirnya perkamusan Melayu dalam
bentuk dwibahasa dan bukan ekabahasa, menunjukkan kepada kita bahawa faktor
yang mendorong lahirnya kamus Melayu ialah keinginan mengetahui bahasa
Melayu, dan ini tentunya oleh orang-orang asing yang mengembara ke sini.
Keinginan mengetahui bahasa yang lain itulah juga yang merupakan dorongan
lahirnya kamus pada amnya. Keadaan ini berbeza dengan perkembangan di Barat,
di mana ada pendapat yang mengatakan bahawa tradisi penyusunan kamus
bermula dengan kamus ekabahasa atau monolingual dictionary dan selepas adanya
kamus-kamus ekabahasa tersebut barulah penyusunan kamus berbentuk
dwibahasa atau bilingual dictionary dibuat. Namun walau apa tanggapan sekalipun,
ternyata tradisi perkamusan di Barat melalui transisi yang agak lama sehingga
mampu melahirkan pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa yang jauh lebih
banyak.
















5.2 Jenis-jenis kamus
[32]

Kamus boleh ditulis dalam satu atau lebih daripada satu bahasa. Dengan itu
kamus boleh dibahagikan dengan beberapa jenis iaitu:
Kamus Ekabahasa
Kamus ini hanya menggunakan satu bahasa.Kata-kata(entri) yang dijelaskan
dan penjelasannya adalah terdiri daripada bahasa yang sama.Kamus ini
mempunyai perbezaan yang jelas dengan kamus dwibahasa kerana
penyusunan dibuat berasaskan pembuktian data korpus. Ini bermaksud
takrifan makna ke atas kata-kata adalah berdasarkan makna yang diberikan
dalam contoh ayat yang mengandungi kata-kata berkenaan.Contoh bagi
kamus ekabahasa ialah Kamus Dewan.

Kamus Dwibahasa
Kamus ini menggunakan dua bahasa, yakni kata masukan daripada bahasa
yang dikamuskan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan
menggunakan bahasa yang lain. Contohnya: Kamus Dwibahasa Oxford Fajar
(Inggeris-Melayu;Melayu-Inggeris)

Kamus Aneka Bahasa
Kamus ini sekurang-kurangnya menggunakan tiga bahasa atau
lebih.Misalnya, Kata Bahasa Melayu Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina
secara serentak. Contoh bagi kamus aneka bahasa ialah Kamus Melayu-
Cina-Inggeris Pelangi susunan Yuen Boon Chan pada tahun 2004.





5.3 Asal usul Kamus Dewan
[33]


Ibrahim bin Ahmad (2002) di dalam buku Perkamusan Melayu:Suatu
Pengenalan mencatatkan bahawa Kamus Dewan ialah sebuah kamus ekabahasa
yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1970. Ini adalah
merupakan kamus ekabahasa yang pertama disusun semenjak Dewan Bahasa dan
Pustaka ditubuhkan pada tahun 1956. Kamus yang mempunyai 28,000 perkataan ini
telah diulangcetak sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1984 dengan penambahan
900 kata masukan (entri) dan cetakan ketiga pada tahun 1986. Kamus ini pada
asalnya disusun oleh Dr. Teuku Iskandar dan dibantu oleh Baharuddin Zainal serta
para pengawai Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Manakala
dalam cetakan kedua penyediaan manuskripnya telah dibuat oleh Sheikh Othman
Sheikh Salim dan Aishah Mahdi.

Pada tahun 1989 Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan Kamus
Dewan Edisi Baru yang mana penyediaan manuskripnya sekali lagi diketuai oleh
Sheikh Othman Sheikh Salim sebagai Ketua Editor dan dibantu oleh Md. Nor Hj. Ab.
Ghani dan Ibrahim Ahmad sebagai Editor. Kamus Dewan Edisi Baru telah diterbitkan
dengan beberapa perubahan iaitu penambahan kira-kira 2,000 kata masukan yang
hampir kesemuanya merupakan kata umum, pembaikan dari segi pengolahannya
dan pembaikan sederhana terhadap beberapa banyak kata masukan kata dasar,
kata terbitan atau rangkai kata.

Kamus Dewan Edisi Ketiga pula diterbitkan pada tahun 1994 dengan
tambahan entri sebanyak 6,000 kata masukan iaitu 3,972 kata dasar dan 2,028 kata
turunan atau kata terbitan. Semua kata tersebut berupa kata dan ungkapan baru
(baik yang asli Melayu mahupun yang dipinjam), kata-kata dialek, termasuk bahasa
sukuan dari Sabah dan Sarawak, istilah umum dalam pelbagai bidang ilmu seperti
kewangan, ekologi, perubatan serta kata slanga. Penyusunan Kamus Dewan Edisi
Ketiga ini telah diketuai oleh Hajah Noresah bt Baharom sebagai Ketua Editor dan
dibantu oleh para editor yang terdiri daripada Rusli Abdul Ghani, Mohd Nor Abd.
Ghani, Ibrahim Ahmad, Aziah Tajuddin Salmah Jabbar, Mariam bt Mahmud, Diarani
Mat. Analisis Kategori Maklumat Dalam Kamus Besar dan Kamus Dewan Kategori
maklumat dalam sesuatu kamus ialah istilah yang merujuk kepada maklumat yang
[34]

pengguna boleh dapati daripada sesuatu kamus seperti ejaan, sebutan, makna
tatabahasa, etimologi, penggunaan kata dan lain-lain yang dikira penting oleh
penyusun dan berguna untuk pengguna kamus berkenaan.

Edgar Dale et. Al (1971) telah menyenaraikan sebanyak 15 kategori
maklumat yang perlu ada dalam sesebuah kamus iaitu kata kepala(entri) atau entri
dasa, bentuk kata, ejaan dan ucapan, jenis kata, sinonim dan antonim, konteks
penggunaan kata, takrif, catatan penggunaan kata, ilustrasi penjelas takrif,
penerbitan kata turunan, contoh penggunaan kata, frasa, petikan, kata asing dan
rujuk silang. Manakala bagi Lawrence Johnson (1984) dalam tulisannya yang
bertajuk Some Foundation of Lexicography in SEA Englishes, beliau hanya
menyenaraikan 5 kategori maklumat yang harus ada dalam sesebuah kamus iaitu
ejaan, sebutan, maklumat morfologi, etimologi dan ilustrasi. Dalam kajian ini analisis
akan dibuat secara perbandingan terhadap keduadua kamus tersebut yang
merangkumi ejaan, susunan kata masukan (entri), sebutan,takrif/pemerian makna,
ilustrasi, nama saintifik, etimologi (asal usul kata) dan rujuk silang.
















5.4 Analisis Banding Beza Kamus Ekabahasa dan Dwibahasa

[35]

5.4.1 Ejaan
Sistem ejaan ialah salah satu maklumat penting yang memberitahu pengguna
tentang bagaimana sesuatu kata dalam sesuatu bahasa itu ditulis dalam bahasa
tersebut. Oleh itu, kamus bukan sahaja bahan rujukan yang semata-mata untuk
merujuk sebutan, semantik dan struktur bahasa yang betul, tetapi juga sebagai
bahan rujukan ejaan yang betul.

5.4.2 Susunan Kata Masukan (entri)
Kata masukan atau sebuah kamus biasanya disusun secara bebas menurut
cara yang disenangi oleh penyusun kamus yang masing-masingnya mempunyai
hasrat untuk memenuhi selera pengguna. Walau bagaimanapun, untuk memenuhi
falsafah atau tujuan dalam penyusunan sebuah kamus bahasa Melayu, beberapa
pertimbangan sepatutnya diambilkira demi kemudahan dan kemanfaatan pengguna
dan kemantapan bahasa Melayu. Entri dasar sesebuah kamus yang baik biasanya
disusun menurut abjad sama ada secara mendatar atau secara menegak, dan
dicetak tebal. Secara mendatar, misalnya entri yang mempunyai deretan huruf
b.a.c.a diletakkan selepas entri yang memiliki deretan huruf b.a.i.k, manakala secara
menegak, huruf b diletakkan di bawah huruf a, huruf i diletakkan di bawah huruf h,
dan seterusnya (Sulaiman Masri, 1984:7)

5.4.3 Takrif/Pemerian Makna
Pengguna kamus akan merujuk kepada sesebuah kamus untuk mendapatkan
maknanya. Pengguna juga boleh merujuk kepada sesebuah kamus untuk banyak
jenis maklumat lain, tetapi pokoknya ialah untuk mendapatkan makna (Abdullah
Hassan, 1987:109). Menurut kajian yang telah dibuat oleh Barnhart (1962), Bejoint
(1981) dan Hartman (1984) semua pengguna kamus yang diberi soal selidik
meletakkan mencari makna perkataan merupakan tujuan nombor satu mereka
menggunakan kamus. Oleh itu salah satu daripada fungsi utama sesuatu kamus itu
ialah memberi makna yang tepat terhadap sesuatu kata yang dikehendaki oleh
penggunanya. Aspek mencari makna perkataan dalam sebuah kamus menjadi
pilihan utama penggunaan kamus. Dalam hal ini kamus yang berbeza akan memberi
takrifan yang berbeza terhadap sesuatu kata itu, umpamanya kamus untuk kanak-
kanak berbeza daripada takrif yang diberikan dalam kamus dewasa.

[36]

5.4.4 Etimologi (Asal Usul Kata)
Etimologi atau asal usul kata ialah perubahan dari segi bentuk atau makna
kata yang dikesan sepanjang tempoh perubahannya dari bahasa sumbernya hingga
ke bentuk atau maknanya dalam bahasa sasaran (Fadhilah Jasmani, 1994:5).
Kamus Oxford English Dictionary (1928) merupakan kamus perintis yang
memasukkan etimologi bagi setiap entrinya.

























6.0 RUMUSAN

[37]

Ramai sarjana yang telah membicarakan mengenai sejarah Melayu dan
ditinjau dari berbagai-bagai aspek. Kita ketahui bahawa Sejarah Melayu penuh
dengan berbagai-bagai keistimewaan dan kerana itu ia merupakan sebuah hasil
kesusasteraan Melayu tradisi yang paling banyak mendapat perhatian. Semakin
banyak dibicarakan mengenainya semakin banyak pula dirasakan perkara yang
belum terjawab.

Namun, sejarah Melayu tidak menceritakan kisah hidup rakyat jelata,
sebaliknya menitikberatkan kisah raja-raja, seperti kelahiran dan kemangkatan raja-
raja dan keluarganya dan menteri-menterinya. Kita percaya dengan menggunakan
sejarah Melayu sebagai suatu sumber sejarah maka kita akan dapat menulis sejarah
tanahair kita mengikut kaca mata kita sendiri. Sejarah Melayu adalah satu sumber
sejarah yang bernilai.

Menurut Ali Ahmad (1987) melalui tulisannya di dalam buku Karya-karya
sastera bercorak sejarah, jika dilihat dari sudut gaya kreatif penulisan karya sastera,
tidak dapat tidak fakta ini menjelaskan yang setiap pengarang lama Melayu
mempunyai kesedaran yang nyata di dalam mengutip bahan-bahan daripada
kumpulan motif-motif yangs sedia di dalam kebudayaan atau kesusasteraannya.
Bahan-bahan ini digunakan di dalam usaha memenuhi tujuan mengapa hasil itu
dicipta.
Keupayaan kreatif penulis-penulis Melayu seperti inilah yang jarang dapat
disingkap oleh orientalis apabila berbicara tentang hasil-hasil karya Melayu lama
kita. Kecenderungan mereka untuk lebih menekankan faktor sejarah, istimewa
apabila melihat karya bercorak sejarah, mengakibatkan terketepinya faktor kreatif ini.
Analisa yang bercorak struktural boleh menolong seseorang mengenali teks Melayu
secara dekat, menghayati akan binaan dan keistimewaannya di dalam zaman-
zaman tertentu perlembangan kebudayaan Melayu. Kejurusan inilah seharusnya
pengkaji sastera Melayu Klasik harus menunjukkan perhatian.

7.0 REFLEKSI
[38]

NAMA : Ahmad Fikri bin Hashim
NO I/C : 901900108-08-5207

Tugasan projek BMM 3112 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu,
Perkamusan, dan Terjemahan adalah tugasan yang telah diwajibkan kepada semua
guru pelatih major Bahasa Melayu semester 6. Tugasan BMM 3112 ini merupakan
satu tugasan yang dapat mengukuhkan lagi pemahaman guru pelatih terhadap
tajuk-tajuk yang telah dipelajari dan mendalami perkembangan bahasa Melayu.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya, akhirnya dapat juga
saya menyiapkan tugasan ini bersama-sama rakan sekumpulan. Terima kasih yang
tidak terhingga buat pensyarah yang banyak memberikan tunjuk ajar Cik Hamidah.
Nasihat dan sokongan beliau selama kami menyiapkan tugasan ini banyak
membantu saya dan rakan-rakan yang lain.
Tugasan ini agak sukar untuk disiapkan malah memerlukan beberapa
perbincangan dengan rakan-rakan. Selepas mendengar taklimat kerja kursus dan
mendapat gambaran kasar mengenai cara penghasilan tugasan ini baharulah saya
memulakan langkah untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini memerlukan saya
menganalisis naskah Sejarah Melayu dan juga kamus yang telah diberi. Saya tidak
begitu mahir di dalam aspek tatabahasa. Oleh kerana itu, saya mencari bahan
bacaan di perpustakaan untuk membantu saya mendapatkan pemahaman
bagaimana mahu menyiapkan tugasan ini. Walaupun tidak banyak bahan yang saya
perlukan dijumpai namun saya rasa sangat berpuas hati kerana sekurang-kurangnya
saya telah dapat menambah sedikit ilmu pengetahuan.
Selain itu, saya juga menghadapi beberapa masalah iaitu kesukaran dalam
mengenalpasti sumber yang betul. Hal ini kerana terdapat beberapa kekeliruan fakta
di dalam beberapa buah buku terhadap perkara yang sama. Pada pandangan saya,
tugasan ini bukan sekadar kerja kursus semata-mata, sebaliknya adalah
pendedahan awal kepada kami bakal guru untuk mengahadapi dunia perguruan di
luar sana. Penambahan ilmu pengetahuan ini menjadikan saya lebih yakin untuk
menyumbang ilmu dengan cara yang lebih menarik kepada murid-murid saya kelak.
[39]

Tugasan ini juga banyak memberikan ilmu dan pengetahuan baharu kepada
saya. Tambahan pula, tugasan ini mampu memberi pendedahan kepada pelajar
mengenai sejarah dan asal usul bahasa Melayu selaku bahasa Kebangsaan. Hal ini
adalah penting untuk seorang guru bahasa Melayu mengetahui asal-usul serta
perkembangan bahasa Melayu serta menghayatinya. Di samping itu, tugasan ini
juga dapat membantu para guru pelatih untuk meningkatkan kemahiran untuk
memilih maklumat yang relevan dengan tugas dan menganalisa maklumat untuk
dipersembahkan sebagai satu hasil kerja yang berkualiti. Oleh itu guru perlu
memahami segala struktur bahasa dengan jelas dan menguasai kemahiran tersebut
dengan baik supaya dapat mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan.
Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan
dengan teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Diharap agar ilmu yang
saya perolehi ini dapat dikongsikan bersama rakan rakan yang lain. Malah ilmu
yang diperolehi juga amat berguna untuk masa yang akan datang. Harapan saya
pada tugasan ini adalah supaya tugasan ini memenuhi kriteria yang diinginkan
pensyarah. Saya berharap sedapat segala ilmu dapat digunakan di masa hadapan
agar saya dapat menjadi guru yang berilmu. Semua idea yang ada saya gabungkan
sehingga menjadi satu dan terhasillah tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak
dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.


[40]

Nama : Mohammad Ghazmil Akmal Bin Ghazali
No Kad Pengenalan : 910923-05-5193
Kelas : PISMP 6A

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Alhamdullillah syukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurnianya kami berjaya menyelesaikan satu tugasan penting
dalam kursus kami iaitu tugasan subjek Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu,
Perkamusan dan Terjemahan (BMM 3112). Terima kasih tidak terhingga saya
ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan menyelesaikan
tugasan yang diberikan.
Bagi tugasan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu ini, kami ditugaskan
untuk menjelaskan dan menganalisis ciri-ciri Bahasa Melayu yang terdapat dalam
buku Sejarah Melayu versi Shellabear dan Hikayat Abdullah oleh Abdullah Munsyi.
Selain itu, kami juga ditugaskan menganalisis sumbangan kedua-dua naskah
terhadap perkembanan Bahasa Melayu. Tugasan seterusnya adalah menganalisis
kamus ekabahasa Bahasa Melayu serta membuat refleksi pelaksanaan tugasan
projek.
Sebermulanya kami mendapat tugasan ini, perkara pertama yang terlintas di
fikiran saya adalah mendapatkan buku-buku yang perlu digunakan dalam tugasan ini
iaitu buku Sejarah Melayu versi Shellabear dan Hikayat Abdullah tulisan Abdullah
Munsyi. Kami berbincang sesama kami semua dan membuat keputusan untuk
membuat salinan kedua-dua buah buku tersebut. Kemudian, kami membuat sedikit
carian dan kajian mengenai bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden yng
akan digunakan dalam menyelesaikan tugasan. Isi yang paling penting adalah ciri-
ciri kedua-dua bahasa Melayu klasik dan moden yang akan digunakan dalam
mencari bukti pada kedua-dua buku tersebut. Selain ciri-ciri, kami juga akan
menerangkan konsep dan latar belakang kedua-dua versi bahasa Melayu tersebut.
Bahan rujukan tidaklah begitu sukar untuk diperolehi kerana banyak yang
boleh dirujuk terutamanya buku-buku di perpustakaan. Selain itu, maklumat-
maklumat di internet juga banyak membantu kami dalam menyelesaikan tugasan ini.
Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek kami Cik
Hamidah yang banyak membantu kami dalam proses membuat tugasaan ini.
[41]

Melalui tugasan ini, banyak manfaat yang saya perolehi terutamanya
daripada pemerolehan ilmu baharu yang saya sendiri kurang arif mengenainya
sebelum ini. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia,
manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris.
Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia
dan rumpun bahasa Tibet-Cina. Sejarah ini bukan semua individu yang tahu
mengenainya dan dengan mempelajari serta membuat sedikit selidikan dan tugasan,
saya dapat memperolehi ilmu sejarah ini. Bukan sahaja saya dapat mempelajari
sesuatu yang baharu, tidak mustahil suatu hari nanti, saya akan berkongsi ilmu ini
dengan anak didik saya. Dengan cara ini, ilmu sejarah Bahasa Melayu ini tidak akan
hilang begitu sahaja di telan zaman.
Antara kesukaran yang dihadapi dalam menyelesaikan tugasan ini ialah ciri-
ciri bahasa Melayu moden yang kurang jelas dan memerlukan pemahaman yang
mendalam bagi medapatkan bukti-bukti kukuh penggunaannya dalam buku Hikayat
Abdullah. Selain itu, kami juga menghadapi masalah untuk menceritakan kesan
bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden kepada perkembangan bahasa
pada mulanya. Namun, selepas berbincang bersama rakan sekumpulan saya, kami
Berjaya menyelesaikan segala kesulitan dan tugasan ini Berjaya disiapkan.
Sekali lagi, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek
Sejarah Bahasa Melayu kami, Cik Hamidah yang banyak memberikan dorongan dan
ilmu kepada kami. Selain itu, tidak dilupakan juga kepada rakan sekumpulan saya,
Ahmad Fikri Bin Hashim yang banyak membantu saya dalam tugasan ini dan juga
kepada rakan sekelas yang lain yang selalu memberi kerjasama dan pertolongan
jika kami memerlukannya. Jasa kalian semua tidak akan saya lupakan. Terima
kasih.







[42]



































[43]

























8.0 RUJUKAN

8.1 Buku.
A.H Edrus (1960). Pengajian Kesah Pelayaran Abdullah Munsyi. Singapura :
Qalam, Geylang Road.
Ali Ahmad (1987). Karya-karya sastera bercorak sejarah. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
[44]

Drs.Liaw Yock Fang (1975). Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik. Singapura ;
Pustaka Nasional.
Goay Teck Chong,Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad (2006).Teks Pra-U Stpm
Bahasa Melayu .Malaysia: Longman
Ibrahim bin Ahmad (2002). Perkamusan Melayu:Suatu Pengenalan. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
Siti Khajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Selangor : Oxford Fajar sdn.bhd.
Umar Junus (1984). Sejarah Melayu Menemukan Diri Kembali. Petaling Jaya :
Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.
Zahrah Ibrahim (1986). Sastera Sejarah Interpretasi Dan Penilaian. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

8.2 Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshi
http://en.wikipedia.org/wiki/Kamus,

8.3Jurnal
Mohd Rasdi bin Saamah, Kamus Dewan dan Kamus Besar: Perbandingan
Aspek Kandungan Medan Maklumat.

You might also like