You are on page 1of 66

PRINSIP ASAS

GRAFIK
TENGKU ADNAN BIN TENGKU MAHMUD
JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
INSTITUT PERGURUAN KUALA TERENGGANU
EDU 3105
Asas Grafik
Prinsip
Reka bentuk visual
Peralatan penghasilan grafik

PRINSIP ASAS GRAFIK
Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan
unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan
keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang
digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi
yang merangkumi idea-idea yang teliti serta
penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan
grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan
grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun,
lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar.
Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-
lambang, simbol-simbol, huruf-huruf, angka,
perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media
untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada
sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.
Sambungan
Kepentingan Grafik Dalam
Pendidikan
Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan
pandangan (visual) yang sangat penting untuk
menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas.
Reka Bentuk Visual
Visual ialah alat komunikasi yang dapat
menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik
daripada pernyataan secara lisan atau betulis.
Konsep dan Fungsi Visual
Visual boleh didapati dalam tiga bentuk:
Fotografi
Elektronik
Grafik
Fotografi dan video sebagai satu contoh bahan
elektronik. Di mana ianya disediakan dalam
bentuk ilustrasi melalui gambar atau visual yang
menyerupai situasi yang sebenar.


Definisi Grafik
Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan
visual. Ia dapat memberi satu atau lebih keterangan
visual. Perkataan grafik sebenar berasal dari
perkataan graphikos bererti lukisan. Graphier pula
ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.
Manakala Grafik menyediakan ilustrasi secara
artistik atau simbolik.

Ciri-ciri yang memainkan peranan yang berkesan
untuk ketiga-tiga visual tersebut:

Mudah dan jelas dibaca dan difahami.
Mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah
payah.
Mendorong interaksi yang aktif antara
pelajar,guru dan maksud yang terdapat dalam
visual.
Membantu memfokuskan perhatian kepada
maksud yang terdapat dalam visual.


Elemen Reka Bentuk Visual
Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang
digunakan untuk membentuk sesuatu komposisi
visual.
Elemen Grafik terdiri daripada:
i. Ruang ( Space )
ii. Garis ( Line )
iii. Permukaan ( Surface )
iv. Bentuk tiga dimensi ( Form )
v. Bentuk dua dimensi ( Shape )
1. Ruang (Space)
Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi
sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas
manila mahupun seluas padang bola.
Ruang terbahagi kepada dua jenis:

Ruang Positif ruang yang digunakan.
Ruang Negatif ruang yang kosong.

Ruang negatif
Ruang positif
Garis adalah satu elemen yang paling ringkas
dan amat mustahak. Tanpanya tidak akan wujud
gambaran objek, manusia, suasana dan lain-lain.
Ia boleh didapati dalam bentuk dua dimensi ( cth.
Lakaran pensil ) dan tiga dimensi ( cth: Tali ).
2. Garisan ( Line )
Fungsi garisan ialah:
1. Menunjukkan pergerakan dan arah atau aliran,
seperti aliran sungai, tiupan angin, arah larian dan
lain-lain.
2. Menunjukkan suasana aman atau ganas seperti
letupan.
3. Menunjukkan kemegahan dan kekuatan seperti
bangunan.
4. Menunjukkan kekusutan.

5. Melukis objek atau benda,contoh: cawan, pasu dan
lain-lain.
6. Menghubungkan antara satu elemen dengan elemen
yang lain.

3. Permukaan ( Surface )
Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi
warna dan tekstur.
Permukaan yang kasar atau licin akan memberi
kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya.
Jika anda membuat garisan di permukaan papan
hijau dan di papan putih perbezaan ini dapat dilihat
dengan jelas.
4. Bentuk Dua Dimensi (Shape)
Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi
panjang dan lebar seperti sekeping kertas.
Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi:
a) Bentuk geometri
b) Bentuk abstrak


c) Bentuk gambaran




5. Bentuk Tiga Dimensi (Form)
Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang,
lebar dan tinggi. Ia boleh didapati dalam dua kategori:
Bentuk tiga dimensi sebenar adalah bahan sebenar
yang mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi,
cth meja.
Bentuk tiga dimensi tiruan ia kelihatan seolah-olah
mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau
tebal, cth gambar foto dan lukisan yang diberi
bayang.
Contoh, lukisan dibawah ini yang menggunakan
bayang untuk menunjukkan dimensi ketebalan.







Prinsip Reka Bentuk Visual
Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara
menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual
yang dihasilkan menarik dan berkesan.

Enam prinsip grafik
i. Simplisiti
ii. Dominan
iii. Pola
iv. Seimbang
v. Variasi
vi. Harmoni



1. Simplisiti
Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah
memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas.
Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan
satu perkara pada satu masa.





2. Dominan
Dominan merupakan pusat penumpuan atau
minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau
item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat
dan dibaca maksudnya.
Terdapat pelbagai cara untuk mencapai
dominan, antaranya ialah :

a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga
(Rule of Third)
Peraturan satu pertiga berdasarkan kajian
bagaimana manusia menyaring sesuatu
visual. Daripada kajian itu, didapati perhatian
tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada
tempat-tempat lain.






41%
20%
25% 14%
b) Warna dan bentuk yang kontras
c) Saiz yang lebih besar
d) Menggunakan anak panah yang menunjuk
ke arah item utama
e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk
ke arah item utama
f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual
seperti pergerakan cecair, guli atau kipas
g) Menggunakan lampu atau cahaya yang
memancar.
3. Pola
Pola atau corak berkaitan dengan soal susunan item-
item dalam sesuatu rekaan visual. Aspek susunan ini
amat dititikberatkan kerana ia dapat:
Menarik penglihatan mata ke arah item yang
utama.
Menggerakkan penglihatan mata kepada
keseluruhan visual dalam arah yang betul.
Mengekalkan penglihatan mata dan
seterusnya mengikuti aliran persembahan
sehingga sampai kepada titik akhir.
4. Seimbang
Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang.
Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga
perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun
supaya beratnya seimbang dalam setiap
bahagian reka bentuk. Dengan cara ini, mata
rasa selesa memandang.
Terdapat dua jenis seimbang
a) Seimbang formal
Bermakna pembahagian yang sama antara
dua bahagian visual samada kiri dengan kanan
atau atas dengan bawah. Cth:
Jongkang-jongkit yang mempunyai bebanan
yang sama jenis di kedua-dua belah.

b) Seimbang tidak formal
Bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara
item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth:
Jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi ianya
bukan beban atau bahan yang sama jenis, cuma
beratnya sahaja yang sama.
Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata
adalah cara untuk menentukan keseimbangan.
5. Variasi
Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu
komposisi seharusnya menimbulkan perasaan seolah-
olah visual itu hidup dan bergerak.
Perlu mempelbagaikan elemen-elemen yang digunakan
supaya ia dapat memberi kesegaran dan menimbulkan
minat.
Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan
terhadap visual.
6. Harmoni
Dalam rekaan grafik kesemua elemen perlu
menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran.
Ini membolehkan mata dan fikiran penonton/pembaca
mengikut perkembangan keseluruhan visual.
Justeru harmoni memberikan rasa yakin dan pasti
kepada penonton/pembaca kerana mereka dapat
melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran,
persembahan, perspektif dan kesatuan mesej.
Warna
Roda Warna
Menjiwai Warna
Warna PANAS
Warna SEJUK
Warna HANGAT
Warna NYAMAN
Warna PUCAT
Warna GELAP
Warna CERAH
Skema
Asas
Warna
Juga dikenali sebagai
KOMBINASI WARNA
Skema Primer
Skema Sekunder
Skema Tertiar
Komplimentari
Komplimentari Terpecah
Skema Bertembung
Skema Analogous
Skema Akromatik
Skema Neutral
Proses membina suatu
persembahan berwana
Langkah 1 Jelaskan hasil yang anda mahukan
dengan warna
Langkah 4 Perincikan pilihan warna yang lain berdasarkan
pengkhususan dalam projek dan citarasa
individu
Langkah 3 Pilih satu skema warna berasaskan
pilihan warna utama
Langkah 2 Pilih satu warna utama yang melambangkan
keperluan projek
HURUF
Setiap visual biasanya tidak hanya dipenuhi dengan
gambar dan lukisan.
Bagi memantapkan maksud, elemen verbal seperti
perkataan dan ayat disatukan.
Pakar dalam bidang ini berpendapat bahawa
penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain perkataan akan
dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan
visual.
Dalam penggunaan huruf, terdapat tujuh
perkara yang perlu diberi pertimbangan iaitu:
i. Stail huruf
ii. Bilangan stail huruf
iii. Huruf besar dan huruf kecil
iv. Warna huruf
v. Saiz huruf
vi. Jarak antara huruf
vii. Jarak antara baris
1. Stail Huruf
Terdapat beratus-ratus stail huruf (font) pada
masa ini, namun kesemua stail huruf boleh
dikelaskan kepada lima keluarga iaitu:
a) Huruf Roman


b) Huruf Gotik
A
c) Huruf Sambung atau Cursive
d) Huruf Teks

e) Huruf Novelti

2. Bilangan Stail Huruf
Bagi memastikan visual yang dihasilkan kelihatan
menarik, elak daripada menggunakan terlalu banyak
stail huruf.
Jangan melebihi tiga stail.
Pastikan juga, stail huruf bersesuaian dengan mesej.
3. Huruf Besar dan Huruf Kecil
Pastikan penggunaan huruf besar dan kecil yang wajar
dalam reka bentuk anda.
Biasanya huruf besar digunakan pada tajuk.
Sub-tajuk dan caption ditulis dalam huruf kecil.
4. Warna Huruf
Warna huruf turut menyumbang kepada mesej yang
hendak disampaikan.
Pemilihan warna huruf perlu diberi perhatian serius.
Pernah seorang pelajar menggunakan huruf berwarna
hijau untuk tajuk, Aku Terpenjara warna hijau yang
menjadi simbol kesegaran dan kesuburan tentunya
tidak sesuai dengan mood yang sedih dan merana.
5. Saiz Huruf
Persoalan tentang berapa besar saiz huruf yang hendak
digunakan boleh dijawab berdasarkan satu prinsip yang
mudah iaitu, huruf mesti boleh dibaca dalam satu jarak
tertentu seperti rajah dibawah:




1
2
2
3
4
20 40 50 60 80
Jarak penglihatan dalam kaki
Ketinggian huruf kecil
6. Jarak Antara Huruf
Huruf perlu dijarakkan dalam keadaan yang seimbang,
tidak terlalu jauh dan tidak terlalu rapat.
Huruf tidak dijarakkan dengan menggunakan ukuran
biasa seperti menggunakan unit inci, tetapi bergantung
semata-mata kepada ketajaman penglihatan.
7. Jarak Antara Baris
Prinsip menjarakkan huruf antara baris dan antara huruf
adalah sama.
Baris yang terlalu rapat melahirkan rasa bagai dihimpit,
manakala terlalu jarak menghilangkan rasa kepunyaan.
Sebagai aturan biasa, bagi sekeping transparensi,
bilangan baris dihadkan kepada enam baris sahaja.

You might also like