You are on page 1of 6

1

Soalan: Huraikan perbandingan Kajian Kes Keberkesanan Sekolah-


US,Taiwan,Hong Kong,Eropah dan Australia. Bincangkan pula ciri-
ciri manakah yang kritikan dalam kajian keberkesanan sekolah di
Negara kita.
PENGENALAN
Pengertian sekolah berkesan berbeza-beza kerana berbagai-
bagai pihak mempunyai persepsi yang berbeza terhadap apa yang
mereka kehendaki daripada sekolah. Kajian kajian sekolah berkesan
secara khusus mendefinisikan keberkesanan sekolah melalui
pembolehubah yang dianggap penting dan digunakan untuk mengukur
keberkesanan sekolah. Secara umum terdapat dua kriteria yang
digunakan oleh para pengkaji untuk mengukur keberkesanan iaitu,
outcome atau output dan proses.

Menurut Mortimor (1991) telah merumuskan bahawa sekolah
berkesan ialah sekolah yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa
yang diharapkan jika diambil kira latar belakang mereka.Malahan Screens
(1992) menjelaskan konsep berkesanan mengikut perspektif tertentu. Dari
segi ekonomi sekolah dianggap berkesan jika outcome atau hasil yang
diingini dapat dicapai dengan kos yang rendah. Sementara perspektif
hubungan kemanusiaan dalam organisasi pula menjelaskan bahawa
organisasi berkesan ialah organisasi yang dapat mewujudkan perasaan
kepuasan dalam kalangan pekerjanya dan melibatkan mereka dalam
organisasi.

Di Amerika Syarikat kebanyakan pengkaji mengukur
keberkesanan sekolah berasaskan output, iaitu pencapaian dalam ujian
piawaian bagi mata pelajaran matematik dan bacaan. Di United Kingdom,
proses pembolehubah seperti kedatangan, kelakuan pelajar dan
peningkatan skor pencapaian digunakan sebagai pengukur keberkesanan.

Edmonds (1979) mendefinisikan keberkesanan bukan sahaja dari
segi kualiti hasil tetapi juga dari segi kesaksamaan (equity). Mengikut
beliau, keberkesanan sekolah diukur berdasarkan kejayaannya meningkat
kepuasaan akademik kanak-kanak kurang beruntung sehinggakan kadar
bilangan kanak-kanak kurang beruntung menguasai akademik seperti
bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasai. Justeru, sekolah
tidak layak diiktiraf sebagai berkesan jika tidak memberi kesaksamaan
peluang pendidikan.



PERBANDINGAN KAJIAN KES
Dalam perbandingan kajian kes ini 4 buah benua telah terlibat.
Dari Benua Amerika, negara Amerika Syarikat telah dikaji. Dari Benua
Australia, negara Australia terlibat. Dari Benua Asia pula negara Taiwan
dan Hong Kong telah dikaji. Akhir sekali Benua Eropah, negara Britain,
United Kingdom, Belanda dan Norway dikaji. Negara-negara yang dipilih
merupakan negara-negara yang terlibat dalam transformasi perubahan
penstrukturan semula kurikulum pada masa kajian ini dibuat.
Kajian ini telah mengkaji secara terperinci 12 dimensi kajian yang
telah ditetapkan. Dimensi dimensinya ialah, Ciri am sekolah, Satu hari
dalam kehidupan seorang kanak-kanak, Gaya pengajaran guru,
Kurikulum, Pengaruh ibu bapa, Pengetua, Jangkaan sekolah daripada
murid, Matlamat sekolah, Hubungan kakitangan, Sumber sekolah,
Hubungan dengan pihak berkuatkuasa tmpatan(PPD) dan Imej.

i) Ciri am sekolah
Di negara Amerika Syarikat ciri am sekolah berkesan adalah
sesebuah sekolah yang memberi 90% makanan tengah hari secara
percuma kepada muridnya.Selain itu, sekolah yang menghasilkan murid-
murid yang memperolehi skor markah yang tinggi dalam ujian dan juga
merupakan sekolah yang menarik di sesuatu kawasan .
2

Di Australia ciri am sekolah adalah pemilihan yang stabil di
kalangan penduduknya. Ini bermaksud sesebuah sekolah akan dipilih oleh
semua lapisan masyarakat tanpa ada sekatan dan kawalan yang
menetapkan seseuatu golongan sahaja akan dipilih belajar di sesebuah
sekolah.
Di Benua Asia terdapat perbezaan diantara negara negara
benuanya sendiri. Misalnya negara Hong Kong menggunakan ajaran
Confucius dalam pengajaran hariannya. Negara ini juga berpendapat
sekolah berkesan adalah sekolah yang memberi penekanan terhadap
konsep penanda aras serta mengutamakan Bahasa Inggeris. Negara ini
mengaplikasi trend reformasi pendidikan.Pada mulanya sistem
persekolahannya mengutakan peperiksaan tetapi sistem tersebut telahpun
ditukar.
Di Benua yang sama satu lagi negara yang dipilih dan dikaji
adalah Taiwan. Negara ini juga menggunakan ajaran Confusius
sepertimana Negara Hong Kong tetapi mementingkan warisan budayanya.
Selain itu, kurikulum di negara itu lebih tumpukan kepada berdaya asing.
Di Negara ini sekolah mempunyai hak sebanyak 20% dalam penggubalan
kurikulum. Salah satu ciri sekolah berkesan di Negara Taiwan yang
penting adalah penstrukturan semula sera pembudayaan semula. Di
Negara ini sekolah yang menentukan perasekitaraan. Sekolah dan kelas
di negara ini adalah bersaiz kecil dengan nisbah 44 : 1. Selain itu, di
Taiwan telah wujud persaingan idea yang positif diantara sekolah dan
juga wujud hubungan yang baik antara sekolah-sekolah di sesebuah
kawasan.
Di Benua Eropah, negara Britain mempunyai saiz keseluruhan
sekolah yang agak besar dan nisbah antara guru dan pelajar juga lebih
baik serta kondusif. Di negara United Kingdom persekitaran sekolahnya
adalah luas serta baik. Di negara Belanda pula kemudahan yang
disediakan di sekolah adalah mencukupi serta populasi minoriti yang
belajar di sekolah ini adalah rendah dari segi SES (social economic
status). Di negara Norway bangunan sekolahnya biasa sahaja dan
sekolah sederhana SES yang tipikal.

ii) Kehidupan seharian murid
Di negara Amerika Syarikat dibawah ciri ini guru mengaitkan
kehidupan seharian murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Dengan cara ini dapat menarik perhatian murid dengan mudah serta murid
juga memahami isi kandungan pelajaran dengan cepat.
Di negara Australia pula mengadakan kelas yang formal dan
meluangkan lebih masa untuk menyelesaikan hasil kerja murid. Guru lebih
menumpukan masanya untuk pengajaran berbanding hal-hal lain seperti
pengurusan atau pengawalan perangai murid. Mereka juga menaruh
harapan tinggi terhadap kebolehan murid.
Di negara Hong Kong sekolah memainkan peranan penting untuk
mempertingkatkan keupayaan intelektual dan kemahiran kognitif murid.
Sekolah lebih menumpukan perhatian terhadap pengajaran akademik, di
mana mengajar cara belajar yang sesuai untuk murid.
Di negara Taiwan sekolah lebih mengutamakan disiplin murid.
Oleh itu, sekolah mengamalkan disiplin yang ketat. Murid-murid disemai
dari kecil lagi untuk menghormati guru. Pelajar pelajar sekolah rendah
dan tinggi diwajibkan membersih kelas dan kawasan sekolah. Jika gagal
membuat tugasan akan dikenakan hukuman dera kepada pelajar tersebut.
Di negara Britain sekolah memberi peluang kepada pelajar untuk
menjawat lebih banyak jawatan autoriti di sekolah. Pada masa yang
sama, penglibatan pelajar dalam sesuatu program atau tugasan adalah
lebih tinggi serta lebih bertanggungjawab trehadap kewajipan yang diberi.
Sekolah mengamalkan sikap lebih toleransi terhadap peraturan seperti
moral, pakaian dan tingkah laku pelajar.
Di negara United Kingdom, murid di sesebuah sekolah adalah
seimbang antara pelajar pintar serta kurang pintar. Sekolah juga memberi
peluang kepada semua murid untuk melaksanakan tugasan penting di
sekolah secara tanggungjawab dan sempurna.Sekolah mengutamakan
pemberian kera rumah kepada pelajar kerana berpendapat kerja rumah
memberi keberkesanan terhadap peningkatan akademik pelajar.
Di negara Belanda sistem persekolahan yang diamalkan adalah
sangat berstruktur dan sistematik. Pelajar-pelajar didik secara disiplin dan
3

bertanggungjawab sehingga dapat bekerja dalam keadaan senyap di
dalam kelas. Pola harian sekolah adalah agak konsisten dan teratur.
Di negara Norway pula murid mempunyai pandangan yang positif
terhadap sekolah dan guru. Mereka sedar bahawa sekolah ialah satu
satu tempat yang dapat membentuk akhlak dan akademik para pelajar.

iii) Cara pengajaran guru
Di Amerika Syarikat bukan semua guru yang bekerja secara
berkaliber. Hanya sesetengah guru sahaja cenderung mengamalkan
amalan yang inovatif dalam aktiviti pengajaran harian guru.
Di Australia guru mengamalkan pelbagai kaedah dalam
pengajaran harian mereka.Misalnya, pengajaran guru kadangkala secara
keseluruhan kelas adakalanya secara kumpulan dan juga mengajar
secara individu. Guru guru mengajar mengikut anggaran merangkumi
1/3 kelas dapat memahami ajaran guru. Sesuatu kelas dibahagikan
kepada beberapa kumpulan mengikut tahap pemahaman murid. Guru
memberi kerja kepada semua murid agar mereka menumpukan perhatian
sepanjang masa tanpa membuang masa dengan bercakap atau bermain
dengan kawan.
Di Hong Kong, pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan
murid sepenuhnya. Murid- murid digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti
dan pembelajaran kendiri dan guru hanya sebagai fasilitator sahaja. Guru
memberi panduan dan tunjuk ajar sahaja tetapi murid yang melakukan
aktiviti itu secara inisiatif sendiri. Murid diberi tugasan dalam kumpulan
yang memberi tumpuan kepada interaksi kerja kumpulan iaitu antara
kalangan murid masing-masing. Murid juga diberi tugasan yang
melibatkan diri mereka dalam aktiviti komuniti. Pola pelajaran di Hong
Kong adalah fleksibel bukan hanya memberi keutamaan kepada
pendidikan berasaskan peperiksaan malahan juga menyelit pendidikan
berguna kepada kehidupan harian.
Di nagara Taiwan, guru-guru yang membangunkan kaedah dan
instrumen pengajaran yang akan digunakan dalam kelas. Kedah ini sangat
berkesan terhadap pengajaran kerana guru lebih mengetahui tahap
pengetahuan dan penguasaan murid yang diajar. Oleh itu, instrumen yang
disediakan juga berasaskan tahap murid maka pengajaran yang bakal
dijalankan akan memberi manfaat kepada guru dan juga murid. Selain itu,
guru diberi autonomi membina persekitaran sekolah yang memberi
keselesaaan kepada murid supaya menarik minat mereka terhadap
pendidikan. Guru-guru juga mempunyai hak bersuara dalam perlantikan
guru dan guru besar. Dengan cara ini boleh elakkan keadaan kurang
selesa dan bertentangan pendapat semasa bertugas.
Di negara Britain tanggapan guru terhadap murid adalah lebih
tinggi.Guru guru menaruh harapan yang baik terhadap murid.
Di negara United Kingdom pula, murid-murid menganggap guru
sebagai idola hidup mereka. Guru-guru dianggap insan yang mulia. Guru-
guru dapat melakukan kawalan kelas yang baik kerana murid sangat
menghormati dan menurut perintah guru.
Di negara Belanda guru-guru mengamalkan pengajaran pelbagai
iaitu secara kelas dan juga individu. Kemahiran yang ditunjukkan oleh
guru dapat diterima oleh murid dengan mudah kerana ia diajar mengikut
kefahaman murid.
Di negara Norway guru kelas agak inklusif dalam cara pengajaran
mereka. Kaedah ini merangkumi keseluruhan pendidikan serta membantu
murid memahami secara mendalam pengajaran guru. Guru-guru juga
lebih perihatin terhadap keperluan murid. Disamping memberi tumpuan
kepada akademik murid, guru-guru juga mengambil berat terhadap perihal
kehidupan murid. Guru-guru di sekolah menggunakan lebih banyak masa
dalam organisasi kelas dan peraturan sekolah. Dengan ini jelas bahawa
guru-guru juga lebih mengutamakan disiplin murid disamping
pembelajaran.

iv) Kurikulum
Di negara Amerika Syarikat kurikulum dibuat mengikut negeri atau
daerah masing-masing. Oleh itu, kurikulum di Amerika Syarikat adalah
tidak seragam. Lebih-lebih lagi guru-guru juga mempunyai kuasa untuk
menambah input dalam beberapa malapelajaran dang red di sekolah.
Dengan ini jelas bahawa kurikulum yang gunakannya adalah berbeza dan
lebih cenderung kepada kehendak guru masing-masing.
4

Di negara Australia pula perancangan kurikulum dibuat mengikut
negeri masing-masing. Perancangan kurikulum negeri yang membveri
pertimbangan ketika pelaksanaan seperti yang dimandatkan. Mereka
memberi lebih tumpuan terhadap matapelajaran Matematik dan Bahasa
Inggeris. Kedua-dua matapelajaran ini diajar selama 12.7 jam dalam
seminggu.
Di negara Hong Kong kurikulum merasionalkan pengetahuan
seasebuah institusi. Kurikulum yang dibuat akan mempertimbangkan
kehendak persekitaran sesuatu institusi. Kurikulum negara ini lebih fokus
kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi daripada
disiplin akademik. Dengan ini jelas bahawa kurikulum ini tidak semata-
mata mementingkan pencapaian akademik sahaja malahan juga
mengutamakan kemahiran dan nilai murni seseorang murid.
Di negara Taiwan kurikulum memperomosikan autonomi guru.
Kurikulum dibuat dengan mengambil perhatian pendapat guru. Di negara
Taiwan terdapat Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum untuk membuat
kurikulum. Kurikulum yang dibuat menumpukan lebih banyak perhatian
kepada bagaimana para pelajar perlu mempunyai kecekapan dalam
sesuatu bidang. Dalam kurikulum hasil pembelajaran diberi keutamaan.
Dalam kurikulum guru berperanan sebagai perancang. Sentiasa
mengadakan perbincangan tentang kurikulum antara sekolah-sekolah
untuk membaiki serta memurnikan lagi kurikulum yang sedia ada.
Di negara Britain dan United Kingdom kurikulumnya menekankan
kesamarataan dalam pendidikan. Ini bermaksud semua warga negara
tersebut mendapat pendidikan tanpa sebarang penindasan.
Di negara Belanda pula mengamalkan kurikulum
tradisional.Walaupun berlaku peredaran zaman namun negara itu masih
mementingkan kurikulum tradisional yang mengutamakan amalan
kebudayaan lama.
Di negara Norway pendidikan adalah percuma. Dengan ini semua
penduduk negara itu dapat menuntut di sekolah dan kesemua rakyatnya
boleh dikatakan celik huruf. Negara ini juga menggalakkan pembelajaran
sepanjang hayat. Selain itu,negara ini juga memastikan berlakunya
kesamarataan dalam pendidikan.

v) Pengaruh Ibu bapa
Di negara Amerika Syarikat penglibatan PIBG dalam sekolah
adalah sebanyak 50%. Ibu bapa terlibat dengan banyak di sekolah kurang
SES.
Ibu bapa di negara Australia terlibat dalam bilik darjah,
masyarakat dan pengutipan derma.
Manakala di Hong Kong ibu bapa mengambil berat tentang
pelajaran anak, terlibat dalam bilik darjah, masyarakat serta pengutipan
derma. Selain itu, pengaruh ibu bapa ke atas keputusan kurikulum adalah
tidak kuat.
Di Taiwan pula ibu bapa boleh mempengaruhi pengambilan guru
mengikut Akta Guru.
Ibu bapa mempunyai pengaruh ke atas perubahan polisi sekolah
di Britain dan UK. Di Belanda ibu bapa dihubungi sekali-sekala sahaja. Ibu
bapa sentiasa menyokong sekolah jika mereka diberi dorongan.

vi) Pengetua
Di Amerika Syarikat kebanyakkan pengetua adalah berkomitmen
tinggi serta berdedikasi. Pengetua di negara ini juga mempunyai
pengalaman yang luas serta lama dalam jawatan pengetua. Ini jelas
bahawa pengetua yang berpengalaman selama 18 tahun menganggap
kejayaan murid merupakan satu-satu misi dalam hidupnya.
Di Australia secara amnya pengetuanya adalah seorang yang
berkomitmen tinggi terhadap pengurusan kebajikan murid. Mereka lebih
mengutamakan kebajikan dan keperluan murid. Para pengetua juga
meletakkan harapan yang tinggi kepada dasar pintu terbuka terhadap
pekerja. Dengan cara ini para pengetua berpendapat sesuatu masalah
antara pekerja dapat diselesaikan secara tenang. Tetapi pengetua juga
bersifat autokratik dalam keadaan tertentu.
Di Hong Kong peranan pengetua amat ditekankan. Pengetua
diberi mandaat dan harapan yang tinggi terhadap pencapaian sesebuah
sekolah.
5

Di Taiwan Pengetua lebih menekankan kualiti guru sepanjang
hayat. Pengetua sentiasa mengharapkan guru yang berkualiti dan
berkebolehan berkhidmat di sekolahnya.
Di Britain daya kepimpinan pengetua adalah rendah. Pengetua di
negara ini tidaklah seorang yang berkepimpinan yang tinggi.
Di United Kingdom pula pengetuanya mempunyai daya
kepimpinan yang tinggi. Keputusan pengetua sentiasa berasaskan
demokratik. Pengetua memberi peluang kepada para guru bersuara serta
menghormati dan mempertimbangkan pendapat mereka. Di negara ini
terdapat dua orang pengetua di sesebuah sekolah, seorang pengetua
mengurus kurikulum dan seorang lagi mengurus hal ehwal pentadbiran.
Di Belanda pula sesuatu keputusan yang diambil bukanlah
keputusan pengetua sahaja malahan keputusan berasaskan kumpulan.
Pengetua lebih cenderung dalam pentadbiran pengurusan berbanding
kurikulum.Pengetuanya juga seorang yang suka bersuara lantang dan
tegas.
Di Norway selalunya pengetua baru akan berfokus kepada
pentadbiran pendidikan berbanding urusan lain. Ini jelas bahawa pengetua
mengutamakan pendidikan di sesebuah sekolah sebelum melibatkan diri
dalam urusan lain.

vii) Harapan Sekolah Terhadap Murid
Di Amerika Syarikat harapan sekolah terhadap murid adalah
sangat tinggi. Mereka lebih mengutamakan pencapaian dan tingkahlaku
murid di sekolah. Sekolah lebih bertanggungjawab terhadap pembentukan
akademik serta nilai murid.
Di Australia juga sekolah menaruh harapan yang tinggi dalam
akademik dan social murid. Sekolah merupakan sast-satunya tempat
membentuk modal insan yang berguna terhadap negara dan bangsa.
Di Hong Kong sekolah merupakan tempat menguji kemahiran dan
pengetahuan murid. Sekolah juga mengutamakan kerapian akademik
murid sepenuhnya. Sekolah juga memainkan peranan penting dalam
menyediakan murid untuk meningkatkan pembangunan peribadi dan
intelek seseorang murid. Dengan ini jelas bahawa sekolah di Hong Kong
memikul tanggungjawab yang tinggi terhadap melahirkan model insan
yang berguna.
Di Taiwan sepertimana yang dilihat terlebih dahulu mereka
mementingkan kurikulum tradisional yang mengajar mereka supaya
menghormati dan menghargai alam semulajadi terlebih dahulu. Sekolah
juga lebih mengutamakan budaya dan tradisi negara mereka. Mereka juga
memberi tumpuan terhadap kecergasan minda dan badan yang sihat.
Sekolah juga menitikberatkan amalan bermoral dikalangan para
pelajarnya. Pada masa yang sama para pelajar didik supaya melepasi
peperiksaan tertentu dengan pencapaian cemerlang supaya mereka dapat
melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
Di Britain, sekolah menaruh tanggapan akademik yang positif
terhadap para pelajar. Di samping akademik sekolah juga mengutamakan
tingkah laku dan amalan bermoral para pelajar.
Di United Kingdom sekolah lebih mementingkan para pelajarnya
menguasai matlamat akademik berbanding hal lain. Sekolah lebih
memberi perhatian terhadap melahirkan para pelajar yang cemerlang
dalam akademik.
Di Belanda sekolah memberi tekanan yang tinggi kepada pelajar
supaya mencapai pencapaian cemerlang. Sekolah lebih mementingkan
akademik berbanding jurusan lain. Mereka melaksanakan sistem penilaian
sekolah yang menyuluruh. Sekolah dilihat tempat yang melahirkan para
intelek yang berperestasi tinggi.


viii) Matlamat Sekolah
Di Amerika Syarikat tiga matlamat utama yang akan dicapai dalam
pendidikan dijelaskan dengan teliti.
Manakala di Australia matlamat pendidikan agak spesifik dan
pencapaian individu yang optimum dalam akademik serta perkembangan
tingkah laku yang berkesan.
Sekolah yang berkesan di Hong Kong menekankan kualiti
graduan dan kualiti guru sepanjang hayat. Sekolah juga akan memastikan
keupayaan intelek. Sekolah berkesan di Hong Kong lebih kepada
6

menyediakan murid untuk dunia pekerjaan. Pendidikan di sekolah tersebut
berfokus kepada pembinaan ciri-ciri moral dan sivik murid.
Sekolah berkesan di Taiwan pula adalah untuk melahirkan pelajar
yang berke berkemahiran dan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat
tinggi. Selain itu, sekolah tersebut juga akan memastikan pelajar-pelajar
mencapai hasil pembelajaran dan melahirkan pelajar berpencapaian
tinggi.
Sekolah yang berkesan di Britain dan UK memberikan peluang
kepada semua pelajar untuk belajar dan melahirkan insan yang bermoral,
spiritual serta menyediakan mereka dengan peluang, tanggungjawab dan
pengalaman hidup.
Sekolah yang berkesan di Norway pula tertumpu kepada
pencapaian. Selain itu, guru juga bekerjasama dalam membuat pelan
pembangunan.

viv) Hubungan antara kakitangan
Dalam hubungan antara kakitangan di Amerika Syarikat sekolah
mementingkan hubungan professional yang menumpukan pada tahap
gred dan mempertimbangkan perancangan untuk kerja kursus pelajar.
Sekolah di Australia pula secara umumnya memberi sokongan
antara satu sama lain.
Hubungan antara kakitangan di Hong Kong dan Taiwan sangat
baik. Tetapi guru di Taiwan sentiasa mengadakan perjumpaan dan
budaya sekolah yang menentukan kualiti interaksi guru.
Di negara Belanda terdapat hubungan yang baik antara staf. Di
Norway pula guru cenderung mengatakan sekolah merupakan sekolah
yang koperatif dan hubungan antara staf adalah terbuka dan saling
menyokong antara satu sama lain.






vv. Sumber Sekolah
Sekolah di Amerika Syarikat terutamanya di bandar lengkap
dengan peralatan. Ini agak berbeza dengan negara Australia yang bilik
darjahnya dilengkapi dengan bahan audio visual dan buku-buku teks
Sekolah di Hong Kong pula menerima bantuan kewangan
daripada pusat. Manakala sekolah di Taiwan diselia oleh Kementerian
Pelajaran agar bahan yang sedia ada mencukupi dan efesien.
Di negara Britain pula faktor organisasi dalaman dan tahap
sumber sekolah mempengaruhi sumber sekolah.
Di negara UK pula sumber sekolah ditaja oleh kerajaan.
Manakala di negara Norway pula kelas tidak beberapa luas dan
pembiayaan tambahan diberikan kepada murid yang lambat belajar.

vvi. Hubungan dengan PPD
Di negara Amerika Syarikat sekolah kurang penlibatan luar.
Sekolah yang berkesan di Australia mendapat kawalan yang minimum
daripada kerajaan.
Di negara Hong Kong sekolah yang berkesan diberi subsidi. Di
Taiwan pula sekolah awam mempunyai kawalan kerajaan.
Sekolah yang berkesan di negara Britain, UK dan Belanda kurang
penglibatan luar.

vvii. Imej Sekolah
Sekolah yang berkesan di negara Amerika Syarikat mempunyai
prinsip yang baik yang dipupuk oleh pengetua yang berpengalaman.
Walau bagaimanapun, sekolah di Australia mengambil tindakan yang aktif
untuk meningkatkan imej sekolah.
Sekolah di Hong Kong berusaha memartabatkan imej sekolah.
Sekolah di Taiwan pula cuba memartabatkan imej sekolah.
Sekolah di Belanda mempunyai imej yang positif. Di Norway pula
persekitaran sekolah agak terbuka.

You might also like