You are on page 1of 19

PENGENALAN

Setiap tahun kerajaan akan membentangkan perancangan dan peruntukan dalam setiap
bidang bagi memastikan setiap pembangunan dan kemajuan negara dapat di capai. Ini adalah
sebahagian daripada fungsi dan tugas kerajaan selaian daripada memastikan keamanan dan
kemakmuran negara.
Taraf sosioekonomi rakyat juga adalah satu cabang yang penting kepada kerajaan. Ini
adalah

kerana

dengan

adanya

peningkatan

dalam

taraf

sosioekonomi,

sekaligus

perkembangan ekonomi dan kemasukan pelabur asing juga menggalakan.


Oleh yang demikian, kerajaan perlu meningkatkan semua kemudahan infrasrtuktur bagi
merealisasikan segala keperluan dan kehendak rakyat seperti sekolah, jalan raya, hospital dan
kemudahan-kemudahan lain.
Perancangan untuk kepentingan rakyat ini di adakan dan dilaksanakan dalam
Rancangan Malaysia Kelima dan juga pembentangan belanjawan.
Belanjawan negara adalah proses yang di bentangkan setiap tahun dalam bulan
September atau Oktober. Sejumlah dana akan di peruntukan bagi setiap sektor mengikut
keperluan masing-masing bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan agensi-agensi yang terlibat.
DEFINISI BELANJAWAN
Terdapat pelbagai definisi dan penerangan yang dapat menerangkan maksud
belanjawan. Menurut Perbendaharaan Negara, belanjawan di definisikan sebagai satu
pernyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat
perancangan dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan
rakyat. Belanjawan bukan sahaja merupakan satu perancangan untuk pentadbiran kerajaan
tetapi juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan kedudukan ekonomi sesebuah
kerajaan di samping member kesan kepada semua aktiviti sektor kerajaan, menurut Ibrahim
Thamby Chek dan Rosli Samat (2006).
Dalam Thamby Chek dan Rosli Samat (2006), menyatakan bahawa Freeman dan
Shurulders (1999) mendefinisikan belanjawan sebagai satu proses pengagihan peruntukan
sumber yang kekurangan (scarcity resources) untuk memenuhi permintaan yang tidak terhad di
mana ia melibatkan operasi kewangan dalam jangkamasa yang spesifik. Perancangan yang

hendak dilaksanakan perlu mengandungi maklumat yang jelas seperti jumlah, dan jenis
cadangan perbelanjaan , matlamat atau tujuan dan bagaimana pembiayaan projek di peroleh.
Berdasarkan definisi yang telah di nyatakan, belanjawan negara mempunyai lima tujuan asas,
iaitu:
i.

Perancangan

ii.

Perhubungan dan koordinasi

iii.

Peruntukan sumber atau dana

iv.

Pengawalan keuntungan dan pengoperasian

v.

Pengukuran prestasi kemajuan dan penyediaan insentif.

Perancangan adalah asas bagi belanjawan. Ianya bertujuan untuk menyenaraikan


segala keperluan yang di perlukan oleh setiap sekotr bagi mencapai objektif yang telah
ditetapkan oleh mereka. Dengan perancangan yang baik, dana yang diperlukan dapat di
gunakan sebaiknya dan di harapkan tiada pembaziran yang akan berlaku.
Bagi perhubungan dan koordinasi pula, belanjawan digunakan untuk menjayakan
perhubungan dan mengoordinasi segala perancangan yang telah di gariskan. Dengan
belanjawan yang telah diperuntukan, dana yang ada dapat menghubungkan sektor terbabit
dengan sektor lain secara tidak langsung bagi mencapai matlamat.
Sumber atau dana juga merupakan asas belanjawan. Kerajaan akan menentukan
sumber atau dana yang perlu diperoleh bagi memantapkan belanjawan negara. Sumber atau
dana itu merupakan pendapatan negara yang diperoleh daripada pelbagai sumber. Jika tiada
peruntukan dana atau sumber, maka kelancaran perbelanjaan negara akan tergugat dan
proses untuk meningkatkan taraf sosioekonomi juga akan terjejas.
Melalui sumber atau dana yang diperoleh, maka akan wujud keuntungan. Keuntungan
yag diperoleh perlu di kawal bagi memastikan ia dapat di gunakan dan di agihkan pada tempat
yang sepatutnya bagi sistem pengoperasian.
Setelah melalui empat asas yang utama, dan dana yang telah di belanjakan, dengan itu
pengukuran prestasi akan di lakukan dan penyediaan insentif perlu bagi meningkatkan
produktiviti selain daripada sebagai salah satu cara penghargaan.

KEPENTINGAN BELANJAWAN
Belanjawan merupakan satu perancangan tahunan yang mempunyai kepentingan
tersendiri untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi dan agihan pendapatan yang adil dalam
rangka kewangan yang mantap. Ia mengandungi perancangan ekonomi, kewangan dan sosial
untuk pertumbuhan berterusan serta menjamin agihan kekayaan negara dengan adil.
Di Malaysia, belanjawan memainkan peranan penting dan utama dalam menjana atau
memulihkan kegawatan ekonomi negara, menghadapi cabaran ekonomi global dan juga
mengatasi kekusutan ekonomi domestik.
Menurut Prof. Dr. Jamal Ali dalam laman blog beliau menyenaraikan beberapa kepentingan
belanjawan kepada ekonomi negara iaitu:
i.

Ke arah pengurusan ekonomi yang cekap.

ii.

Pertumbuhan ekonomi

iii.

Mencapai kestabilan harga

iv.

Sebagai mekanisme pengagihan yang lebih setara

Ke arah Pengurusan Ekonomi Yang Cekap.


Pengurusan ekonomi yang cekap bertujuan untuk mencapai matlamat pembangunan. Ia
memainkan peranan penting dalam menjamin kedudukan kewangan dan imbangan
pembayaran yang kukuh. Oleh itu, bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik, pihak
swasta dan persendirian perlu memainkan peranannya sebagai jentera pertumbuhan manakala
pihak kerajaan adalah penyokongnya. Sebagai contoh, untuk menggalakkan perkembangan
ekonomi,

keperluan

infrastruktur

yang

baik

diperlukan.

Oleh

yang

demikian

pada

pembentangan belanjawan peruntukan tertentu diberikan untuk pembangunan infrastruktur


seperti pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan pelabuhan.
Pertumbuhan Ekonomi
Kerajaan perlu menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi yang
dicapai melalui aktiviti-aktiviti dalam sektor pertama, kedua dan ketiga akan memberikan
pendapatan dan pekerjaan kepada penduduk. Untuk membiayai pelaburan dalam ekonomi,
tabungan diperlukan. Oleh yang demikian usaha menggalakkan tabungan persendirian
dikalangan penduduk perlu diberi perhatian. Dari segi dasar belanjawan pula, dibuat
3

perbelanjaan ke atas kemudahan awam, perdagangan dan perindustrian, pengangkutan,


perhubungan komunikasi dan pentadbiran awam.
Mencapai Kestabilan Harga
Kestabilan harga dan kawalan inflasi turut diberi penekanan. Hasil daripada kekukuhan
ekonomi, peningkatan pendapatan berlaku. Akibatnya permintaan dalam negeri meningkat dan
jika ia tidak diikuti dengan tambahan penawaran barangan, harga barangan akan meningkat
(ditunjukkan oleh angka indeks harga pengguna yang meningkat). Ini memberikan satu kesan
yang tidak baik terhadap ekonomi sesebuah negara.
Mekanisme Pengagihan Yang Lebih Setara
Pengagihan peruntukan perlulah bersesuaian dengan keperluan masing-masing. Untuk
mengurangkan perbezaan agihan pendapatan tersebut, kerajaan perlu membuat dasar
belanjawan yang sesuai untuk mengagihkan semula pendapatan dari golongan yang kaya
kepada golongan yang miskin.

FUNGSI BELANJAWAN
Belanjawan dapat berfungsi sebagai suatu alat dasar pengurusan sosioekonomi negara. Fungsi
berkenaan di bahagikan kepada dua kategori iaitu:
i.

Belanjawan sebagai alat dasar fiskal.

ii.

Belanjawan sebagai alat pengurusan.

Belanjawan Sebagai Alat Dasar Fiskal


Merupakan satu dasar kewangan kerajaan yang bertujuan untuk mencapai matlamat
membangunkan dan menstabilkan ekonomi negara melalui pengurusan perbelanjaan yang
berkesan. Ia adalah untuk memenuhi fungsi-fungsi berikut:
i.

Fungsi Peruntukan
Kerajaan

bertanggungjawab

untuk

menyediakan

kemudahan

infrastuktur

dan

perkhidmatan kepada rakyat.

ii.

Fungsi Agihan
Mengagihkan hasil dan perbelanjaan negara secara adil mengikut keperluan bagi
merapatkan jurang ekonomi.

iii.

Fungsi Penstabilan
Menstabilkan ekonomi melalui kawalan harga, penggangguran dan meningkatkan kadar
pertumbuhan ekonomi.

Belanjawan Sebagai Alat Pengurusan


Sebagai alat pengurusan, belanjawan adalah merupakan alat untuk merancang kewangan dan
menguruskan kewangan. Peranan belanjawan sebagai alat pengurusan merangkumi:
i.

Alat mengurus sumber kewangan

ii.

Dokumen kawalan belanjawan dan kewangan

iii.

Alat pengukur prestasi

KOMPONEN-KOMPONEN BELANJAWAN
Dua komponen dalam belanjawan adalah Hasil Negara dan Perbelanjaan Negara.
Hasil Negara
Hasil meliputi semua jenis pendapatan yang diterima oleh kerajaan dalam bentuk cukai, yuran,
lesen dan lain-lain hasil. Hasil ini di gunakan untuk menampung dan membiayai sebahagian
besar kegiatan kerajaan, terutama sekali untuk meyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang
diperlukan untuk kesejahteraan hidup rakyat.
Tiga peringkat hasil iaitu :
i.

Hasil Kerajaan Persekutuan


Hasil yang di kutip oleh kerajaan persekutuan terbahagi kepada empat kategori iaitu
hasil cukai yang merupakan bayaran wajib yang dikenakan ke atas urus niaga,
pendapatan, perbelanjaan dan kekayaan. Dua jenis cukai yang di pungut oleh
kerajaan persekutuan ialah cukai langsung dan cukai tidak langsung.

Kategori kedua pula ialah hasil bukan cukai yang di kutip daripada perkhidmatan
yang di sediakan oleh kerajaan untuk rakyat. Contoh hasil bukan cukai ialah lesen,
permit, denda dan hukuman.

Kategori ketiga pula ialah terimaan bukan cukai. Hasil ini ialah kutipan yang tidak
berasaskan sebarang akta atau perundangan tetapi lebih kepada kutipan daripada
punca-punca seperti berikut iaitu, pulangan balik perbelanjaan, pemberian dan
caruman dan jualan barang-barang

Kategori keempat pula ialah hasil daripada kerajaan persekutuan iaitu hasil daripada
Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Hasil kutipan negeri persekutuan akan di
salurkan kepada hasil persekutuan berbanding dengan hasil kerajaan negeri.

ii.

Hasil Kerajaan Negeri


Kutipan-kutipan daripada lesen, duti hiburan, bayaran dalam mahkamah yang di
lakukan dalam negeri akan di salurkan kepada hasil kerajaan negeri.

iii.

Hasil Kerajaan Tempatan


Hasil kutipan yang dikutip oleh perbendaharaan, hasil daripada bekalan air termasuk
kadar air, sewa ke atas negeri dan hasil Lembaga Badaraya.

Perbelanjaan Negara
Terdapat dua komponen dalam perbelanjaan negara iaitu perbelanjaan mengurus dan
perbelanjaan pembangunan.
i.

Perbelanjaan Mengurus
Perbelanjaan mengurus ialah perbelanjaan semasa kerajaan atau perbelanjaan
berulang kerajaan bagi membiayai pengurusan dan pentadbiran negara. Ini
termasuk perbelanjaan untuk gaji (emolumen) kakitangan awam, bayaran khidmat
hutang, pencen dan ganjaran, pemberian subsidi kepada pengeluar dan pengguna,
dan pemberian dan serahan kepada Kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun.
Perbelanjaan mengurus kerajaan tidak bergantung pada tingkat pendapatan negara.
6

Walaupun pendapatan negara meningkat atau merosot, perbelanjaan mengurus


kerajaan masih tetap sama.

ii.

Perbelanjaan Pembangunan
Merupakan perbelanjaan modal yang biasanya tidak berulang dan mempunyai
pulangan dalam jangka masa panjang. Hasil keputusan adalah agak rumit kerana
melibatkan kos dan aliran tunai yang tinggi.

PROSES PENYEDIAAN BELANJAWAN


Dengan andaian penyediaan belanjawan bagi Agensi, secara terperincinya, kitaran ini
dijelaskan seperti berikut:1. Pada bulan Disember (Penghujung setiap tahun), Kementerian Kewangan (MOF) akan
mengeluarkan Garis Panduan Penyediaan Bajet kepada semua agensi-agensi.
2. Pada masa yang sama Agensi akan membuat dan menyediakan Cadangan Bajet untuk
dihantar ke pihak MOF selewat-lewatnya bulan Februari.
3. Setelah diterima pada bulan Februari (Cadangan Bajet oleh Agensi), Cadangan tersebut
akan diserahkan kepada BRO untuk kajian dan analisis bagi pihak MOF. Pada tempoh
ini, maklumbalas dari kedua-dua belah pihak iaitu Agensi dan BRO akan diterima dalam
mengisi Cadangan Bajet dicadangkan sehinggalah ianya lengkap untuk kegunaan MOF.
4. Bagi memastikan Bajet mencapai matlamat Negara,pemeriksaan awal akan dilakukan
pada bulan Mac.
5. Setelah itu, pada bulan April sehingga Jun, setelahCadangan Lengkap dihantar oleh
pihak Agensi,pemeriksaan dan perundingan akan dilakukan bagi Bajet sebelum ianya
diluluskan oleh Kabinet nanti pada bulan Julai .
6. Setelah kelulusan

oleh

Kabinet,

pada

bulan

Ogos,

Buku

Belanjawan

akan

dicetak bagi persiapan untuk pembentangan Parliman yang akan dijalankan dalam
jangkamasa September sehingga Disember nanti.
7. Dalam pada itu, pihak Agensi akan sentiasa mengemaskinikan Perjanjian Program dari
masa ke semasa ke pihak MOF sebelum Waran Am dikeluarkan.
7

8. Pada bulan November, satu semakan Perjanjian Program akan dilakukan secara
bersama di antara MOF dengan pihak Agensi.
9. Dan akhir sekali pada bulan Disember , Waran Am akan dikeluarkan bagi Perlaksanaan
Program Agensi.
Tidak terhenti di situ sahaja, sebagai Kementerian yang mengawalselia pengerakan kewangan
Negara, MOF sentiasa memantau perjalanan Perjanjian Program dan setiap perkembangannya
akan dilaporkan kepada Ketua Audit Negara. Jadual penyediaan belanjawan adalah seperti
jadual 1.1.

Penyediaan Belanjawan

Dalam laman sesawang perbendaharaan negara, jadual penyediaan belanjawan 2010 adalah
seperti berikut:

Minggu
Bil.

Perkara
Mula

1
2

Pekeliling kpd Agensi mengenai penyediaan Ang.Perbelanjaan & Laporan


Prog.Prestasi 2010
Surat kpd Agensi memaklumkan Batas Perbelanjaan
Kemaskini Senarai Perjawatan 2009 berdasarkan waran sehingga 31 Julai
2009

Kursus/Taklimat penyediaan Bajet 2010 kepada kakitangan Bahagian


Pengurusan Belanjawan

Taklimat ekonomi negara tahun 2010 oleh BEA

Mesyuarat pra-pemeriksaan Bajet dipengerusikan PBB

Tarikh akhir penerimaan cadangan Anggaran Perbelanjaan 2010 daripada


Agensi

Akhir

Pertama JAN
Kedua JAN
Pertama
JAN

Kedua
OGOS

FEB/MAC

Pertama MAC

Kedua MAC

31 MAC

Kemaskini dan lengkapkan ABM 7, ABP & format buku dalam SPB

Pertama
MAC

Pertama
JUN

Pemeriksaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Agensi oleh BRO

Pertama
APR

Keempat
MEI

10

Sedia write-up Program & Prestasi dalam SPB

Pertama
APR

Ketiga
JUN

11

Sedia input Ucapan Bajet 2010

Pertama
APR

Keempat
JUL

12

Sedia Kertas Turus/Highlights

Ketiga
MEI

Pertama
JUN

13

Laporan awal Bajet 2010 kepada KSP

14

Pemeriksaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan oleh Jaw. Pemeriksaan


Bhg Belanjawan

15
16

Taklimat Awal Bajet 2010 kepada YABMK


Mohon dan Terima Penyata Lembaran Imbangan & lain-lain penyata drp.
JANM

Kedua JUN

Kedua
JUN

Keempat
JUN

Pertama JUL
OGOS

10

17

Sedia Kertas Jemaah Menteri Mengenai Cadangan Anggaran Perbelanjaan


Persekutuan 2010

18

Penyediaan Draf Buku Bajet & Program Prestasi 2010 dan Buku Senarai
Perjawatan 2010

19

20
21
22

23

24
25
26
27

28

Sedia Kertas Perintah Ringkasan Perbelanjaan 2010


Hantar Draf Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 kpd Jab Peguam
Negara melalui Peguam Cara Perbendaharaan
Taklimat mengenai Bajet 2010 kepada Jemaah Menteri
Tarikh akhir penghantaran draf akhir dokumen Bajet kepada PNMB

Menyelia penyediaan dokumen Bajet 2010 di PNMB

Dokumen Bajet 2010 siap dicetak dan dihantar ke Parlimen


Pengedaran Buku Bajet 2010, Buku Senarai Perjawatan 2010 & Kertas
Perintah kepada Agensi

Pertama
JUL

Keempat
OGOS

Pertama
JUL

Keempat
OGOS

Pertama
JUL

Ketiga
SEP

Kedua OGOS
Kedua SEPT
Pertama OKT
Pertama
OKT
Ketiga OKT
Ketiga/Keempat OKT
23 OKT

Ucapan Bajet 2010 oleh YAB Menteri Kewangan


Surat makluman kepada pegawai pengawal bagi perancangan awal

Sedia draf jawapan Parlimen semasa perbahasan Dasar

Ketiga
OKT

Pertama NOV
Keempat
OKT

Pertama
NOV

29

Jawapan Perbahasan Dasar Bajet 2010 oleh YB Menteri-Menteri di Dewan


Rakyat

Kedua NOV

30

Agensi mengemukakan Perjanjian Program yang dikemaskini dan


ditandatangani kepada BRO

Ketiga NOV

31

Agensi mengemukakan Unjuran Keperluan Aliran Tunai Perbelanjaan


Mengurus dan Pembangunan Tahun 2010

Ketiga NOV

32

33
34
35
36
37
38

Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Di Dewan Rakyat

Usul DE diluluskan oleh Dewan Rakyat


Pembentangan Bajet 2010 di Dewan Negara
Terima surat kelulusan Usul DE drpd Parlimen
Waran Am DE 2010 dihantar kepada Akauntan Negara
Draf Jawapan kepada Perbahasan Dasar Bajet 2010 di Dewan Negara
Jawapan perbahasan oleh YB Menteri di Dewan Negara

Ketiga
NOV

Kedua
DIS

Kedua DIS
Ketiga DIS
Ketiga DIS
Ketiga DIS
Ketiga DIS
Ketiga/Keempat DIS

11

39
40
41
42
43

Keempat DIS

OE 2010 diluluskan oleh Dewan Negara

Keempat DIS

Terima surat Peguam Negara mengenai tarikh perwartaan Akta Perbekalan


2010

Keempat/Kelima DIS

Waran Am OE 2010 diedarkan kepada Akauntan Negara

Pertama JAN 2010

Akauntan Negara mengedarkan notis kepada semua agensi untuk


melakukan perbelanjaan

Pertama JAN 2010

Edar P/P Bil. 1/2010 Mengenai Anggaran Perbelanjaan Tahun 2010

Jadual 1.1
PENDAPATAN NEGARA BAGI TAHUN 2008-2010
Daripada hasil perbincangan tentang penyediaan belanjawan didapati kerajaan akan
membentangkan hasil dan perbelanjaan yang di sediakan untuk setiap jabatan. Jumlah yang di
peruntukan adalah berubah-ubah dari semasa ke semasa.
Berdasarkan Jadual 1.2, didapati bahawa perbelanjaan mengurus meningkat daripada tahun
2008 ke 2009, dan pada tahun 2010 perbelanjaan megurus telah di kurangkan. Ini adalah
kerana, perbelanjaan mengurus adalah berdasarkan permintaan yang di kemukakan oleh setiap
jabatan yang hanya mengikut keperluan semasa sahaja.
Malaysia - Penunjuk Kewangan dan Monetari
KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN (RM

2008

2009

2010

Hasil

159.8

158.6

159.7

Perbelanjaan mengurus

153.5

157.1

151.6

Perbelanjaan pembangunan bersih

41.9

49.0

51.3

Imbangan keseluruhan

-35.6

-47.4

-43.3

Imbangan keseluruhan (% daripada KDNK)

-4.8

-7.0

-5.6

Jumlah pembelanjaan pembangunan bersih sektor

124.4

111.3

112.3

-5.6

-6.8

-7.4

bilion)

awam
Imbangan keseluruhan sektor awam (% daripada
KDNK)
SUMBER:BANK NEGARA MALAYSIA
Jadual 1.2

12

PERUNTUKAN BAJET UNTUK SEKTOR PENDIDIKAN DARI TAHUN 2008 HINGGA 2012
Sektor pendidikan adalah kritikal, bukan sahaja sebagai satu saluran untuk melahirkan
modal insan bertaraf dunia dan mewujudkan mobiliti sosial, tetapi juga sebagai enjin
pembangunan

di

atas

kewibawaannya

sendiri.

Wawasan

Malaysia

adalah

untuk

membangunkan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan serantau dalam pendidikan


tertiari.
Kerajaan berhasrat untuk melahirkan lebih ramai para penyelidik dan ahli saintis, lebih
ramai jurutera dan ahli profesional, lebih ramai pakar dan tenaga kerja berkemahiran teknikal,
yang boleh berjaya dalam pasaran global yang semakin berdaya saing. Kedua-dua institusi
pendidikan tinggi awam dan swasta harus melengkapkan diri untuk menyahut cabaran ini.
Terdapat banyak peruntukan untuk bidang pendidikan dalam belanjawan pada setiap tahun.
Belanjawan 2008
Dalam belanjawan 2008 yang dibentangkan oleh YAB Dato Seri Abdullah b Hj Ahmad
Badawi, dengan tema Bersama membina Negara dan menikmati kemakmuran, strategi kedua
adalah memperkasa pembangunan modal insan. Dalam memperkasakan sekolah rendah dan
sekolah menengah, sebanyak RM 30 bilion diperuntukan untuk Kementerian Pelajaran
Malaysia melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan termasuklah program sekolah
cemerlang, memertabatkan profesion keguruan, merapatkan jurang pendidikan Bandar dan luar
Bandar.
Peruntukan berjumlah 500 ribu ringgit akan diberi bagi setiap sekolah kluster untuk
tujuan aktiviti kokurikulum, latihan dan pembelian peralatan pembelajaran. Kerajaan juga
memberikan pendidikan percuma untuk semua pelajar dengan memansuhkan yuran
peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia, yuran tahunan sekolah rendah dan sekolah
menengah, memberikan pinjaman buku teks untuk semua pelajar, dan memberikan uniform
percuma untuk pelajar daripada keluarga dengan pendapatan isi rumah RM1000 dan ke bawah.
Selain itu, dalam memartabatkan profesion keguruan, kerajaan telah meningkatkan
elaun guru pendidikan khas daripada 100 ringgit kepada 250 ringgit sebulan, menaikkan kadar
elaun guru ganti berkelulusan ijazah daripada 85 ringgit kepada 150 ringgit sehari,

dan

menyediakan elaun sebanyak 60 ringgit sejam bagi lepasan ijazah dan 50 ringgit sejam bagi
lepasan diploma kepada guru yang mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan.

13

Dalam memantapkan pengajian tinggi, Sebanyak 12 bilion ringgit diperuntukkan bagi


melaksanakan pelbagai projek dan program, antaranya, meningkatkan aktiviti penyelidikan,
pembangunan dan pengkomersilan di empat buah Universiti Penyelidikan, meningkatkan
peruntukan kepada Universiti Teknologi MARA bagi mencapai sasaran 200,000 mahasiswa
menjelang tahun 2010, menaik taraf serta memperluaskan Universiti Malaysia Kelantan,
Universiti Darul Iman dan Universiti Pertahanan, dan menjenamakan semula kolej komuniti
melalui penyediaan kursus di peringkat diploma, menubuhkan kolej komuniti baru dan
menggiatkan kolaborasi dengan syarikat swasta.
Terdapat beberapa peruntukan kerajaan dalam mempertingkatkan program latihan dan
kemahiran iiatu, sejumlah dua bilion ringgit telah diperuntukkan kepada pelbagai agensi latihan
kerajaan untuk meningkatkan bilangan dan kualiti pekerja terlatih selaras dengan keperluan
pasaran.

Daripada jumlah tersebut, 480 juta ringgit diperuntukkan untuk program latihan

GiatMARA dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) serta latihan kemahiran di Institut Kemahiran
Belia Negara.
Bagi meningkatkan kapasiti institusi latihan, 550 juta ringgit diperuntukkan untuk menaik
taraf politeknik dan kolej komuniti. Sejumlah 750 juta ringgit pula diperuntukkan untuk membina
sebuah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Taiping dan sebuah ILP di Marang.
Peruntukan ini juga akan digunakan untuk menaik taraf ILP dan ADTEC di seluruh negara dan
untuk membina lapan buah MRSM, empat buah IKM dan 28 pusat GiatMARA.
Bagi menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan rakyat Malaysia,
Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sehingga 5,000 ringgit ke atas yuran pengajian
diperluaskan kepada semua bidang di peringkat pasca ijazah.
Untuk penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan, kerajaan akan mempergiatkan
lagi aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan, terutamanya pengkomersilan
penemuan R&D tempatan. Bagi tahun 2008, Dana Sains diperuntukkan 230 juta ringgit dan 300
juta ringgit disediakan untuk Dana Tekno.
Selain itu, 546 juta ringgit disediakan bagi program R&D institusi penyelidikan. Untuk
memudah dan mempercepatkan pengeluaran dana R&D pertanian, sejumlah 300 juta ringgit
dipindahkan daripada baki siling Dana Sains dan Dana Tekno kepada Kementerian Pertanian.

14

Belanjawan 2009
Dalam belanjawan 2009 yang dibentangkan oleh YAB Dato Seri Abdullah b Hj Ahmad
Badawi, dengan tema Kerajaan Prihatin, strategi kedua adalah Membangunkan Modal Insan
Berkualiti. Sejumlah 47.7 bilion ringgit, yang merupakan 23 peratus daripada Bajet 2009,
diperuntukkan untuk pendidikan dan latihan. Dalam mempertingkatkan program latihan dan
kemahiran, sejumlah 2.4 bilion ringgit diperuntukkan bagi mempertingkatkan kemudahan serta
menjalankan program latihan

dan kemahiran. Daripada jumlah tersebut, 150 juta ringgit

diperuntukkan bagi menaik taraf 13 buah politeknik sedia ada dan 15 buah kolej komuniti serta
cawangan kolej komuniti.
Sejumlah dua ratus juta ringgit diperuntukkan kepada Institut Latihan Perindustrian (ILP)
dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) sedia ada serta bagi membina sebuah ILP di
Marang dan sebuah ADTEC di Taiping. Sejumlah 360 juta ringgit disediakan bagi membiayai
projek Institut Kemahiran MARA dan Institut Kemahiran Tinggi MARA, projek Kolej Pelajaran
Mara dan projek Giat MARA. Bagi membantu pelatih Giat MARA, elaun bulanan akan dinaikkan
daripada seratus ringgit kepada dua ratus ringgit.
Dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan, Kerajaan akan menambah
bilangan jururawat di hospital Kerajaan. Peruntukan 70 juta ringgit disediakan pada tahun 2009
untuk melatih 5,600 jururawat di Institusi Latihan Kejururawatan Kementerian Kesihatan
Malaysia, termasuk dua ribu pelatih di institusi latihan swasta yang diiktiraf. Untuk menyokong
pembangunan pusat pelancongan kesihatan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara,
Kerajaan akan menyediakan geran pelancaran 30 juta ringgit untuk mewujudkan pusat
latihan jururawat tidak bermotifkan keuntungan. Ini bertujuan mempertingkatkan kebolehan dan
kemahiran jururawat dan perkhidmatan berkaitan untuk menampung permintaan pasaran yang
semakin tinggi untuk jururawat berkepakaran khusus.
Dalam meningkatkan kualiti pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia diperuntukkan
31 bilion ringgit, untuk menyediakan pendidikan bagi manfaat 5.8 juta pelajar. Sejumlah 1.6
bilion ringgit disediakan bagi membiayai perluasan program sedia ada, iaitu pertambahan
perjawatan berikutan pembukaan 26 buah sekolah rendah dan 41 buah sekolah menengah
yang baru dan pertambahan perbelanjaan untuk penyelenggaraan, bantuan makanan, biasiswa,
geran per kapita dan peralatan baru.

15

Sejumlah 110 buah sekolah rendah dan 181 buah sekolah menengah baru akan dibina
bagi mengatasi masalah kekurangan

sekolah dan menggantikan sekolah-sekolah 21 yang

telah usang.
Di samping itu, 615 juta ringgit disediakan untuk penyelenggaraan sekolah dan asrama
bagi memastikan semua sekolah berada dalam keadaan bersih dan selamat. Bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di peringkat pengajian tinggi, peruntukan 14.1 bilion ringgit
disediakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Daripada jumlah ini, 8 bilion ringgit
diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus institusi pengajian tinggi awam, 627 juta ringgit
kepada Politeknik dan Kolej Komuniti serta 37 juta ringgit kepada Agensi Kelayakan Malaysia.
Sebanyak 4.4 bilion ringgit diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan, termasuk
pembinaan kemudahan klinikal dan bangunan fakulti perubatan serta menyediakan latihan
penyelidikan.

Belanjawan 2010
Dalam belanjawan 2010 yang dibentangkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak, dengan tema 1 Malaysia, Kemakmuran Bersama, strategi kedua adalah Memastikan
Pembanguann Holistik dan Mapan. Dalam meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan, kerajaan memperuntukkan lebih RM 30 bilion untuk sekolah menengah dan
sekolah rendah. Bayaran emolumen operasi pendidikan sebanyak RM 19 bilion. 2.8 bilion
ringgit untuk bantuan pelajar dan biasisiwa. 1.6 bilion ringgit untuk membina sekolah baru dan
blok gantian. 1.1 bilion ringgit untuk menaiktaraf sekolah di seluruh Negara.
Selain itu, sebanyak 32 juta ringgit untuk menigkatkan kadar literasi dan numerasi murid
sekolah rendah. Dalam usaha menggilap kemahiran tenaga kerja, kerajaan telah menyediakan
1.3 bilion ringgit untuk membiayai pengurusan dan naik taraf puliteknik dan kolej komuniti serta
peruntukan kepada tabung pinjaman untuk pelajarnya. Di samping itu, 504 juta ringgit
diperuntukkan menyelenggarakan peralatan di Intitut Latihan Industri. 438 juta ringgit juga
disediakan untuk Intitut Kemahiran MARA menaiktaraf dan pengurusan latihan.110 juta ringgit
juga disediakan untuk pusat latihan kemahiran negeri bagi kursus yang terpilih. 100 juta ringgit
untuk mempergiatkan program PERMATA.

16

Belanjawan 2011
Dalam belanjawan 2011 yang dibentangkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak, dengan tema Transformasi ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi, strategi kedua
adalah Membangunkan modal insan.
Untuk memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti,kepada pendidikan, kerajaan
menyediakan 6.4 bilion ringgit bagi membina, menaiktaraf sekolah, asrama, kemudahan dan
peralatan dan memartabatkan profesion keguruan. Di samping itu, sejumlah 213 juta ringgit
sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi dan imbuhan kepada pengetua, atau guru
besar dan guru cemerlang.
Dalam usaha memperkasakan pendidikan awal, kerajaan memperuntukkan sebanyak
111 juta ringgit untuk program PERMATA. Ini termasuk pembinaan Fasa II sekolah PERMATA
Pintar ,membina 32 buah Pusat Anak PERMATA Negara, dan membiayai operasi 52 Pusat
Anak PERMATA yang telah siap.
Selain itu, dalam memantapkan pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah,
kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 250 juta ringgit untuk sekolah bantuan modal agama,
sekolah bantuan modal jenis cina, sekolah kebangsaaan Tamil, sekolah bantuan modal
mubaligh, dan sekolah bantuan kerajaan seluruh Negara.
Sebagai mengiktiraf pendidikan Islam pula, kerajaan bersetuju membiayai bantuan per
kapita untuk sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak 95 juta
ringgit. Selanjutnya bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar yang kompeten dan berkualiti
yang dapat membimbing pelajar sekolah dengan sebaiknya, sekolah dengan sebaiknya,
kerajaan menyediakan 576 juta ringgit dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin
melanjautkan pelajaran.
Sejumlah 213 juta ringgit pula untuk mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia,
mempersadakan Bahasa Inggeris, dan mengemaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Untuk memperkasakan institusi pengajian tinggi bertaraf dunia, kerajaan menyediakan
20 juta ringgit untuk menambah peratusan staf berkelulusan PhD di university dan menambah
baik peluang kenaiakan pangkat pensyarah di IPTA.
Kerajaan menyediakan 60 juta ringgit bagi mempergiatkan lagi Program Industrila Skill
Enhancement Programme di Pusat Latijan Kemahiran Negeri dalam usaha mempergiat
17

program latihan dan kemahiran. Selain itu, sebanyak 220 juta ringgit untuk memastikan
siswazah jurusan lain memperkembangkan kompentensi dan kebolehpasaran mereka. 50 jiuta
ringgit juga diperuntukkan untuk Multimedia Development Corporation untuk melatih graduan
dalam bidang ICT untuk menigkatkan kebolehpasaran dan memenuhi keperluan dalam industry
ICT Negara.
Sebagai tambahan, sebyak 474 juta ringgit disediakan untuk golongan bukan siswazah
untuk meningkatkan roduktiviti dan latihan di bawah pelbagai industry kemahiran.
Seperkara yang penting, Negara memerlukan tenaga pekerja yang sentiasa menmabah
ilmu penegetahuan dan kemahiran yang sedia ada. Sehubungan dengan itu, 500 juta ringgit
disediakan untuk program latihan 1 Malaysia.
Belanjawan 2012
Dalam belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak, dengan tema Dasar Transformasi Nasiaoan : Bajet Membela Rakyat Mensejahterakan
Negara, strategi kedua adalah Mengungguli modal insan, mencerna kreativiti dan mencetus
inovasi.
Ilmu pengetahuan adalah tonggak kepada pembikinan sebuah tamadun dan pelapik
asas bagi mencapai kecemerlangan. Dengan itui kecemerlangan. Dengan itu, kerajaan
menyediakan 1.9 bilion ringgit untuk pembangunan semua jenis sekolah di seluruh Negara.
Sebagai tambahan 1 bilion ringgit juga diperuntukkan kapada kerja-kerja penyelenggaraan,
pembaikan, pembelian alatan dan pembinaan bangunan baru untuk semua sekolah-sekoah
yang layak di seluruh Negara.
Selain itu, segala jenis yuran untuk sekolah rendah dan sekolah menengah akan
dimansuhkan bagi menjadikan pendidikan percuma. Pemansuhan ini melibatkan peruntukan
sebanyak 150 juta ringgit.
PENUTUP
Kesimpulan daripada hasil perbincangan ini mendapati bahawa penyediaan belanjawan
adalah amat penting untuk pembangunan negara. Sektor pendidikan adalah salah satu sektor
yang sentiasa menerima peruntukan yang tertinggi berbanding daripada sektor lain. Kerajaan
amat mengambil berat tentang keperluan yang tinggi kepada sektor pendidikan demi untuk
kesejahteraan masa depan pelajar-pelajar.
18

Rujukan :
Belanjawan 2008 Diperoleh daripada http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub08.pdf
Di muat turun pada 19 November 2011
Belanjawan 2009 Diperoleh daripadahttp://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub09.pdf
Di muat turun pada 19 November 2011
Belanjawan 2010 Diperoleh daripadahttp://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub10.pdf
Di muat turun pada 19 November 2011
Belanjawan 2011 Diperoleh daripadahttp://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub11.pdf
Di muat turun pada 19 November 2011
Belanjawan 2012 Diperoleh daripadahttp://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub12.pdf
Di muat turun pada 19 November 2011
Ibrahim Tambhy Chek dan Rosli Samat (2006). Perakaunan Dalam Organisasi Pendidikan.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

19

You might also like