You are on page 1of 13

1.

PENGENALAN.

Pembahagian Kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil "Separation of Powers" merupakan satu doktrin dalam pemerintahan
demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang utama : Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif)
dan Kehakiman.
Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya kezaliman (tyranny), di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi)
dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara
membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa tersebut.
Konsep Pembahagian Kuasa (juga lebih dikenali sebagai Konsep Pengasingan Kuasa) bermula sejak zaman Yunani lama. Aristotle
berminat dengan kerajaan gabungan berkomposisi monarki, aristokrasi, dan demokrasi, melihatkan setiap elemen secara sendirinya
tidak mampu menjalankan operasi kerajaaan secara sendirian, tetapi campuran ketiga-tiga elemen mengambil aspek terbaik dari
elemen masing-masing. Pada 1656, James Harrington dalam bukunya Oceana, telah mengemaskinikan idea tersebut dan
mencadangkan sistem berdasarkan konsep ini. John Locke, dalam "Civil Government, second treatise" pada 1690, telah
membahagikan kuasa kerajaan kepada dua iaitu eksekutif dan legislatif. Manakala, Montesquieu dalam karyanya "Spirit of the Laws"
telah mengembangkan idea Locke, dengan menambahkan cabang kehakiman. Dikatakan orang Inggeris mewujudkan kaedah sebenar
pembahagian kuasa ini dengan lebih formal, yang mereka gelar sebagai Instrumen Kerajaan.
Di bawah pembahagian kuasa, kerajaan dipecah kepada tiga cabang, iaitu Badan Legislatif atau penggubal undang-undang, Badan
Eksekutif atau pentadbir kerajaan berdasarkan undang-undang dan Badan Kehakiman atau pelaksana undang-undang
Cabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satu cabang dengan lain. Misalnya hakim
dilantik oleh ketua Eksekutif, manakala undang-undang yang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman
untuk membuat keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan undang-undang tersebut.
Doktrin ini juga diperteguhkan lagi dengan elemen semak dan seimbang iaitu setiap badan mempunyai kuasa yang terhad dan boleh
memeriksa serta menghadkan kuasa badan yang lain. Oleh itu, seorang Hakim walaupun dilantik oleh ketua Eksekutif boleh
menjatuhkan hukuman undang-undang kepada ketua eksekutif tersebut kerana badan kehakiman mempunyai kebebasan kehakiman
dan para hakim dilindungi oleh kekebalan kehakiman. Sekiranya elemen ini tiada, maka pembahagian kuasa sekadar nama sahaja.
Doktrin pembahagian kuasa amat nyata di negara Amerika Syarikat. Di sana setiap badan saling memeriksa penyalahgunaan kuasa
satu sama lain. Malah, setiap badan mempunyai elemen semak dan seimbangnya masing-masing. Misalnya polis boleh disoal siasat
oleh satu badan bebas yang lain. Disamping itu, badan legislatif di kebanyakan negara adalah dwidewan misalnya di Malaysia yang
mempunyai dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dua dewan ini adalah penting untuk memastikan semak dan
seimbang dilaksanakan dalam penggubalan undang-undang.
Sistem Semak dan Seimbang merupakan satu elemen demokrasi di mana setiap cabang kerajaan diberi kuasa untuk menghadkan
cabang kerajaan yang lain. Secara teorinya melalui sistem ini, tiada suatu cabang boleh mempunyai kuasa yang mutlak dalam
pentadbiran sesebuah negara. Setiap cabang berkuasa untuk menyemak cabang-cabang yang lain untuk memastikan kuasa diagihkan
secara seimbang dan samarata diantara ketiga-tiga cabang iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman

2.0 RASIONAL DOKTRIN PENGASINGAN KUASA.


2.1 Mengelakkan pertindihan bidang kuasa iaitu pihak yang sama tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu
kuasa.
Secara logiknya, dalam konsep pemerintahan sesebuah negara terdapat badan-badan tertentu bertanggungjawab melaksanakan halhal berkaitan bidangnya sahaja. Tidak mampu, malah akan menyebabkan timbulnya kelemahan tertentu dalam pentadbiran sesuatu
badan sekiranya mempunyai bidang kuasa yang terlalu banyak. Contohnya badan Eksekutif tidak boleh mencampuri bidang yang

diuruskan oleh badan perundangan ini adalah kerana badan perundangan bertanggungjawab dalam pembentukan sistem undangundang negara manakala badan Eksekutif menguruskan hal-hal berkaitan dengan pentadbiran di peringkat persekutuan atau negeri
dengan erti kata lain mempunyai bidang kuasa memerintah sahaja.
Dalam badan Eksekutif juga terdapat pembahagian kuasa antara pentadbiran di peringkat persekutuan dan negeri. Sekiranya tidak
berlaku pengasingan kuasa antara kedua-dua pentadbiran ini, mana mungkin kerajaan dapat menjalankan pentadbiran sesebuah negeri
kerana tidak semua negeri diperintah oleh parti kerajaan, terdapat juga parti pembangkang yang menang dalam pilihanraya di
peringkat negeri akan memerintah negeri tersebut. contohnya kerajaan negeri Kedah yang diperintah oleh Parti Islam Semalaysia
(PAS) setelah menang dalam pilihanraya umum 2008, parti yang memerintah ini boleh merancang dasar untuk negeri tersebut asalkan
tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sekiranya badan-badan ini diletakkan dibawah satu pengurusan kemungkinan akan berlaku masalah-masalah tertentu yang
melibatkan kepentingan di sebelah pihak sahaja. Malaysia diperintah oleh parti yang menang majoriti selepas pilihan raya, badan
eksekutif di peringkat persekutuan dan negeri tidak boleh mencampuri urusan badan perundangan dan kehakiman, bidang-bidang ini
memerlukan kepakaran ahli-ahli dalam memastikan setiap undang-undang yang digubal dan dilasanakan berkesan. Badan eksekutif
hanya berkemampuan dalam memutuskan dan merumuskan dasar serta memastikan agensi, jabatan yang dikhaskan melaksanakan
tanggungjawab dalam bidang masing-masing.
Begitu juga dengan Badan Kehakiman yang hanya bertanggungjawab dalam soal memberi keadilan, menyemak undang-undang,
memastikan undang-undang tidak bercanggah dengan perlembagaan persekutuan dan boleh membatalkan tindakan parti pemerintah
yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan atau negeri. Badan ini tidak boleh sama sekali disatukan kuasanya dengan badan
eksekutif, tetapi ianya sedikit sebanyak berkait rapat dengan badan perundangan.

2.2 Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah badan tertentu.
Sekiranya kuasa pentadbiran badan Eksekutif, Legislatif dan Judisiari dipusatkan dalam satu badan sajaha kemungkinan akan
berlaku penyelewengan atau penyalahgunaan sehingga boleh menyebabkan undang-undang hanya memihak dan menguntungkan
pihak pemerintah disamping kemungkinan akan berlakunya penindasan terhadap rakyat. Contohnya dalam badan Eksekutif, kuasa
Perdana Menteri atau kabinet merangka dasar kerajaan serta memberikan arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan di peringkat
persekutuan dan negeri selain memberi nasihat kepada YDPA serta membincangkan masalah-masalah semasa yang wujud dalam
pemerintahan manakala bagi Legislatif adalah kuasa bagi parlimen dalam proses penggubalan undang-undang yang mana melibatkan
Jabatan Peguam Negara, sekiranya Perdana Menteri atau menteri-menteri yang berkuasa dalam proses penggubalan undang-undang
semestinya akan berlaku masalah seperti penyalahgunaan kuasa yang boleh merosakkan institusi pentadbiran negara kita.
Begitu juga dengan badan Kehakiman yang mana perlantikan hakim-hakim mahkamah persekutuan atau mahkamah tinggi dilantik
oleh YDPA dengan nasihat Perdana Menteri atas nasihat Majlis Raja-Raja namun Perdana Menteri perlu meminta fikiran Ketua
Hakim Negara. Jesteru itu, hakim-hakim ini hanya bertanggungjawab untuk berlaku adil dalam perbicaraan di mahkamah. Selain itu,
terdapat Etika Hakim 1994 bertujuan memastikan hakim-hakim berkelakuan jujur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugastugasnya. (Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim, 2009). Dengan ini, Doktrin
Pengasingan Kuasa dapat mengurangkan masalah-masalah seperti penyalahgunaan kuasa kerana Eksekutif tidak mempunyai kuasa
dalam badan Legislatif begitu juga dengan badan Judisiari.

2.3 Membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh badan yang lain. Secara tidak langsung
membolehkan setiap badan berfungsi dengan lebih efisyen.

Keberkesanan dalam pembahagian kuasa-kuasa pentadbiran berlandaskan Doktrin Pengasingan Kuasa secara tak langsung dapat
memudahkan badan-badan seperti Eksekutif, Legislatif dan Judisiari menjalankan tanggungjawab masing-masing. Selain itu, tidak
akan berlaku campur tangan secara langsung dalam bidang kuasa antara satu sama lain disamping dapat mengukuhkan pemerintahan
negara dengan dasar-dasar yang dilaksanakan di setiap peringkat badan-badan berkenaan. Badan Pemerintah iaitu Eksekutif sama ada
di peringkat persekutuan atau negeri mempunyai bidang kuasa memerintah, badan ini bertanggungjawab menjalankan urusan-urusan
pemerintahan dan pentadbiran dan tidak melibatkan diri dalam urusan dan hal ehwal kehakiman mahupun perundangan. Bab ini
mempunyai penjawat-penjawat awam yang tertentu di kedua-dua peringkat iaitu persekutuan dan negeri. Selain itu badan ini hanya
berperanan melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh Badan Perundangan sama ada oleh Parlimen (di peringkat
persekutuan) atau Dewan Undangan Negeri (di peringkat negeri). (Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin,
Ahmad Sohaimi Lazim, 2009).
Legislatif pula hanya berfungsi menggubal, meminda dan meluluskan undang-undang. Undang-undang dan peraturan ini akan
dijadikan panduan badan Eksekutif sama ada di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri untuk menjalankan pentadbiran
negara. Bagi badan Kehakiman atau Judisiari pula, hanya bertanggungjawab dalam soal kehakiman yang mana hanya berperanan
sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada sebarang pencabulan sama ada oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan.
(Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim, 2009). Bagi menjamin badan Eksekutif tidak
menyalahgunakan kuasa dengan menggubal undang-undang sesuka hati, dengan ini telah menjadi tanggungjawab Badan Kehakiman
mengawasi supaya undang-undang tersebut tidak bertentangan dengan peruntukan dalam bahagian 6 bab 1 Perlembagaan
Persekutuan.
Bidang kuasa yang berlainan antara ketiga-tiga badan ini menjalankan kuasa pentadbirannya dengan cekap dan berkesan sekiranya
tidak berlaku campurtangan badan lain khususnya antara badan Eksekutif dan badan kehakiman dalam pentadbiran sesebuah negara.

3.0

KONSEP PEMBAHAGIAN KUASA

Struktur Pemerintahan Kerajaan Malaysia

Yang di-Pertuan Agong

Perundangan

Eksekutif

Kehakiman

Parlimen

Perdana Menteri

Ketua Hakim

Dewan Negara

Jemaah Menteri

Mahkamah

Dewan Rakyat

Kementerian

3.1

BADAN PERUNDANGAN

Badan perundangan adalah sejenis majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa untuk menggubal, meminda dan
meratifikasi undang-undang. Sesuai dengan sifat Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan, kuasa perundangan, dibahagikan antara
badan perundangan persekutuan, iaitu parlimen dan badan-badan perundangan di negeri-negeri, yang dikenali Dewan Undangan
Negeri. Peranan badan perundangan dalam demokrasi harus dihuraikan dengan melihat fungsi-fungsi uatamanya.Secara umum dewan
perundangan mempunyai empat fungsi utama. (Abdul Aziz Bari, 2008: 50). Yang pertama ialah membuat undang-undang. Fungsi
kedua pula meletakkan dewan perundangan sebagai institusi yang memantau pihak eksekutif. Seperti yang telah dijelaskan fenomena
ini sangat jelas dalam konteks negara-negara Westminster. Fungsi ketiga dewan perundangan ialah mengawal perbelanjaan. Oleh
sebab rakyat membayar cukai mereka berhak memastikan bahawa wang awam dibelanjakan mengikut undang-undang. Daripada satu
sudut, fungsi yang ketiga ini sebenarnya termasuk didalam fungsi utama yakni membuat undang-undang. Fungsi dewan perundangan
yang keempat pula ialah menyediakan kesempatan bagi pendapat umum. Fungsi ini menekankan peranan dewan perundangan sebagai
perantara rasmi antara pihak berkuasa dengan rakyat terbanyak.
Parlimen atas sifatnya sebagai sebuah institusi, secara kolektif boleh menghukum sesiapa yang, pada penghakiman Parlimen, telah
menghinanya. Selain itu apa-apa keputusan mengenai perbahasan dan prosiding di dalam Parlimen adalah muktamad dan tidak boleh
dipersoalkan oleh mahkamah. Dewan Negara adalah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat
yang tertinggi di Malaysia. Dewan Negara merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen, satu laginya dikenali
sebagai Dewan Rakyat. Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh
Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum akhirnya dihantar kepada Yang diPertuan Agong untuk perkenan Baginda.
Manakala Dewan Rakyat merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen Malaysia. Semua rang undang-undang perlulah
diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan
Agong untuk mendapat perkenan diraja. Status Dewan Rakyat diterangkan di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
"Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan
dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat." Kuasa memanggil dewan bersidang dijelaskan di
dalam Perlembagaan sebagai hak dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Baginda tidak boleh membiarkan enam bulan dari
tarikh terakhir persidangan berlalu tanpa ada tarikh tetap untuk sesi bersidang seterusnya Parlimen dan Ahli Yang Berhormat. (Noor
Aziah Mohd Awal, 2005 : 15)

3.2

BADAN EKSEKUTIF

Badan Eksekutif berfungsi sebagai badan pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan. Ia
berperanan melaksanakan undang-undang dan pentadbiran mengikut undang-undang dan perlembagaan. Badan Eksekutif merupakan
badan pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan.

Pada hakikatnya kebanyakan kuasa

eksekutif terletak kepada Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri untuk
menjalankannya. Perlantikan Jemaah Menteri adalah bertujuan untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam menjalankan tugastugasnya. Pada dasarnya Jemaah Menteri atau Kabinet di Malaysia terdiri daripada :
3.2.1 Perdana Menteri
Perdana Menteri adalah merupakan ketua kepada Jemaah Menteri yang dilantik dan merupakan jawatan yang terpenting di
Malaysia. Lantikan jawatan ini kepada seseorang yang berkelayakan adalah berdasarkan kepada budibicara Yang Di-Pertuan Agong.
Beliau hendaklah merupakan seorang ahli Dewan Rakyat dan dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong, yang pada pendapat baginda
beliau akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat. Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk mencalonkan

sesiapa sahaja untuk dilantik oleh YDPA sebagai menganggotai kabinetnya. Selaku Ketua Kabinet, maka Perdana Menteri juga akan
mempengerusikan mesyuarat yang diadakan setiap minggu sekali sebagaimana yang ditetapkan. Oleh yang demikian, perjalanan
mesyuarat tersebut akan dikendalikan dan dikuasai oleh Perdana Menteri sepenuhnya. (Malaysia Kita, 2004 : 212)
Perdana Menteri juga berperanan sebagai ketua pentadbir negara yang mempunyai kata putus dalam menentukan dasar-dasar
yang diperkenalkan oleh kerajaan. Untuk melayakkan seseorang menjadi Perdana Menteri, maka beliau hendaklah merupakan seorang
ketua parti yang memerintah negara pada masa yang material. Keadaan ini diputuskan melalui perolehan kerusi yang terbanyak dalam
Dewan Rakyat selepas tiap-tiap kali pilihanraya dijalankan. Beliau akan memegang jawatannya selagi beliau mendapat kepercayaan
(confidence) sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat. Sekiranya kepercayaan ini sudah gagal beliau perolehi, maka terdapat dua cara
yang perlu dilakukannya ; meletak jawatan bersama-sam menteri kabinetnya atau membubarkan Parlimen dengan persetujuan YDPA.
Walaubagaimanapun, YDPA boleh, dengan kuasa yang ada padanya untuk memecat seseorang Perdana Menteri yang enggan
meletakkan jawatannya sekiranya Perdana Menteri tersebut sudah hilang kepercayaan oleh sebilangan ahli dewan yang lain melalui
undi tidak percaya yang dijalankan terhadapnya dan YDPA sendiri tidak bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri untuk
membubarkan Parlimen. Boleh dikatakan bahawa kuasa-kuasa Perdana Menteri adalah kebanyakannya tersirat dalam konvensyen dan
dan hanya beberapa keadaan sahaja ianya terdapat dala Perlembagaan Persekutuan. (Abdul Aziz Bari, 2008 : 37)
3.2.2

Timbalan Perdana Menteri

Jawatan ini adalah merupakan suatu jawatan yang tiodak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan secara khusus, namun
ianya adlah terletak di bawah suatu konvensyen. Beliau akan menjalankan tugas-tugas Perdana Menteri semasa ketiadaan Perdana
Menteri dan beliau juga akan mengambilalih tempat Perdana Menteri sekiranya Perdana Menteri meninggal dunia semasa masih
dalam jangka tugas jawatannya
.

3.2.3

Menteri-Menteri Lain Dalam Kabinet

Tanggungjawab menteri-menteri Kabinet adalah merupakan suatu konvensyen perlembagaan yang penting di negara kita
yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Antara tanggungjawab mereka adalah :
i)

Tanggungjawab menteri secara individu terhadap Parlimen


Tanggungjawab ini terkandung dalam dua aspek iaitu setiap menteri adalah bertanggungjawab kepada Parlimen atas segala

tindakan peribadinya dan setiap menteri adalah bertanggungjawab kepada Parlimen atas segala tindakan atau ketinggalan yang
dilakukan oleh kementeriannya atau kakitangan dan pegawai-pegawai atasan kementeriannya. Oleh yang demikian, setiap menteri
tidak patut terlibat dalam sebarang perbuatan yang boleh menjatuhkan meruah Parlimen seperti skandal seks, rasuah atau salahguana
kuasa. Beliau juga mestilah memantau segala perjalanan kementeriannya bagi memastikan ianya sejajar dengan kehendak yang telah
ditentukan oleh perundangan dan pemerintahan negara.

ii)

Tanggungjawab Kabinet atau Jemaah Menteri secara kolektif atau bersesama terhadap Parlimen

Tanggungjawab ini merupakan suatu tanggungjawab yang bersifat bergerak secara berjamaah atau satu pasukan dalam
memastikan kesinambungan pembangunan negara akan dapat dicapai dengan jayanya. Garis panduan tanggungjawab ini adalah
merupakan suatu konvensyen yang telah dikanunkan. Mereka juga bertindak dalam memberikan persetujuan dan sokongan terhadap
segala dasar dan keputusan yang dibuat oleh kabinet. Sekiranya mereka tidak berpuashati terhadap dasar tau keputusan tersebut
mereka hendaklah samada menerima keputusan yang dibuat atau meletakkan jawatannya sebagai menteri kabinet. Mereka juga
bertanggungjawab secara kolektif dan bersesama dalam meletakkan jawatan apabila suatu undi tidak percaya terhadap seseorang
Perdana Menteri telah dilakukan atau keputusan Perdana Menteri meletakkan jawatan telah berlaku.

3.2.4

Peranan Ahli Parlimen

Mereka juga bertanggunjawab dalam soal-jawab dalam Parlimen. Mereka berhak menyoal menteri yang berkenaan tentang
hal-ehwal dan perjalanan dalam kementeriannya. Mereka juga berperanan dalam mengambil bahagian dalam perdebatan atas titah
ucapan Di Raja mengenai belanjawan dan laporan Jawatankuasa Akaun Umum atau Awam. Seterusnya, mereka juga berhak
mengemukakan suatu usul di Parlimen meminta apa-apa perkara yang menyentuh dan melibatkan pentadbiran kerajaan semasa suatu
ucapan penangguhan pada akhir suatu persidangan Parlimen untu hari yang berkenaan. Namun demikian, ucapan penangguhan tidak
boleh dilakukan dalam mesyuarat pertama persidangan Parlimen atau dalam mesyuarat di mana suatu rang undang-undang perbekalan
sedang dipertimbangkan di Parlimen. Usul yang boleh dikemukan oleh setiap ahli Parlimen untuk dibahaskan dengan segera
hendaklah melibatkan kepentingan awam. Walaubagaimanapun, ianya tertakluk kepada syarat-syarat berikut iaitu :
a)

Perkara

yang

hendak

dibincangkan

itu

hendaklah

suatu

perkara

yan

perlu

disegerakan

b) Hanya perkara yang tertentu sahaja yang boleh dibincangkan.


c) Ianya mestilah perkara yang melibatkan kepetingan awam. Walaubagaimanapun,

kebenaran YDPA hendaklah diperolehi

terlebih dahulu sebelum ianya dapat diteruskan.


3.3

BADAN KEHAKIMAN

Berbanding dengan kedua-dua cabang eksekutif dan perundangan, kehakiman adalah satu-satunya kuasa yang diletakkan
kesemuanya kepada persekutuan ; kecuali hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hukum syariah. Kehakiman merupakan badan yang
bertanggungjawab mentafsir dan melaksanakan undang-undang. Badan ini juga dikenali sebagai sistem perundangan dan ahlinya
terdiri dari para hakim dan majistret yang biasanya dilantik oleh Ketua negara masing-masing. Mereka juga biasanya menjalankan
tugas di mahkamah dan bekerjasama dengan pihak berkuasa terutamanya polis dalam menegakkan undang-undang. Kedudukan dan
peranan kehakiman dalam konteks doktrin pengasingan kuasa amat penting kerana ia menjadi pengadil bila berlaku pertikaian
warganegara dengan pihak pemerintah. Apabila kita bercakap soal kehakiman, secara lansung ia menyentu para hakim kerana
merekalah yang sebenarnya menjalankan kuasa kehakiman. Menurut Abdul Aziz Bari (2008), Kuasa kehakiman diterangkan oleh
bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Suffian sebagai kuasa yang mendengar dan mengadili pertikaian. (Halaman 60).

Terdapat beberapa peranan yang dimainkan oleh badan kehakiman di negara kita. Antara peranan-peranan kehakiman ialah
mentafsir undang-undang, mengadili tindakan-tindakan sivil, mengadili pendakwaan jenayah, mendengar rayuaan dari mahkamah
bawahan, membuat dekri hal ehwal keluarga, pengurusan pusaka dan mengeluarkan waran tangkap. Peranan dan fungsi badan
kehakiman berbeza daripada eksekutif atau anggota-anggota Kabinet, kerana kehakiman tidak dipilih oleh rakyat. Dengan ini
bermakna, mereka tidak perlu terikat dengan tuntutan kebertanggungjawaban. Sebelum ini dibincangkan mungkin perlu ditekankan
bahawa ketanggungjawaban adalah tuntutan yang relevan untuk semua institusi dan agensi awan yang dibiayai oleh wang awam,
memiliki kuasa awam dan semumpanya. Yang berbeza Cuma cara tuntutan itu dilaksanakan dan implikasinya. ( Abdul Aziz Bari,
2008 : 67)

4.0 CIRI DOKTRIN PENGASINGAN KUASA DAN PEMAKAIANNYA DI MALAYSIA

4.1 CIRI-CIRI DOKTRIN PENGASINGAN KUASA

Pembahagian kuasa atau dalam bahasa Inggeris disebut separation of powers merupakan satu doktrin dalam pemerintahan
demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang utama iaitu Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif)
dan Kehakiman. Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya kezaliman (tyranny), di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa
(atau fungsi) dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma)
dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa tersebut.
4.2 Terdapat Pemisahan Kuasa Antara Tiga kelompok iaitu Perundangan, Eksekutif dan kehakiman.
Di Malaysia, selari dengan sebagai sebuah Negara yang mengamalkan prinsip demokrasi dimana pengasingan kuasa telah di
bahagikan kepada tiga cabang atau organ kerajaan iaitu badan perundangan (legislatif), badan pentadbiran (eksekutif) dan badan
kehakiman (judisiari). Tujuan pemisahan kuasa ini adalah mengelakkan atau menghindari berlakunya kezaliman, dimana dikatakan
doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujudkan dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari
kemaharajalelaan dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang antara kuasa tersebut.
4.2.1 Badan Perundangan
Badan perundangan atau legislatif adalah badan yang hanya membuat undang-undang dan tidak membuat penghakiman.
Badan Perundangan atau Parlimen Persekutuan dianggotai oleh YDPA, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Semua undang-undang
yang di bawa ke Parlimen mesti diluluskan oleh ketiga-tiga komponen tersebut. Keahlian bagi Dewan Negara dipilih oleh YDPA
mengikut kepakaran bidang masing-masing manakala Dewan Rakyat dipilih melalui rakyat melalui pilihanraya. (Pentadbiran dan
Pengurusan Awam Malaysia, 2006). Parlimen berfungsi antara lain sebagai badan yang meluluskan undang-undang persekutuan,
membuat pindaan atau memansuhkan undang-undang persekutuan mengenai percukaian dan belanjawan tahunan Negara. Parlimen
juga menjadi forum untuk membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan nasional. Kedua-dua dewan berkuasa untuk
menggubal prosedur dan mempunyai kuasa mutlak ke atas prosiding masing-masing dan kuasa ini tidak boleh dicabar di mana-mana
mahkamah. Dewan juga boleh mengenakan hukuman ke atas sebarang perlanggaran hak keistimewaan atau contempt di dalam dewan
tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali dari tindakan mahkamah, sama ada atas kesalahan sivil atau jenayah bagi apa yang
diperkatakan di dalam dewan dan pengecualian ini diberikan kepada sesiapa yang bertindak bagi pihak dewan tersebut. Parlimen
merupakan badan perundangan tertinggi Negara dan undang-undang yang diluluskan akan berkuatkuasa di seluruh Negara. Parlimen
akan terus berjalan untuk tempoh lima tahun bermula dari tarikh mesyuarat pertamanya, iaitu selepas pilihanraya umum. (Chamil
Wijaya, 2009).
4.2.2 Badan Eksekutif.
Badan eksekutif berperanan menjalankan kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada. Badan
Eksekutif ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak membuat undang-undang dan penghakiman. Mengikut Perkara 39,
Perlembagaan Persekutuan, kuasa eksekutif bagi persekutuan adalah terletak pada YDPA sebagai Ketua Negara dan kuasa ini boleh
dijalankan oleh YDPA atau Jemaah menteri atau mana-mana menteri yang diberi kuasa.
4.2.3 Badan Kehakiman.
Badan Kehakiman ialah badan yang menjalankan kuasa kehakiman di Negara ini. Badan ini hanya mentafsir undang-undang
dan menjalankan penghakiman. Mengikut Perkara 121 (1), Perlembagaan Persekutuan, kuasa kehakiman bagi persekutuan terletak di
bawah mahkamah Atasan yang terdiri daripada mahkamah Persekutuan, mahkamah Rayuan, Mahkamah tinggi Malaya dan
Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, manakala Mahkamah Rendah pula terdiri dari Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret dan
mahkamah Juvenil. Kuasa badan kehakiman di Malaysia diperuntukkan dalam Perkara 121 (1), Perlembagaan Persekutuan. Fungsi
badan kehakiman ada dinayatakan dalam Perkara 121 hingga 131 (A). mahkamah Persekutuan merupakan autoriti kehakiman yang
tertinggi di Malaysia. Ia ditubuhkan di bawah Perkara 121 (2), Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah mempunyai kuasa seperti
berikut:

Kuasa mentafsir perlembagaan negeri.

Kuasa mentafsir sesuatu undang-undang.

Kuasa mengisytiharkan sesuatu undang-undang bertulis persekutuan dan negeri,

Kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah dari segi undang undang.

4.3 Setiap cabang kuasa dianggotai dan dikuasai oleh orang atau kelompok yang berbeza
4.3.1 Badan perundangan.
Kepentingan Dewan Rakyat bukan sahaja dari segi demokrasi, tetapi juga peranannya dalam menubuhkan Kabinet yang
bertindak sebagai kuasa eksekutif Negara. Keahlian Dewan Rakyat yang berjumlah 222 orang orang itu dipilih sepenuhnya secara
demokratik menerusi undi popular pada pilihanraya umum yang diadakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau apabila
terdapat kekosongan berikutan kematian atau peletakkan jawatan menerusi pilihan raya kecil yang nesti diadakan dalam masa 60 hari
dari tarikh kekosongan itu berlaku. (Chamil Wijaya, 2007).
Bagi Dewan Negara pula, mengikut Perkara 45 Perlembagaan terdapat dua kategori keanggotaan bagi Dewan Negara. Kelompok
pertama adalah mewakili bagi negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan. Kelompok seterusnya terdiri daripada orang-orang yang telah
berjasa cemerlang dalam perkhidmatan awam atau telah mencapai kepujian dalam lapangan profesyen, perdagangan, perusahaan,
pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat atau yang mewakili kaum-kaum yang kecil bilangannya atau
mempunyai kebolehan mewakili kepentingan orang asli. (Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, 2007)
4.3.2 Badan Eksekutif.
Badan ini diketuai oleh seorang Perdana menteri, ahlinya terdiri daripada menteri yang bertanggungjawab ke atas
kementerian masing-masing. Kebanyakan ahli jemaah menteri terdiri daripada ahli dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Dalam konteks Sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen, ahli jemaah menteri secara kolektif bertanggungjawab terhadap
segala keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri. Seseorang Jemaah Menteri perlu mempertahankan keputusan yang telah
dipersetujui oleh Jemaah menteri apabila dibahaskan di Parlimen. Peranan menteri penting kerana beliau akan mebawa usul atau rang
undang-undang kerajaan untuk dibincangkan dan diluluskan di Parlimen.
4.3.3 Badan kehakiman.
Peranan judisiari adalah untuk menjadi penyemak dan pengimbang dua lagi kuasa Negara iaitu eksekutif dan legislatif.
Badan ini boleh bertindak sebagai institusi bebas dan berkecuali dan dapat dilihat pada kedudukannya yang tidak memihak dan bebas
daripada kawalan badan perundangan dan eksekutif. (Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia, 2006).
4.4 Mesti berlaku check and balance antara satu sama lain mengikut peranan masing-masing.

Seperkara yang tidak dapat dipisahkan dalam membicarakan topik Doktrin Pengasingan Kuasa ialah Konsep 'Check &
Balance' (Kawalan dan Imbangan). Ia membawa maksud bahawa ketiga-tiga cabang pemerintahan itu mestilah berdiri sama tinggi
duduk sama rendah.Tidak boleh satu pihak menguasai kehendak pihak yang lain. Ditakuti berlakunya pengaruh tak berpatutan dan
menimbulkan ketidakadilan akibat pemusatan kuasa ke satu-satu cabang pemerintahan itu.

Umpama orang yang hendak bina rumah jika tiang-tiang yang ada tak sama panjang atau saiznya tentu tak jadi; kalau jadipun tentu
tak molek.Lebih-lebih lagi jika tiang-tiang itu dah buruk dan reput. Bak kata Loa Tzu falsafah Taoist:

'Kurang
berlebihannya

pemimpin
pemimpin

melakukan
bersifat

atau

berkota

angkuh

dan

rakyatnya.'

sesuatu
bercakap

lebih
besar

gembiralah

rakyatnya;

lebih

malanglah

Petikan ini mungkin benar jika berlaku pemusatan kuasa akibat gagalnya DoktrinPengasingan Kuasa dan tiada konsep 'Check &
Balance' (Kawalan dan Imbangan Kuasa Perlembagaan Persekutuan - Perkara 122B juga memperuntukkan bahawa perlantikan
kehakiman ke mahkamah-mahkamah Tertinggi adalah dibuat oleh pihak Eksekutif yang menunjukkan ada kawalan tidak langsung
terhadap badan kehakiman. Pihak Eksekutif pula dikawal oleh Parlimen dan bertanggungjawab kepadanya.Oleh yang demikian sistem
pengasingan kuasa berserta dengan Konsep Kawalan dan Imbangan nampak kepentingan dalam mengelakkan pemusatan kuasa
pemerintahan di dalam tangan sesuatu kumpulan tertentu sahaja. (Hapriza Ashari, 2003).

4.5 Setiap cabang kuasa tidak boleh di ganggu, campurtangan atau dipengaruhi oleh cabang kuasa lain.
Perkara pokok tentang pengasingan kuasa ialah untuk menentukan supaya orang atau badan yang sama tidak
dipertanggungjawabkan untuk mengubal undang-undang dan menguatkuasakannya. Bermakna jika konsep ini diikuti sepenuhnya
maka tiada siapapun dari ketiga-tiga cabang pemerintahan boleh mengambil bahagian dalam fungsi cawangan lain .
Pihak Eksekutif sepatutnya tidak boleh menjadi seorang ahli badan Perundangan (Legislatif) dan Badan Kehakiman semestinya
bebas dari campurtangan pihak Eksekutif dan Legislatif. Tidak patut ada dwi fungsi. Masing-masing hanya menjaga rukun
rumahtangga sendiri dan tidak mencampuri hal yang berlaku di dalam bilik orang lain. (Chamil Wijaya, 2010)

4.6 AMALAN DAN PEMAKAIAN DALAM MALAYSIA


Dalam Kes Loh Kooi Choon lwn. Govt. of Malaysia, Hakim Raja Azlan Shah berkata Perlembagaan Malaysia telah
menggunakan doktrin pengasingan kuasa sebagai asas di dalam pembentukan Perlembagaannya. Di Malaysia mendapati bahawa
Perlembagaan Malaysia telah memberi kuasa pemerintahan kepada tiga badan utama iaitu eksekutif (Perkara 39), perundangan
(Perkara 44), kehakiman (Perkara 121). (Kes Loh Kooi Choon lwn. Govt. of Malaysia, (1997) 2 MLJ 187)
Amalan doktrin ini boleh di lihat daripada beberapa perspektif berikut:
Hubungan antara eksekutif dengan perundangan.
a.

Perkara 39 menyatakan kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di Pertuan Agong dan, tertakluk

kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau
oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undangundang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang lain.
Perkara 44 dimana Kuasa Perundangan Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan
dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan dewan Rakyat.
b.

Perkara 39 menyatakan kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di Pertuan Agong dan, tertakluk

kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau
oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undangundang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang lain.
Perkara 43 (3) menyatakan Jemaah Menteri adalah bersesama bertanggungjawab kepada Parlimen.
Hubungan antara eksekutif dengan kehakiman.
a.

Termaktub dalam Perkara 121 yang mana kuasa kehakiman Persekutuan terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah

Persekutuan.
b.

Perkara 122B, Yang DiPertuan Agong melantik hakim atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-

Raja.

Dalam menjalankan tugas kehakiman, badan kehakiman perlu bebas dan tidak dipengaruhi atau dikawal oleh badan perundangan
atau eksekutif. Kebebasan kehakiman penting bagi menjamin institusi kehakiman menjalankan tugas dengan adil. (Hapriza Ashari,
2003)
5.0 Kajian Kes Doktrin Pengasingan Kuasa
Di dalam doktrin pengasingan kuasa, kuasa-kuasa dibahagikan bagi mengelakkan pemusatan kuasa di tangan seorang
manusia .(Abdul Aziz Bari, 2008). Menurut doktrin pengasingan kuasa ini, kuasa dibahagikan kepada tiga iaitu legislatif, judisiari dan
eksekutif. Badan-badan ini adalah berbeza satu sama lain. Tujuannya adalah bagi mengelakkan kewujudan kediktatoran atau
kezaliman.
Dari sudut teorinya, doktrin pengasingan kuasa ini adalah seperti yang telah disebutkan di atas. Namun, secara praktikalnya
doktrin pengasingan kuasa ini pernah tercemar dengan beberapa kes berlaku terutamanya di dalam sistem kehakiman negara yang
sepatutnya badan ini merupakan sebuah badan yang terpisah daripada eksekutif dan judisiari. Di dalam tugasan ini, kajian kes akan
dilakukan terhadap dua kes iaitu Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 dan kes Video Lingam yang berlaku pada 2002 dan menjadi
kontroversi pada tahun 2007 yang lalu.
5.1 Pemecatan Tun Mohamad Salleh Abas.
Krisis yang berlaku pada tahun 1988 adalah satu peristiwa rentetan daripada pemilihan di dalam parti Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987. Peristiwa yang berlaku ini berakhir dengan peristiwa penggantungan
perkhidmatan dan penyingkiran Ketua Hakim Negara yang disandang oleh Tun Mohamad Salleh Abas dari jawatannya. Pemecatan
beliau dilakukan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Dr. Mahathir bin Mohamad.
Kesan pemecatan Ketua Hakim Negara ini memperlihatkan kepada kita bahawa jawatan seorang Ketua Hakim yang terjamin
oleh Perlembagaan Malaysia telah tercalar. Di dalam Perlembagaan Malaysia terdapat peruntukan-peruntukan yang dikira dapat
mewujud dan memelihara kebebasan kehakiman. Ini mencakup soal-soal yang berhubung dengan saraan dan syarat-syarat
perkhidmatan para hakim. (Abdul Aziz Bari, 2008). Gaji para hakim juga tidak seperti kakitangan awam yang lain kerana gaji-gaji
mereka ditentukan oleh Parlimen dan diberi terus dari Kumpulan Wang Yang Disatukan. Ini menunjukkan bahawa hakim-hakim
mempunyai kedudukan yang tinggi di negara kita bagi menjamin kebebasannya.
Permulaan kepada krisis pemecatan Tun Mohamad Salleh Abas rentetan daripada campurtangan kehakiman dalam pertikaian
politik. Krisis berlaku pada tahun 1987 di mana pada ketika itu parti UMNO mengadakan pemilihan-pemilihan jawatan Presidennya.
Di dalam pemilihan ini, terdapatnya dua kumpulan yang berbeza iaitu Pasukan B yang mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah
manakala Pasukan A mencalonkan Dr. Mahathir Mohamad sebagai calonnya. Pada pemilihan itu, berlakunya kempen bagi menarik
undi lebih 1,500 orang wakil-wakil cawangan UMNO di seluruh negara. Secara kesimpulannya, selepas pengiraan undi dijalankan
secara rasminya calon dari Pasukan A iaitu Dr. Mahathir telah memenangi jawatan tersebut. Pengumuman kemenangan undian ini
berlaku ketika Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan selepas beberapa hari pengiraan undian itu selesai.
Tengku Razaleigh dan penyokong-penyokongnya berasa kurang senang dan mereka berkeras bahawa pemilihan ini telah
dimanipulasi. Keadaan bertambah meruncing dan menimbulkan kemarahan daripada Pasukan B apabila Dr. Mahathir telah
menyingkirkan ahli-ahli dari Pasukan B dari kerusi-kerusi kabinetnya.
Kesan kepada situasi ini telah mendorong 12 orang ahli UMNO mengemukakan tuntutan mahkamah di dalam Mahkamah
Tinggi untuk memperoleh perintah mahkamah yang mengisytiharkan bahawa keputusan pemilihan adalah tidak sah. Mereka juga
menggesa supaya diadakan pemilihan yang baru. Plaintif-plaintif di dalam tuntutannya telah menyatakan kepada mahkamah bahawa
78 orang wakil telah dipilih daripada cawangan-cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan oleh itu mereka tidak
layak mengundi.

10

Sebanyak 12 orang plaintif yang membuat tuntutan di mahkamah tersebut salah seorangnya menarik diri dan menjadikan
seramai 11 orang dan mereka kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11. Mereka terus membuat tuntutan tersebut sehinggalah
akhirnya Mahkamah Tinggi memberikan kedua-dua pihak selama dua minggu mencapai penyelesaian di luar mahkamah. Namun, kata
sepakat daripada kedua belah pihak tidak tercapai di mana Pasukan A meminta supaya Pasukan B menarik balik tuntutannya di
mahkamah manakala Pasukan B meminta supaya diadakan pemilihan yang baru.
Kesan kepada peristiwa ini, hakim yang ditugaskan kepada kes ini iaitu Hakim Harun Hashim membuat keputusan
berdasarkan kepada Perkara 41 dalam Akta Pertubuhan 1966 yang menyatakan dengan jelas bahawa mana-manan satu pertubuhan
akan menjadi tidak sah secara automatik jika mana-mana satu cawangannya tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Oleh itu,
Hakim Harun Hashim di dalam keputusannya mengisytiharkan bahawa UMNO adalah sebuah pertubuhan yang tidak sah.
Ketidakpuasan hati terhadap kes ini dan beberapa kes-kes lain yang melibatkan Badan Kehakiman telah mendorong Dr.
Mahathir untuk menyerahkan beberapa pindaan Perlembagaan Malaysia kepada Parlimen untuk melucutkan kuasa kehakiman
Persekutuan dan memberikan badan kehakiman kuasa sebagaimana yang Parlimen inginkan.
Oleh itu, sebagai tindak balas badan kehakiman, hakim-hakim mendesak supaya Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, Tun
Mohamad Salleh Abas bertindak balas terhadap tindakan-tindakan kerajaan. Salleh Abas memutuskan untuk mengadakan mesyuarat
bagi kesemua 20 orang hakim dari Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi ibu negara Kuala Lumpur. Mereka setuju untuk tidak
mengumumkan jawapan mereka terhadap kritikan-kritikan kerajaan kepada badan kehakiman. Sebagai gantinya mereka telah
mengutuskan surat kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka.
Dr. Mahathir pula sebagai tindakbalasnya menghadapkan Salleh Abas ke timbang tara yang diadakan Dr. Mahathir sendiri di
atas tuduhan salah laku Salleh Abas. Timbang tara ini dipengerusikan oleh Tun Hamid Omar. Selepas itu, Salleh Abas mengambil
tindakan guaman dan membuat permohonan pergantungan sementara terhadap timbang tara itu namun ditolak. Kemudian, lima orang
hakim bersidang dan memberikan Salleh Abas perintah interlokutori terhadap timbang tara. Setelah mendapat perintah, hakim-hakim
tersebut pergi ke Parlimen untuk mengemukakan interlokutori itu kepada pengerusi timbang tara.
Tidak lama selepas itu, kelima-lima Hakim Mahkamah Agung itu digantung jawatan mereka. Daripada lima orang Hakim itu,
tiga orang daripadanya dipecat. Pemecatan ini telah menyebabkan Mahkamah Agung Malaysia digantung dan tuntutan pengesahan
timbang tara tidak dapat dibicarakan. Timbang tara kemudiannya memecat Tun Mohamad Salleh Abas.
Kesan kepada pemecatan ini menunjukkan bahawa keberkesanan perlindungan yang disediakan oleh perlembagaan akhirnya
terbukti tidak kebal sepenuhnya. Yang menariknya pemecatan dilakukan mengikut prosedur. Dengan itu jelas bahawa meskipun
prosedur diikuti semangatnya belum tentu. Secara tidak langsung menunjukkan kelemahan prosedur yang ada. (Abdul Aziz Bari,
2008). Oleh itu, doktrin pengasingan kuasa berlaku hanya pada teorinya tetapi praktikalnya tidak diamalkan sepenuhnya.
5.2 Isu Klip Video Lingam
Isu Klip Video ini muncul bermula pada tahun 2002 tetapi menimbulkan kontorversi di Malaysia pada tahun 2007. Gambar
video ini tidak begitu jelas dan video yang dirakamkan ini berkemungkinan daripada klip video dari telefon bimbit. Klip video yang
tersebar ini menjadi isu yang sangat serius kerana isu ini melibatkan Badan Kehakiman Negara.
Antara isi kandungan klip video ini adalah perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka iaitu Datuk V.K Lingam dan
seorang hakim kanan di dalam mengatur perlantikan hakim-hakim di Malaysia pada tahun 2002. Disebabkan tersebarnya klip video
ini, kredibiliti Badan Kehakiman dipersoalkan. Selain itu, klip video ini menjadi terlalu serius apabila perbualan Datuk V.K Lingam
dan seorang Hakim Kanan ini melibatkan perlantikan Ketua Hakim Negara.
Menurut Kod Etika Kehakiman 1964, Peruntukan 3 (d), perbuatan melobi oleh seorang hakim boleh mencemarkan nama baik
Badan Kehakiman. Seseorang hakim tidak boleh berkelakuan tidak jujur sehinggakan mencemar nama Badan Kehakiman.
(http://ms.wikipedia.org/).

11

Sebagai mengambil berat terhadap isu ini, Majlis Peguam Malaysia mengadakan satu perarakan yang dilakukan pada 27
September 2007. Perarakan disertai sebanyak 1,500 orang peguam di Putrajaya. Perarakan diketuai oleh Ambiga Sreenavasan dan
dipantau ketat oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Tuntunan kepada perarakan itu adalah menggesa agar suruhanjaya
kehakiman bebas ditubuhkan bagi melantik para hakim. Selain itu, itu mereka menggesa Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi
menyiasat kebenaran klip video tersebut.
Hasil Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan telah membuktikan bahawa klip video tersebut adalah tulen. Oleh itu, jika perkara
ini berlaku maka kejujuran yang perlu di dalam Badan Kehakiman bagi menjalankan tugasnya adalah tercalar. Menurut Presiden
Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan menjelaskan bahawa bidang kehakiman yang jujur dan bebas daripada sebarang
campurtangan, adalah kritikal kepada semua masyarakat. (www.malaysiakini.com).
Ini menunjukkan Badan Kehakiman yang sepatutnya menjadi sebuah badan yang berasingan dan bebas secara teorinya tidak
berlaku secara praktikalnya. Ini kerana, sudah terdapat campurtangan di dalam bidang kehakiman negara.

6.0

KESIMPULAN
Corak pemerintahan di Malaysia telah ditentukan menerusi Perlembagaan Persekutuan dengan mengasingkan tiga badan

yang terlibat dalam pemerintahan negara, iaitu badan perundangan (legislatif), badan pentadbiran (eksekutif) dan badan kehakiman
(judiciary). Pengasingan ketiga-tiga badan dalam pemerintahan negara disebut sebagai doktrin pengasingan kuasa. Doktrin ini
dikemukakan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah terkemuka Perancis pada abad ke-18. Menurut Ranjit Singh Malhi (2000), idea
terpenting mengenai pengasingan kuasa ialah orang yang sama tidak harus bertanggungjawab bagi membuat undang-undang,
menguatkuasakannya dan menghukum orang-orang yang melanggarnya. Ini bermakna doktrin tersebut melibatkan pembahagian kuasa
pemerintahan yang jelas antara badan-badan perundangan, eksekutif dan kehakiman tanpa sebarang pertindihan.
Doktrin ini menjelaskan bahawa badan yang membuat undang-undang hanya dibenarkan membuat dan tidak boleh
menyerahkankuasa itu kepada badan-badan lain serta tidak boleh mempunyai kuasa-kuasa lain. Badan yang memerintah hanya
dibenar menjalankan pemerintahan negara dan tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankan kuasa kehakiman. Begitu juga
dengan badan kehakiman yang hanya dibenrkan melaksana kuasa kehakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau

12

menjalankan kuasa pemerintahan. Matlamat doktrin pengasingan kuasa ialah untuk mengelakkan pemusatan kuasa di dalam tangan
mana-mana pihak.
Menurut Ruslan Zainuddin (2004), struktur pemerintahan di Malaysia mengandungi ketiga-tiga badan di dalam sistem
pemerintahan iaitu badan perundangan, badan pentadbiran dan badan kehakiman. Kuasa tertinggi di atas ketiga-tiga badan itu terletak
pada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong adalah sekaligus merupakan ketua kepada
ketiga-tiga cabang kerajaan. Menurut Perlembagaan, baginda bukan sahaja memegang kuasa eksekutif malahan juga kuasa
perundangan. Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa memerintah Persekutuan dan Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan
iaitu kuasa perundangan Persekutuan.

13

You might also like