You are on page 1of 14

Contents

No table of contents entries found.

1.0 Pengenalan Folio

Usahawan bukan bidang yang asing lagi di Malaysia, kini menjadi minat
golongan muda untuk mereka ceburi pada masa kini. Internet merupakan salah satu
rangkaian antarabangsa yang menghubungi lebih 20 juta orang dari 100 buah Negara
di seluruh dunia. Ia dianggap sebagai leburaya maklumat. Internet juga adalah salah
satu sistem komunikasi untuk berhubung dengan orang ramai di seluruh pelusuk dunia.
Selain itu, ia menjadi kepentingan bagi usahawan masa kini bagi meningkatkan
pemasaran dan penjualan produk boleh dilakukan melalui laman web perniagaan dalam
internet. Syarikat boleh menyampaikan maklumat tentang produk dan perkhidmatan
yang ditawarkan oleh syarikat melalui laman web yang telah dibangunkan terlebih
dahulu oleh syarikat dan boleh dihubungi melalui mel elektronik atau emel.

Penjualan produk pula dilakukan secara perdagangan elektronik atau dikenali


sebagai e-dagang. Perkhidmatan internet yang lebih murah daripada perbelajaan
komunikasi secara tradisional akan dapat menjimatkan kos perbelanjaan komuniskasi
syarikat seperti bil telefon, faksimili, selain daripada ianya lebih selamat kepada kedua
dua pihak. Dengan adanya perkhidmatan memlaui internet dapat bayangkan betapa
mudahnya pelanggan boleh membuat pelbagai tempahan pada masa yang singkat
seperti tempahan tiket penerbangan, tempahan tiket wayang , tempahan produk
kecantikan dan sebagainya.

Untuk mencapai wawasan 2020, kaum wanita kini lebih berani untuk menceburi
bidang usahawan dan mengunakan kemajuan teknologi, seperti kemudahan internet
untuk berhubung dengan ramai orang dalam berurusniaga. Ini membolehkan kaum
wanita mengecapi kejayaan mereka di Malaysia mahupun luar negara pada masa kini.

Kaum wanita sememangnya dianggap lemah oleh kaum lelaki akan tetapi ada
kekuatan disebalik kelemahan yang banyak membantu kaum lelaki dalam pelbagai
aspek usahawan dalam Negara mahupun luar Negara pada masa sekarang. Usahawan

wanita di Malaysia semakin hari semakin banyak dan semakin berani menceburi bidang
usahawan .

Penglibatan wanita dalam perniagaan telah menjadi salah satu agenda penting
dalam rancangan Malaysia Ke Lapan. Kira kira satu per tiga (1/3) daipada 57,411
orang usahawan yang telah menerima pelbagai bentuk bantuan kewangan dari
kerajaan sehingga tahun 2003 adalah wanita dengan jumlah pembiayaan yang telah
dikeluarkan sepanjang tempoh 12 tahun sehingga tahun 2003 sebanyak rm 1.6 bilion
(New Straits Times).

Dengan itu, usahawan bukan untuk lelaki sahaja akan tetapi perempuan juga
turut digalakkan menjadi usahawan dari secara kecil kecilan sehinggalah menjadi
usahawan yang berjaya mendapat nama di Malaysia dan luar Negara. Di bawah ini
akan diterangkan usahawan wanita yang berjaya dan boleh contoh yang baik untuk
memangkin semangat kaum wanita, cabaran cabaran dan faktor faktor kerjayaan
usahawan wanita.

1.1 Usahawan Wanita di Malaysia

Dalam ekonomi Malaysia semakin hari berkembang, usahawan wanita di Malaysia


semakin meningkat di bandar ataupun luar bandar dengan pelbagai produk masing
masing. Kini usahawan wanita lebih gemar berniaga secara online dan menjadi trend
semasa, kerana lebih mudah, cepat, dan menguntungkan.
Dalam dunia siber kini, penyebaran maklumat melalui internet yang cepat dan
berkesan, perniaga kini lebih senang mempromosikan produk masingmasing di dalam
laman sesawang. Ramai wanita yang berniaga secara online mampu menjana
pendapatan yang lumayan dan bersaing secara sihat dengan perniaga yang lain. Ini
sekaligus membawa kelainan terhadap cara mempromosikan barang dan sekaligus
dapat mengenakan harga yang berpatutan.
Bagi mereka yang tinggal di Luar Bandar, kerajaan memberi insentif atau pinjaman dari
segi kewangan untuk menjalankan perniagaan. Ini sekaligus dapat menambah
2

pendapatan isi rumah, contohnya di Sarawak. Penghasilan keropok ikan, keropok ubi,
keropok pisang, ikan masin dan keropok lekor oleh usahawan kecil disini dibekalkan
dengan insentif dan mesin bagi penghasilan produk tersebut. Ini secara tidak langsung
dapat menambah pendapatan isi rumah dan seterusnya dapat menjana ekonomi
Negara.

Usahawan wanita kini semakin ramai menempah nama di dalam Negara. Di bawah
adalah di antara senarai nama-nama tokoh yang tidak asing lagi dalam dunia usahawan
di Malaysia: 1. Faiza Bawumi Sayed Ahmad (Syarikat Faiza Sdn. Bhd beras)
2. Caroline Russell (Boh Plantation Sdn. Bhd)
3. Datin Dr. Clara Lee ( Clara International Beauty Group Sdn. Bhd)
4. Datin Dr. Rehana Kassim (RehanStat Sdn. Bhd perkhidmatan penyelidikan
pemasaran)
5. Datin Paduka Siti Sasdiah Sheikh Bakir (Kumpulan Perubatan Johor (KPJ)
Healthcare Berhad)
6. Dr. Wang Kim Ha ( Smart Reader Worldwide Sdn. Bhd)
7. Datin Sharifah Anisah (Nona Roguy)

2.0 Biodata Usahawan

Faiza Bawumi Sayed Ahmad adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat
Faiza Sdn Bhd Pada tahun 1964, beliau kelahiran Mesir ini telah berhijrah ke
Malaysia kerana mengikut suaminya . Pada ketika itu, beliau mampu menguasai
Bahasa Melayu dan fasih berbahasa Melayu setelah tiga bulan di Malaysia kerana
sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran-jirannya. Meskipun sudah
berusia lingkungan 60an, beliau yang mempunyai tujuh orang anak dan juga
seorang nenek kepada 32 cucu sibuk masih giat merancang strategi bagi
mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini.
Wanita yang berwatakan lembut itu sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu
memastikan syarikat yang ditubuhkan perlu berada di landasan betul, sekali gus
mencatatkan keuntungan saban tahun. Puan Faiza yang sememangnya dilahirkan
dalam keluarga yang juga bergiat dalam perniagaan. Berkecimpung dalam bidang
perniagaan sejak kecil, beliau pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya.
Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang
perniagaan. Setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yang pertama, beliau
mengikut suaminya berhijrah ke Malaysia. Puan Faiza mencari aktiviti berfaedah
yang boleh dilakukannya bagi mengelakkan masanya terluang begitu sahaja. Beliau
bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM 4.00 dan
menjual pelbagai barangan dapur. Beliau juga membeli kain ela dan membuat baju
4

gaun untuk anak-anak kecil jirannya. Kemudian beliau menghasilkan set sarung
bantal. Hasil jahitan yang cantik dan kemas dijual kepada kawan-kawannya.
Seterunya, beliau berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes pinggan mangkuk.
Melalui bisnes kecil-kecilan ini, beliau menabung wang bagi menjadikan modal
bisnes seterusnya.

Kemudian beliau menghasilkan rempah kari. Beliau membeli pelbagai rempah


ratus seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih dan sebagainya untuk
membancuh ramuan-ramuan tersebut bagi menghasilkan rempah kari ikan dan
daging di bawah Jenama Bunga Raya. Semuanya dilakukan sendiri di rumah,
daripada mencuci, menjemur dan mengoreng rempah ratus tersebut. Kemudian,
beliau menghantarnya ke kedai bagi dikisar dan diedarkan.

Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli pula sebuah mesin
pengisar dan membuka kedai runcit dengan modal daripada menjual rempah kari
itu. Dari situ beliau mendapati bahawa pemborong beras kebanyakannya
dibekalkan oleh kaum lain. Beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras.
Puan Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras
termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam setelah mendapat
maklumbalas positif atas usaha selidik beliau pergi dari satu kedai ke satu kedai
bagi mendapatkan respon sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau
menjualnya. Para pelanggan yang melanggan rempah rempah beliau turut
membeli beras daripadanya.

Pada pemulaan, beliau agak buntu melihat satu lori treler penuh berisi beras
diletakkan di hadapan rumah, namun beliau nekad dengan berusaha membungkus
menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai kedai di seluruh
johor. Perniagaan beliau mendapat persaingan yang agak sengit. Pada awal tahun
90an, syarikat telah mengambil peluang keatas kepekaan masyarakat pada ketika
itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat

mula

memperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India.


5

Beras ini aadalah jenis beras Ponni. Menerusi produk berkualiti dan berkhasiat
sesuai untuk pesakit diabetis, SFSB memperkenalkan beras Ponni ini ke seluruh
Malaysia. Syarikat beliau kini telah di kenali kerana kualiti produk yang tinggi,
seratus buatan Islam dan Halal. Beliau berharap dengan penglibatan dalam
penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk
mendapat produk yang bermutu tinggi dan tanpa was-was meragui status halalnya.
Puan Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut
bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar dan turut terlibat
dalam projek kilang milik Syarikat berjalan lancar dan turut terlibat dalam projek
kilang milik Syarikat Faiza Bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat. Puan
Faizah berkata semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan
kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus
membantu lebih ramai orang yang susah.

Puan Faiza berkata pengalamannya berniaga, termasuk berurusan dengan


orang lain membuka mindanya untuk menyedarkan masyarakat islam khususnya
betapa perlunya mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain seperti
yang diamalkan bangsa lain. Beliau sentiasa mencontohi keperibadian Nabi
Muhammad S.A.W dalam menjalankan perniagaan serta dalam menjalankan
tanggungjawab sebagai pemimpin.
Keadaan ini, membuka mata wanita seluruh Malaysia dan menjadi contoh dan idola
wanita di Malaysia, dari berniaga dari kecil-kecilan sehingga berjaya membuka
sebuah Syarikat Faiza Sdn Bhd dan menjadi Penagarah Urusan di syarikat tersebut
serta menempa nama di Malaysia dan menjadi jutawan yang menjual beras baik
untuk kesihatan.

3.0 Latar belakang perniagaan

Syarikat Faiza telah ditubuhkan pada 1982 bersempena dengan nama pemilik
syarikat iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad . Syarikat ini melakukan aktiviti
peruncitan sebagai perniagaan terasnya. Pada tahun 1992, syarikat Faiza secara
rasmi ditubuhkan di bawah Syarikat FAIZA Sdn Bhd, (SFSB), dan menjalinkan
modal usaha dengan Padiberas Nasional(BERNAS) pada tahun 1997.

Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan
masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan.
Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari
Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras ponni. Setelah melihat pontensi
beras ponni, SFSB memperkenalkan beras tersebut yang dipercayai baik untuk
kesihatan, bagi menghidap diabetes obesity dan darah tinggi. Hingga hari ini di
bawah jenama Taj Mahal, beras Faiza Herba Ponni telah diedarkan seluruh
Malaysia .
SFSB juga telah menghasikan penegeluaran padi yang seiring dengan permintaan
pengguna seperti Basmathi, beras Fragrant, Tahi Super Special dan beras Local.
SFSB telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam
dan Halal.

SFSB kini mempunyai tiga buah kilang di Selangor, Kedah dan Terengganu,
SFSB mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak. SFSB kini juga
meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap selain dari
rempah dan beras. Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari
China dan produk itu diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang
tersebut mampu sebanyak Sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal
Cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM 12 juta
setahun bagi tahun pertama.

Kekuatan SFSB, terletak pada daya penggerak yang bertenaga dan profeisonal
dengan pengetahuan luas dan berpengalaman dalam bidang masing masing yang
mana ianya persediaan bagi bersaing dalam scenario pernigaan beras. Oleh itu,
SFSB, tiada tolak ansur mengenai kualiti. SFSB sentiasa memandang ke hadapan
untuk

teknik-teknik

lebih

baik

cara

baik

menjanakan,

menyampaikan,

berkomunikasi, mengalakkan, untuk member khidmat, menjual. SFSB percaya yang


kejayaan boleh dicapai daripada apa yang dibuat dengan penuh kesungguhan.
Kejayaan syarikat ini sememangnya telah cukup terkenal di Malaysia dengan
berasnya yang baik untuk kesihatan bagi pesakit pesakit diabetis dan lain lain,
dan telah menjadi jenama yang telah dikenali sehingga kini. Dengan kegigihkan,
keberanian Puan Faiza sebagai wanita menceburi bidang usahawan ini telah
memberi kejayaan atas usahanya selama ini berbaloi dan telah mencapai jutawan.

4.0 Cabaran Perniagaan

Cabaran-cabaran usahawan di Malaysia telah membantutkan usaha mereka dalam


bidang usahawan dan mereka tidak berfungsi dengan baik mengikut keadaan
semasa. Keadaan semasa kini banyak memerlukan tenaga kerja tidak mengira
jantina lelaki ataupun perempuan dalam pelbagai bidang tetapi terutamanya dalam
bidang usahawan.

4.1 Kekurangan Modal dan Pengurusan

Modal adalah sangat penting dalam perniagaan jika tiada modal tiada
perniagaan yang dapat dijalankan, pada mulanya perniagaan modal adalah aset
utama untuk menjalankan perniagaan selepas itu, pengurusan diperlukan untuk
mengurus modal untuk perniagaan tersebut. Dahulu, sebelum adanya skimskim
bantuan kewangan yang dibekalkan oleh kerajaan, masalah kewangan merupakan
satu cabaran besar memulakan perniagaan. Perniagaan yang dibuka dengan modal
sendiri banyak mengakibatkan perniagaan mengalami peningkatan dan penurunan
kerana pengurusan tidak berapa sistematik, sehingga jatuh bankrap.

Keadaan sebegini akan menjejaskan semangat usahawan wanita di Malaysia


untuk memajukan perniagaan mereka

sehingga berjaya. Jatuh bangun dalam

perniagaan telah menjadi perkara biasa dalam perniagaan bagi usahawan wanita.
Selain itu, pengurusan yang kurang baik juga akan menyebabkan perniagaan itu
akan mengalami kerugian. Walaupun menggunakan modal sendiri atau secara
pinjaman dengan bank, pengurusan kewangan perlu sistematik bagi memastikan
tidak mengalami kerugian dalam pengunaan kewangan syarikat tersebut.

4.2 Peningkatan Kemajuan Teknologi

Kewujudan kemajuan Teknologi adalah salah cabaran dalam dunia usahawan


dengan perubahan semasa, pelbagai teknologi berkembang sekarang dalam dunia
usahawan bagi memudahkan kerja akan tetapi menjadi satu cabaran. Teknologi yang
ada perlu dipelajari untuk memajukan perniagaan, usahawan wanita kebanyakkanya
tidak beberapa pandai mengunakan teknologi yang ada.

Ini juga akan menyebabkan kos perniagaan akan meningkat kerana pengunaan
teknologi dalam pernigaan, teknologi yang ada bukan sahaja mudah digunakan akan
tetapi menyebabkan kos yang digunakan semakin meningkat. Seperti contoh kilangkilang membuat makanan segera banyak mengunakan mesin dan berteknologi tinggi,
mesin-mesin tersebut agak mahal akan tetapi perlu ditanggung oleh pemilik perniagaan
tersebut.

Dalam dunia siber sekarang banyak mengunakan teknologi seperti perniagaan


online mengunakan internet, tetapi penyelewengan, penipuan juga banyak juga berlaku
ini adalah salahguna teknologi yang ada untuk mendapat keuntungan lebih. Ini
menyebabkan perniaga-perniaga online mendapat kerugian kerana berlaku penipuan
sebegini. Dalam kemajuan yang dikecapi sekarang semua perkara yang hendak
dilakukan semua mengunakan teknologi yang sedia ada, ini juga menjadikannya salah
satu cabaran kepada usahawan wanita di Malaysia, kerana cabaran dengan
peningkatan teknologi ini, bukan mudah untuk hadapi usahawan wanita pada masa kini.
Dengan adanya teknologi untuk memudahkan urusniaga bukan menjadikannya satu
masalah.

4.3 Globalisasi/ Dunia Tanpa Sempadan

Kini dunia perniagaan semakin luas , usahawan wanita perlu bersaing bukan
sahaja dengan persaingan dalam Negara dan luar Negara dalam pelbagai aspek.
Dalam perniagaan mesti mengeluarkan sesuatu produk, produk yang hendak
10

dikeluarkan berkualiti,dengan harga yang berpatutan memenuhi kehendak pelanggan.


Selain itu, dalam sistem penyampaian produk juga turut mempergaruhi cabaran keatas
perniagaan. Seperti contoh syarikat KFC dan MCDONALD, dua syarikat ini bersaing
dalam penjualan makan segera mereka, dalam masa itu menawarkan harga yang
murah keatas produk makanan mereka walaupun kos pada masa kini semakin
meningkat. Selain itu, untuk usahawan wanita yang dalam kosmetik dan fesyen dan
sememangnya bersaing dengan produk luar Negara seperti produk kosmetik tempatan
keluaran Sendayu Tinggi, dan Mustika Ratu dari luar Negara menjadi persaingan
dengan produk tempatan. Ini juga agak membimbangkan atas usahawan wanita di
Malaysia,selain itu,pelanggan juga memilih dan mengikut trend semasa dan lebih
kepada produk dari luar Negara seperti produk kecantikan tersebut, dan produk
tempatan kurang mendapat sambutan oleh pelanggan tempatan.

Pelanggan akan banyak keliru dengan keadaan semasa untuk memilih yang
mana satu lebih baik bermutu dan memilih yang lebih baik, dan kini menjadi trend
semasa memakan makanan segera kerana sibuk bekerja dan mengejar masa. Justeru,
ini akan menyebabkan kerugian keatas perniagaan yang hendak dibuat nanti. Dengan
itu, dalam bidang kosmetik pula memerlukan sokongan pelanggan tempatan untuk
melariskan produk yang hendak dikeluarkan nanti. Dengan itu, cabaran ini akan
menyebakan usahawan wanita bimbang ke atas situasi dan lebih berani mengambil
risiko ke atas perniagaan yang diceburi oleh mereka.

4.4 Sumber semakin berkurangan.

Sumber adalah aset utama dalam perniagaan. Sumber yang semakin


berkurangan akan menyebabkan penurunan prestasi peniagaan. Pengeluaran juga
akan menjadi berkurangan dan sebaliknya permintaan yang tinggi dipasaran.
Contohnya pengeluaran sumber beras, penanaman padi yang kena penyakit akan
menjadi cabaran kepada perniaga beras kerana beras sahaja sumber utama
perniagaan tersebut, masalah penyakit ini akan merumitkan lagi sesuatu perniagaan
tersebut.
11

Selain itu, juga bencana alam seperti ribut banjir besar ini salah satu cabaran
bagi perniaga beras. Ini kerana tanaman akan rosak akibat banjir tersebut
menyebabkan kerugian besar yang perlu dihadapi oleh peniaga beras kerana keadaan
ini tidak dapat dijangka akan berlaku keatas tanaman tersebut. Seterusnya serangan
binatang perosak dan serangga perosak, ini juga menjadi cabaran kepada penanaman
padi. Ini kerana binatang perosak, seperti burung pipit liar akan memakan padi,
manakala tikus pula boleh mencemarkan padi. Serangga seperti belalang pula turut
boleh merosakkan tanaman padi, dan perlu di racun. Kos sampingan seperti ini akan
menyebabkan kerugian pada perniagaan tersebut.

4.5 Perubahan struktur demografi


Dalam perniagaan, usahawan banyak menerima cabaran, lebih-lebih lagi
perniagaan yang besar. Struktur demografi pada masa kini semakin bertambah dari
segi jumlah kaum wanita berbanding lelaki. Ini menyebabkan kebanjiran tenaga wanita
dalam pasaran, yang memerlukan kemudahan dan suasana kerja yang berbeza
daripada suasana biasa. Selain itu, jangka hayat yang semakin panjang disebabkan
kadar kesihatan yang baik menyebabkan ramai pekerja menjadi matang dalam memilih
pekerjaan. Hal ini akan menyebakan kaum wanita terlalu memilih pekerjaan dan timbul
pengganguran. Ini adalah satu cabaran yang besar buat usahawan wanita. Oleh itu
perubahan demografi seperti ini perlu di tangani dengan segera.

5.0 Rahsia dan Tips Kejayaan.


5.1 Pendidikan dan latihan kemahiran
Pendidikan amat penting dalam mencari pekerjaan. Ilmu yang dicari dalam bidang
diminati bukan sahaja boleh dibawa ke mana-mana, tetapi ilmu yang dipelajari dalam
semasa belajar hendaklah dipratikan dalam menjalani pekerjaan yang ceburi dan minati

12

dengan itu, pendidikan adalah salah satu faktor yang kejayaan usahawan wanita di
Malaysia, tidak kira rendah sehingga tertinggi sekali.
Pendidikan kemahiran tertentu sangat penting untuk dalam menjalankan sesuatu
perniagaan kerana kemahiran perlu ada, untuk mengunakan teknologi ataupun lain
lain. Kemahiran perlu ada sebelum menjalankan sesuatu perniagaan dan pengalaman
contoh kemahiran membuat roti, kek dan lain lain, cara mengunakan mesin perlu ada
kemahiran khusus dalam bidang tersebut, bagi menjaga mutu produk yang dikeluarkan
nanti. Kemahiran ini amat penting untuk generasi akan datang warisi kemahiran tertentu
dan bidang tertentu untuk memulakan perniagaan dalam bidang tersebut.
Pendidikan dan Kemahiran perlu ada dalam diri usahawan wanita untuk memajukan
diri, dalam bidang mereka ceburi nanti. Ini dapat memberi mereka memperlajari ilmu
perniagaan untuk memajukan perniagaan sehingga berjaya. Dengan ada ilmu ini
memberi pengetahuan selok belok perniagaan yang akan diceburi nanti, untuk
menghadapi masalah masalah ekonomi, untung rugi perniagaan dan menitik berat
dalam pengurusan yang sistematik.

13

You might also like