You are on page 1of 5

Sejarah Pengakap

PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA


ROBERT BADEN-POWELL,

Potret Baden-Powell yang dipaparkan telah dihasilkan oleh David Jagger pada tahun
1929. Ia dipamerkan kepada beliau pada 6 August 1929 di Jamboree Dunia Ke III di
Arrowe Park, Birkenhead, England. Ia dikenali sebagai "Coming Of Age Jamboree"
sebagai penghargaan hari ulangtahun ke 21 Pengakap Sedunia. Ia merupakan
potret yang paling disukai oleh Baden-Powell. Potret asli beliau dipamerkan di ruang
pameran di Ibupejabat Pengakap Dunia (WOSM) di Geneva, Switzerland.

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIA


Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia
(Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di
Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di
England).
Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak
Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di
Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah
Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur
setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby
dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R.
Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan
Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang
juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13
tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu
Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922,
pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini
bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan
Abu.Bakar.
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926
oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh
Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun

1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku


Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada
tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957,
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan
Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan BudakBudak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura
F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif
sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura
(pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG
Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan
Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle
1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.
Dicatat oleh SKDUA di 9:04 PG 1 ulasan
Label: Sejarah
Lambang Pengakap Dunia
Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat
kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kananmelambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
Warna putih-kesucian dan kebersihan.
Dicatat oleh SKDUA di 9:02 PG 0 ulasan
Label: Maklumat asas

Lambang Pengakap Malaysia

Pecahan tiga kelopak melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat
kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi
Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.
Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan
melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu
agama Islam.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli
Yang Maha Mulia Raja-raja.
Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah
Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.
Dicatat oleh SKDUA di 8:57 PG 0 ulasan
Label: Maklumat asas
ISTIADAT
ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA
Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung.
1. Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang.
2. Pemimpin berdiri menghadap bendera.
3. Penolong Pemimpin berdiri di belakang tiang bendera.
4. PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia.
5. Pemimpin berteriak BENDERA
6. Petugas mara ke tiang bendera.
7. Petugas menarik tali, sekali sahaja.
8. Petugas berundur satu langkah dan memberi hormat.
9. Semua yang hadir memberi hormat.
10. Petugas menjatuhkan tangan.dan diikuti oleh semua yang hadir.
11. Petugas kembali ke tempat asal.
12. Menyanyi Lagu Kebangsaan
13. Menyanyi Lagu Pengakap Daerah
14. Membaca doa

15. AKELA memberi arahan Senang diri


16. AKELA memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain
ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA
1. Semua PKK berdiri dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan dalam
keadaan sedia.
2. AKELA berteriak BENDERA
3. Petugas mara ke tiang bendera dan terus menaikkan bendera.
4. AKELA mengarah semua yang hadir menyanyi lagu Kebangsaan.
5. Setelah bendera sampai ke puncak tiang, petugas berundur selangkah ke
belakang dan memberi hormat.
6. Semua yang hadir memberi hormat.
7. Petugas balik ke tempat asal.
8. Menyanyi lagu Pengakap
9. Membaca doa
10. Akela memberi arahan SENANG DIRI
11. Akela memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain.
Dicatat oleh SKDUA di 8:53 PG 0 ulasan
Label: Istiadat
LAUNG AGUNG
Laung Agung merupakan:
1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak.
2. Diamalkan di seluruh dunia.
3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya BUAT HABIS BAIK
4. Untuk menghormati tetamu.
5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin.
Bila diadakan?
1. Setiap kali diadakan perjumpaan
2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.
ISTIADAT LAUNG AGUNG
1. AKELA (Pemimpin) berteriak PEK.. (semua PKK berdiri dalam keadaan sedia)
2. AKELA (Pemimpin) berteriak PEK,PEK,PEK. (semua PKK mengelilingi AKELA
sambil menyahut PE.K.
3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang
tangan. Bila bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan tangan.
4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit.
5. AKELA merapatkan tangan ke paha>>
a) PKK mencangkung.
b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah.
c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK.
d) Selepas sebutan BAIK PKK bangun dalam keadaan sedia. 6. Petugas mencabar
dengan hormat kepada AKELA dengan kata-kata:- KAMU BUAT HABIS BAIK
7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab KAMI BUAT HABIS BAIK
8. AKELA membalas hormat PKK.
9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat.
Dicatat oleh SKDUA di 8:51 PG 0 ulasan
Label: Laung agung
HORMAT PENGAKAP

1. Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu
menandakan persaudaraan dan penghormatan.
2. Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.
3. Selepas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera
pengakap.
4. Apabila Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.
5. Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.
Dicatat oleh SKDUA di 8:48 PG 0 ulasan
Label: Hormat Pengakap
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Pertama
Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan
dirinya.
Kedua
Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya,
Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas
dan orang-orang yang dibawahnya.
Ketiga
Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
Keempat
Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap
walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
Kelima
Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
Keenam
Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
Ketujuh
Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya,
kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa
soalan.
Kelapan
Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
Kesembilan
Pengakap itu jimat dan cermat
Kesepuluh
Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

You might also like