You are on page 1of 32

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan
Di dalam bab ini, beberapa isu akan disampaikan secara menyeluruh. Antara isu-isu yang
akan dibincangkan ialah berkaitan latar belakang, masalah kajian, pernyataan masalah, objektif,
persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan dan dapatan bagi tajuk kajian.

1.1 Latar belakang masalah kajian


Selepas hampir dua dekad Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan, baru-baru ini Kurikulum Pendidikan Islam
dikedua-dua peringkat disemak semula bagi memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam
kurikulum tersebut dan kesesuaian aspek pelaksanaan dengan keperluan semasa (Adnan Yusopp,
2002). Pada masa ini, berbagai-bagai masalah dan isu berkaitan proses pengajaran dan
pembelajaran dibincangkan oleh pelbagai pihak. Perbincangan ini antara lain tidak dapat lari
daripada persoalan proses pengajaran dan pembelajaran serta amalan pengajaran guru
Pendidikan Islam sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Perkara ini amat
penting memandangkan guru merupakan agen perangcang di peringkat sekolah dan pelaksana
perancangan yang telah dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kurikulum Pendidikan Islam Semakan mempunyai beberapa ciri penting yang perlu
dilaksanakan oleh guru Pendidikan Islam di sekolah, antaranya ialah ( Adnan Yusopp, 2002 ):
1- Mengekalkan kesinambungan dan keseimbangan KBSR dan KBSM.
2- Penyepadukan ilmu dijelmakan iaitu ilmu naqli dan ilmu aqli.

3- Penggabungan antara perkara fardu ain dan perkara fardu kifayah dalam kurikulum
Pendidikan Islam
4- Menekankan pembentukan dan pembangunan insan mulia yang berkeupayaan
menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara .
5- Penyampaian pengajaran guru distrukturkan mengikut tradisi pendidikan ilmu Islam
supaya ajaran Islam yang sebenar dapat dikuasai dan diyakini.
6- Menggalakkan penggunaan alat bantu mengajar dan multimedia supaya penyampaian
guru lebih menyeronokkkan, mudah difahami dan berkesan.
7- Penilaian terhadap murid dibuat secara menyeluruh berdasarkan rujukan kriteria.
8- Pengajaran Pendidikan Islam tentang perkara wajib, sunat, haram, harus dan makruh
mesti diberi penjelasan dengan baik agar tidak timbul kekeliruan dalam menafsir sesuatu
hukum.

Bertitik tolak daripada ciri yang ke lapan yang dinyatakan di atas, kajian ini akan
berfokuskan kepada sejauh mana keberkesanan Permainan Dam Ular bagi mengatasi masalah
pelajar yang tidak tahu membezakan antara perkara rukun dan perkara sunat dalam solat fardu.
Kajian yang akan dilaksanakan ini bertujuan untuk memperbaiki, mengukuhkan dan
meningkatkan mutu

pemahaman pelajar terhadap kewajipan sebagai seorang Muslim

bersesuaian dengan tuntutan semasa Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam.

Konsep kajian ini akan memungkinkan pembentukan jati diri yang akan mengikut
keperibadian kita sendiri. Tumpuan yang akan diberikan adalah terhadap generasi pelajar yang
bakal menjadi pewaris kepimpinan agama, bangsa dan negara agar berkeperibadian mulia dan
luhur dapat diamalkan. Ini bersesuaian dengan tujuan solat untuk menjauhkan seseorang
daripada perbuatan keji dan mungkar. Adalah menjadi harapan kajian ini akan dapat memberi
panduan bagaimana Permainan Dam Ular dapat diimplementasikan dalam proses pengajaran dan
2

pembelajaran Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah. Pendekatan ini dianggap sesuai
kerana sifat sebahagian pelajar terutamanya pelajar yang lemah yang tidak gemarkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang terlalu serius. Justeru, pendekatan Permainan Dam Ular
diharap dapat membantu mereka melalui konsep bermain sambil belajar.

1.2 Pernyataan masalah


Solat atau sembahyang merupakan satu elemen penting dalam kehidupan seharian umat
Islam bagi melahirkan generasi yang bertakwa. Namun, sudah beberapa tahun saya menghadapi
situasi murid-murid yang tidak menjadikan solat sebagai agenda penting dalam kehidupan
mereka. Sekiranya ada, hanyalah murid-murid yang kedua ibu bapa mereka yang mementingkan
didikan agama. Menjadi amalan seharian saya, sewaktu masuk ke kelas saya akan bertanya
mengenai solat subuh mereka. Hanya beberapa orang murid sahaja yang mengaku melakukan
solat tersebut. Rupa-rupanya mereka tidak solat subuh kerana tidak boleh menghafaz doa qunut
sedangkan doa qunut adalah perkara sunat yang sekiranya tidak dilakukan solat masih sah.
Tahulah saya bahawa murid-murid ini tidak memahami konsep solat sepenuhnya.

Hakikatnya murid-murid sekadar tahu menunaikan solat tetapi tidak mengetahui konsep
yang terkandung dalam solat itu. Mereka tidak dapat membezakan antara perkara rukun (iaitu
perkara yang wajub ada) dengan perkara sunat (perkara yang diberi pilihan untuk
melakukannya). Melalui pengamatan saya, masalah ini berpunca daripada sikap ragu-ragu,
keliru, cepat lupa dan malas. Manakala beberapa orang murid pula berpendapat setiap perbuatan
solat adalah sama menyebabkan timbul rasa keliru dalam membezakan kedua-dua perkara
tersebut. Melalui pemerhatian daripada kerja rumah yang diberi, terdapat 20 orang murid tidak
3

boleh menguasai kemahiran ini, sedangkan pengetahuan mengenai solat amat penting bagi
menjamin solat yang berkualiti. Kajian oleh Norhaya Isa, Tuan Rozaimi Tuan Rani, Norazman
Mohaimin dan Rokiah Muhamed (2006), mendapati para pelajar menghadapi masalah untuk
membezakan antara perkara rukun dan perkara sunat kerana para pelajar mempunyai tanggapan
bahawa semua perlakuan solat adalah wajib.
Memandangkan mata pelajaran Pendidikan Islam memerlukan kemahiran mengingat dan
menghafal, subjek ini amat membosankan, khususnya bagi murid yang lemah. Justeru, saya cuba
mengetengahkan kajian ini dengan menggunakan satu kaedah yang mudah tetapi berkesan. Saya
berusaha untuk mengubah corak pelaziman pengajaran dan pembelajaran yang mungkin
membosankan murid dengan cara yang lebih menarik, di samping mampu menarik minat murid
dengan memberi keseronokan sewaktu belajar. Saya cuba membawa murid mengenali sebuah
permainan yang mengambil sebahagian konsep Permainan Dam Ular dan saya padankan dengan
meninggalkan perkara rukun dan perkara sunat dalam solat.

1.3 Tujuan kajian


Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat dan mengetahui bagaimana aplikasi
Permainan Dam Ular dapat meningkatkan pemahaman dan ingatan murid terhadap tajuk yang
diajar. Kajian ini juga ingin melihat sejauh mana keberkesanan pendekatan Permainan Dam Ular
ini kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak tahap dua sekolah rendah dalam
Pendidikan Islam di samping dapat meningkatkan keyakinan dan kualiti amalan murid dalam
menghayati kewajipan sebagai seorang muslim.

1.4 Objektif kajian


4

Secara umumkannya kajian ini akan melihat sejauh mana keberkesanan pendekatan
Permainan dam bagi meningkatkan pemahaman murid dalam membezakan perkara rukun dan
perkara sunat solat. Secara khusus, objektif kajian ini adalah seperti berikut :
i.

Untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap perkara-perkara rukun dalam

ii.
iii.

solat.
Untuk meningkat pemahaman murid terhadap perkara-perkara sunat dalam solat.
Untuk membolehkan para pelajar membezakan antara perkara rukun dan perkara

iv.

sunat dalam solat.


Untuk meningkatkan minat murid bagi menghayati dan mengamalkan kewajipan

v.

sebagai seorang muslim seperti yang ditetapkan oleh Islam.


Untuk mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru bagi menarik minat
murid terhadap pelajaran Pendidikan Islam.

1.5 Persoalan Kajian


Beberapa persoalan kajian terhadap keberkesanan pendekatan Permainan Dam Ular
dalam meningkatkan kemahiran murid membezakan perkara rukun dan perkara sunat dalam solat
adalah seperti berikut:
i.

Adakah proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan pendekatan Permainan

ii.

Dam Ular akan lebih meningkat pemahaman murid tentang perkara rukun solat?
Adakah proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan pendekatan Permainan

iii.

Dam Ular lebih meningkat pemahaman murid tentang perkara sunat dalam solat?
Sejauh manakah murid dapat membezakan perkara rukun dan perkara sunat

iv.

melalui pendekatan Permainan Dam Ular?


Sejauh manakah pemahaman dan kebolehan murid dalam membezakan perkara

v.

rukun dan perkara sunat dapat meningkatkan amalan solat murid?


Sejauh manakah pendekatan Permainan Dam Ular dapat mengubah seterusnya
meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran guru?
5

1.6 Hipotesis Kajian


Berdasarkan persoalan-persoalan kajian di atas, hipotesis kajian yang akan diuji
kebenarannya adalah seperti berikut:

Ho1

:Tidak terdapat perbezaan antara proses pengajaran dan pembelajaran

berbantukan kaedah Permainan Dam Ular dengan peningkatan pemahaman murid tentang
perkara rukun dalam solat.

Ho2

: Tidak terdapat perbezaan antara proses pengajaran dan pembelajaran

berbantukan kaedah Permainan Dam Ular dengan peningkatan pemahaman murid tentang
perkara sunat dalam solat.

Ho3

: Tidak terdapat perbezaan dalam pencapaian murid dalam membezakan perkara

rukun dan perkara sunat melalui pendekatan Permainan Dam Ular.

Ho4

: Tidak terdapat perbezaan antara kebolehan murid dalam membezakan perkara

rukun dan perkara sunat dengan peningkatan amalan solat.

Ho5

:Tidak terdapat perbezaan antara kaedah Permainan Dam Ular dengan perubahan

dan peningkatan amalan pengajaran dan pembelajaran guru.

1.7 Kepentingan Kajian


6

Kajian ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran membezakan antara perkara rukun
dengan perkara sunat dalam solat. Secara tidak langsung sasaran dapat mengenal pasti sekiranya
meninggalkan perkara rukun, maka solat menjadi tidak sah. Ini berbeza dengan perkara sunat
yang sekiranya tidak dilakukan, solat masih dianggap sah. Oleh itu sekiranya murid tidak dapat
membezakan antara kedua-duanya, maka ini akan menimbulkan masalah kepada murid dalam
melaksanakan solat seharian. Dikhuatiri jika mereka meninggalkan salah satu daripada perkara
rukun yang dianggap sebagai perkara sunat, maka sembahyang tidak sah atau terbatal.

1.8 Batasan Kajian


Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kampong Relang, Batu Kurau, Perak.
Skop kajian ini akan melibatkan murid-murid Tahun 4 seramai 24 orang. Murid-murid ini ialah
kumpulan yang mempunyai pencapaian sederhana dan kumpulan pelajar yang lemah dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam.

1.9 Kerangka Konsep


PERKARA-PERKARA
RUKUN

PERKARA-PERKARA
SUNAT

SOLAT FARDHU

PERBEZAAN ANTARA
7
PERKARA RUKUN DAN PERKARA SUNAT

1.10 Rumusan

Dalam bab ini telah menjelaskan tentang latar belakang kajian, tujuan dan objektif
kajian, kepentingan, batasan kajian serta kerangka kajian. Bab-bab seterusnya akan
membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan perkara tersebut. Diharap kajian ini dapat
meningkatkan kemahiran murid dalam memahami mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya
dalam perkara berkaitan perkara rukun dan perkara sunat solat.

BAB 2
TINJAUAN BACAAN
2.0 Pendahuluan
Perbincangan berkaitan paradigma baru dalam Pendidikan Islam di seluruh dunia telah
dimulakan secara aktif sejak The First Conference on Muslim Education yang berlangsung di
Mekah pada tahun 1977 (Syed Ali Ashraf, 1994). Sejak dari tarikh tersebut, pelbagai usaha telah
dijalankan oleh Negara-negara Islam khususnya Malaysia bagi merangka dan melaksanakan
falsafah Pendidikan Islam. Di Malaysia, usaha murni ini telah dimulakan dengan penggubalan
8

falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan falsafah Pendidikan Islam (FPI) pada tahun 1987.
Kurikulum Pendidikan Islam telah dirangka dengan mengambil kira pelbagai termasuk unsureunsur yang berkaitan dengan pembinaan Negara muslim, mereka diwajibkan mempelajari mata
pelajaran Pendidikan Islam bermula dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima.

2.1 Definisi Istilah


2.1.1 Kaedah
Ahli-ahli Pendidikan Islam telah mengemukakan pelbagai definisi terhadap istilah
ini. Al-Abrasyi (1970) mendefinisikan kaedah pengajaran sebagai jalan yang diikuti untuk
member kaahaman kepada pelajar. Menurut Gamal (2002), Ibnu Sahnun menelaskan maksud
kaedah pengajaran sebagai langkah atau cara yang dipedomani oleh pendidik agar anak didik
memahami isi kandungan pelajaran yang disampaikan kepada mereka. Al-Jumlathi dan Abu
Futuh al-Tunisi (1973) mendefinisikannya sebagai cara yang diikuti oleh guru bagi
menyampaikan maklumat kepada para pelajar.

Sungguhpun kaedah pengajaran merupakan satu cara untuk mencapai matlamat sesuatu
pengajaran, tiada satu kaedah yang dikatakan terbaik atau lebih sesuai untuk sesuatu mata
pelajaran. Mungkin terdapat suatu kaedah yang dilaksanakan oleh guru tertentu bagi mata
pelajaran tertentu. Namun kaedah yang sama belum tentu berjaya jika dilaksanakan oleh guru
lain terhadap kumpulan muridyang berbeza. Justeru, para guru perlu sentiasa bersifat kreatif dan
mempelbagaikan kaedah yang digunakan.

2.1.2 Permainan Dam Ular


9

Permainan dam adalah nama sejenis permaianan papan. Permainan dam datangnya
daripada sejenis permainan paling lama yang dikenali Alquerque. Terdapat

beberapa jenis

permainan dam papan seperti dam haji, catur dan dam ular.
Kamus Wikipedia menyatakan Permainan Dam Ular Tangga telah diperkenalkan sekitar
tahun 1870. Ular tangga adalah permainan papan yang dimainkan oleh 2 orang atau lebih. Papan
permainan dibagi dalam kotak-kotak kecil dan dibeberapa kotak terdapat sejumlah ular" dan
"tangga" yang menghubungkannya dengan kotak lain. Permainan Ular Tangga berasal dari India.
Awalnya, permainan ini adalah hasil ciptaan umat Hindu. Tujuan awalnya permainan ini adalah
untuk

mengajar

mengenai

nilai-nilai

moral.

Sebuah laman sesawang yang dihasilkan oleh seorang warga India, menjelaskan Dam
Ular Tangga atau dikenali dengan Snake and Ladder sebagai:

2.1.3 Perkara Rukun


Mengikut Kamus Dewan (2004), perkara rukun bermaksud dasar, pokok, asas,
sendi,nadi, akar, teras atau tiang.
Rukun solat boleh dibahagikan kepada 13 perkara iaitu:
1. Niat
2. Takbiratul-ihram (Allahu-Akbar yang pertama).
3. Berdiri bagi yang mampu.
4. Membaca sursh al-Fatihah.
5. Rukuk dengan tamaninah (tamaninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
6. Iktidal dengan tamaninah.
7. Sujud dua kali dengan tamaninah.
8. Duduk di antara dua sujud dengan tamaninah.
9. Tasyahud/Tahaiyatakhir dengan membaca tasyahhud.
10.
Duduk dalam tasyahhud akhir.
11.
Selawat kepada nabi Muhammad s.a.w dalam tasyahhud akhir
12.
Membaca salam
10

13.

Tertib

2.1.4 Perkara Sunat


Berdasarkan Kamus Dewan (2004), perkara sunat beerti mendapat pahala jika dilakukan
tetapi tidak berdosa jika ditinggalkan (bkn perbuatan dr segi agama islam): puasa~;sembahyang~
Kamus Pelajar (2004) pula mendefinisi Perkara Sunat sebagai sesuatu yang digalakkan
melakukannya tetapi tidak diwajibkan: ketika pergi ke masjid kita ~memakai bau-bauan yg
harum.
Perkara-perkara sunat semasa solat terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1. Sunat Haiah
2. Sunat Abadh
Sunat Haiah pula terdiri daripada perkara iaitu:
1.Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun
pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat
tangan)
2.Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di
bawah dada atau di atas pusat.
3.Membaca doa tawujud/iftitah.
4.Membaca auzubillah
5.Membaca al-Fatihah dan surah dengan suara yang kuat (jahar) pada masa-masa yang
ditentukan.
6.Membaca amin selepas fatihah
7.Membaca surah al-Quran di rakaat pertama dan kedua selepas bacaan fatihah
8.Membaca tasbih ketika rukuk.
11

9.Membaca tasbih ketika sujud.


10.Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk
11.Meletakkan kedua tangan di atas paha dengan melepaskan jari kesemuanya.
12.Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri.
13.Duduk tawarruk
14.Salam yang kedua.

Sementara itu, sunat Abadh ada 7 perkara iaitu:


1. Tahiyyat awal.
2. Selawat di dalam tahiyyat awal.
3. Duduk tahiyyat
4. Doa qunut dalam waktu subuh dan pada solat witir.
5. Selawat di dalam qunut.
6. Berdiri semasa qunut.
7. Membaca selawat ke atas keluarga nabi pada Tahiyyat akhir.

Sekiranya tertinggal sunat Abadh, maka disunatkan ia sujud sahwi; manakala


tertinggal sunat haiah tidak diperlukan sujud sahwi.

2.1.5 Solat Fardu


Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan
dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat
tertentu. Perkataan-perkataan di dalam solat dikenali sebagai rukun qawliy. Manakala perbuatan12

perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun filiyy dan perlakuan selain daripada
perkataan dan perbuatan dikenali sebagai rukun qalbiyy. Firman Allah:

Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan
perbuataa) keji dan mungkar( al- Ankabut )

Solat fardu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh,
zohor, asar , maghrib dan isyak. Dari Abu Qatadah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah
berfirman, Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagu
umatmu. Aku telah berjanji dengan diriku barangsiapa yang mengerjakan solatnya pada
waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurg. Umatku yang tidak menjaga solatnya
tidak termasuk dalam perjanjian ini. (Riwayat Abi Daud dan Ibnu Majah).
Solat merupakan rukun islam yang kedua dan ia merupakan ibadah yang paling penting
berbangding ibadah-ibadah yang lain. Solat juga dilambangkan sebagai tiang agama. Nabi
Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
Solat itu adalah sendi agama, barangsiapa mengerjakannya, beerti ia telah menegakkan
agama dan barangsiapa yang meninggalkannya, beerti ia telah merobohkan agama
(Riwayat Baihaqi)

13

Kefardhuan solat diterima secara terhormat oleh Rasulullah s.a.w dalam kisah Isra
Miraj. Solat adalah satu modul yang lengkap untuk mendidik hati dan jiwa manusia. Dalam
solat terdapat ubat, pil, tonik dan vitamin untuk menyembuhkan penyakit rohani dan membina
peribadi yang kuat, gagah dan mantap. Sungguhpun begitu, pembinaan peribadi melalui ibadah
solat hanya akan terhasil sekiranya seseorang itu memiliki ilmu yang membolehkannya
memahami, menghayatidan menjiwai ibadat tersebut.

2.2 Pandangan-pandangan berkaitan tajuk kajian

Pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna dan
berkesan sekiranya para guru tidak memberikan penekanan yang khusus terhadap kaedah atau
pendekatan yang bersesuaian dengan situasi dan minat para murid. Keadaan ini amat ketara
terutamanya di sekolah rendah. Menurut al-Syaibani (1975), kaedah yang baik dapat membantu
para pelajar memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran dan mengubah sikap dan tingkah laku,
menanam minat dan nilai-nilai yang diingini.

Guru yang kreatif dan inivatif perlulah menyampaikan pelajaran menurut kecenderungan
dan peringkat kematanga pelajar berdasarkan peringkat umur dan kecergasan otak mereka.
Dalam hal ini, Imam al-Ghazali (1939) menyarankan agar guru menyampaikan pelajaran
menurut kadar kefhaman dan peringkat pencapaian akal pelajar. Sesuatu pelajaran yang
disampaikan tanpa menyampai kira peringkat dan pecapaian pelajar boleh membawa kerumitan
dan kebosanan sehingga akhirnya membawa kepada kegagalan.

14

2.3 Kajian-kajian berkaitan


Dalam kontek di Malaysia, terdapat banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam. Antaranya kajian yang dijalankan oleh Abdullah (1995) mendapati 64% guru pendidikan
Islam sering menggunakan kaedah kiliah semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
Kajian oleh Hatifah (2000) mendapati kaedah syarahan sering digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, kajian oleh ab Halim (2000) ke atas 27 pelajar mendapati lapan pelajar
menyatakan mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran yang diberikan. Antara factor
yang dikenal pasti ialah mereka tidakdapat mengaitkan apa yang dipelajari untuk diamalkan
dalam kehidupan seharian. Sehungan itu, Ab Halim (2003) berpendapat proses pengajaran dan
pembelajaran akan menarik jika terdapat suasana interaktif di dalam bilik darjah. Interaktif ini
boleh berkau antara guru dan pelajar, antara guru dan bahan pengajaran atau pelajar dengan
pelajar.

2.4 Rumusan
Jelasnya kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai amat penting dalam memastikan
objektif pengajaran guru dapat diserap oleh pelajar dengan berkesan. Oleh kerana itu, guru perlu
sentiasa bersifat kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pendidik.
Pemilihan permainan dam dalam kajian ini diharap dapat membantu meningkatkan pencapaian,
pemahaman dan amalan murid dalam perkara yang dikaji.

15

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
Kajian ini merupakan satu kajian yang berbentuk eksperimen bagi melihat keberkesanan
kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam khususnya bagi meningkatkan
pemahaman dan amalan murid Tahun 4 untuk membezakan antara perkara rukun dan perkara
sunat dalam solat fardhu. Kajian ini adalah bagi mengenal pasti sama ada permainan dam dapat
meningkatkan tahap penguasaan dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bagi
tajuk kajian yang dipilih.

16

Berdasarkan tujuan kajian tersebut, bab ini akan membincangkan mengenai reka bentuk
kajian, respondenkajian, alat/instrument kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara
penganalisaan data yang bakal digunakan dalam kajian sebenar.

3.1 Rekabentuk Kajian


Kajian yang akan dijalankan adalah mengikut kaedah eksperimen di mana melibatkan 24 orang
murid. Rekabentuk kajian ini menjadi pilihan kerana ia boleh dijadikan kayu pengukur
keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipilih. Dapatan kajian jika didapati
positif dapat menunjukkan bahawa kaedah ini sesuai dan patut diaplikasikan secara meluas
terhadap para murid bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk yang dipilih untuk
kajian, tetapi juga tajuk-tajuk yang lain.

3.2 Sampel Kajian


Sampel kajian ini akan diambil daripada murid Tahun 4 yang berumur 10 tahun. Pemilihan murid
Tahun 4 menjadi sampel sasaran adalah berdasarkan pengalaman pengkaji yang mendapati ramai
daripada kalangan kumpulan murid ini yang tidak dapat menguasai tajuk sejak beberapa tahun
kebelakangan ini.

3.3 Instrumen Kajian


Dalam kajian ini instrument yang akan digunakan adalah terdiri daripada:
3.3.1

Pemerhatian

Kaedah pemerhatian dalam kelas dilakukan semasa P&P sedang berjalan. Pengkaji akan

17

memerhati gerak laku serta maklum balas yang diberikan semasa sesi P&P berlangsung.
Kumpulan sasaran ini juga dilihat melalui pemeriksaan buku tulis, kerjarumah dan ujian pra
3.3.2

Temu bual

Kaedah temu bual akan digunakan oleh pengkaji secara tidak formal. Secara tidak
langsungpenyelidik dapat mengesan punca sebenar murid tidak dapatmenguasai kemahiran
menghafal dan mengingati, seterusnya tidak dapat membezakan antara perkara rukun dan sunat.
(Rujuk Lampiran A)
3.3.3

Soal selidik

Borang soal selidik diberikan kepada murid untuk diisi secara jujur dan telus. Murid
diberi pilihan jawapan mengapa mereka tidak dapat menguasaai kemahiran membeza antara dua
perkara tersebut. (Rujuk Lampiran B)

3.3.4

Ujian Pra

Ujian Pra dilakukan untuk menguji sejauh mana penguasaan murid dalam tajuk:
Membezakan Antara Perkara Rukun dan Perkara Sunat Dalam Solat. Ujian Pra ini dijalankan
sebelum sesi bimbingan bermula. (Rujuk Lampiran C)

3.3.5

Ujian Pos

Ujian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap pengeasaan dalam menguasaitajuk:
Membezakan Antara Perkara Rukun dan Perkara Sunat Dalam Solat. Ujian Pos ini
dilaksanakan selepas kaedah permainan dam dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran.
(Rujuk Lampiran)

18

3.4 Prosedur Pengumpulan Data


Kajian ini akan dijalankan melalui tiga peringkat prosedur agar pengkajian dapat
dijalankan secara sempurna dan berkesan. Peringkat pertama, pengkaji akan
mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. Peringkat kedua pula pengkaji akan
mendapat kebenaran daripada guru besar bagi menjadikan murid Tahun 4 sebagai
responden kajian. Pengkaji akan menjelaskan maklumat mengenai tujuan serta cara
pengkajian yang akan dijalankan. Pengkaji juga akan menjelaskan bidang kajian
merupakan satu eksperimen serta memohon mendapatkan kerjasama daripada guru-guru
yang terlibat dalam Pendidikan Islam. Peringkat ketiga pula pengkaji akan menjalankan
kajian terhadap responden dengan menjelaskan perkara-pekara yang perlu seperti berikut:
i

mengumpul responden dalam satu kelas.

ii

Menerangkan denganjelas kepada responden bahawa pengkajian ini


bukanlah peperiksaan dan semua persetujuan yang diberikan adalah betul.

iii

meminta responden menjawab dengan ikhlas dan jujur untuk membantu


pengkajian dalam mempertingkatkan kaedah pembelajaran.

iv

responden dilarang untuk berbincang dan meniru semasa menjawab soalan


soal selidik.

menjelaskan bahawa segala maklumat yang diberikan oleh responden


adalah rahsia terutama kepada guru-guru dan guru besar.

3.5 Prosedur Analisis Data

19

Kajian ini akan dijalankan berdasarkan kaedah penyelidikan eksperimen. Data mentah
yang didapati daripada ujian pra dan ujian pos akan diproses menggunakan kaedah Microsoft
word dan Microsoft excel yang akan dipersembahkandalambentuk jadual dan graf bar. Hasil
maklum balas dalam bentuk data-data yang akan diterima daripada ujian pra dan ujian pos
serta soal selidik, temubual dan pemerhatian akan dirumuskan oleh pengkaji dengan teliti.

3.6 Rumusan
Pengkaji berharap kajian yang akanndilaksanakan dengan menggunakan kaedah
eksperiman ini akan memperlihatkan keputusan yang positif. Ujian para dan ujian pos
dilaksanakan sebagai langkah milihat tahap penguasaan pelajar dalam menguasai tajuk yang
dipilih dapat menentukan keberkesanan kaedah yang dipilih. Kaedah pemerhatian dan temual
bual secara tidak formal bersama pelajar dapat memberikan gambaran awal kepada pengkaji
terhadap tahap penguasaan dan pemahaman murid mengenai tajuk yang dipilih. Akhir sekali,
soal selidik yang dilakukan tanpa memerlukan para pelajar menamakan identity masing-masing
memungkinkan pengkaji mendapat data yang benar dan jujur terhadap masalah yang dihadapi
murid dalam menguasai tajuk.

20

BAB 4
ANALISA DAPATAN KAJIAN
4.0 PENGENALAN
Hasil kajian ini didapati daripada ujian pra dan ujian pos. Kajian ini dijalankan
berdasarkan soalan yang diedarkan kepada para pelajar untuk menilai pemahaman dan kebolehan
mereka membezakan antara perkara yang membatalkan solat dan perkara yang membatalkan
wudhuk. Sebanyak sepuluh soalan diedarkan kepada lima murid bagi mendapatkan hasil kajian
sebelum dan selepas permainan Dam digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
4.1 Analisa Tinjauan Masalah
4.1.1 Analisa Pemerhatian
21

Melalui pemerhatian terhadap lima orang murid sasaran, didapati murid-murid ini terlalu
lemah untuk mengingati fakta dan ada yang tidak berminat. Ini dapat dilihat melalui tingkah laku
murid itu sendiri. Tiga orang daripada mereka mencuba untuk menghafal tetapi tidak dapat
menyatakan kembali kerana keupayaan mereka terhad. Manakala dua orang murid lagi
menunjukkan mereka tidak berminat untuk belajar. Mereka tidak menumpukan perhatian semasa
guru mengajar dan kurang melibatkan diri dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4.1.2 Analisa Soal Selidik
Jadual 1: Jadual Analisa Dapatan Soal Selidik Berdasarkan Bilangan dan Peratus.
PERKARA
Tidak suka mata pelajaran Pend. Islam

BILANGAN MURID
0

PERATUS
0

Tidak tahu atau tidak faham

40

Malas hafal

20

2
5

40
100

Cuba hafal tapi lupa


JUMLAH

Jadual 1 menunjukkan 40% murid tidak tahu atau tidak faham perkara yang membatalkan
solat, 20% murid malas hafal, dan 40% lagi cuba hafal tetapi lupa.
4.1.3 Analisis Ujian Pra
Hasil dapatan daripada Ujian Pra, kekerapan menjawab dengan betul soalan-soalan yang
diberikan bagi setiap latihan dapat dikelaskan seperti jadual di bawah:

Jadual 2 : Jadual Keputusan Ujian Pra


Skala Kekerapan
Betul semua

Latihan 1
-

Latihan 2
-

Ujian Pra
-

Betul 7

Betul 5

22

Betul 3

Salah semua
JUMLAH

7
10

6
10

5
10

Jadual 2 menunjukkan 5 orang murid tidak dapat mengingati perkara-perkara


yang membatalkan solat dengan mendapat salah semua dalam Ujian Pra yang dijalankan.
4.2 Tindakan yang Dijalankan
4.2.1 Pengkaji memberikan bimbingan klinikal kepada lima orang murid ini selama dua
minggu di bilik Pendidikan Islam. Masa yang diperuntukkan selama satu jam untuk setiap sesi.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:
i) Aktiviti 1 : NRS (Nasyid Rukun Solat)
ii) Aktiviti 2 : Permainan DAM SOLAT
iii) Aktiviti 3 : CD DAM
4.2.2 Bahan-bahan yang digunakan untuk setiap aktiviti:
i) Aktiviti 1
a) carta nasyid
ii) Aktiviti 2
a) Set permainan DAM SOLAT
Papan DAM bersaiz kad manila
Buah dadu
Tutup botol atau ceper
Kad-kad kecil mengandungi penerangan tentang rukun
solat, batal solat dan batal wuduk
iii) Aktiviti 3
a) set komputer
b) CD DAM
23

4.3 Pelaksanaan Tindakan


4.3.1 Aktiviti 1 NRS (Nasyid Rukun Solat)
- Guru memaparkan carta Nasyid Rukun Solat
- Guru menyanyi diikuti oleh murid
Niat, berdiri, takbiratulihram,
Fatihah, ruku iktidal,
Sujud serta tomakninah,
Duduk antara dua sujud,
Duduk Tahiyat Akhir dan baca Tahiyat Akhir,
Selawat ke atas Nabi,
Salam pertama dan juga Tertib,
Itulah Rukun Solat
Nota : mengikut lagu Selawat Nabi (Raihan)
- Guru meminta murid menyebut rukun solat yang terdapat dalam Nasyid
i Pemerhatian
Hasil pemerhatian setelah murid-murid bernasyid Rukun Solat didapati mereka mula
Menunjukkan minat untuk belajar. Murid-murid menjadi lebih berkeyakinan untuk menjawab
soalan berkaitan rukun solat.
ii Refleksi
Daripada aktiviti yang dijalankan murid-murid lebih mudah mengingati rukun solat. Secara tidak
langsung mereka juga dapat membezakan antara rukun dan sunat dalam solat.
4.3.2. Aktiviti 2 Permainan DAM SOLAT
- Guru mengedarkan set permainan DAM kepada 2 kumpulan dan menerangkan cara
bermain.
- Cara-cara permainan DAM SOLAT
24

_ Semua pemain melontar buah dadu bergilir-gilir. Sesiapa yang mendapat bilangan enam, maka
ia akan memulakan permainan terlebih dahulu kemudian diikuti oleh pemain yang mendapat
bilangan kedua terbanyak dan seterusnya.
_ Semasa dalam permainan, sesiapa antara pemain yang mendapat bilangan enam semasa
lontaran buah dadu dibuat, maka dia layak melontar sekali lagi.
_ Jika ada pemain berhenti pada petak yang bertangga, maka dia berpeluang naik ke atas tetapi
jika sekiranya pemain berhenti pada petak yang mempunyai kepala ular, maka dia terpaksa turun
ke bawah dan berada di hujung ekor ular tersebut. Ini bermakna setiap langkah naik dan turun
membawa maksudnya tersendiri.
_ Perlu diingat, bahawa setiap pemain yang berhenti pada petak yang menyatakan perkaraperkara yang membatalkan solat, maka dia terpaksa turun pada petak niat, manakala jika ada
pemain yang berhenti di petak yang menyatakan batal wuduk, maka ia terpaksa turun pada petak
berwuduk semula.
- Permainan ini boleh dimainkan secara berdua atau lebih mengikut kumpulan yang bersesuaian
dengan keadaan.

- Undang-undang permainan DAM


- Pemain terdiri daripada dua orang atau lebih.
-Setiap pemain perlu menggunakan buah dadu untuk menentukan kedudukannya.
-Bergerak mengikut urutan nombor
-Jika pemain mendapat dadu bilangan enam, pemain tersebut berpeluang melontar buah
dadu sekali lagi.
-Pemain perlu naik petak mengikut tangga dan turun petak mengikut badan ular yang
telah ditetapkan.

25

-Pemain yang lebih dahulu sampai ke angka penamat dikira sebagai pemenang (sempurna
solatnya).

NOTA : Apabila murid-murid berhenti pada petak yang mengandungi perkara-perkara yang
membatalkan solat, membatalkan wuduk atau rukun solat, mereka akan diberi kad-kad kecil
yang menerangkan tentang perkara tersebut.
- Guru akan menyoal murid secara lisan apabila buah berupa ceper berada pada petak tertentu
pada DAM. Guru juga bertindak sebagai fasilitator, memerhati sambil membantu mereka yang
masih tidak memahami cara bermain.
i Pemerhatian
Pada peringkat awal set DAM diedarkan kepada murid-murid, mereka sudah mendapat
gambaran bagaimana cara bermain. Guru menerangkan kaedah sebenar permainan ini dan
mereka bermain mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kami dapati aktiviti ini menjadikan
murid lebih seronok dan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih ceria. Dengan cara
ini, murid-murid memperolehi ilmu secara tidak formal kerana pendekatan ini berbentuk dua
dalam satu iaitu belajar sambil bermain pada satu masa.
ii Refleksi
Kaedah DAM ini membantu murid-murid meningkatkan kefahaman tentang perbezaan perkaraperkara yang membatalkan solat dengan perkara-perkara yang membatalkan wuduk. Mereka
dapat menjawab soalan yang diajukan berpandukan pada permainan DAM SOLAT.
4.3.3 Aktiviti 3 CD DAM
Aktiviti ini merupakan pengukuhan untuk murid-murid sasaran. Aktiviti ini dijalankan di
makmal komputer dengan menggunakan CD multimedia interaktif DAM. Cara permainan ialah
sama tetapi penggunaan dadu dan buah sebenar tidak diperlukan. Proses naik dan turun berlaku
secara automatik. Penerangan tentang rukun solat, batal solat dan batal wuduk akan terpapar
apabila buah CD DAM berada pada petak-petak tersebut.
26

i Pemerhatian
Permainan ini menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran semakin menyeronokkan.
Murid-murid yang tidak pernah menggunakan komputer mendapat pendedahan melalui
permainan ini, manakala murid-murid yang tahu akan mengajar rakan mereka. Secara tidak
langsung terdapat bimbingan rakan sebaya dalam kalangan mereka.
ii Refleksi
CD DAM ini menambahkan lagi penguasaan murid terhadap rukun solat, batal solat dan batal
wuduk. Ia juga secara tidak langsung melahirkan murid yang celik IT.

4.4 Refleksi Kajian


Pengkaji telah menjalankan Ujian Pos kepada murid-murid sasaran setelah tiga kali
latihan diberikan. Hasil dapatan daripada Ujian Pos ini didapati murid-murid sasaran telah
menguasai kemahiran ini. Dapatan Ujian Pos ini dapat dilihat menerusi jadual di bawah.
Jadual 3 : Jadual Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pos
BIL
1
2
3
4
5

NAMA MURID

PRA (markah)

POS (markah)

0
0
0
0
0

10
10
10
10
10

Mohd Ikhmal bin Ahmad


Hisyam bin Yusof
Mohd Mizam bin Abu
Nurul Isnani binti Rashid
Norhasanah binti Hasran

Jadual 3 menunjukkan perbandingan pencapaian murid melalui Ujian Pra dan Ujian Pos.
Ujian Pra menunjukkan mereka tidak dapat menjawab semua soalan. Melalui Ujian Pos, muridmurid sasaran dapat menjawab kesemua 10 soalan dengan tepat.
4.5 KESIMPULAN
27

Dalam pemerhatian perubahan tingkah laku murid, didapati murid menunjukkan minat
kerana mereka bukan sahaja dapat bermain, malah proses pembelajaran berjalan dengan baik. Ini
kerana naluri semulajadi kanak-kanak yang sangat cenderung kepada permainan menyebabkan
kaedah ini mendapat sambutan daripada mereka. Selain itu, ia dapat merangsang minda muridmurid yang lemah ini. Murid-murid sasaran ini menyatakan rasa seronok kerana dapat belajar
sambil bermain. Selain daripada mendapat pengetahuan, murid-murid juga dapat berinteraksi dan
bergaul dalam kumpulan serta mematuhi disiplin permainan.
Kaedah ini dapat menarik minat murid-murid kerana ianya dapat mengelakkan seseorang
murid itu daripada merasa tertekan dengan kaedah mengingat dan menghafal yang tidak dapat
mereka laksanakan. Kami sebagai pengkaji berasa puas hati kerana terdapat perubahan dari segi
pencapaian murid-murid dalam mengingat perkara-perkara membatalkan solat. Masa yang
diambil untuk memahami dan mengingati sesuatu perkara adalah lebih minima daripada belajar
secara biasa.

28

BAB 5
PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.0 PENGENALAN
Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa ia telah menunjukkan
keberkesanan. Kaedah ini menjadi satu alternatif kepada murid-murid yang bermasalah dalam
mengingat dan menghafal sesuatu isi pelajaran. Ia bukan setakat berbentuk permainan tetapi
perkongsian ilmu boleh berlaku secara tidak langsung ketika mereka bermain dalam kumpulan
masing-masing.
5.1 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian mendapati kaedah permainan Dam telah berjaya meningkatkan
pemahaman, pencapaian dan amalan murid terhadap perkara-perkara yang membatalkan solat
dan perkara-perkara yang membatalkan wudhuk. Oleh kerana itu, kaedah ini wajar diperluaskan
penggunaannya dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah bukan sahaja terbatas kepada topik yang
dikaji, tetapi juga topik-topik lain. Usaha ini mungkin dipandang kecil oleh sebilangan orang,
namun impaknya besar jika dilaksanakan dengan baik dan berterusan terutama terhadap
golongan murid yang lemah dan bermasalah dalam memberikan tumpuan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.

29

Sungguhpun begitu, kemungkinan terdapatnya kelemahan dalam kaedah ini tidak dapat
disangkal oleh sesiapapun. Kelemahan ini seharusnya dapat diatasi dengan cara mengadakan
penambahbaikan dari semasa ke semasa.
5.2 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Penggunaan kaedah DAM ini yang digabungkan dengan kaedah-kaedah lain didapati
sangat berkesan. Pengkaji akan menggunakan kaedah ini kepada murid-murid lain pada tahun
hadapan apabila mengajar tajuk yang sama. Kaedah ini boleh diaplikasikan juga bagi tajuk-tajuk
lain dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini berjaya mencapai objektifnya kerana
murid-murid kajian ini telah menunjukkan perubahan dari segi pencapaian dan penguasaan
mereka dalam mengingati rukun solat seterusnya dapat membezakan perkara-perkara yang
membatalkan solat dengan perkara-perkara yang membatalkan wuduk. Dengan ini ianya dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai individu muslim.

LAMPIRAN B
BORANG SOAL SELIDIK

30

Soal selidik ini bertujuan mendapat pandangan pelajar tentang kemahiran membezakan
antara perkara rukun dan perkara sunat dalam solat. Adalah diharapkan anda dapat memberi
kerjasama dengan menjawab soalan yang dikemukakan dengan jujur.

Sila tandakan ( / ) maklumat yang diperlukan dalam kotak yang disediakan.


BAHAGIAN A
1. Jantina;
Lelaki
Perempuan
2. Bilangan

adik

beradik;

Anak tunggal
2-4 orang
5-7 orang
3. Kaum;
Melayu
India
Lain-lain
4. Tempat tinggal;
Taman perumahan
Kampung
Kuarters
Lain-lain

31

32

You might also like