You are on page 1of 12

CONTOH ULASAN JURNAL by Laily

1.0

LATAR BELAKANG
Jurnal ini merupakan hasil kajian dan kertas cadangan oleh Mohd. Azhar Abd. Hamid, Sanitah
Mohd. Yusuf, Esa Khalid dan Othman A. Kassim dari Fakulti Pengurusan dan Pembangunan
Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia terhadap kepentingan kreativiti, invensyen
dan inovasi untuk dijadikan satu mata pelajaran di peringkat sekolah menengah. Perbincangan
dalam jurnal ini adalah untuk memberi gambaran yang jelas kepada kumpulan sasarnya
tentang pentingnya kreativiti, invensyen dan inovasi dibangunkan sebagai satu mata pelajaran
bagi membangunkan sumber daya manusia Malaysia yang berdaya saing, berfikiran saintifik
dan kreatif serta lengkap dengan kebolehan bagi menyelesaikan sebarang masalah. Cadangan
ini juga telah disokong oleh penulis dengan memberikan rasional-rasional kepada keperluan
untuk mata pelajaran kreatif, invensyen dan inovasi ini dibangunkan. Penulis juga telah
memberikan cadangan kumpulan sasar, objektif dan isi kandungan bagi mata pelajaran ini
untuk dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.0

SASARAN PEMBACA
Berdasarkan kepada tajuk fokus kajian dan kertas cadangan jurnal ini adalah ditujukan kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pembuat dasar dan yang terlibat secara langsung
terhadap perubahan kurikulum dalam sistem pendidikan di Malaysia. Idea ini kemudiannya
dibuka kepada semua untuk dibincang dan dibahaskan bagi melihat keperluan sebenar
kemahiran kreativiti, invensyen dan inovasi menjadi suatu mata pelajaran di peringkat sekolah
menengah di Malaysia.
3.0

RUMUSAN JURNAL

Secara keseluruhannya jurnal ini cuba menyedarkanan semua tentang kepentingan kreativiti,
invensyen dan inovasi dibangunkan untuk kemajuan bangsa Malaysia serta kemampuan

masyarakat Malaysia untuk bersaing dengan negara luar yang telah lama membangunkan
kreativiti, invensyen dan inovasi ini. Menurut penulis lagi, walaupun terdapat kejayaan dan
pengikhtirafan luar terhadap kreativiti dan mengakui tentang kehebatan anak Malaysia yang
mempunyai invensyen dan inovasi terhadap permasalahan berkisar kehidupan seharian seperti
Lat (menerima anugerah berprestij di Perancis atas kreativiti, invensyen dan inovasi beliau),
namun pada hakikat sebenarnya kreativiti, invensyen dan inovasi masih belum benar-benar
dimasyarakatkan dan masih belum sebati dalam masyarakat Malaysia. Keadaan ini berbeza
berbanding dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan
beberapa negara Asia seperti Korea Selatan dan Singapura yang sangat memandang berat
terhadap mata pelajaran kreativiti, invensyen dan inovasi dalam sistem pendidikannya. Saban
tahun, negara-negara ini akan menganjurkan pelbagai pertandingan yang berasaskan kepada
kreativiti, invensyen dan inovasi.
Menurut penulis lagi, walaupun terdapat kesedaran dan usaha-usaha gerakan literasi
kreatif dengan memberi penekanan terhadap mata pelajaran kemahiran berfikir secara kreatif
atau secara lateral seperti (1) oleh Universiti Utara Malaysia dalam tahun 80-an di peringkat
pengajian tinggi sehingga menular ke universiti-universiti lain sehingga memungkinkan
Institusi Pendidikan Tinggi ketika itu memperkenalkan mata pelajaran yang berkaitan dengan
kemahiran berfikir seperti mata pelajaran elektif iaitu Pemikiran Kritis dan Kreatif (UHP
3122); (2) Begitu juga dengan MARA yang telah memperkenalkan kemahiran pemikiran
kritis ke seluruh institusi pendidikan MARA pada awal 90-an; (3) Ini diikuti pula oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia yang memperkenalkan pendekatan mengajar kemahiran
berfikir kritis dan kreatif (KBKK) dalam sukatan di sekolah sehingga Pusat Perkembangan
Kurikulum membuat penyebatian kemahiran ini dalam hampir semua mata pelajaran yang
diajar dan membawa kepada penerbitan buku panduan bagi menjalankan kemahiran berfikir
kritis dan kreatif ini di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah; (4) Pelbagai seminar,

persidangan dan kolokium berkaitan kemahiran berfikir juga telah dianjurkan di peringkat
university. Namun begitu, konsep KBKK yang diperkenalkan itu lebih menumpukan kepada
empat elemen iaitu pemikiran kreatif, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan membuat
keputusan (Lee, 1933). Pendekatan penyebatian (infusion) ini juga lebih mementingkan
penglahiran idea-idea konseptual berbanding idea-idea praktikal (Ainon dan Abdullah, 1997).
Maka sebab itulah, penulis melihat keperluan dan memberi cadangan kepada suatu
mata pelajaran baru yang perlu diperkenalkan melibatkan kreativiti, invensyen dan inovasi di
peringkat sekolah menengah. Penulis juga telah memberi rasional kepada cadangan mata
pelajaran ini iaitu dengan melihat kepada sejarah perkembangan bentuk sistem pendidikan
yang digunapakai; (1) bermula dengan pendominasian sistem pendidikan oleh pendekatan
kepintaran (intelligent) yang diperkenalkan oleh Binet dan Terman (1060-an). Pada masa ini
sistem pendidikan lebih berorientasikan kepada dinamika kepintaran dari peringkat
prasekolah sehingga ke institusi pengajian tinggi.
Namun begitu menurut penulis lagi (2) perubahan terhadap sistem pendidikan telah
berlaku akibat daripada kesedaran yang bangkit selepas ucap tama J.P Guildford sebagai
Presiden Psikologi Amerika Syarikat yang mengkritik perkembangan budaya penyelidikan
dalam

sains

kognitif

yang

lebih

memberi

tumpuan

terhadap

pemikiran convergent berbanding divergent (Ruggiero, 2001).Selepas ucap tama ini, tumpuan
banyak diberikan terhadap kebolehan berfikir kreatif dan sekaligus menjadi suatu disiplin
penting dalam psikopendidikan. Nama seperti Edward de Bono (1970an) misalnya telah
berjaya meyakinkan sistem pendidikan dunia akan kepentingan kebolehan berfikir kreatif ini
dibangunkan dalam sistem pendidikan. Akibatnya, penulis menyatakan negara-negara di
dunia seperti Amerika Syarikat, Malta, Kanada, Israel, Britain, Jepun, Singapura dan Malaysia
telah memberi perhatian terhadap kemahiran berfikir kreatif dalam sukatan pelajaran di
negara masing-masing. Penulis juga memetik pendapat de Bono (2000) iaitu;

The education system in every country is a disgrace. Where are the schools that teach
constructive thinking the most important of all human skills? Where are the school that
teach peracy pr the skills of doing? Where are the school that teach how value is really
created in society, by business, by government, etc.? Education is driven by continuity and
not by any regard for the needs of individuals or the needs of society.
Penulis juga memberikan senarai panjang para sarjana dan ilmuan yang telah
menjalankan pelbagai penyelidikan, pemerhatian, perbincangan intelektual, dan menghasilkan
penerbitan berkaitan dengan kreativiti yang boleh dijadikan rujukan, penting kepada pengkaji
dan pengamat kreativiti. Banyak juga teori dan pendekatan daripada sarjana dan ilmuan ini
telah menjadi rujukan bagi pembangunan kurikulum bersepadu yang melibatkan keupayaan
dan kebolehan berfikir dalam kalangan pelajar dalam pelbagai peringkat pendidikan (Mohd
Azhar, 2003).
3.1

PENILAIAN
3.1.1

TEMA

Penulis telah memilih tema pendidikan dan pemikiran sebagai fokus utama penulisan beliau
pada kali ini. Ini bertepatan dengan sasaran utama penulisan beliau iaitu kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia agar menerima kemahiran kreativiti, invensyen dan inovasi sebagai suatu
mata pelajaran di peringkat sekolah menengah.
3.1.2

CIRI-CIRI

Penulisan penulis ini lebih bercirikan kertas cadangan namun dipersembahkan dengan
mewujudkan ciri-ciri kajian dan dapatan. Bagi pengkaji penulis memilih penulisan bercirikan
kajian dan hasil dapatan adalah bagi menguatkan lagi hujah agar boleh menyakinkan pembaca
menerima pendapat beliau.
3.1.3

KAITAN TEORI, PENDAPAT DAN AMALAN

Penulis telah berjaya memberikan banyak pendapat daripada para sarjana dan ilmuan tentang
kesedaran pemikiran kreatif. Melalui pendapat dan amalan yang wujud ini penulis cuba
meyakinkan pentingnya pemikiran kreatif dibangunkan dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Penulis banyak menggunakan pendapat ilmuan Levitt (2003) terhadap kerugian yang
ditanggung sekiranya sesebuah negara itu lewat mengubah sistem pendidikan mereka
daripada mementingkan kebolehan berfikir per se kepada penekanan terhadap kebolehan
rekacipta dan eksperimantasi. Melalui pendapat Levitt (2003) lagi menyatakan ideas are
useless used. The proof of their value is their implementation. Until then they are in
limbomembuktikan pentingnya mengaplikasikan idea atau pemikiran yang ada itu. Sekali
lagi penulis menggunakan pendapat Levitt (2002) bila beliau menekankan bahawa kebolehan
berfikir itu hanya mampu menerbitkan individu atau masyarakat yang memiliki kebolehan
berfikir secara konseptual, tetapi tidak mampu melahirkan individu dan masyarakat yang
memiliki kebolehan inventif dan inovasi. Pendapat Levitt (2002) itu yang berbunyi;
creativity as its commonly defined-the ability to come up with brilliantly novel
ideas can actually be destructive to businesses. By failing to take into account practical
matters of implementation, big thinkers can inspire organizationl cultures dedicated to
abstract chatter rather than purposeful action. In such cultures, innovation never happensbecause people are always talking about it but never doing it.
Selain daripada pendapat ilmuan barat, penulis juga melihat kepada amalan dan usaha
yang dilakukan oleh Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia walaupun bersilih ganti
namun melalui setiap dasar kerajaan yang diperkenalkan merupakan usaha kerajaan
membangunkan masyarakat Malaysia berbilang bangsa yang dibentuk secara kreatif untuk
membentuk suatu negara bangsa yang bermaruah, berdaulat dan memiliki identity yang unik
iaitu bersifat The Truly Asia. Hasrat Perdana Menteri Malaysia yang keempat yang ingin
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020 juga dijadikan sokongan

oleh penulis bagi membuktikan perlunya masyarakat Malaysia yang mempunyai kreativiti,
invensyen dan inovasi yang tinggi seperti petikan ucapan Perdana Menteri yang keempat
(1991) ini berbunyi;
amatlah jelas bahawa sumber yang paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat,
kemahiran, daya cipta dan daya usaha rakyatnya. Tenaga otak kita adalah sumber yang jauh
lebih berharga daripada sumber-sumber alam. Rakyat adalah sumber kita yang utama. Tanpa
ragu-ragu lagi, pada tahun 1990-an dan seterusnya, Malaysia mestilah memberikan
perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan sumber yang amat penting ini.
Penulis juga telah membawa pembaca melihat kepada nama-nama besar rakyat
Malaysia yang berjaya sehingga ke peringkat dunia seperti P. Ramlee (seniman), Lat
(kartunis), Hijjaz Kasturi (senibina), Ananda Krishnan (usahawan/koporat), Prof. Awang Had
Salleh, Prof. Naquib al-Attas, Prof. Ungku Aziz, Prof. Khoo Kay Kim (para sarjana), Mokhtar
Dahari (sukan), Chef Wan (tukang masak), Jimmy Khoo (pereka kasut), Bill Keith (pereka
fesyen) dan banyak lagi nama-nama yang telah menjadi idola ramai peminat mereka. Bagi
penulis, bukti nyata bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang kreatif adalah apabila ia
memiliki sumber daya manusia yang kreatif dan inovasi.
Penulis juga membawa pembaca melihat kepada amalan organisasi kreatif yang
dimiliki Malaysia yang setaraf dengan organisasi lain di dunia dan telah menawarkan
kepakaran dan perkhidmatan di seluruh dunia seperti India, Pakistan, Iran, Afrika Selatan dan
sebagainya. Antara organisasi yang dimaksudkan ialah Telekom Malaysia, Tenaga Nasional,
MAS dan sebagainya. Di samping itu juga penulis melihat perubahan dunia dalam era ICT
dan globalisasi akan mempergiatkan dan menggalakkan lagi pemikiran kreatif berkembang
dengan cepat tanpa sempadan. Ini membuatkan penulis mengambil pendapat Anne (1998)
sebagai suatu yang perlu diberi perhatian;

For success in this new era creativity is the key. With more and more of the routine tasks
taken over by machines, human contributions to the new age will need focus on finding new
directions, new ideas, ways of being that had not been thought of before.
Akhirnya, penulis membawa pembaca melihat pendapat dunia terhadap Malaysia yang
kini telah jauh membangun dari segi fizikal, emosional dan patriotisme. Mempunyai visi dan
misi dalam memacu negara menjadi sebuah negara maju. Ekonomi Kini Malaysia telah
berkembang dan ini telah merubah beberapa kedudukan Malaysia dalam senarai daya saing
global. Namun sekali lagi penulis memetik pendapat kali ini yang dibawa Matthew (1997)
yang berbunyi;
The competition is fierce. In the wild market economy of today it is creasingly difficulty to
differentiate yourself. Most of what your business does could be bought from someone else.
There is only one way out. Do something that would has not seen before. Innovate so that you
are, for a moment, uniquely competitive.
3.1.4

KANDUNGAN

Secara keseluruhan kandungan penulisan ini adalah mengenai keperluan Malaysia


membangunkan kemahiran kreativiti, invensyen dan inovasi kepada masyarakat Malaysia.
Penulis juga telah memberikan hujjah-hujjah dengan melihat kepada impak yang diperoleh
sekiranya mengamalkan kemahiran tersebut. Hujjah-hujjah penulis juga disokong dengan
member pendapat dan amalan yang telah dilakukan dan siri kejayaan sebagai keperluan
kepada pembangunan kemahiran kreativiti, invensyen dan inovasi ini. Pelbagai rasional yang
dikemukakan oleh penulis tentang kebaikan, peluang dan kejayaan yang berasaskan kepada
pemikiran kreatif adalah semata-mata dibuat oleh penulis untuk menguatkan hujjah beliau
supaya cadangan penulis untuk menjadikan kemahiran kreativiti, invensyen dan inovasi
sebagai mata pelajaran di sekolah menengah diterima oleh pihak kementerian.
3.1.5

FAKTA UTAMA

Fakta utama yang dikemukakan oleh penulis ialah mengenai keperluan kemahiran kreativiti,
invensyen dan inovasi yang sangat perlu dibangunkan memandangkan melalui kemahiran ini
penulis telah membuktikan siri-siri kejayaan baik yang bersifat individu berjaya, organisasi
yang berjaya dan negara yang berjaya semuanya melalui kemahiran kreativiti, invensyen dan
inovasi yang dibangunkan samada oleh diri sendiri mahupun kesedaran luar. Dari fakta utama
inilah penulis cuba menyakinkan kumpulan sasarnya tentang keperluan membangunkan
kemahiran kreativiti, invensyen dan inovasi sebagai mata pelajaran di peringkat sekolah
menengah lengkap dengan cadangan kumpulan sasaran mata pelajaran, objektif mata
pelajaran dan isi kandungan yang perlu diajar.
3.1.6

GAYA PENULISAN

Gaya penulisan penulis ini lebih kepada memberi hujjah, pendapat dan bukti serta sokongan
daripada para sarjana, ilmuan, ahli politik tidak kira dari luar atau dalam negara. Namun
begitu penulis menggunakan bahasa yang terus dan mudah difahami tentang massage yang
cuba dibawa dalam penulisannya ini. Melalui sokongan dan bukti kejayaan yang
dikemukakan juga, penulis difikirkan berjaya meyakinkan pembaca tentang keperluan kepada
kemahiran kreativiti, invensyen dan inovasi dalam membangunkan modal insane masa kini.
3.1.7

KREDIBILITI KANDUNGAN

Bagi pendapat pengkaji, terdapat kredibiliti yang tinggi terhadap kandungan penulisan
penulis. Ini kerana setiap hujjah penulis disertakan dengan sokongan pendapat para ilmuan,
bukti-bukti amalan dan siri-siri kejayaan yang meyakinkan. Bagi pengkaji penulis Berjaya
menyakinkan pembaca dengan kredibiliti kandungan yang dikemukakan ini.
3.1.8

KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Penulisan jurnal ini mempunyai banyak kekuatan memandangkan penulis berpegang kepada
fakta dan pendapat-pendapat ahli sarjana dan pakar dalam menguatkan hujah yang diberikan.
Penulis ini juga, berjaya membawakan kesedaran kepada pembaca tentang perkembangan dan

impak terhadap kemahiran berfikir kreatif dalam sistem pendidikan di Malaysia dari dahulu
sehingga sekarang. Dari penulisan ini juga penulis berjaya menyedarkan pembaca tentang
kepentingan pembangunan kemahiran kreativiti, invensyen dan inovasi kepada masyarakat
Malaysia supaya mereka menjadi masyarakat yang lebih kreatif dan mampu membuat
invensyen dan mencipta inovasi dalam kehidupan mereka.
3.2

REFLEKSI
3.2.1

KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Melalui penulisan ini pengkaji menyedari keperluan penting bagi membangunkan kemahiran
kreativiti kepada setiap modal insan yang berada di sekolah khususnya. Ini kerana pelajar di
sekolahlah yang akan membesar menjadi masyarakat yang akan membangunkan negara pada
masa akan datang dengan invensyen dan inovasi yang boleh mereka hasilkan. Namun
demikian, menyedari Malaysia yang agak ketinggalan dalam bidang invensyen dan inovasi ini
adalah kerana kurangnya masyarakat Malaysia di dedahkan kepada pemikiran kreatif. Melalui
pendidikanlah satu-satunya cara yang paling berkesan untuk menggalakkan pemikiran
kreativiti, invensyen dan inovasi ini boleh dibangunkan.
Menyedari, selama ini walaupun sistem pendidikan telah memperkenalkan kemahiran
berfikir kritif dan kritis (KBKK) di sekolah dan Pusat Perkembangan Kurikulum juga telah
mencadangankan penyebatian pemikiran ini dalam hampir semua mata pelajaran, namun ia
sebenarnya gagal dilaksanakan. Keperluan menjana pemikiran dan budaya kreativiti,
invensyen dan inovasi ini hendaklah lebih bersifat praktikal dan berorentasikan kepada pelajar
agar mereka boleh membudayakan kemahiran ini dalam kehidupan seharian mereka.
Di samping itu juga, kesedaran sahaja terhadap keperluan menguasai kemahiran
kreativiti, invensyen dan inovasi ini tidak mencukupi jika tidak diikuti dengan persekitaran
yang kondusif bagi menggalakkan kreativiti, invensyen dan inovasi dari terus berkembang.
Menyedari akan hal ini, maka kini pelbagai pusat kemahiran telah diwujudkan bagi

menggalakkan pemikiran kreatif dibangunkan. Dengan pemikiran kreatif akan menggalakkan


invensyen dan inovasi baru yang boleh dibangunkan.
Pemikiran kreatif yang mampu menjana invensyen dan inovasi baru mampu
menjadikan masyarakat Malaysia berdaya saing bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi
juga di persada antarabangsa. Selain itu, masyarakat Malaysia yang mempunyai kreativiti
yang tinggi juga mampu membuat invensyen dan inovasi dalam pelbagai bidang di luar
jangkauan kotak pemikiran biasa. Individu yang begini mampu membawa nama Malaysia
terkenal sehingga ke persada dunia.
Namun demikian, di samping membangunkan kemahiran berfikir secara kreatif ini
kepada pelajar khususnya, para pendidik perlu ingat untuk menanamkan juga nilai murni yang
tinggi ke dalam setiap anak didiknya. Ini kerana, tidak dinafikan melalui pemikiran kreatif ini
pelbagai invensyen dan inovasi dapat diwujudkan baik bersifat baik atau sebaliknya. Melalui
pertimbangan wajar tentang nilai dan kemuliaan hati yang disemai sejak kecil sahaja yang
mampu menjadi panduan kepada mereka untuk berkreatif, berinvensyen dan berinovasi ke
jalan yang sepatutnya.
Pengkaji sangat sedar tentang pembudayaan pemikiran kreatif akan wujud dengan
adanya sokongan daripada semua pihak. Pemikiran yang kreatif juga akan menjana kepada
invensyen dan inovasi yang boleh mendatangkan impak positif atau negative mengikut cara
dan gaya berfikir penjananya. Apa yang lebih penting di sini adalah keperluan membina jati
diri yang kuat bagi setiap pelajar supaya invensyen dan inovasi yang dijanakan akan hanya
membawa kepada impak positif dan membantu perkembangan ekonomi, politik, sosial dan
teknologi negara menjelang Malaysia ke arah sebuah negara maju seperti yang diaspirasikan
oleh mantan Perdana Menteri Malaysia dalam Wawasan 2020.

3.2.2

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Selain daripada mencadangkan mata pelajaran kreativiti, invensyen dan inovasi diperkenalkan
di peringkat sekolah menengah dalam sistem pendidikan di Malaysia, pengkaji mencadangkan
agar mata pelajaran ini diadakan lebih awal, seawall di peringkat prasekolah. Ini kerana, bagi
pendapat pengkaji di peringkat awal kanak-kanaklah lebih mudah membentuk pemikiran
kreatif berbanding setelah meningkat dewasa. Pendapat ini sesuai dengan pepatah Melayu
yang menyatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Selain daripada itu, dicadangkan juga pihak kementerian boleh mewujudkan sistem
sekolah berfokuskan kemahiran dan minat pelajar di peringkat awal usia pelajar. Ini supaya
pelajar yang berkecenderungan boleh dibentuk dengan lebih mudah dan secara rela hati dalam
menjana kreativiti, invensyen dan inovasi mereka. Penekanan kepada pembelajaran yang
berfokuskan intelekual perlulah diseimbangkan dengan kemahiran secara hand on yang lebih
diminati oleh pelajar terutama di peringkat rendah. Ini semua bagi mengelakkan minat pelajar
terbantut dan tanpa disedari membunuh kreativiti mereka akibat daripada penekanan terhadap
peperiksaan yang melampau. Akhirnya pelajar akan tercicir, menjadi masyarakat yang tidak
kreatif dan tidak mampu berinvensyen dan berinovasi terhadap persekitaran mereka. Sudah
pasti keadaan ini akan hanya merugikan diri mereka sendiri dan negara.
4.0

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa, penulisan jurnal ini dapat menyedarkan
pembaca tentang keperluan dan kepentingan pemikiran kreatif dalam menjana invensyen dan
inovasi. Melalui invensyen dan inovasi yang dibuat pula akan dapat menjana suatu produk
baru yang boleh dibanggakan bukan sahaja oleh individu itu sendiri tetapi juga boleh dijana
sebagai suatu pendapatan yang boleh mengubah ekonomi individu dan negara. Cadangan
menjadikan kreativiti, invensyen dan inovasi sebagai suatu mata pelajaran dilihat oleh
pembaca sebagai berada pada masa yang sesuai dan ditunggu-tunggu oleh semua.

BIBLIOGRAFI
Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan (2003). Belajar berfikir. Selangor: PTS Publications &
Distributor Sdn. Bhd.
Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory dan Zuraidah
Zainol (2009). Modul pemikiran kritis dan kreatif. Selangor: Penerbitan Seri Kota.
John Arul Phillips (1997), Pengajaran kemahiran berfikir; Teori dan amalan.Selangor: Utusan
Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Khuan Wai Bing & Omar Abdull Kareem (2005). Pemikiran & kreativiti; Aplikasi dalam latihan dan
pembangunan. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Mohd. Azhar Abd. Hamid, Sanitah Mohd. Yusuf, Esa Khalid dan Othman A. Kassim
(2003). Kreativiti, invensyen dan inovasi: Suatu cadangan matapelajaran pada peringkat
sekolah menengah.http://www.scribd.com/doc/9530697/Jurnal-Kreativiti-Invensyen-Inovasi.
Diakses pada 22 Januari 2010(Jumaat

You might also like