You are on page 1of 2

3.

PENGENALAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran


pembelajaran yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran.
Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah:
a.
b.
c.
d.
e.
f.

Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam.


Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai.
Merancang pengajarannya.
Menentukan strategi P&P.
Menyediakan bahan bantu pengajaran.
Menyediakan penilaian.
Rancangan Pengajaran Harian biasanya mengandungi tiga peringkat iaitu

peringkat perancangan sebelum pengajaran, peringkat perlaksanaan pengajaran serta


peringkat penilaian.
Pada peringkat perancangan sebelum mengajar, dua perkara penting yang perlu
dikenalpasti adalah isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid
serta penetapan objektif pembelajaran. Dalam merancang isi kandungan, guru perlu
memahami terlebih dahulu konsep-konsep asas yang seharusnya dikuasai untuk
membolehkan seseorang dapat mempelajari sesuatu topik tersebut.
Seterusnya,

cara

mengajar

dirancang

berpandukan

kepada

objektif

pembelajaran. Kita perlu memikirkan aktiviti atau langkah pengajaran yang sesuai untuk
mencapai objektif yang ditetapkan dan Murid dinilai secara berterusan. Rancangan
pengajaran harian merupakan satu rekod khas yang disediakan oleh guru sebelum
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, rancangan
pengajaran harian ini merupakan satu garis panduan kepada guru dalam menjamin
pencapaian objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Rancangan pengajaran harian ini penting bagi guru sebagai persediaan
mengajar supaya dapat melaksanakan semua yang dirancang secara sistematik dan
teratur. Rancangan pengajaran ini juga penting sebagai bahan bukti bahawa guru telah
bersedia sebelum mengajar. Tambahan pula, melalui rancangan pengajaran harian ini
guru dapat meningkatkan keyakinan diri dalam mengajar mengikut seperti yang telah
dirancangkan. Ini dapat membantu dalam kelancaran penyampaian input sesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Antara kepentingan-kepentingan RPH ialah :

10

a.
b.
c.
d.

Menentukan objektif pengajaran tercapai.


Meyakinkan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
Mengelakkan sebarang penyelewengan daripada aspek yang perlu diajar.
Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa-masa yang

e.
f.
g.
h.

diperuntukkan.
Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.
Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian.
Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih
tersusun dan bersistem.

Oleh itu, RPH amat penting dalam pelaksanaan sesuatu proses P&P kerana
RPH akan menjadi panduan kepada guru semasa melaksanakan aktiviti pengajaran.
Seorang guru perlu menyediakan RPH sebelum melaksanakan P&P.

11

You might also like